13 Jun 2014

Adakah Bawah Dagu Aurat?


Dalam bab wudu' dalam kitab الفقه على المذاهب الأربعة oleh عبد الرحمن الجزيري terbitan دار البيان العربى jilid 1:


Ulama' telah menentukan had bagi muka. Berlaku khilaf (perselisihan pendapat di kalangan 3 mazhab utama, iaitu malikiyyah, hanabilah dan syafeiyyah. Mereka (ulama' Maliki dan Hanbali) mengatakan had muka adalah dari anak rambut di dahi hingga ke akhir dagu bagi mereka yang tidak mempunyai janggut dan akhir tumbuh janggut bagi orang yang mempunyai janggut. Ulama' Syafie terkecuali dalam hal ini. Mereka mengatakan bawah dagu dikira kawasan muka, maka wajib dibasuh. Ulama' Hambali mengatakan kawasan muka adalah dari tumbuh anak rambut dihujung dahi hingga ke akhir dagu (bagi yang tiada janggut dan hujung tumbuh janggut). Selebihnya(kulit bawah dagu lain tidak perlu dibasuh. Ini disepakati oleh ulama' Maliki. (Jika terjemahanku tidak tepat, kalian boleh baikinya diruangan komen di bawah. Syukran)

Kemudian aku terjumpa islamweb berkaitan dengan wanita yang solat tanpa tutup bawah dagu. Boleh baca sendiri. Aku tak mampu terjemahkan satu persatu.

Dalam solat sebaiknya tutup bawah dagu supaya terkeluar dari khilaf ulama'. Jika diluar waktu solat, ia adalah kelonggaran untuk para wanita untuk tidak menutup bawah dagu.

Majoriti ulama' mengatakan aurat perempuan adalah semua anggota badan kecuali MUKA dan TANGAN. Jika nak ikut mazhab Syafei, aurat wanita adalah seluruh badan. Yang nak ikut mazhab Syafei, dipersilakan. Yang tak nak ikut, jangan perlekehkan atau menghina orang yang pakai purdah/ niqabis. Pemakaian niqabis adalah pemakaian ummahatul mukminin (para isteri Rasulullah bukan amalan orang arab Jahiliyyah). Jadi belajar dulu sebelum menghukum.

Setakat ini sahaja. Aku tidak teringin nak ulas panjang. Wallahu a'lam. Pandangan dari kalian dialu-alukan.

11 Jun 2014

Snorkeling

10.30 pg baru bertolak dari jeti. Naik feri. 12 tghari baru sampai ke pusat ko PR. Makan dulu. Isi perut yang kelaparan. 2.30 ptg ambil barang snorkling n dengar taklimat. Terus ke Pantai Dalam. Buat water confiden. belajar cara snorkling. Mula aktiviti 4 ptg hingga 6 petang.

Cantik sangat keindahan dalam air. Kelihatan ikan-ikan kecil mengelilingi batu karang. Ada batu karang bentuk meja. Besar. Merasa pegang gamat. Lembik.

Pengalaman bernafas guna mulut. Perit. Banyak kali terminum air laut yang masin. Batuk. Selesema sekejap.
Sakit. Lenguh habis lenganku. Ketika dalam air tak terasa. Bila dah rehat ni rasa letih. Malas nak ikut aktiviti malam.

Hujan lebat malam ni. Patut la panas. Itulah kata orang berpengalaman. Aku pula takut-takut nak tidur. Selamat ke? Pintu tak boleh kunci.

Hari ke-2 khamis. Bertolak ke Taman Laut Pulau Redang jam 9 pagi dari Jeti Pulau Redang. Bermula 10 pagi hingga 12 tengah hari, kami berada di Taman Laut. Cantik sangat pemandangan dasar laut. Selama ini pernah tengok tv atau video. Pengalaman yang cukup berbeza. Warna-warni dasar laut cukup memukau sehingga terlanggar pelancong yang ada di sekitar.

Waktu petang jam 3 petang bertolak ke Pulau Berlima untuk aktiviti snorkeling yang seterusnya. Di sini,  kami perlu turun dari bot. Terjun dengan kaki kanan ke depan sambil pakai mask. Berdebar ketika terjun. Terasa dekat dengan batu karang. Bimbang terluka kaki. Itu semua sebab air yang sangat jernih. Setengah jam di sini.

Kemudian terus ke Pulau Pasir Panjang. Di sini ada Laguna Beach Resort. Kami turun guna jeti pendek yang tergantung. Kemudian turun dalam laut untuk ke pantai. Aktiviti snorkeling diteruskan lagi. Kami diberitahu ada 'baby shark'. Aku cari tapi tak jumpa. Kami berada di sini hingga jam 5 petang. Sampai ke Jeti PR 6.00 petang.

Aktiviti candat sotong,  aku tak pergi. 6.30 ptg 22 orang dewasa pergi candat sotong. Aku dah penat main air. Snorkeling sepuas2nya. Malam terakhir dan juga malam nisfu syaaban ada 'barbecue'. Macam best je. Macam best je. Makan nasi goreng bersama sotong bakar n ayam bakar. Ketika makan malam baru tahu, mereka tak pergi candat sotong. Ribut dan hujan lebat.

Jumaat bersamaan 15 Syaaban bertolak pulang ke rumah. 6.30 pagi dah kena turun dan berjalan ke jeti. Feri Sejahtera akan bergerak jam 7 pagi. 8.30 pagi dah sampai kat Jeti Shah Bandar. Balik rumah terus 'bedebing'. Tidur. Letih main air tak habis lagi. Esok nak drive untuk perjalanan jauh lagi. Moga Allah memberi kekuatan mental dan fizikal kepadaku untuk menempuhi halangan dan cabaran seterusnya.

p/s: Terima kasih terhadap teguran berkaitan sedekah di Masjid Nabawi. Salah faham terjadi. Bukan aku yang beri sedekah tetapi aku melihat orang yang mengunjungi Masjid Nabawi memberi sedekah. Maaf andai tersilap tulis. Aku hanya insan biasa dan mempunyai tulisan biasa-biasa sehingga ada yang salah erti terhadap penulisanku. Menulis adalah cara aku menghilangkan tekanan. Teguran membina amat diperlukan.

'Jeti di Taman Laut'

09 Jun 2014

Adakah Gelatin Khinzir Halal???!

إِنَّمَا حَرَّمَ عَلَيْكُمُ الْمَيْتَةَ وَالدَّمَ وَلَحْمَ الْخِنزِيرِ وَمَا أُهِلَّ بِهِ لِغَيْرِ اللَّهِ ۖ فَمَنِ اضْطُرَّ غَيْرَ بَاغٍ وَلَا عَادٍ فَلَا إِثْمَ عَلَيْهِ ۚ إِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ [سورة البقرة : 173] 
Maksudnya:

Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, dan darah, dan daging babi, dan binatang-binatang yang disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak pula melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu), maka tidaklah ia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. 

قُل لَّا أَجِدُ فِي مَا أُوحِيَ إِلَيَّ مُحَرَّمًا عَلَىٰ طَاعِمٍ يَطْعَمُهُ إِلَّا أَن يَكُونَ مَيْتَةً أَوْ دَمًا مَّسْفُوحًا أَوْ لَحْمَ خِنزِيرٍ فَإِنَّهُ رِجْسٌ أَوْ فِسْقًا أُهِلَّ لِغَيْرِ اللَّهِ بِهِ ۚ فَمَنِ اضْطُرَّ غَيْرَ بَاغٍ وَلَا عَادٍ فَإِنَّ رَبَّكَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ [سورة الأنعام : 145]
Maksudnya:

Katakanlah (wahai Muhammad): "Aku tidak dapati dalam apa yang telah diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya melainkan kalau benda itu bangkai, atau darah yang mengalir, atau daging babi - kerana sesungguhnya ia adalah kotor - atau sesuatu yang dilakukan secara fasik, iaitu binatang yang disembelih atas nama yang lain dari Allah". Kemudian sesiapa yang terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak melampaui batas, maka sesungguhnya Tuhan mu Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

إِنَّمَا حَرَّمَ عَلَيْكُمُ الْمَيْتَةَ وَالدَّمَ وَلَحْمَ الْخِنزِيرِ وَمَا أُهِلَّ لِغَيْرِ اللَّهِ بِهِ ۖ فَمَنِ اضْطُرَّ غَيْرَ بَاغٍ وَلَا عَادٍ فَإِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ [سورة النحل :115]
Maksudnya:

Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, dan darah, dan daging babi, dan binatang yang disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu, maka tidaklah ia berdosa), sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

حُرِّمَتْ عَلَيْكُمُ الْمَيْتَةُ وَالدَّمُ وَلَحْمُ الْخِنزِيرِ وَمَا أُهِلَّ لِغَيْرِ اللَّهِ بِهِ وَالْمُنْخَنِقَةُ وَالْمَوْقُوذَةُ وَالْمُتَرَدِّيَةُ وَالنَّطِيحَةُ وَمَا أَكَلَ السَّبُعُ إِلَّا مَا ذَكَّيْتُمْ وَمَا ذُبِحَ عَلَى النُّصُبِ وَأَن تَسْتَقْسِمُوا بِالْأَزْلَامِ ۚ ذَٰلِكُمْ فِسْقٌ ۗ الْيَوْمَ يَئِسَ الَّذِينَ كَفَرُوا مِن دِينِكُمْ فَلَا تَخْشَوْهُمْ وَاخْشَوْنِ ۚ الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الْإِسْلَامَ دِينًا ۚ فَمَنِ اضْطُرَّ فِي مَخْمَصَةٍ غَيْرَ مُتَجَانِفٍ لِّإِثْمٍ ۙ فَإِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ [سورة المائدة : 3]
Maksudnya:

Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih), dan darah (yang keluar mengalir), dan daging babi (termasuk semuanya), dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah, dan yang mati tercekik, dan yang mati dipukul, dan yang mati jatuh dari tempat yang tinggi, dan yang mati ditanduk, dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih (sebelum habis nyawanya), dan yang disembelih atas nama berhala; dan (diharamkan juga) kamu merenung nasib dengan undi batang-batang anak panah. Yang demikian itu adalah perbuatan fasik. Pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa (daripada memesongkan kamu) dari ugama kamu (setelah mereka melihat perkembangan Islam dan umatnya). Sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu. Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi ugama untuk kamu. Maka sesiapa yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda yang diharamkan) sedang ia tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah ia memakannya), kerana sesungguhnya Allah maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Pendapat Dr Yusof Qardawi mengatakan gelatin babi adalah HALAL. Itu merupakan Ijtihad beliau. Terpulang kepada beliau untuk menentukan berdasarkan dalil yang diketahuinya. Siapa kita untuk menentang ijtihad beliau kecuali anda orang yang layak berijtihad? Ijtihad beliau tetap dengan ijtihad beliau. Ijtihad beliau tidak akan terbatal dengan ijtihad yang lain. Kenapa tak cari ijtihad ulama' lain?

Elakkan dari memperlekehkan ulama'. Mungkin pendapat beliau tentang istishab bagi penduduk Islam di Eropah atau di negara bukan Islam. Mereka sukar mendapat makanan yang berstatus HALAL. Di Malaysia tidak sesuai digunakan ijtihad beliau.

Bagi aku yang jahil ini, dalil yang kuat adalah dari Al-Quran dan Hadis. Aku tak layak berijtihad kerana tidak menguasai Bahasa Arab. Aku tidak menguasai tafsir Al-Quran. Aku juga tidak faqih dalam ilmu hadis. Jadi berdasarkan pembelajaran aku dalam bab Fiqh dan Qawaid Fiqh dalam bidang Syariah, susah bagi aku untuk mengikut pendapat Dr Yusof Qardawi. Oleh itu, aku tetap dengan hukum asal makan babi dan anak pinaknya adalah HARAM. Pengecualiannya akan berlaku dalam keadaan darurat. Adakah sekarang kita berada dalam suasana DARURAT? Bagi aku masih banyak alternatif lain yang boleh dicari. Jika diketahui ada bahan berunsur babi, berusahalah menjauhinya.
Aku pernah tulis berkaitan kejayaan Hulagu Khan ketika menjatuhkan kerajaan Islam suatu ketika dahulu. Doa ulama' tidak dimakbulkan kerana makanan haram. Sila rujuk entri lalu di SINI. Begitu juga nasihat Rasulullah SAW kepada Saad Bin Abi Waqas. Rujuk di SINI.

Wallahu a'lam.

Sekadar rujukan aku sahaja.

Maksud Istislah

Dari kitab معجم المصطلحات والالفاظ الفقهية . Penulis: د / محمود عبد الرحمن عبد المنعم. مدرس أصول الفقه بكلية الشريعة والقانون جامعة الأزهر - القاهرة. Penerbitan دار الفضيلة. Jilid "الجزء الأول " من حرف الألف إلى حرف الحاء m/s 141

الاستصلاح: في اللغة : نقيض الاستفساد
               اصطلاحا : استنباط الحكم في واقعة لا نصّ فيها ولا إجماع، بناء على      
               مصلحة عامة لا دليل على اعتبارها ولا إلغائها ويعتبر عنه أيضا بالمصلحة 
               المرسلة.

المصلحة لغة : ضد المفسدة
اصطلاحا:عند الغزالى: المحافظة على مقاصد الشّرع الخمسة، والمصالح المرسلة ما لا يشهد لها أصل بالاعتبار ولا بالإلغاء لا بالنصّ ولا بالإجماع، ولا يترتب على الحكم على وفقه.

قال صفى الدين البغدادى: الاستصلاح : اتباع المصلحة المرسلة من جلب منفعة أو دفع مضرة من غير أن يشهد لها أصل شرعي.

Jangan minta aku terjemahkan kerana aku tak tahu istilah yang betul untuk diterjemahkan. Bagi yang menulis tesis atau assignment, dipersilakan buat rujukan pada kitab yang tulis di atas. Sekadar membantu kalian kerana aku tidak berkesempatan menyambung pengajian dalam bidang ini lagi. Jika aku masih ada peluang, maksud menjadi rujukan aku pada masa akan datang. Insya Allah.

12 Mei 2014

Haramain Akhir 2013

Menyingkap pengalaman berada di Haramain pada akhir 2013. 29 hb 12 thn 2013 aku pulang ke Malaysia.

Masjidil Haram masih dalam pembinaan. Belum siap. Mataf bertingkat bahagian atas sudah siap dan boleh digunakan. Bahagian bawah belum siap sepenuhnya. Setiap hari selama 7 hari, aku selalu berkunjung ke sana. Termasuk 2 hari aku uzur. Aku tetap ke sana.

Sebelum bertolak ke Haramain, aku telah uzur 5 hari. Terasa terlalu sedih andai aku ke sana tetapi tak dapat mengunjungi Masjidil Nabawi. Ketika itu, jadual penerbangan diawalkan. Asal 21hb. Pihak agen minta kami bertolak awal iaitu 17hb. Alasan yang diberikan adalah menggantikan orang yang tidak dapat visa. Kami berlima perlu bertolak awal. Visa kami lulus walaupun banyak halangan kerana perlu berurusan dengan JPN dan imegresen. 3 kali passport aku diserahkan semula kepada pihak agen.

Aku bertambah risau. Aku tak terfikir bahawa Allah menjemput kami datang lebih awal ke rumahnya. Subhanallah. Dalam fikiran aku,  aku tak boleh solat! Bagaimana nak masuk masjid? Setiap malam aku berjaga. Aku tadah doa mohon supaya aku boleh masuk Masjid Nabawi dan masuk ke Raudhah serta dapat menyempurnakan umrah. Itulah permohonanku setiap malam sebelum ke Haramain.

Alhamdulillah. Allah makbulkan doa hambaNya yang banyak dosa ini. Sepanjang 5 hari di Madinah,  aku boleh keluar masuk Masjid Nabawi. 2 kali pergi ke Raudhah. Di Mekkah,  2 hari uzur dan sempat buat dua kali umrah. Umrah wajib dan sunat.

Apa yang berlaku kepada adik menjadi pengajaran. Aku cuba cerita sedikit selepas mendapat kebenarannya.

Sepanjang 2 hari aku uzur,  adik aku juga uzur sama. Tetapi uzurnya berterusan hingga pulang ke tanah air. Setelah aku yakin sudah bersih dari haid, aku ingin tunai umrah sunat. Oleh itu,  kami pergi berniat di Hudaibiyyah. Manakala rombongan kami yang lain buat umrah kali ketiga. Adik aku yakin dia boleh buat umrah kedua atau sunat. Dalam keadaan masih uzur, dia berniat di Hudaibiyyah.

Masuk dalam bas,  mutawwif ajar niat umrah biasa. Bukan umrah bersyarat. Aku niat umrah bersyarat walaupun aku baru suci dari haid. Kedudukan dia dalam bas berjauhan dari aku. Sebelum naik bas,  aku sudah ingatkan dia supaya niat bersyarat. Disebabkan lupa,  dia niat umrah biasa.

Sebelum pulang ke tanah air,  dia dikenakan dam seekor kambing. 360 riyal kalau tak silap aku. Mungkin dia sendiri boleh betulkan apa yang aku ceritakan.

Dalam tempoh umrah itu,  dia masih uzur lagi. Dia tidur dalam keadaan menutup muka. Kena bayar lagi. Semasa kami pergi beli wangian,  dia hidu. Kena bayar juga. Aku tak pasti,  itu dam atau fidyah. Nanti buat rujukan semula. Habis 480 riyal juga. Dia sedih. Menangis. Mungkin terkilan dengan apa yang berlaku. Aku anggap ini adalah pengalaman dan pengajaran yang akan diingati sampai akhir hayat. Aku harap, semua ini tidak diulangi oleh aku dan dia.

Setakat ini dahulu. Mungkin ada penambahan lagi kerana aku sebagai manusia biasa mudah lupa. Moga umrah kami diterima Allah.

10 Mei 2014

Senyum Seketika

Bila tersebut suatu perkara yang tidak betul, itulah yang mereka ingat.

Aku minta 'beri ayat jumlah ismiyyah' tetapi aku tersebut 'beri ayam!'. Itulah akibat hilang fokus...sampai hari ini mereka ingat 'ayam'.

Kelas bising dengan gelak ketawa mereka. aku juga ketawa sama..Nasib bos tak ada di kelas sebelah. Pasti dia datang jenguk. Merekalah penghibur ;)

Senyum bahagia dapat mesej adik. Mimpi yang menjadi rahsia. woha! Moga mimpi hafizah menjadi realiti. Aminnn.

Minggu depan adalah minggu peperiksaan. Aku hairan dengan keadaan sekolah sekarang. Pbs...PT3...Vengong! lagi teruk dari jangkaan.

Hari guru juga bakal menjelang. Apa yang akan berlaku? Aku tunggu...Semoga semuanya baik-baik.

28 April 2014

Ihtifal dan syarat-syarat (update 2014)

Kalimatus Sobah

1. Peserta akan dibuat undian giliran dan tajuk.

2. Selepas tajuk dipilih, peserta diberi masa 10 minit untuk persediaan. Ketika ini segala nota tidak dibenarkan ada bersama peserta dan di kuarantinkan.

3. Peserta dikehendaki berucap secara spontan selama 5 minit dihadapan hakim. Loceng pertama akan dibunyikan pada minit ke-2 dan dua kali jika masa sudah tamat.

4. Markah akan dipotong jika baca nota atau teks.

Tajuk yang dipertandingkan tahun 2014:

1. يوميات الطالب المثالي

2. الألتزام بالنظام  أساس نجاح الطالب

3. تحديد عن استخدام الهاتف

4. المهرجان الرياضي للألعاب الشعبية

5. ظاهرة مخالفة النظام لدى الطلبة

6. الزيارة إلى الأماكن التاريخية

7. عيد الإستقلال في ماليزيا

8. السياحة في ماليزيا

Qiraah Sab'ah bittarannum

sukatan kelas kemahiran Quran (KKQ)

1. Peserta diminta membaca surah-surah tertentu mengikut bacaan Imam-imam qiraat mu'tabar.

2. Nombor undian adalah berdasarkan undian ketika pendaftaran.

3. Peserta perlu memilih sampul surah yang mengandungi surah tertentu dan diserahkan kepada hakim fateh.

4. Setiap peserta perlu membaca surah tertentu dalam tempoh 8 minit.

5. Peserta perlu membaca secara bertarannum, mengikut kaedah qiraat sab'ah (7 cara bacaan imam2)

6. Bagi soalan pertama, peserta dikehendaki membaca surah al-fatihah dengan bacaan Bayati / Husaini.

7. Bagi soalan kedua dan ketiga menggunakan gabungan bacaan nahwan, rast, jiharkah, soba, hijaz dan thikah yang dilagukan dengan susunan harkat-harkat tarannum tersebut.

8. Bentuk ujian:

- peserta diuji tilawah al-Quran mengikut qiraat sab'ah secara lisan melalui beberapa surah tertentu yang dipelajari dalam KKQ.

- Setiap peserta dikehendaki membaca surah mengikut kaedah qiraat sab'ah dan riwayat tertentu sahaja.

- Peserta hendaklah membaca khilaf yang terdapat pada wajhu qiraat yang disoal.

- Ayat yang mengandungi khilaf lebih dari satu wajah, seperti tathlith badal hendaklah diulang bacaannya 2, 4 dan 6 harakat.

- Peserta hanya dibenarkan menggunakan mushaf yang disediakan.

9. Bentuk ujian peserta menengah rendah: peserta akan disoal 3 soalan.

soalan pertama: Peserta wajib membaca surah fatehah dengan tarannum bayati/ husaini

soalan kedua dan ketiga: bermula surah al-Fiil hingga surah An-Nas, dibaca dengan menggunakan sekurang-kurangnya  dua tarannum pilihan peserta.

Kuiz Bahasa Arab ( اختبار الذكاء في اللغة العربية)

1. Kuiz BA ini adalah mengikut sukatan buku teks tingkatan 1-3 bagi menengah rendah. Ia termasuk Al-Hikam (kata-kata hikmah) dan Syair serta nas-nas Al-Quran yang terdapat dalam buku teks.

2. Pengetahuan peserta sangat diperlukan kerana kemungkinan soalan yang ditanya terdapat dalam sirah/ sejarah, geografi dan sebagainya.

3. Semua soalan tidak akan diterjemah. Pastikan semua peserta mempunyai perbendaharaan kata yang banyak sebagai persediaan.

2. Soalannya berbentuk A, B, C dan D.

3. Peserta perlu menjawab dalam kertas OMR yang dibekalkan.

4. Sila bawa pencil 2B dan pemadam sebagai persediaan.

Hafazan Menengah Rendah

1. Surah Al-Baqarah ayat 1-141

2. Peserta akan diuji dengan 5 soalan. Apabila undian set soalan dicabut, peserta akan menyerahkan kepada hakim fateh. Peserta perlu menjawab semua solan itu.

3. Bacaan secara tadwir sahaja.

* TADWIR:  bacaan pertengahan antara tingkatan bacaan tartil dan hadar serta memelihara hukum tajwid. Bacaan seperti ini sesuai untuk ujian tasmi' hafazan / ujian tahfiz. Bentuk ini diamalkan da;am Qiraat Imam Ibnu Kathir dan Imam Abu Amru.

*TARTIL: Bacaan sederhana lembut, tenang disamping memelihara makhraj dan sifat huruf serta menyempurnakan hukum tajwid. Ia sesuai diterapkan  dalam bacaan bertarannum. Pergerakan bacaan ini agak laju sedikit daripada rentak bacaan tahqiq. Bentuk ini biasa diamalkan dalam Qiraat Imam A'shim.

*HADAR: Bacaan cepat serta memelihara hukum tajwid. Pergerakan bacaan ini sesuai untuk ulangkaji hafazan oleh para Hafiz. Bentul ini diamalkan oleh Imam Ibnu A'mir dan Al-Kasaei.

Kuiz Ilmu Wahyu : baca buku KKQ atau buka link SINI

Bahagian KKQ:

1. Tajwid

2. Ilmu Quran

3. Qiraat

4. Tarannum

5. Hafazan

Bahagian Pendidikan Islam:

1. Tilawah Al-Quran

2. Hadis

3. Aqidah

4. Ibadah

5. Sirah

6. Akhlak dan Adab Islamiah

'gambar tahun lepas. Pinjam yea'

Hiwar

1. Perbualan antara 3 orang peserta seimbang dari segi soal jawab, isi, masa dan sesuai dengan tajuk yang diberikan.

2. Setiap pasukan akan diberi masa 8 minit sahaja. Loceng akan dibunyikan pada minit ke-6 dan dua kali jika masa sudah tamat.


Sumber: Buku panduan dan syarat pertandingan bagi Majlis Ihtifal Sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia.

10 April 2014

Adab dengan guru.

Keberkatan tiada andai tidak beradab dengan guru. Bijak dan pangkat besar tiada jaminan bahagia andai tiada adab.



'syair Bahasa Arab tingkatan 1'

Rujuk entri  lama

1. Kisah Murid vs Guru SINI 

2. Kisah Musa Berguru SINI

3. Kisah Sultan Muhammad Al-Fateh dirotan SINI

Harold's

Assalamualaikum wbt. Entah kenapa murid-murid f5 memberi air minuman ni dan kek. Bukan kesukaanku dan bukan kegemara...