16 Disember 2011

Penyebaran Islam ke China.

Tidak minat kepada sejarah membuatkan aku seolah-olah buta. Selepas aku tertanya-tanya tentang keadaan semasa sekarang menuntut aku mencari semula sejarah yang mungkin hilang tanpa pembacaan. Aku terus membaca bahan bacaan yang boleh menarik minatku untuk terus membaca. Ternyata novel sejarah yang dikarang oleh penulis berkaliber Tuan Abdul Latip Talib membuka minatku terhadap sejarah. Apa yang pasti 'SEJARAH AKAN BERULANG'


Pahlawan Islam Saad Abu Waqas adalah antara 10 sahabat Rasulullah yang dijanjikan syurga. Beliau merupakan sahabat paling terakhir meninggal dunia dalam usia 80 tahun da dikuburkan di perkuburan Baqi'. Beliau juga orang yang keempat memeluk Islam selepas Zaid bin Harithah, Ali bin Abi Talib dan Abu Bakar As-Siddiq ketika berusia 17 tahun. Ini juga berkait dengan mimpinya.

Anak kesayangan kepada pasangan Abu Waqas dan Hamnah begitu kuat imannya walaupun mendapat halangan kuat dari ibunya sendiri.

"Wahai sahabatku, kamu duduk sahaja di rumah dan jaga ibu kamu. Keadaannya sudah tidak bermaya. saya bimbang pula sekiranya terjadi sesuatu padanya," kata Ammar sambil menyatakan rasa simpatinya.

"Walaupun saya menghadapnya siang dan malam, ibu saya tetap tidak mahu makan dan minum. Dia mahu saya meninggalkan Nabi Muhammad dan agama yang dibawanya. Apa yang pasti, semua itu tidak mungkin berlaku. Keimanan saya tetap tidak akan berubah walaupun ibu saya menemui ajalnya," tegas Saad Abu Waqas.

Selepas bertemu dengan Nabi Muhammad...kemudian turun surah Luqman, ayat 14 dan 15. 
وَوَصَّيْنَا الْإِنسَانَ بِوَالِدَيْهِ حَمَلَتْهُ أُمُّهُ وَهْنًا عَلَىٰ وَهْنٍ وَفِصَالُهُ فِي عَامَيْنِ أَنِ اشْكُرْ لِي وَلِوَالِدَيْكَ إِلَيَّ الْمَصِيرُ [٣١:١٤
Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan). 
 وَإِن جَاهَدَاكَ عَلَىٰ أَن تُشْرِكَ بِي مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ فَلَا تُطِعْهُمَا ۖ وَصَاحِبْهُمَا فِي الدُّنْيَا مَعْرُوفًا ۖ وَاتَّبِعْ سَبِيلَ مَنْ أَنَابَ إِلَيَّ ۚ ثُمَّ إِلَيَّ مَرْجِعُكُمْ فَأُنَبِّئُكُم بِمَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ [٣١:١٥]
Dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan denganKu sesuatu yang engkau - dengan fikiran sihatmu - tidak mengetahui sungguh adanya maka janganlah engkau taat kepada mereka; dan bergaulah dengan mereka di dunia dengan cara yang baik. Dan turutlah jalan orang-orang yang rujuk kembali kepadaKu (dengan tauhid dan amal-amal yang soleh). Kemudian kepada Akulah tempat kembali kamu semuanya, maka Aku akan menerangkan kepada kamu segala yang kamu telah kerjakan.
Dengan serta merta hatinya yang bergelora menjadi tenang. Beliau yakin ayat itu ditujukan kepadanya bagi menjawab segala permasalahan yang dihadapinya. Pulang dari pertemuan dengan Rasulullah, Saad Abu Waqas sudah tahu apa yang perlu dilakukannya.

Dengan tenang, beliau melayan ibunya dan tetap berbuat baik tanpa berganjak walau sedikitpun keyakinannya kepada Allah. Beliau tetap menyediakan makanan walaupun ibunya itu enggan menjamah makanan yang disediakannya. Beliau juga tetap menyediankan air untuk minuman ibunya. Namun begitu, ibunya tetap enggan makan dan minum. Keadaannya menjadi semakin lemah dan tubuhnya juga kurus kering.

"Wahai ibuku, sesungguhnya saya terlalu menyayangi dan juga mencintai ibu. Namun begitu, saya lebih cinta Allah dan rasul-Nya. Demi Allah! Seandainya ibu memiliki seribu nyawa, lalu nyawa itu keluar dari tubuh ibu satu per satu bagi memaksa saya keluar daripada agama ini, demi Allah saya tidak mungkin akan meninggalkannya," jelas Saad Abu Waqas.

"Adakah kamu lebih rela melihat ibu kamu ini mati daripada meninggalkan agama yang baru dibawa oleh Muhammad?" tanya Hamnah dengan nada suara yang tersekat-sekat dan tidak bermaya.

"Benar wahai ibuku. Demi Allah, saya tidak akan tunduk dengan apa jua pujuk rayu dan helah ibu lakukan walaupun nyawa ibu terpisah dari jasad," jawab Saad Abu Waqas dengan tegas. 

Apabila melihat anaknya bersungguh-sungguh dengan ucapannya, Hamnah terpaksa akur dan mengalah dengan kehendak anaknya. Munahlah harapannya untuk membawa Saad Abu Waqas kembali kepada agama  nenek moyang mereka.

Pemerintahan Saidina Abu Bakar As-Siddiq

"Wahai Saad, saya ada tugasan untuk kamu laksanakan," kata Khalifah Abu Bakar, lalu memandang ke arah Saad Abu Waqas.

"Katakan sahaja apa tugasan itu. Saya sedia melaksanakannya," balas Saad Abu Waqas dengan penuh rasa hormat.

"Saya mahu menghantar kamu ke Hawazani kerana ramai kabilah yang baru memeluk agama Islam enggan membayar zakat. Mereka mengambil kesempatan dengan pergolakan yang berlaku sekarang," kata Khalifah Abu Bakar.

"Apakah tugas sebenar yang akan saya  lakukan?" tanya Saad Abu Waqas meminta kepastian.

"Saya tugaskan kamu untuk menjadi amil, iaitu mengumpul dan menguruskan zakat. Pastikan mereka semua membayar zakat dan sekiranya mereka berdegil, perangi mereka," jawab Khalifah Abu Bakar.

"Arahan tuan itu akan saya laksanakan dengan sebaik mungkin," janji Saad Abu Waqas dengan bersungguh-sungguh. Beliau berasa terharu kerana diberikan kepercayaan bagi melaksanakan tugasan tersebut.

Bani Hawazani mula memberontak selepas kejayaan Rasulullah menawan Kota Mekah. Perang Hunaini tercetus apabila kabilah Hawazani yang tinggal di kawasan pergunungan yang terletak di sebelah timir laut Mekah berasa bimbang melihat pihak Muslimin berjaya menawan Mekah.

Mereka menyangka Rasulullah akan menyerbu daerah mereka dan kesemua mereka akan ditawan. Lantaran itu, Bani Hawazani dan Bani Thaqif pimpinan Malik bin Auf merancang bagi menyerang umat Islam. Namun begitu, peperangan itu ternyata berpihak kepada pasukan tentera Islam di bawah pimpinan Rasulullah.

Kedatangan Saad Abu Waqas sebagai amil di Hawazani disambut dingin oleh penduduk wilayah itu. Beliau tetap menjalankan tugas yang diamanahkan sebaghai pemungut zakat. Beliau banyak mendapat tentangan hebat terutama oleh golongan berharta. Berkat kesabarannya, Saad berjaya melaksanakan tugas dengan jayanya. Kejayaan ini mengangkatnya sebagai sahabat kesayangan Khalifah Abu Bakar.

Sebelum Khalifah Abu Bakar menghembus nafas terakhir, beliau mewasiatkan Umar Al-Khattab sebagai penggantinya. Muthanna bin Harisah sempat datang menemui Khalifah Abu Bakar bagi menyampaikan berita perihal serangan yang dilakukan oleh pihak Parsi. Lantaran itu, Khalifah Abu Bakar mengarahkan supaya dihantar bantuan ketenteraan ke perbatasan Parsi. Apa yang pasti, beliau menibggal dunia pada hari yang sama Muthanna bin harisah bertemu dengannya selepas 15 hari demam panas.

Pada peringkat awal pemerintahan Khalifah Abu Bakar, keadaan umat Islam yang dahulunya berpecah, kini sudah bersatu kembali. Tiada lagi pergolakan dan pemberontakan yang dilihat mampu menggugat kestabilan negara ketika itu. Beliau pernah menghantar pasukan tentera di bawah pimpinan Muthanna bin Harisah bagi menakluk bahagian barat Sungai Furat. Kejayaan Muthanna mendorong Abu Bakar bagi menghantar tentera dalam jumlah yang lebih besar di nawah pimpinan Khalid bin Al-Walid. Panglima Pedang Allah itu, berjaya menguasai kota Hirah. Selepas kejayaan itu, Khalid Al-Walid berjaya menguasai Pelabuhan Al-Ubullah di Teluk Arab.

Pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab

Syiar Islam dan arahan Khalifah Abu Bakar diteruskan. Pertempuran dengan tentera Parsi menemui kegagalan. Sekirannya tentera Parsi tidak berundur ramai lagi tentera Islam akan terkorban. Abu Ubaid menemui syahid dalam pertempuran ini akibat dipijak oleh pasukan bergajah. Lebih mengecewakan apabila ramai tentera Islam melarikan diri dari medan perang akibat serangan tentera bergajah Parsi.

Selepas peperangan ini, tentera Islam berkumpul di Kufah untuk membina kekuatan semula. Mereka membina maraks pertahanan. Manakala pihak tentera Parsi sibuk membuat persiapan dan semangat mereka berkobar-kobar dengan kemenangan Perang Jambatan. Mereka menganggap tentera Islam lemah. Kali ini Parsi menghantar bala tentera dengan bilangan yang lebih besar di bawah pimpinan Mahran bagi memerangi tentera Islam di Kufah.

Persiapan perang tentera Parsi disampaikan kepada Khalifah Umar Al-Khattab. Pasukan bantuan dari Madinah di bawah pimpinan Panglima Jariri segera disusun bagi membantu Muthanna bin Harisah. Kedua-dua pasukan itu bertempur di Buwaib yang berhampiran dengan Kufah. Pertempuran sengit itu berjaya membunuh ketua panglima Parsi, Mahran. Dia di bunuh oleh prajurit kristian yang bergabung dengan tentera Islam. Dengan terbunuhnya ketua panglima, pasukan tentera Parsi terus kucar kacir dan ramai tentera Parsi terbunuh. Kekalahan mereka ini menaikkan semangat berkobar-kobar dalam diri untuk membalas dendam atas kekalahan mereka.

Kekuatan tentera Islam mula goyah dengan ketiadaan panglima yang benar-benar beekebolehan mengetuai angkatan perang. Khalifah Umar meminta bantuan Majlis Syura untuk memilih ketua tentera bagi menangkis serangan dari tentera Parsi.

"Menurut pendapat kamu semua, siapakah yang paling layak memimpin pasukan tentera di Kufah?" tanya Khalifah Umar Al-Khattab.

Lalu Abdul Rahman bin Auf menjawab, "Saya sudah menemui orang itu."

"Siapakah dia?" tanya khalifah lagi.

"Dalam kalangan kita, ada singa yang menyembunyikan kukunya. Sekiranya dia diberi  peluang, saya yakin singa itu mampu menerkam musuh dengan kukunya yang tajam dan berbisa itu," jawab Abdul Rahman bin Auf seperti berteka-teki.

"Siapakah singa yang menyembunyikan kukunya itu?" tanya Khalifah Umar Al-Khattab yang meminta supaya diberikan penjelasan.

"Dia adalah Saad bin Malik Az-AZuhri atau Saad Abu Waqas!" tegas Abdul Rahman bin Auf.

"Adakah ada calon yang lain?" tanya Khalifah Umar.

"Hanya dia yang paling layak," kata Uthman bin Affan.

"Saya juga sependapat dengan kamu. Hanya Saad Abu Waqas yang berkebolehan menjadi ketua pasukan tentera untuk dihantar ke Kufah. Ketika perang Badar dan Uhud, Saad Abu Waqas pernah menunjukkan kehebatan dan keberaniannya sehingga dia mendapat pujian daripada Rasulullah. Dia sememangnya seorang yang hebat apabila berada di medan pepeperangan. Tambahan pula sepanjang perkhidmatannya di Hawazani, dia juga berjaya menangani pemberontakan di sana," balas Khalifah Umar Al-Khattab.

Cadangan itu dipersetujui oleh Khalifah Umar dan segera dihantar surat memintanya pulang segera ke Madinah. Saad Abu Waqas mencari penggantinya untuk mengambilalih tugasnya di Hawazani. Kemudian dia segera pulang ke Madinah.

Maharaja Parsi iaitu Maharaja Yazdegerd juga membuat perispan untuk berperang habis-habisan dengan tentera Islam. Dia segera membuat perbincangan dengan menterinya.( baca sendiri dalam buku yea)

Saad Abu Waqas sibuk mempersiapkan strategi peperangan. Beliau sedar bilangan bala tentera musuh lebih ramai. Mereka mengkaji starategi pihak musuh. Parsi menang kerana mempunyai tentera bergajah. Pasukan tentera Islam belum pernah berhadapan dengan situasi sedemikian rupa.

Sebelum mengahdapi tentera Parsi, Khalifah Umar Al-Khattab berwasiat, "Wahai Saad Abu Waqas! Jangan kamu mmudah terpesona. Sesungguhnya Allah tidak menghapuskan kejahatan dengan kejahatan. Allah menghapuskan kejahatan dengan kebaikan. Wahai Saad Abu Waqas! Sesungguhnya tidak ada hubungan kekeluargaan antara Allah dengan seseorang melainkan dengan mentaati-Nya. Semua manusia adalah sama di sisi Allah, tidak kiralah sama ada berketurunan bangsawan ataupun rakyat jelata. Allah dalah tuhan mereka dan mereka semua adalah hamba-hamba-Nya. Perhatikanlah cara Rasulullah yang kamu sendiri sudah mengetahuinya, maka tetaplah ikut caranya itu."

Dalam peperangan ini juga seorang sahabat Nabi Muhammad yang buta matanya. Beliau adalah Ibnu Maktum (boleh baca sendiri bagaimana cara beliau berperang dan menemui syahid).

Perjalanan tentera Islam ke Al-Qadisiyyah diketahui oleh Maharaja Parsi. Dia meminta Rostam sebagai ketua  panglima Parsi mengetuainya. Peperangan ini disertai oleh Maharaja Yazdegerd.

"Peperangan kali ini, saya mahu tentera Islam  dimusnahkan sama sekali sehingga mereka tidak lagi berani menjejak kaki ke bumi Parsi. Oleh itu, saya mahu kertua panglima memimpin perang kali ini," tegas Maharaja Parsi itu.

"Sekiranya kamu menang dan pulang dengan membawa kejayaan maka ada habuan yang akan menanti," janji Maharaja parsi selepas melihat muka ketua panglima yang agak keberatan.

"Habuan itu pasti terlalu besar nilainya buat kamu. Saya sanggup turun takhta selama sepuluh tahun dan kamu akan menggantikan tempat saya bagi memerintah Parsi dalam tempoh itu," janji Maharaja Yazdegerd.

Rostam terkejut dan menerima tawaran itu. Ada dikalangan pembesar istana menganggapnya keterlaluan....

Seperti biasa sebelum peperangan, Saad Abu Waqas menghantar empat orang utusan. Mereka diberi dua pilihan sama ada memilih mengaku tiada tuhan melainkan Allah dan mengaku Muhammad itu pesuruh Allah atau membayar jizyah/ cukai perlindungan kerana berda dibawah pemerintahan Islam. Kedua-dua tawaran itu ditolak malah Rostam menawarkan hadiah supaya melarikan diri dalam perang. Semuanya ditolak oleh utusan2 tentera Islam itu  (kira macam rasuah la).

Keesokan harinya sebelum matahari terbit, pasukan tentera Islam bersedia menunggu serangan yang dilancarkan oleh tentera Parsi. Namun begitu, mereka tidak memulakan serangan sebagaimana yang dijanjikan. Pada masa yang sama, Saad Abu Waqas tiba-tiba terlantar si tempat pembaringan akibat serangan penyakit. Kakinya terasa kejang dan badannya dihinggap bisul sehingga tidak dapat berjalan. Kedua matanya bergenang air mata bukan kerana sakit tetapi ingin menangguhkan atau menunda peperangan.

Fikirannya buntu sebelum beliau menyedari bahawa beliau perlu berjuang walaupun dalam keadaan sakit sekalipun. Akhirnya dia akur. Dia menukar pakaian dan solat berjemaah. Beliau berdia supaya Allah menyembuhkan penyakitnya.

Dalam peperangan ini muncul penunggang kuda misteri. Pasukan tambahan tiba di pimpin oleh Panglima Qa'qa ibnu Amru. Panglima Qa'qa ibnu Amru mencadangkan supaya mata kuda dan unta disolek dengan solekan yang menggerunkan. Ini strategi yang dilakukan oleh Panglima Khalid Al-Walid dapat mengalahkan tentera Rom. Semasa pertempuran berlaku datang pasukan tampahan di bawah pimpinan Hisham Ibnu Utbah. Di kalangan tenteranya ada dua orang tentera Parsi yang memeluk Islam. Mereka adalah Dakhar dan Salam.

"Sesungguhnya gajah yang besar dan kuat itu ada kelemahannya iaitu, pada belali dan juga matanya.Oleh iyu saya mencadangkan supaya belalai gajah itu perlulah dipotong dan matanya pula perlulah dibutaklan bagi mengalahkannya," cadang Dakhar.

"Kami memerlukan beberapa orang yang mahir memanah bagi membutakan mata gajah-gajah itu. Di samping itu, kita memerlukan beberapa oarang pahlawan yang sanggup  memotong belalainya," kata Salam pula.

"Sekiranya begitu, kumpulkan mereka yang mahir memanah. Pastikan panahan mereka tepat mengenai mata gajah-gajah itu," arah Saad Abu Waqas kepada Khalid bin Arfathah.

Saad Abu Waqas sendiri menjadi pengintip dan menyamar sebagai tentera Parsi. Hal ini mudah bagi beliau yang pandai bertutur dalam bahasa Parsi. Daripada intipan ini, beliau mengetahui bekalan makanan tentera Parsi tidak mencukupi. Jambatan di sungai Furat diruntuhkan...

Maharaja Yazdegerd yang masih muda dan mentah ini mengerahkan semula tentera yang berada di Parsi turun memberikan bantuan. Wilayah Parsi sendiri tiada tentera yang menjaganya. Rostam dipenggal lehernya walaupun cuba melarikan diri dalam peperangan. Ada antara tentera Parsi yang melarikan diri. Ada juga yang menyerah diri.

Doa yang dimakbulkan


Beliau merupakan sahabat Rasulullah yang dimakbulkan doanya. Antara doa semasa menyeberangi Sungai Firat sedangkan jambatan sudah diruntuhkan.

Dengan menadah kedua-dua belah tangannya, Saad Abu Waqas pun berdoa," Hasbunallahu wa ni'mal wakil (cukuplah Allah bagi kami dan Dialah sebaik-baik pemimpin)."

Saad Abu Waqas mengarahkan kesemua tenteranya supaya mengucapkan doa tersebut. Selepas itu, Saad Abu Waqas memacu kudanya untuk terjun je dalam sungai yang airnya mengalir deras itu. Dengan izin Allah, doa Saad Abu Waqas dimakbulkan oleh Allah yang Maha Berkuasa. Mereka semua seperti berjalan di atas permukaan air Sungai Furat itu. Kemudian terus menyeberangi Sungai Tigris. Tidak seorang tentera Islam pun tertinggal untuk menyeberangi sungai ini.

Dalam pada itu, tiba-tiba salah seorang tentera Islam berteriak,"Bekas air! Bekas air! Bekas air saya terjatuh!"

Ternyata bekas minumannya sememangnya jatuh ke dalam sungai dan dihanyutkan arus. Lantaran itu, ketua mereka mengarahkan semua pasukan mencari bekas air itu sehingga dijumpai semula. Mereka berlegar-legar di tengah -tengah kawasan sungai sambil mencari bekas air sahabat mereka itu.

Kelakuan tentera Islam ini diintip oleh musuh. Selepas membuat laporan hasil intipan salah seorang daripada mereka berkata," Kita tidak munghkin mampu mengalahkan mereka! Bahkan tidak akan pernah ada yang dapat menundukkan mereka,"

"Mengapa kamu kata begitu?" tanya pengintip yang lain.

"Saya berkat begitu kerana baru bekas air sahaja yang hilang, seluruh pasukan sudah rasa kehilangan. Bagaimana pula jika salah seorang daripada mereka terbunuh? Mereka semua pasti tidak merelakannya. Tidak ada paukan yang mampu mengalahkan pasukan dengan ikatan persaudaraan yang kukuh sebagaimana ikatan persaudaraan yang ditunjukkan oleh tentera Islam," jawab pengintip itu.

Kekalahan tentera Parsi mengejutkan Maharaja Yazdegerd. Penduduk sekitar sudaj berpihak kepada tentera Islam. Pembesar tua mencadangkan supaya meminta bantuan daripada Maharaja China. Kemuan utusan dihantar ke negara China. Utusan itu menceritakan kepada Maharaja China perihal tentera Islam yang berjaya menawan Parsi.

"Adakah mereka menunaikan janji mereka?" tanya Maharaja China.

"Ya," jawab utusan Parsi itu.

"Apakah yang mereka katakan sebelum mereka memerangi kamu?" tanya Maharaja China lagi.

"Mereka menyeru kami supaya memilih satu antara tiga, mengikut agama mereka, membayar jizyah ataupun berperang," jawab utusan maharaja Parsi itu.

"Bagaimanakah ketaatan mereka kepada ketua mereka?" tanya Maharaja China lagi.

"Mereka sememangnya taat kepada ketua mereka," jawab utusan itu.

"Apakah yang mereka halalkan dan apakah yang mereka halamkan?" tanya Maharaja China.

"Mereka mengharamkan perkara-perkara yang sesat, buruk, jijik dan segala bentuk kejahatan," jawab utusan Maharaja Parsi itu.

"Adakah mereka menghalalkan apa yang sudah mereka haramkan dan mengharamkan apa yang sudah mereka halalkan?" tanya Maharaja China.

"Tidak. Mereka menyakini syariat mereka adalah kekal selama mana wujudnya langit dan bumi. Mereka berpegang pada tiada ketaatan kepada hamba dalam perkara yang bercanggah dengan Pencipta," jawab utusan Maharaja Parsi.

"Sesungguhnya mereka tidak akan hancur selama-lamanya sehinggalah mereka menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal," kata maharaja China.

Lantaran itu, Maharaja China mengutuskan surat kepada Maharaja Parsi.

"Sesungguhnya saya tidak keberatan menghantar bantuan ketenteraan kepada negara Parsi. Namun begitu, tentera Islam sebagaimana diceritakan oleh utusan kamu itu ternyata terllau kuat. Sekiranya mereka mahu meratakan gunung, pasti mereka akan mampu meratakannya. Sekiranya mereka mahu membentengi jalan yakni laluan tentera China, mereka pasti akan menghancurkan kami selama mana mereka berakhlak sebagaimana yang diceritakan oleh utusan kmau itu. Oleh itu, menyerahlah kepada mereka dengan cara damai. Janganlah kamu menyerang mereka selama mana mereka tidak menyerang negara Parsi."

Dengan berat hati Maharaja Yazdegerd meninggalkan Parsi dan berlindung di Merv. Akibat kegagalan nya memegang tampuk pemerintahan menyebabkan empayar Parsi Sassanid lenyap dan berkubur.

***********

"Kota Hims sudah dikepung oleh tentera Rom. Abu Ubaidah meminta bantuan kerana tentera Islam juga digunakan bagi mempertahankan kota-kota yang lain," beritahu Khalifah Umar Al-Khattab.

"Wahai Khalifah Amirul Mukminin, bantuan perlu dihantar segera. Kita tidak boleh berlengah-lengah lagi, kata Abdul Rahman bin Auf.

anggota mesyuarat yang lain bersetuju dan mencdangkan beberapa nama. Pandangan mata Khalifah  Umar Al-Khattab beralih ke arah Saad Abu Waqas.

"Bagaimankah sekiranya kita hantar Saad Abu Waqas bagi membantu Abu Ubaidah?"tanya Khalifah Umar Al-Khattab kepada para sahabat.

"Saya setuju kerana sememangnya dia yang paling layak," sokong Abdul Rahman bin Auf.

"Baiklah, saya setuju," sahut Saad Abu Waqas.

Persiapan pun segera dilakukan. Pada keesokan harinya Saad Abu Waqas bersama-sama angkatan tenteranya yang berjumlah seramai 20 ribu orang berangkat meninggalkan kota Madinah menuju ke Kota Hims.

Kedatangan tentera Islam benar-benar mengejutkan tentera Rom, terutama sekali Raja Kaisar Herculis. Mereka juga mendapat tahu tentera Islam yang dipimpin oleh Saad Abu Waqas sedang menuju ke Jazirah. Tentera Rom yang berasal dari Jazirah berasa lemah semangat apabila mendapat tahu negeri mereka sudah diserang. Ternyata, mereka lebih menyayangi keluarga mereka berbanding kota Hims. Akhirnya, tentera Rom yang berasal dari Jazirah berundur dari Kota Hims. Raja Kaisar Herculis berkeras mahu mereka supaya tidak mengundurkan tetapi malangnya perintah raja itu langsung tidak dipedulikan oleh mereka. Mereka meninggalkan senjata masing-masing sebelum pergi meninggalkan Kota Hims. Tentera Rom menjadi lemah tanpa bantuan orang-orang Rom dari Jazirah. Apabila melihat keadaan itu, Abu Ubaidah pun mengarahkan tenteranya supaya berperang habis-habisan. Akhirnya, musuh dapat dikalahkan. Manakala Raja Kaisar Herculis terpaksa berundur dari Kota Hims.

Perjuangan tentera Islam belum berakhir. Selepas Kota Hims berjaya ditakluk, mak mereka pun berpindah pula ke Kota Ilia. Matlamat terakhir tentera Islam adalah mahu menawan Baitul Maqdis atau Kota Al-Quds. Seelepas berjaya menakluk Kota Hims dan juga Kota Ilia, mereka pun berangkat menuju ke Kota Baitul Maqdis.

Laungan takbir dengan suara yang kuat dan lantang mengejutkan tentera Rom. Mereka menyaksikan dari  atas benteng kota dan mereka berasa gerun apabila melihat kehadiran tentera Islam yang ramai. Gema takbir yang kuat itu, membuatkan seluruh penduduk kota menjadi kecut perut.

Mereka yakin sudah datang lelaki seperti yang dimaksudkan oleh paderi mereka. Menurut kepercayaan mereka, pintu Baitul Maqdis akan dibuka oleh lelaki yang bertubuh tinggi, berkulit hitam manis dan bermata hitam. Sekiranya dia datang, tiada cara lain melainkan menyerah diri...

"Pintu kota Al-Qus tidak akan dibuka sehinggalah Khalifah Umar Al-Khattab sendiri yang membukanya," beritahu Abu Ubaidah. Masing-masing kehairanan apabila mendengar jawapannya itu.

"Mengapa Khalifah Umar Al-Khattab yang dipilihnya?" Tanya Saad Abu Waqas.

"Menurut kepercayaan mereka, akan datang seorang lelaki yang diutuskan bagi membuka pintu kota Al-Quds.Gambaran lelaki itu adalah sama seperti Khalifah Umar Al-Khattab. Saya akan mengutuskan surat kepada Khalifah supay beliau datang ke kota Quds seperti yang diminta oleh ketua paderi itu," kata Abu Ubaidah Al-Jarrah.

Selepas membaca surat yang diutuskan oleh Abu Ubaidah Al-Jarrah, Khalifah Umar Al-Khattab segera bersiap-siap untuk pergi ke Baitul Maqdis. Beliau memakai pakaian yang sederhana sahaj, lalu keluar dari rumahnya dengan ditemani oleh seorang pembantu. Mereka menunggang unta menuju ke Baitul Maqdis. Mereka berdua bergilir menunggang unta hinggalah tiba di kota Al-Quds.

Sebaik sahaj tentera Islam melihat kedatangan Khalifah Umar Al-Khattab, mereka pun bertakbir. Orang Nasrani begitu takjub dengan situasi itu dan mereka pun berfikir adakah benar oarang yang mereka lihat itu seperti mereka gambarkan di dalam kitab mereka? Apabila Khalifah Umar Al-Khattab melalui kawasan becak, pembantu Khalifah Umar Al-Khattab meminta supaya tuannya supaya menunggang unta dan biar dia yang berjalan kaki tetapi Khalifah Umar Al-Khattab tetap menolak dengan mengatakan pada masa itu adalah giliran pembantunya pula yang menunggang unta. Khalifah Umar Al-Khattab memang tali unta itu, lalu terus berjalan mengharungi tanah becak sehingga bajunya basah terkena lumpur. Orang ramai sekali lagi bersa takjub apabila melihat situasi itu.

Ketua paderi kota Al-Quds yang melihat kejadian itu gementar, lalu dia pun berkata kepada kaumnya,"Seseorang pun tidak mampu untukl berhadapan dengan lelaki itu. Oleh sebab itu, menyerah dirilah dan kamu semua akan selamat."

Seleruh penduduk kota akur dengan apa yang diperkatakan oleh ketua paderi mereka. Akhirnya mereka menyerah tanpa melakukan pertumpahan darah. Selepas itu, perjanjiaan pun termaterai antara orang Islam dan juga penduduk kota Al-Quds. Khalifah Umar memberkan jaminan keamanan untuk kaum Nasrani. tempat ibadat serta tempat suci mereka tidak akan diusik. Perjanjian itu dinamakan sebagai Perjanjian Umariah.

Selepas selesai membantu Abu Ubaidah, Saad Abu Waqas kembali ke Madinah. Khalifah Umar memintanya menjadi gabenor di Kufah. Di sana dia difitnah apabila dia tidak menyertai peperangan menentang Maharaja Yazdegerd yang mengumpul kekuatan menyerang semula tentera Islam. Padahal Khalifah Umar tidak membenarkannya supaya beliau dapat menumpukan perhatian dalam pentadbiran di Kufah. Kemudian tempatnya, gabenor Kufah diganti dengan Abdullah bin Utbah. Saad Abu Waqas dilantik sebagai anggota Majlis Syura bersama Uthman bin Affan, Ali bin Abi Thalib, Zubair bin Awaam, Abdul Rahman bin Auf dan juga Thalhah Ubaidullah.

**********
Pada subuh yang hening itu, para jemaah sudah pun memenuhi masjid bagi menunaikan solat subuh. sudah menjadi kalaziman, khalifah Umar Al-Khattab mengimamkan solat subuh secara berjemaah. Beliau sudah pun bersiap sedia mengambil tempat bagi mengimamkan solat subuh. Baru sahaja mahu memulakan solat subuh, tiba-tiba terdengar satu jeritan. semua yang berada di situ berasa terkejut. Khalifah Umar Al-Khattab rebah ke lantai. Darah membasahi bajunya. Para sahabat terus mengerumuni pemimpin itu.

Saad Abu Waqas yang melihat kejadian itu terus mengejar lelaki itu. Lelaki itu dapat meloloskan diri apabila dikepung oleh orang ramai. Lelaki itu adalah Abu Lukluah, iaitu anak kepada Maharaja Yazdegerd III yang dibawa ke Madinah semasa kota Madain berjaya ditawan. Abu Lukluah berasa panik apabila dirinya dikepung kerana dia tidak berpeluang melepaskan diri. Oleh sebab ketakutan, akhirnya dia menikam dirinya sendiri dengan pisau yang sama.

Sejak Khalifah Umar Al-Khattab jatuh sakit, Saad Abu Waqas sentiasa berada di samping pemimpin itu. Khalifah Umar menyerah pemilihan pemimpin selepasnya kepada Majlis Syura. Saad Abu Waqas turut tercalon dan kemuadian mengundur diri kerana merasa dirinya tidak layak. Sehingga tinggal dua orang calon iaitu Ali bin Abi Thalib dan Uthman bin Affan. Bermula dari sini penduduk Madinah berpecah kepada dua. Penyokong Ali bin Abi Thalib dan penyokong Uthman bin Affan. sedangkan kedua-dua calon ini sangat rapat dengan Rasulullah.

Selepas memperoleh keputusan undian, Abdul Rahman bin Affan mengisytiharkan Uthman bin Affan sebagai khalifah ketiga.. Keadaan ini menyebabkan para penyokong Ali bin Abi Thalib memprotes keputusan tersebut hanya kerana calon mereka tidak terpilih.

**********
Satu mesuarat diadakan bersama Majlis Syura bagi membincangkan perkara yang berkaitan pembangunan dan permasalahan yang dihadapi.

"Kehebatan dan keunggulan pasukan tentera sejak zaman Nabi Muhammad sudah terbukti hingga kini. Banyak negara yang berjaya kita tawan dan agama Islam sudah pun bertapak kukuh di serata bumi Arab. Oleh itu, saya mahu memperluaskan lagi penaklukan kita ke negara di luar tanah Arab," kata Khalifah Uthman bin Affan.

"Negara mana yang bakal kita takluki Tuan?" tanya salah seorang sahabat.

"Afrika Utara dan Cyprus. Buat permulaan, kita akan mengadakan kempen bagi menaklukidua negara itu sebelum memulakan ekspedisi ke sana. Di samping berkempen bagi menentang Byzantine, apa yang kita lakukan ini adalah bagi menyambung perjuangan Khalifah Abu Bakar As-Siddiq dan juga Khalifah Umar Al-Khattab. Hal ini kerana kerajaan Byzantine masih berusah mengancam negeri-negeri Arab," jawab Khalifah Uthman bin Affan.

"Tuan, sekiranya kita mahu menakluki Afrika Utara dan Cyprus, kita perlu merentasi lautan sedangkan kita tidak mepunyai kelengkapan yang diperlukan terutamanya sekali kapal perang," kata salah seorang sahabat.

Dengan nada suara yang lembut, beliau berkata," Oleh sebab itu saya mahu tubuhkan pasukan tentera laut. Perkara yang berkaitan dengan kelengkapan perang, kamu semua jangan berasa khuatir kerana saya akan sediakan. Apa yang pasti, dengan adanya pasukan tentera laut itu nanti dapatlah kita manakluki negara-negara yang berada di luar tanah Arab. Sya melantik Muawiyah bin Abu Sufian bagi menerajui angkatan perang laut. Bagi menguatkan lagi pasukan , saya juga mahu tubuhkan angkatan perang pemanah. Dengan itu, saya melantik Saad Abu Waqas sebagai ketua pasukan pemanah bagi membantu menguatkan lagi angkatan perang."

Saad Abu Waqas menerima amanah ini dengan penuh tanggungjawab. Kemudian dia dilantik semula menjadi Gabenor Kufah. Ini meningkatkan kemarahan pengikut gabenor sebelum itu, Mughirah bin Syu'bah. Keadaan ini bertambah parah apabila Khalifah Uthman bin Affan  memecat sebahagian pembesar dan kekosongan jawatan itu diganti dengan ahli keluarganya. Bagi Saad Abu Waqas ada sebab tertentu Khalifah Uthman bin Affan membuat keputusan itu.

**********
Peringkat awal kedatangan orang cina ke semenanjung Arab adalah apabila kapal-kapal pedagang mereka sudah sampai ke Teluk Parsi sejak tahun ke-5 Masihi. Sejak itu, hubungan kedua-dua buah negara itu mula berkembang.

Kemudian hubungan dunia Arab dan China bertambah akrab apavila Kaisar Tiongkok mengirim delegasi ke Madinah. Pada zaman Rasulullah, baginda pernah mengutuskan Wahab bin Abi Kabsyah bagi menyampaikan haadiah ke Canton sekaligus memperkenalkan Islam kepada Kaisar Tiongkok. Sejak itu, Wahab bin Abi Kabsyah terus menyebarkan dakwah dan menetap di China.

Pertemuan dua budaya ini mengembirakan Saad Abu Waqas. Sepanjang saudagar itu berada di Madinah, mereka diberi layanan yang baik.

Suara merdu Saad Abu Waqas membacakan Al-Quran menarik perhatian saudagar-saudagar Cina yang kebetulan menjadi tetamu di rumahnya. Mereka berasa terpegun kerana belum pernah didengar bait-bait lagu yang begitu indah. Selepas Saad Abu Waqas selesai membaca, mereka berjumpa dengannya.

"Wahai Tuan, lagu apakah yang Tuan dendangkan sebentar tadi? Sungguh merdu sekali nyanyian Tuan," puji salah seorang daripada mereka.

"Itu adalah bacaan ayat-ayat suci al-Quran. Kitab Nur al-Karim. Kitab panduan yang Allah turunkan buat junjungan, iaitu Nabi Muhammad untuk dijadikan panduan kepada umat manusia yakni pengikut Nabi Muhammad," terang Saad Abu Waqas.

Setiap pertanyaan mereka dijawab dengan baik. Kesempatan ini digunakan oleh Saad Abu Waqas untuk berdakwah kepada mereka sehingga mereka mengambil keputusan memeluk Islam. Salah seorang daripada mereka yang rapat dengan Saad Abu Waqas iaitu Abdullah. Abdullah mempelawa Saad Abu Waqas ke China. Keinginan itu disampaikan kepada Khalifah Uthman bin Affan.

"Sebenarnya sebelum ini, delegasi dari China yang diutuskan oleh Maharaja China pernah datang ke Madinah. Oleh itu, apabila kamu mahu pergi ke China, maka saya putuskan supaya kamu menjadi delegasi pertama  ke sana sebagai tanda membalas kunjungan dan menyebarkan syiar Islam di sana," kata Khalifah Uthman bin Affan.

"Untuk makluman tuan, itulah tujuan utma saya mahu berhijrah ke sana. Tambahan pula Wahab bin Abi Kabsyah, iaitu utusan yang pernah dihantar oleh Rasulullah sudahpun menetap di sana. Dengan itu, dapatlah saya melihat sejauhmana perkembangan ajaran Islam di sana. Mudah-mudahan, syiar Islam dapat berkembang di luar semenanjung Arab selepas ini," balas Saad Abu Waqas.

"Oleh hal yang demikian, saya akan hantar kamu dan Tsabit bin Qays ke negara Chian sebagai utusan daripada kerajaan Madinah," kata Khalifah Uthman bin Affan.

Pengembaraan Saad Abu Waqas ditemani dua orang pembantu. Mereka bertiga memulakan pelayaran dari Pelabuhan Abysina menuju ke negara China. Pada awal pelayaran, kapal yang mereka naiki tenang merentasi lautan yang luas. Pada suatu hari, cuaca terang bertukar menjadi mendung. Awan yang cerah bertukar menjadi hitam pekat. Sejurus selepas itu, hujan turun dengan selebat-lebatnya dan diikuti ribut kencang. Laut mula bergelora dan memukul-mukul kapal yang mereka naiki sehingga terhuyung hayang dilambung ombak. Keadaan menjadi kelam-kabut apabila air mula memasuki kapal. Mereka bersa cemas. KJapal hampir karam.

"Wahai tuan, kita perlu berbuat sesuatu sebelum kapal kita karam!" jerit Abdullah.

"Wahai sahabatku, Saad Abu Waqas. Rasulullah  sudahpun memberi kelebihan kepada kamu dengan doa-doa kamu mudah dimakbulkan oleh Allah. Berdoalah semoga kapal kita selamat daripada bencana," ujar Tsabit bin Qays.

Lantas Saad Abu Waqas pun menadah kedua-dua belah tangan lalu berdoa. Selesai berdoa dengan izin Allah, ribut kencang berhenti dan kapal kembali belayar seperti biasa. Sampai di Canton, Saad Abu Waqas bersama pembantunya mula mengadap Maharaja Chiu Tang Su ditemani Abdullah sebagai jurubahasa mereka. Kedatangan mereka disambut baik oleh pihak istana. Mereka juga diberi keizinan untuk berdakwah.

Walaupun banyak halangan, Saad Abu Waqas terus menyampaikan dakwah dengan sabar. Ramai yang memeluk Islam. Tidak kurang juga yang tidak suka dengan mereka.

Saad dipanggil pulang oleh Khalifah Uthman bin Affan kerana difitnah memakan daging khinzir. Fitnah itu dinafikan sekeras-kerasnya oleh mereka bertiga.

"Wahai Amirul Mukminin, saya pernah meminta daripada Rasulullah supaya berdoa kepada Allah supaya saya sentiasa menjadi orang yang dimakbulkan doanya. Lantaran itu, Rasulullah pun berkata, ' Wahai Saad, perelokkan makanan kamu, pasti doa kamu mustajab.' Demi Allah, sesungguhnya apabila seseorang itu menyuapkan sesuap makanan haram ke dalam mulutnya, pasti tidak akan diterima doanya selama empat puluh hari. Mana-mana hamba yang tumbuh daging daripada makanan haram dan riba, maka api neraka yang lebih utama baginya," terang Saad Abu Waqas perihal kat-kata Rasulullah yang diperingatkan kepadanya.

Beberapa tahun kemudian, timbul semula keinginannya kembali ke China. Khalifah Uthman memberi keizinan kepadanya. Perjalanan kali ke-2 ini, beliau melihat perkembangn Islam di Canton. Apabila melihat perkembangan yang membanggakan, beliau mengatur perjalanan dengan belayar ke Chang'an melalui rute. Mereka mengadap Maharaja Kao-Tsung untuk meminta kebenaran untuk berdakwah dan menghadiahkan senaskhah Al-Quran. Saad menerangkan serba sedikit tentang Islam...

"Setiap penganut perlu beriman kepad Allah dan menunaikan kewajipan sembahyang 5 waktu sehari semalam serta berpuasa sebulan di bulan Ramadhan," kata Saad.

Maharaja Dinasti Tang itu sejenak dan bersuara semula.

"Amalan itu terlalu berat buat saya. Walaupun saya tidak memeluk Islam tetapi saya izinkan kamu untuk berdakwah kepada rakyat jelata tanpa sebarang halangan. hal ini kerana perngembangan Islam saya rasa sesuai dengan ajaran Konfusius," ujar Maharaja itu.

Pada zaman pemerintahan Khalifah Ali bin Abi Thalib, beliau pulang kerana dipanggil oleh Khalifah. Kemudian pergi ke China semula semasa pemerintahan Khalifah Muawiyah bin Abi Sufian. (Setiap pemerintahan ini ada ceritanya tersendiri).

***********
"Kafankan ayah dengan jubah ini. Pakaian ini ayah pernah pakai semasa bersama Rasulullah dalam Perang Badar. Ayah mahu mnemui Allah dengan jubah ini," kata Saad Abu Waqas kepada anak-anaknya sebelum ajal menjemputnya.

SUMBER:  Buku Novel Sejarah. Saad Abu Waqas Kesatria Islam. Oleh Abdul Latip Talib. Keluaran PTS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Mesyuarat atau bengkel mengikut zon

Assalamualaikum wbt 2 minggu aku batuk dan sukar bercakap dengan jelas. Cabaran kepadaku kerana kerjayaku memerlukan percakapan. Baca laju s...