17 Julai 2010

Pemimpin Turun Padang

"Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu jadikan bapa-bapa dan saudara-saudaramu pemimpin-pemimpin mu, sekiranya mereka lebih mengutamakan kekafiran atas keimanan. Dan sesiapa antara kamu yang menjadikan mereka pemimpin-pemimpinmu, maka mereka itulah orang-orang yang zalim"
~Surah At-Taubah ayat 23~
Kisah Sultan Murad, ayahanda Sultan Muhammad Al-Fateh boleh dijadikan contoh. Keazaman baginda Sultan untuk memenuhi kata-kata Nabi Muhammad SAW.
"Kota Kontantinopel hanya jatuh ke tangan seorang ketua yang baik, tentera yang baik dan rakyat yang baik. Inilah maksud sebuah hadis yang pernah dinyatakan oleh Nabi Muhammad SAW" Kata Syeikh Bayram semasa mengajar ilmu hadis di Masjid Yeldrim Beyazid Kulliyesi selepas solat subuh.
Selepas mendengar kata-kata ini, Sultan Murad termenung seolah-olah ada sesuatu yang sedang difikirkannnya. Sultan Muhammad menghampiri ayahandanya lalu bertanya, "Mengapa ayahanda termenung?Apakah yang mengganggu fikiran ayahanda?"
"Nabi Muhammas SAW mengatakan, Konstantinopel hanya dapat ditawan oleh pemimpin yang baik, tentera yang baik dan rakyat yang baik. Apakah ayahanda bukan pemimpin yang baik? Apakah tentera dan rakyat kita tidak baik?Apa pendapat anakanda?" tanya Sultan Murad pula.
Syeikh Syamsudin al-Wali yang turut berada di situ segera menjawab,"Tuanku sememangnya seorang pemimpin yang baik. Rakyat memuji kepimpinan tuanku."
"Bagaimana pula tentera dan rakyat saya? Adakah mereka tidak baik?" tanya Sultan Murad.
"Bagi mengetahui keadaan rakyat dan tentera, lebih baik kita selidik sendiri keadaan mereka," jawab Sultan Muhammad Al-fateh pula.
"Maksud anakanda kita keluar lalu menyamar diri bagi mengetahui keadaan mereka?"
"Itu sahaja caranya, ayahanda."
Sultan Murad bersetuju dengan cadangan itu. Baginda mengajak Sultan Muhammad al-Fateh dan Syeikh Syamsudin al-Wali turut menemaninya. Mereka menyamar sebagai peminta sedekah.
"Rahsiakan pemergian kita dan jangan beritahu sesiapa walaupun kepada anak dan isteri," pesan Sultan Murad.
"Jangan bimbang tuanku kerana tiada siapa yang akan mengetahuinya melainkan Tuhan sahaja," kata Syeikh Syamsudin al-Wali.
Situasi pertama:
Mula-mula mereka masuk ke pasar melihat urusan jual beli. Mereka dapati ramai peniaga yang menipu sukatan dan timbangan bagi mendapat keuntungan yang lebih. Para peniaga itu marah apabila menyedari tiga orang lelaki yang menyamar sebagai peminta sedekah melihat penipuan mereka.
"Di sini tempat berniaga, bukan tempat meminta sedekah. Pergi dari sini!" kata seorang peniaga sambil menghalau mereka pergi dari situ.
"Kami lapar, minta sedikit makanan," Sultan Murad berpura-pura merayu menagih simpati.
"Aku tidak beri makanan percuma. Pergi buat kerja dahulu," herdik peniaga yang sombong itu.
"Apa kerja yang boleh kami lakukan?" tanya Syeikh Syamsudin al-Wali.
"Di sini tidak ada kerja kosong. Pergi minta kerja di tempat lain," jawab peniaga itu sambil mencekak pinggang. Akhirnya Sultan Murad, Sultan Muhammad dan Syeikh Syamsudin al-Wali pergi dari situ.
"Para peniaga tidak menunjukkan sikap yang baik. Kita perlu lakukan sesuatu bagi mengubah sikap mereka," kata Sultan Murad.
"Apa yang ayahanda mahu lakukan?" tanya Sultan Muhammad.
" Kita keluarkan arahan supaya para peniaga tidak boleh mengurangkan sukatan dan timbangan. Mereka juga diminta bersikap belas kasihan pada orang miskin dan mereka yang memerlukan bantuan," jawab Sultan Murad.
"Anakanda menyokong tindakan ayahanda," kata Sultan Muhammad al- Fateh.
"Itulah yang sebaik-baiknya," ujar Syeikh Syamsudin pula.
Situasi kedua:
Kemudian mereka pergi ke rumah keluarga yang miskin lau pura-pura minta sedekah. Tetapi dihalau oleh keluarga itu dengan berkata,"Kami orang miskin. Bagaimana kami hendak memberi kamu makanan sedangkan kami sendiri kekurangan makanan."
"Sesungguhnya memuliakan tetamu itu dituntut oleh agama kita," kata Syeikh Syamsudin al-Wali.
" Bagaimana kami hendak memuliakan kamu sedangkan kami sering dihina kerana kemiskinan kami," jawab tuan rumah itu.
" Kata-kata yang baik itu adalah sedekah. Kerana itu, elok tuan perbaiki pertuturan," kata Sultan Murad.
" Bagaimana hendak menuturkan kata-kata ynag baik sedangkan kami selalu dimaki dan dihina kerana kemiskinan kami," jawab mereka.
Situasi ketiga:
Kemudian mereka pergi ke rumah orang kaya lalu berpura-pura meminta sedekah.
"Tuan orang kaya. Tentu banyak makanan di rumah tuan. berilah kami sedikit makanan," kata Sultan Muhammad al-Fateh.
" Engkau masih muda. Badan masih kuat, mengapa jadi peminta sedekah?" herdik tuan rumah itu.
" Saya sudah tua dan tidak mampu lagi hendak bekerja. Berilah kami sedikit makanan," kata Sultan Murad pula.
" Aku tidak memberi makanan percuma. Buat kerja dahulu baru aku beri makanan," tuan rumah itu mempamerkan kesombongannya.
"Apakah kerja yang patut kami lakukan?"tanya Syeikh Syamsudin al-Wali pula.
"Kebetulan aku memerlukan pekerja bagi membersihkan kebun buah-buahan. Kamu boleh bekerja di sana," jawab orang kaya yang sombong itu.
Kemudian disuruhnya tiga orang tetamu itu bekerja di kebunnya. Selepas membersihkan kebun itu, mereka menuntut upah yang dijanjikan.
" Kerana kamu bukan pekerja yang mahir, maka upahnya cuma tiga dinar sahaja," kata lelaki itu.
" kami bekerja di kebun tuan sampai petang. ini sahaja upahnya?" tanya Sultan Murad.
"Itu lebuh baik daripada aku tidak memberinya langsung," jawab orang kaya itu sambil menghalau mereka dari situ dan memberi amaran supaya jangan datang lagi.
" Kita perlu lakukan sesuatu supaya orang kaya tidak menindas orang miskin," kata Sultan Murad.
" Bagaimana caranya?" tanya Sultan Muhamad al-Fateh pula.
"Kita pastikan setiap orang kaya mengeluarkan zakat hartanya bagi diagihkan kepada mereka yang memerlukan. Dengan ini, baru timbul belas kasihan mereka yang kaya kepada golongan miskin. Dengan ini juga terjalin hubungan baik antara mereka," jawab Sultan Murad.
" sekiranya mereka enggan mengeluarka zakat?" tanya Sultan Muhammad lagi.
" Kita perangi mereka," jawab Sultan Murad.
Situasi keempat:
Kemudian mereka nampak beberapa orang tentera meronda di suatu kawasan perumahan. Anggota tentera itu, mengambil kesempatan mencuri barang-barang dan mengusik kaum wanita yang basuh pakaian dan mandi si sungai.
" Tugas tentera melindungi orang ramai. Bukan menakut-nakutkan mereka," kata Sultan Murad dengan nada kesal.
Situasi kelima:
Kemudian mereka terjumpa seorang pemuda sedang mengembala kambing.
"Adakah ini kambing-kambing saudara?" tanya Sultan Muhammad al-Fateh.
" Aya cuma mengambil upah mengembala. Kambing-kambing ini kepunyaan tuan saya, saidagar yang kaya," jawab pemuda itu.
" Jualkan seekor akmbing itu kepada kami dan tuan kamu tentu tidak akan mengetahuinya. Ataupun sekiranya dia bertanya, katakan kambingnya dimakan serigala," kata Sultan Murad.
Sambil senyum pemuda itu berkata," Saya setuju. Tambahan pula upah yang diberikan sedikit sahaja sedangkan kerjanya susah."
" Alangkah buruknya kelakuan tentera dan rakyat saya. kerana itu tidak hairan lah, kita tidak berjaya menakluk kota Konstantinopel," kata Sultan Murad dengan nada kesal.
Kemudian mereka melihat Kota Kontantinopel dari jauh. Itulah kali pertama Sultan Muhammad al-Fateh melihatnya dari dekat. Baginda kagum melihat keadaan kota itu terletak di tempat yang strategik. Kota itu menghadap ke laut dan setiap kapal yang hendak berlabuh terpaksa melalui kawasan teluk yang sempit dan dikawal ketat oleh tentera Byzantium.
Di sebelah kiri kota itu, terdapat kawasan berbukit yang dipenuhi hutan tebal. Manakala di sebelah belakangnya terdapat kawasan perumahan yang didiami oleh rakyat Konstantinopel.
" Kota Konstantinopel ini sudah berkali-kali cuba ditakluki oleh tentyera Islam tetapi tidak berjaya. Pada zaman Saidina Ali, tentera Islam melakukan serangan dari darat namun gagal. Pada zaman Muawiyyah, mereka cuba menyerangnya dari laut namun gagal juga. Begitu juga zaman pemerintahan Sultan Sulaiman bin Abdul Malik dan Sultan Harun Aminurasyid. Dan kali terakhir ayahanda cuba menawannya 20 tahun yang lalu namun masih tidak berjaya menaklukinya," kata Sultan Murad dengan panjang lebar.
" Saya yakin Kota ini dapat ditawan oleh tentera Islam tidak lama lagi. Hadis Nabi itu berlaku pada zaman ini," kata Syeikh Syamsudin al-Wali itu.
Kemudian Sultan Murad memegang kedua-dua bahu Sultan Muhammad sambil berkata," Ayahanda gagal menawan kota Konstantinopel. Kerana itu, ayahanda harap anakanda meneruskan usaha ini. Kota Konstantinopel mesti anakanda tawan. Itu wasiat ayahanda," kata Sultan Murad.
"Nabi Muhammad SAW kata, Kota Konstantinopel ditakluki oleh pemimpin yang baik, tentera yang baik dan rakyat yang baik," kata Syeikh Syamsudin al-Wali pula.
" Wahai anakanda, jadilah pemimpin yang baik. Berilah latihan kepada pasukan tentera kita supaya menjadi tentera yang baik dan didik lah rakyat kita menjadi baik," pesan Sultan Murad.
Jika ingin tahu lebih lanjut, bacalah buku ini.
Buku: Sultan Muhamad al-Fateh Penakluk Konstantinopel
Oleh: Abdul Latip Talib
m/s: 71-77
Penerbit: PTS Litera Utama Sdn Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Mesyuarat atau bengkel mengikut zon

Assalamualaikum wbt 2 minggu aku batuk dan sukar bercakap dengan jelas. Cabaran kepadaku kerana kerjayaku memerlukan percakapan. Baca laju s...