08 Ogos 2010

Sakineh...

Sakineh dakwa dianiayai


2010/08/08

AKTIVIS membawa gambar Sakineh ketika membantah hukuman terhadapnya di Trafalgar  Square, London.
AKTIVIS membawa gambar Sakineh ketika membantah hukuman terhadapnya di Trafalgar Square, London.
Pihak berkuasa Iran batal rejam sampai mati, arah digantung

TEHERAN: Wanita Iran yang menghadapi hukuman gantung atas kesalahan zina, Sakineh Mohammadi Ashtiani, menuduh pihak berkuasa berbohong mengenai dakwaan ke atasnya supaya dapat membunuhnya secara rahsia.
Sakineh, 43, dihukum rejam dengan batu atas kesalahan itu sebelum diubah kepada gantung sampai mati selepas masyarakat antarabangsa membantah, lapor akhbar The Guardian, semalam.

Beliau pada awalnya dituduh menjalin hubungan luar nikah sebelum pegawai Iran mendakwa beliau juga bersalah kerana membunuh suami dan perlu direjam sampai mati.

“Mereka tipu kerana terlalu malu dengan publisiti meluas kes saya dan cuba mengalihkan perhatian selain mengelirukan media supaya dapat membunuh saya.”

Kelmarin, pegawai kanan kehakiman Iran, Mossadegh Kahnemoui, memberitahu Jawatankuasa PBB mengenai Penghapusan Diskriminasi Kaum: "Selain bersalah atas dua dakwaan zina, dia juga bersalah atas tuduhan membunuh suaminya.”

Menjelaskan perkara itu, Sakineh berkata: “Saya didapati bersalah kerana zina dan dilepaskan daripada tuduhan bunuh tetapi lelaki yang membunuh suami saya sudah dikenal pasti dan dipenjara tetapi tidak dihukum mati.”
Lelaki berkenaan yang tidak dinamakan, tidak menghadapi hukuman mati kerana anak lelaki Sakineh memberi pengampunan kepadanya.

Tetapi, Sakineh pula yang menghadapi hukuman mati selepas seorang pendakwa di Tabriz menuduhnya melakukan zina.

“Jawapannya senang saja. Ia kerana saya perempuan. Mereka fikir boleh buat apa saja terhadap wanita di negara ini. Bagi mereka, zina lebih teruk daripada bunuh.

“Tetapi, tidak semua bentuk zina dikenakan hukuman mati. Seorang lelaki melakukan zina tidak langsung dipenjara tetapi bagi wanita, mereka dihukum mati.

“Ia juga kerana saya tinggal di negara yang tidak memberi hak kepada wanita menceraikan suami mereka dan tidak diberi hak asasi,” katanya.

Sakineh percaya, nasibnya malang kerana pihak berkuasa mengenakan hukuman buang negeri terhadap peguamnya, Mohammad Mostafaei.

“Mereka tidak mahu dia membela saya, jadi mudah bagi mereka membuat apa jua tuduhan tanpa dicabar. Jika tidak kerana usahanya, saya mungkin sudah direjam sampai mati,” katanya lagi. - Agensi

***********************
Aku: Tak tau la perkembangan cerita ini. Takkan ada konspirasi kot. Apa pun aku tunggu perkembangan selanjutnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Mesyuarat atau bengkel mengikut zon

Assalamualaikum wbt 2 minggu aku batuk dan sukar bercakap dengan jelas. Cabaran kepadaku kerana kerjayaku memerlukan percakapan. Baca laju s...