30 Disember 2012

Teruja Baca Kisahnya.

Travelog Kehidupan Abadi oleh Pn Roza Roslan dapat dihabiskan dalam tempoh masa 2 hari. Dalam tempoh yang sama  aku banyak membuat kerja sampingan. Walaupun banyak kerja yang aku buat, cara penulisan Pn Roza tidak membosankan. Lain dari yang lain. Pengalaman yang tidak pernah dilalui oleh orang lain. Anggapan Pn Roza, beliau hanya insan biasa-biasa sahaja. Pada anggapanku adalah luar biasa. Cerita dari hati ke hati. Sehingga menambat hatiku untuk menghabiskan buku ini secepat mungkin.

klik gambar untuk ke blognya.

Tak tahu nak mula dari mana. Kalau aku tak tulis kali ini, aku akan terlupa.

Bagi menggalakkan orang membaca buku ini, biar aku cerita sedikit demi sedikit berdasarkan pembacaanku.

Pengalaman pahit manis yang ada pada diri Pn Roza dimasukkan dalam buku ini. Ia dikaitkan dengan nikmat Allah. Bukan manusia yang memberi tetapi Allah. Allah yang memberi kepada hambaNya walaupun hambaNya jarang bersyukur. Beliau menulis betapa Allah sayang dirinya walaupun  ketika peristiwa itu berlaku, beliau tidak menyedarinya.

Impian atau lintasan hati Allah makbulkan selepas 15 tahun. Impian ingin ke luar negara termakbul. Pengalaman berada di luar negar dikongsi berdasarkan pemerhatian beliau yang sangat tajam. Pergaulan dengan masyarakat setempat membuatkan dirinya insaf.

Pengalaman ketika suaminya menyambung pelajaran. Pengalamannya yang bekerja di sana. Ketika itu berlaku kegawatan ekonomi. Pengalamannya mengandung anak ketiga. Pergi buat pemeriksaan kesihatan tanpa suami dan dimudahkan dengan pertolongan pemandu teksi. Pengalaman bersalin di negara orang. Banyak lagi termasuk pengalaman berjumpa 'orang Malaysia' yang berada di sana. 

Perasaan ingin tahu membuak-buak dalam dada. Helaian demi helaian dibaca tanpa meninggal satu ayat pun. Aku sangat kagum dengan cara penyampaian yang bersahaja. Seolah-oleh Pn Roza berada di depan mata menceritakan semua pengalaman itu. Ketika beliau menangis, terasa diri ini turut menangis. Ingin membawa deritanya pergi. Rupa-rupanya kepahitan dulu membawa kepada dirinya seperti sekarang.

Pn Roza merupakan isteri kepada Prof Dr Muhd Kamil Ibrahim. Prof yang aku kenali melalui travelog haji. Kedua-dua mereka adalah orang hebat. Sekarang menetap di Madinah sebagai pensyarah. Moga mereka berdua mendapat naungan Allah.

Topeng

Ada orang merasakan dia telah menolong orang itu. Dia ingin merasakan orang itu terhutang budi kerana dia telah menolong orang itu. Dia nak orang itu merasakan 'kemudahan' yang diberikan hasil pertolongannya. Dia nak semua kelebihan atau kekuatan adalah kerana perbuatan dan hasil usahanya. Dia nak orang memuji atas hasil yang disebut-sebut itu.


Tahukah kita, semua yang terjadi terhadap diri kita ini dari siapa?

Aku bukan nak memandang sebelah mata terhadap dirinya. Hakikatnya bukan atas usahanya tapi usaha orang lain. Dia hanya mendapat nama. Nama yang membuatkan dia bangga tapi kemurkaan Allah tidak dipedulikan. 'Topeng' ini sedikit demi sedikit akan terungkap dengan sendiri walaupun tiada siapa yang membukanya.

Bila aku melihat dari sudut lain, aku melihat Allah sentiasa menguji hambanya. Sama ada dia sedang senang atau susah. Semuanya Allah mampu melakukannya. Perancangan Allah. Tapi manusia sentiasa lupa.

Ya Allah, jadikan diriku sentiasa ingat Mu sama ada senang atau susah. Hanya kepadaMu aku berserah. Aku minta perlindungan dari makhlukMu yang sentiasa mengejar keduaniaan. Jauhi diriku dilalaikan oleh makhlukMu. Aku hanya insan lemah yang sentiasa mendambakan keredhaanMu. Dekatkanlah diriku denganMu. Allah Allah Allah!

Maafkan diriku andai blog ini banyak mengguriskan banyak pihak. Aku hanya insan kerdil yang hidup sebagai orang biasa.

28 Disember 2012

Hujan.

Hampir nak masuk tahun baru 2013 masihi. Tahun baru hijrah dah lepas.

Banyak sangat tahun baru. Semua nak sambut. Apa yang berlaku terhadap kita, muhasabah semula. Tidak dilupakan terhadap diri aku ini. Cuti kali ini memang lama. Lebih dari sebulan.

Negeri aku di pantai timur. Sekarang memang perlu harungi hujan hampir setiap hari. Pernah sehari tak berhenti langsung hujan ni. Paras air sungai sangat tinggi dan deras. Nak mandi di sungai, takut. Telaga pun jadi la. Lepas gian berada dalam air. Bukan senang nak naik semula. Dinding telaga berlumut. Licin. Seksa nak naik semula. Turun senang. Alhamdulillah, berhasil masuk ke dalam dan mandi.

Aku kerja di negeri bahagian pantai barat. Meredah jalan berlubang dan banyak lopak menguji ketahanan mental fizikal. Apatah lagi memandu dalam keadaan hujan lebat.  Ada kawasan banjir. Aku masuk ke jalan alternatif.

Kali ini masih boleh berehat. Memandu secara bergilir-gilir. Asalnya takut nak bagi dia memandu walaupu dan ada lesen P. Pegang sahaja stereng, kereta meluncur laju. Boleh tahan.

'sekadar hiasan'

Selepas mengisi minyak di shell R & R Temerloh. Dari jauh seseorang tersenyum. Pelik. Aku kenal ke? Adikku sedang makan nasi minyak yang bekalkan oleh mak. Mulutnya penuh dengan makanan. Nak bercakap tak boleh. Hanya pandang aku. Aku pandang balik dirinya.

Tak sangka aku jumpa sepupuku. Patut lah dia senyum. Bertanya khabar serba sedikit kemudian dia terus berlalu,. Aku terus sambung perjalananku. Aku malas nak laju-laju sangat. Nak kejar apa. Tak pasal-pasal 'terima surat cinta bergambar'. 

Sedang bercerita kisah yang berlaku di shell sambil gelak kerana ada 'peristiwa' berlaku. Dapat hon dari kereta sepupuku. Laju lagi dia. Biar lah. Malas nak main kejar-kejar ni. Kira ok jugak dengan Myvi SE 1.5 aku ni. Sabar!

Sampai ke rumah sewa dah masuk maghrib. Kepala paip air untuk siram pokok hilang. Air pun tak keluar. Terima kasih sudi tutup air pada pili utama. Terima kasih kerana buat aku begang sekejap. Terus cari kedai waktu maghrib ni.

Cari masjid dulu. Selesai solat terus cari hyper atau super market. Cari barang dapur sekali. Boleh tahan orang dalam hyper market ni walaupun malam jumaat. Lebih ramai dari jemaah masjid. huhuhu...(kali pertama keluar cari barang pada waktu malam jumaat).

Sampai ke rumah, terus pasang paip. Nasib aku pernah tengok ayah pasang paip kat rumah. Sekejap dah siap. Asalkan air paip tak melimpah. Hentam je labu. Masak memasak aku serah kepada orang lain. Aku nak makan sahaja. Terima kasih blurr. Memang sedap masakanmu. Lain kali boleh buat lagi.

Pendaftaran pelajar baru di sekolah memang haru biru. Asalnya ada temuduga dan pengambilan berdasarkan temuduga. Dugaanku salah. Semua pelajar tingkatan 1 yang memohon semua diambilnya. Sia-sia temuduga. Soalan temuduga dan ketika temuduga aku tak hadir. Jauh tu nak datang...

Banyak perabot disumbat-sumbat. Tak tau nak jadi lah bila buka sekolah nanti. Aku tak boleh duduk kat sekolah lama-lama. Adikku nak naik 'train'. Aku kena hantar dia. Selamat tinggal sekolah. Buka sekolah nanti, aku tak tau rupa bagaimana dan apa yang akan berlaku. Moga ada jalan untuk di selesaikan. Aminn :)

p/s: Tahniah untuk calon PMR yang sudah berjaya mencapai target yang diimpikan. Adik aku dapat 8A 1B. B adalah bahasa Inggeris. Masih kekal di sekolah lama. Yang dapat 6A ke bawah kena tukar sekolah atau minta rayuan. Tak lupa juga takziah buat mereka yang rasa menyesal sekarang. Anda sudah terlambat untuk PMR tapi masih berpeluang untuk baiki diri dan ilmu untuk SPM. Jangan lupa, semua ini kehendak Allah. Redha dengan semua yang berlaku.

16 Disember 2012

Ke Kota Samarahan.

Pernah dengar nama Kota Samarahan? Kalau anda tidak tahu boleh buat google maps. Banyak maklumat aku cari tentang kota ini. Tidak banyak yang dapat membantu.


Asal tiket kapal terbang MAS atau Air Asia tidak ada. Apabila membuat panggilan ke bahagian pengambilan pelajar di sana, Abang dan adikku menempah tiket dari KUL-MYY & MYY-KCH. Jika dari KUL-KCH, memang susah. Tiket ini 'hot'. Hampir tiada tempat. Semalam dia bertolak ke Putrajaya dengan menaiki bas. Dari Putrajaya,  dia akan ke Lcct . Semuanya berjalan lancar.

Orang semenanjung perlu mendapatkan Dokumen Sementara dari pejabat imigresen dengan harga RM5. Dengan syarat membawa surat tawaran ke sana. Ini seolah-olah Borneo adalah negara lain. Jika belajar sejarah, ada perjanjian mengenainya.

Tahniah!

Adikku mendapat peluang belajar & kerja di Kota Samarahan. Dia sangat susah hati walaupun  dia adalah seorang lelaki. Susah hati kerana 'kosong' maklumat tentang kota ini. Apatah lagi dia belum pernah naik 'belon'. Dengan bantuan sepupuku di sana, sedikit maklumat dapat diketahui.

Sebelum ini dia sangat bersungguh-sungguh untuk menemani aku ke negeri pantai barat (tempat kerjaku). Dia sangat bersedia untuk menjadi pemandu buatku. Apakan daya...manusia merancang, sebaik-baik perancangan dari Allah.

Dengan jasa baik pihak sekolahku, aku meminta dikecualikan mesyuarat kali pertama pada 26/12/2012. Alhamdulillah, Allah mempermudahkan segala urusanku. Terima kasih Ya Allah. 27/12...insya Allah aku akan bertolak ke sana. Minta doa dari kalian. Semoga perjalananku berjalan lancar. Rabbi Yassir Wala Tuassir Ya KARIM!

07 Disember 2012

Kalimah Insya Allah.

"Insya Allah, aku akan hantar,"kata seorang uncle berbangsa Cina. Tergamam sekejap.

"ulang sekali lagi uncle," pintaku seolah-olah tidak pernah dengar kalimah ini di bibir orang bukan Islam.

Uncle hanya senyum. Aku turut senyum. Dalam hatiku hanya mendoakan dia mendapat hidayah. Pernah aku tanya orang lain tentang uncle ini. Adakah dia Islam? Jawapan yang aku dapat adalah tidak atau belum lagi.

Kalimah INSYA ALLAH sering kali didengari. Kalimah ini mempunyai seribu satu makna yang tersendiri. Apatah lagi kita sebagai umat Islam.

'ini ejaan sebenar dalam Bahasa Arab. Isu sebutan dalam BM tidak timbul. Ia membawa maksud dengan izin Allah'

"Ok ok ok! aku akan pergi ke sana," kata seorang pemuda tanpa diucapkan kalimah keramat ini.

Dua orang kafir Quraisy, An-Nadhar bin Harith dan Utbah bin Abi Mu'ith bertanya kepada Yahudi Madinah mengenai Saidina Muhammad dan sifat-sifatnya kerana orang Yahudi adalah Ahli Ktab yang pertama (Kitab Taurat).

Kata Yahudi ini kepada dua utusan ini,"Tanya Muhammad tentang tiga perkara ini: tentang pemuda yang tidur dalam jangka masa yang lama yang merupakan keajaiban dan tentang seorang lelaki yang sampai ke Timur dan Barat. Minta dia ceritakan. Tanya dia juga tentang roh. Apakah itu roh? Jika Muhammad boleh menceritakannya, maka dia adalah seorang Nabi. Jika tidak dia adalah pembohong."

Apabila orang Quraisy ini bertanya kepada Rasulullah SAW tentang tiga perkara ini, maka Rasulullah jawab," esok aku akan jawab soalan ini."

Allah menangguhkan penurunan wahyu selama 15 malam. Timbul syak wasangka terhadap Rasulullah.  Kata Kafir Quraisy," Muhammad telah berjanji untuk menjawab soalan kita esok, sedangkan hari ini genap 15 hari,". Kemudian Jibril turun membawa wahyu dan mengkhabarkan tentang Ashabul Kahsi dan kisah lelaki yang mengelilingi dunia itu. Persoalan tentang roh dijawab dalam surah Isra' kerana ia sesuai dengan kisah isra' mikraj.

Dalam surah Al-Kahfi, Allah SWT menegur Rasulullah tentang janji itu. Orang-orang Yahudi ini meminta Rasulullah menceritakan tentang roh, ashabul kahfi dan zulkarnain. Bagi mereka hanya Rasul sahaja yang mengetahui kisah ini. Hal ini ada disebut dalam kitab Taurat yang merupakan salah satu kitab yang wajib kita percaya selain zabur dan injil.

Firman Allah dalam surah Al-Kahfi ayat 23 dan 24:


وَلَا تَقُولَنَّ لِشَيْءٍ إِنِّي فَاعِلٌ ذَٰلِكَ غَدًا [١٨:٢٣]
Dan janganlah engkau berkata mengenai sesuatu (yang hendak dikerjakan): "Bahawa aku akan lakukan yang demikian itu, kemudian nanti". 

إِلَّا أَن يَشَاءَ اللَّهُ ۚ وَاذْكُر رَّبَّكَ إِذَا نَسِيتَ وَقُلْ عَسَىٰ أَن يَهْدِيَنِ رَبِّي لِأَقْرَبَ مِنْ هَٰذَا رَشَدًا [١٨:٢٤]
Melainkan (hendaklah disertakan dengan berkata): "Insya Allah". Dan ingatlah serta sebutlah akan Tuhanmu jika engkau lupa; dan katakanlah: "Mudah-mudahan Tuhanku memimpinku ke jalan petunjuk yang lebih dekat dan lebih terang dari ini".

Akibat janji Rasulullah tanpa menyebut INSYA ALLAH menyebabkan Allah menangguhkan penurunan wahyu berkaitan jawapan yang diingini oleh puak Yahudi ini.

Surah ini menceritakan tentang Ashabul kahfi dan diteruskan dengan kisah Zulkarnain. Kisah pemuda-pemuda yang tidur dalam gua ini lebih dekat dengan kisah berkaitan roh. Hal ini kerana roh mereka dijaga dalam jasad mereka sendiri selama 309 tahun lamanya. 

Kisah ini juga menafikan bahawa mereka ini adalah anak Allah. Firman Allah dalam Surah Al-Kahfi ayat 4:

وَيُنذِرَ الَّذِينَ قَالُوا اتَّخَذَ اللَّهُ وَلَدًا [١٨:٤]
Dan juga Al-Quran itu memberi amaran kepada orang-orang yang berkata:" Allah mempunyai anak". 
p/s: Aku harap jika ada tersilap terjemahan, tolong bagitau yea. Diri ini masih belajar ^_^

SUMBER: قطوف من الأدب الإسلامي oleh الدكتور سعد عبد السلام نصار 



Rakan Sejawat Toksik

Ahlan...ahlan Ya Ramadan.  Alhamdulillah masih diberi peluang merasai hidup dalam Islam tetapi umat Islam Palestin masih bergelut dengan kes...