30 April 2013

Cinta ilahi

Simfoni Cinta. Cerpen yang penuh cinta. Cinta Allah. Banyak kisah Rasulullah saw dan para sahabat diadaptasi menjadi cerpen dan watak dan nama ditukarkan. Sangat kreatif. Penulisnya adalah Hilal Asyraf pemilik laman web langitilahi.com.
Tak rugi baca karyanya. Mendalam pemahamannya tentang cinta. Pengalaman dicantum menjadi satu jalan cerita yang sangat bermakna untuk remaja yang masih mencari erti cinta.

Cuti 1 Mei boleh habiskan. Insya Allah.

Tak sabar nak pulang ke kampung halaman. Semua adik beradik pasti ada berkumpul. Meriah terbayang diruangan mata.

Adikku demam. Aku juga tidak sembuh sepenuhnya. Semangat mengajar menghilangkan penat. Nanti nak buat perjalanan jauh. Doakan kami selamat. Maafkan kami anda ada kelalaian dan kesilapan. Moga Allah sembuhkan segala penyakit kami dan permudahkan perjalanan jauh kami ini.

Ada pemantauan lagi di sekolah. Adakah sekolah kami layak dapat baiah? Macam mimpi. Terpulang kepada penilai. Kami redha andai itu bukan rezeki kami. Sila hadir dan observe kami. Tak larat nak buat persediaan.

Allahu akbar!!!
Allah Maha Besar!!!

27 April 2013

Demam On Off.

Aku nak kongsi cerita. Biarpun tidak dibaca oleh sesiapa. Asalkan aku dapat keluarkan idea yang sedang mencurah-curah keluar.

Bila aku susah nak bagi persetujuan, aku hanya diam. Diam. Diam. Begitu juga aku tidak ada idea. Diam lagi. Sampai bila aku nak diam? Adakah aku dah jadi pendiam? Lebih baik diam dari berkata-kata buruk. Susah nak mujahadah ni. Selalu terlepas. Tak dapat dikawal. Aku cuba untuk mengawal kata-kataku. 

Hari rabu doktor memberi 'mc' memandangkan aku demam malam, selesema dan batuk-batuk. Suara pun dah berubah. Bila bercakap banyak, lagi perit tekak. Sudah lama aku tidak sakit. Bak kata adikku "kali pertama dengar kakakku demam". Pernah tapi dia tidak tahu. Allah nak hapuskan dosaku melalui sakit ini.

Pertembungan dua program. Satu program ada surat. Satu program lagi tiada surat. Jadi aku akan pilih program yang mempunyai surat. Petang khamis, seseorang dari jabatan telefon dan meminta alasan kenapa aku tidak hadir ke program mukhayyam. Disebabkan aku susah nak cakap dan suarapun dah lain, alasan tidak sihat adalah sesuai. Demam semula. Demam on off.

************

Hari jumaat aku meminta pengesahan dari pejabat tentang surat program 3 hari 2 malam tu. Tidak ada. Jadi aku teruskan P & P. Sepanjang suaraku bermasalah ini, banyak aku gunakan bantuan guru penolong bagi setiap kumpulan. Mereka sangat berjaya menjadi guru. Aku perlu percaya kepada kemampuan mereka. Alhamdulillah.

Selepas P & P, tiga miscall. Jadi aku telefon semula. Ustaz minta aku datang petang itu juga. Berat hatiku nak ke sana. Tempat tidak kenal dan keadaan aku yang masih tak kuat untuk memandu seorang diri. Kesihatan aku yang tidak mengizinkan. Jadi aku pilih untuk ke program pada keesokan harinya.

Selepas kelas, aku teman rakanku ke Melaka. Daripada melayan diri yang sakit, aku gagahkan diri ke Melaka. Aku hanya jadi penumpang. Harapanku supaya aku cepat sembuh. Aku perlu paksa diri untuk ke mana sahaja asalkan bukan aku yang memandu.

'gambar di simpang 3 trafik light'

Auditorium Masjid Al-Azim. Wahhh! teruja juga aku nak kenal masjid yang mempunyai auditorium. Pasti ini masjid yang paling besar di Bandaraya Melaka. Jika berada di Kota A Famosa, kubahnya dapat dilihat dengan jelas. Sign board yang tertera masjid ini hanya berada apabila sudah hampir ke lokasi. Kami sesat. Bila jumpa signboard Masjid Al-Azim, susah nak baca sebab kecil dan berada disebalik dahan pokok. Akhinya sampai juga ke sana.

Kami pulang juga sesat. Hampir ke Selandar. Tersilap lihat signboard. Patah balik ke jalan asal. Kami cari tempat makan dan kedai kain sekejap serta solat asar. Pukul 8 malam sampai ke rumah. Letih tapi satu pengalaman yang amat bermakna. Tersilap jalan, pulang ke jalan asal.

***********
Aku baru sahaja mengikuti bengkel mendorong pelajar corot. Adakah pelajar aku pelajar corot? Terpulang kepada persepsi masing-masing. Mereka mempunyai banyak kategori. Bila disumbat dalam satu kelas, Bagaimana nak ajar mengikut tahap mereka? Pelbagai cadangan dilontarkan. Pelbagai percubaan sudah aku lakukan. Aku masih lagi tercari-cari cara yang terbaik. Kabur.

Blog  tiga guru pengamal 'mendorong pelajar corot mengikut teknik nabi' telah aku ikuti sejak tahun lepas. Hanya beberapa skrip sahaja aku dapat amalkan. Tak banyak tetapi ia memberi kesan yang positif kepada diri aku.  Hasilnya aku tidak stres menghadapi karenah pelajar. Aku tidak rasa terbeban bila mereka tidak berjaya menyiapkan tugasan yang diberikan. Aku cuba tidak mengeluarkan kata-kata negatif walaupun sesekali terlepas cakap.


Aku adalah orang yang paling susah memuji seseorang. Apabila belajar memuji mengikut teknik nabi ini, aku dapat rasakan penerimaan orang yang menerima pujian. Mereka tidak merasa bangga diri, bahkan self esteem mereka meningkat. Aku melihat perubahan tingkahlaku mereka ketika sesi P & P aku. Aku akan terus memerhati perubahan mereka. Tahun lepas lagi aku telah amalkan. Pada mulanya agak susah. Aku buat teknik rasulullah dan kadang-kadang aku gunakan amalan lazim. tak konsisten. Insya Allah aku akan cuba lagi beberapa teknik yang telah diberi tunjuk ajar dan skrip perlu sesuai dengan keadaan mereka. Doakan aku mampu melakukannya.

19 April 2013

Mendung Petang Jumaat.




Diriwayatkan dari Imam at-Turmuzi dalam himpunan hadis dari Abdullah Bin A'mru telah berkata: Bersabda Nabi Sallahu Alaihi Wasallam:

Tidaklah seseorang Muslim itu meninggal dunia pada hari jumaat atau pada malam Jumaat melainkan Allah menyelamatkannya dari fitnah kubur.

(Berkata al-Albani dalam Ahkam Janaiz, hadis yang dihimpunkan dari pelbagai toriq adalah hasan atau sohih).

Jelaslah hadis ini menunjukkan kelebihan bagi sesiapa yang meninggal dunia pada hari Jumaat atau malam Jumaat menunjukkan baiknya pengakhiran seseorang itu (Husnul Khotimah).


Seorang bapa kepada seorang pelajar sekolahku, Nur Syamilah bt Al-Hafiz telah pulang menemui Penciptanya. Allah lebih menyayanginya. Semoga Allahyarham ditempatkan bersama-sama para solihinnn...

Takziah buat Syamilah serta keluarga. Moga tabah dan menghadapi kehidupan seterusnya. Al-Fatihah...


Ajal maut ditangan Allah. Tiada siapa boleh menentukan saat kematian. Semua itu telah tertulis di Loh Mahfuz. Kita sebagai orang yang masih hidup, sentiasa doakan kita mati dalam Husnul Khatimah (akhir yang baik).

Ingatlah  Allah terhadap apa jua yang kita lakukan. Jadi cuba lakukan semua perkara yang baik. Halangan tetap banyak kerana syaitan sentiasa membisikkan sesuatu yang tidak menyenangkan. Ya Allah, jauhilah kami dari perbuatan buruk. Masuklah kami ke dalam syurga Mu dengan rahmat-Mu. Aminnn...


'Gambaran kiamat untuk ingatan bersama'

18 April 2013

Ringkasan Tentang Syiah.

Aku bukan orang yang berautoriti untuk sebut pasal syiah. Sahabat aku ada bagi artikal. Setelah baca dan buat ringkasan, aku cuba masukkan dalam blog ini. Jika ada penambahan dan kesilapan dalam bab ini harap tolong betulkan. Dengan rendah hati kerana tiada ilmu dalm bab ini dan cuma bersandarkan kepada beberapa artikal...aku cuba buat sedikit catatan. Bismillah...

Siapa syiah?

Bukan senang untuk kenal orang Islam yang berfahaman syiah ini. Mereka banyak berpura-pura mengikut keadaan dan cuba mempengaruhi mereka yang bermudah-mudah dalam hal agama. Jadi belajarlah ilmu agama bersungguh-sungguh.

Ada beberapa cerita yang melibatkan perkahwinan Mut'ah. Berkahwin sekejap kemudian tinggalkan isteri bertahun-tahun. Berkahwin ramai iaitu lebih dari 4 orang... Senang sangat mereka kahwin macam tukar baju. Kahwin kemudian tianggalkan. Isteri terkontang kanting. Mereka tidak diceraikan. Jika kahwin dengan isteri ke-5, mengikut hukum Islam...perkahwinan ini tidak sah dan perhubungan mereka dikira ZINA dan anak hasil hubungan ini adalah ANAK TAK SAH TARAF atau ANAK LUAR NIKAH.

Di Malaysia, fahaman ini masuk bermula selepas kemenangan revolusi Islam di Iran pada tahun 1979. Aku tak lahir lagi. Ketua mereka adalah Ayatullah Khomeini dan mewujudkan Republik Islam Iran. Atas nama ISLAM, rakyat Malaysia memberi sokongan tanpa sedar mereka mempunyai fahaman syiah.

'Ayatullah Khomeni'

Cara penyebaran fahaman syiah di Malaysia, antaranya melalui:

  1. Lawatan pembesar-pembesar Iran ke Malaysia. Lawatan ini juga disusuli dengan kempen dan penerangan fahaman mereka . Kemudian lawatan delegasi Malaysia ke Iran. Senangkan. Melalui hubungan diplomatik secara tak langsung.
  2. Kedutaan Iran di Malaysia melawat IPT-IPT dan menawarkan biasiswa dan kemudahan asas yang cukup untuk pelajar-pelajar yang belajar di sana. Siap dapat tawaran belajar lagi. Untung kan tapi ada  muslihat disebaliknya.
  3. Menaja atau hadiahkan buku-buku fahaman mereka ke perpustakaan-perpustakaan di IPT, Masjid dan kedai-kedai buku.
Tiga kumpulan syiah di Malaysia.
  1. Syiah Toyyibi Bohra (Dawood Bohra) : Asal India - dikenali dengan memiliki kedai Bombay -berpusat di Klang- ada tanah perkuburan dan masjid sendiri- pengikut 200-400 orang.
  2. Syiah Ismailiyyah: dikenali dengan memiliki kedai Perbhai - aktif di sekitar lembah Klang - kelompoknya lebih kecil dari Syiah Toyyibi Bohra.
  3. Syiah Ja'fariyyah /Imamiah ithna Asyarah (Imam 12): mula bertapak 1979 - mempengaruhi orang awam melalui bahan bacaan dan individu tertentu seperti Pensyarah IPT - buku utama syiah dijadikan bahan rujukan dan diterjemahkan dalam bahasa melayu - pengikut 300-500 orang.
Penyelewengan Syiah. Antaranya:

1. Imam adalah maksum - maksudnya pemimpin mereka terpelihara membuat kesilapan seperti yang berlaku di Syria, Presiden Bashar Al-Asad. Sedangkan Khalifah Abu Bakar minta jika beliau tersilap diminta tegur dan taatlah beliau selagi beliau ikut al-Quran dan As-Sunnah.

2. Muncul Imam Mahdi - Imam Mahdi yang dimaksudkan mereka adalah berbeza dengan fahaman ahli sunnah wal Jamaah. Mereka percaya Allah hidupkan orang-orang mati bersama Imam Mahdi memerangi golongan yang zalim seperti Abu Bakar, Umar Al-Khattab, Uthman bin Affan, Aisyah, Hafsah, Muawiyyah dan ramai lagi.

3. Berpura-pura atau Taqiyyah - ini aku kurang faham. jadi aku pilih 'no comment'

4. Memuji atau menyanjungi Saidina Ali secara keterlaluan. Mereka menyamakan taraf Saidina Ali dengan Nabi Muhammad malah dalam beberapa keadaan melebiho taraf Rasulullah.

5. Halal nikah Mut'ah.

6. Tambah nama Saidina Ali dalam Shahadah selepas Rasulullah.

7. Tolak hadis yang diriwayatkan oleh para sahabat dan hanya menerima hadis yang diriwayatkan oleh ahli bait seperti Saidina Ali bin Abi Thalib, Siti Fatimah bt Muhammad, Hassan dan Hussain.

8. Tolak Ijma' Ulama' dengan kata lain tolak majlis syura tentang pelantikan Saidina Abu Bakar sebagai Khalifah.

9. Tolak Qias. Mereka mengatakan jika berpegang kepada Qias, rosak agama Islam. Qias adalah satu hukum Fiqh yang memboleh seorang mujtahid berijtihad atau mengeluarkan fatwa. Contohnya Dadah diqiaskan dengan arak. Arak merosakkan akal sama dengan dadah. Oleh itu dadah dihukumkan haram kecuali dalam perubatan (menggunakan dos yang tidak menyebabkan kerosakan akal)

10. Membuat penambahan ayat Al-Quran. Disebabkan pembukuan Al-Quran adalah cadangan Saidina Umar dan diselesaikan oleh Saidina Uthman bin Affan serta dibantu oleh Hafsah. Jika mereka mengkafirkan para sahabat dan isteri nabi, jadi mereka tidak ikhtiraf Al-Quran yang ada sekarang. 

11. Hina Isteri-isteri Nabi.

12. Harus solat secara jama' dalam semua keadaan tanpa alasan munasabah.

13. Mereka anggap solat Dhuha dalah bid'ah. 

p/s: Ada beberapa penambahan ayat sendiri untuk mengelakkan kekeliruan. Wallahua'lam.

16 April 2013

Kehangatan PRU13.

Orang Islam sentiasa terancam. Bukan senang nak berubah. Cuba tengok keadaan di Mesir. Apabila Presiden Mursi memimpin Mesir, ramai anggota polis dan puak-puak tertentu membuat ancaman terutama orang kuat Presiden Husni Mubarak sebelum ini. Ikhwanul Muslimin memenangi kepimpinan di sana. Ramai yang akan memberontak. Moga Islam akan naik semula.

Sekarang di negara sendiri akan menghadapi pilihan raya. Keadaan sekarang terlalu sengit. Orang Islam sendiri berpecah. Tidak bersatu. Bagaimana Islam nak menang? Semua pihak cuba mengeksploitasi orang awam yang kekurangan fakta termasuk aku sendiri. Tak sempat nak kaji dan analisa sendiri. Hanya dengar dari beberapa pihak sahaja.

'gambar hiasan dari pak google'

Hari ini aku diberi taklimat atau ceramah tentang ancaman Melayu Islam di Malaysia. Bagi aku, seolah-olah tiada penyelesaian jitu. Masing-masing memenuhi ego sendiri. Sedangkan semuanya Islam. Islam berpecah dalam beberapa parti. Jadi undian terletak kepada diri sendiri. Jika Ustaz Hasrizal pemilik saifulislam.com atau beberapa ilmuan lain minta istikharah untuk memilih undian itu.

Yang banyak  bergaduh sekarang adalah sesama Islam. Masing-masing fitnah sesama sendiri. Bangsa dan agama lain memandang dan bertepuk tangan melihat pertelingkahan kita sesama Islam. Jangan lupa, Melayu sendiri ada yang keluar dari Islam.

Kesimpulan taklimat tadi, tiada penyelesaian. Jadi tunggu dan lihat apa yang akan berlaku nanti. Undi adalah rahsia. Keluarlah mengundi kerana kita akan dipertanggungjawab terhadap apa yang kita pilih. Wallahua'lamm....

p/s: andai tak faham...abaikan sahaja. Terasa nak tulis ;)

13 April 2013

Anda Bijak Jauhi Zina.

Bila dengar 'Anda Bijak Jauhi Zina' aku terfikir Raudhatus Sakinah. Aku seorang sahaja fikir. Ramai pelajarku tidak tahu. Aku dah salah anggap.

Yang paling hebat mukjizat Nabi Muhammad, Al-Quran. Apa yang ditulis dan kita semua baca dalam Al-Quran? Pasti anda pernah baca ayat 'la taqrabuzzina'.

Banyak pengisian dan kisah berdasarkan al-Quran. Kagum dengan pengisian dan cara interaksi bersama pelajar. Pelajar memberi respon bagi setiap slot. Alhamdulillah...

Setiap kali gambar negatif ditunjukkan pasti sebut 'astaghfirullah' dan selalu baca fatihah untuk ibubapa. Pendekatan secara islamik.

Penggunaan 'Bro & Sis' menyamai program bersama iluvislam. Tahun lepas aku pernah sertai konvensyen 'Bidadari Dunia' di PICC. Di sana juga, aku pernah ikuti slot bersama Ummi, CEO Raudhatus Sakinah.

Walaupun ada beberapa perkara negetif yang disebut kepadaku, aku tetap bersahaja. Tiada reaksi terkejut kerana semua itu dalam jangkaanku sendiri.

Bila pelajar tidak lengkap solat, hidup mereka tidak terurus. Begitu juga cara solat mereka. Semuanya berpunca dari ibadat wajib itu.

09 April 2013

Kemuliaan Puteri Bongsu.

Wanita ini menjadi penghulu wanita syurga. Apabila wanita ini penghulu wanita syurga, aku tertanya-tanya siapa gerangan wanita ini. Hebatkah beliau? Bagaimana ciri-ciri yang ada pada diri beliau? Banyak persoalan yang menjadi tanda tanya.

Keperibadian beliau adalah cerminan dari keperibadian ibu bapa, suami, dan orang di sekeliling beliau. Pasti mereka juga mempunyai keperibadian yang unggul.

Wanita ini diberi nama Fatimah Az-zahrah. Fatimah diambil dari kalimah 'fathomaha' dan zahrah bermaksud bunga. 'zahir' biasa nama untuk anak lelaki. Manakala 'zahra' untuk anak perempuan yang membawa maksud gemilang dan memancar cahaya. Tersenyum lebar bagi penama Fatimah Azzahrah. Moga anda mempunyai keperibadian yang sama dengan puteri Rasulullah ini.

"Malaikat datang kepadaku untuk menyampaikan khabar gembira. Malaikat memberitahu bahawa Fatimah adalah wanita yang paling terkemuka di antara semua wanita penghuni syurga dan wanita paling terkemuka dikalangan umatku" (hadis shahih dari Hudzaifah)

5 tahun sebelum kenabian, masyarakat Arab Mekah masih diselubungi zaman jahiliah. Ketika ini Siti Khadijah sedang hamil dalam usia tua. Anak yang bakal lahir adalah perempuan suci yang memperoleh lindungan dan redha Allah dan penerus keturunan Ahli Bait.

Hari Jumaat 20 Jamadil Akhir tahun kelima sebelum Rasulullah diangkat menjadi Rasul, lahirlah seorang puteri yang paling disayangi. Puteri ini lahir dalam keadaan suci bersih dan suasana yang penuh nikmat. Nabi Muhammad memanjat kesyukuran akan kelahiran puteri yang menjadi penerus keturunan Rasulullah. Peristiwa ini terjadi ketika orang-orang Quraisy sedang giat memperbaiki dan membangunkan kembali Kaabah secara besar-besaran.

Sebagaimana tradisi Arab, semua anak Rasulullah akan diserahkan kepada ibu susuan. Perkara ini tidak terjadi kepada puteri bongsu ini. Isteri Rasulullah, Siti Khadijah bt Khuwailid yang menyusu Siti Fatimah Az-Zahrah ini sepenuhnya.

"Mengapa puteri bongsu Rasulullah diberi nama Fatimah dan di tambah dengan nama azzahra?" kata Muhammad bin Ali bin Abu Thalib.

"Kerana Allah menciptakan Fatimah dari cahaya keagunganNya. Ketika Siti Fatimah bangun dari mihrabnya, wajahnya kelihatan bercahaya seperti bintang kejora menerangi bumi," jawab Abu Abdullah.


Nota: Tak dapat habiskan kisah ini kerana tak sempat habis baca. Aku nak post juga. Jika ada masa aku nak sambung balik. Baca dulu ye ^_^


06 April 2013

MTAQ 2013.

Alhamdulillah mtaq sudah selesai hari ini. Kami cuma menyertai tilawah perempuan, hafazan perempuan dan khat lelaki dan perempuan.

Aku dah kurang aktif blogging walaupun hati meronta untuk menulis. Menulis menghilangkan stress. Cara ini dapat melepaskan perkara yang terbuku dalan kepala. Cuba bayangkan kepalaku seperti buku?

Kawan baikku pulak yang rajin update blog. Terasa jeles pula. Diri ini kurang menggunakan laptop. Blog pula tak user friendly dengan smartphone ni. Jadi semuanya jadi draf.  Jadi idea dah kurang. Ya Allah, berikanlah  kekuatan ke atas diriku untuk menulis sesuatu yang berguna. Ya Allah, jauhilah aku dari menyakiti hati orang disekelilingku. Aki adalah insan lemah yang memerlukan bimbingan ilmuMu.

Kembali semula tentang MTAQ.

Aku sempat ziarah peserta-peserta ini beberapa ketika sahaja. Mungkin aku boleh kongsi beberapa gambar untuk tatapan pembaca.

'Johan tilawah'

'hafazan'

'khat'

Statistik blog ini menunjukkan 'Tajuk MTAQ' ramai yang view. Kadang-kadang aku terfikir, adakah ramai pengunjung nak cari isi syarahan spontan dalam blog ini? Ada yang minta cari isi. Jika aku ada masa rehat, aku cuba cari. Tapi keletihan membuatkan fikiran aku juga beku. Maaf kerana tidak dapat membantu. Sekolahku tidak hantar dalam kategori syarahan.

Untuk pengetahuan semua, Syarahan Spontan MTAQ merangkumi silibus pendidikan Islam, tasawur, syariah dan quran sunnah (bergantung kepada hakim). Jadi nak cari dalil boleh tengok dan baca buku teks masing-masing. Banyakkan bacaan terutama isu semasa untuk menguatkan hujjah bagi isi penting.

Mulakan ilmu kita dengan BACA + FAHAM + TULIS. Tunggu guru suap, tak menjadikan kita seorang yang berilmu. Usaha yang akan menbuahkan hasil. Selalu bincang dengan guru. Pengalaman guru banyak membantu dari sudut idea dan olahan.

Jadikan diri seorang PEMBACA!

Nota: Musim pilihanraya penuh dengan fitnah menfitnah. Akhlak yang ditunjukkan oleh orang fanatik dalam parti masing-masing menjadikan diri sendiri hina. Jika Islam tidak dimartabatkan, ketahuilah sesungguhnya masih ada penganut agama Islam masih membuat maksiat dan dosa.

Contohilah kepimpinan Rasulullah yang menjadi ketua negara bermula di MADINAH. Baca sirah Rasulullah. Bukan membelakangkan sirah Rasulullah.

Ya Allah, jauhilah  kami daripada menghina agama Islam sendiri.

Rakan Sejawat Toksik

Ahlan...ahlan Ya Ramadan.  Alhamdulillah masih diberi peluang merasai hidup dalam Islam tetapi umat Islam Palestin masih bergelut dengan kes...