10 Disember 2018

2018 bakal melabuhkan tirai.

Tahun masihi bakal berakhir. Inilah tahun yang kita kiblatkan selama ini. Takwim, jadual, dan hampir semua aktiviti kita gunakan kalendar tahun masihi. Tahun masihi yang dikatakan tahun kelahiran Nabi Isa alaihissalam.

Tahun 2018, merupakan tahun kurangaku berceloteh dalam blog ini. Tahun yang penuh kejutan. Tahun penuh dengan kerja tiba-tiba. Aku terima sebagai peluang menimba ilmu dan pengalaman. Aku semakin tua dimamah usia. Usia meningkat tanda peringatan kepadaku. Sebagai insan yang lemah, aku tidak terlepas dari membuat banyak kesalahan. Terlalu banyak dugaan yang perlu ditempuhi. Kadang-kadang perlu profesional, kadang-kadang tidak. Bergantung kepada keadaan.

Tahun ini, aku pulang ke kampung bersama mak dan ayah. Sebelum pulang, singgah di Putrajaya. Ziarah adik ayahku di rumahnya. Ziarah sepupu mak di hospital Putrajaya. Kisahnya sangat menarik. Aku tidak perlu ceritakan di sini. Ada iras iklan dibawah ini. Cuma beza Ayah Su seorang pemandu teksi waktu muda dahulu di KL. Selalu membantu orang lain. Termasuk mak yang pernah tinggal dirumahnya selama setahun.


Kebaikan pasti akan dibalas. Sama ada cepat atau lambat sahaja.

Aku nak kongsi sedikit pembacaanku dari akhbar Sinar Harian,Khamis 6 Disember 2018. Tajuknya "Tidak mudah berbahasa dengan betul" oleh Suhaimi Mohd Salleh dalam ruangan "Oh bahasaku!". Ruangan ini dikelolakan oleh Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Yang sering ditemukan ialah ejaan awalan di- yang dijarakkan daripada perkataan yang mengikutinya, seperti 'di belah', 'di sangka' dan 'di perlukan'.  

Sepatutnya ejaannya dirangkaikan atau dirapatkan. Penggunaan bahasa mungkin terkeliru oleh kata sendi nama 'di' yang sememangnyaditulis secara terpisah daripada kata dasar yang mengikutinya, seperti 'di bandar', 'di Dungun, dan 'di belakang rumah', yang menunjukkan tempat atau arah sesuatu. Selain itu, penulisan perkataan 'ko kurikulum', 'pra universiti', dan 'anti dadah' juga sepatutnya dirapatkan.

Partikel penegas, iaitu-lah,-tah, dan -kah perlu dicantumkan pada bahagian belakang kata dasar, seperti biarlah, apatah,, dan mengapakah. Yang turut mengelirukan pengguna ialah partikel pun. Terdapat 'pun' yang dieja bersendiri, iaitu yang merupakan perkataan yang bermaksud 'juga' sebagaimana dalam ayat ini:

Saya pun hendak ke sana. Sebaliknya, pun yang merupakan partikel perlu dicantumkan pada akhir kata dasar, iaitu adapun, andaipun, ataupun, bagaimanapun, biarpun, kalaupun, lagipun, mahupun, meskipun, sungguhpun, dan walaupun.

p/s: untuk rujukan akan datang.







17 November 2018

Hari Anugerah 2018

Hari sabtu 17 nov 2018. Aku sampai ke tempat hari anugerah pada 7.50 pagi. Kelihatan seorang guru dan beberapa pekerja homestay menyusun meja. Ada ketika itu, beberapa pelajar perempuan di sekitar pentas. Mereka ingin membuat latihan terakhir kalam jamaei.

Tidak lama kemudian, beberapa orang ibubapa jemputan telah hadir. Semakin ramai datang. Anggaran jemputan 300 orang. Sehingga penghujung majlis, aku dapat agak tidak cukup 300 orang itu.

Ada antara penerima anugerah dalam tempoh peperiksaan spm. Ada yang hadir. Ada yang hantar wakil. Ada yang tidak hadir.

Sudah lama aku kira tidak bersua muka dengan pelajar2 penerima anugerah ini. Mereka masih sudi bercerita, bertanya khabar dan mohon bergambar bersama para guru yang pernah mengajar mereka.

Secara fizikal, mereka masih berpakaian mengikut kebiasaan di sekolah agama. Budak sekolah agama. Panggilan untuk mereka. Ada yang pandang sinis. Ada yang bangga. Ada buat biasa2. Itulah perwatakan manusia pada lingkungan batas waktu 4 jam ini. Cantik. Bergaya. Kacak. Semua mereka bakal menjejak alam dewasa.

Aku pasti ramai tidak hadir. Kemungkinan terlalu banyak. Yang pasti, mereka merasakan tiada fungsi jika mereka hadir.  Tiada sebarang hadiah diperolehi. Adakah ini yang dikatakan oleh Menteri Pendidikan baharu? Tidak perlu buat perbandingan? Tidak perlu hari anugerah? Tidak perlu peperiksaan? Tiada lagi pertanyaan "Engkau dapat berapa A?". A bukan petunjuk 'kebijakkan' seseorang.

Teringat satu entri yang menceritakan tentang sebuah sekolah. Sekolah yang menceritakan sudut positif seorang anak dihadapan ibubapa mereka. Pujian seorang guru. Kata2 positif seorang guru. Mereka buat ketika perjumpaan 3 penjuru. Tajuk program itu sangat menarik. Malangnya aku lupa.

Tahniah buat anak didikku. Teruskan berjuang mencari, menggali, mengorek ilmu. Biar ujian datang cuba menghalang kaki terus melangkah, carilah jalan penyelesaian dan teruskan usaha mencari ilmu walaupun bukan secara formal. Dunia ini perlu ilmu. Akhirat perlu ilmu. Kedua2 pasti perlukan ilmu.

Selamat Berjuang!

24 Oktober 2018

Ujian Personaliti STIFIn

Alhamdulillah dan tahniah kepada semua yang menjayakan program STIFIn hari ini.

28 orang berjaya buat 'test' menggunakan 10 cap jari. 5 orang kanak-kanak.

Syukur sangat.

Aku dah lama 'usha' STIFIn selepas ada seorang pelajar ni pindah ke sekolahku? Teruja sebab jika bagi tugasan hafazan 3 surah, boleh ingat dalam tempoh seminggu. Wow! Dapat Naib Johan hafazan peringkat daerah. Ini permulaan selepas sembang atau 'membawang' dengan ibunya.

Seterusnya, aku dengar mulut rakan seguruku yang merupakan keluarga STIFIn. Anak beliau tidak perlu dipaksa untuk jadi apa. Tengok kepada personaliti STIFIn. Salah seorang anak beliau, baru tingkatan 2 dah hafal 20 juzu'. Ta'jub sebab aku antara orang yang susah hafal dan tak suka hafal.

Ada lagi cerita STIFIn, 2 guru lain cerita pasal STIFIn. Konon nak pergi ke HQ Bangi, buat 'test'. Salah seorang guru cadangkan jadikan LDP. Ting! Idea dah ada...

Call Dato' Dr Baha Bin Hj Nordin. Presiden STIFIn Malaysia. Cakap sempoi. Tak skema. Tanya punya tanya...beliau bagi syarat nak jemput beliau. Bayaran penceramah RM500. Ujian biometriks RM150/ seorang. 20 orang mesti buat 'test'.

Aku dah susah hati. Siapa sanggup bayar RM150? STIFIn pun mereka tak tahu. Dengan bantuan rakan guru 'keluarga STIFIn' buat promosi dan buat surat persetujuan hadir dan sanggup buat 'test' bayaran RM150. Aku buat kertas kerja dan perbelanjaan. Bos luluskan. Punyalah gigih buat kerja sebab aku ada matlamat 'aku perlu bawa STIFIn ke sekolah'.

Hingga 10 hari sebelum 'comfirm' tarikh, cukup 20 orang setuju buat. Ketika itu, aku ada mesyuarat penskoran di Melaka. Sebelum terlupa, aku gigih telefon Dato' Baha dalam hujan. Line tak clear. Aku keluar ke tepi dewan. Ada budak hotel. Siap cakap 'Waw! cakap dengan Dato'...Ada aku kisah? Nak cakap apa pun terserah! Timbul syak pula jika ada yang tarik diri saat akhir. Itulah diriku. Kelemahanku 'lupa'. Jadi sebelum lupa terjadi, aku terus 'comfirm' tarikh hari ini.

Selagi program tak berjalan, aku resah. Perancangan plan A, B atau C tiada. 3 rakan guru beri sokongan.

Alhamdulillah hari ini, 28 orang yang buat ujian biometriks itu.

Tahulah diriku adalah Thinking Ekstrovert. Ini berdasarkan pemerhatian.

Eh! salah. Intuiting Interovert.

Salah juga berdasarkan tarikh lahir.

Setelah buat ujian biometriks...jeng...jeng...

Aku Intuiting Ekstrovert.

Hafalan...memang susah.

Cadangan...

Cari isi tersirat bagi surah yang nak dihafal. Tahu jalan cerita. Baca ulang-ulang sambil tahu maksud dan jalan cerita.

Surah paling susah, surah Yusof. Sempat hafal 2 muka surat ketika umrah dahulu. Itulah yang diulang-ulang hingga sekarang.

Waktu paling sesuai adalah selepas 11 malam. Jadi kena tidur sebelum 11 malam. Nanti jadi insomenia. Susah tidur. Lagi malam, lagi baik. Jadi 1/3 malam, paling sesuai. Masalah juga. Aku suka tidur. haha

Ie ni ramai yang jadi gila. haaaa...Organ hati kena jaga. Sebab hati ini mudah sakit. Bukan sakit hati.

Jika ada nak bagi tambahan maklumat silakan. Tak larat tulis.hehe

20 Oktober 2018

Kejutan tugasan

Lantikan tidak ikut prosedur menyebabkan banyak perkara menjadi tidak terurus dan tidak tersusun. Ujian dan tugasan tiba-tiba menyebab penerima menjadi tertekan. Ini adalah ujian untuk diri seorang pendosa sepertiku. Tiada manusia yang bersih dari dosa kecuali Nabi Muhammad saw yang maksum.

Apabila berada dalam group yang mempunyai generasi muda yang baru bekerja, ia menambah kemarahan. Apabila diminta, kita memberi dalam bentuk 'pdf'. Minta lagi dalam bentuk 'word'. Bagiku, ini telah melampau kecuali pemberi itu redha. Entah kenapa, aku merasakan sekarang suka meminta dari memberi. Kerja nak mudah. Bagaimana kita mahu bina generasi yang mubdi'?

Kerja yang ditugaskan telahku sempurnakan walaupun ada kecacatan. Moga tugasan itu memberi manfaat kepada generasi baharu.

15 September 2018

Gambar Rasulullah dan Para Sahabat.

Alhamdulillah. Sambutan Maal Hijrah telah selamat dijalankan. Terima kasih buat rakan-rakan seguru serta ustaz dan ustazah.

Ada satu persoalan yang agak susah dijawab kecuali orang yang ahlinya. Apa yang terbaik adalah 'Hanya Allah Yang Tahu'. Allahu A'lam!

Di sini, aku cuba kongsikan berdasarkan rujukan yang bertauliah. Jika aa kesilapan, mohon ampun dan tolong perbetulkan kerana aku bukan ahlinya. Masih belum cukup ilmu agamaku. 

Hukum asal melukis adalah HARUS.

Dalam bab melukis benda hidup termasuk manusia apatah lagi Rasulullah dan para sahabat Rasulullah, ada hadis yang melarang;
hadis Riwayat al-Bukhari daripada Ibn Umar RA, sabda Rasulullah SAW,
إن الذين يصنعون هذه الصور يعذبون يوم القيامة يقال لهم: أحيوا ما خلقتم.
Yang bermaksud, Sesungguhnya mereka yang membuat gambar-gambar (berjisim iaitu patung atau tidak berjisim iaitu lukisan, tenunan, ukiran dan sebagainya) ini akan dikenakan seksa pada Hari Kiamat. Dikatakan kepada mereka (dengan pertanyaan penghinaan): ”Hidupkanlah apa yang telah kamu cipta itu.”
Syeikh ’Atiyyah Saqr melalui kitabnya menyebut, sesungghnya ulama’ telah menegah daripada lakonan tokoh-tokoh yang terhormat seperti para Nabi dan Rasul. Mereka juga mengharamkan lakonan secara mutlak sebagaimana diharamkan lukisan dan mempotretkan mereka. Ini kerana beberapa alasan:
i.                 Lakonan atau gambaran tidak berbetulan atau bertepatan dengan yang asal dan sebenarnya.
ii.                Tidak menepati realiti yang betul sama ada gambaran atau sebenar.
iii                Mereka adalah tokoh dan contoh ikutan kepada yang lain. Justeru, berdusta ke atas mereka dengan lakonan atau lukisan adalah tidak benar
iv                Melukis atau menggambarkan mereka jika tidak baik boleh memberi satu gambaran yang tidak baik kepada yang menonton atau yang melihatnya
Hal ini dikuatkan lagi dengan fatwa ulama’ Muktabar antaranya,
i.                     Fatwa Syeikh Hasanain Makhluf pada bulan Mei 1950, iaitu al-Fatawa al-Islamiyah Jil. 4 halaman 1297
ii.                   Lujnah Fatwa Azhar pada bulan Jun 1968.
iii.                  Majlis Majma’ Buhuth Islamiyah pada bulan Februari 1972
iv.                 Muktamar ke-8 Majma’ pada bulan Oktober 1977
v.                   Majlis Majma’ pada bulan April 1978
vi.                 Dar Ifta’ Mesir pada bulan Ogos 1980

Antara nasnya ialah,
وكان منطلق التحريم هو أن درء المفاسد مقدم على جلب المصالح، فإذا كانت الثقافة تحتاج إلى خروج على الآداب فإن الضرر من ذلك يفوق المصلحة- وذلك إلى جانب متررات التحريم التى سبق ذكرها- كما جاء فى عبارة دار الإفتاء: أن عصمة الله لأنبياءه ورسله من أن يتمثل بهم شيطان مانعة من أن يمثل شخصياتهم إنسان.
ويمتد ذلك إلى أصولهم وفروعهم وزوجاتهم وصحابة الرسول عليه الصلاة والسلام، ومن جهة العبرة من قصص الأنبيا قال: كيف تتأتى الإستفادة من تمثيل إنسان لشخص نبي، ومن قبل مثل شخص عربيد مقامر سكير رفيق حانات وأخ للدعارة والداعرات، ومن بعد يمثل كل أولئك أو كثيرا منهم؟.
Yang bermaksud, Pengharaman ini adalah berdasarkan kaedah fiqhiyah (menghindarkan kerosakan adalah diutamakan daripada mengambil kemaslahatan).

Apabila sesuatu kebudayaan memerlukan kepada keluarnya daripada adab dan norma maka sesungguhnya kemudaratan itu mengatasi kemaslahatan. Di samping itu, terdapat banyak alasan pengharaman yang telah disebutkan seperti mana yang disebut di dalam dar al-Ifta’ Mesir : Sesungguhnya Allah telah memelihara para Rasul dan Nabi daripada ditiru ataupun dilakonkan oleh syaitan. Demikian jugalah Allah memelihara para Rasul dan Nabi daripada ditiru atau dilakonkan oleh manusia .
Demikian jugalah pengharaman meniru usul (nenek moyang) furu’ (anak cucu), isteri-isteri dan sahabat-sahabat Rasul.
Adapun yang berkaitan dengan pengajaran yang diambil daripada kisah-kisah nabi, fatwa ini menyebutkan bagaimana mungkin kita mengambil pengajaran daripada lakonan seorang manusia biasa terhadap peribadi seorang nabi. Siapakah yang sanggup menerima lakonan seorang bodoh, kaki judi, pemabuk, pelanggan kedai arak dan persundalan? Merekakah yang melakonkan lakonan para nabi dan sahabat?
Berdasarkan hadis di atas, melukis gambar apatah lagi gambar sahabat amatlah ditegah termasuk juga seperti lakonan. Ini kerana beberapa alasan.
1.      Umum hadis berkenaan dengan larangan melukis gambar yang mempunyai roh.
2.      Kemuliaan para sahabat hendaklah dipertahankan.
3.      Ia mungkin termasuk dalam menghina para sahabat.
4.      Lukisan tersebut lebih kepada andaian dan khayalan oleh pelukis melalui sedikit maklumat.
5.      Hal ini tidak dilakukan oleh Salaf al-Soleh seperti imam-imam yang empat.
Satu “Garis Panduan dan Penjelasan Mengenai Seni Tampak Dari Kaca Mata Islam” telah di keluarkan oleh BAHEIS dan telah dibincangkan pada Mesyuarat Jawatankuasa Syariah Majlis Agama Islam N.S bil 4/87 menyatakan haram melukis gambar-gambar malaikat, nabi-nabi dan para sahabat besar iaitu 10 yang dijamin masuk syurga.
Fatwa Negeri Sabah telah mengharamkan perbuatan melukis gambar sahabat Nabi SAW yang diwartakan pada 11 Disember 2003, sebagaimana petikan di bawah ini:
Dengan ini dimaklumkan bahawa Fatwa telah dibuat dan diluluskan oleh Mufti Kerajaan Negeri Sabah di bawah seksyen 35 Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam 1992 adalah dengan ini disiarkan sebagai berikut :-
"Perbuatan melukis, melakar atau mengukir gambar para Sahabat adalah diharamkan".

SUMBER RUJUKAN:

27 Julai 2018

Nota Kajian Tindakan

Kali ini aku buntu. Adakah ini kajian tindakan?

Sedikit perkongsian dan nota yang difahami.

1) Guru kumpul pengalaman sedia ada. Bukan kajian saintifik. Lebih kepada amalan pengajaran dalam bilik darjah.

2) Guru bersedia membuat perubahan terhadap amalan pengajaran dalam kelas dan lebih profesional.

3) KT melibatkan proses dan aktiviti tertentu.

4) Mula dari proses refleksi guru terhadap tugasan harian seperti kekuatan dan kelemahan PdPc serta masalah yang dihadapi.

5) Cari kaedah pdpc yang difikirkan berkesan, bahan bantu yang sesuai ke arah menangani masalah.

6)  Tindakan yang dirancang itu akan dilaksanakan. Kemudian pantau sama ada berkesan atau tidak. Guru perlu kumpul data melalui ujian atau sebagainya. Data dianalisis. Guru buat refleksi dari hasil dapatan.


17 Jun 2018

Tetamu ziarah 2

Alhamdulillah. Semuanya dipermudahkan  urusan oleh Allah. Siapa sangka, sepanjang perjalanan umrah Ramadan mempunyai cerita dan cabaran tersendiri.

Team group mempunyai 9 orang ahli. kebanyakan warga emas. 2 orang 30-an, 7 orang 60 -an dan seorang umur 70. Bantuanku sangat terhad kerana banyak bantu ibuku sendiri. Diri yang demam ketika hari 26 Ramadan 1439H, aku gagahkan jua untuk terus teman mak.

Kebanyakan hari, bermula 11 pagi hingga 11 mlm, aku dan mak akan berada di Masjidil Haram. Ada ketika, kami boleh berada dalam masjid, ada juga di dataran.  Bagi sesiapa yang iftar di hotel, pasti tidak dapat masuk dataran dan masjid. Solatlah di tepi-tepi jalan. Ada juga zohor dan asar di dalam masjid, sebelah kawasan saei, nampak kaabah dari ruangan perempuan, akan dihalau selepas asar untuk diberi ruang kepada jemaah lelaki.

Komunikasi dalam Bahasa Arab (banyak guna bahasa pasar) sangat membantu, jika berada dalam situasi luar kawalan seperti yang berlaku dalam groupku. Bagasi tidak dapat dikesan, bertanya tempat jika tersesat, cari tandas, kembali ke tempat asal setelah pergi ke tandas, naik teksi, membeli barangan dan tawar menawar.

Malam 27 Ramadan dan 29 Ramadan sangat mencabar. Lautan manusia membanjiri Masjidil Haram. Penduduk Mekah turut hadir kerana menganggap itulah malam lailatul qadar. Para tentera banyak buat sekatan dan kebanyakan pintu masjid ditutup untuk laluan masuk. Apatah lagi VVIP mereka hadir secara rasmi.

Pengambilan air zamzam boleh diambil di beberapa lokasi, ada pada paip yang ditulis زمزم. Jangan terkeliru dengan ماء البرد للشرب sebab ini bukan air zamzam. Ada juga disediakan tong air zamzam. Kebanyakan yang aku jumpa, semuanya sejuk.

Waktu boleh ambil air zamzam ketika hampir waktu berbuka puasa, lebih kurang 10 minit sebelum azam. Sesi berebut akan berlaku. Satu lagi sebelum subuh dan selepas subuh. Jika habis air dalam tong, carilah paip yang masih dibuka. Bukan semua paip dibuka untuk diambil air zamzam.

'andai lelaki yang ihram ini menjadi tentera pembebasan Masjidil Aqsa, pasti Amerika dan Negara Israel dalam ketakutan'

Aku melihat gagahnya orang lelaki yang buat umrah iaitu, tawaf 7 kali, saei 7 kali dengan pakaian ihram dari pelbagai warna kulit serta semangat mereka untuk selesaikan umrah sangat mengkagumkan. Tetapi sayang, habis umrah keadaan kita bagai buih-buih dilautan. Cintakan dunia mengatasi segala-galanya.

Hanya coretan mindaku.

06 Jun 2018

Tetamu Ziarah 1

Alhamdulillah.

Kesempatan yang ada sementara menunggu waktu berbuka puasa di Masjid Nabawi, aku cuba tulis sedikit coretan.

4 Jun bersamaan 19 Ramadan 1439H.
Bermula perjalanan umrahku.
6.30 pagi : persiapan ke airport naik MH
7.10 pagi : sampai di airport
8.45 pagi : bertolak ke klia
9.45 pagi : sampai ke klia
1.00 t/hari : check in untuk naik flight Saudi Arabia.
2.00 petang: bertolak ke Jeddah.
11.00 malam waktu Malaysia sampai Jeddah bersamaan 6.00  petang di Jeddah.

Naik bas ke King Abdul Aziz sampai 6.15 petang. Urusan imigresen lama. Ujian pengawai mengantuk. scan jari, tidur. Setiap step tidur. Ujian beg kargo hilang. Sekarang semua dah ok. Ketabahan diuji.
Sampai Madinah jam 3 pagi. Terus sahur.

14 Mei 2018

Pra Umrah 1

Alhamdulillah.

14 Mei 2018, Isnin hari permulaan kerja bagi kerajaan baharu. Rasa tenang dan bebas. Betul ke?

Apa pun kita sebagai rakyat berhak memilih.

Hari ini, selepas kelas tambahan yang berakhir 4.20 petang, solat asar dan terus ke Klinik untuk dapat satu dose 'Meningococcal (groups A, C, Y and W-135) Polysaccharide Diphtheria Toxoid Conjugate Vaccine. Mengikut kata pekerja klinik, vaksin ini 'valid' selama 5 tahun. Arab Saudi 3 tahun sahaja.

Bagaimana rasa kena cucuk?

Sekarang aku kebas. Lengan sebelah kiri. Cucuk pada bahu kiri. Masa kena cucuk tu ada rasa kena gigit semut. Sekejap sangat. Tak sampai 3 minit. Doktor cakap, ada sesetengah orang demam esok hari. Balik nanti telan ubat demam. Masalah aku susah makan ubat. Pergi klinik boleh kira dengan jari. Selagi boleh tahan, aku akan bersabar.

Transfer ....dah hantar sikit. Ada had. Esok cuba lagi.

13 Mei 2018

Legasi Terus Hidup

Penuh suspen. Penuh emosi. Pengalaman mengajar erti kematangan dan kesabaran. Pengalaman diri menjadikan diri berhati-hati.

Legasi Tombiruo menjadi sentuhan yang sangat menarik. Mengajak pembaca masuk ke alam itu. Magis?

10 tahun bukan ukuran masa, malah penuh teka-teki. Penuh dengan muslihat. Manusia sentiasa berubah. Pergantungan diri kepada Yang Satu satu bentuk ibadat spiritual yang sangat agung. Penyerahan penuh kepada Allah kunci kepada penyelesaian masalah.

Alhamdulillah. Angpow dari YB. Kejohanan Sukan selesai. Pembacaan Legasi tamat. Bakal bersambung lagi. Siapakah Legasi ini? Induk Tombiruo tetap ada walaupun usia semakin meningkat.

Pru14 Tamat.

Hari membuang undi jatuh pada 9 mei 2018, hari rabu. Hari kerja dan diberi cuti pada hari berkenaan. Bagi pengundi luar sepertiku, pilihan hari rabu sangat menyusahkan. Tambahan lagi memandu dari pantai barat ke pantai timur makan masa 8 jam bagi hari biasa. Aku bertolak hari selasa 5.30 petang dan sampai di kampung, 6.30 pagi. 13 jam dalam perjalanan sahaja.

Bagi hari raya, 5 tahun sekali, aku gagahkan diri meredah perjalanan 13 jam bersama adik2 dan si kecil dari Sarawak.

Naiklah 'flight'!
Naiklah bas!
Tumpanglah kawan!

Aku ada alasan tersendiri, kenapa aku sanggup drive lebih 500km sehala.

Sampai di rumah mak ayah, terus solat subuh dan cuba lelapkan mata. 8.00 pagi bersiap untuk ke tempat mengundi. Aku dapat saluran 4. Kali ke-3 mengundi. Perutku kosong hanya beralaskan air kosong, terus mujahadah pergi buang undi. Lapar. Terus thabat. 11.30 pagi, semua selesai. Balik dan makan. Alhamdulillah. Nikmat mana yang aku dustakan?

Tsunami memilih 2018 menjadi penentu masa depan negara. 5 tahun. Adakah kerajaan baru mampu baiki kerosakan 10 tahun atau lebih lagi? Aku hanya mampu lihat dan tolong ikut kemampuan sahaja. Terus ikut perkembangan terkini.

Keputusan malam 9 mei 2018, terlalu lambat. Aku tak mampu tunggu kerana kurang tidur dan penat memandu. Cadangan asal 10 mei 2018, aku perlu kembali bertugas. Gila! Badan tak mampu tetapi mental masih kuat.

Celik mata 10 mei, terus tengok keputusan. Alhamdulillah, cuti 2 hari. Pakat Harapan menang hampir keseluruhan negeri kecuali Kelantan dan Terengganu. Negeri tanda tanya, Perak dan Kedah.

Aku terus rehat hingga hari Sabtu 11 mei.

Sekarang penuh dengan tanya.

1- Adakah aku betul dalam memilih?

2- Adakah aku memilih parti yang salah? Kerana pilihan ini, ada orang fahaman Syiah telah kuasai pentadbiran Malaysia. Adakah ini fitnah?

3- Adakah kerajaan baru sama dengan kerajaan lama?

4. Adakah Islam akan dimartabatkan di Malaysia?

5. Adakah fitnah menfitnah akan terus bermaharaja lela di media sosial tanpa tindakan dari pihak berkuasa?

6. Adakah Menteri Kewangan dari bangsa Cina akan mengugat kedudukan hak keistimewaan Melayu?

7. Adakah Menteri Pertahanan dari golongan Syiah? Adakah Ketua Menteri Melaka juga Syiah? Sangat susah dikenalpasti walaupun melalui beberapa keping gambar.

8. Adakah negeri pembangkang seperti pas dan BN akan diberi peruntukan sama atau di 'anak tiri' kan?

p/s: persoalan ini berlegar dalam fikiranku. Semoga Allah membuka pintu kebenaran dan keadilan untuk kita semua yang berada di dunia akhir zaman.

14 April 2018

Pada mataku.

Aku melihat.
Aku melihat orang bekerja.
Aku melihat sesuatu perpisahan.
Aku melihat acara dan majlis.

Ada perpisahan kerana berpindah.
Ada perpisahan kerana bersara.
Ada perpisahan kerana kematian.
Ada perpisahan kerana perceraian.
Ada perpisahan secara paksaan.

Melihat tidak semuanya betul pada hati.
Melihat tidak menceritakan kebenaran.
Melihat pada mata kepala berlainan melihat dengan mata hati.

Ada perpisahan disambut dengan majlis.
Ada perpisahan disambut dengan pandangan mata.
Ada perpisahan, hanya lambaian selama jalan.
Ada perpisahan dengan hadiah.
Ada perpisahan disambut senyuman.
Ada perpisahan tanpa sambutan.

Perpisahan tanpa apa-apa acara.
Sempat melalui petikan jari pada keyboard aplikasi What'Up.

Aku harapkan perpisahan ini.
Tanpa apa-apa berita dan sambutan.
Aku harapkan hanya Allah redha apa yang telah aku kerjakan.
Aku harapkan kemaafan dari semua orang yang mengenaliku.

Adakah impianku ini terlaksana?

اللهم بارك في رجب وشعبان وبلغنا رمضان.

Rejab bakal berlabuh. Sya'baan bakal menjelma. Ramadhan menjadi penantianku.

Ya Allah, jemputlah diriku dan kedua ibubapaku sebagai tetamu-Mu.

25 Mac 2018

Makan Angin

Alhamdulillah semua tetamu telah pulang.

Maaf andai tidak selesa.

Cuti pertengahan penggal 1 tahun 2018, aku sempat pulang selama 4  hari. Malam khamis bermula permusafiran. Pagi Khamis, pukul 10 pagi, kami ke Melaka. Menuju ke Kg Mortem. Kampung yang berada di tengah-tengah kota melaka. 5.30 petang sampai ke Kg Mortem. Berjalan sekitar kampung ini. Dugaan kaki terseliuh. Masih mampu berjalan.

Sementara menunggu malam, kami ke Masjid Al-Azim. Selesai solat jama' qosor, kami ke jeti 'river cruise'. Bayaran untuk seorang dewasa RM18 dan seorang kanak-kanak RM6.50.

Apabila naik bot, kami dibawa mengelilingi Kg Mortem. Cantik pemandangan waktu malam. Cuma air sungai berbau. Mungkin akibat arus pemodenan. Kami sampai ke tempatku, jam 1.30 pagi. Seharian 'drive'.

Esoknya, jumaat. Selepas solat jumaat di Masjid Nilai, kami ke Nilai 3. 'Shopping' dan 'window shopping'. Malam ke rumah kawan kak ipar. Sampai rumah pukul 12.00 malam.

Hari Sabtu, kami ke Putrajaya. Melawat Alamanda, Astaka Morroco dan Taman Botani. Kami rancanc nak sewa basikal. Kaunter telah tutup. Ketika itu, jam 12.15 tengahari.

Bayaran sewa basikal 'single' RM10. Jika ada 'para', boleh letak pembonceng, RM12. Bayaran sewa motosikal letrik RM30 untuk 30 minit. RM50 untuk 1  jam.

Kami terus ke walimah sepupuku di Dewan Serbaguna. Ziarah sepupu ayah di Desa Pinggiran Putra. Kemudian ke Outlet Mitsui, jalan menuju ke KLIA. Terus ke Rumah Terbalik. Bayaran seorang dewasa RM20. Kanak-kanak 3-12 tahun RM15. Lahir bulan Mac/April, free.

Pulang ke 'sarang' jam 10.00 malam.

26 Februari 2018

Asal Usul Kerajaan Melayu.

1930 M - Tuanku Syeikh Amrullah kumpul semua anak cucu

Kisah - Tuanku Pauh (Pariaman) pindah ke Tanah Darat dan beristeri di Kota Tua, Lawang dan Sungai Batang.

1948 M-  Beliau meninggal dunia, 3 hari sebelum penyerangan Belanda  yang kedua.

Kerajaan Sriwijaya

Di Pualau Sumatera, kerajaan Sriwijaya telah mengembangkan agama Budha. Kuasanya meliputi Sumatera, Jawa Tengah, Semenanjung Tanah Melayu hingga ke Semenanjung Kra (Siam). Di Ligir, terdapat batu bersurat tentang kebesaran Kerajaa Sriwijaya. Salah seorang Raja Sriwijaya, Syailendra  pada abd ke-8 telah mendirikan Candi Borobudur yang terkenal.

Kerajaan Majapahit.

1331, kerajaan Majapahit mencapai kemuncak kemegahan setelah Gajah Mada diangkat menjadi Patih. Gelarannya bertukar kepada Mahapatih Gajah Mada. Cita-citanya adalah menakluki seluruh Nusantara Indonesia termasuk Minangkabau.

Salah seorang pembesar dan cendikiawan dalam istama Majapahit, orang kanan kepada Mahapatih Gajah Mada adalah seorang bangsawan berdarah campuran Melayu dan Jawa, Aditiawarman. Aditiawarman pernah ua kali dilantik menajdi duta istimewa menhadap Maharaja China. Kemudian Aditiawarman pulang ke tanah airnya untuk menjadi Raja.

Image result for buku ayahku

Kerajaan Pagar Ruyung.

Pemerintahan pertama Aditiawarman bermula di Darmasyraya dalam daerah Jambi sekarang. Kemudian berpindah ke Minangkabau dan diberi nama Pagar Ruyung. Di sinilah Aditiawarman memakai gelaran 'Maharaja Di Raja' merujuk kepada kerajaan yang bebas dari Majapahit antara tahun 1347-1375.

Patihnya bernama  Dewa Tuha, besar kemungkinan adalah Datuk Pepatih Nan Sebatang, mertua Aditiawarman dan pendiri susunan adat Budi Caniago (Suku Caniogo).Dalam batu bersurat di Suruaso, Aditiawarman mempunyai seorang Temenggung. Kemungkinan diberi gelaran Datuk Ketemenggungan, pendiri susunan adat Laras Kota Piliang.

Agama yang dianuti oleh Maharaja itu adalah agama Budha , Mazhab Bairhawa. Maharaja ini memakai gelaran Kanakamedinindra (Maharaja Negeri Mas)

Walaupun rajanya memeluk agama Budha atau Hindu, orang Minangkabau telah menyusun kebudayaan dan adat istiadatnya sendiri. Susunan adat dan pemerintahannya berdasarkan dua iaitu, Kota Piliang dan Budi Caniago. Setiap negeri menyusun masyarakatnya dengan dasar kata muafakat dan hanyalah Maharaja sebagai lambang sahaja. Hal ini kerana rakyat disusun atap oleh kepala suannya masing-masing.

Masuk Islam.

Orang yang mula-mula masuk Islam adalah seorang ketua kampung di tepi pantai Pasai, Acheh, Merah Silu, dibawah pimpinan ulama' dari Mekah. Riwayat ini ditulis oleh Tun Sri Lanang dalam buku 'Sejarah Melayu'.

Merah Silu menjadi Raja Pasai dengan memakai gelaran Al-Malek As-Saleh. 1297 M, Raja Al-Maleh As-Saleh meninggal dunia.

1292 M, Marco Polo datang ke Sumatera Utara hanya melihat Islam di Perlak, sebelum Pasai. Sejarah menceritakan bahawa raja-raja Islam di Perlak dan Pasai menguatkan hubungan mereka dengan mengahwinkan anak-anaknya.

1345 M, Ibnu Batutah datang ke Pasai dan raja ketika itu adalah Sultan al-Malik Az-Zahir. Pertama kali datang, Ibnu Batutah mendapati rajanya tidak ada dalam negeri kerana menyebarkan dakwah Islam ke Muljawa iaitu Minangkabau (Melayu-Jawa).

Abad ke-14 Agama Islam masuk ke Minangkabau. Menurut kajian lain, mengatakan abad ke-13 dan ke-14 lebih awal Islam masuk ke Acheh dan Sumatera.

Zaman Khulafa' Ar-Rasyidin peniaga bangsa Arab telah melalui Selat Melaka dari Laut Merah terus ke Tiongkok. Sebelum Portugis, orang Arablah yang menguasai perniagaan. Banyak bukti dari ahli-ahli geografi Arab menyebut kerajaan Kilah iaitu Kataha di Sumatera Tengah atau Kedah di Malaya) dan kerajaan Syarbazah (Sriwijaya).

p/s: Sambil baca buku 'Ayahku', aku cuba terokai apa maksudnya kerana keterbatasan maklumat yang aku ada. Sumber di bawah boleh dijadikan rujukan bagi penulisan kali ini. Aku masih buta sejarah. Buku Sejarah Melayu yang ditulis oleh Tun Sri Lanang pernah aku pandang sahaja tanpa buka isinya. Sekarang entah di mana buku itu. Kalai tak silap, buku itu pernah jadi buku teks sejarah ketika sekolah zaman 60-an.

SUMBER:

1. Candi Borobudur-  wikipedia
2. Buku Karya HAMKA- Ayahku.
3. Kerajaan Srivijaya 
4. Tun Sri Lanang -wikipedia
5. Budi Caniago

02 Februari 2018

Syukur Bukan Mudah.

Tiada siapa tahu perancangannya berjaya atau tidak. Termasuklah diriku. Bermula dengan Program Orientasi, sekarang program melibatkan jemputan luar.

Susah hati menjadi peneman setiap malam. Setiap kali bangun tidur mulut pasti sebut "Ya Allah permudahkanlah". Harapan supaya hati tenang.

Pengalaman yang terdahulu, menjadikan diriku pasrah. Pasti akan berlaku 'sesuatu' diluar jangkaan. Adakah ini penyakit?

Semua pentadbir dan rakan sejawat sangat membantu dan memberi sokongan. Hanya Allah yang mampu membalasnya.

Aku terlalu cepat marah terhadap 'alasan' ketidakhadiran peserta. Alasan tidak kukuh. Adakah ini kerana jawatan guru disiplin dan pengawas sekolah?Walaubagaimanapun aku cuba cari jalan untuk peserta ini hadir.

Terima kasih Pn Kaunselor atas cadangan yang sangat membantu.

Image result for syukur
'sumber google'

Setelah telefon ibu peserta untuk dapatkan no. tel bekas suami atau penjaga peserta tidak berjaya, peserta ini yang beri respon akan hadir. Mungkin ibunya 'whatsup' anaknya.

"Tidak semua kita nak, Allah beri. Syukurlah dengan apa yang ada. Setiap orang ada kelebihan dan kekurangan. Syukur, Alhamdulillah"

Moga program ini berjalan lancar.

01 Januari 2018

Nikah hukum atau hukum nikah?

Hukum nikah biasa dengar. 'Nikah hukum' kali pertama dengar dan baca. Rupanya pernikahan ikut rukun nikah telah selesai. Yang belum selesai, akad nikah dengan tok kadi dan pendaftaran ikut undang-undang syariah Malaysia.

'Jangan jadi seperti dia'.

Aku berminat 'follow' kes dia. Lain dari yang lain. Jadi pengajaran bagi pasangan yang belum daftar pernikahan di Malaysia. Menunjukkan ceteknya pengetahuan kita dalam bab munakahat terutama berkaitan talak atau bubar perkahwinan.

Mungkin peguam syarie ada nasihat untuk wanita, bakal isteri, isteri dan keluarga.
Teringat kata-kata seseorang. Ajarlah pelajar tentang munakahat bersungguh-sungguh. Biar mereka tahu hak-hak suami atau isteri. Jangan jadi seperti 'dia'. Sepatut boleh selesai diam-diam. Sekarang 1 Malaysia tahu.
Image result for nikah

rujukan nota al-syariah tingkatan 3 bagi kurikulum bersepadu dini.

http://bit.do/nikahkbdt3 (copy link ini)

Rakan Sejawat Toksik

Ahlan...ahlan Ya Ramadan.  Alhamdulillah masih diberi peluang merasai hidup dalam Islam tetapi umat Islam Palestin masih bergelut dengan kes...