22 Oktober 2016

Penandaan

Resah menanda kertas kod 31. Memang patut ustaz yang mengajar pada hari sabtu setiap minggu kecewa.

Perangai pelajar yang tiada adab. Perlu difahami bahawa adab diajar di rumah. Bukan di sekolah. Ibu bapa perlu ambil peranan untuk 'adab'kan anak sebelum hantar ke sekolah. Para guru hanya bantu.

Kecewa. Kecewa. Dan kecewa. Sebati dalam diri guru-guru. Beri kerja rumah, buku tetap kosong. Ada yang hantar soalan sahaja. Apa kami boleh buat?!

Setiap tahun, kejadian yang sama tetapi orang berbeza. Semakin lama, semakin mencabar. Kesabaran guru perlu dilipat kali ganda.

Kali ini aku banyak menanda kertas. Cabaran masa dan kemampuan diri sangat terbatas.

Pertama kali menanda kelas (guru lain ajar) hanya seorang pelajar yang lulus. Guru berkenaan cuti bersalin 2 minggu sebelum peperiksaan. Tiada guru ganti. Aku juga tidak mampu masuk kerana waktu mengajar sendiri 31 waktu. Kelas Pt3 terpaksa digabungkan.

Tahun paling teruk.

Antara kekangan, guru yang keluar tiada pengganti. Guru yang baru masuk, bukan gpi atau gba. Tugas semakin menimbun dan buat mana yang termampu.

Moga ada sinar pada tahun depan,  2017.

19 Oktober 2016

Latihan. Ayat gramatis?

Matanya kelihatan merah menandakan dia seorang perokok tegar. Ditambah lagi dengan bibirnya yang berwarna kehitaman. Mukanya gelap dan beberapa tempat ada kesan jerawat. Tiada cahaya pada wajah itu. Rambutnya hitam dan ada beberapa uban. Rambut dirapikan tetapi tidak dapt menutup dahi jendolnya.Bicaranya tiada yang boleh diambil faktanya. Dia akan mulakan bicara dengan memuji dan kemudian akan disusuli dengan kata-kata yang sinis. Sangat menjengkelkan. Menyakitkan.
*******************

Datang ke satu kursus penandaan. Kebetulan IPG ini ada seminar. Kelihatan pegawai keselamatan telah menunggu dan menghulurkan satu kertas oren. Wah! hebatnya kursus kali ini. Aku takjub.

Dia memakai vase warna hijau terang. Perut sedikit ke hadapan. Umur dalm lingkungan 50-an. Ramah bertanya. Aku menjelaskan kehadiranku tetapi tidak difahami . Aku diminta ke tepi untuk memberi laluan kepada kenderaan lain.

***********
Rupa-rupanya tempat telah dipindahkan. Salah tempat! Ganti tempat orang lain,  sesat jalan. Ujian. Sabarlah wahai diri.

Minggu depan sebelum cuti deepavali 2 hari lagi.

Moga diri ini yang sedia kerdil kuat.

Imaginasi bermula.

Mulakan dengan penulisan bebas. Tulis apa sahaja yang terlintas pada fikiran. Antara anda dan cerita anda. Tiada kritikan.

Luangkan 10 minit sehari untuk menulis.

Penampilan watak:

" Dia seorang lelaki yang berambut gelap dan bermata biru. Dia memakai cermin mata. Dia berpakaian hitam" ❌

"Matanya berwarna biru pucat,  kelihatan seperti sudah hilang sinarnya. Juntaian rambut yang hitam itu menyentuh cermin matanya yang kotor. Pakaian yang serba hitam membuatkan kulitnya kelihatan pucat lesi" ✔

Contoh lain.

"Gadis itu memakai subang dan gaun merah. Dia tersenyum"❌

"Batu delima yang yang bergemerlapan di telinga gadis itu begitu sedondon dengan gan merahnya,  lantas menyerlahkan lagi kulitnya yang mulus. Senyumannya lebih memukau berbanding kilauan 10 lampu candelier menyinar ke segenap bilik yang dipenuhi orang yang tidak dikenali"✔

Mewujudkan kesan.
Perkenalkan watak baharu.

"Saya terjumpa Sarah semalam. Dia memakai seluar jean dan blous kapas berlengan panjang. Matanya hijau dan senyumannya sinis" ❌

Contoh cara penulis,  David Lubar perkenalkan watak.

"Kepercayaan saya mula tergugat ketika berumur 16 tahun. Ketika itulah Sarah berpindah ke bandar. Saya bertemu dengannya pada hari pertama persekolahan selepas cuti Krismas. Dia berjalan di koridor dan berhenti  di setiap pintu untuk memeriksa. Wajah Sarah begitu asing bagi saya walaupun pakaiannya biasa sahaja, iaitu berseluar jean da berblaus kain kapas lengan panjang.

"Sesat?" tanya saya kepada Sarah sambil mengandaikan dia seorang pelajar baharu,  ataupun seorang pemeriksa pintu yang sedang memeriksa kerosakan pada tombol pintu.

Dia tersenyum sinis,  seolah-olah saya sedang bergurau. Kemudian dia berkata,  " Saya tidak dapat cari bilik 307."

"Ikut saya, " kata saya.

Senyuman sama terukir pada bibirnya,  kemudian perlahan-lahan menjalar ke matanya yang hijau bersinar itu.✔

Nama watak. Cari nama yang mudah diingati. Buka buku senarai nama bayi. Cari yang sesuai dengan watak yang digambarkan.

Elakkan mengulangi abjad pertama yang sama pada nama watak seperti "Suze tidak patut pergi ke lapangan memanah bersama Sam dan Serena." Biasakan dengan nama 2 suku kata.

Membezakan watak.

Cody seorang yang berlagak dan biadap.Umum.

Cody seorang Encik "Saya Betul". Apa yang membuatkan saya geram bukan sahaja kerana dia selalu berfikir yang dia betul( saya mengaku,  selalunya dia meman betul )-tetapi disebabkan dia selalu menganggap saya salah. Jika saya menyatakan sesuatu kepadanya,  dia akan menunggu sehingga saya selesai menghabiskan
ayat saya lalu tersenyum sinis, menyengetkan kepala,  menggaru- garu ketiaknya dan membuat bunyi monyet - seolah-olah kepandaian saya ini sama tahanya dengan seekor cimpanzi.

Tulis secara terperinci.
**************

Aku sangka mereka tidak mampu jawab soalan peperiksaan akhir tahun dengan baik. Jangkaanku meleset.

Aku tunggu peperiksaan berakhir pada pukul 4 petang. Ada sedikit kekecewaan terhadap pengawas peperiksaan. Dia mengumpul semua kertas peperiksaan awal 15 minit dari jadual asal. Tiada tanggungjawab!

Pintu PSS bakal dikunci jam 5 petang. Aku kemas barang-barangku termasuk kertas peperiksaan tadi. Aku terus pulang ke rumah.

Di rumah, aku sambung lagi penandaan sambil makan mee sup yang beli dengan harga RM4. Masin. Tambah air. MSG sangat terasa. Penyedap yang bakal menjadi pembunuh senyap. ahaks!

Penandaan berterusan hingga jam 11 malam. Berehat untuk solat,  makan malam, mengaji dan mandi. Siap untuk 2 kelas.

Keputusan agak memuaskan. Hanya 4 orang gagal. Seorang dari kelas Sina dan 3 dari kelas Khaldun. Syabas. Kalian hebat!

Hari ini 2 matapelajaran bakal dijawab. Esok berbaki 1 matapelajaran lagi. 3 matapelajaran itu, bakal disemak dan ditanda olehku.

Esok dan lusa aku bakal mendapat taklimat penskoran pt3 untuk bukan matapelajaran yang tidak diajar olehku. Gurunya cuti bersalin. Tiada gantian lain kecuali kami berdua akan ke sana. Kami akan mendengar dan menanda 10 skrip soalan dahulu. Moga semuanya berjalan lancar.

SUMBER: Kuasai Cerita Anda. Oleh Victoria Hanley. ITBM.KL.2012

07 Oktober 2016

Tidak Solat Jumaat.

Assalamualaikum wbt.

Ada coretan yang masih terbuku di kepala. Perlu dicarikkan supaya kepalaku tidak buntu.

"Ada pelajar kita tak solat jumaat," lapor seorang guru.

Ketika itu, suara imam sedang solat dan rakaat terakhir. Aku terus ke lorong yang dimaksudkan. Lorong antara dua kabin. 5 orang lelaki. Lingkungan 18, 16, 14 tahun. Mereka masih muda remaja. Mereka adalah pelajar dan bekas pelajarku. 2 si kembar masih pelajarku. 3 lagi bekas pelajarku.

Salah seorang pelajar ini adalah ketua pengawas merangkap ketua pelajar sekolah pada tahun lepas. Pernah mewakili sekolah dalam pertandingan tilawah al-Quran. Pernah mendapat tempat walaupun bukan yang terbaik. Suatu ketika dahulu, dia menjadi contoh kepada pelajar lain.

Sudah terang lagi bersuluh mereka tidak solat. Bersembang entah apa. Bila ditanya kenapa tidak bersolat, dia menjawab.

"Ruang dah penuh," jawab tanpa ragu.

"Jika kamu semua nak solat, lorong ini boleh dijadikan tempat solat," cadangan aku.

Mereka diam membisu.

Salam pertama dari imam berkumandang. Ini menandakan solat jumaat telah berakhir.

Ruginya mereka. Mereka telah hadir ke masjid tetapi sia-sia. Ibu bapa pasti yakin anak mereka telah solat jumaat di masjid. Jika mereka tidak solat jumaat, mereka perlu solat zohor seperti biasa.

Aku doakan mereka ini diberi kefahaman dalam agama dan diampunkan segala dosa mereka dan kedua ibubapa mereka.

"Ya Allah, au juga berdosa. Ampunilah dosaku. Bukakanlah pintu taubat untuk hambaMu ini"



******************************
SOALAN 1:
Apakah hukum jika tidak pergi tunaikan solat Jumaat dengan sengaja tiga kali berturut-turut.
Jawapan:
Menunaikan solat Jumaat adalah fardu ain bagi setiap lelaki yang mukalaf. Sekiranya tidak menunaikan Solat Jumaat tanpa sebarang alasan adalah berdosa besar.
Jika dia meninggalkannya selama tiga kali berturut-turut dia dikategorikan sebagai seorang yang kufur sebagaimana sabda Rasulullah SAW, maksudnya:

 "Barang siapa yang meninggalkan solat Jumaat sebanyak tiga kali dengan sengaja maka kufurlah ia".

Melalui hadis ini jelaslah kepada kita tentang betapa pentingnya solat Jumaat dan betapa besarnya dosa jika meninggalkannya dengan sengaja.

 


SUMBER: utusan

Rakan Sejawat Toksik

Ahlan...ahlan Ya Ramadan.  Alhamdulillah masih diberi peluang merasai hidup dalam Islam tetapi umat Islam Palestin masih bergelut dengan kes...