25 April 2010

Catatan hati (ulasan)

Buku ini memang sesuai dibaca utk semua (bacaan umum).
Ia boleh dijadikan suri tauladan kepada remaja zaman sekarang yang jauh terpesong dari ajaran Islam sebenar. Banyak pengalaman diceritakan termasuk keadaan adik Nik Nur Madihah serta keluarganya dalam kesusahan tetapi mampu meraih kejayaan walaupun dalam aliran sains tulen.

Antara yang boleh aku simpulkan tentang kejayaan Madihah ini kerana hubungannya dengan Allah dan hubungan sesama manusia dijaga.

Hablum mina Allah:
1. Solat Fardu diawal waktu (tidak tangguh solat)
2. Bersih hati daripada sifat Mazmumah (sifat buruk)
3. Qiamulail: solatTahajut+solat taubat+solat hajat+solat istikharah+ witir
4. Puasa Sunat Isnin dan khamis (digalakkan 3x sebulan)
5. solat dhuha (30 minit slps wkt syuru')
6. banyakan selawat dan istighfar
7. makan makanan halal

Hablum mina nas:
1. taati ibu bapa n elak sakiti hati mereka (termasuk guru)
2. minta ampun n minta doa
3. Ikhlas dlm persahabatan
4. selalu senyum sesama muslim
5. jaga tutur kata

Mulakan dari sekarang utk dapat keberkatan ilmu.

Nak tau lebih lanjut bace buku "Catatan Hati Nik Nur Madihah Kesusahan Bukan Penghalang Kejayaan"







'Cinta Sufi'

Pelbagai persoalan yang bermain difikiran apabila membaca tajuk buku ini. Ada yang mengatakan ia adalah cinta sesama manusia. Bila difikirkan semula, ia mungkin cinta seorang ahli sufi.

Syabas buat penulis buku ini, Ramli Awang Murshid. Olahan cerita yang menarik. Penceritaan ala-ala komik dari Jepun. Pertarungan atas nama Allah. Sambil berzikir dan membaca potongan ayat al-quran. Penghayatan dalam ilmu tasawuf yang tinggi.

Watak Laksamana Sunan yang digambarkan memang sukar dicari. Semua penyerahan kepada Allah Pencipta segala yang ada di langit mahupun di darat. Sentiasa melaksanakan suruhan Allah walaupun dalam keadaan sakit. Bangun bertahajut di 1/3 malam. Walaupun terasa mustahil wujud makhluk Allah sedemikian, ia boleh dijadikan panduan untuk kita umat Muhammad.

Aku baru sahaja habis baca buku ini. Buku ni jugak sambungan daripada buku2 terdahulu mengenai Laksamana Sunan dan sahabat baiknya, Hang Tuah.

Sesiapa yang belum baca lagi..boleh beli dan baca / pinjam di perpustakaan.

Selamat membaca :P

Rakan Sejawat Toksik

Ahlan...ahlan Ya Ramadan.  Alhamdulillah masih diberi peluang merasai hidup dalam Islam tetapi umat Islam Palestin masih bergelut dengan kes...