20 November 2023

Kembali menduga ibuku

Mak,
Seorang yang tabah. 
Seorang yang cekal.
Seorang yang berhati hiba.
Namun disembunyikan dari kami adik beradik.

Kali ini keluargaku diduga dengan suatu masalah. Masalah dari abang sulungku. Waktu mudanya penuh dengan sifat hero sehingga menjadi kegilaan para gadis gedik yang telah hilang sifat malunya. 

Sejak dia terlibat dalam kemalangan jalan raya yang mengorbankan abang kepada ayahku semuanya terbalik. Abangku tidak aku kenali lagi. Gemar bersendiri di dalam 'gua'. Terperuk seorang diri. Berkahwin dan mempunyai seorang anak. Kemudian bercerai. Sekarang berumahtangga lagi tanpa anak. 

Kata orang lama-lama, anak sulung adalah penawar dan racun kepada mak ayah. Apabila 'sesuatu' berlaku sekarang, ada benarnya kata-kata itu.

Aku harap sangat apa yang berlaku, menjadi pengajaran kepada abangku. 

06 November 2023

Beruntungnya Penduduk Palestin.

Dunia akhir zaman penuh dengan ujian buat mukminin yang cinta Allah dan Rasulullah. Bumi para Anbiya' berlumuran dengan darah tetapi negara-negara Islam tidak mengambil tindakan segera bagi menjaga kebajikan penduduk Palestin.

Aku sendiri mengakui, orang Islam termasuk diri ini umpama buih-buih di lautan. Ramai tetapi tidak memberi apa-apa kesan kepada orang sekeliling. Semua mengambil tindakan neutral walaupun penduduk Palestin di bantai dengan bom Israel buatan US bertali  arus. 

Di mana pemimpin-pemimpin negara Islam? Adakah cukup sekadar mesyuarat dan membuat desakan sekian-sekian?

Lemahnya kita kerana cintakan dunia. Kita hanya mampu lakukan solidariti untuk menzahirkan semangat untuk mereka. Kita hanya mampu berdoa. Tiada apa kekuatan yang ada kecuali senjata doa dna perasaan marah. Di mana kekuatan fizikal dan rohani kita? semuanya menjadi debu dan sia-sia. Apa boleh buat sebagai orang awam?

Pengeboman yang dilakukan oleh Israel menunjukkan mereka cuba menghapuskan penduduk Palestin sepenuhnya dan menjadikan Palestin sebagai negara Israel. Peta dunia telah menunjukkan nama baru Palestin iaitu Israel.

*************************

Saudaraku di Palestin,

Kalian adalah manusia terpilih 

Syahid di sisi Allah.

Beruntunglah kalian.

Rugilah kami,

Masih tidur nyenyak,

Makanan melimpah ruah,


Saudaraku di Palestin,

Kalian sedang lapar dan haus,

Makanan kalian adalah zikir mengingati Allah

Benarlah janji Allah,

Makanan orang mukmin di akhir zaman ini adalah zikrullah


Saudaraku di Palestin,

Maafkan daku yang pengecut ini,

Maafkan saudaramu di sini,

Masih menyokong keberadaan Israel Laknatullah.


Saudaraku di Palestin,

Kalian masuk syurga tanpa dihisap,

Terus ke syurga dan wangian semerbak kasturi menyelubungi bumi Palestin.


Ya Allah,

Bantulah hambaMu di Palestin dengan bantuan 

Sebagaimana burung Ababil melawan tentera Abrahah,

Umpama daun dimakan ulat.


Sungguh mulia kalian di sisi Allah,

Moga Allah campakkan hati kami semua.

Menjaga agama Allah dan mati dalam Islam


SUMBER: 

1. Astro Awani (SINI)

Rakan Sejawat Toksik

Ahlan...ahlan Ya Ramadan.  Alhamdulillah masih diberi peluang merasai hidup dalam Islam tetapi umat Islam Palestin masih bergelut dengan kes...