30 Disember 2013

Tetamu Allah di Madinah.

Alhamdulillah. Apa yang diminta diberi berterusan. Lebih dari apa yang kita minta. Itulah yang berlaku pada diriku. Sesiapa yang mengerjakan unrah dan haji adalah tetamu Allah. Terasa Allah menjemput diri ini ke sana.

Aku daftar lambat dengan Andalusia Travel. Tarikh yang ada, di booking sudah penuh. Ustaz telefon ayah. Ada 4 kekosongan. Ayah minta tambahan satu lagi. "Maaf haji, empat orang sahaja boleh masuk". Selang beberapa hari, ustaz telefon. Ada satu kekosongan lagi. Ada pelanggan tak dapat pergi. Jadi kami berlima booking tarikh 21/12/2013. Itulah tarikh yang sepatutnya kami berlima pergi sebagai tetamu Allah.

Pasport, surat beranak, buku perubatan dan segala keperluan dihantar ke pejabat. Keperluan ini dihantar untuk mendapat visa (Iqamah) masuk ke Arab Saudi untuk mengerjakan umrah. Sekali lagi pasportku dihantar kerana masalah namaku dalam IC dan nama ayah dalam IC tidak sama. Masalah nama mahram. Aku ke pejabat lagi. Pasport diambil dan terus ke imegresen. "Ini bukan kerja kami. Hanya JPN dapat buat pengesahan ini." Aku ke JPN dan buat surat pengesahan. Pegawai atasan tiada dan aku datang semula ke esokan hari. Selepas buat surat pengesahan yang mengatakan nama aku dalam ic dan surat beranak adalah orang sama dan dapat digunakan dalam semua urusan rasmi. Pasport dan surat JPN dihantar semula ke pejabat. Selepas seminggu, pihak travel telefon dan mengatakan pasport aku bermasalah. 2 minggu lagi, kami dijadualkan berangkat ke Haramain. Cemas dan mendebarkan. Aku buat carian di internet tiada entri yang dapat bantu aku. Aku mengambil pilihan telefon JPN dan Imegresen sendiri dan meminta bantuan atas masalah yang aku hadapi ini. Aku sediakan keperluan. 2 hari kemudian pasport sampai dan sekali lagi ke imigresen. Alhamdulillah selesai dengan cepat walaupun ada pegawai yang membebel. Senyum lebih baik daripada bersuara yang menyakitkan.

Hari sabtu. Ayah berada di kelas Darul Syifa' dan menerima panggilan dari pihak travel. Pihak travel minta kami berlima berangkat lebih awal iaitu 17/12/2013. Hanya 3 hari sahaja lagi. Mereka minta kami gantikan jemaah umrah yang masih tidak dapat visa lagi. Ayah setuju setelah berbincang dengan mak. Pada hari itu adalah hari pertama aku 'keuzuran'. Kebiasaannya adalah 7 hari. Berdebar kerana akan ke Madinah dalam keadaan uzur. Aku terlalu ingin masuk ke Raudhah. Raudhah adalah salah satu tempat mustajab dalam Masjidil Nabawi dan berhadapan dengan Maqam Rasulullah. Aku ingin ziarah Maqam Rasulullah. Aku pernah baca satu hadis yang mengatakan bahawa Rasulullah bersabda "Sesiapa yang menziarahi maqamku seolah-olah dia menziarahiku semasa aku hidup," begitu juga hadis yang mengatakan bahawa Rasulullah bersabda " Sesiapa yang menziarahiku, wajib bagi aku memberi syafaat kepadanya". Ya. Siapa tidak mahu syafaat Nabi S.A.W sedangkan aku tidak tahu adakah amalanku selama ini layak masuk ke syurga tanpa syfaat Nabi?

Dalam tempoh 3 hari aku terbangun dipertengahan malam dan aku minta supaya Allah benarkan aku masuk ke Raudhah dan beribadat dalam  Masjid Nabi iaitu Masjidil Nabawi. Ganjaran ibadat di masjid nabi adalah 1000 kali ganda beribadat di tempat lain. Apatah lagi tempat itu adalah tempat mustajab doa seperti di Raudhah. Kenapa tempat ini mustajab?kerana Rasulullah mengaminkan semua doa kita sepanjang berada di Raudhah. Ada yang mengatakan sepanjang berada di Haramain (Mekah dan Madinah). Aku tidak ingin melepaskan peluang itu.

Subhanallah. Aku nekad untuk mandi wajib apabila sampai di Madinah. Dengan kuasa Allah aku suci sepenuhnya.


"Cuba cari nama Allah'




'gambar sebahagian dalam flight'


Sebaik sahaja aku menjejakkan kaki ke Airport Jeddah, aku berdoa semoga Allah sesuaikan suhu/ keadaan di sana dengan tubuhku. Tiada kejutan cuaca untukku. Aku cuma dapat rasakan suasana yang sama ketika aku berada di Mesir 7 tahun yang lalu. Aku sangat rindukan suasana itu. Semua percakapan negatif yang aku dengar sebelum ini, aku buang dari minda aku. Bertolak dari LCCT jam 11.15 (waktu Malaysia) dan sampai ke Jeddah 9 jam kemudian. Kalau tak silap 4.15 petang (waktu Saudi). Ahli rombongan solat Jama' Ta'khir di Airport Jeddah. 3 bas menunggu ketibaan kami menuju ke Madinah. Perjalanan ke Madinah mengambil masa 6 jam. dalam perjalanan, singgah di R n R. Solat Jama' Taqdim dan makan di situ. Sebaik turun dari bas, terasa sangat sejuk hingga ke tulang dan angin bertiup sejuk dan kering. Aku gunakan selimut/ mafla besar kepunyaan Hakim. Aku jadikan selendang. Jam 11 malam, kami sampai di Madinah. Chek in masuk hotel. Aku terus mandi wajib. 2 pagi kami berkumpul untuk ke Masjid Nabawi. Masjid ini terletak 50m dari hotel penginapan. Taklimat diberikan oleh mutawif yang ditugaskan.

Hampir semua waktu kami dapat pergi ke masjid. Pernah sekali solat asar di atas simen. Sejuk yang amat. Jika terlambat selepas itu, pasti aku bawa sejadah. Pernah juga solat di laluan pejalan kaki. Itu sahaja tempat yang kosong. Tandas perempuan ada banyak tapi yang dibuka hanya satu sahaja. Bersih. Aku berdua jadi pengunjungnya setiap hari. Sejuk. Banyak minum, banyak buang. Awalnya aku tak pandai nak kawal mind set. Ada petua untuk minum air zam zam banyak-banyak tapi tak ke tandas.

Ada hadis mengatakan "ماء زمزم لما شرب له" yang membawa maksud "air zam zam bergantung kepada apa yang diniatkan oleh peminumnya". Selepas baca doa " اللهم إني أسئلك علما نافعا، ورزقا واسعا ، وشفاء من كل داء" maksudnya "Ya Allah, kurniakanlah aku ilmu yang bermanfaat, rezeki yang luas dan penyembuh dari segala penyakit" dan niatkan "aku nak kencing di hotel". Kalau rasa perit tekak, niatlah supaya Allah sembuhkan sakit tekak aku dan berikan kekuatan mental dan fizikal untuk teruskan ibadat. Itu sekadar aku praktik. Aku boleh minum sampai 5 botol air zam zam. setiap kali ke tempat air zam zam minum dalam 2 gelas yang disediakan.

'tong air zam zam dalam masjid nabawi'

Di Madinah ada anak sepupu ibuku. Dia bawa kami jalan-jalan di sekitar Madinah dan melawat Universiti Islam Madinah. Belanja kami makan Nasi Mandy(nasi+ayam) dan Nasi Hasyi (nasi + daging unta). Makan dalam seperah. Bukan makan dalam talam tapi dalam plastik yang dihampar atas karpet. Nasib ayah makan banyak. Makan Kunafah tapi gtak larat nak habiskan. Apa pun terima kasih daun keladi. Naik kereta dan pemanduan yang mencabar sehingga ayah dan mak menjerit. hahaha...Alhamdulillah aku dah terbiasa dengan budaya Mesir. Guna hon nak masuk simpan atau nak bagi amaran. Nasib la kereta yang aku naik tiada hon dan lampu signal. Pasti best sesiapa yang pergi sana.

Masuk ke Raudhah hari pertama. Boleh duduk lama. Masa tu aku sangat terharu. Tak terkata. Aku dapat ziarah Rasulullah. Sayangnya Rasulullah kepada diriku untuk aminkan doa aku sebagai tetamu Allah. Apa-apa yang terlintas difikiran termasuk yang dipesan oleh kawan-kawan aku sebut. Aku doakan. Solat sunat tahiyyatul masjid, solat sunat mutlak dan solat sunat dhuha dalam kawasan Raudhah.

'karpet hijau putih itu kawasan Raudhah'

'bumbung sekitar Raudhah'

'dinding putih sempadan kawasan perempuan'

'atas ni aku tak pasti sama ada tempat khutbah atau tempat azan'

Cukup setakat ini dulu. Insya Allah akan bersambung...

p/s: Ibu saudaraku yang pergi umrah bersamaku, kurang sihat. Moga Allah beri kesihatan yang baik untuknya.



04 Disember 2013

Nama.

Pihak ejen telefon lagi. Visa aku masih sangkut. Ujian sebelum jadi tetamuNya. Teringat kata-kata kawanku ," banyak ujian untuk kita sebelum umrah". Ya. Ujian aku dalam bentuk yang lain. Setiap orang pasti berbeza. Itulah cantiknya aturan Allah.

Aku google nombor telefon jabatan pendaftaran negara. Kemudian jabatan imigresen. Kesimpulannya, aku perlu buat pindaan ic. Perlu dibuat berdasarkan nama pada surat beranak. Sempat lagi jpn cakap," awak perlu sedar sejak dahulu lagi". Toin!

Aku tak boleh undur ke belakang lagi. Aku akan selesaikan masalah ini secepat mungkin. Semoga Allah memberi petunjuk kepadaku.

Aku mesej puan jpnm yang pernah berurusan dengan aku. Cadangan diberikan. Suka dengan cara layanan puan ni. Syabas jpnm kerana mempunyai staff seperti beliau.

Pihak imigresen minta aku bawa passport dan surat pengesahan jpn. Mereka akan catat maklumat itu pada helaian observation.

Setelah pasport diserahkan semula kepadaku, terus ke imigresen. Sempat lagi pegawai tu kata, " mesti awak ada masalah ptptn. Biasa la orang muda sekarang," ringan mulutnya. Pegawai imigresen lelaki. Pegawai perempuan ok lagi kalau komen.

"masalah saya tiada kaitan dengan ptptn," terus aku cerita masalah yang hadapi ini.

"Ini memang jauh sangat ni," kata pegawai ini. Satu huruf sahaja terlebih. Tapi suara itu tidak terkeluar. Tak guna aku bertikam lidah dan habiskan masa untuk menyembang lebih. Peramah bukan caraku secara realiti.

"Adik terus ke kaunter 9 ye".

"Terima kasih,"

Tak banyak soal pegawai perempuan ini. Cuma diminta pasport, surat beranak asal, ic asal , surat beranak ayah dan salinan ic ayah. Terus ke pegawai atasannya dan tulis "Bearer's is also known as...........". Selesai.

Terus ke wakil ejen dan serahkan pasport dan surat pengesahan jpn. Harap aku dapat visa. Ya Allah benarkan aku menjadi tetamu Mu. Aminn.

Pasal pindaan nama, aku tangguhkan dahulu kerana melibatkan banyak pihak.

Rakan Sejawat Toksik

Ahlan...ahlan Ya Ramadan.  Alhamdulillah masih diberi peluang merasai hidup dalam Islam tetapi umat Islam Palestin masih bergelut dengan kes...