13 Mac 2024

Rakan Sejawat Toksik

Ahlan...ahlan Ya Ramadan. 

Alhamdulillah masih diberi peluang merasai hidup dalam Islam tetapi umat Islam Palestin masih bergelut dengan kesengsaraan, kelaparan, kehancuran akibat kekejaman Israel.

Kita di dunia ini tetap di uji untuk melihat kesabaran dan ketabahan berhadapan dengan situasi yang pelbagai.

Aku bukan orang yang sabar. Maka aku diuji dengan orang2 'agama' walaupun aku sendiri orang menggangap mutadayyin. Rupanya aku juga diuji dengan orang 'agama'.

Sekolah yang Allah berikan aku amanah dngan murid tahfiz yang aku inginkan selama ini, Allah makbulkan. 

Aku selalu doakan aku akan jadi mahir BA dengan mengajar anak-anak ini. Allah bagi laluan ini.

Benarlah kata-kata orang lama, kita tetap diuji.

Aku jadi marah. Marah sangat sebab 

1. 'aku buat kerja, kau goyang kaki'

2. Aku ketua, aku buat semua. Kau ajk, kau goyang kaki

3. Aku dah bagi arahan kepada murid2, kau datang bagi arahan baru

4. Aku dah jadi ketua program ini, program keesokan, aku masih ketua lagi.

5. Aku pegang s/u..kau tak pegang jawatan banyak, goyang kaki lagi

Entah sampai bila mereka berada di zon selesa. Kadang-kadang mereka ini melampau. 

Bos dah banyak bagi hint berkaitan kerja hakiki perlu diutamakan. Kau masih abaikan kerja hakiki dengan utamakan kerja luar, ceramaj sana sini. 

Keberkatan dalam kerja dengan menjaga murid tahfiz. Aku boleh buat kerja jika ada kerjasama. Tapi bila tengah sibuk, dia hilang. Bila majlis nak habis, baru tunjuk muka.

Kesabaran aku ada batasnya. 

Moga luahan ini dapat melegakan aku pada bulan puasa ini. 

Dengan harapan, tiada orang baca. Hanya jadi diariku sahaja.

Jika ada yang baca, doakan aku terus kuat meniti hari tua bermula umur 40 tahun

08 Februari 2024

Kursus Kompetensi WS** awal feb 2024

Alhamdulillah. Aku masih diberi peluang dan ruang untuk terus belajar. Itulah rutin aku sepanjang hidupku. 

Setelah aku berjaya harungi sambung belajar peringkat sarjana selama 2+1 dibawah tajaan KPM (hlp) sejak tahun 2020 hingga 2023. Alhamdulillah aku berjaya harungi dengan izin Allah. 

Aku juga hampir putus asa kerana 1 semester SV senyap dan tidak menyemak draf akhir disertasi aku. Setelah memaklumkan hal berkenaan kepada pihak pentadbiran universiti, SV aku telah menjalankan tugasannya dengan baik. Alhamdulillah. Ini juga dengan izin Allah yang menggerakkan dan melembutkan hati-hati insan yang berkenaan. 

Kini tugasan aku sebagai warden kemudian setiausaha warden sangat mencabar. Hal ini kerana tiada satu panduan yang baik boleh membantu aku dalam melaksanakan tugasan aku ini. 

Pada awalnya kehadiran kursus ini tidak diberikan kepada aku kerana bertembung dengan tugasan pembinaan modul spm 2024. Namun dengan paksaan tuan pengetua dan kerelaanku kerana 'Aku yang menurut perintah' aku hadir ke kursus ini dengan hati yang berat. 3 hari. Bukan sehari. 

Apa hasil yang aku perolehi?

Tahu dan faham. Tetapi aku belum laksanakan. Jika peringkat TP masih diperingkat TP2. Mampukah aku laksanakan? Adakah ada rakan-rakan lain membantu? 

Aku tidak suka desakan. Aku senang hati apabila tiada paksaan. Biar aku laksanakan secara sukarela. Insya Allah aku akan laksanakan walaupun bukan semua.

Warden bukan kerja mudah, namun pengorbanannya tiada tolak bandingnya 

Warden boleh buat kerja, tetapi pihak pengurusan perlu berikan sokongan yang padu.

Warden bukan robot, bahkan dia ada perasaan yang perlu dijaga.

Warden bukan tiada komitmen tetapi berkorban untuk anak-anak generasi akan datang menjadi pemimpin dunia yang Islamik.

Warden hanya orang biasa yang perlukan bimbingan dan bantuan dari orang sekeliling.

Ya Allah, lapangkan hati ini menerima tanggungjawab yang tarik diri dari memegangnya. Jadikan hati kami cekal dan tabah menghadapi kerenah ibu bapa dan murid dari pelbagai sudut. Bantulah kami dengan rahmatMu. Amin Ya Rabbal Alamin.

27 Januari 2024

NKI Awal 2024

Alhamdulillah. Aku diberi peluang bertemu dari jauh dengan YB Menteri Pendidikan. Bukan tak nak dekat tapi beliau ramai peminat. Perwatakan yang boleh aku lihat ialah tegas, bijak berkata-kata, sempoi, tak perlu protokol sesangat. Beliau tak sempat makan pun. Memang anak Prof Sidek Fadzil.

NKI kali ini hanya melibatkan semua SBP seluruh negara iaitu 71 buah sekolah. Hebat dan memang hebat peserta dari SBP ini. Tak kurang yang masih 'berlagak' dan kurang 'budaya Islam' dalam diri kami semua.

Satu perubahan yang aku suka adalah lebih banyak melibatkan kemenjadian murid seperti murid jadi emcee, murid jadi pembaca ikrar, murid pembaca doa dan murid yang buat persembahan.

Dahulu aku menjadi guru pengiring di Ulu Yam yang melibatkan JU dari Selangor. Hebat JU2 mereka. Malangnya aku tidak banyak boleh ikut aktiviti mereka sebab aku demam dan hilang suara ketika itu. 

YB menteri sangat menekankan budaya islam dalam kehidupan anak-anak nadwah. Siap buat AMA (Ask Me Anything). Betul kah trending?

YB menteri melayan anak-anak perserta NKI dengan baik. Bagai ibu dan anak. Siap bagi hadiah, peluk anak perempuan dan sangat peramah. 

Apabila YB Menteri memuji ketuanya, aku kurang setuju. Entah kenapa? aku sendiri tidak tahu. Walaupun aku jadikan rujukan tesisku dalam 'Siasah Islam', aku tidak nampak siasah Islam dalam pentadbiran sekarang. Mungkin ada tetapi aku tidak nampak. Jumudkah aku?

Rakan Sejawat Toksik

Ahlan...ahlan Ya Ramadan.  Alhamdulillah masih diberi peluang merasai hidup dalam Islam tetapi umat Islam Palestin masih bergelut dengan kes...