Mutiara Kata Untuk Murabbi.

"JIKA MURID DIAJAR DENGAN PUJIAN, DIA BELAJAR MENGHARGAI"

"JIKA MURID DIAJAR DENGAN CELAAN, DIA BELAJAR MEMAKI"

"JIKA MURID DIAJAR CEMUHAN, DIA BELAJAR RENDAH DIRI"

"JIKA MURID DIAJAR DENGAN PERSAHABATAN, DIA BELAJAR MENYAYANGI"

"JIKA MURID DIAJAR PERMUSUHAN, DIA BELAJAR BERKELAHI"

"JIKA MURID DIAJAR JAMINAN, DIA BELAJAR MEMPERCAYAI"

"JIKA MURID DIAJAR DENGAN PENGHINAAN, DIA BELAJAR MENYESALI"

"JIKA MURID DIAJAR DENGAN KEADILAN, DIA BELAJAR KESAKSAMAAN"

"JIKA MURID DIAJAR DENGAN DISKRIMINASI, DIA BELAJAR MEMENTINGKAN DIRI"

29 Februari 2012

Kuatlah Wahai Diri...

وَإِذْ قُلْنَا لِلْمَلَائِكَةِ اسْجُدُوا لِآدَمَ فَسَجَدُوا إِلَّا إِبْلِيسَ كَانَ مِنَ الْجِنِّ فَفَسَقَ عَنْ أَمْرِ رَبِّهِ أَفَتَتَّخِذُونَهُ وَذُرِّيَّتَهُ أَوْلِيَاءَ مِن دُونِي وَهُمْ لَكُمْ عَدُوٌّ بِئْسَ لِلظَّالِمِينَ بَدَلًا ﴿الكهف: ٥٠﴾

Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam"; lalu mereka sujud melainkan iblis; ia adalah berasal dari golongan jin, lalu ia menderhaka terhadap perintah Tuhannya. Oleh itu, patutkah kamu hendak menjadikan iblis dan keturunannya sebagai sahabat-sahabat karib yang menjadi pemimpin selain daripadaku? Sedang mereka itu ialah musuh bagi kamu. Amatlah buruknya bagi orang-orang yang zalim: pengganti yang mereka pilih itu.
Bermula dengan penciptaan Adam, Iblis sudah mula rasa dengki dan iri hati sedangkan dia paling kuat ibadahnya. Tidak ada ada tempat di dunia ini kecuali menjadi tempat sujud Si Azazil ini. oleh kerana tidak mengikut arahan Allah iaitu sujud (hormat) kepada Adam maka dia menjadi iblis yang dilaknat Allah. Langkah syaitan ini patut kita jauhi...

 يَا بَنِي آدَمَ لَا يَفْتِنَنَّكُمُ الشَّيْطَانُ كَمَا أَخْرَجَ أَبَوَيْكُم مِّنَ الْجَنَّةِ يَنزِعُ عَنْهُمَا لِبَاسَهُمَا لِيُرِيَهُمَا سَوْآتِهِمَا إِنَّهُ يَرَاكُمْ هُوَ وَقَبِيلُهُ مِنْ حَيْثُ لَا تَرَوْنَهُمْ إِنَّا جَعَلْنَا الشَّيَاطِينَ أَوْلِيَاءَ لِلَّذِينَ لَا 
يُؤْمِنُونَ ﴿الأعراف: ٢٧﴾

Wahai anak-anak Adam! Janganlah kamu diperdayakan oleh Syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapa kamu dari Syurga, sambil ia menyebabkan terlucutnya pakaian mereka berdua untuk memperlihatkan kepada mereka: aurat mereka (yang sebelum itu tertutup). Sesungguhnya Syaitan dan kaumnya melihat kamu dengan keadaan yang kamu tidak dapat melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan Syaitan-syaitan itu teman rapat bagi orang-orang yang tidak beriman.
Iblis dan syaitan telah bersumpah akan menyesatkan anak Adam supaya dapat menemaninya menjadi kafir. Tanpa kita sedari, kita sentiasa diperhati untuk menghasut dan menhindari kita dari mempelajari dan memahami agama Allah. Berapa ramai orang disekeliling kita telah jatuh ke dalam perangkap itu. Moga hidayah Allah menyapa kita semua sebelum nyawa sampai ke halkum dan sebelum matahari terbit sebelah barat.

Penghalang ilmu agama dan amalan agama terlalu banyak sehingga hampir-hampir tersungkur dengan kehendak nafsu mereka. Adakah aku kuat untuk melawan mereka? Walaupun halangan secara halus atau tanpa disedari. Hanya Allah sebaik-baik pembantu.

Harapanku...

Semoga semua pelajarku terus beristiqamah dengan amalan dan ilmu yang mereka dapat di Kem baru-baru ini.


***********

Pada hari isnin, 5 pelajar tingkatan 3 dan 6 pelajar tingkatan 2 tidak hadir. Mereka antara yang menyertai kem. Ada yang demam. Letih. Sakit. Pelbagai alasan diberikan. Diriku juga terasa letih bermula dengan perbincangan dengan pihak akademi hingga pelajar selesai menghadiri kem.

Cerita dan kisah di kem tetap menjadi bualan. Dengan ganjaran tidak menjaga amanah...ujian terhadap kawan...Dikhianati kawan...Mementingkan diri sendiri...Siapa yang boleh bekerjasama. Ada juga yang tida pandai bekerjasama....semuanya terserlah dalam diri masing-masing. Kisah monyet yang suka mencari perempuan. Kononnya hanya berminat terhadap perempuan tidak kepada lelaki.

Komen yang baik ada...komen yang buruk tetap ada (SINI) Walaupun aktiviti yang diadakan tidak selasak seperti yang dirancang. Lain pula jadinya. Moga semua yang berlaku menjadi pengajaran kepada kita semua.

Jom selawat!



Ya Allah semoga Engkau curahkan selawat dan salam kepada junjunganku,
kekasihku, pengubat hatiku, jiwa dan ragaku
iaitu junjunganku yang menjadi utusan Allah, 
Muhammad bin Abdullah 
insan yang jujur dan terpercaya.
Dan semoga selawat dan salam juga tercurah kepada semua keluarga dan sahabat baginda.

26 Februari 2012

'pertikaikan'-kem

"Saya harap cikgu pertikaikan," kata seorang pelajar untuk memasukkan 2 kawannya sebagai peserta Kem Pembinaan Insaniah dan Kepimpinan 2012.

"Mungkin dia nak kata 'harap cikgu pertimbangkan'," inilah pada pemikiran kami semasa kami sedang bermesyuarat untuk ke kem pada keesokan hari selama 3 hari 2 malam.

'mulut disaltip'

'panji kumpulan an-nur'

'panji kumpulan nur qaseh''

'Panji kumpulan hidayah warahmah'

Jumaat 2.30 petang: kami bertolak ke IPBM. Semua pelajar menaiki bas. Aku pula pergi dengan kereta sendiri. Mencari bahan perubatan di farmasi untuk melengkapkan isi 'first aid' sekolah. 3.30 petang baru kami sampai ke sana. Aktiviti lasak yang dirancang tidak dapat dilaksanakan kerana semua jurulatih dihantar ke Melaka. Hujan turun menyukarkan  kami membuat aktiviti seperti flying fox. Inilah perancangan Allah.

Ia diganti dengan taklimat ringkas, pemilihan pak ketua, mak ketua dan pak imam. Kemudian disusuli dengan selawat tobibiyyah yang bersanad. 40 orang pelajar dibahgikan dalam 4 kumpulan diketuai oleh ketua dan penolong ketua. Mereka akan menjaga barang yang telah diserahkan termasuk telur mentah dan dibawa semasa program berjalan. Jika terdapat kehilangan, kerosakan...ketua yang akan didenda.


'selawat thobibiyah'


'burdah'

Malam pertama memang dugaan bagi pelajar lelaki. Beberapa orang pelajar dibukakan hijab melihat 'benda ghaib'. Malam tu juga aku tidak dapat tidur lena. Sebelum perklara buruk berlaku, kami membawa pelajar ni berjumpa barisan fasilitator dari Akademi Bimbingan Mukmin. Alhamdulillah pelajar perempuan tidak ketara dalam masalah ini. Wuduk dan bacaan yasin sebelum tidur diamalkan
di tempat baru ini.

Keesokan harinya, semua pelajar pergi berjalan-jalan di tepi hutan cari bahan tugasan. Dah lama kaki aku ni tak berjalan jauh...penat tapi puas hati melihat suasana pagi. Beberapa gambar sempat di 'snap'.  Hari sabtu memang penat termasuk pelajar2.

Malam ke-2: malam menyedihkan bagi aku. Pak Ketua dan mak ketua serta para ketua dan penolong ketua dalam kumpulan kena denda kerana terlalu banyak amanah yang tidak dijaga. Fail hilang..telur pecah, panji yang buat hilang dll.

Ahli setiap kumpulan sanggup melihat pak ketua dan mak ketua didenda. Mereka mengambil terlalu lama masa untuk merayu kepada ketua fasilitator walaupun beberapa guru telah bagu isyarat. Mereka sanggup melihat para ketua mereka didenda. melihat dan terus melihat. Sahabat sendiri membiarkan sahabat menanggung derita. Subhanallah!

Aku tak sanggup melihat. Allah...Allah...

Mereka meletakkan beban dan kesalahan pada ketua sehingga sanggup melihat ketua didenda. Hanya peserta sahaja yang mengetahui situasi itu dan rasional denda tersebut kepada semua orang.

Antara guru pengiring.

'Guru pengiring yang sentiasa bersama pelajar'

***update 27/2/2012: antara komen peserta kem.

"Saya amat menyukai program ini. Walaupun beratnya menjadi ketua, saya suka sangat-sangat...Harap program ini diteruskan bangi membentuk pemimpin yang berdisiplin dan hebat," luahan pak ketua, Izzudin.

"Kem ini merupakan kem yang terbaik. Melalui kem ini, saya bnayak pelajari erti kehidupan. Kem ini juga telah memberi saya banyak pengalaman yang tidak boleh dilupakan. Terima kasih kerana memberi tunjuk ajar dan bimbingan kepada saya dan rakan-rakan. Terbaik! Seronok!" luahan mak ketua, Ili Amira.

Di sekolah, post mortem kem ini diadakan. Hasil dari post mortem ini...kem ini adalah kali pertama dan terakhir diadakan. Amat beruntung bagi sesiapa yang sempat menyertainya. Apa pun semua ini kehendak Allah. Yakinlah...hanya Allah yang dapat membolak balikkan hati manusia.

Rasullullah mendapat tentangan lagi hebat semasa dakwahnya. Walaupun orang yang paling dekat dengannya masih tidak beriman. Kerja kita hanya berusaha ke arah jalan Allah. Hidayah hanya milik Allah. Dia yang memberi atau menyekat bagi sesiapa yang dikehendakinya.

Komen dan luahan dari para peserta kem amat dialu-alukan. terima kasih =)

23 Februari 2012

Syarah last minit.

Mantap pelajar-pelajar ni. Last minit pun masih berani masuk bertanding. hehehe

Pengerusi aku lupa nak snap. Kira diorang memang 'ok' sebab siap offer jadi 'mc' masa pertandingan syarahan tadi.

Ni sedikit gambar yang telah digabungkan.

Nak clear hset dan laptop.

'sebelum pertandingan'

'peserta-peserta'

21 Februari 2012

Kaum Nabi Lut.

*Update

Untuk pelajar2 Form 1 dibawah tajuk "Adab menyalahi Fitrah Lelaki dan Perempuan"...

Pergi lah merantau. Berjalan-jalan... Bukan mencuci mata melihat 'sesuatu' yang boleh mengurangkan imanmu. Tapi lihat tanda-tanda kekuasaan Allah. Banyak yang diceritakan dalam Al-Quran. Tapi dikaji oleh saintis bukan Islam. Konon untuk menjatuhkan Islam. Dengan hidayah Allah. Mereka masuk Islam. Syukur Alhamdulillah. Allah Maha Penyayang terhadap hamba-hambanya.

Azab yang ditimpakan ke atas umat terdahulu masih wujud. Jelas. Lagi bersuluh. Moga kita tidak mencontohi umat-umat terdahulu. Apa yang umat Nabi Lut buat? Cuba korang cerita...Kalau pasal artis...beratur nak bercerita. Siap puji lagi. Diorang boleh jadi contoh terbaik ke?

Ini rentetan cerita En, Mazidul dalam blognya tentang 'gay' di Malaysia.


Gambar ni kerajaan Pompei musnah akibat yang sama. Nak tahu lebih klik SINI

Firman Allah SWT:

"(Demikian juga) kaum Lut telah mendustakan peringatan dan amaran (yang disampaikan) oleh Rasulnya). Sesungguhnya Kami telah menghantarkan kepada mereka angin ribut yang menghujani mereka dengan batu, kecuali keluarga Nabi Lut, Kami selamatkan mereka (dengan menyuruh mereka keluar dari situ) pada waktu jauh malam – Sebagai limpah kurnia dari Kami. Demikianlah kami membalas orang-orang yang bersyukur. Dan demi sesungguhnya Nabi Lut telah memberi amaran kepada mereka mengenai azab seksa Kami; dalam pada itu mereka tetap mendustakan amaran-amaran itu"
(Surah Al-Qamar: 33 -36)

Nabi Lut a.s. hidup sezaman dengan Nabi Ibrahim a.s. Baginda telah dihantar sebagai rasul bagi satu kaum yang berjiran dengan kaum Nabi Ibrahim a.s. Seperti yang dijelaskan di dalam Al-Quran, kaum Lut a.s. membudayakan satu perbuatan yang menyalahi kesusilaan, iaitu; liwat . 


**tahu apa itu liwat?bukan lewat datang sekolah...lelaki mendatangi lelaki/ perempuan dari arah belakang. Kalau tak faham juga...korang sengaja cari nahas. hehehe**


 Apabila Lut mengajak kaumnya untuk meninggalkan perbuatan tersebut juga amaran dari Allah SWT, mereka telah menolak seruan itu, menafikan kerasulannya sambil meneruskaan perbuatan terkutuk itu. Akhirnya masyarakat itu telah dimusnahkan melalui satu malapetaka yang dahsyat.

Bandar tempat tinggal Nabi Lut a.s. disebut oleh Perjanjian Lama sebagai Bandar Sodom. Bandar ini terletak di bahagian utara Laut Merah dan dipercayai telah dimusnahkan seperti yang tersebut di dalam Al-Quran. Kajian-kajian arkeologi mendapati bahawa Bandar ini terletak di kawasan Laut Mati sepanjang sempadan Israel-Jordan.

Sebelum kita mengkaji kesan-kesan kemusnahan tersebut, mari kita sama-sama melihat mengapa kaum Nabi Lut a.s. telah dibalas sedemikian rupa. Al-Quran telah menerangkan bagaimana Nabi Lut memberi ingatan kepada kaumnya dan jawapan mereka terhadapnya;

"(Demikian juga) kaum Nabi Lut telah mendustakan Rasul-rasul (yang diutuskan kepada meraka). Tatkala saudara mereka – Nabi Lut, berkata kepada mereka : “Hendaknya kamu mematuhi perintah Allah dan menjauhi larangan Nya.
“Sesungguhnya Rasul yang amanah, (yang diutus oleh Allah) kepada kamu. Oleh itu, takutilah kamu akan (kemurkaan) Allah, dan taatlah kepadaku. Dan aku tidak meinta kepada kamu sebarang upah mengenai apa yang aku sampaikan (dari Tuhanku); balasanku hanyalah terserah kepada Allah Tuhan sekelian alam. Patutkah kamu melakukan hubungan jenis dengan lelaki dari kalangan manusia? Dan kamu tinggalkan apa yang diciptakan oleh Tuhan kamu untuk kamu (melakukan hubungan yang halal) dari badan isteri-isteri kamu? (Kamu orang-orang yang bersalah) bahkan kamu adalah kaum yang melampaui batas (keinginan) kebanyakan haiwan)!
“Mereka menjawab: “Sesungguhnya jika engkau tidak berhenti wahai Lut (daripada mencaci dan menyalahkan kami ) , nescaya engkau akan diusir keluar! Nabi Lut berkata: “Sesungguhnya aku dari orang-orang yang bencikan perbuatan kamu yang keji.” 
(Surah As-Syu'ara: 160-168)

Seruan Nabi Lut a.s. telah disambut dengan pelbagai ugutan oleh kaumnya. Baginda telah menerima kebencian daripada kaumnya hanya kerana baginda menunjukkan ke jalan yang benar . Mereka berusaha untuk menyisihkan baginda dan pengikut-pengikutnya. Di dalam ayat-ayat yang lain, kejadian ini diterangkan seperti berikut;

"Dan Nabi Lut juga (Kami utuskan). Ingatlah ketika ia berkata kepada kaumnya:
“Patutkah kamu melakukan perbuatan yang keji, yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dari penduduk alam ini sebelum kamu? “Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat kamu dengan meningalkan perempuan, bahkan kamu ini adalah kaum yang melampaui batas”. Dan tidak ada jawab dari kaumnya selain daripada berkata: “Usirlah mereka (Nabi Lut dan pengikut-pengikutnya yang taat) dari Bandar kamu ini, sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang (mendakwa) mensucikan diri.”
(Surah Al-A’raf:80-82)
Nabi Lut a.s. meneruskan sesruannya ke arah kebenaran yang abadi dan mengingatkan mereka secara khusus, namun, kaumnya tidak sedikitpun mengendahkan seruan tersebut dan terus-menerus menolak Nabi Lut serta amarannya.
"Dan (ingatah peristiwa) Nabi Lut tatkala ia berkata kepada kaumnya: “Sesungguhnya kamu melakukan perbuatan yang keji, yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dari penduduk alam ini sebelum kamu. “Patutkah kamu mendatangi orang lelaki (untuk memuaskan nafsu syahwat kamu)? Dan kamu memotong jalan lalu –lalang (untuk tujuan jahat kamu)? Dan Kamu pula melakukan perbuatan yang mungkar di tempat-tempat perkumpulan tetamu” ? Maka kaumnya tidak menjawab selain daripada berkata (secara mengejek-ejek): “ Datangkanlah kepada kami azab dari Allah (yang engkau janjikan itu) jika betul engkau dari orang-orang yang benar.”
(Surah Al-Ankabut: 28-29)
Setelah menerima jawapan seperti di atas dari kaumnya, Nabi Lut a.s. memohon pertolongan dari Allah SWT;
"(Lut berdoa): “Ya Tuhanku selamatkanlah aku beserta keluargaku dari (akibat) perbuatan yang mereka kerjakan”.
(Surah As-Syuara:169)
Sebagai memakbulkan doa Nabi Lut a.s. Allah SWT telah menghantar dua malaikat yang menyerupai manusia. Sebelum bertemu dengan Nabi Lut, kedua-dua malaikat tersebut telah menziarahi Nabi Ibrahim a.s. terlebih dahulu. Kedua-dua utusan Allah SWT itu membawa berita gembira buat Nabi Ibrahim kerana isterinya akan melahirkan seorang anak. Mereka juga menerangkan tujuan mereka dihantar oleh Allah SWT; kaum Lut yang biadab akan dimusnahkan.

"Nabi Ibrahim bertanya: “(Selain dari itu) apa lagi tugas penting kamu wahai utusan Tuhan?” Mereka menjawab : “Sesungguhnya Kami menimpakan mereka dengan batu-bata dari tanah terbakar). Batu-bata itu ditandakan di sisi Tuhanmu , untuk membinasakan orang-orang yang melampaui batas (dalam keingkarannya), “ 
(Surah Ad- Dhariyat : 59-60)

Selepas meninggalkan NabiIbrahim a.s. , kedua-dua malaikat utusan Allah SWT itu pergi bertemu kedua-dua utusan ini, tetapi selepas mereka berbual seketika, perasaan cemas itu pun hilang.

"Dan apabila dating utusan-utusan kami kepada Nabi Lut, ia merasa dukacita dengan kedatangan mereka, dan merasa tidak terdaya untuk mengawal mereka (dari gangguan kaumnya), sambil berkata: “Ini , adalah hari yang amat mencemaskan”? 
(Surah Hud:77)

"Nabi Lut berkata : “Sesungguhnya kamu suatu kaum yang tidak dikenali (serta tidak diketahui baiknya kedatangan kamu)”. Mereka menjawab : (Kedatangan kami bukan untuk mendukacitakanmu) bahkan kami dating kepadamu untuk membawa azab yang mereka meragu-ragukan kebenarannya. “Juga membawa kepadamu perkara yang benar (tentang kebinasaan mereka); dan sesungguhnya kami adalah orang-orang yang benar. “Oleh itu, bawalah pergi keluargamu pada waktu malam serta ikutlah dibelakang mereka; dan janganlah seorangpun di antara kamu berpaling (ke belakang); serta pergilah terus ke arah yang diperintahkan kamu menujunya”. Dan Kami wahyukan kepadanya tentang kesudahan perkara itu; iaitu mereka akan dibinasakan pada waktu pagi, sehingga mereka punah ranah dan terputus keturunannya" 
(Surah Al-Hijr:62-66)
Sementara itu, kaumnya telah mendapat berita bahawa Nabi Lut dikunjungi oleh tetamu. Tanpa segan silu , mereka telah dating untuk bertemu dengan tetamu-tetamu Nabi Lut seperti mana perangai mereka yang sudah-sudah. Mereka mengelilingi rumah Nabi Lut. Baginda berasa bimbang akan tetamu-tetamunya lantas berucap kepada mereka;

Nabi Lut berkata: “sesungguhnya mereka ini tetamuku, maka janganlah kamu memberi malu kepadaku. “Dan takutlah kamu kepada Allah, serta janganlah kamu menghinakan daku.” (Surah Al-Hijr: 68-69)
Kaumnya menjawab;
Mereka menjawab: “Bukankah kami telah melarangmu jangan menerima sebarang tetamu dari orang ramai (atau memberi perlindingan kepada mereka)?” 
(Surah Al-Hijr: 70)
Mengenangkan sesuatu yang buruk akan berlaku kepada dirinya dan tetamu-tetamunya, Nabi Lut lantas berkata:
“Kalaulah aku ada kekuatan untuk menentang kamu, atau aku dapat bertumpu ke sesuatu tempat bertahan yang kuat (dari penyokong-penyokong, tentulah aku akan membinasakan kamu).” 
(Surah Hud: 80)
“Tetamu-tetamunya” mengingatkan Nabi Lut bahawa mereka adalah utusan Allah SWT dan berkata:
“Wahai Lut! Sesungguhnya kami (adalah malaikat) utusan Tuhanmu. Kaum engkau yang jahat itu tidak sekali-kali akan dapat melakukan kepadamu (sebarang bencana). Oleh itu, pergilah berundur dari sini bersama-sama dengan keluargamu pada tengah malam, dan janganlah seorangpun di antara kamu menoleh ke belakang. Kecuali isiterimu, sesungguhnya masa yang dijanjikan untuk menimpakan azab kepada mereka ialah waktu subuh; bukankah waktu subuh itu sudah dekat?” 
(Surah Hud: 81)
Apabila kebiadapan penduduk-penduduk bandar itu sampai kemuncaknyaAllah SWT telah menyelamatkan Nabi Lut melakui kedua-dua malaikatNya. Pada sebelah paginya, kaum Lut a.s. telah dimusnahkan oleh satu malapetaka yang pernah diingatkan Nabi Lut kepada mereka.

"Dan demi sesungguhnya mereka telah memujuk Nabi Lut mengenai tetamunya, lalu Kami hapuskan biji mata mereka, serta (dikatakan kepada mereka): “Rasalah azab Ku dan kesan amaran-amaranKu!” Dan demi sesungguhnya! Mereka telah ditimpa azab yang kekal pada pagi-pagi hari (esoknya). 
(Surah Al-Qamar: 37-38)
Ayat-ayat tersebut menerangkan kemusnahan kaum itu seperti berikut:
"Akhirnya mereka pun dibinasakan oleh letusan suara yang menggempakan bumi, ketika matahari terbit. Maka Kami jadikan negeri kaum Lut itu tunggang balik (tertimbus segala yang ada di muka buminya), dan Kami hujani atasnya dengan batu dari tanah yang dibakar. Sesungguhnya balasan azab yang demikian itu, mengandungi tanda-tanda bagi orang yang kenalkan sesuatu serta memerhati dan memikirkannya. Dan sesungguhnya , negeri kaum Lut yang dibinasakan itu, terletak di jalan yang tetap (dilalui) orang). 
(Surah Al-Hijr: 73-76)
"Maka apabila dating (masa perlaksanaan) perintah Kami. Kami jadikan negeri kaum Lut itu tonggang balik (tertimbus segala yang ada di muka buminya) dan Kami menghujaninya dengan batu-batu yang dibakar, menimpanya bertalu-talu. Batu-batu itu ditandakan di sisi Tuhanmu (untuk membinasakan mereka), dan ia pula tidaklah jauh dari orang-orang yang zalim itu. 
(Surah Hud: 82-83)
"Kemudian Kamu hancurkan yang lain (yang menentang Nabi Lut) . Dan Kami hujani mereka dengan hujan (azab yang membinasakan): maka matlah buruknya hujan azab yang menimpa kaum yang telah diberi amaran. Sesungguhnya peristiwa yang demikian, mengandungoi satu tanda (yang membuktikan kekuasaaan Allah); dan dalam pada itu, kebanyakan mereka tidak juga mahu beriman. Dan sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad), Dialah sahaja yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani. 
(Surah As-Syuara: 172-175)

Apabila kaumnya dihapuskan , hanya Nabi Lut dan mereka yang beriman sahaja yang terselamat. Bilangan mereka hanyalah seramai satu “isirumah”. Isteri Nabi Lut a.s. juga tidak beriman dan telah bersama-sama dengan kemusnahan.

Dan Nabi Lut juga (kami utuskan). Ingatlah ketika ia berkata kepada kaumnya: “Patutkah kamu melakukan perbuatan yang keji, yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dari penduduk alam ini sebelum kamu?
“Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat kamu dengan meninggalkan perempuan, bahkan kamu ini adalah kaum yang melampaui batas”.
Dan tidak ada jawab dari kaumnya selain daripada berkata: “Usirlah mereka (Nabi Lut dan pengikut-pengikutnya yang taat) dari Bandar kamu ini, sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang (mendakwa) mensucikan diri ”.
Maka Kami selamatkan dia dan keluarganya (serta pengikut-pengikutnya) melainkan isterinya, adalah ia dari orang-orang yang dibinasakan.
Dan Kami telah menghujani mereka dengan hujan(batu yang membinasakan). Oleh itu, lihatlah, bagaimana akibat orang-orang yang melakukan kesalahan. 
(Surah Al-A’raf: 80-84)
Justeru itu, Nabi Lut a.s. telah diselamatkan bersama-sama dengan orang-orang yang beriman dan keluarganya kecuali isterinya. Perjanjian Lama Mangatakan bahawa baginda dan Nabi Ibrahim a.s. telah berhijrah. Bagi orang-orang yang zalim , mereka semuanya telah dibinasakan dan Bandar tempat tinggal mereka hancur ke bumi.

“Tanda-tanda yang Jelas” di dalam Tasik Nabi Lut (laut mati)

Ayat ke 82 Surah Hud menerangkan dengan jelasnya malapetaka yang berlaku ke atas kaum Nabi Lut a.s.

Kenyataan “diterbalikkan” membayangkan bahawa wilayah itu telah dihancurkan sama sekali oleh gempa bumi yang hebat. Sejurus itu, Tasik Nabi Lut, tempat berlakunya bencana tersebut menjadi bukti “nyata” berlakunya peristiwa itu.

Kami memetik daripada ahli arkeologi Jerman, Werner Keller seperti berikut;
"Bersama-sama dengan asas rekahan besar ini, yang betul-betul melingkari kawasan Lurah Siddim yang meliputi Sodom dan Gomorrah, pada satu hari telah terbenam dengan dalamnya. Kemusnahannya , disebabkan oleh satu gempa yang hebat dan berkemungkinan besar dituruti dengan letupan, petir, pelepasan gas asli dan kebakaran besar.”

Sebenarnya, tasik Nabi Lut atau juga sebagai Laut Mati terletak betul-betul di atas wilayah gempa bumi yang aktif atau juga dikenali sebagai zon gempa bumi.

Dasar Laut Mati terletak pada asas pergerakan bumi yang menghala ke bawah. Lembah ini terletak dalam keadaan ketegangan antara Tasik Tabariye di utara dan pertengahan Lembah Arabah di bahagian Selatan.

Kejadian ini diterangkan sebagai “Kami hujani mereka dengan batu dari tanah yang terbakar dengan bertubi-tubi” di akhir ayat itu. Semua kebarangkalian menunjukkan leptupan gunung berapi berlaku di setiap tebing Tasik Nabi Lut yang mengakibatkan batu batan meletup dan menjadi seperti “dipanggang” . (Kejadian ini juga diterangkan di dalam ayat 173 Surah As-Syura; “ Dan Kami hujani mereka dengan hujan (batu) maka amat jeleklah hujan yang menimpa orang-orang yang telah diberi peringatan itu.”)
Bersangkutan dengan perkara ini, Werner Keller telah menulis;
"Penenggelaman itu telah melepaskan kuasa gunung berapi di dalam bumi yang selama ini tidak aktif dis epanjang rekahan tersebut. Di Bahagian atas Lembah Jordan berhampiran dengan Bashan, masih kelihatan kawah-kawah tinggi gunung berapi yang sudah pupus. Lingkaran luas lava dan lapisan basalt bertimbun-timbun di atas permukaan batu kapur"

Timbunan lava dan Baslt menjadi bukti yang paling nyata bahawa letupan gunung berapi dan gempa bumi pernah berlaku di tempat ini. Kenyataan di dalam Al-Quran “Kami hujani mereka dengan batu dari tanah gunung berapi, dan Allah Maha Mengetahui. Kenyataan “Kami jadikan negeri kaum Lut itu yang di atas ke bawah (Kami terbalikkan)”, yang terdapat di dalam ayat yang sama merujuk kepada gempa bumi yang menyebabkan gunung berapi meletup di atas permukaan bumi dengan kesan yang sungguh hebat menyebabkan rekahan dan menerbangkan abu, hanya Allah jua yang Maha Mengetahui kebenarannya.

“Bukti nyata” yang dihidangkan oleh Tasik Nabi Lut adalah sangat menarik sekali. Secara umumnya kisah-kisah yang disebut di dalam Al-Quran berlaku di Timur Tengah , di Semenajung Arab dan Mesir . Di tengah-tengah wilayah ini terletaknya Tasik Nabi Lut. Tasik tersebut dan kejadian-kejadian yang berlaku di sekelilingnya menarik minat secara geografi. 


Tasik itu berada lebih kurang 400 meter di bawah permukaan Mediteranean. Memandangkan tempat yang paling dalam di dalam tasik itu ialah 400 meter, maka dasarnya ialah 800 meter dari permukaan Mediterranean. Ia adalah titik tempat yang paling dalam di dunia ini. 


Ditempat-tempat lain yang lebih rendah dari paras laut,yang paling dalam pun hanya 100 meter. Salah satu cirri penting Tasik Nabi Lut ialah kandungan garamnya yang sungguh tinggi dengan isipadu hampir 30%. Oleh kerana itu, tiada sebarang organisme boleh hidup termasuk laut dan lumut, sebab itulah di dalam penulisan-penulisan Barat, Tasik Nabi Lut dikenali sebagi “Laut Mati”.

Mengikut anggaran, kejadian yang berlaku ke atas kaum Nabi Lut a.s. seperti yang diterangkan di dalam Al-Quran berlaku disekitar 1800 SM. Berasaskan kajian-kajian geografi dan arkeologinya, penyelidik jerman, Werner keller telah mencatatkan bahawa Bandar-bandar Sodom dan Gomorrah memang sesbenarnya terletak di wilayah paling jauh dan paling rendah di Tasik Nabi Lut. Pada satu masa dahulu tempat ini diduduki dengan meluasnya.

Sifat struktur Tasik Nabi Lut yang paling menarik perhatian ialah kesan yang menunjukkan bagaimana satu malapetaka telah berlaku seperti yang diceritakan di dalam Al-Quran.

Di Pantai Laut Mati di sebelah timur, sebuah semenanjung yang dikenali sebagai Al-Lisan menonjol keluar ke arah air. Al-Lisan bermaksud “lidah” dalam bahasa Arab.

Semenanjung ini tidak dapat dilihat dari daratan kerana ia jatuh di bawah permukaan air pada sudut yang luas, membahagikan lautan kepada dua bahagian. Di bahagian kanan, tanahnya amat curam ke bawah sehingga 1200 kaki dalam. Di sebelah kiri pula, airnya sentiasa cetek. 


Kajian bunyi yang dilontarkan ke bawah hanya merekodkan kedalaman sebanyak lima puluh hingga enam puluh kaki. Kawasan cetek ini yang melingkari semenanjung Al-Lisan hingga ke bahagian paling selatan adalah wilayah Lembah Siddim.”

Werner Keller telah juga mencatatkan bahawa kawasan yang cetek ini terbentuk selepas berlakunya kejadian gempa bumi dan keruntuhan besar akibat gempa tersebut. Di sinilah terletaknya pada satu masa dahulu Bandar-bandar Sodom dan Gomorrah; tempat tinggal kaum Nabi Lut a.s.

Satu ketika dahulu tempat ini boleh dilintasi dengan hanya berjanji kaki. Namun hari ini, Lembah Siddim di mana terletaknya Bandar-bandar Sodom dan Gomorrah dilitupi oleh permukaan rata bahagian cetek Laut Mati. Keruntuhan hebat asas bumi akibat malapetaka itu yang berlaku pada permulaan milinium kedua SM menyebabkan air masin dari bahagian utara memasuki rekahan yang baru terjadi itu sehingga penuh.

Kesan-kesan dari Tasik Nabi Lut dapat dilihat dengan jelas. Apabila seseorang mendayung perahu melintasi tasik tersebut ke arah selatan, dan sekiranya matahari menyinari ke arah yang tepat, beliau dapat melihat sesuatu yang menakjubkan. Di situ kawasan yang agak jauh dari pantai, kelihatan dengan jelas di dassar air, garisan hutan yang disimpan sebagai khazanah oleh Laut Mati yang mengandungi kandungan garam yang amat tinggi. Batang-batang pokok dan akar-akarnya yang dapat dilihat di dalam gemerlapan air yang kehijauan adalah peninggalan silam. Lembah Siddim, tempat di mana pokok-pokok ini satu masa dahulu tumbuh dengan suburnya adalah kawasan yang paling cantik di wilayah tersebut.

Aspek mekanikal malapetaka yang menimpa kaum Nabi Lut telah didedahkan oleh para penyelidik kaji bumi. Mereka melaporkan bahawa gempa bumi yang menghancurkan kaum Nabi Lut a.s. berlaku akibat rekahan panjang pada bumi (garisan gelinciran), sepanjang 190 kilometer dan membentuk dasar sungai Sheri’ at. Sungai ini jatuh sebanyak 180 meter. Fakta ini dan diperkuatkan fakta Tasik Nabi Lut 400 meter di bawah paras laut merupakana dua bukti penting yang menjelaskan satu kejadian geologi yang hebat telah berlaku di sini.

Struktur menarik sungai Sheri’at dan Tasik Nabi Lut hanya meliputi sebahagian kecil rekahan atau pemisahan yang melewati kawasan muka bumi di sini. Keadaan dan panjang rekahan atau pemisahan yang melewati kawasan muka bumi di sini. Keadaan dan panjang rekahan tersebut hanya diketahui baru-baru ini.

Rekahan ini berlaku bermula daripada pinggiran Gunung Taurus dan memanjang ke arah selatan pantai Tasik Nabi Lut dan berterusan hingga melampaui gurun Arab dan terus ke Teluk Aqaba serta bersambung melintasi Laut Merah dan berhenti di Afrika. Sepanjang laluan ini, aktiviti-aktiviti segar gunung berapi dapat diperjhatikan . Lava dan Baslt hitam masih wujjud di Pergunungan Galillee di Israel, wilayah dataran tinggi Jordan, Teluk Aqaba dan kawasan-kawasan sekelilingnya.

Semua kesan ini dan bukti-bukti geografi menunjukkan bahawa satu malapetaka geologi pernah berlaku di Tasik Nabi Lut. Werner Keller menulis:

Bersama-sama dengan asas rekahan yang besar ini, yang betul-betul melingkari kawasan Lurah Siddim yang meliputi Sodom dan Gomorrah , pada satu hari telah terbenam dengan dalamnya.Kemusnahannya disebabkan oleh satu gempa bumi yang hebat dan berkemungkinan besar dituruti dengan letupan,petir,pelepasan gas asli dan kebakaran besar. Penenggelaman itu telah melepaskan kuasa gunung berapi yang selama itu tidak aktif di dalam bumi sepanjang rekahan tersebut. Di Bahagian atas Lembah Jordan berhampiran dengan Bashan, masih kelihatan kawah-kawah tinggi gunung berapi yang sudah pupus. Lingkaran luas lava dan lapisan basalt bertimbun-timbun di atas permukaan batu kapur.

Pihak National Geographic telah membuat komen berikut pada disember 1957, Gunung Sodom yang tidak subur menonjol keluar daripada Laut Mati. Tiada siapa pun pernah menemui bandar-bandar Sodom dan Gomorrah yang telah binasa. Namun, para sarjana mempercayai bahawa kedua-dua Bandar ini terletak di Lembah Siddim berhadapan dengan tebing-tebing ini. Kemungkinan besar, kejadian banjir yang berlaku di Laut Mati telah menengelamkan Bandar-bandar ini selepas berlakunya satu gempa bumi.

SUMBER: KAUM-KAUM YANG PUPUS, Yahya Harun, Penerbitan Saba Islamic Media.


p/s: korang tak perasan ke?...gempa bumi banyak berlaku. Bumi ni marah betul. Dia jijik dengan perbuatan umat sekarang. Tsunami pun dah dilupai...Kalau kiamat berlaku sekarang mesti kita tak sedarkan. TAUBATLAH SEBELUM TERLAMBAT!

18 Februari 2012

Barnamij.

Alhamdulillah. Selamat sudah program yang ditangguh sebelum ini. Terima kasih untuk ustaz yang merupakan guru cemerlang di sebuah maahad. Letih minda dan fizikal berbaloi jika semua pelajar yang hadir ini mengaplikasikannya dalam pelajaran mereka. Gunakan segala kemahiran yang diajar termasuk menghafaz perbendaharaan kata. Dah banyak ustaz bagi tadi. Ada buat ayat lengkap. Peperiksaan BA sekarang banyak kepada nahu dan penggunaan ayat serta perbualan. Markah lulus adalah 50% ke atas dan markah A adalah 85% ke atas. Ada berani?

'hasil kreativiti pelajar'

'semangat menyiapkan tugasan'



Untuk pelajar yang tak hadir...

Tahniah!
Anda memang telah menempah 'A' dalam setiap peperiksaan. Anda memang sudah diajar oleh ibu bapa serta atuk nenek di rumah. Anda memang tidak memerlukan guru di sekolah apatah lagi pembimbing. Seragam sekolah hanyalah lakonan bahawa anda bersekolah. Inilah orang yang menjanjikan A dan B dalam PMR 2012.

**********

Ada seorang pelajar yang namanya dipanggil untuk mendapat netbook/laptop dalam anugerah cemerlang. Dalam perjalanan ke sekolah untuk mengikuti program ini, namanya terpilih untuk dapat laptop itu. Hanya orang yang berada dalam majlis itu sahaja yang layak. Frust? Memang tak ada mood kan. Bila sampai di sekolah, slot ke-2 dah hampir berakhir dalam 10 minit lagi. Aku hanya jemput untuk makan tengah hari dan masuk untuk slot terakhir bermula pukul 2 petang. Aku harap...pelajar ini akan dapat 'sesuatu' ilmu yang bermanfaat berbanding laptop yang sudah menjadi milik orang lain. Jika ada laptop tanpa ilmu sia-sia kan. Ada hikmah disebaliknya.

Akhir kata...

Terima kasih semua yang terlibat secara langsung atau tidak. Hanya Allah sebaik-baik pertimbangan. Begitu juga...Sebaik-baik perancangan adalah perancangan Allah. Allahu Akbar!

'rajin'

'khusyuk'

'penglibatan semua'

'sepanjang program'

'Majlis penutup'



16 Februari 2012

Tudung Putih

Nampak sangat macam pelajar sekolah agama kan. Bukan guru sekolah agama. Badan kecil. Tak macam cikgu lain kan. Biarlah. Kecil-kecil cili padi. Ramai juga orang geram dengan ayat aku yang suka lepas bila dah lama terbuku. Diam-diam berisi. Itulah istilah yang digunakan oleh cikgu sekolah aku dahulu. Ah...Indahnya zaman persekolahan dulu =)

Semalam. Aku ada meeting di PKG sebagai GPM. Cari la sendiri apa tu GPM. Sehari sebelum tu aku dah meeting di PPD pasal pengerusi panitia daerah. Rasa takut dengan jawatan yang diberi. Sebab aku baru berkhidmat 2 tahun sebagai guru. Itu pun tak sah jawatan lagi. Ok...Kembali kepada mesyuarat di PKG. Dibentangkan pasal laman web baru PKG dan diminta download beberapa dokumen. Lepas tu taklimat macam-macam. Nak laporan tu dan laporan ni. Dalam fikiran aku. Nak download macam mana kalau line broadband memang slow. Sekolah pun tak ada internet. Semua terbatas. Semua urusan semuanya online. memang kolot sekolah aku ni. hahaha

Aku dah buat surat rasmi bertanda tangan pengetua yang mengatakan penutupan sementara PSS. Orang PKG dah terima surat tu by hand. PKG panjangkan secara lisan pasan penutupan PSS kepada PSPN.

"Tak ada bilik kosong kat sekolah?" tanya orang PSPN ni.

"Kami tak ada ruang langsung untuk jadikan PSS. Ada satu bilik tu disumbat dengan bahan makmal dan barang untuk KHB. Memang dah jadi bilik sumbat," jawapan aku bagi soalan yang diberi.

"Takpe. Nanti kami datang lihat apa yang patut untuk kita buat," itulah kesimpulan kepada penutupan PSS aku. Aku tungguu...hehehe...

Dalam mesyuarat tu, aku dah gelisah. Aku baru teringat kunci kereta myvi aku ada dalam bilik guru. sekolah aku bukan boleh kira. Pukul 4 petang dah kena kunci semua termasuk pejabat. Bila mesyuarat yang lebih pukul 4.30. Azan asar dah berkumandang...aku keluar dari bilik meeting tuuu. Konon nak balik ke sekolah dan ambil kereta bawa ke PKG. PKG ni duk seberang jalan dengan sekolah aku. Jumpa pelajar2ku. Aku minta diorang ambil kunci tu di sekolah. Apa yang aku fikir tadi memang betul. Budak tu ambil dengan pengawal kunci tu.

5.30 petang mesyuarat dah selesai dan makan2 sikit. Terus aku balik ke sekolah.Terkejut aku dengan perubahan kedudukan kereta aku. Berpusing 180 darjah. Bukan terbalik yea...Jumpa la pengawal. Dia cakap ada cikgu cuba hidupkan tapi mati semula. Banyak kali cuba...Lepas tu pengetua yang dapat hidupkan. Hanya pengetua sahaja tau pasal keretaku kena guna kad imbasan baru boleh jalan. Jika tak...dalam beberapa saat akan mati sendiri kereta tu. Anti rompakan...Sebab tu jugakeretaku terkunci sendiri selepas aku keluar dari pagar sekolah sehingga aku minta bantuan pengetua dulu. Akhirnya aku pergi ke sekolah pukul 8.30 pagi. Itu kes dulu la. Dah cerita. Aku malas nak bagi link. Cari sendiri la yea.

Hari ni pula ada sesuatu yang menarik bagi aku. Program Mentor-mantee. harap betul ejaan tu.hahaha...

Lepas baca ma'thurat macam biasa terus PK HEM mulakan taklimat mentor-mantee ni. Semua guru terlibat kecuali kaunselor dan pengetua. Kami hanya ada 12 orang ynag terlibat. Nisbah guru dan pelajar 1:9 atau 1:8. lebih kurang macam tu la. Borang diedarkan untuk pelajar ni tulis namanya dan nama 2 orang guru yang dipilih. Kemudian borang2 ini dimasukkan dalam sampul surat yang ada nama guru. Awal-awal lagi aku tak nak ambil mereka yang salah tulis namaku. Itu tak tulis nama ayah aku lagi. Jika tidak...semua tak terpilih. hihihi...

Aku tak nak mentor-mantee macam anak angkat dengan ibu angkat. Tidak sebagai adik angkat dan kakak angkat. Walaupun mereka ni sebaya adik2ku yang sebenar. hahaha...jangan perasan sudahhh :)
Aku suka jika aku sebagai pembimbing atau pemudahcara jika mereka inginkan nasihat atau nak luahkan perasaan. Nak kongsi masalah. Tak ada masalah bagi aku. Tapi hati2...nanti aku tertulis dalam blog ni pulak. Jadi tunggu la pembaca sekalian merangkap pelajarku sekalian. Rugi ambil mentor ni. Tunjuk ajarku sifu!...hahaha!

Sengaja aku pakai tudung putih hari ini. Sama seperti akhawat di sekolahku ni. Jadi pelajar aku hari ni. Ingatkan bila dah pakai macam pelajar ni...tak akan ada yang pilih aku jadi mentor diorang. Boleh tahan juga bilangan yang pilih aku sebagai mentor pertama. Siap kena cabut undi. Maaf la jika nama korang tidak terpilih yea. Terima kasih korang masih pilih aku yang masih mentah ni. kihkihkih...

Lain pula soalan pelajar aku hari ini. Ada ke diorang tanya aku pelajar baru ke kat sekolah ni??? Boleh pulan aku jawab...a'aaa baru masuk hari ini di tingkatan satu. Gelak sakan la budak2 ni. Siap tanya berapa umur aku. Kira awek muda la aku hari ni. hahaha... Asif (maaf) yea...Aku malas nak layan soalan macam ni lagi. hehehe...

Tadi ada pertandingan nasyid peringkat sekolah. Setiap kelas mesti hantar dua kumpulan. Semuanya berjalan lancar. Mereka memang kreatif dan ada bakat terpendam. Ada juga guna lagu nasyid sekarang. Miming je la kalau suara penasyid malaysia ada dalam lagu tu. Jika minus one tak pe juga. Tak sempat aku nak tolong cari minus one untuk budak-budak ni. Ada yang guna bahan sekeliling untuk dijadikan alat muzik. Mereka ni akademik lemah tapi bab tu memang teror. Nak tubuh 'band' suatu hari nanti. Harap2 tak jadi kenyataan. La' ila akhir hayat! Belajar agama lebih. Hidup tak lama dah ni. Esok lusa pun tak tau kita masih bernafas lagi.huhuhu...

Itu la penangan hiburan melampau yang ditaburkan secara halus. Belajar pun malas. Duit cepat. Neraka pun dapat :'(

Ni aku masukkan sedikit gambar korang. Yang sempat ambil sahaja...

 'pengerusi lompat2'

'barisan hakim dari jauh'

'F1...ada gaya tersendiri dan lantang'

'F1...persediaan last minit tapi berani'

'sempat lagi buat peace'

'F3...mantap! siap ada tarian padang pasir'

13 Februari 2012

Salam.

Hari ini aku tidak berkesempatan melihat perlawanan bola tampar. Entah kenapa aku tidak berminat. Apatah lagi sudah ada guru yang mengiringi pelajar-pelajar itu.

Hari ini seperti biasa ada perhimpunan mingguan. Entah kenapa pelajar yang akan menyertai perlawanan ini datang. Hendak mengambil berkat dari guru-guru. Mungkin itu anggapan mereka. Dari kejauhan aku hanya memandang. Entah kenapa hatiku tidak senang dengan tindakan mereka.

Semua guru sudah bersedia. Sekejap lagi akan ada perhimpunan. Semua pelajar sudah mengambil tempat. Beratur mengikut kelas dan tingkatan. Ikut jantina. Lelaki dan perempuan. Semua tindakan guru di hadapan mereka dipandang. Umpama drama yang tidak berkesudahan. Semua itu tidakku pedulikan.

Dari jauh aku lihat pelajar-pelajar pasukan bola tampar. Aku kira dalam 12 orang. Betul ke? biarkanlah. Semuanya lelaki. Bagi aku mereka sudah baligh. Tingkatan 1 hingga tingkatan 3. Jika pelajar sekolah rendah aku anggap masih belum baligh. Pelbagai bentuk rambut yang dipertontonkan. Aku tidak suka! Mereka lebih suka menyimpan rambut di dalam songkok selama ini. Tepi dinipiskan. Bahagian tengah dibiarkan. Fesyen moden ke? Bagi aku macam kepala ayam serama. Ada seperti burung kakak tua.

Apa yang aku lihat, mereka bersalaman dengan barisan guru lelaki. Seterusnya bersambung ke barisan guru perempuan. Aku dan seorang guru baru (teacher) berada di hujung. Kami berdua bertudung labuh. Teacher dah peluk tangannya ke badan. Aku pulak sibuk pegang kertas. Mereka tetap hulurkan tangan. Aku cuma anggukkan kepala. Begitu juga tencher. Tanda merestui perlawanan mereka. Mereka tidak faham. Bukan salah mereka.

Apa yang menghairankan aku, guru-guru menyambut tangan mereka dengan mesra. Seolah-olah ibu dan anak. Tetapi dalam Islam mereka tetap bukan muhrim (istilah melayu). Mereka boleh berkahwin walaupun umur berjauhan. Tetap batal wudu' mereka. 

Sejak 2 tahun yang lalu, hanya aku yang tidak bersalaman dengan mereka. Tahun ini bertambah seoranglagi guru baru. Walaupun mengajar Bahasa Inggeris, dia tetap faham agama. Bukan disebabkan dia ustazah atau ustaz. Jika ustazah atau ustaz yang tidak faham agama pun tiada guna. 

Bagi aku asas agama semua orang Islam perlu tahu. Bukan pada title ustazah atau ustaz sahaja. Bahkan mereka yang mengucapkan kalimah syahadah. Semua ini adalah fardu ain. Wajib dipelajari. Jika tidak tahu, kita boleh belajar. Ilmu Allah ini luas. Batasan pergaulan mesti ada walaupun sebagai rakan sekelas atau rakan sekerja. 


Bekas housemate aku. Berpakaian seperti kebanyakan gadis lain. Bekerja dengan bos India. Walaupun dia berpakaian seperti itu, dia tetap tidak bersalaman dengan lelaki yang bukan muhrim. Bangsa India memahaminya. Bila turun ke site...cukup setakat menundukkan kepala. mereka cukup faham. Tapi kenapa dengan orang Islam yang berbangsa melayu di sekelilingku ini?

Cuba hayati kata-kata ini:

A British man came to Sheikh and asked: Why is it not permissible in Islam for women to shake hands with a man? The Sheikh said: Can you shake hands with Queen Elizabeth? British man said: Of course not, there are only certain people who can shake hands with Queen Elizabeth. Sheikh replied: our women are queens and queens do not shake hands with strange men.

Then the British man asked the Sheikh:... Why do your girls cover up their body and hair? The Sheikh smiled and got two sweets, he opened the first one and kept the other one closed. He threw them both on the dusty floor and asked the British: If I asked you to take one of the sweets which one will you choose? The British replied: The covered one. The Sheikh said: that’s how we treat and see our woman....

Moga ada perubahan buat anak didikku selepas entri ini dibaca.

Allahuma Faqqihna Fiddin...Ya Allah, Berilah kami kefahaman dalam agamaMu (Islam). Aminnn ^-^

12 Februari 2012

Doakan Untuk Penduduk Syria.

Ya Allahhh...

Aku baru mengetahui saudara Islamku di Syria. Jatuhkanlah Kerajaan Basyar yang zalim terhadap rakyatnya.

"sama-sama doakan"

"kamu semua membunuh satu kaum yang rindukan syahid!"

Makluman:

1) Sejak berlakunya kebangkitan rakyat Syria Mac 2011 yang lalu, Rejim Bashar telah membunuh lebih 8,500 orang rakyatnya sendiri. 


2) Mengakibatkan lebih 40,000 rakyat Syria yang tidak berdosa telah cedera. 

3) Lebih 180,000 orang rakyatnya yang dipenjarakan kerana bangkit menentang kezaliman Rejim Bashar.

4) Lebih 20,000 orang lagi kini menjadi pelarian di Turki akibat kekejaman yang berlaku di Syria sekarang.


Angka ini semakin bertambah setiap hari dek kerana kekejaman Rejim Bashar. 





******


Pembaca berita televisyen ini tidak dapat menahan kesedihan apabila membacakan berita berkenaan seorang anak kecil, Muhammad Dhiya' yang ditembak oleh Rejim Bashar.

Ayah Muhammad Dhiya' menjerit-jerit supaya Rejim Bashar berhenti daripada menembak untuk menyelamatkan anaknya, namun permintaannya itu tidak dipedulikan hingga anaknya terbunuh dengan kejam.






Sama-sama kita doakan untuk mereka. Mereka adalah saudara seIslam kita. Moga Islam kembali bersinar. Waalhu mustaan ^_^

******

PERISYTIHARAN BERSAMA KE ATAS KONFLIK SYIRIA OLEH 107 ULAMA’ DARI SELURUH DUNIA ARAB:

PERTAMA:
Pihak Tentera Syiria adalah diharamkan daripada membunuh rakyat. Mereka juga WAJIB untuk tidak mentaati sebarang arahan untuk mengakibatkan kematian rakyat. Bagi pihak keselamatan Syria yang pernah membunuh rakyat perlu ingat bahawa setiap pembunuhan akan dipertanggungjawakan. Pintu taubat sentiasa terbuka. Mereka harus ingat sebuah cerita (hadith sahih) tentang seorang pembunuh yang bertaubat kepada Allah swt selepas membunuh 99 orang dan menginsafi serta berazam tidak lagi melakukan pembunuhan. Adalah lebih baik dibunuh kerana tidak mematuhi arahan untuk membunuh! Seseorang yang mati kerana syahid adalah lebih baik daripada seseroang yang membunuh dan natihajnya ialah NERAKA!

Kami memfatwakan bahawa adalah HARAM berkhidmat dalam bentuk apa jua kedudukan terhadap Pihak Tentera Syiria buat sementara waktu. Adalah suatu tangungjawap untuk memisahkan diri daripada Pihak Tentera bahkan kalian mesti menentang tindakan mereka!

KEDUA:
Kami menyeru semua untuk memberi sokongan terhadap Tentera Kebebasan Syria dalam mempertahankan rakyat Syiria, pusat-pusat, institusi dalam masa rakyat Syiria ditindas oleh Regim. Kami menyeru semua MUSLIM SELURUH DUNIA untuk turut membantu Tentera Kebebasan Syiria dalam apa bentuk sekalipun samada semangat atau material demi memastikan kekejaman ini berakhir. Tentera Kebebasan pula hendaklah mengelakkan daripada berlebih-lebih dalam tindakan sehingga menyebabkan niat yang mulia ini terhapus dan menahan diri daripada berdendam atau bermusuh. Sebarang tindakan salah hanya akan membahayakan masa depan perpaduan Syiria.

KETIGA,
Kalian hendaklah memberi dokongan terhadap kesulitan rakyat Syria samada dalam bentuk material mahupun moral atau apa jua yang difikirkan dengan cara itu mereka akan terus berjuang dan mencapai kemenangan bagi kebebasan dan hak rakyat Syiria.

KEEMPAT,
Kami menyeru SEMUA BANGSA ARAB dan NEGARA ISLAM untuk menetapkan pendirian diplomatic untuk MENENTANG Regim Syria melalui pengusiran Duta Syria dan MEMUTUSKAN HUBUNGAN DIPLOMATIK. Kami juga mengharapkan supaya tindakan diplomatik menentang Negara-negara yang menyokong Regim Syiria terutamanya Russia dan China.

Kami juga menyeru setiap Muslim dan intitusi awam agar memberi isyarat bantahan terhadap dua Negara ini (Russia dan China) melalui bantahan dihadapan kedutaan mereka di seluruh dunia dan memboikot produk mereka. Kalian hendaklah menuntut Regim Syria agar berhenti daripada membunuh dan menindas rakyat Syiria hanya kerana untuk melindungi kepentingan mereka. Negara itu haruslah ingat bahawa kedamaian adalah milik rakyat samada lambat atau cepat!

KELIMA,
Kami menyeru agar setiap pertubuhan dan gerakan Syiria hendaklah bergabung, bersatu dan mengetepikan perbezaan diantara mereka – sekarang dan akan datang. Mereka hendaklah sepenuh hati ikhlas demi membina Negara mereka demi keadilan, hak rakyat, kebebasan dan dirikanlah sebuah Negara yang menjamin perpaduan dan kebajikan rakyat. Adalah TANGGUNGJAWAP untuk melindungi agama Rasmi Syria (SUNNAH) dan juga puak minoriti (SYIAH dan lain-lain). Puak minoriti ini juga adalah sebahagian daripada rakyat Syria lebih ribuan tahun. Mereka mempunyai hak untuk mendapat hak penuh kerakyatan. 

KEENAM,
Kami menyeru kesungguhan keikhlasan para MUSLIM seluruh dunia untuk berusaha melakukan sesuatu untuk memberi sokongan terhadap rakyat Syiria dan menyediakan bantuan kepada pelarian dari segi makanan, pakaian, perubatan dan sokongan moral.

KETUJUH,
Kami (Kesatuan Ulama’ Dunia) memberi sokongan terhadap sebarang usaha yang dilakukan demi melindungi rakyat Syiria dan selamatkan mereka daripada peperangan yang berpanjangan yang hanya akan merugikan Negara. Kami berpandangan bahawa ini adalah sebahagian daripada TUNTUTAN UTAMA di dalam ajaran Islam. Usaha-usaha ini perlu membawa kepada pilihanraya yang bebas yang akan mengutamakan kehendak rakyat, mewakili seluruh masyarakat Syria, melindungi hak-hak mereka, dan memastikan pengagihan kuasa politik yang wajar, serta membayar pampasan kepada mangsa-mangsa konflik dan keluarga yang telah kehilangan nyawa.

DIPERSETUJUI DAN DITANDATANGANI OLEH:

Sheikh Yusuf al-Qaradawi (Qatar)
Mufti of Egypt, Dr. Ali al-Gomaa
Sheikh Abdullah Bin Bayyih (Mauritania)
Sheikh Rashid al-Ghanoushi (Tunisia)
Sheikh Sadiq al-Gharyani (Libya)
Sheikh Abdulmajid al-Zindani (Yemen)
Sheikh Mahmud al-Meerah (Syria)
Dr. Isam al-Bashir (Sudan)
Sheikh Khalid al-Madhkur (Kuwait)
Sheikh Nasr Farid Wasil (Egypt)
Dr. Abdulwahhab al-Daylami (Yemen)
Sheikh Ali Qurrah Daghi (Qatar)
Dr. Nasir b. Sulayman al-Umar (Saudi Arabia)
Dr. Muhammad Faruq al-Batal (Syria)
Sheikh Muhammad Izzuddin Tawfiq (Morocco) 
Sheikh Ahmad al-Raisouni (Morocco)
Dr. Sa`ud al-Funaysan (Saudi Arabia)
Dr. Ajil al-Nashmi (Kuwait)
Dr. Muhammad Ahmad al-Salih (Saudi Arabia)
Dr. Muhammad Uthman Salih (Sudan)
Dr. Hibr Yusuf (Sudan) 
Dr. Ghaith Mahmoud al-Fakhiri (Libya)
Dr. Abdullatif al-Mahmud (Bahrain)
Dr. Muhammad al-Hiwari (Germany)
Dr. Safwat Higazi (Egypt) 
Dr. Abdurrahman Abdulmajid al-Barr (Egypt)
Sheikh Muhammad Mukhtar al-Mahdi (Egypt)
Sheikh Muhammad Hisan (Egypt)
Sheikh Abu Ishaq al-Huwaini (Egypt)
Sheikh Majd Ahmad Makki (Syria)
Dr. Shakir Deeb Fayyad (Jordan)
Dr. Sharaf al-Qudat (Jordan)
Dr. Ali al-Suwa (Jordan)
Dr. Muhammad Ali al-Jouzou (Lebanon)
Sheikh Ahmad al-Umari (Lebanon)
Sheikh Hasan Qatirji (Lebanon)
Sheikh Hamza Abou Faris (Libya)
Dr. Tariq al-Suwaidan (Kuwait)
Dr. Khalid al-Ujaimi (Saudi Arabia)
Dr. Awad al-Qarni (Saudi Arabia)
Dr. Ali Badahdah (Saudi Arabia)
Dr. Abdullah Wukayyil al-Sheikh (Saudi Arabia)
Dr. Abdulmajid al-Najjar (Tunisia) 
Dr. Salman b. Fahad al-Oadah (Saudi Arabia)
Dr. Sa`id b. Nasir al-Ghamidi (Saudi Arabia)
Dr. Muhammad b. Musa al-Sharif (Saudi Arabia)
Dr. Muhsin al-Awaji (Saudi Arabia)
Dr. Yusuf al-Shabili (Saudi Arabia)
Dr Yahya Ibrahim al-Yahya (Saudi Arabia) 
Dr. Abulaziz b. Fowzan al-Fowzan (Saudi Arabia)
Dr. Salih al-Darwish (Saudi Arabia)
Dr. Muhammad Ali al-Mansuri (UAE)
Dr. Abdulmajid al-Kumaiti al-Shamisi (UAE)
Dr. Muhammad Abdurrazzaq al-Siddiq (UAE)
Dr. Ahmad Salih al-Hammadi (UAE)
Dr. Jasim YaSin al-Muhalhal (Kuwait)
Dr. Nabil al-Iwadi (Kuwait)
Dr. Shafi al-Ajami (Kuwait)
Dr. Nayif al-Ajami (Kuwait)
Dr. Yusuf al-Sanad (Kuwait)
Dr. Badar al-Rukhayyis (Kuwait)
Dr. Salim al-Shamri (Kuwait)
Dr. Tariq al-Tawari (Kuwait) 
Dr. Abdulhayy Yusuf (Sudan)
Dr. Ali al-Sallabi (Libya)
Dr. Salim al-Sheikhi (Libya)
Dr. Salim Jabir (Libya)
Dr. Salim al-Sallabi (Libya)
Dr. Muhammad Abou Sidra (Libya)
Dr. Nasir al-Umrani (Libya)
Dr. Muhammad al-Hamdaoui (Morocco)
Dr Abdullah al-Bukhari (Morocco)
Dr. Abdulmunim al-Tamsamani (Morocco)
Dr. Muhammad Boulauz (Morocco)
Dr. Mawali Umar ben Hammad (Morocco)
Sheikh Abdullah Ould Aul Salim (Mauritania)
Sheikh Muhamad Fadil Wald Muhamad Elamin (Mauritania)
Sheikh Mumamad Mukhtar Wald Ambala (Mauritania)
Sheikh Muhammad Hasan Al-Dadou (Mauritania)
Sheikh Muhammad al-Ahmari (Qatar)
Dr. Salih Yahya Sawab (Yemen) 
Dr. Salih Abdullah al-Dibyani (Yemen)
Dr. Adil al-Muawidah (Bahrain) 
Dr. Adnan al-Qattan (Bahrain)
Dr. Mamun Mubayyid (Germany) 
Dr, Hisan al-Safadi (Germany)
Dr. Moatazz Faisal (Germany)
Dr. Ahmad Muhammad Zayed (Egypt)
Dr Samir al-Arqi (Egypt) 
Dr. Ali al-Dinari (Egypt)
Dr. Abdullah Husein Barakat (Egypt)
Sheikh Abdulkhaliq Hasan al-Sharif (Egypt)
Dr. Jamal Abdussattar Muhammad (Egypt)
Sheikh Ahmad Halil (Egypt)
Dr. Jabir Tayia Yusuf (Egypt) 
Dr. Salahuddin Sultan (Egypt)
Dr. Nashat Ahmad Muhammad (Egypt) 
Dr. Ayman Salah Ahmad Muhammad (Egypt)
Dr. Muhammad Yanbu (Egypt)
Al-Sayyed Jamil Muhammad (Egypt)
Dr. Ibrahim Mustafa Abu al-Saud (Egypt) 
Dr. Faraj Abdulhalim Qandil (Egypt)
Dr. Al-Husseini Musalli al-Sayyed (Egypt)
Al-Sayyed Mahmud Abdurrahman (Egypt)
Dr. Yasir Fatah Antar (Egypt) 
Dr. Ghazi al-Tawbah (Kuwait)
Sheikh Sulayman Ibrahim al-Rashudi esq. (Saudi Arabia)

SUMBER: http://www.facebook.com/pages/Rakyat-Malaysia-Bersama-Revolusi-Syria/308664102508100?ref=tck

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...