23 April 2016

Sindiran melalui binatang

"Sindrom Ayam Belanda"

Tukang angguk atau membodek tanpa fikir

"Teori pengurusan lembu"

Menyentuh pengurusan tidak cekap dan tidak produktif,  baik syarikat perniagaan atau jabatan kerajaan. Teori pengurusan lembu yang memberi kuasa kepada "tukang sembelih" untuk memecat pekerjanya kerana kalau tidak kita hidup dikelilingi oleh lembu-lemb jantan dan betina yang mandul.

"Awas Naga-naga"

"Naga" yang biasa disanjung(seperti kepercayaan orang cina), adakalanya bertukar menjadi "naga-naga" (naga tiruan ciptaan orang Melayu) dengan melakukan "penyelewengan" angkara terpesong oleh nilai-nilai kebendaan.

"Beruk Sumbang"

Ingatan supaya cermin
diri sendiri dan jangan hanya melihat keburukan dan kehodohan orang lain sahaja,  kerana realitinya kita barangkali lebih jelek dan hodoh daripada orang lain (Dari kisah Kancil Hendak Menjadi Gajah)

SUMBER:Kumpulan cerpen Berguru pada Binatang oleh Baha Zain,  Sasterawan Negara.

16 April 2016

Surah An-Nur

Pengisian untuk program Mentor mentee di sekolah.

Kelebihan surah An-Nur:

1. Adab dan akhlak - permulaan pendidikan selepas aqidah @ tauhid.

Ilmu tanpa akhlak hancur.

2. Hukum hudud bagi pesalah zina.

Muhsan(lelaki/perempuan) yang telah berumah tangga. Dengan kata lain telah berkahwin. Hukumannya rejam dengan batu hingga mati

Ghairu muhsan(lelaki/ perempuan) yang bujang atau belum berkahwin. Hukumannya100 kali sebatan. Ada syarat sebatan. Detail cari dalam bab fiqh jenayah.

3. Cadangan cegah jenayah zina.

Minta izin penghuni rumah sebelum masuk. Beri salam dan tidak berada dihadapan pintu rumah untuk elak terpandang aurat penghuni rumah.

Larangan perempuan menunjukkan perhiasan selain mahram. Dalil kepada tutup aurat.

Galakan kahwin bagi yang masih bujang.

4. Adab meminta izin dalam kalangan keluarga sendiri seperti meminta izin masuk bilik pada 3 waktu. Sebelum solat subuh, waktu tengah hari dan selepas isya'. Ini kerana3 waktu ini,  biasanya aurat-aurat biasanya terdedah.

SUMBER: Tafsir Fi zilalil Quran lrh Sayid Qutb. Terjemahan oleh Dato' Yusoff Zaky Hj. Yaacob.

Rakan Sejawat Toksik

Ahlan...ahlan Ya Ramadan.  Alhamdulillah masih diberi peluang merasai hidup dalam Islam tetapi umat Islam Palestin masih bergelut dengan kes...