31 Oktober 2011

Once Upon A Time In China

Blogwalking. Tinjau-tinjau blog orang lain...

Aku jumpa satu artikel ni. Aku nak kongsi dengan korang semua. Selama ni aku hanya syak orang-sorang je. Rupa-rupanya syak aku betul berdasarkan artikel ni.

Artikel ni ditulis oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM. Jadi aku olah sendiri la citer ni yea. Aku harap tak de orang nak marah kan. Ni kira sejarah yang disembunyikan la.


Watak Wong Fei Hung. Hero dalam filem "Once Upon A Time In China". Dalam filem ni, watak Wong Fei Hung dilakonkan semula oleh aktor terkenal Hong kong, Jet Li. Aku suka tengok aksi-aksi kungfunya yang lembut tapi bertenaga. Woha!

Siapa sebenarnya Wong Fei Hung ni?

Menurut Drs Khalil Idham Lim, Wong Fei Hung adalah seorang ulama' Islam, ahli perubatan dan lagenda ahli bela diri(kungfu) yang namanya ditetapkan sebagai Phlawan Nasional China oleh pemerintah China pada masa itu.

Namun pemerintah China pada masa itu mengaburkan identiti diri Wong Fei Hung sebagai seorang Muslim demi menjaga imej komunis China.

Wong Fei Hung lahir tahun 1847 di Kwantung (Guandong) dari keluarga muslim yang taat. Nama 'Fei' merupakan dialek Canton. nama Arabnya disebut 'Fais'. 'Hung' dalam Bahasa Arab adalah 'Hussein'. Jika semua digabungkan dalam Bahasa Arab, namanya  ialah 'Faisal Hussein Wong.

Harus diingat...gelaran fei ini juga merujuk kepada orang-orang cina Muslim di negara kita seketika dahulu, ie, kumpulan Hai San di Perak.

Bapanya, Wong Kay Ying adalah seorang ulama' dan tabib dalam ilmu perubatan tradisional serta ahli bela diri tradisional Tiongkok (wushu/ kungfu). Dia memiliki sebuah farmasi/ klinik dengan nama Po Chi Lam di Canton ibu kota Guandong.

Wong Kay Ying ini merupakan seorang ulama' yang menguasai ilmu wushu yang tinggi. Ketinggian ilmu ini membuatkan dirinya dikenali sebagai salah satu dari sepuluh Macan (harimau) Kwantung. Kedudukan ini diwariskan kepada Wong Fei Hung.

Gabungan ilmu perubatan tradisional dan teknik ilmu bela diri serta ditunjangi oleh keluhuran budi pekerti sebgai muslim  membuatkan keluarga Wong sering turun tangan membantu orang-orang yang lemah dan tertindas pada masa itu.

Kerana ini lah masyarakat Kwantung sangat menghormati keluarga Wong.

Pesakit klinik keluarga Wong kebanyakannya dari kalangan orang miskin yang tidak mampu menanggung kos perubatan. Keluarga Wong tidak pernah pilih bulu atau pilih kasih semasa membantu orang ramai tanpa melihat kepada suku, ras dan agama. Semuanya dibantu dengan ikhlas.

Secara rahsia, keluarga Wong terlibat aktif dalam gerakan bawah tanah melawan pemerintahan Dinasti Chin yang perasuah dan penindas.Dinasti Chin adalah dinasti yang merobohkan kekuasaan Dinasti Yuan yang memerintah sebelumnya.

Dinasti Yuan terkenal sebagai satu-satunya Dinasti Kaisar Cina yang anggota keluarganya ramai memeluk Islam.

Wong Fei Hong mengasah bakat dalam ilmu bela diri sejak berguru dengan Luk Ah-Choi juga merupakan guru bapanya. Luk Ah-Chi inilah yang kemudiannya mengajar jurus Hung Gar. Kemudian wong Fei Hung berjaya melahirkan Jurus Tendangan Tanpa Bayangan yang menjadi lagenda.

Dasar-dasar jurus Hung Gar ditemukan, dikembangkan dan merupakan amalan dari Hung Hei-Kwun, abang seperguruan Luk Ah-Choi. Hung Hei-Kwun adalah pendekar Shaolin yang terlepas dari peristiwa pembakaran dan pembantaian oleh pemerintahan Dinasti chin pada 1734. Hung Hei Kwun adalah pemimpin perberontakan bersejarah yang hampir mengalahkan dinasti penjajah chin dari Manchuria atau dikenali sebagai Korea sekarang. Jika pemerintah Chin tidak meminta bantuan ketenteraan dari bangsa asing (Rusia, Inggeris dan Jepun), pemberontakan pimpinan Hung Hei Kwunakan berjaya mengusir pendudukan Dinasti Chin.

Setelah berguru dengan Luk Ah- Choi, Wong Fei Hung kemudian berguru dengan bapanya sendiri. seawal usia 20-an, dia telah menjadi ahli perubatan dan ahli bela diri terkemuka. Bahkan dia berjaya mengembangkannya menjadi lebih maju.

Kemampuan ilmu beladirinya semakin sukar dikalahkan. Ketika ini, dia berhasil mencipta jurus baru yang sangat berkesan. Ia diberi nama Jurus Cakar Macan dan Jurus Sembilan Pukulan Khusus.

Selain mahir menggunakan tangan kosong, Wong Fei Hung juga mahir menggunakan pelbagai senjata.

Masyarakat Canton pernah menyaksikan secara langsung dengan mata kepala mereka sendiri bagaimana Wong Fei Hung seorang diri menggunakan tongkat berjaya menewaskan lebih daripada 30 orang jaguh pelabuhan yang berbadan tegap dan kejam di Canton kerana membela rakyat miskin dari menjadi mangsa peras ugut.

Dalam kehidupan berkeluarga, Allah banyak mengujinya....

Seorang anaknya terbunuh dalam suatu insiden pergaduhan dengan mafia Canton. Wong Fei Hung sudah 3 kali berkahwin kerana isteri-isterinya meninggal dunia dalam usia yang masih muda. 

Setelah isteri ketiganya meninggal, Wong Fei Hung memutuskan untuk hidup bersendirian sehingga bertemu dengan Mok Gwai Lan, seorang perempuan muda yang juga ahli bela diri. Mok Gwai Lan hidup bersamanya hingga ke akhir hayat. Isterinya ini turut mengajar ilmu beladiri khusus untuk perempuan di tempat suaminya.

Pada tahun 1924, Wong Fei Hung meninggal dunia dalam usia 77 tahun.

Masyarakat cina Khususnya di Kwantung dan Canton mengingatinya sebagai pahlawan bela kaum Mustad'afin (tertindas) yang tidak pernah gentar membela kehormatan mereka. Dia tidak mengira siapa dan jumlah orang yang menindas orang miskin, akan dilawannya dengan kekuatan dan keberanian yang dimilikinya.

Wong Fei Hung meninggal dengan nama harum yang membuat amal.Dia dikenali sebagai manusia yang hidup mulia iaitu salah satu pilihan hidup yang diberikan Allah kepada seorang muslim selain mati syahid.

Moga namanya dikenali sebagai seorang muslim agung di China.


SUMBER: khairytajudin






30 Oktober 2011

Fesyen vs Syariah.

Dilema bagi diriku untuk menegur seseorang. Tak kira rakan setugas atau pelajar sendiri. Terutama muslimah.

Dengar lagu dari Ustaz Nazrey yea.



Kebanyakan perempuan akan marah bila seseorang lelaki datang kepadanya dengan cara menyentuh bahagian2 sensitif tetapi mereka mendedahkannya. Mereka marah apabila lelaki melanggar belakang mereka. Tetapi mereka tidak cuba membataskan pergaulan dengan mengelakkan. Mereka tahu tentang aurat tetapi bila lelaki memandang 'sesuatu' dengan lama..mereka marah.

Jadi aku cuba tampilkan video yang dibicarakan oleh ilmuan agama sendiri DR ZAHARUDDIN (UZAR)




Gelap.

"Kenapa muka ko gelap,"

"Ko mandi laut lagi ke?"

Mukaku menggelupas. Pakai bedak lagi nampak garis2 gelupas. Gatal muka kadang-kadang tapi tahan je la. Ni la penangan mandi laut di hari Deepavali bersama pelajar2ku. Aku tak suka pakai losyen. Biar la mukaku sebegini.

Aku ni memang suka air. Tak kira la laut atau sungai atau air terjun. Tapi kali ni aku memang tak ada mood nak main air. Biar la ia menjadi rahsiaku.

Cukup sekadar aku berjalan di persisiran pantai. Melihat keindahan alam ciptaan Allah.

'Subhanallah'

Hari minggu ni memang tiada perubahan bagi diriku walaupun ada LDP atau apa-apa nama la. Aktiviti tu memang tak sesuai dengan diriku. Jika pelajar mungkin boleh diaplikasikan.

Dalam kepalaku "Nak balik rumah!" Rasa banyak kerja boleh dibuat kalau balik rumah.

Malam baru ni aku jumpa sepupuku. Kak Nor anak Ayah Teh Man. Lama tak jumpa. Sempat la sembang sekejap. Mak ayah ku & ayah teh  dan mak teh sama-sama buat haji bersama tahun ni. Yang kelakarnya...Ayah Teh telefon aku nak tau nombor telefon ayahku. Ayahku pula telefon kak Nor untuk tau nombor telefon Ayah Teh di sana. Alhamdulillah aku sempat bagi nombor ayah kepada Ayah Teh. Bila di Mekah nombor telefon diorang mesti berbeza kan.

Raya haji ni Kak Nor tak balik. Adik2nya pergi ke Shah Alam. Aku pula memang kena balik. Kena ganti ibuku. Dah la kedua2 kakak iparku masih dalam berpantang. Kompem diorang tak balik rumah aku. Aku la jadi anak sulung nanti. Kesiannya adik2ku.

Bertalu-talu  mesej aku dapat dari budak perempuan ni. Nak datang jumpa aku. Macam-macam tanya pendapat aku. Kemudian tanya bila nak balik kampung. Susahnya aku nak jawab. Nak berkenalan dengan keluarga aku pun biarlah mak ayah aku balik dari Mekah dulu.

"Saya tak desak akak....,"

Tapi sebenarnya memang mendesak aku. Banyak lagi kerja yang aku bereskan bila sampai kat kampung nanti. Aku nak ambil cuti tapi beratnya nak buat. Rasa tak lepas je. Mungkin ini perasaan aku sahaja.

Rabbuna Yasahhil.

26 Oktober 2011

Program Ustazah Pilihan?

Cuti Deepavali. 
Awal pagi suasana sunyi sahaja.
Mungkin sambutan kali ini tidak meriah.
Entah la.

Aktiviti kat pantai.
Tiada bicara yang panjang.
Cukup sekadar gambar yang menceritakan segalanya.

Alhamdulillah.
Sampai juga aku ke tengah laut ini.
Walaupun tidak secantik pandai di negeriku sendiri.

Teringat aku apabila kami adik beradik berkumpul.
Kami sama-sama mandi di sungai.

Abang2 dan adik2ku....
Bila nak mandi sungai lagi???
Senyum lahhh

Aku masukkan gambar sepanjang aktiviti hari ini.

'bosan pada awalnya'

'cari remis'

'sukaneka'

'main suka2'


'BBQ: Ikan, ketam, ayam, sate & ...'

'Hujan lebat...pindah tempat'

'video yang sempat diambil masa permainan'

p/s: tajuk kat atas tu sebenarnya ada seseorang bertanya pelajarku "Ni Ustazah Pilihan ke?". Ni buat aku nak tergolek.hehehe...pakaian diorang ni memang ada ciri-ciri ustazah pilihan walaupun baru tingkatan 3. Doakan mereka bakal menjadi 'Ustazah' walaupun bukan 'Ustazah Pilihan' dalam program realiti tu. Aku tak tengok dan aku tak setuju dengan program yang mempergunakan muslimah. huhuhu...Teruskan menonton tapi ambil yang elok sahaja tau ='(

25 Oktober 2011

Sula?

Program bersama pegawai-pegawai dari pejabat agama daerah aku ni. Dua slot yang diberikan. Slot pertama bersama Tok Kadi. Slot kedua bersama pendakwa syariah. Lupa la nama diorang ni. Susahnya aku nak ingat nama-nama mereka ni.

Asal program ini hanya dihadiri oleh 2 orang sahaja. Pagi tadi, kami dikejutkan dengan kehadiran 7 atau 8 orang. Dalam fikiran aku, mereka ni nak buat dalam perbincangan dalam bentuk kumpulan.

Kalau aku jadi pelajar-pelajar ni memang dah mengantuk pada awal-awal ceramah tu. Sebab tu aku biasakan diri dengan mencatat nota ringkas semasa di alam belajar dulu. Nota tu masih tersimpan hingga sekarang. Maklum la pengajaran yang aku belajar selama ini dalam bentuk ceramah atau lecture sahaja. Serius gitu. hehehe

Program ini mendedahkan para pelajar tentang enakmen syariah berdasarkan peruntukan yang diberikan. Semasa sessi soal jawab, persoalan yang mencabar bagi penceramah untuk menjawab persoalan pelajar-pelajarku ini. 

Ada juga selepas tiada sessi soal jawab mereka sibuk tanya aku pula.

"Ustazah, hukum hudud bagi orang berzina kena sula ke?" terkejut aku dengan soalan ini.

Bagi aku, kata-kata artis mereka jadikan hujjah. cuba korang baca apa yang Enot katakan tu?

Kalau para artis ni ulama' wartawan boleh la tanya. Ni tudung yang wajib tak pakai, nak cakap pasal hudud yang tak ada dalam silibus Pendidikan Islam kat Malaysia ni. Masa aku belajar dulu, ada Fiqh Jenayah. Tapi Ustaz yang mengajar mengatakan "Hudud/ undang-undang Jenayah Islam tak sesuai dilakukan sekarang," dalam radio pulak tu. Terus aku hilang respek kat ustaz tu. Walaupun dia adalah lulusan Universiti Madinah & Morocco. Banyak ilmu tu...

Hasil komen  artis ni la, menyebabkan aku susah nak terangkan kepada mereka. Aku belajar bertahun-tahun tapi nak bagitau tak sampai satu jam? Tolong lah belajar lagi. Masuk bidang pengajian Islam terutama ke universiti timur tengah. Carilah ilmu di lubuknya. Mesir. Madinah. Yaman. Mekah.

Cuba korang baca ayat al-Quran ni. Surah An-Nur ayat 2:

الزَّانِيَةُ وَالزَّانِي فَاجْلِدُوا كُلَّ وَاحِدٍ مِّنْهُمَا مِائَةَ جَلْدَةٍ ۖ وَلَا تَأْخُذْكُم بِهِمَا رَأْفَةٌ فِي دِينِ اللَّهِ إِن كُنتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ ۖ وَلْيَشْهَدْ عَذَابَهُمَا طَائِفَةٌ مِّنَ الْمُؤْمِنِينَ
"Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum ugama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman"

Jika penzina itu belum kahwin lagi, kena sebat 100 kali. Ini jika disabitkan dengan kesalahan.



Jika penzina sudah kahwin, kena rejam. Ini juga jika disabitkan kesalahan. 



Jika tiada bukti kukuh ikut hudud...mereka dikenakan takzir. Takzir ni baru dikira undang-undang 
manusia. Nak penjara ke? Nak denda sampai RM5000 ke? terpulang la kepada undang-undang
negara itu sendiri.


Sabit kesalahan ni mungkin dalam bentuk pengakuan. Pengakuan ni pernah berlaku zaman 
Rasulullah dulu. Dalam bentuk saksi. Saksi pula bersyarat....waaa..banyak tu nak bagi
penerangan. Belajar secara formal la yea.

Ini baru ayat al-Quran. Ada penjelasan hadis lagi. Kemudian ditafsirkan lagi oleh para sahabat. 
Ada syarat-syarat yang diberikan oleh para ulama'. Bukan artis. Ada cara untuk sebat. 
Perempuan macam mana. Lelaki macam mana. Bukan  macam dalam drama 'Tahajud Cinta' tu. 


Aku bukan ulama' nak cerita banyak-banyak ni.Lagi banyak aku sebut, lagi banyak kesalahan 
aku. Jadi...belajarlah agama sampai habis. Bukan separuh-separuh.

Memang rugi la guru-guru tak turut serta tadi. Ada peluang tak nak guna. Aku yang tahu pun,
nak belajar lagi. Lagi belajar, lagi kita tak tahu. Tak rugi rendah diri untuk belajar lagi walaupun 
kita tahu.

Maaf jika ada yang terasa. 

Allahuma Faqqihna Fiddin.Waalimna Takwil. Wahdina ila siratal mustaqim. Aminnn =)

24 Oktober 2011

Mural.

Hari ini aku terpaksa meredah hujan lebat dan kilat yang sambung menyambung ni. Hujan rahmat. Sempat beli  barang untuk kursus pengurusan jenazah. Satu set termasuk kain kafan untuk seorang jenazah RM160. Jadi bersedia ada harta sekurang-kurangnya RM200 untuk uruskan jenazah kita. Sama-sama beringat tentang kematian.

'Lakaran awal'

'Dibantu oleh pelajar dalam proses mewarnakan'

'Proses hampir siap'

'Aiman tak kisah'

'Memang dah siap & sedikit penambahan'
'Alhamdulillah...akhirnya siap'

Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam pembuatan mural ni. Terutama pelukis terawal Aiman dan Zulnizam. Maaf...kerana di copy & paste oleh Saidatul Nabilah, Hanida dan Shahrain. Pewarna yang berbakat Aiman, Zakwan, Aqillah, Shahrain, Ili Amira, Saidah Nafisah dan semua pelajar yang terlibat.

Terima kasih kerana sudi melukis dan mewarna sehingga mural ini selesai.
Jazakallah.

'Tingkatan 2 '

'Tingkatan 3'

'tingkatan 1 & 2'

'tingkatan 1 & 2'

'tingkatan 1 &2 '
'Permainan takraw'
'Mini kolam yang hampir siap'







23 Oktober 2011

Syahidnya Tiga pahlawan.

Sejak kecil aku dihidangkan dengan buku-buku para sahabat. Dalam bentuk yang ringkas dan nipis. Aku selalu membacanya sehingga habis. Ibu bapaku seorang pecinta buku. Bila dirasakan berguna untuk keluarganya, dia akan terus beli. Kadang-kadang ada buku yang sama sudah dibeli tetapi belum dibaca. hehehe...

Jika aku ada masa terluang, aku tak akan lepaskan bacaan kisah para sahabat dalam bentuk novel yang ditulis oleh Abdul Latip Talib. Jika buku yang 'skema' memang susah la nak baca. Baca buku...last2 buku baca aku semula. hehehe...

Aku masih ingat kisah 3 orang sahabat baik yang syahid di medan perang.

"Saya berasa dahaga. Tolong berikan saya air," kata sahabat pertama.

Belum sempat diberikan air, sahabat seorang lagi meminta.

"Saya dahaga. Tolong berikan saya minuman,"

Kemudian sahabat ini nak beri air untuk diteguk kepada sahabat ini...terdengar jeritan seorang sahabat lagi yang dahaga meminta air. Bila sampai di sana. Sahabat itu mati. Akhirnya ketiga-tiga sahabat ini mati tanpa meminum air. Mereka syahid.

Hari ini, aku baru selesai membaca novel sejarah ini. Selama ini aku tidak tahu siapa sahabat yang belum sempat minum air ini. Mereka mengutamakan sahabat yang lain tanpa memikirkan diri mereka. Syahdunya kisah para sahabat ini.

Nabi Muhammad SAW bersabda:
"Tujuh kelebihan yang Allah akan berikan kepada mereka yang mati syahid : 
DIAMPUNKAN SEGALA DOSANYA KETIKA TITISAN DARAHNYA YANG PERTAMA, 
DILIHATKAN KEPADANYA TEMPAT TINGGALNYA DI SYURGA, 
DIHIASI DENGAN HIASAN IMAN, 
DIKAHWINKAN DENGAN 72 BIDADARI SYURGA, 
DIBEBASKAN DARIPADA AZAB KUBUR DAN DIAMANKAN PADA HARI PERHIMPUNAN DI PADANG MAHSYAR, 
DIPAKAIKAN MAHKOTA KEBESARAN DI ATAS KEPALANYA, NILAI PERMATA DELIMA YANG TERDAPAT PADA MAHKOTA ITU LEBIH BAIK DARI DUNIA DAN SEGALA ISINYA, 
BOLEH MEMBERI SYAFAAT KEPADA 70 ORANG AHLI SYURGA DAN KERABATNYA." (hadis direkodkan oleh Imam Ahmad dan Tirmizi)
**********
"Pada hari ini, saya akan mengempur tentera Rom hingga saya syahid. Siapa antara saudara yang sanggup mati bersama saya?" tanya Ikramah bin Abu Jahal.

Mula-mula al-Harith bin Hisyam mengangkat tangan.

"Saya tidak takut syahid kerana yakin balasnnya syurga," teriak al-Harith.

"Saya sokong dan akan menyertainya!" jerit Ayyasy dan Abi Radiah.

Melihat keadaan itu mak semakin ramai yang ingin menyertai pasukan berani mati itu. Pada masa yang singkat, berkumpul 400 orang tentera yang sanggup menyertai Ikramah.

"Yakinlah syahid itu balasannya syurga!" teriak Ikramah dengan penuh semangat.

"Kami sanggup bersama Tuan!" balas mereka.

Khalid bin Al-Walid cuba menenangkan mereka namun tidak berjaya. Ikramah dan kawan-kawannya sudah nekad bagi mencapai syahid dengan menggempur kedudukan tentera Rom.

"Allahu akbar!"

"Allahu akbar!"

"Allahu akbar!"

Kedengaran takbir bergema di angkasa. Ikramah dan bala tenteranya menyerbu ke arah tentera Rom. Maka berlakulah pertempuran paling sengit. Tentera Rom menjadi kucar-kacir akibat rempuhan pasukan berani mati itu.

Keberanian yang ditunjukkan oleh Ikramah dan kawan-kawannya menaikkan semangat tentera Islam. Khalid Al-Walid segera memimpin tenteranya melakukan serangan. Maka pertempuran semakin sengit. namum akhirnya tentera Rom berjaya diundurkan. Ramai antara mereka yang terbunuh dan cedera. Tentera Islam menyambut kemenangan itu dengan rasa kesyukuran.

Senja pun berlabuh tirainya. Padang pasir Yarmuk kembali sepi. Toada lagi kedengaran temp[ik sorak pahlawan yang berperang. Tiada lagi gemerincing mata pedang. Pihak yang kalah meratapi kekalahan mereka. Pihak yang menang mengucapkan syukur dan gembira. Tentera Islam mengumpulkan mereka yang syahid bagi desembahyangkan dan dikebumikan jenazah mereka. tentera yang cedera pula mendapat rawatan dalam khemah yang disediakan.

"Tunjukkan saya di mana Ikramah. Apakah dia masih hidup ataupun sudah syahid?" tanya Khalid bin Al-Walid.

Sejak berakhirnya perang Yarmuk, dia tidak nampak kelibat Ikramah. Disebabkan itu, Khalid bin Al-Walid berusaha mencarinya.

"Ikramah, Al-Harith dan Ayyasy cedera parah. Mereka sedang dirawat di salam khemah," jawab yazid.

"Menurut Yazid, semasa mereka mengumpulkan mayat-mayat tentera Islam yang syahid, mereka menjumpai tiga pahlawan itu sedang terbaring berlumuran darah. Mereka masih bernafas tetapi keadaannya cedera parah. Kemudian tiga orang pahlawan yang berani itu segera dibawa masuk ke dalam khemah bagi mendapatkan rawatan. Yazid mengenali salah seorang daripadanya adalah Ikramah.

"Bagaimana keadaan mereka? Boleh saya menziarahi mereka?" tanya Khalid lagi.



"Mereka sudahpun sedar tetapi keadaannya masih lemah kerana banyak darah keluar. Sekiranya tuan ingin menziarahinya, mari ikut saya," jawab Yazid.

Kedua-duanya menuju ke khemah yang menmpatkan tentera yang cedera. Kelihatan Ikramah, Al-Harith dan Ayyasy masih terbaring sambil menahan kesakitan. Panglima Khalid mendekati Ikramah.

"Semoga Tuhan merahmatimu, wahai sahabatku," kata Khalid dengan suara yang lembut.

"Ikramah memandang Khalid. Air mata bergenang di kelopak matanya.

"Apa yang saya lakukan demi mendapat rahmat dan keampunan-Nya. Saya tidak menyesalinya," kata Ikramah dengan suara yang tersekat-sekat kerana menahan rasa sakit.

"Suatu ketika dahulu, kita pernah sama-sama memerangi Islam. Tetapi hari ini kita sama-sama berperang bagi menyebarkan syariat Islam. Kita sama-sama inginkan syahid. tetapi Allah belum mengizinkannya," balas Khalid bin Al-Walid.

Bibir Ikramah mengorak senyuman mendengar kata-kata itu. Terhibur hatinya mendengar kata-kata itu. Dia seperti dapat melupakan seketika kesakitan yang sedang ditanggungnya.

"Saya pernah memerangi Muhammad dan sanggup membelanjakan harta bagi memerangi Islam. Tetapi Tuhan masih sayangkan saya lalu diberinya hidayah. Selepas Islam, saya membelanjakan harta saya demi islam. tetapi amalan saya tidak mencukupi. Kerana itu saya inginkan syahid. Bukankah syahid itu balasannya syurga?"

"Benar sahabatku. Kerana itu saya juga bercita-cita untuk syahid di medan perang tetapi Allah belum memperkenankannya. Tetapi saudara lebih bernasib baik daripada saya."

"Bernasib baik? Apa maksud saudara?"

Menurut Khalid, Ikramah mengalami luka parah dan besar kemungkinan menemui syahid. Dia pasti mendapat keampunan sekiranya ditakdirkan menemui ajalnya.

Ikramah tersenyum sekali lagi apabila mendengar kata-kata Khalid itu.

"Saya berasa dahaga. Berikan saya air untuk diminum," kata Ikramah.

Khalid menyuruh Yazid mengambil air bagi diberikan kepada Ikramah.

"Mungkin inilah minuman terakhir saya," kata Ikramah.

Tetapi belum sempat dia meneguk air itu, al-Harith bin Hisyan juga bapa saudara ikramah terbaring disebelahnya bersuara.

"Saya dahaga. Tolong berikan saya air minuman," rayunya.

Ikramah tidak jadi meneguk air yang diberikan oleh Khalid.

"Bapa saudara saya lebih memerlukan air itu. Berikan kepadanya," kata Ikramah.

Panglima Khalid berpaling kepada al-Harith lalu cuba menuangkan air ke mulutnya. Tetapi belum sempat air itu dicurahkan ke dalam mulutnya maka Ayyasy yang terbaring di sebelah al-Harith pula bersuara.

"Saya dahaga. Tolong berikan sedikit air," rayunya.

Al-Harith tidak jadi meminum air itu. Dia menuruh Khalid memberikannya kepada Ayyasy.

"Dia lebih memerlukannya daripada saya," katanya.

Khalid berpaling kepada Ayyasy kerana hendak memberinya minum tetapi Ayyasy sudah meninggal dunia. Khalid cuba memberikan air itu kepada Ikramah tetapi dia juga meninggal dunia. lalu air itu hendak diberikan kepada Al-Harith tetapi dia juga sudah meninggal dunia.

Kini Ikramah sudah tiada lagi. Matinya dalam syahid. Mayinya dalam keredhaan Allah. ikramah tidak pernah kesal pada jalan yang dipilihnya. pengorbanan yang dilakukannya demi Islam. Hanya untuk Islam. Dia mati dengan senyuman di bibir. Bagaikan tidak sabar-sabar mendapat balasan syurga daripad Allah. itulah Ikramah, anak Abu Jahal yang sangat kuat cintanya kepada Islam walaupun dia anak kepad Abu Jahal.

Beliau syahid semasa pemerintahan Khalifah Abu Bakar As-Siddiq.

p/s: walaupun bapa seseorang pelajar jahat, tak semestinya pelajar itu jahat dan mengikut perangai anaknya. Hidayah Allah tiada siapa yang tahu. Kita hanya berusaha d\an bertawakkal. Yang lain...semuanya Qada' dan Qadar Allah. Kembalilah kepada ajaran Islam yang sebenar dan mengambil pengajaran dari sejarah. Moga kisah ini bermanfaat ^___^

SUMBER: Buku bertajuk : Ikramah Penentang menjadi Pembela. Oleh : Abdul latip Talib. Keluaran PTS 2010

22 Oktober 2011

Program Khidmat Masyarakat.

Hari minggu. Program khidmat masyarakat bawah anjuran Panitia Sivik dan Kewarganegaraan. Untuk pelajar tingkatan 1 dan 2 sahaja. Pelajar tingkatan 3 juga hadir. Syabas untuk anda yang datang berkhidmat untuk menjayakan program ini.

Pelajar-pelajar adalah golongan yang masih boleh dididik. Mereka tidak sejahat yang disangkakan. Ada nilai kebaikan yang masih tidak digilap. Masih ada prasangka yang mengatakan mereka jahat dan sebagainya.

Pernah dengar perkataan ini?

"Allah...menurut prasangka hambanya"

Begitu juga prasangka kita terhadap pelajar. Jika kita nampak jahat dirinya, memang jahatlah pada pandangan kita. Jika kita nampak baik, maka memang baiklah pada pandangan kita.

Antara pengisian program ini adalah gotong royong membersihkan masjid, membuat mural dan membuat kolam mini.
'Bacaan Ma'thurat sebelum program bermula'

'Ni mural yang sempat siap'

'Baru jumpa makanan. Siannyer.hehehe'

'Ni buat kolam mini...tapi xsempat siap.huhuhu'

'Ni kat luar masjid'

21 Oktober 2011

Pemimpin Libya Zalim?

Bila tengok berita pasal kematian Muammar Gadafi, sedih walaupun dia zalim terhadap rakyatnya.

Dia tetap Islam. Saudara seislam kita.

Begitu juga dengan Pemimpin Iraq dulu, Saddam Hussein.

Adakah musuh Islam nak suruh kita bermusuhan sesama kita?

Adakalanya aku terfikir begitu kerana yang paling memusuhi Islam adalah golongan kafir.

Semua agama lain boleh bergabung untuk menghapuskan Islam.

Tapi kita masih mengagungkan mereka.



Seseorang pemimpin yang dianggap zalim akan dihina semasa kematiannya.

Bila dia berkuasa dia diagungkan. Semua orang perlu ikut perintahnya.

Sedangkan Saidina Umar Al-Khattab meminta rakyatnya menegur beliau jika dia tersilap.

Itu sahabat.

Kita yang jauh dari Rasulullah. Jauh dari para sahabat takkan kita tidak boleh ditegur?

Sama juga dengan kes pergantungan Profesor Dr Aziz Bari. Aku tak nak ulas pasal ni.

Dengan ada demontrasi aman tapi tidak dibenarkan solat jumaat. Entah laaa...tak tau kesudahannya.

Tv pun aku tak leh percaya.

Hormatilah pandangan ahli akademik.

Jangan sempitkan pemikiran.

Biar kita semua terbuka minda untuk menerima semua pendapat.

Bukan menyekat pandangan.

Boleh baca lagi di SINI.

Ingatlah firman Allah ini:


قُلِ اللَّهُمَّ مَالِكَ الْمُلْكِ تُؤْتِي الْمُلْكَ مَن تَشَاءُ وَتَنزِعُ الْمُلْكَ مِمَّن تَشَاءُ وَتُعِزُّ مَن تَشَاءُ وَتُذِلُّ مَن تَشَاءُ ۖ بِيَدِكَ الْخَيْرُ ۖ إِنَّكَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
(Q.S.Ali-Imran:26) 

Jawi & Kem Bestari.

PMR sudah...
Peperiksaan akhir tahun sudah....
Apa pengisian untuk semua pelajar ni?

Hari rabu buat program Cerdik Jawi.
Ada pelajar yang masih tak tau membaca Jawi.
Sekurang-kurangnya dia dapat membaca beberapa patah perkataan mudah.

Daripada respon beberapa orang pelajar, mereka gembira dengan program ini. Walaupun sakit mata tengok perkataan2 jawi, mereka berusaha menyelesaikan tugasan. Tahniah adik2ku =)

Ada yang tak hadir ke sekolah.
Bekerja untuk menyara anak isteri.
Atau nak beli susu anak ke? huhuhu

Hari ini semangat nak buat kem bestari solat. Tapi ada perjumpaan tergempar. Solat tak penting ke? Padahal ada pelajar yang masih terkapai-kapai untuk belajar tentang wudu' dan solat secara amali. Semangatku dah menurun sehingga rakanku hampir membatalkan terus kem bestari solat. Program tadi dapat diteruskan dengan melantik guru-guru muda di kalangan mereka sendiri. Entah la...aku tak tau program tadi mencapai matlamat atau tidak.

Dalam perjumpaan tadi semua kakitangan dipanggil. Nama aku juga naik dalam perjumpaan tu. Waaahhh...hangat ni. Apa aku buat? Takkan pasal tak pandai berkomunikasi. Intonasi aku terlalu keras ke?
Aku mengaku la kalau aku ni antara orang yang kasar. Tapi bagitau la detail sikit. Ni bagitau macam ada 'sesuatu' yang masih tersembunyi tapi masih berlapik. Aku tak kisah kalau nak tegur aku pun. Aku boleh terima. Aku pun masih belajar menyesuaikan diri dengan alam belajar dan alam bekerja.

Bagi aku...kalau nak orang hormat kita...perlu tunjuk tauladan yang baik.

KEPIMPINAN MELALUI TAULADAN.

Apa salahnya pemimpin turun padang SINI? pelajar lagi hormat jika imamnya adalah pengetua kan.hehehe...

Bagi seseorang itu mampu memimpin solat (lelaki la) dia memang mampu menjadi pemimpin yang baik. Ada sesiapa sokong aku???


'pinjam gambar dari google jap.hehehe'

Ya Allah, jika seseorang itu membaca entri aku ini, aku harap dia berfikiran positif. Aku bukan nak melawannya tapi aku nak semuanya ingat Allah Maha Berkuasa.

Jika kita buat kepada orang lain,
mungkin suatu hari nanti orang akan buat perkara yang sama kepada kita.
Kerja Allah tiada siapa yang tau kan.

Dunia dah berubah.
Sakit memegang amanah.
Amanah inilah yang selalu kita abaikan.
Muhasabah untuk diriku sendiri ='(

20 Oktober 2011

Sadis = sedih (update)

"sadis betul laaa,"

Aku search dalam google perkataan ini.
Ada yang mengatakan bermaksud sedih.
Ada yang mengatakan sedih terhadap kekejaman.

Tapi dalam entri sebelum ini, aku maksudkan sedih kerana berkaitan dengan agama. Pelajar yang tak tau menjawab pendidikan Islam adalah menyedihkan. Kemungkinan mereka akan berlaku kejam terhadap diri sendiri kerana kurang agama.

Aku minta maaf.
Jika perkataan SADIS yang mengganggu emosi pembaca.



Hari ini,
Semua pelajar semak markah mereka.
Ada yang minta penambahan markah.
-1 atau +2...tak banyak berbeza.
Ini kan manusia yang tanda.
Tak lari daripada kesilapan.
hehehe...


19 Oktober 2011

No Israel!

Bijak budak Arab. 
Baru berusia 2 tahun. 
Dia dah tahu negara Israel tidak ada. 
Yang ada adalah negara Palestin. 
Allahu Yubarik Ya Habibty =)

d

Harap semua pembaca mendapat manfaat dari video ini. Israel adalah pengganas  yang merampas tanah warga Palestin. Kenapa kita masih makan makanan buatan Israel ini?

Bukan Islam sudah boikot makanan Yahudi atau Israel ini. Kita bila lagi?

cari...

cari...

cari...

Video dari fb dah kena remove...aku cuba cari lagi. tak dapat.huhuhu...


Sebenarnya banyak perkara tentang Yahudi ni tak nak kita tahu...

Perkara yang cuba disembunyikan:

1. Israel merupakan pembekal rokok terbesar dunia. Rakyatnya tidak digalakkan menhisap rokok kerana mereka tahu bahaya dalam kandungannya.

2. Mereka mempunyai kepakaran dalam mencipta vaksin dan mahir dalam ilmu perubatan. Mereka hanya membiarkan orang luar (bukan israel) mendalami ilmu ini kerana mereka tahu kimia yang terdapat dalam ubatan akan merosakkan kesihatan dalam jangka masa yang panjang. Penduduk mereka menggunakan habbatul Sauda' (salah satu pemakanan sunnah) dalam perubatan seharian mereka.

3. Kaum ibu yang mengandung akan mendengar si suami ata membaca sendiri buku, menyanyi dan menyelesaikan masalah matematik supaya bayi mereka bijak dan petah. islam juga menggalakkan kita memperbanyakkan mendengar bacaan Al-Quran dan membacanya.

4. Mereka memakan buah-buahan dahulu sebelum memakan makanan utama seperti nasi atau roti. Sebab itu kebanyakan pelajar kita mengantuk dan malas untuk belajar. Kita dimomokkan dengan buah-buahan sebagai pencuci mulut.

5. Israel terus melakukan pelbagai usaha untuk menghancurkan Masjid al-Aqsa dan menguasai palestin dengan menggali tanah masjid tersebut supaya runtuh sendiri.

6. Pelajar-pelajar di sekolah dilatih dengan taktik tentera dalam sukan seperti menembak, memanah dan berkuda. inilah persiapan mereka pada masa akan datang.

Ni entri lama. Klik SINI

18 Oktober 2011

Tanda Kertas.

Hampir selesai menanda kertas PI. Terbantut nak menanda bila jawapannya mengarut. Tak ikut kehendak soalan. Macam tak pernah di ajar. Aku lah yang salah tu.huhuhu

"Maksud jiran ialah 40 buah rumah..."

Jiran tu rumah ke? orang tak sekolah pun tau. Jiran adalah mereka yang tinggal berdekatan dengan kita. Islam menetapkan jumlah jiran sejauh 40 buah rumah sama ada kanan, kiri, atas, bawah, depan dan belakang.

"Keistimewaan malaikat adalah mempunyai wahyu dan mempunyai badan yang besar."

Korang nampak ke malaikat tu??? huhuhu...sadis betul laaa. Tok guru mana yang ajar ni? ke banyak tengok cerita hantu? atau komik? atau selalu main game. waaaa... Malaikat menyampaikan wahyu. Bukan ada wahyu.huhuhu...

Ada juga yang buat..

"Keistimewaan malaikat dapat melihat wajah Allah dan dapat hafal Al-Quran dengan cepat"

Keistimewaan malaikat antaranya...
1. Mempunyai sayap
2. Diciptakan daripada cahaya...ada jugak tulis yang diperbuat. Kl aku pentingkan bahasa dah kne tolak markah ni...
3. Diciptakan berbeza dengan manusia.
4. Boleh menjelma dalam pelbagai bentuk.

Bila diminta menceritakan secara ringkas riwayat hidup Saidina Umar Al-Khattab...korang tulis...

"ia seorang pemuda yang baik hati..."

Aduhhhai anak2 Islam.

Sahabat nabi tak kenal. Berbuih mulut ni cerita kisahnya. satu pun tak melekat? Artis Malaysia ni korang kenal...sampai nama tempat dia buat konsert pun korang tau. Artis ni dari AF ke berapa pun korang tau. Kalau ini la cara korang...memang sah korang tak faham sejarah Malaysia.huhuhu

Ada yang buat...

"Seorang pemuda yang baik hati"

"Saidina umar dilahirkan di Adi"...

Padahal Saidina Umar berketurunan Adi dari Bangsa Quraisy. Lahir 13 tahun selepas kelahiran Rasulullah. Beliau merupakan khalifah ke-2 dari Khulafa' Ar-Rasyidin selepas pemerintahan Abu Bakar As-Siddiq. Beliau digelar al-Faruq bermaksud pemisah antara hak dan batil. Beliau meninggal dunia ketika berusia 63 tahun. Beliau dibunuh oleh hamba yang berbangsa Parsi, Fairuz atau dikenali dengan nama Abu Lu'lu'ah.

Dalam bab Solat Jama' dan Qasar...

"Maksud jama' ta'khir ialah orang yang baru masuk Islam"

Orang yang baru masuk Islam dipanggil Muallaf!

Apa maksud jama' ta'khir sebenarnya?

Solat Jama' ta'khir adalah menghimpunkan dua solat fardu dalam waktu kedua, iaitu menunaikan solat zuhur dengan asar dlam waktu asar atau menunaikan solat maghrib dengan isya' dalam waktu isya'.

Syarat solat jama' ta'khir.
1. Berniat akan melakukan jama'ta'khir semasa dalam waktu kedua (zohor /maghrib)
2. Masih dalam perjalanan hingga kedua-dua solat selesai dilaksanankan.

Siapa golongan yang wajib qada' dan fidyah?

1. perempuan mengandung yang bimbang keselamatan diri dan kandungannya.

2. perempuan yang menyusukan anak kerana bimbangkan kesihatan diri dan anaknya.

3. perempuan yang mengandung atau yang menyusukan anak yang bimbang kesihatan anaknya.

4. Orang yang lewat mengqada'kan puasa hingga melepasi bulan Ramadhan berikutnya.

Siapa golongan yang HARUS berbuka puasa?

1. Orang tua yang tidak berdaya puasa.

2. orang sakit yang memudharatkan jika terus berpuasa.

3. Orang yang sakit tenat yang tiada harapan sembuh.

4. Orang musafir dengan tujuan baik melebihi 2 marhalah (91/ 100 km SINI).

5.Orang yang bekerja kuat dan berat sepanjang hari.

6. Orang yang tersangat lapar dan dahaga hingga membahayakan kesihatan diri jika diteruskan puasa.

7. Perempuan yang mengandung atau yang menyusukan anak yang bimbang kesihatan anaknya.

8. Perempuan yang menyusukan anak kerana bimbangkan kesihatan diri dan anaknya

Huhuhu...

Aku tak sanggup nak sebut lagi. Malu...tapi ini lah realiti anak muridku. Aku tak berjaya tarik minat mereka.

Cuba baca karangan dalam gambar ini

'Jumpa cikgu!'

17 Oktober 2011

Indah Khabar Dari Rupa.

Tanda kertas 'final exam'. Berkerut dahi aku nak tanda semua kertas ni. Ada yang tulis jawi. Ada yang tulis rumi. Kalau yang tulis jawi...ada yang aku tak boleh baca. Aku tak tau jawi ke? hehehe...

Bermastautin adalah orang yang tinggal tetap di suatu tempat dan dikira ahli jumaat yang 40 orang. Orang bermuqim adalah tinggal tetap untuk sesuatu hajat tapi tak dikira ahli jumaat yang 40 orang. Contohnya tinggal di suatu tempat kerana kerja. Padahal dia dia orang pantai timur...

Perjumpaan mengejut tadi. Aku tak tau motifnya apa dan aku tidak bersedia untuk bercakap apa-apa. Dalam perjumpaan tadi aku masih fikir apa aku nak cakap ni. Dek memikirkan hal ini...aku dianggap "rindu nak balik kampung" " Hati dah kat kampung tu". Memang menyampah bila orang tembak aku dengan ayat tu. Bukan sadis pun. Memang ada sesuatu aku nak cakap tapi bila dah ada yang menyampuk, memang hilang terus idea.  Sabar la duhai hatiku....

Balik dari sekolah aku terus cari balai cerap Baitul Hilal. Aku pergi la nak tengok. Mana tau aku ada peluang nak pergi cerap anak bulan atau buat lawatan ke situ.  Rupanya indah khabar dari rupa. Hampesss!

"Assalamualaikum...tumpang tanya. Mana pejabat untuk balai cerap ni?"

"mmm...akak pergi jalan terus...nanti jumpa bendera Malaysia. Kat situ la pejabatnya,"

Satu bendera pun aku tak jumpa. Pergi la kat balai cerap tu. Rupanya tak siap lagi. Mana ada pejabatnya. Orang yang bagi maklumat tu pun dah lari. Memang dasar penipu ni penakut. Dah la hujan lebat. AKu sanggup redah sebab aku ingat rupa balai cerap ni macam balai cerap kusza. hahaha...

Disebabkan aku kecewa dengan balai cerap ni...aku snap beberapa gambar. Layan je la...


'gambar dalam hujan. Baitul Hilal'

'Hotel bersebelahan dengan Baitul Hilal. Dah beroperasi'




'Tempat pengawal yang bagi jawapan salah.huhuhu'

'Jalan keluar. Memandu sambil snap. Dah ambil jalan orang.hehehe'

' Ni la tempat mula-mula aku jumpa sebelum jumpa balai cerap'


'Perjalanan balik jumpa tokong ni. Menarik warnanya kan.hehehe'

'Disebabkan kecewa..beli ikan kat family store'

'Ni depan family store sebelum pulang ke rumah'

15 Oktober 2011

Sehari berjumpa TPM.

Hari sabtu...

Asalnya dua orang guru dan pengetua sahaja yang pergi. Last minit diminta semua guru pergi ke sebuah sekolah ni untuk perjumpaan bersama TPM. Yang peliknya kena pergi jam 1 tengah hari...

Aku pergi rumah seorang kawanku. Dia ajak pergi ke tempat kenduri kahwin seorang anak mamat (India Muslim). Ni kali pertama aku pergi. Meriah betul. Macam duk di India. Ala-ala Taj Mahal.hahaha...

Ramai saudara mara dia datang. Diorang buat di tempat yang grand jugak la. Makanan daripada kedai makan keluarganya sendiri. Catering keluarga juga la tu. Sambil-sambil promosi makanan best diorang.hehehe...

Makanan yang dihidangkan adalah nasi beriani. Best. Lembut sangat. macam dalam iklan tv tu. "panjangggg!". Makanannya menyelerakan tapi perutku masih tak ok.huhuhu...terlepas nak makan banyak.hahaha...

Lauknya terdiri daripada kari kambing , ayam goreng berempah, dalca dan buah yang digaul dengan mayonis (tauru kata seorang india tu). Entah apa namanya...aku tak tau la...

Ruginya aku tak bawa telefon sony aku. tak dapat aku snap gambar candik. Aku ni tak pandai sangat bercerita. Sebab tak banyak aku tahu pasal adab diorang ni.hahaha...

Lepas tu aku kena pergi ke sekolah teknik untuk pendaftaran guru-guru SMKA, SABK dan KAFA. Aku tengok tentatif...pukul 4 petang baru mula TPM datang. Aku datang pukul 2 petang. Lamanya perlu tunggu...huhuhu

"Dari tempat duduk belakang'

'Pelajar tunggu lama di depan'

'Polis periksa setiap inci tempat duduk TPM'

Sementara menunggu TPM datang, ada slot ceramah meningkat profesionalisme perguruan dan ceramah dari BPI. Dalam tentatif tak ada pun. Dengar je laa...hahaha

Kesian aku tengok budak yang nak buat persembahan. Tunggu lama...dari pukul 4 petang bersedia kat depan. Rupa-rupanya TPM datang tepat pukul 5 petang. Ramai yang tak solat lagi. Penyakit cikgu-cikgu ni susah nak penuhkan kerusi depan. Kerusi belakang penuh.

Mula dengan ucapan MB dan seterusnya baru TPM cakap. Kemudian ada sessi soal jawab. Aku setuju sangat dengan persoalan diorang ni.

Pasal sekolah aku sendiri...kenapa pengetua tak cakap sendiri. Kita dah ada tanah, cuma nak hak milikan dan buat bangunan sahaja kat situ.

Lepas tu pasal kaunselor. Aku setuju sangat cadangan kanselor mesti ditapis. Dia mesti orang yang mempunyai asas agama islam baru kaunseling itu berkesan.

Semua sekolah SABK dapat replika cek bernilai RM140 ribu. Wah, banyak tuuu!

Sekolah aku kecil sangat. Pelajar tak sampai 100 orang.

Duit tu nak belanja untuk apa? Nak buat bilik komputer pun susah. Nak letak barang2 pun tak boleh. Memang tak patut laaa....Bagi tanah dan buat bangunan lagi baik laaa...

RM 140 ribu itu amanah kepada pentadbir yang mengendalikan duit itu. Jika buat untuk kepentingan diri memang hancur la diri tu. Memang tak berkat pemakan harta haram hingga akhir hayat. Apa nak jawab dalam kubur???

Kalau untuk pembangun sekolah dan pelajar-pelajar...aku tak kisah sangat.

Apa pun amanah paling penting.

Ingatlah...Kematian tak kira muda atau tua. Muhasabah dan sentiasa bertaubat dan tidak ulangi kesalahan. Peringatan Allah dan ujian Allah mesti ada sebab musababnya. Jadi beringat sebelum terkena!

Ingatan untuk diriku yang sentiasa alpa ='(

Pemimpin Brunei ... tipiem.huhuhu

Apa halnya hari ni dia nak jumpa??? Nak pilihanraya ke? Takkan nak bagi gula-gula kat kami supaya ikut kata-kata diorang ni. Aku tak faham betul la. Nak 'brain wash' je kerja diorang. Dari semalam rumah aku tak ada air. Ni la akibat baiki jalan atau baiki paip kot untuk tipiem datang kat sini. huhuhu

Masa ni la 'jem' punya teruk. Dua tiga orang rakanku membebel pasal 'jem' yang tak sepatutnya berlaku semasa waktu kerja. Bukan excident tapi kerja baiki jalan. Biar cantik. Lepas ni jadi kopak semula. Memang kita semua suka 'biar miskin asalkan bergaya'. Biar diri cantik walaupun hati busuk. Biar mulut manis tapi kat belakang mengutuk bagai nak 'rock'....Dok rok cetong!!!

Malasnya nak memandu dalam keadaan 'jem kreng'. Haus kaki nanti. hehehe...

Tengah hari nanti, aku akan ke sana...lepas tu...tadah telinga. Ni aku nak kongsi ucapan Sultan Brunei pasal pelaksanaan undang-undang syariah. Dia lebih faham dari piem negara kita. Tak nak tau. Pandai buat statement orang jahil. klik SINI

Ni pulak keratan akhbar...




13 Oktober 2011

Car Wash? Adik-adik?

Betul ke ini sekolah?
Betul ke ini kawasan masjid?
Bila buka kedai 'car wash' ni?

Adakah ini pertanyaan orang 'luar' apabila melihat keadaan sekolah kami tadi?

Kalau 'pentadbir' tak kisah...aku apa kisah. ikut suka hati la.
Kalau orang 'luar' cakap kat belakang...jangan marah yea. hehehe

Kenapa banyak sangat 'kalau' ni...
Itu andaian aku je. Kalau tak setuju..abaikan.huhuhu

'Car wash' dibuka hari ini oleh pelajar form 3 yang sahaja tamat peperiksaan PMR baru2 ni.
Ini cara mereka kumpul duit untuk jamuan akhir tahun atau 'Hi-tea' diorang.
Aku tak minat sangat. Maaf...aku tak tau kenapa yea...
Biarpun semua orang tak akan lepaskan peluang ini.
'kereta guru-guru yang tersusun'

'cuci sampai berkilat yea'

'keretaku diceroboh.hehehe'

keretaku terasing. vacum shj ^_^

'Guru-guru pantau dari jauh'

Aku lebih berminat dan berfikir keadaan adik-adikku yang ditinggalkan di kampung.
Bagaimana keadaan mereka sepanjang ketiadaan mak & ayah pergi menunaikan haji?

Perkembangan mereka sampai hari ini...
Macam dah biasa. pergi dan balik sekolah macam biasa.
Jiran-jiran masih ada untuk membantu.
Hanya telefon penghubung aku.

Ini kisah semasa mak & ayah pergi umrah tahun 2010. SINI

Rakan Sejawat Toksik

Ahlan...ahlan Ya Ramadan.  Alhamdulillah masih diberi peluang merasai hidup dalam Islam tetapi umat Islam Palestin masih bergelut dengan kes...