Mutiara Kata Untuk Murabbi.

"JIKA MURID DIAJAR DENGAN PUJIAN, DIA BELAJAR MENGHARGAI"

"JIKA MURID DIAJAR DENGAN CELAAN, DIA BELAJAR MEMAKI"

"JIKA MURID DIAJAR CEMUHAN, DIA BELAJAR RENDAH DIRI"

"JIKA MURID DIAJAR DENGAN PERSAHABATAN, DIA BELAJAR MENYAYANGI"

"JIKA MURID DIAJAR PERMUSUHAN, DIA BELAJAR BERKELAHI"

"JIKA MURID DIAJAR JAMINAN, DIA BELAJAR MEMPERCAYAI"

"JIKA MURID DIAJAR DENGAN PENGHINAAN, DIA BELAJAR MENYESALI"

"JIKA MURID DIAJAR DENGAN KEADILAN, DIA BELAJAR KESAKSAMAAN"

"JIKA MURID DIAJAR DENGAN DISKRIMINASI, DIA BELAJAR MEMENTINGKAN DIRI"

24 Februari 2013

Keburukan laman sosial.

Laman sosial bukan pemacu negara. Ermm..bukan senang tajuk ni. Macam debat ala parlimen ni. Dah lama tinggal penulisan skema macam ni. Rasanya pelajar yang bertanya tentang tajuk ini dah selesai cari isi atau malumatnya. Hari ini baru terbaca. Lain kali masuk ke ruang komen ye. Sekarang buka blog melalui handset. Canggih sikit.

Tajuk ni perlu difahami maksud satu persatu. Ini memerlukan kamus dewan bahasa dan pustaka. Bukan fikir logik sahaja. Sebab ini bahasa bukan sains. Faham tajuk baru boleh nak cari isi. Kamus ini tiada dalam stok simpanan. Jadi cari di perpustakaan ye. Definisi....Bagi contoh laman sosial sekarang...

Aku cuma nak senarai keburukan laman sosial walaupun banyak kebaikannya. Ini menurut pandangan aku. Bukan artikel dari ahli bahasa. Blog tidak ilmiah seperti blog aku ini, tidak boleh dijadikan rujukan. Contohnya : menurut penulis blog jaulahsufi.blogspot.com....(x)


1. Medan penyebaran fitnah

2. Buang masa jika tidak digunakan sebaik-baiknya

3. Punca pergaduhan dan permusuhan.

4. Melalaikan sehingga membawa ketagihan dan terlalu obses.

5. Perceraian. Cari statistik perceraian. Cari artikel berkaitan. Terutama akhbar atau jurnal atau buku ilmiah.

6. Maklumat palsu/ penyalahgunaan daripada kata-kata sebenar.

7. Penyalahgunaan identiti / penyamaran/ gangguan dari pihak yang tidak dikenali

8. Jenayah: Rompakan dan kecurian, rogol, lari dari rumahdll

9. Sihir : menggunakan gambar dari facebook.

10. Terdedah kepada jenayah siber

11. Memberi kesan negatif kepada kedaulatan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan.

12. Terhakis pergaulan secara realiti.

13. Gangguan kepada kesihatan fizikal dan mental

14. Melahirkan masyarakat yang beku pemikiran.

15. Prestasi kerja menurun dan terus merosot.

16. Pengaruh unsur pornografi dari Barat.

17. Wujud masalah sosial.

Ini fakta dari respon kawan-kawan dari facebook aku:

"Berdasarkan kajian 'Norton Online Living Report' (NOLR) yang dijalankan di Malaysia mengenai tabiat penggunaan internet di negara ini, para remaja menghabiskan masa 16 jam seminggu melayari internet. Manakala,kajian yang dilakukan oleh Grunwald Associates LLC mendapati golongan ini menghabiskan hampir sembilan jam seminggu melakukan aktiviti dalam jaringan sosial ini"

Itu sahaja yang dapat aku senaraikan. nanti kembangkan isinya dengan maklumat yang kukuh. Buktikan kesahihan fakta yang diutarakan. Masukkan akibat kepada negara dan generasi akan datang.

http://www.ukm.my/monline/pelajar-dan-laman-sosial.html
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Facebook_Twitterantarapuncacerai/Article
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0305&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_10.htm

Ada yang nak bantu boleh masukkan di ruangan komen.

22 Februari 2013

Majlis Perpisahan 2013.

Berjumpa dan berpisah sentiasa berlaku dalam dunia ini. Itulah rutin yang sentiasa berlaku dalam hidup kita. Biarlah pertemuan dan perpisahan itu kerana Allah.

Selepas aku di .'posting'kan ke sekolah, guru inilah yang hadir 2 bulan selepas itu. Beliau dilantik menjadi ketua Panitia Sains da Matematik. Cara kerja beliau memang melayakkan diri beliau diangkat menjadi model atau contoh kepada guru lain.

Beliau adalah antara guru kesayangan bagi semua 'anak-anak' di sini. Kehilangan atau perpindahan beliau sangat dirasai oleh kami semua. Aku masih bertahan daripada menangis atau bersedih. Andai aku telah mula menangis, tiada apa yang boleh aku buat termasuk bercakap dan berhadapan dengan orang lain. Biarlah aku dianggap 'hati batu'. Keras. Batu ini lama-lama boleh lekuk dan pecah kan. Apatah kita ini 'hati manusia'.

Sebagai jurukamera, aku lebih banyak fokus kepada gambar bukan perasaan. Satu kerja. Maaf andai gambar ini kurang cantik. Dari telefon cikai. hehehe

'sibuk bagi pesanan untuk anak-anak'

'guru-guru lain sedang mengiringi beliau'

'kek tira misu dari Chan (pembekal buku)'

'Sambil salam sempat bagi kata-kata nasihat dan semangat'
'Teringin sangat nak bergambar. Ambil la'

'Adus!'

Moga bertemu lagi andai kami pergi ke Johor. Insya Allah.

12 Februari 2013

Berat Meninggalkannya.

Selamat kembali dari bercuti.

Beruntung sangat bagi mereka yang dapat cuti selama seminggu. Aku tak termasuk.

Mood tak bersedia mengundang padah. Barang tertinggal. Banyak kali cari tapi tak jumpa. Entah di mana tangan ajaib itu simpan. Depan rumah ada penyampaian BR1M. Empat kali buat 'lintas homat'. Harap tiada orang perasan atas lintas hormat kami di hadapan YB. Maafkan daku.

Bertolak jam 10.30 malam. Alhamdulillah sampai ke destinasi pukul 5.30 pagi. Semuanya keletihan...

Jiwa masih di kampung. Aku juga 'berat' nak datang sini. Atas tuntutan tugas dan amanah, aku memaksa diri untuk datang. Semua jalan 'clear'. Perjalanan berjalan lancar dengan izin-Nya.

Aku juga dah kurang update blog kerana kurang membaca dan menggunakan internet melalui telefon. Tak selesa nak update blog melalui telefon. Whatsup, viber, dan LINE jadi bahan uji kaji aku.

Walaupun YES 4G dah dipasang di sekolah, kekangan masa kosong membataskan aku menggunakan internet selain untuk tujuan kerja.


Adakah pihak sekolah akan mengambil guru baru? Mereka seolah-olah selesa dengan 'cukup guru'. Sedangkan aku dikehendaki mengajar 30 waktu. Jika mengajar sahaja aku tidak kisah. Sekarang aku adalah ketua panitia. Aku adalah penyelaras pusat sumber. Aku adalah guru penasihat persatuan, sukan dll. Malas aku nak senaraikan. Maaf andai aku hanya mengajar sahaja.

Aku teringat kata-kata seorang pensyarahku," Jika tak mampu buat yang lain, P & P jangan tinggalkan." Kata-kata ini terpahat dalam ingatanku.

Teringat kata-kata sepupuku,"Adakah ini sekolah agama?". Sekolah agama yang 'tiada agama'. Kesimpulan yang boleh aku berikan. Visi & Misi untuk membentuk pelajar berakhlak mengikut acuan Al-Quran dan As-Sunnah. Tiada usaha ke arah itu.

Bukan niatku untuk memburukkan pihak tertentu, tetapi inilah hakikatnya. 'Bebanan tugas' tidak akan selesai andai pihak atasan 'selesa'. Manakala pihak bawahan terus menanggung 'bebanan' ini.

Tolong jangan kata 'banyak kerja' andai kerja sendiri orang lain yang buat. Aku terpaksa sebut di sini. Aku hanya insan biasa. Kerja aku sendiri banyak tergendala dan aku tak mampu nak buat tugasan orang lain.

Aku mohon supaya Allah beri ketenangan dan memberi kesihatan yang baik serta mempermudahkan segala urusanku. Pengalaman hari ini, aku jadikan ia suatu pengajaran yang berguna.

p/s: bebelan aku hanya luahan hatiku sahaja.

02 Februari 2013

Ibu Kepada Bakal Doktor

Kelihatan pasangan suami isteri yang menaiki kapal terbang. Mereka berdua dalam perjalanan ke timur tengah untuk melawat anaknya. Anak mereka kebanyakannya doktor dan bakal seorang doktor. Aku terbayang Prof Dr Muhaya.

Berbalik kepada kisah pasangan suami isteri ini, ,mereka duduk bersebelahan dengan mahasiswi Universiti Al-Azhar. Dalam tempoh perjalanan yang panjang, banyak perkara yang dikongsi bersama Mak Cik dan Pak Cik ini. Daripada pakaian mereka, mereka dikira orang berada dan kaya. Aku lebih senang memandang pasangan ini bahagia.

"Keraja** nak target A untuk pelajar. Apabila guru ini mengajar dan tak dapat  target A...guru-guru ini akan dimarahi. Mak cik ni guru matematik,"  Mahasiswi ini tersenyum. Tanpa disangka  makcik yang bertudung labuh ini seorang guru matematik. Manakala suaminya sentiasa berkopiah putih dan berwajah tenang. Tentera laut.

"Dah berpuluh tahun makcik mengajar. Mak cik tahu la semua otak pelajar ini tidak sama. Mak cik tak tekankan pelajar makcik dengan target A. Mak cik selitkan dalam pengajaran tentang perkara fardu ain dan tentang agama dalam kelas,"sambung mak cik ini.

"Mak cik didik anak mak cik sama dengan didik pelajar mak cik. Mak cik nak mereka kuat jati diri dan mampu hadapi hidup pada masa akan datang. Tak kisah mereka kerja apa pun,"

" Andai kamu suatu hari nanti jadi guru, jangan kerana minat sahaja tapi kewajipan kita mendidik pelajar ini supaya sempurna agama mereka," pesan mak cik.

"Mak cik tak pernah kisah pasal target. Yang paling penting, pelajar-pelajar ini tidak tinggal solat, ingat rukun iman dan rukun Islam sebab perkara itulah yang pertama akan mak cik tanya dalam kelas," terasa keikhlasan dalam pesanannya ini.

Besarnya pengorbanan guru ini. Alangkah sia-sianya pengorbanan ini andai tidak mengaitkan dengan Allah. Tujuan belajar adalah kenal Allah. Melalui matapelajaran apa pun, akhirnya akan menemui...

"ini semua ciptaan Allah"

"hebat ilmu Allah ini yang diberikan melalui hambanya, guru"


Tak kira kita pelajar sekolah agama atau sekolah kebangsaan atau sekolah apa pun...yang pasti anda memegang amanah sebagai orang Islam. Semua orang Islam wajib memberi contoh yang baik. Contoh yang baik dan diikut orang lain, tetap akan diberi pahala berterusan selagi yang mengikut itu membuat kebaikan.

Dari Ibnu Abbas R.A bahawa Nabi S.A.W yang berkata: "Barangsiapa yang berpegang dengan sunnahku, ketika merata kerosakkan pada umatku, maka baginya pahala seratus orang yang mati syahid". (Riwayat Baihaqi)

Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud:"Sesiapa yang menunjukkan suatu kebaikan kepada orang lain, maka baginya pahala yang sama seperti yang diperoleh oleh orang yang membuat kebaikan itu"(Riwayat Imam Muslim)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...