Mutiara Kata Untuk Murabbi.

"JIKA MURID DIAJAR DENGAN PUJIAN, DIA BELAJAR MENGHARGAI"

"JIKA MURID DIAJAR DENGAN CELAAN, DIA BELAJAR MEMAKI"

"JIKA MURID DIAJAR CEMUHAN, DIA BELAJAR RENDAH DIRI"

"JIKA MURID DIAJAR DENGAN PERSAHABATAN, DIA BELAJAR MENYAYANGI"

"JIKA MURID DIAJAR PERMUSUHAN, DIA BELAJAR BERKELAHI"

"JIKA MURID DIAJAR JAMINAN, DIA BELAJAR MEMPERCAYAI"

"JIKA MURID DIAJAR DENGAN PENGHINAAN, DIA BELAJAR MENYESALI"

"JIKA MURID DIAJAR DENGAN KEADILAN, DIA BELAJAR KESAKSAMAAN"

"JIKA MURID DIAJAR DENGAN DISKRIMINASI, DIA BELAJAR MEMENTINGKAN DIRI"

27 Februari 2011

Dahlia, Selamat Datang ke Dunia Islam.

"NAMA saya kini Dahlia," si cantik Daphne Eleanor Iking membuka bicara. Sebuah ikrar bahawa dirinya kini sudah bergelar Muslim dan memeluk Islam. Dahlia melafazkan dua kalimah syahadah pada tarikh bersejarah, 8 Januari 2011. Tarikh itu juga menyaksikan dia sekali lagi menyarung status isteri.
"Jangan segan untuk terus menggunakan nama Daphne," sambungnya.
Wanita keturunan Kadazan ini sudah lali apabila dirinya menjadi bahan bualan. Kisah rumah tangganya yang terdahulu terbuka luas, umpama buku yang dibuka lembar demi lembar.
Dia mahu menakluk privasi. Mahu menjadikan kehidupan peribadinya tidak terlalu terbuka. Dia seolah-olah mahukan segala ketenangan yang dulu seperti tidak melekat pada dirinya. Kini dia membuka buku baru, bergelar isteri dan rusuk kiri buat lelaki bernama Azmi.
Takdir menjadi mualaf
Mungkin ada yang berfikiran skeptikal, berkahwin dengan seorang Muslim bernama Azmi Abdul Rahman atau mesra disapa Joe membuatkan Daphne terpanggil memeluk Islam. Namun dia punya sebab tersendiri, punya rasa tersentuh dengan kemurniaan Islam dan menjadi salah seorang umat Nabi Muhammad S.A.W. Ini kisah bagaimana Daphne atau Dahlia akhirnya bergelar mualaf.
"Saya bertukar agama bukan kerana sesiapa. Saya lakukan dengan ketulusan hati, demi diri dan masa depan saya. Alhamdulillah, ia adalah pengalaman yang paling indah," tegasnya yang membikin kejutan kepada penonton Anugerah Sri Angkasa 2010 apabila melafazkan ungkapan 'MasyaAllah' dan 'Assalamualaikum' pada malam tersebut.

DAPHNE memilih nama Dahlia sebagai nama Islamnya. Ujar personaliti televisyen popular ini, 
telekung dan sejadah adalah peralatan pertama yang dibelinya sebagai persediaan bertukar agama. 
"Pengalaman bertukar agama adalah yang paling indah," ujar si bunga baru, Dahlia.




"Saya selalu berminat terhadap agama lain. Malah, saya datang daripada keluarga yang gemar membaca. Bahan bacaan ilmiah berbentuk kerohanian menjadi pengisi rak buku di rumah kami.
"Keluarga ibu saya juga merupakan campuran yang unik, datang daripada pelbagai bangsa, budaya dan agama. Ia membuatkan kami sentiasa saling menghormati terhadap kepercayaan agama-agama lain," katanya.
Dia menamakan takdir sebagai titik yang mendekatkan dirinya terhadap Islam, bertemu rakan-rakan mualaf yang gemar bercakap indah tentang agama. Mendalami apa yang diperdengarkan di telinganya, Daphne secara semula jadi mendekati Islam dan sering mengutarakan soalan demi soalan kepada ustaz apabila berhadapan dengan keraguan.
"Kebetulan, pembantu rumah saya juga Muslim dan menunjukkan kepada anak saya cara kehidupan Islam. Langsung saya tidak terganggu dengan caranya. Malah bersikap terbuka terhadap pelajaran yang positif dan membangun," terangnya tentang buah hatinya Isobel yang juga sering membuat dirinya bahagia dan bercahaya.
Ujar Daphne, Isobel yang merangkak ke usia empat tahun merupakan anak yang cukup gembira, sihat walafiat dan cukup pintar.
"Dia terlalu muda untuk memahami semua ini tetapi apabila dia memerhatikan pembantu rumah saya solat dan cuba meniru dengan sejadah mininya, itu adalah momen yang cukup manis," terang ibu berusia 32 tahun ini.

AZMI ABDUL RAHMAN atau Joe adalah pelindung dan suami sah Dahlia.



Solat jemaah
"Barang pertama yang saya beli adalah sejadah dan telekung serta sebuah buku bertajuk, How To Solat in English and Malay. Buku yang dibaca oleh kanak-kanak berusia enam tahun bukan? Jujurnya saya tidak terus bersolat tetapi memahami dan mempelajari cara-cara untuk mengambil wuduk dengan tertib seiring doa-doanya," ujar Daphne yang cukup gembira dibelikan buku-buku tentang Islam oleh suaminya. Kini dia membacanya satu persatu, perlahan-lahan memahami dengan hati.
Masuk ke dalam gerbang perkahwinan kedua bersama Joe, ujar Daphne, mereka kini sering melakukan solat berjemaah dan percaya perkara tersebut adalah salah satu kunci untuk memperkuatkan hubungan mereka sebagai famili. "Insya Allah," balasnya.
Pada tarikh 8 Januari juga, Daphne dan Joe menyatukan hati, bicara dan nekad mereka bergelar suami isteri. Hembusan bayu di Penampang, Sabah menjadi saksi jiwa mereka diikat. Berlangsunglah acara pernikahan dan resepsi perkahwinan yang diadakan secara kecil-kecilan dengan disertai jiwa-jiwa terdekat mereka, keluarga dan rakan karib.
Pasangan yang sudah mengenali hati masing-masing selama setahun lebih ini sebenarnya bertemu melalui rakan mereka. Lelaki pilihannya merupakan bekas Pengarah Urusan Redberry Group yang merangkap rakan bisnesnya.
Sebenarnya penulis pernah bertembung dengan 'pasangan' ini beberapa kali dan benar, mengikut pandangan mata sewaktu itu, mereka beraksi sebatas profesional. Mereka tidak memberi gambaran langsung bahawa cinta sedang bertali.
"Joe adalah seorang usahawan. Sangat proaktif dan mahu dirinya tidak menjadi tumpuan khalayak," Daphne mewakli Joe yang dilihat peramah dan senang bergaul dengan sesiapa sahaja.

BERPAYUNGKAN mahligai baru, Daphne mahu fokus terhadap kehidupan kini.



Bukan hal untuk ditertawa
Nur sedang dilimpahkan dalam hidup Daphne. Kini mempelajari satu persatu, dia juga sedar khalayak sedang memerhati dan memberi respons dengan cara mereka sendiri. Bicara wanita ini amat tegas.
"Memeluk dan masuk agama lain bukanlah satu hal yang boleh ditertawakan. Semestinya bukan aspek yang boleh dibawa main-main. Lebih penting lagi saya mengetahui sepenuh hati dan jiwa raga saya ke mana arah yang saya tuju. Mungkin kerana saya berada dalam lapangan seni, semuanya diperbesarkan 10 kali ganda.
"Tidak guna rasanya saya merangsang sokongan daripada teman-teman atau keluarga sekiranya saya sendiri tidak bersedia. Senang dikatakan begini, Those who matter don't mind. Those who mind, don't matter. Biarlah Allah melembutkan hati mereka," tegasnya.
Menjadikan Islam agama dan anutannya kini, Daphne mengaku semuanya menuntut masa.
"Sebagai permulaan cara-cara sembahyang, saya merujuk kepada nota yang saya tampalkan di dinding. Saya perlu memahami dan melakukannya.
"Alhamdulillah. Saya boleh fokus dengan famili baru dan teruskan dengan kehidupan kini," ujarnya yakin.
Selamat datang buat saudara baru ini.
SUMBER: kosmo

Jom Tarannum 1

Dengar baik-baik. Pasal video bergegar...aku minta maaf. 
Tanganku dah letih. Kalau ada kaki tripot boleh bagi pinjam yea ^_^
video

Ini sahaja termampu aku buat. Harap video ini bermanfaat.

Sekadar Muhasabah?



Tidak semua betul.
 Muhasabah bersama adakah ia betul atau tidak dan cuba baikinya. 
Bukan terus menyalahkan diri.



25 Februari 2011

Apa Dalam Fikiran Anda Tentang Video ni...

video
Sedutan dari filem 'Aku Masih Dara'

Mayat Isteri Berzina


Zaman sudah berubah..isteri sekarang semakin berani berlaku curang!”
Kadar gejala seks bebas kian meningkat dalam masyarakat hari ini. Lebih menyedihkan ianya bukan sahaja melibatkan remaja malah lebih ramai di kalangan individu dewasa yang bujang mahupun yang telah berkahwin! Seperti yang pernah penulis kisahkan tentang kecurangan isteri dan balasan yang diterima akibat perbuatan menduakan suami, kini sekali lagi penulis ingin menceritakan azab seksa seorang wanita yang berkahwin tetapi masih melakukan seks bebas.
Kisah ini diceritakan kepada penulis oleh Bomoh Pakar Rawatan Sakit Cinta, En. Idris Zakaria yang kini menetap di Kampung Tasik Berangan, Pasir Mas, Kelantan. Kini beliau bergiat cergas berikhtiar mengubati masalah rumah tangga dan masalah cinta tidak kesampaian, mendapat cerita ini dari kes-kes yang telah diadukan kepadanya. Semoga kita mendapat manfaat dan pengajaran darinya.
“Dalam saya merawat seorang pesakit, saya telah dikhabarkan satu kisah tragis mengenai seorang isteri curang. Jamilah isteri kepada Husin masih jelita walaupun telah beranak pinak. Beliau pandai bergaya, bertudung litup, berkulit putih dan memiliki bentuk badan yang menarik. Jamilah mendapat sumber kewangan dengan cara berniaga kecil-kecilan iaitu dengan menjual beras seludup dari Thailand bagi membantu suami yang ketika itu hanya seorang petani di kampung.
Ketika itu kegiatan penyeludupan beras tidak dikawal oleh kerajaan seperti sekarang maka ramai para wanita melibatkan diri dengan berniaga beras seludup dari Thailand. Pendapatan hasil penjualan beras seludup tidak seberapa hanya boleh menampung hidup seharian sahaja.” Jelas En.Idris.
Suami Jamilah Husin berumur 50an ( bukan nama sebenar ) merestui pekerjaan isterinya itu. Husin juga nampak tidak selincah isterinya, beliau berjiwa lembut dan menurut apa sahaja kata isterinya tanpa banyak bantahan. Semakin lama peranan Husin sebagai ketua keluarga semakin pudar dek ketidaktegasan dirinya terhadap Jamilah yang semakin bebas ke sana ke mari.
Husin baik dan jujur orangnya dan tidak banyak perangai. Jamilah keluar masuk rumah dan melakukan pekerjaan kadang-kadang pulang lewat malam bahkan pernah juga tidak pulang untuk sehari dua tidak menjadi masalah pada Husin. Husin percaya akan apa yang Jamilah lakukan demi mencari wang dan membela nasib keluarganya.
Ramai wanita sekitar kampung Jamilah melakukan pekerjaan menjual beras seludup namun ianya hanya sekadar boleh menyara kehidupan ala kadar sahaja. Berbeza dengan Jamilah yang menampakkan sedikit mewah dengan gelang dan rantai emas yang banyak pada tubuhnya. Ramai orang mempertikai akan kelebihan Jamilah menampakkan mewah sebegitu. Maka ada beberapa orang yang ingin tahu bagaimana dia bekerja, sedangkan ramai juga yang melakukan pekerjaan sama namun tidak semewah Jamilah.
Semenjak itu banyak mata yang mengintip setiap pergerakan Jamilah tanpa disedarinya. Pada mula-mulanya rahsia Jamilah terbongkar ketika pihak Imigresen Thailand membuat pemeriksaan di sempadan maka tertangkap beberapa orang yang cuba menyeludup masuk beras dari Thailand termasuklah Jamilah ditahan sama ketika itu.
Namun setelah beberapa jam kemudian nampak Jamilah dilepaskan oleh seorang pegawai kastam Thailand dengan muka yang senyum dan beras seludupnya juga selamat dibawa balik ke Malaysia. Beberapa orang lain yang menyeludup masuk beras terpaksa membayar denda dan beras terpaksa dirampas Sikap tidak puas hati rakan-rakan penyeludup lain mula membuak-buak mengapa Jamilah terlepas sedangkan mereka menerima nasib sebaliknya. Maka siasatan dibuat oleh beberapa orang yang tidak puas hati berkenaan. Maka pada suatu hari mereka mendapat tahu rupa-rupanya Jamilah telah memberikan rasuah dengan Pegawai Kastam Thailand berkenaan dengan meniduri dirinya.
Malah rasuah tersebut bukan sekali dua bahkan telah banyak kali berlaku setiap kali tidak boleh membolosi diri ditahan Kastam Thailand di sempadan. Tidak lama kemudian dapat lagi berita mengatakan Jamilah juga membuat perniagaan sampingan ketika berada di Thailand. Rupa-rupanya Jamilah memperdagangkan tubuhnya sebagai pelacur dengan lelaki Thailand. Maka tidak mustahil Jamilah mampu membeli emas yang banyak.
Maka heboh diceritakan akan kisah Jamilah yang sedemikian rupa, orang ramai tidak hairan dengan kemewahan yang Jamilah miliki malah dicemuhi dan dipandang jijik terhadapnya oleh orang kampung serta masyarakat setempat. Tergamak Jamilah melakukan perkara terkutuk sedemikian semata-mata mencari sedikit kemewahan. Husin telah diberitahu gejala isterinya itu namun Husin tidak percaya cerita sedemikian dan membuat tidak tahu sahaja.
Husin yang sudah lewat 50an mungkin juga tidak segagah dahulu lagi manakala Jamilah berusia lewat 40an masih bernafsu tidak mustahil ianya satu perlakuan yang terdesak disamping minat pada wang. Husin hanya berserah pada Allah, hendak menuduh isterinya curang beliau tidak mempunyai cukup bukti dan tidak melihat dengan mata kepala sendiri.
Selang beberapa tahun kemudian Jamilah diserang sakit kepala lalu demam dan jatuh sakit. Makin hari makin teruk sakit Jamilah. Selang beberapa minggu kemudian Jamilah mengalami nazak yang teruk. Pada hari sakaratul maut Jamilah dikatakan menyalak seperti anjing untuk beberapa kali kurang daripada sepuluh salakan sebelum nyawanya habis. Jamilah habis nyawa dalam keadaan menyedihkan matanya terbeliak manakala lidahnya terjelir. Ahli keluarga yang berkumpul turut merasa pelik akan kelakuan Jamilah menyalak sebelum menghembuskan nafas terakhir dan mati dalam keadaaan yang sebegitu.
Upacara kematian seperti biasa orang kampung lakukan bagi menyempurnakan jenazah Jamilah. Setelah dikafankan liang lahad disukat dan digali tibalah masa untuk dikebumikan. Sebaik sahaja jenazah Jamilah dimasukkan ke liang lahad tiba-tiba didapati panjang liang lahad itu tidak mencukupi untuk menyimpan mayatnya. Mayat Jamilah diukur semula dan liang lahad di panjang sekali lagi namun masih tidak cukup panjang lagi. Diulangi kali ketiga dipanjangkan lagi liang lahad itu pun begitu juga masih tidak cukup panjang. Satu kejadian luar biasa telah berlaku mayat Jamilah disimpan begitu tanpa memanjangkan lagi liang lahadnya.
Setelah semua keluarga pulang ke rumah tiba masa untuk Husin membuat sijil kematian Jamilah pada hari itu juga. Bila diminta kad pengenalan daripada anak perempuannya kata anaknya itu, “Allah, abah sewaktu mengkafankan mayat ibu saya terletak kad pengenalan atas jenazah mak, bermakna kad pengenalan itu ada bersama mayat mak dalam kubur” Husin agak terganggu memarahi anak perempuannya itu namun terpaksa memanggil penggali kubur di situ agar menggali kembali liang lahad kubur arwah Jamilah yang baru beberapa jam dikebumikan tadi.
Maka kubur itu digali semula, alangkah terkejutnya beberapa orang yang mengikut Husin termasuk diri saya sendiri melihat mayat Jamilah telah didatangi beberapa ekor ulat seperti lintah namun bertaring menggigit tubuh mayat Jamilah. Husin mengenepikan beberapa ekor ulat itu beberapa kali namun ulat yang sama itu kembali ke tempat asal di mana ianya menggigit tubuh mayat Jamilah tadi. Kejadian itu amat pelik sekali.
Setelah itu mayat Jamilah terpaksa dipusingkan agar tangan boleh diseluk ke dalam bungkusan kain kafannya untuk mendapatkan kad pengenalannya. Dalam mengiringkan mayat Jamilah itu sekali lagi kejutan berlaku. Terdapat beribu-ribu ekor ulat seperti lintah bertaring itu berada di bawah mayat Jamilah . Segera kami menimbusnya kembali setelah berjaya mendapatkan kad pengenalannya itu.
Saya tidak dapat membayangkan akan apakah rahsia sebenarnya kejadian yang Allah pertunjukkan sebegitu. Namun saya terasa agak seram dan insaf bila melihat kejadian aneh sebegitu buat pertama kali dalam sejarah hidup saya. Di dunia lagi Allah sudah menunjukkan azabnya apatah lagi diakhirat kelak.
Saya boleh memberikan gambaran atas kejadian begitu bahawa kita manusia tidak boleh lari daripada azab pembalasan jika melakukan salah yang besar atau dosa yang besar. Bagi isteri-isteri tetapkan iman, jangan berlaku curang pada suami kita nescaya dosanya amatlah besar.
Dosa berzina sudah cukup besar tidak tertanggung bagi yang masih bujang, apatah lagi wanita yang bergelar isteri melakukan zina. Nauzubillah…hanya Allah sahaja yang mengetahui akan azabnya kelak.
Di dunia lagi sudah Allah tunjukkan maka sama-sama kita ambil iktibarnya supaya ianya tidak berulang lagi dimasa hadapan pada diri kita atau keluarga kita, minta disisihkan Allah.
SUMBER:bestone

Pengacara Terkenal Masuk Islam.




KUALA LUMPUR - Pengacara terkenal yang juga pelakon filem Belukar, Daphne Eleanor Iking (gambar) mengesahkan beliau telah memeluk agama Islam awal bulan lepas.
Pemenang anugerah Aktres Harapan Terbaik pada Festival Filem Malaysia Ke-23 itu turut mengakui beliau telah melangsungkan perkahwinan dengan seorang usahawan, Azmi Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai Joe, 30-an, pada 8 Januari lalu.
Ini merupakan perkahwinan kedua Daphne, 31, yang sebelum ini mengahwini Ryan Chong Yiing Yih, 33 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Isobel Daniella Iking, 4.
"Saya memeluk Islam bulan lalu dan kemudian bernikah pada 8 Januari. Majlis kesyukuran secara kecil-kecilan telah diadakan di kampung halaman saya di Keningau, Sabah," akui Daphne.
SUMBER: kosmo

23 Februari 2011

Perjalananku 1: Lawatan ke SMK

Ni salah satu gambar sekolah yang aku lawat tadi.

Alhamdulillah...

Aku diberi peluang untuk melihat bakal guru inovatif membuat microteaching Bahasa Arab. 

Best. 

Menarik.

Capai matlamat.

Ini sekolah SMK sahaja. Dapat anugerah terbaik dalam kategori KAA. Guru-guru semua bagi kerjasama. Sehingga wujud BILIK KAA. Sekolah Menengah Kebangsaan lebih baik dari sekolah agama. Aku tabik ar...

Aku mampu ke?huhuhu

Diam. (fikir2)

Pelajar aku ada yang tak tau baca jawi. Huruf hijaiyyah pun tak kenal.

Pelajar aku ada yang minat. Ada yang sederhana. Ada yang lemah sangat.

Mampu ke aku ajar diorang???

'Ustaz' minta aku buat microteaching seperti tadi. Entah bila nak observe. Jangan observe dalam masa terdekat ni...Waaaa!

Aku akan cuba. Harap tahap kesabaran aku tinggi. Menghadapi pelbagai ragam manusia di sekolah. 

Oh, tidak!

Kerjaku banyak tertangguh ni...ok. Aku berhenti disini. Bye dan maassalamah!

22 Februari 2011

'Tuala wanita punca barah pangkal rahim'

Kementerian Kesihatan digesa beri penjelasan 

KUALA BERANG: Kementerian Kesihatan digesa memberi penjelasan kepada orang ramai berhubung dakwaan bahawa penggunaan tuala wanita dikatakan menjadi punca wanita menghidap penyakit barah pangkal rahim.
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Rosol Wahid, berkata penjelasan perlu bagi mengelakkan kekeliruan di kalangan rakyat berhubung dakwaan itu yang dibuat beberapa persatuan pengguna dan tersebar melalui internet.


Berdasarkan kajian sebuah persatuan pengguna, antara punca utama wanita diserang barah pangkal rahim adalah disebabkan penggunaan tuala wanita yang diperbuat daripada bahan buangan termasuk kertas terpakai. 

“Jika kita kaji dan membuat perbandingan, wanita pada zaman dulu tidak menghidap penyakit barah pangkal rahim kerana tidak menggunakan tuala wanita, justeru, dakwaan itu memang nampak ada asasnya. 

“Sebab itu kita minta kementerian membuat kajian dan mengumumkan sama ada dakwaan dibuat persatuan pengguna terbabit betul atau sebaliknya supaya orang ramai terutama di kawasan luar bandar tidak terus keliru,” katanya. 

Beliau berkata demikian ditemui selepas merasmikan Kem Kesihatan Felda Bukit Banding bertemakan ‘Ke Arah Kesedaran Penyakit Kusta dan Barah’ di Dewan Sivik Felda Bukit Banding, Ajil, Hulu Terengganu di sini, semalam. 
Sementara itu, Rosol juga meminta Kementerian Kesihatan membuat kajian mendalam mengenai serangan angin ahmar yang semakin berleluasa hingga kerajaan negeri mendapati hampir setiap keluarga ada seorang penghidap. 

“Selain kajian, kementerian juga perlu menggiatkan kempen kesedaran dan langkah pencegahan bagi mengelak serangan angin ahmar di kalangan penduduk termasuk di kawasan luar bandar. 

“Kita difahamkan punca utama serangan angin ahmar adalah disebabkan saluran darah tersumbat dan saluran urat pada otak pecah,” katanya. 



Jom tukar tuala herba..KLIK

2 pantiliner(hijau) dan 1 pad (biru) = RM 25 


SUMBER: bharian

Ayam Jadi Imam.

Bukan niatku untuk memburuk-burukkan orang sekitar masjid. Jauh sekali orang yang tinggal sekitar masjid. Apatah lagi belajar di kawasan masjid. Apahal ni????!

Gambar ini tiada kaitan dengan ayam yang aku maksudkan.

Tadi...masa aku solat zohor di masjid. Masjid mana? Pembaca yang kenal aku mungkin tahu. hehehe...

Ayam...Oh ayam... 

Kau buatku tidak khusyuk aku solat. Kenapa kau suka masuk masjid hah? 

Manusia sekeliling kau pun tak ade la nak masuk sampai atas mimbar. Mengalahkan imam hari jumaat.hahaha..

Imam naik mimbar pada hari jumaat sahaja. Tapi kau naik ke mimbar setiap hari. Siap bertelur lagi. 

Mungkin kau ingin iktikaf di dalam masjid. Manusia yang sombong ini masih tidak berpeluang iktikaf lama dalam masjid.

"Korang nak bantu rumah Allah tak?"

"Ok...saya masuk solat dah tolong rumah Allah,"

"Bukan masuk solat...tapi tolong tangkap ayam atas mimbar,"

Korang ni macam tak caye kan? Ayam dalam masjid. Atas mimbar. Ada telur lagi.

Terima kasih untuk pelajar-pelajar yang mahir tangkap ayam ni.

Bagi aku ayam ni perlu disembelih..tapi siapa tuannya? 

Kalau ada tahi ayam...Macam mana dengan solat?

p/s: tolong tutup pintu masjid setiap kali masuk dan keluar masjid ^_*

21 Februari 2011

Anak Paderi Masuk Islam.


Satu cerita benar untuk renungan

Nama saya Farhan Bin Abdullah. Nama asal saya sewaktu beragama Kristian ialah Johanis. Saya dilahirkan dibumi Sabah dalam keluarga Kristian.

Bapa saya seorang ketua Paderi yang menjaga 15 buah gereja disatu kawasan di Sabah. Saya dilatih oleh bapa saya untuk menjadi seorang paderi.Sejak mula PBS bawah Datuk Joseph Pairin Kitinggan usaha kami mendapat sokongan penuh kerajaan negeri.

Kumpulan saya masuk ke kampong dalam berbagai program. Selalunya program khidmat masyarakat. Pihak gereja selalunya membekalkan wang tunai sekitar RM50,000/==.Berbagai aturcara dibuat untuk membantu orang kampong.. Kami ziarah rumah kerumah. tanya masalah mereka dan bantu mereka. berbagai masalah diluahkan.Ada kami bantu dengan duit secara spontan. Ada kami hantar keperluan harian,pakaian dan buku sekolah dsb.
Dengan cara ini kami mendekati mereka. Hasilnya dengan beberapa kali kunjungan susulan,kami berjaya mengkristiankan mereka. Paling berbaloi kami mengkristian remaja Islam,tambah berbaloi dari kalangan intelek…Hasilnya kami dapat RM3,000/== setiap seorang Islam yang dimurtadkan. Bayangkan pendapatan saya ketika masih dialam persekolahan.

Sewaktu Tingkatan 3 saya dan beberapa rakan mengambil m/pelajaran Agama Islam yang boleh dipilih dengan lukisan(betapa hinanya m/pelajaran ini setanding dengan lukisan).Saya mendapat A-3. Sewaktu tingkatan 4 saya belajar di sekolah asrama penuh. Saya terus ambil pelajaran Agama Islam.

Tujuan saya untuk tahu mengenai Islam dan memmudahkan saya menyebarkan agama kristian. Saya mempunyai beberapa soalan yang saya kira tidak mampu dihuraikan oleh orang Islam.Pada suatu hari sewaktu tingkatan Enam bawah, saya bersemuka dengan Ustaz yang mengajar saya(saya panggil cikgu)… “cikgu saya ada beberapa soalan, tapi saya rasa tak sesuai dikelas ini, bolehke saya ke rumah cikgu…”

Ustaz itu bersedia. Lalu saya bersama beberapa rakan kerumah ustaz itu. Saya katakan “cikgu saya mahu berdialog secara ilmiah, bukan atas nama Islam,agama cikgu dan bukan atas nama Kristian,agama saya”. saya kemukakan beberapa persoalan, antaranya;- -

- Mengapa orang Islam sembah kaabah? Sebenarnya semua agama sama sahaja. Nasrani, Yahudi, Kristian dan Islam adalah agama langit.

- Mengapa diakhir zaman, Nabi Isa akan turun bersama Iman Mahadi membebaskan kezaliman dan kekacauan dan bukannya Nabi Muhammad.

- Mengapa dalam sejarah dan hingga kini orang Islam suka peperangan.

- Injil sekarang dikatakan diseleweng.Kalau begitu mana yang asalnya.

Yang menghairankan ustaz ini dapat menjawab pertanyaan saya dan kawan-kawan dengan begitu ilmiah. Saya dan kawan-kawan mati akal. Kemudian saya dibebani dengan 3 persoalan yang tidak mampu saya menjawab secara tepat.

Apakah boleh manusia(paderi) mengampunkan dosa manusia lain.persoalan ketuhanan 3 dalam 1 dan 1 dalam 3 – konsep ketuhanan Jesus.

Saya mengatur pertemuan ustaz saya dengan beberapa orang paderi,kawan-kawan bapa saya. tetapi mereka enggan. Lalu saya bawa ustaz itu kerumah saya dan bertemu bapa saya seorang ketua paderi.Ternyata bapa saya juga tidak mampu menjawab persoalan yang dibawa oleh ustaz itu. Sebaik ustaz itu pulang, bapa saya memarahi saya kerana bawa ‘orang malaya’ datang kerumah.

Sejak itu beberapa kali saya tidur rumah ustaz itu. Disamping mengulangkaji saya gemar berdialog dengan ustaz itu. saya memerhatikan kehidupan ustaz tu,saya mengagumi cara hidupnya.

Suatu malam saya bermimpi didatangi 3 orang berjubah. Seorang berjubah hitam membawa salib. Seorang berjubah putih membawa bendera bertulisan jawi. Dan seorang berjubah hijau yang meminta saya membuat pilihan.Yang berjubah hitam dan berjubah putih saling menarik saya mengikuti mereka. Saya meronta-ronta. Disamping itu saya dapati yang berjubah hitam semakin tengelam dan yang berjubah putih semakin tinggi.

Sedang saya meronta-ronta, saya terjaga.. Saya mendengar suara azan dan ustaz tadi berada ditepi saya dan berkata,” mengapa Johanis….awak mengigau….”

Saya pegang tangan ustaz itu, saya katakan,”Cikgu Islamkan saya…………”.Ustaz itu minta saya bersabar untuk dia uruskan dengan pihak tertentu. Tidak lama selepas itu saya pun di Islamkan oleh Ustaz itu.

Selesai penIslaman saya, saya pulang ke rumah. Sampai di rumah,saya lihat pakaian saya bertabur diluar rumah. Rupanya bapa saya telah tahu.Sebaik melihat saya, bapa bergegas masuk dan keluar semula dengan mengacu senapang ke arah saya. Tiba-tiba emak menerkam dan peluru senapang meletup keatas.

Saya segera meninggalkan rumah sehelai sepinggang. Tinggalkan keluarga saya. Tinggalkan sekolah. Saya bersembunyi sekejap rumah ustaz sebelum saya dibawa oleh ustaz pulang ke semenanjung sebaik habis kontrak mengajar di Sabah .

Saya diserahkan kepada PERKIM di Kuala Lumpur. Secara kebetulan rakan saya Nazri,vokalis kumpulan Raihan juga memeluk Islam, tetapi mengikuti kumpulan Ar-Arqam. 2 lagu dalam album pertama kumpulan Raihan adalah saduran lagu koir yang kami nyanyikan dalam gereja sewaktu di Sabah dulu..

6 tahun saya di PERKIM. Saya masuk pula Maahad Tahfiz. Alhamdulillah saya dapat sijil Al-Hafiz selepas 3 tahun. Kemudian saya bekerja dengan Jabatan

Agama Islam. Saya banyak masuk kawasan di Negeri Sembilan, Melaka dan Pahang. Tak sampai setahun saya letak jawatan.Saya sedih kerana ramai pendakwah ini nak berdakwah pun merungut duit over time. Saya rasa tiada keiklasan.

Biarlah saya jadi pendakwah bebas.. Saya ingin membilas dosa lalu.. Saya telah ramai memurtadkan orang..kini saya mahu berjuang untuk mengIslamkan seramai mungkin dengan kualiti bukan kuatiti saja.

Berbalik kisah keluarga saya. Selepas meninggalkan rumah dan belajar di PERKIM saya selalu telefon ayah,emak dan adik beradik saya. Saya katakan jangan bencikan saya. Saya sayang ayah..saya sayang emak..saya sayang adik beradik saya. Ayah dan emak tetap ayah emak dunia dan akhirat.

Walaupun ayah menyambut dingin suara saya, saya hantarkan buku-buku yang sesuai menerangkan tentang Islam. 7 tahun saya telefon. 7 tahun saya hantar surat dan buku-buku.Saya menangis kerana rindukan ayah,emak dan adik beradik. Akhirnya, sewaktu saya di Maahad Tahfiz, bagaikan halilintar saya mendapat berita……… Ayah saya menganut Agama Islam.

Allah saja yang tahu perasaan saya ketika itu. Saya menangis dan menangis. Saya ambil wuduk dan sujud syukur. Air mata saya menjadi terlalu murah…..saya terus menangis…saya pejamkan mata…saya bayangkan ayah dihadapan…saya peluk erat tubuh ayah dan kami menangis bersama……….Ya Allah betapa agungnya kekuasaanMu….

Peristiwa yang saya alami sewaktu memeluk Islam turut dirasai oleh ayah saya. Dia dihalau dari rumah yang diberi oleh pihak gereja. Kini saya pendakwah bebas. Saya sedih melihat umat Islam hari ini berpecah.

Kita berpecah kerana kita meninggalkan Quran dan sunnah Rasul. Kita ambil sebahagian dan kita tinggalkan sebahagian. Kita ambil contah pelaksanaan hukum Hudud dan Qisas.Mengapa kita cari jalan nak menentang pelaksanaanya. Sepatutnya kita cari jalan supaya dapat dilaksanakan. Inilah sikap umat Islam. Saya pernah berdialog dengan beberapa orang pensyarah universiti tentang isu Hudud & Qisas. Dia boleh sergah saya,”You apa tahu…..Islampun baru setahun jagung…..”

Saya sedih dengan sergahan pensyarah itu. Kalau ini sikap pendakwah saya tak akan masuk Islam. Tapi saya pilih Islam kerana saya tahu Apa itu Islam. kerana itu saya ajak menghayati Islam..

Saya kumpulkan semula kawan-kawan masa Kristian dulu. Saya berdialog tentang Islam. Saya kumpulkan derma untuk tujuan dakwah ini,untuk bergerak perlukan wang. Saya diancam oleh puak Kristian. saya juga diancam oleh umat Islam.

Apa tauliah awak,mana kebenaran Jabatan Agama,mana permit polis,sapa benarkan pungut derma dll. Saya tak gentar berdialog dengan puak Kristian,kerana saya ada pengalaman tapi sukarnya bila Umat Islam sendiri menyulitkan saya.

Marilah kita awasi dakyah Kristian. Satu usaha yang agak ketara ialah di IPT. Pendakyah ini mendekati kaum muslimah,pura-pura nak belajar Islam….jatuh cinta…lalu dimurtadkan…ada yang pura-pura masuk Islam….dan dimurtadkan.Saya sudah pergi banyak IPT. Saya paling bimbang di Universiti Putra Malaysia . Itulah satu-satunya Universiti yang ada gereja. Gereja ini antara yang aktif untuk memurtadkan orang Islam.

Saya nak nasihatkan kalau ada saudara kita terminum ‘Holly Water’.

Sebenarnya air ini dibuat di Vatican City . Dijampi oleh paderi termasuk Pope John Paul yang jemput Perdana Menteri kita dulu.Kalau terminum, cari air kolah dari 3 masjid. Baca Al-Fatihah 1x, Yasin 1x, 3 qul 1x, dan selawat. Ambil sebahagian buat minum dan sebahagian buat mandi. InsyaAllah mereka akan sedar dan dapat diselamatkan. InsyaAllah.gurindam remaja Islam


SUMBER: Selatan Online

17 Februari 2011

Jadilah PEM'BINASA'?

Gambar: Sebahagian nota Pendidikan Islam Tingkatan 2.

Susah sangat ke nak jadi seperti yang disebut dalam hadis ni?

Mulakan harimu dengan menjadi orang yang mengajar- GURU.

Jika tak mampu jadilah orang yang belajar- PELAJAR.

Jika tak mampu jadi seorang pelajar, jadilah orang yang mendengar- PENDENGAR YANG BAIK.

Jika tak mampu jadi pendengar, jadilah orang yang cintakan ilmu- PECINTA ILMU.

Contohnya, beri bantuan kepada orang yang menuntut ilmu. Muliakan buku-buku. Tidak mengganggu orang yang menuntut ilmu.

Jika kamu tidak menjadi guru. 

Tidak menjadi pelajar. 

Tidak jadi pendengar. 

Tidak jadi pecinta ilmu. 

Kamu akan BINASA!

BINASA dunia dan akhirat...

16 Februari 2011

Si Pengemis & Si Cantik.

Pada suatu hari, ketika sepasang suami isteri duduk makan di ruang tamu, datang seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka.

"Tolonglah Encik, saya lapar. Sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi,"

Dengan muka bengis, si suami menjeling isterinya yang cantik. Terus dia menghalau dan menengking si pengemis itu.

Dalam hatinya berkata," Aku membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk orang lain, tetapi untuk diri dan keluargaku,"

Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa walaupun dalam hatinya ada niat untuk bersedekah.

Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan menjadi miskin. Dia terus menceraikan isterinya kerana tidak mahu isterinya turut derita sepertinya. Setahun kemudian, isterinya yang masih cantik berkahwin dengan lelai lain.

Pada suatu hari, sedang si isteri dan suami barunya mengadap makanan. Tiba-tiba seorang pengemis mengetuk pintu sambil meminta belas kasihan. mendengar rayuan pengemis itu, si suami menyuruh isterinya menghidangkan sepinggan nasi berlaukkan seperti yang mereka makan.

Setelah memberi sepinggan nasi kepada pengemis, si isteri menangkuk muka sambil menangis. Si isteri mengadu bahawa si pengemis itu sebenarnya adalah bekas suaminya yang dahulu pernah menengking seorang pengemis.

Suami yang baru itu menjawab dengan tenang, " Demi Allah, sebenarnya akulah pengemis yang dihalau dan ditengking dulu!"

**********

Baca Hadis ini dahulu:

Rasulullah SAW bersabda:
"Sedekah itu dapat menutup tujuh puluh ribu kejahatan"
Hadis di riwayatkan dari Anas Bin Malik bahawa Rasulullah SAW bersabda:
"Barangsiapa yang mempunyai harta, maka bersedekahlah dengan kekayaanmu. Barangsiapa yang mempunyai ilmu, maka bersedekahlah dengan ilmunya. Dan barangsiapa yang mempunyai tenaga, bersedekahlah dengan tenaganya"
**********
p/s: Kalau kamu diperlakukan seperti si pengemis tadi (dihalau dan ditengking), balas sebagaimana yang dibuat oleh bekas si kaya tadi. Tapi lebih baik dibalas dengan kebaikan.

Hidup ini umpama roda...balasan perbuatan kita setimpal dengan apa yang kita telah lakukan terhadap orang lain.

***emosi aku terganggu sikit hari ini gara-gara perangai pelajar (marah).

SUMBER: Cerita Serta Doa Dari Hadith & Al-Quran. Himpunan Cerita oleh: Wan Jamal bin Haji Wan Mat Saman. Tazkirah oleh Nur Syahrain Bt Nazaruddin dari tingkatan 2.


15 Februari 2011

Kajian Ilmiah tentang Syisya.


Susulan dari penulisan dahulu. Klik SINI.
Gabungan pena:
Amli bin Asenar
Dar al-Ifta’ al-Misriyyah
Nik Abdullah Afif bin Nik Mohamed
Kuliah Perubatan Universiti Ain Shams
Mohd Nurul Hisyam Mohamed
Kuliah al-Quran Tanta Universiti al-Azhar

Etymology  (asal-usul perkataan)
Syisya (juga dikenali dengan pelbagai nama yang lain) adalah sejenis alat yang digunakan untuk mengeluarkan asap (smoking) menggunakan penuras air dan haba tak langsung. Ia boleh digunakan bagi menghisap berbagai bahan seperti herba buah, tembakau, dan ganja.
Syisya turut dikenali dengan nama yang berbagai seperti paip panjang, nargeela, nargile, narghile, nargileh, argeela, arghileh, shisha, sheesha, okka, kalyan, atau ghelyoon, ghelyan. Bergantung kepada perbezaan geografi. Nama-nama ini berasal dari perkataan Arab, India, Turki, Uzbekistan, dan juga Parsi. Narghile (نارجيله) berasal dari perkataan Parsi ‘nargil’ bermakna kelapa dan dalam bahasa sanskrit; paip yang asal, datang dari India dan diperbuat daripada kulit kelapa.
Manakala syisya شيشة )pula berasal dari perkataan Parsi (maknanya gelas, bukan botol). Hashish(حشيش pula adalah perkataan arab yang membawa makna ‘rumput’, yang diistilahkan sebagai satu panggilan kepada tembakau.
Terdapat sumber lain menyatakan, dalam teks awal Arab, perkataan ‘hashish’ tidak hanya merujuk kepada cannabis resin (damar ganja) tetapi juga bermakna daun kering atau bunga dan manisan yang dicampur dengannya.
Hookah (Arab =  حقة, Urdu = حقه ) pula pada dasarnya adalah perkataan Arab yang bererti kotak kecil, pasu ataupun jag. Perkataan narghile banyak digunakan di Turki, Lubnan, Syria, Iraq, Jordan, Greece, Cyprus, Albania, Palestine, Israel dan Romania. Namun kita akan dapati huruf pertama ‘n’ dalam perkataan narghile selalunya tidak dibunyikan di negara-negara Arab. Seterusnya syisya pula lebih diguna pakai di Egypt, Morocco, Tunisia, Arab Saudi dan Somalia. Di Iran ia dikenali sebagai ghalyoun atau qalyan ( قليان ) dan di Pakistan juga India ia dipanggil ‘huqqa’. Walaubagaimanapun, perkataan hookah lebih banyak digunakan dalam Bahasa Inggeris memandangkan India sebagai negara asal aktiviti ini mempunyai ramai penduduk yang boleh berbahasa Inggeris.
Bentuk dan Fungsi
Terdapat empat komponen syisya yang asas :
Ruang asap : separuh ruangnya diisi dangan air.
Mangkuk atau kepala : mengandungi tembakau, alat yang digunakan untuk memanas, diletak di bahagian atas.
Paip dasar : menghubungkan mangkuk ke dasar
Paip : menghubungkan mangkuk ke dasar

Bahagian-bahagian asas ini tidak mempunyai fungsi yang bervariasi, namun mungkin terdapat perbezaan dari segi bentuk, seperti alat pemanas yang digunakan untuk membakar. Bahan yang selalu digunakan adalah arang, tetapi di Arab Saudi dan negara Teluk Parsi, pemanas elektrik adalah lebih popular.
                Apabila seseorang menyedut udara dari tiub, satu tekanan berbeza akan memaksa udara dalam ruang asap arang, memanaskan tembakau, dan menghasilkan asap. Asap itu kemudiannya ditarik ke bawah dari tembakau, menyebabkan proses pembuihan dalam air (seperti menggelegak) dan keluar ke permukaan udara dalam ruang asap. Seterusnya ditarik melalui paip penyedut dan masuk ke tubuh penyedut. Tembakau yang digunakan (dikenali juga dengan tobamel atau ma’asal) diperbuat daripada siatan tembakau dan dicampur dengan pemanis seperti madu dan halwa atau buah separuh kering.
                Pada asalnya tembakau yang dicampur dengan bahan pemanis tadi adalah untuk membentuk jurak; sejenis lembapan tembakau yang tidak berasa. Perasa tembakau buah yang popular pada hari ini bermula pada akhir 1980, apabila syarikat tembakau Mesir mencubanya sebagai satu cara untuk menjual produk mereka kepada golongan wanita. Pembuatan kontemporari pula telah mula menggunakan gliserin (sejenis cecair likat dan manis yang digunakan dalam perubatan) sebagai bahan utama pemanis memandangkan faktor kualiti pelembap dan pemanis, menjadikan tembakau mempunyai perisa yang pelbagai.
                Pada hari ini tembakau syisya boleh didapati dalam perisa buah, ekstrat bahan neutral, dan perasa-perasa yang dibenarkan. Antara perisa tersebut: epal, strawberi, ros, mangga, cappucino, vanilla, kelapa, cherry, anggur, pisang, kiwi, blueberry, kopi arab, campuran buah-buahan, tembikai, oren, dan banyak lagi.
Keluasan Aktiviti
                Aktiviti menghisap syisya pada hari ini boleh didapati tidak hanya di negara-negara Arab dan Timur Tengah, bahkan ia telah pun sampai ke Eropah, Asia, dan negara Afrika. Di Amerika terdapat ‘bar’ yang khusus menyediakan khidmat syisya ini. Kebanyakannya adalah berdekatan dengan kampus dan kolej-kolej pengajian. Aktiviti ini begitu popular di kalangan pelajar kolej muslim yang mencari alternatif lain untuk tidak minum arak. Di Sepanyol, aktiviti ini menjadi semakin popular. Syisya dan hookah ini boleh didapati di kedai-kedai kopi yang diusahakan oleh imigran muslim. Di Moscow dan bandar-bandar di Russia, khidmat ini tedapat di bar-bar yang menyediakan bahagian khas untuknya.
                Jarang sekali dapat ditemui khidmat ini di restoren India di Britain. Ia banyak diusahakan oleh restoran Lubnan dan bar Mesir di sana.
                Manakala di Jerman pula, aktiviti ini secara khususnya di Berlin, boleh didapati di kawasan-kawasan yang populasi penduduknya berasal dari Turki. Selain itu, Pakistan dan Afghanistan, dua negara Asia ini juga tidak terlepas dari terkena bahang hookah dan syisya. Di sini kita boleh lihat anak-anak muda boleh menghisap syisya secara meluas. Malaysia juga telah memperlihatkan peningkatan dalam penggunaan syisya dan kafe-kafe yang menyediakan perkhidmatan paip syisya.*
Dari sudut kesihatan
Apakah kandungannya?
  1. Tembakau
  2. Sirap pekat dari buah-buahan
  3. Arang
Adakah sama dengan rokok? Jika tidak, apa bezanya?
Kandungan asas bagi rokok dan sheesha adalah sama – tembakau. Perbezaan rokok dan sheesha ialah pada cara penyediaan(rawatan). Tembakau yg digunakan untuk rokok diasapkan terlebih dahulu sementara tembakau yang digunakan untuk sheesha diperam.
Apakah ia memberi kesan negatif kepada tubuh?
Soalan ini sudah diketahui umum jawapannya. Sesetengah jenis tembakau mempunyai kandungan nitrat serendah 0.9%(Neurath & Ehmke, 1964; Wynder & Hoffmann, 1967). Asap yang dihasilkan dari pembakaran menghasilkan nitrogen oksida yang bertindakbalas dengan arang dan lain-lain kandungan menghasilkan aromatic amines. Perokok menyedut aromatic amines seperti contoh N-nitrosodimethylamine, N-nitrosodiethyl-amine antara carcinogens (bahan yang menyebabkan kanser) dalam kuantiti yang banyak. Ini dapat menerangkan mengapa perokok (rokok, sheesha dll) mempunya risiko yang lebih tinggi untuk mendapat barah. Selain dari barah, perokok juga berisiko tinggi untuk mendapat penyakit-penyakit seperti sakit jantung, asthma,darah tinggi, katarak,sakit paru-paru, penyakit gusi dan 1001 penyakit lagi. Bagi lelaki, merokok dapat menjurus kearah kemandulan dan kegagalan alat kelamin untuk berfungsi.
 
Apakah simptomnya?
Secara ringkas perokok akan mengalami sesak nafas, mudah letih, berdebar-debar dan banyak lagi.
 
Adakah ia memberi kesan kepada psikofisiologi
Nikotin adalah sejenis perangsang sistem saraf yang digunakan secara meluas, kedua paling banyak digunakan selepas caffeine- kandungan dalam kopi. Dan kedua paling banyak disalahgunakan selepas alkohol.
 
Adakah kandungan syisya digunakan dalah perubatan?
 
Kandungan aktif tembakau- nikotin tidak digunakan di dalam perubatan kecuali dalam terapi bagi perokok untuk berhenti merokok.
 
Sesuaikah ia menjadi alternatif rokok?
Tidak. Cara terbaik untuk menggantikan rokok ialah tidak merokok.
Kesan negatif  terhadap tubuh
Sebagaimana yang telah diterangkan, tembakau mengandungi nikotin. Nikotin ialah sejenis bahan yang boleh menyebabkan ketagihan (seperti heroin dan kokain). Ini dapat dibuktikan dengan 3 bukti kukuh:
1. Bila ia diambil dalam amaun yang sedikit, ia memberi rasa yang menyenangkan dan menyebabkan perokok mahu merokok lagi
2. Lama kelamaan perokok akan menjadi ketagihan dan bergantung kepada nikotin dan mengalami simptom (withdrawal symptom) seperti resah apabila tidak dapat merokok, sakit kepala, susah tidur
3. isebabkan nikotin adalah sejenis dadah kepada sistem saraf, ia akan menjejaskan mood perokok
Dalam dos yang besar, nikotin adalah racun yang membunuh seseorang dengan menghentikan otot pernafasan. Bezanya, perokok biasanya mengambil nikotin dalam amaun yang sedikit dan tubuh masih mampu menyahkan nikotin dari tubuh.
Nikotin membuatkan seseorang yang baru mula merokok atau perokok yang merokok terlalu banyak menjadi loya dan pening. Degupan jantung bagi perokok yang muda akan meningkat sebanyak 2-3 degupan per minit. Nikotin juga menjadikan kulit menjadi sejuk dan mengurangkan pengaliran darah ke kaki. Ia juga dapat meningkatkan risiko sakit jantung dan strok. Nikotin ialah sejenis dadah yang menjadikan salur darah mengecut. Kebanyakan pakar bedah tidak mahu membedah pesakit yang mempunyai masalah pada salur darah periferi kecuali mereka berhenti merokok.
Pembakaran tembakau juga menghasilkan gas beracun seperti nitrogen oksida dan karbon monoksida.
Bagaimana kesan sheesha atau rokok kepada paru-paru?
Kerosakan paru-paru adalah antara perkara yang mula-mula terjadi kepada perokok, dan kesemua paru-paru perokok berfungsi dengan kurang baik berbanding orang yang tidak merokok. Merokok dapat menyebabkan beberapa penyakit paru-paru sebagai penambahan kepada kanser paru-paru. Radang paru-paru kronik– satu penyakit di mana salur udara menghasilkan mucus (kahak) yang berlebihan, menyebabkan perokok batuk lebih kerap – perkara yang biasa terjadi kepada perokok.
Merokok, tidak kira sheesha atau rokok biasa adalah sebab utama sejenis penyakit yang dinamakan emphysema – sejenis penyakit yang secara perlahan-lahan memusnahkan kebolehan seseorang untuk bernafas. Oksigen perlu melalui permukaan dalam paru-paru yang luas. Secara normal, terdapat beribu-ribu ‘pundi’ atau ‘kantung’ dalam paru-paru seseorang. Dalam pesakit yang menghidapi emphysema, ‘kantung’ ini akan bersatu – menjadikan kantung itu semakin besar, tetapi mungurangkan bilangan ‘kantung’ yang ada. Lama kelamaan luas permukaan dalam paru-paru menjadi semakin kecil dan menyebabkan seseorang itu tercungap-cungap semasa bernafas.
Simpton awal emphysema ialah sukar bernafas (terutamanya bila berbaring), batuk ringan yang kronik, cepat berasa letih, dan turun berat badan bagi sesetengah orang. Seseorang yang menghidap emphysema mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat pelbagai komplikasi, kesan dari paru-paru yang gagal berfungsi dengan baik. Sebagai contoh – Pneumonia. Lama kelamaan, pesakit yang mendapat emphysema perlu bernafas menggunakan tiub yang dipasang pada hidung. Proses ini tidak dapat diubati  kembali kepada normal, tetapi dapat diperlahankan dengan berhenti merokok. Berhentilah merokok dari sekarang.
Bagi mereka yang menghisap sheesha dirumah, merokok dapat memberi kesan kepada isteri dan anak-anak mereka. Isteri dan anak-anak yang tidak merokok secara terus dikenali sebagai perokok pasif. Kesan asap sheesha atau rokok ini amat berbahaya kepada wanita terutamanya wanita mengandung. Kesan asap rokok terhadap wanita mengandung dapat menyebabkan keguguran, lahir tidak cukup bulan, bayi tidak cukup berat dan sindrom kematian bayi mengejut (sudden infant death syndrome).
Bila wanita mengandung terdedah kepada asap rokok, bahaya ini bukan sahaja kepada si ibu, bahkan memberi kesan kepada bayi. Nikotin dan karbon monoksida masuk ke dalam darah si ibu, memberi kesan secara terus kepada bayi, menghalang bayi dari mendapat zat dan oksigen yang mencukupi yang diperlukan dalam proses pembesaran.
Susu badan ibu adalah pilihan terbaik untuk bayi. Namun bagi wanita yang menyusukan bayi, yang terdedah kepada asap rokok, susu badan yang dihasilkan oleh mereka turut mengandungi racun. Nikotin dalam susu badan ibu boleh menyebabkan pelbagai simptom kepada bayi seperti gelisah, degupan jantung yang laju, muntah, atau cirit birit.
Sheesha dapat memberi kesan jangkamasa pendek dan jangkamasa panjang. Antara kesan jangkamasa panjang, merokok adalah punca utama bagi penyakit-pemyakit seperti: Jantung, aneurysms, emphysema, radang paru-paru, strok, menjadikan asthma dan pneumonia lebih teruk. Kesan jangkamasa pendek pula ialah kegagalan paru-paru untuk berfungsi dengan baik. Maka dapat diperhatikan perokok sering menghadapi masalah semput, batuk dan mudah letih bila melakukan aktiviti fizikal. Selain itu, juga dapat diperhatikan dari perokok, mereka mengalami masalah-masalah lain seperti kurang deria rasa dan bau, kulit berkedut pada usia muda, nafas berbau, gigi kuning, dan yang paling penting bagi lelaki, dapat menyebabkan kemandulan dan kegagalan alat kelamin untuk berfungsi dengan baik.
Ada yang mengatakan sheesha lebih selamat berbanding rokok. Ini tidak benar, malahan sheesha lebih bahaya berbanding rokok dari pelbagai segi termasuk dari segi penyediaannya. Air dalam sheesha tidak dapat menapis banyak jenis toksin yang terkandung dalam asap sheesha. Sheesha juga mengandungi nikotin, karbon monoksida dan lain-lain bahan seperti rokok biasa. Bahkan arang yang digunakan mendap dalam salur pernafasan dan meningkatkan masalah paru-paru kepada lebih teruk berbanding rokok biasa yang juga berbahaya dari segi bahan pengawet yang digunakan untuk mengawet dan merawat tembakau dalam rokok. Bagi mereka yang menghisap sheesha dikedai kopi, perkongsian paip sheesha juga mendedahkan mereka kepada bahaya lain. Mereka akan terdedah kepada pelbagai jenis penyakit yang merebak melalui air liur. Penyakit yang biasa kita dengar, berjangkit akibat berkongsi sheesha adalah TB. Tidak hairanlah jika kes TB di Mesir menjadi satu kebiasaan di semua hospital.
Adakah dengan berhenti merokok dapat membantu anda? Ya. Dan ia masih belum terlambat. Kesan-kesan berhenti merokok:
  • 20 minit selepas berhenti: kadar degupan jantung dan tekanan darah turun kembali. (“Effect of Smoking on Arterial Stiffness and Pulse Pressure Amplification”, Mahmud, A, Feely, J. 2003. Hypertension:41:183.)
  • 12 jam selepas berhenti : kadar karbon monoksida dalam darah turun ke paras normal. (US Surgeon General’s Report, 1988, p. 202)
  • 2 minggu ke 3 bulan selepas berhenti : kitaran darah dan fungsi paru-paru meningkat. (US Surgeon General’s Report, 1990, pp.193, 194,196, 285, 323)
  • 1 hingga 9 bulan selepas berhenti : batuk dan semput berkurangan; cilia (struktur seperti rambut halus dalam salur pernafasan yang menolak kahak keluar dari paru-paru) kembali berfungsi secara normal, meningkatkan keupayaan untuk mengawal kahak, membersihkan paru-paru, dan mengurangkan risiko jangkitan pada paru-paru. (US Surgeon General’s Report, 1990, pp. 285-287, 304)
  • 1 tahun selepas berhenti : risiko sakit jantung separuh berbanding mereka yang masih merokok. (US Surgeon General’s Report, 1990, p. vi)
  • 5 tahun selepas berhenti : risiko mendapat strok berkurang kepada kadar yg sama seperti mereka yg tidak merokok selepas 5 hingga 15 tahun berhenti merokok. (US Surgeon General’s Report, 1990, p. vi)
  • 10 tahun selepas berhenti : kadar kematian akibat kanser paru² berkurang kepada separuh berbanding mereka yg masih lagi merokok. Risiko kanser mulut, tekak, esofagus, pundi, serviks dan pancreas menurun. (US Surgeon General’s Report, 1990, pp. vi, 131, 148, 152, 155, 164,166)
  • 15 tahun selepas berhenti : risiko seseorang itu mendapat sakit jantung sama seperti mereka yang tidak merokok. (US Surgeon General’s Report, 1990, p. vi)
Terdapat juga kesan yang dapat dilihat dan kesan segera. Berhenti merokok membantu menghentikan kesan tembakau ke atas penampilan kita termasuk:
  • Kedutan kulit pada usia muda
  • Nafas berbau
  • Gigi kuning
  • Penyakit gusi
  • Rambut dan pakaian berbau
  • Kuning pada kuku
Dengan membuang tabiat merokok, anda dapat melihat kesan ketara dalam hidup anda seharian :
  • Makanan dirasakan lebih enak
  • Deria bau kembali kepada normal
  • Aktiviti seharian tidak lagi menyebabkan anda semput (seperti contoh, naik tangga, atau kerja ringan di rumah)
Terdapat mitos mengatakan bahawa menghisap sheesha dapat menjadikan suara lebih merdu. Ini tidak benar sama sekali. Kebanyakan penyakit pita suara berpunca dari merokok. Selain dari kanser, merokok dapat menyebabkan pita suara membengkak. Bengkak pada pita suara ini dikenali sebagai Reinke’s oedema. Ia juga dapat menyebabkan tompokan putih pada pita suara (leukoplakia). Suara menjadi garau, serak, dan pastinya tidak merdu.
 Sheesha ; Suatu Pengenalan Hukum
Pengamalan merokok oleh masyarakat dunia hari ini bukanlah lagi suatu perkara yang baru seperti mana ketika ia mula-mula diperkenalkan di penghujung kurun ke 10. Budaya menghisap asap ini telah dipelbagaikan dengan aneka bentuk dan cara bagi memenuhi citarasa golongan penghisap asap ini.  Antara bentuk yang tidak asing lagi adalah dengan menggulung. Bentuk lain lagi adalah dengan menggunakan paip penyedut bersama dengan makanisma air yang dikenali dengan Sheesha atau Narjilah dalam masyarakat Arab. Di sesetengah negara lain terkenal dengan penggunaan ‘pipe’ dan curut.
Apapun bentuk dan cara yang diperkenal dan diamalkan oleh golongan merokok ini namun perbahasan kepada hukum perbuatan ini bukanlah kepada bentuknya tetapi kepada kesannya. Oleh itu kita mendapati bahawa perbuatan menghisap sheesha seolah-olahtidak sama dengan perbuatan menghisap rokok gulung yang biasa kedapatan. Lantaran kemungkinan ada yang menyangka bahawa tidak ada masalah menghisap sheesha tersebut.
Perlulah diketahui bahawa sheesha ini sudah menjadi pengamalan dan budaya yang tidak baik bagi masyarakat di Mesir yang sukar dikikis. Budaya ini menjalar dan membiak dengan subur dengan pembukaan terlalu banyak kedai-kedai kopi yang menyediakan perkhidmatan menghisap sheesha ini kepada pelanggan. Tidak cukup dengan kedai kopi, kegiatan menghisap sheesha ini diamalkan di rumah-rumah oleh si suami yang menghisap di hadapan ahli keluarga mereka tanpa memikirkan kesan baik dan buruknya.
Oleh itu, apakah hukum menghisap sheesha ini?
Hukum menghisap sheesha ini adalah sama dengan hukum merokok yang telah dibahaskan oleh para ulama’ secara panjang lebar dalam masalah merokok ini. Ini kerana perbezaan hanyalah kepada rupa tetapi kemudaratan yang dibawa menatijahkan hukum yang sama yang telah dipastikan oleh kajian perubatan pada hari ini.
Kajian yang telah dibuat berkenaan sheesha menurut Dr, Husam dalam artikelnya di dalam web Islamonline menyatakan bahawa kesemua penggunaan sheesha membawa kemudaratan kepada kesihatan sama ada menggunakan tembakau atau yang menggunakan bahan-bahan daripada buah-buahan yang telah dirawat dengan cara-cara tertentu.
Selain itu banyak kajian telah dilakukan seperti kajian yang telah dilakukan di Kuliah Pergigian di Universiti Al Azhar, kajian di Geneva 2001, kajian di Kuliah Kesihatan di Universiti Amerika di Beirut. Kemudaratan yang dinatijahkan oleh pengamalan sheesha ini juga diperakui oleh Dr. Abdul Hakim Mahmud Ketua Bahagian Sakit Dada di Perubatan Qasrul Ain, Dr. Toriq Ketua Bahagian Sakit Dada di Perubatan Ain Syams dan Dr. Maisah di Bahagian Sakit Dada di Perubatan Qasrul Ain.
Setelah jelas bahawa kedudukan menghisap sheesha adalah sama dengan merokok secara menggulung yang telah menjadi kebiasaan maka hukum sheesha ini adalah sama dengan hukum golongan perokok biasa.
Perbahasan merokok telah diketahui umum bahawa terdapat perselisihan pendapat di kalangan ulama’. Pendapat yang diterima oleh Dr. Yusuf Qaradawi di dalam fatwanya adalah haram hukumnya dan Bekas Mufti Mesir iaitu Dr. Nasr Farid juga telah mewartakan bahawa hukum menghisap rokok ini adalah haram. Fatwa ini telah ditampal di semua masjid dan tempat diseluruh Mesir dan telah diketahui umum akan perkara ini. Fatwa ini juga telah disokong oleh Mufti selepas itu seperti Dr. Ahmad Toyyib dan Mufti hari ini Dr. Ali Jum’ah. Pandangan mengatakan bahawa menghisap rokok itu haram adalah pandangan yang amat kuat berdasarkan dalil, kajian perubatan kesihatan hari ini dan kemudaratan lain seperti harta dan sebagainya.
Adakah sewajarnya kita masih berkhilaf?
Dr. Yusuf Qaradawi menyatakan bahawa khilaf di kalangan ulama’ dalam masalah rokok ini pada suatu ketika dahulu adalah kerana tiada kajian yang kukuh kepada akibat merokok ini. Tambah beliau lagi jika ulama’ dahulu mendapati kajian yang kukuh  berkenaan ‘darar’ atau mudarat yang ada sudah pasti mereka tidak khilaf dalam masalah ini.
Beliau berkata :
” Dalam zaman kita hari ini, para ulama’ sewajarnya bersepakat dalam hukum kerana hukum yang dikeluarkan seorang faqih adalah berdasarkan kepada pandangan doktor. Jika doktor mendapati merokok ini membahayakan manusia maka seorang faqih semestinya mengatakan ianya haram kerana apa yang memudaratkan kesihatan manusia semestinya diharamkan oleh syara’”.
Dengan ini jelaslah bagi kita bahawa perbuatan merokok ini dengan apa bentuk dan caranya mesti ditolak oleh seorang muslim kerana perbuatan ini hanyalah sia-sia dan hanya mendatangkan kemudaratan kepada agama, diri, akal, keturunan dan harta.
Berkenaan dengan alat Sheesha yang beraneka bentuk dan warna yang dijual hari ini jika ada yang hanya hendak membeli sekadar dijadikan perhiasan maka sewajarnya juga dihindarkan kerana alat seperti sheesha ini bukanlah sesuatu yang dijadikan perhiasan dan menyimpannya adalah sia-sia. Berdasarkan kepada sabda Rasulullah :
عن أبى هريرة رضى الله عنه عن النبى صلى الله عليه و سلم قال : من حسن إسلام المرء تركه ما لا يعنيه
رواه الترميذى وغيره
Maksudnya : ” Daripada kebaikan Islam seseorang itu dia meninggalkan perkara yang tidak ada kaitan dengan dirinya sebagai seorang muslim daripada perkataannya dan perbuatannya”.
Berdasarkan kepada perkara di atas, pengamalan merokok mesti dibenteras agar tidak terus melalaikan generasi Islam yang ada pada hari ini dan yang akan datang. Merokok ini merupakan senjata halus yang memakan diri secara perlahan-lahan yang akhirnya melumpuhkan jatidiri dan pembinaan peribadi  seorang muslim yang sepatutnya. Umat Islam sewajarnya menumpukan diri kepada kerja amal Islami yang terlalu banyak pada hari ini. Para ulama’ hari ini tidak sewajarnya lagi berkhilaf pada hukum merokok sekadar menurut pendapat ulama’ terdahulu yang khilaf dalam perkara ini tetapi lebih melihat kepada kesannya kepada umat Islam pada hari ini berdasarkan dalil dan kajian-kajian terbaru yang ada.
SUMBER: bicara4negara
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...