20 Ogos 2015

Memanah

Umar bin Al-Khattab radhiyallahuanhu. 
عَلِّمُوا أَوْلاَدَكُم السِّبَاحَةَ وَالرِّمَايَةَ وَرُكُوْبَ الخَيْلِ
Umar bin Al-Khattab berkata,"Ajari anak-anakmu berenang, memanah dan naik kuda".

Saranan daripada Saidina Umar ini menjadi tanda tanya adakah permainan dikira permainan sunnah atau tidak? 

Diri ini masih mencari dan terus mencari. Insya Allah.

**********
15 dan 16 Ogos 2015. Karnival Konvo di DQ Jakim. Di sini, aku memulakan percubaan berkayak dan memanah. Inilah permainan yang diimpikan sekian lama. Alhamdulillah, aku dapat merasa kemanisan bermain permainan ini. Tahniah Cik Dah. Bakal ke JOrdan selepas ini.

Dulu terasa susah untuk mencuba permainan ini. Pernah suatu ketika dahulu, aku diberi peluang berkayak. Terhenti setakat buat 'water confident' . Tiada geng untuk sama-sama berkayak. Pernah ketika BIG, ada acara kayak tetapi dibatalkan atas sebab-sebab tertentu.

Memanah? 

Pernah masuk kursus kejurulatihan. Nak pilih memanah. Rupanya ramai yang berminat dengan memanah. Dapat masuk kursus hoki. Hampir cermin mataku hancur. Bahaya-bahaya!

***********


 Info tentang Sukan Memanah

Memanah adalah seni, amalan, atau kemahiran melonjakkan s panah dengan menggunakan sebuah bow, dari Latin arcus. Dari segi sejarah, memanah telah digunakan untuk memburu dan memerangi, manakala dalam zaman moden, utama penggunaan yang kompetitif sukan dan aktiviti rekreasi. Seseorang yang mengambil bahagian dalam sukan memanah yang biasanya dikenali sebagai "archer" atau "bowman", dan seorang yang gemar atau pakar memanah boleh dirujuk sebagai satu toxophilite

Teknik Asas Memanah


1. Berdiri/stance

Berdiri merupakan asas untuk membuat panahan.

Pelajar hendaklah mendapatkan kaedah berdiri yang paling konsisten dan selesa sebelum membuat sesuatu panahan.

Terdapat beberapa cara berdiri yang biasa digunakan iaitu “square stance” dan “ open stance”.

Kaedah berdiri untuk kedua-dua cara ditunjukkan dalam rajah di bawah.
LANGKAH 2 : MEMASANG ANAK PANAH (NOCKING THE ARROW)

Langkah-langkah untuk memasang anak panah merangkumi beberapa gerak kerja seperti di bawah:

i. Pegang busur merentangi badan pemanah dalam kedudukan yang sedikit condong bagi memudahkan pemanah memasang anak panah.

ii. Keluarkan anak panah dari quiver dan pegang pada bahagian nock anak panah.

iii. Letakkan anak panah pada “arrow rest” .

iv. Pusing anak panah sehingga sayap anak panah yang berwarna ganjil menghala ke luar busur dan bersudut tepat dengan busur. Tekan anak panah kepada tali busur sehingga anak panah terpasang dengan kemas pada tali.
LANGKAH 3 : TANGAN YANG MENARIK ( THE DRAWING HAND)

Hanya tiga jari sahaja digunakan untuk menarik tali busur iaitu jari telunjuk, jari tengah dan jari manis.

Jari telunjuk akan berada di atas nocking point manakala dua jari lagi akan berada di bawah nocking point.

Tali akan ditarik pada ruas jari yang pertama sebagaimana ditunjukkan dalam gambarajah di bawah.

Setiap jari akan menerima tekanan yang berbeza daripada regangan tali busur.
LANGKAH 4 : TANGAN PEGANG BUSUR DAN PERMULAAN TARIKAN (BOW HAND AND PREDRAW)

Pemanah tidak sepatutnya menggenggam kemas pada pemegang busur semasa memanah. Tekanan busur pada tangan hanyalah tertumpu kepada bahagian telapak tangan sahaja atau dikenali juga sebagai thumb muscle.
LANGKAH 5 : MENARIK BUSUR ( DRAWING THE BOW )

Dalam posisi menarik tali busur, tangan yang memegang busur dalam keadaan yang lurus dan siku tangan yang menarik tali busur bawa ke hadapan. Tarik tali busur sehingga ke dagu .

Pastikan belakang tangan yang menarik tali dalam keadaan yang rata dan pastikan ibu jari menyentuh bahagian bawah tulang rahang Semasa tangan yang menarik tali busur ditarik ke belakang, tangan yang memegang bow hendaklah kekal dalam keadaan lurus dan menahan busur ke hadapan.

Kepala juga dalam keadaan tegak dan tidak bergerak. Apabila tarikan penuh tali busur dilakukan, keseluruhan kerja tarikan ini akan ditanggung oleh otot-otot bahu dan belakang.

Adalah diingatkan, pergerakan tarikan tali busur ini sebolehnya berlaku dalam garisan lurus di mana tangan yang menarik tali, tangan yang memegang busur serta anak panah seolah-olah berada dalam garisan yang lurus.

Bagi pemanah wanita, pastikan tali busur berada disebelah luar payu dara dan bukannya melepasi antara kedua payu daranya.

Pergerakan menarik tali busur dan posisi yang betul digambarkan dalam rajah di bawah.
LANGKAH 6 : TARIKAN PENUH, ANCHOR DAN PENJAJARAN TALI BUSUR ( FULL DRAW, ANCHOR DAN STRING ALIGNMENT)

Dalam kedudukan tarikan penuh, siku tangan yang menarik tali hendaklah dalam keadaan lurus dengan shaf anak panah.

Belakang tangan yang menarik tali dalam keadaan rata dan siku tangan yang memegang busur hendaklah dipusingkan kedalam untuk megelakkan terkena libasan tali semasa anak panah dilepaskan.
ANCHOR

Kedudukan anchor ini merujuk di mana tangan yang menarik tali busur menyentuhi muka pemanah. Mempunyai titik anchor yang tetap dan konsisten adalah sangat penting bagi mendapatkan panahan yang tepat di lapangan memanah.

Semasa kedudukan anchor, ibu jari akan menyentuh bahagian bawah tulang rahang dan jari telunjuk akan mengapit tali antara bahagian tepi dagu dan pada masa yang sama tali akan menyentuh hujung hidung pemanah.

Terdapat tiga titik sentuhan yang akan membolehkan pemanah menetapkan kedudukan anchor masing-masing iaitu sentuhan ibu jari dengan bawah rahang, jari telunjuk dengan bawah dagu serta sentuhan tali dengan hujung hidung pemanah.

PENJAJARAN TALI ( STRING ALIGNMENT)

Penjajaran tali busur juga berlaku semasa kedudukan anchor berlangsung.

Penjajaran ini dilakukan dengan melihat imej tali yang kabur semasa anchor dan menetapkan kedudukannya pada imej busur yang digunakan.

Terdapat beberapa cara untuk pemanah menjajarkan tali busur masing-masing. Apa yang paling penting ialah penjajaran yang sama dan konsisten semasa memanah akan menghasilkan bidikan yang tepat semasa memanah.
LANGKAH 7 : MENAHAN DAN MEMBIDIK ( HOLDING AND AIMING )

Menahan dan membidik ini merupakan suatu aktiviti yang singkat antara anchor dan perlepasan anak panah.

Dalam peringkat ini, pemanah seboleh-bolehnya tidak mahu berlakunya sebarang pergerakan pada anggota badannya.

Sekiranya menahan ini dilakukan dengan betul, badan pemanah akan dapat mengatasi daya rintangan semulajdi yang wujud di mana akan menjurus kepada perubahan bentuk formasi yang sepatutnya.

Bidikan harus terus dilakukan sebaik sahaja tarikan penuh dicapai. Sekiranya bidikan dilakukan terlalu awal, pemanah akan lebih menumpukan kepada hasil panahan daripada memikirkan untuk mengekalkan teknik bidikan yang betul.

Pemanah tidak sepatutnya cuba untuk mematikan penjera di atas target kerana ianya akan menyebabkan berlakunya bidikan yang melampau. Lama kelamaan, pemanah langsung tidak dapat melakukan bidikan yang tepat.

Pemanah sepatutnya membiarkan pin pejera terapung-apung pada target di mana fikiran pemanah akan menentukan masa yang tepat untuk melepaskan anak panah.
LANGKAH 8 : PERLEPASAN ANAK PANAH ( RELEASE )

Perlepasan anak panah merupakan suatu pergerakan yang sangat kritikan dalam sukan memanah. Ini adalah kerana ia akan mempengaruhi cara anak panah itu berlepas dan terbang menuju ke sasaran.

Perlepasan di lakukan dengan cara melepaskan tekanan yang ada pada tangan dan jari tangan yang menarik tali busur. Ini akan menyebabkan daya tegangan tali akan menarik anak panah keluar dari busur.

Selepas anak panah berlepas daripada busur, tangan yang menarik tali perlu ditarik ke belakang leher dan berhenti disitu buat seketika sambil pemanah memerhatikan anak panah terbang ke sasaran.
LANGKAH 9 : FOLLOW THROUGH

Follow through ini berlaku sebaik sahaja anak panah berlepas keluar daripada busur menuju ke sasaran. Kekalkan tangan yang menarik tali di atas dan biarkan busur bergerak ke depan dan membuai ke bawah. Proses ini hanya mengambil masa 2-3 saat sahaja. Pemanah akan memerhatikan anak panah sehinggalah ia mengenai sasaran maka follow through selesai.


LANGKAH 10 : REHATKAN DIRI ( RELAXING)

Selepas anak panah mengenai sasaran, jatuhkan busur ke bawah dan biarkan hujung limb berada di atas kaki pemanah. Jatuhkan tangan yang menarik tali ke sebelah badan.

Proses ini adalah untuk merehatkan dan memulihkan otot selepas membuat panahan.

Masa ini juga adalah untuk menilai hasil panahan sebentar tadi dan seterusnya bersedia untuk membuat panahan semula.

Masa yang diperuntukan untuk rehatkan diri ini sepatutnya lebih lama daripada masa yang digunakan untuk membuat panahan.


SUMBER:

1. wikipedia

2. My Classroom

3. 

Rakan Sejawat Toksik

Ahlan...ahlan Ya Ramadan.  Alhamdulillah masih diberi peluang merasai hidup dalam Islam tetapi umat Islam Palestin masih bergelut dengan kes...