26 November 2010

Menantu dan Ibu Mertua.


Apabila datang tidak dilayan? Tetapi kenapa membisu seribu bahasa. Aku tidak faham dengan situasi ini. Seorang ibu melihat anak dan menantu berjalan dihadapannya dengan harapan menantu akan menegurnya tapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Matanya langsung tidak berpaling ke arah muka ibu. Ibu tidak pernah melenting atau marah dengan tindakan menantu.

Sekarang dia mengatakan ibu dan semua adik iparnya memulaukannya. Siapa mulakan dahulu? Bila kami mulakan. Sepatah dijawab. Tetiba sahaja duduk di tepiku tanpa sapaan salam atau senyuman. Harapanku untuk menegur terbantut. Bila kami bersembang dia lari jauh. Menyendiri. Melayan perasaan. Menganggap diri dipulau.

Kenduri atau majlis yang dilaksanakan oleh keluarga. Pernah dia datang atau bantu? Pernah sekali. Sekarang?Dengan alasan yang tak masuk dek akal. Dengan pelbagai alasan supaya tidak dikaitkan dengan keluarga ini.

Bila dia memberi cadangan...harapannya supaya semua orang bersetuju dengan tindakannya. Pernah sekali, pendapatnya tidak dipersetujui oleh ibu. Bermula dengan saat itu, dia pasif. Diam seribu bahasa. Tiada suara yang keluar dari mulutnya.

Pernah disebut mengenai majlis perkahwinannya tidak semeriah majlis perkahwinannya dahulu. Mungkin harapannya sebagai anak bongsu, majlisnya meriah seperti artis atau orang kenamaan. Oh tidak! Aku menganggap dia tidak mengukur baju pada diri sendiri. Dengan bajet yang rendah...apa yang boleh dibuat? nak guna istilah 'biar papa asalkan bergaya'?

Takkan nak 'jeles' tidak bertempat pada adik2 iparnya yang bakal berkahwin pada masa akan datang? Bila kami sibuk membuat persiapan, di mana dia berada???Bila dah ada anak sekarang, apa yang boleh ditolong?
Adakah menantu boleh diharapkan?Adakah anak yang sudah berumahtangga mampu bersusah payah bersama adik beradik lain untuk menyempurnakan sesuatu majlis?

Biarlah Allah menentukan keadaan akan datang.

Esok adalah pernikahan abangku yang ke-3. Semoga majlis berjalan lancar.

Dan juga hari kelahiranku mengikut tarikh masihi. Semoga pertambahan umurku ini menjadikan aku semakin matang dengan dunia yang penuh fantasi dan dugaan. Semoga dipermudahkan segala urusanku. Rabbi Yassir Wala Tuassir, Ya Karimmm ^_^

~HANYA ILMU ALLAH YANG SEMPURNA~

22 November 2010

Mahram...Muhrim?

Facebook menjadi perantaraan atau perhubungan yang mudah. Dulu aku antara orang yang pernah memboikot laman fb ini. Pernah 'delete' secara 'total'. Kemudian aku buka semula dengan azam yang baru. Untuk tujuan 'baik' sahaja. Setakat ini, semua pelajar yang masih belajar denganku tidak akan dijadikan 'friend' kerana sebab tertentu. Maaf. itu sahaja yang mampu aku sebut dan tulis.

Semalam aku dapat 'message' dari pelajarku dari Fb. Bertanya tentang perbezaan mahram dan muhrim. Aku 'blurr' sekejap. Mungkin pelajarku pernah mendengar perkataan ni dari mulutku atau pembacaan. Pelajar pintar. Apa yang ditulis dalam buku teks tidak diingati tapi apa yang keluar dari mulutku semua diingati. Kadang-kadang ditulis dalam kertas peperiksaan.


Kembali kepada persoalan Muhrim. Dalam masyarakat melayu, ia dikenali sebagai orang yang haram berkahwin dengan anda, saya atau seseorang yang digelar orang Islam. Aku tak tahu kenapa perkataan ini tersalah pinjam dalam bahasa melayu. Mungkin tersilap baris? Tok guru tersilap sebut? Tetapi dalam bahasa arab 'muhrim' dimaksudkan 'orang yang melakukan ihram haji atau umrah.

Mahram pula dalam bahasa arab dimaksudkan 'orang yang haram dikahwini'. Apabila bersentuhan kulit antara mahram tidak terbatal wudu'. Mereka boleh bersalaman. Begitu juga perbezaan aurat perempuan dihadapan mahramnya.

Siapakah mahram perempuan bagi seorang lelaki? Jadi lelaki tidak boleh berkahwin dengan perempuan yang aku senaraikan dibawah ini. Perempuan-perempuan yang haram dikahwini dalam Islam dibahagikan kepada dua kategori:

1. Haram Mu'abbad / haram selama-lamanya. 

2. Haram Mu'aqqat / Haram sementara.

**********

Bagi kategori pertama.

Perempuan yang haram dikahwini selamanya terbahagi kepada tiga pula iaitu:

1. Yang ada keturunan / nasab.

2. Ada hubungan susuan / rada'.

3. Ada hubungan Musaharah / persemendaan (sebab kahwin. contohnya ibu mertua)

**********

Kumpulan yang ada hubungan nasab atau kekeluargaan atau keturunan:

1. Ibu kandung.

2. Anak perempuan.

3. Saudara perempuan kandung (seibu sebapa). Termasuk saudara perempuan sebapa dan saudara perempuan seibu.

4. Anak perempuan dari saudara lelaki. Termasuk  anak perempuan  dari saudara lelaki sebapa dan seibu.

5. Anak perempuan dari saudara perempuan.

6. Ibu saudara sebelah ibu.

7. Ibu saudara sebelah bapa

cari dalil dlm surah An-Nisa' ayat 23.

**********

Kumpulan dari hubungan penyusuan.

1. Ibu susuan.

2. Saudara perempuan susuan.

3. Anak perempuan dari saudara lelaki susuan.

4. Anak perempuan dari saudara perempuan susuan.

5. Ibu saudara perempuan susuan sebelah ibu.

6. Ibu saudara perempuan susuan sebelah bapa.

7. Anak perempuan susuan.

Firman Allah SWT:
Diharamkan atas kamu berkahwin dengan ibu susuan kamu dan saudara-saudara perempuan susuan kamu
Sabda Rasulullah SAW:
يُحرمُ من الرَّضاعةِ ما يُحرمُ من النَّسبِ
Maksudnya:
Haram dengan sebab susuan (sebagaimana) sesuatu yang haram dengan sebab keturunan 
**********
Kumpulan dari hubungan persemendaan.


1. Ibu mertua.


2. Anak tirinya.


3. Ibu tirinya.


4. Menantunya 

**********
Kategori kedua.


Haram kahwin sementara waktu:


1. Saudara perempuan isterinya.


Sabda Rasulullah SAW:
 مَلعُونٌ من جَمَعَ ماءه فى رَحمِ أخْتَينِ
Maksudnya:
Dilaknat orang yang mengumpul airnya ke dalam rahim dua orang perempuan bersaudara
Firman Allah SWT:
وأن تجمعوا بين الأختين إلا ما قد سلف
Ertinya:
Dan diharamkan ke atas kamu mengumpul dua beradik sekali (untuk dijadikan isteri-isteri kamu) kecuali yang telah berlaku pada yang lalu
2. Saudara perempuan bapa mertua dan saudara perempuan ibu mertua.


Sabda Rasulullah SAW:
لا يُجمَعُ المراءةُ و عمَّتُها ولا بينِ المراءةِ وخالتِها
Maksudnya: 
Tidak boleh dikumpulkan antara seorang perempuan dengan ibu saudaranya sebelah bapa dan ibu saudara sebelah ibu.
3. Berlainan agama. Dia hanya harus dikahwini setelah memeluk Islam.


Firman Allah SWT (al-Baqarah ayat 221):
ولا تنكحوا المشركــت حتى يؤمن ولأمة مؤمنة خير من مشركةٍ ولو أعجبتكم
Maksudnya :
Janganlah kamu berkahwin dengan perempuan-perempuan kafir musyrik sebelum mereka beriman (iaitu memeluk agama Islam) dan sesungguhnya seorang hamba perempuan yang beriman itu lebih baik daripada perempuan musyrik, sekalipun keadaannya menarik hati kamu.
4. Berkahwin lebih daripada empat orang isteri kecuali setelah diceraikan salah seorang daripadanya dan 'iddahnya sudah tamat atau sudah meninggal dunia. Apabila ia telah meninggal dunia atau diceraikan oleh suaminya, halal lah kepada suami berkahwin dengan isteri kelima (ini yang mengatakan suami juga ada 'iddah)


5. Perempuan yang masih isteri orang.


6. Perempuan yang masih dalam 'iddah suaminya.


7. Perempuan yang dicerai dengan talaq tiga. Suaminya tidak boleh mengahwininya melainkan setelah berkahwin dengan suami baru, melakukan persetubuhan dan diceraikan oleh suaminya itu serta telah tamat tempoh 'iddahnya. 

Rujukan :
1. Dirasat fil Fiqhu Syafie.
2. Pemantapan Sistem kekeluargaan oleh Dr Basri Ibrahim.

P/s: ini kira aku copy paste dari buku. Sebab diri ini masih belajar dan bukan alim ulama'. Jika silap terjemah bagitau yea.

~HANYA ILMU ALLAH YANG SEMPURNA~

21 November 2010

Di mana keluar...?

Diri seusia 6 tahun. Pelbagai pertanyaan bermain dalam fikiran. Proses kematangan lebih cepat daripada jangkaan. Meniti usia setahun jagung, banyak perkara dicuba supaya setaraf dengan abang-abang yang sudah dewasa.

Melihat perubahan diri sendiri. Perubahan disekeliling. Melihat perubahan orang disekeliling. Adakah aku sudah cukup dewasa?Kenapa aku disuruh solat? Tak boleh qada' ke?Adik letih la...

"Kenapa kakak tidak solat?" si kecil bertanya apabila melihat 'kakak' masih tidak solat lagi.

"Kakak ABC la," ujar 'kakak' dengan jawapan yang hambar.

"ABC tu ape?" tanya si kecil sambil menongkat dagu dan mat di angkat ke atas.

"mmm...ABC tu ALLAH BAGI CUTI,"

"Kenapa adik ALLAH tak bagi cuti?"

"Adik kan lelaki. Lelaki kan kuat. Jadi tak boleh tinggal solat. Kalau tinggal solat itu tanda lemah,"

"Oh, jadi kakak lemah la yea,"

"Sekarang Allah bagi cuti. Kalau kakak solat... Allah marah,"

"Aik, pelik nyer. Adik pun Allah bagi cuti juga la. Nanti adik ganti balik,"

"Ayoyo...susahnyer nak bagitau budak ni," rungut 'kakak'.

"Adik...Kalau lelaki sampai umur macam mana?"

"Ada misai. Ada janggut la,"

"ye ke? kalau orang perempuan sampai umur?" uji 'kakak lagi.

"ntah...tak tau," jawapan yang lurus. 'Kakak' senyum.

"Kalau lelaki sampai umur dengan mimpi. Bila terkejut dari mimpi, dia tengok tilam nyer basah,"

"Tu kencing la. Adik pernah kencing juga. Maknanyer adik dah sampai umur la," Ketawa 'kakak' akhirnyer pecah berderai.

"Kalau perempuan sampai umur...keluar darah kotor atau dipanggil darah haid.Sekarang kakak tengah haid. Jadi tak boleh solat. Allah tak bagi solat kalau keluar darah," sambung 'kakak'.

"Adik tak nampak darah pun,"

"Bukan darah tu keluar ikut mata, telinga atau hidung,"

Adik terus ketawa. Hahahahaaha!!!

"mesti keluar ikut situ,"

'Kakak' terkejut. Hah????

p/s: susah nak terangkan perkara ni kepada budak seusia 6 tahun. Habis macam mana dengan Pendidikan Seksual yang akan dilaksanakan untuk pelajar tahun 1/ 2011? Guru bertambah beban. Kenapa tak tambah masa Pendidikan Islam???Bab Munakahat di perbanyakkan...Lain orang, lain fikirannya.

~HANYA ILMU ALLAH YANG SEMPURNA~

19 November 2010

Drama Jepun.

Aku tahu pasal drama ni ketika aku masih belajar.
Pelajar perubatan yang cadangkan.
Kebanyakan pelajar perubatan akan tengok drama ni.

Sesiapa yang berminat boleh masuk link kat bawah:

Iryu Team Medical Dragon

Team Medical Dragon 1

Iryu Team Medical Dragon 2

Team Medical Dragon 2

~HANYA ILMU ALLAH YANG SEMPURNA~

17 November 2010

Salam Aidil Adha 1431 H

Cuti macam tak cuti : (

Hari isnin aku berusaha mendapat cuti dari 'bos' dengan syarat kerja aku semua sudah beres. Hari Rabu cuti Hari Aidil Adha. Hari khamis cuti peristiwa. Hari Jumaat sekolah seperti biasa. Sehari sahaja. Jika negeri di pantai timur dah cuti persekolahan sepenuhnya.

Sejak hari isnin kerjaku bertambah-tambah. Stok buku baru sampai. Aku terpaksa kerahkan tenaga pelajar-pelajarku untuk mengambil rekod buku, label, cop hak milik dan banyak lagi. Ada pelajar baru yang terpaksa ditemuduga untuk masuk ke tingkatan 1. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.

Aku tetap pulang ke kampung pada malam hari raya. Bas dari Kajang ke Kuala Terengganu. Kereta myviku dalam jagaan adikku di Bangi. Harap dia jaga betul-betul memandangkan cermin kereta tu dah ada dua retakan. Yang penting jangan letak bawah cahaya matahari yang lama.huhuhu

Duduk bersebelahan dengan lelaki dari Kajang ke Terengganu memang menakutkan aku. Pada awalnya, aku minta bertukar dengan 'kakak' tapi tidak dipedulikan. Aku terus duduk sehingga sampai ke hentian Putra. Aku dan beberapa orang penumpang lain diminta turun pertukaran bas. Seolah-olah dipermainkan, kami diminta naik semula. Aku minta tolong lelaki yang duduk disebelahku untuk bertukar ke kerusi depan. Dia bersetuju. Akhirnya aku dapat duduk dengan tenang sesama wanita. Terima kasih ya ^_^

Aku terkilan dengan 'kakak' ni. Dia sanggup duduk bersama lelaki. Tak pernah dia terfikir...Apa yang akan terjadi dalam tempoh perjalanan 8 jam. Huh! aku tidak sanggup. Takut tertidur atas bahu orang sebelah. Moga 'kakak' akan beri peluang kepada orang lain seperti permintaanku.

Aku sampai ke MBKT jam 6.30 pagi. Terimalah kad raya dariku kepada pembaca ...



~HANYA ILMU ALLAH YANG SEMPURNA~

15 November 2010

Mata Lelaki...


Malam pasangannya siang,

Jaga pasangannya tidur,
Rajin pasangannya malas,
Dan lelaki pasangannya perempuan.



Kerana perempuan adalah
pasangan kepada lelaki,
maka Allah telah menciptakan bentuk badan wanita
itu dapat memikat hati lelaki.



Bila berkata tentang terpikat,
maka ia ada hubung kait dengan nafsu.
Jika ia ada hubungkait dengan nafsu,
ianya ada hubungan pula dengan bisikan syaitan.



Jadi untuk mengawal nafsu, mestilah dikawal dengan iman.
Untuk mendapatkan iman mesti menurut perintah
Allah dan RasulNya dan menjauhi laranganNya.



Pada mata lelaki, perempuan ini adalah simbol.
Simbol apa, semua orang tahu.
Orang lelaki mempunyai imaginasi yang nakal jika
tidak dikawal dengan iman.
Maka mata lelaki ini selalu menjalar
apabila terlihat seorang perempuan.



Setiap bentuk badan seorang
perempuan boleh dihayati oleh seorang lelaki
dengan berbagai-bagai tafsiran nakal nafsu.
Apabila seorang lelaki terlihat seorang
perempuan, maka perkara pertama yang akan
dilihatnya ialah rambut wanita berkenaan.
Maka akan ditafsirlah berbagai2 cara oleh
seorang lelaki akan rambut wanita berkenaan.



Oleh kerana itulah wanita wajib menutup rambutnya.
Apabila rambut wanita itu telah ditutup, maka
mata lelaki itu akan turun ke bawah melihat
bentuk lehernya,
maka wajiblah wanita itu menutup lehernya.
Maka mata lelaki itu akan turun lagi
melihat bentuk payu daranya,
maka wanita itu berkewajipanlah menutup bentuk
payu daranya dengan melabuhkan tudungnya.



Setelah itu mata lelaki akan
turun lagi melihat
bentuk ramping pinggangnya,
maka labuhkanlah pakaian supaya tidak ternampak
bentuk pinggangnya,
maka mata lelaki itu akan melihat pula akan
bentuk punggungnya,
maka wajiblah wanita itu membesarkan pakaiannya
agar bentuk punggung tidak kelihatan, dan
lelaki itu akan pula melihat bentuk pehanya,
maka janganlah sesekali wanita itu memakai kain
yang agak ketat sehingga terlihat bentuk
pehanya walau sedikit,
maka akan dilihat lagi oleh lelaki itu akan
bentuk kakinya pula,
maka janganlah wanita itu berseluar, kerana
terus-terang pihak lelaki bercakap, walau
muslimah itu bertudung labuh, berbaju labuh,
jika beliau memakai seluar,walau nampak besar
sedikit, nafsu kami lelaki akan terusik secara
sepontan, entah tak tahu Kenapa?



Mata lelaki ini nakal, setelah tidak ternampak
akan bentuk kakinya,
maka akan dilihatlah pula akan mata lelaki itu kepada kakinya,
maka wajiblah wanita itu untuk menolong lelaki
itu tidak berdosa, menutup kakinya dengan
melabuhkan kain, atau memakai stokinyg warnanya
jangan sesekali berwarna kulit perempuan,
maka mata lelaki ini akan kembali ke atas,
akan melihat pula bentuk tangan wanita itu,
maka tolonglah wahai muslimah, agar melabuhkan
tudung menutupi bentuk tangannya yang indah pada pandangan lelaki.



Maka wahai lelaki,
janganlah pula kamu melihat mukanya,
kerana ia akan menimbulkan fitnah, kecuali jika
kamu wahai lelaki, ingin meminangnya.
Jika wanita itu cukup soleh, takut mukanya yang
cantik akan menimbulkan fitnah,
maka berpurdahlah kamu,
jika itu lebih baik untuk kamu.



Tetapi mata lelaki ini ada satu lagi jenis
penyakit,iaitu mata
lelaki itu akan tertangkap dengan sepontan jika
ia terlihat warna yang menyerlah atau terang
jika ianya berada pada perempuan.



Maka oleh itu wahai perempuan, tolonglah jangan
memakai pakaian yang warnanya terang-terangan sangat.
Jika hendak pakai pun, pakailah untuk suami.
Itulah wahai muslimah, jika anda semua ingin tahu
apakah dia mata lelaki itu, dan perlu
diingatkan, jika semua aurat telah ditutup,
jangan anggap tugas kita telah selesai, perlulah
pula kita menjaga kehormatan diri masing2,
jangan keluar seorang2,keluarlah dengan
mahram, atau keluarlah sekurang2nya 3 wanita agar
tidak diganggu gangguan luar, mata lelaki pula
janganlah menjalar langsung kepada muslimah,
walau muslimah itu telah menutup aurat,
insyaAllah selamat dunia akhirat.



Seperti firman Allah,"Dan tundukkanlah pandanganmu
dan jagalah kemaluanmu".
Dunia sekarang telah banyak yang cacat celanya,
sehingga ketaraf seseorang yang memakai tudung
masih beliau tidak menutup aurat, dan pada kaum
lelaki, mata kamu itu wajib untuk tidak
mencuri2 melihat wanita muslimah, kerana ia
dilarangi oleh Allah SWT.



Ingat-ingatkanlah wahai muslimin muslimat.
Sekilau-kilau berlian paling menarik untuk dicuri..
Seindah-indah ciptaan adalah yang paling sukar untuk dijaga…


p/s: Bagi aku, setiap kali perempuan berjalan...mata lelaki akan melihat. Itulah PANAHAN SYAITAN!
Nampak hujung jari pun tak apa...

Berapa ramai wanita sanggup memakai tudung labuh yang dicadangkan? Berapa ramai???Yang dah pakai pun masih mudah terpengaruh dengan keadaan keliling. Susah nak dapatkan  tudung yang dimaksudkan. Susah nak bersukan. Susah nak ber'sosial. Nak masuk kolam mandi tak dibenarkan. Hahaha...Akhirnya berkurung dalam rumah.

Lelaki bila sebelum kahwin boleh kata, " nanti aku boleh bimbing isteri aku,"..."Nak jadikan isteriku isteri solehah,"...realitinya, sekarang! apa yang berlaku???!

Waktu kecil bertudung labuh...Semakin meningkat usia, semakin hilang cebisan pakaian sedikit demi sedikit. Akhirnya, tudung hilang. Baju semakin ketat. Seluar semakin singkat dan ketat macam balut nangka. 

Lelaki, semakin berjawatan, semakin memakai pakai berlapis2. Baju kemeja. Baju kot. Seluar semakin labuh berbeza dengan wanita. Lelaki semakin pemalu. Wanita semakin berani. Menonjolkan diri. hah! korang boleh tengok sendiri perbandingan ini disekeliling kita. 

Cukuplah setakat ni. Boleh ditambah dalam ruangan komen dibawah ^_^


~HANYA ILMU ALLAH YANG SEMPURNA~

Sumber: iluvislam

09 November 2010

Lawatan Sambil Belajar ke KL...

Penat.Sakit kaki. Lapar. Haus...

Itu lumrah bagi sesiapa sahaja yang melalui perjalanan yang jauh.Isnin 8 November 2010, kami berpeluang melawat beberapa tempat di Kuala Lumpur. Antaranya Tugu Negara, Taman Burung, Masjid Negara (Makam Pahlawan), Muzium Negara, dan Aquaria di KLCC.

Pelajar-pelajar sekolah aku ni memang patut dipuji. Tanpa disuruh. Tanpa dipaksa. Tanpa dimarahi. Setiap kali solat, mereka solat berjemaah. Selepas tu, berselawat atas Nabi  Muhammad SAW. Mereka pandai bawa diri. Jika di sekolah mereka akan buat perangai. Bila fikir-fikir semula...kelakar pun ada.hahaha...Sepatutnya kalimah syukur disebut. Alhamdulillah ^_^

Di Tugu Negara, pelancong dari Jepun suka bergambar dengan pelajar2ku. Jadi 'artis' segera budak-budak ni. Akhirnya, diorang lari dari pelancong ni. Rimas. Tak tau la kalau betul2 artis.hehehe





Kemudian, kami perrgi ke Taman Burung Sangkar Terbesar di Dunia.

Kami makan tengah hari di medan selera hadapan Poliklinik Tanglin, Wilayah Persekutuan KL. Pelajar-pelajar akan makan menggunakan duit sendiri. Kami sampai di medan selera ini waktu 'orang pejabat' tengah rehat. Bila fikir secara logik, susah nak dapatkan makanan. Alhamdulillah Allah Maha Penyayang terhadap hambanya. Kami dipanggil ke beberapa tempat dan disediakan tempat duduk. Ada beberapa orang dermawan, membelanjakan makanan 'free' untuk pelajar2 ni. Mungkin melihat pelajar kami bersongkok dan bertudung labuh.

"Adik dari sekolah mana?"

"Kami dari sekolah menengah dot dot dot,"

"Adik ambil ni, buat belanja. Makanan ni tak payah bayar yea...,"

Ini antara perbualan pelajar dengan dermawan tu. Ada juga yang bagi duit belanja. Rupanya masih ada lagi dermawan di bumi KL ni.

Semua perjalanan kami mudah. Mungkin kerana sebelum memulakan perjalanan, kami sama-sama membaca Ma'thurat. Itulah kebiasaan kami buat di sekolah.

Ni suasana selepas aku keluar dari Masjid Negara.

Makam Pahlawan di salah satu sudut dalam Masjid Negara.


Batu pedang granit yang terpahat nama Allah.

Dalam ni gelap. Gambar hitam putih la jawabnya ^_^

Tempat terakhir kami lawat adalah Aquaria. Kami dikenakan bayaran separuh harga. RM 15. Ni dah dikira beruntung bersama pelajar. Kebetulan masa aku pergi tu..diorang tengah bagi makan kat ikan. Ada seekor ikan pari, datang rapat kat aku. Pelajar aku kata pari 'suka aku'. Terus pari ni 'simbah' air masin kat aku...basah kuyup baju n tudung aku. Terasa air masin ni. Mungkin ingat aku nak bagi makanan kat dia kot...Aku jadi ikan sekejap..sebab bau ikan. hahaha


Pelajar tunggu giliran nak naik flight.hahaha.
Tunggu giliran untuk masuk Aquaria.

Cantik tak rama-rama ni. Biru satu. Hijau satu^_^
Boleh hidup juga walaupun bukan dalam laut.

Alahai ikan. Gambar statik je aku boleh ambil.
Sempat snap ikan sebagai cenderahati.

Sebelumku meninggalkan KLCC.

Keadaan selepas solat dan beli makanan untuk alas perut. Tunggu 'tuan bas' datang.
Pandainya diorang beratur...Dah letih badan. Mata dah nampak bantal je.

~Subhanallah. Walhamdulillah. Wala ilaha illallah. Wallahuakbar~

06 November 2010

Yusuf Estes Kembali Menemui Hidayah Allah ^_^

Malu bila melihat umat Islam dari Ibubapa yang Muslim. Tapi anak-anak Muslim ini yang cuba keluar dari Islam. Bila subjek Pendidikan Islam...bosan..tak apa tak lulus pun. bukan wajib. Subjek sejarah yang wajib!

Sedarlah, anak-anak Islam. Anda wajib lulus jawapan Malaikat Munkar dan Nakir di alam kubur sebelum dihisap oleh Allah dan seterusnya ke syurga!!!

    


































Ramai yang mengenalinya. Tapi aku mengenalinya hari ini. Selepas membaca Al-Islam keluaran November 2010. Tersentuh dengan cara beliau mendapat hidayah. Bagi aku yang lahir dalam keluarga Muslim tidak
sekuatnya menghadapi dugaan. Beliau betul-betul Islam dengan hidayah Allah. Subhanallah.


Nama Islamnya Yusuf Estes. Lahir pada 1 Januari 1944 di Ohio,Amerika Syarikat. Pada awalnya, beliau adalah seorang paderi Kristian yang berpegang kuat kepada ajarannya dan sangat memusuhi Islam.


Ikuti ceritanya...


Saya dilahirkan didalam keluarga yang amat berpegang teguh dengan ajaran Kristian. Keluarga, nenek dan moyang saya adalah orang yang bertanggungjawab membina gereja dan sekolah di kawasan kejiranan itu.


Ketika berusia 12 tahun, saya sudah menunjukkan minat dalam aktiviti keagamaan.


Setelah remaja, keinginan mendalami agama kristian meluap-luap dan selalu berkunjung ke gereja di kawasan lain untuk mempelajari ajaran kristian dengan mendalam.


Semakin dikaji semakin banyak saya tidak tahu (semakin berilmu semakin tidak tahu...aku tambah je)


Saya kaji pula agama lain seperti Hindu, Budha, Yahudi, metafizik dan kepercayaan penduduk asli Amerika. Hanya Islam saya saya tidak kaji.


**********


Saya sebenarnya terlalu minat terhadap pelbagai jenis muzik terutama lagu-lagu gospel dan irama klasik. Keluarga saya terkenal dengan latar belakang muzik terutama lagu-lagu gospel. Ini memudahkan saya menjadi paderi mizik di gereja dan ada kumpulan muzik sendiri. 1960 saya mengajar muzik dan tahun 1963 saya sudah mempunyai studio sendiri iaitu ESTES MUZIK STUDIOS.


Selama 30 tahun, saya dan ayah berkongsi perniagaan dan melaksanakan banyak projek. Kami mempunyai syarikat yang mengendalikan program hiburan, persembahan dan muzik. Banyak kedai organ dan piano kami dirikan di Texas, Oklahoma dan Florida. Soal duit tidak menjadi masalah bagi kami.


Namun kekayaan tidak pernah memberikan kebahagiaan kepada saya. Setiap hari saya mencari sesuatu tetapi tidak tahu saya mencari apa. Fikiran ini selalu memmikirkan sesuatu yang tidak boleh dijawab.


Saya sering tanya pada diri.


"Kenapa Tuhan mencipta saya?Apa yang Tuhan mahu saya lakukan?Siapa Tuhan?Mengapa kita mesti percaya 'Original Sin'? Mengapa anak Adam terpaksa menerima semua dosa itu dan dihukum selama-lamanya?"


Tapi semua soalan itu tidak pernah ada jawapannya. Apabila saya tanya paderi di gereja hanya ini jawapannya.


"Percaya sajalah. Dan jangan banyyak tanya. Ia perkara yang misteri dan jangan tanya lagi tentang itu,"


Banyak lagi tentang ajaran Kristian yang mula menimbulkan keraguan dalam diri saya. Ada kalanya tidak masuk akal. Pencarian tidak berakhir begitu sahaja hingga pada tahun 1991...


Hari itu saya menyemak semula Bible untuk mencari jawapannya. Apa yang saya temui tentang orang Islam amat mengejutkan. Selama ini saya tidak tahu orang Islam wajib percaya Bible dan Nabi Isa utusan Tuhan. Kelahirannya tanpa persetubuhan antara lelaki dan perempuan, dia kini bersama Tuhan dan akan turun ke bumi memimpin umat Islam menentang kekufuran.


Mana mungkin! Apa yang saya tahu selama ini semuanya buruk tentang Islam. Saya mendapat maklumat yang  tidak benar tentang Islam sehingga saya takut dengan agama itu.


**********


Ayah saya memang seorang penganut Kristian yang aktif dan setia menjalankan aktiviti gereja. Dia juga pernah dilantik menjadi paderi penting yang menjalankan program sekolah gereja.


Ayah dan ibu tiri saya mempunyai ramai kenalan dikalangan mubaligh Kristian yang memiliki Stesen Televisyen. Mereka turut berganding bahu untuk jadikan 'prayer tower' di Tulsan satu kenyataan. Hingga satu ketika ayah dan ibu tiri saya sanggup merekodkan khutbah dan mesej dari paderi untuk diedarkan secara percuma ke hospital, rumah perlindungan dan kebajikan.


Kemudian pada tahun 1991, ayah mula memikirkan untuk mengembangkan usahanya menyebarkan Kristian ke luar negara iaitu Mesir. Saya ditugaskan untuk bertemu dengan pendatang Mesir yang bekerja di Texas.


Oh! tidak, kenapa Muslim. Kenapa saya perlu berusrusan dengan pengganas, penculik, pengebom berani mati dan perampas. Jangan haraplah saya akan berbincang dengan manusia seperti itu. Ayah memujuk saya untuk berurusan dengan lelaki itu.


Saya bersetuju berjumpa dengan Mohamed Abdel Rehman di sebuah kafe. Saya menjadi keliru apabila melihat penampilan lelaki itu tidak seperti yang saya gambarkan selama ini iaitu berserban putih, berjanggut tebal dan berjubah panjang. Penampilan dihadapan saya sekarang adalah berwajah bersih tanpa janggut atau misai dan pakaiannya sama seperti kebanyakan penduduk Amerika.


Selepas bersalaman dan memperkenalkan diri, kami memilih satu sudut untuk berbual lebih panjang. Perkara yang pertama saya tanyakan kepadanya adalah tentang kepercayaannya .


"Adakah anda percaya kepada Tuhan?"

"Ya," jawab Mohamed.

"Anda percaya Adam dan Hawa, Nabi Ibrahim, Musa, Sulaiman, Yahya dan Isa?" uji saya.

Kemudian Mohamed mengangguk kepala. Saya bertanya lagi.

"Anda percaya bahawa Nabi Isa itu adalah utusan Tuhan sebagai penyelamat?"

"Ya. Saya percaya," balas Mohamed.

Ketika itu saya merasakan tugas saya lebih mudah untuk menarik Mohamed kepada Kristian kerana kepercayaannya sama seperti dalam Bible. Satu-satunya yang menarik tentang Mohamed adalah dia seorang pendengar yang baik, tidak membantah mahupun mencelah. Inilah peluang saya untuk mempengaruhinya.

Tak sia-sia ayah mencadangka saya supaya berurusan dengan Mohamed kerana misi untuk menariknya semakin hampir. Sejak hari itu saya sering membawa Mohamed bersama-sama ketika menjalankan unrusan perniagaan juga peribadi. Kesempatan itu, saya gunakan sepenuhnya untuk bercerita tentang Kristian dan kepercayaan masing-masing.

Suatu hari Mohamed mengambil keputusan untuk berpindah ke masjid buat sementara waktu kerana rumah sewanya sudah tamat tempoh. Saya anggap itu sebagai peluang keemasan untuk mengajak Mohamed tinggal di rumah ladang milik keluarga saya. Dengan cara itu lebih mudah mempengaruhinya.

**********

Walaupun sibuk dengan pelbagai urusan termasuk perniagaan, namun saya masih perlu menziarahi kawan-kawan paderi dan mubaligh yang lain di sekitar Texas.


Salah seorangnya tinggal di sempadan Texas-Mexico. Mubaligh ini terkenal dengan  kerja gilanya iaitu memikul salib yang diperbuat dari kayu. Salib ini cukup besar malah lebih besar dari sebuah kereta.Dia akan memikulnya hingga ke jalan utama dan memacakkannya di pinggir jalan. Setiap kereta akan berhenti untuk bertanyakan masalahnya. Ketika inilah dia menghulurkan segala risalah tentang Kristian. 

Suatu hari teman saya ini mengalami serangan jantung dan dibawa ke hospital. Saya gunakan peluang ini untuk mengunjunginya beberapa kali seminggu dan membawa Muhammad dengan harapan bahawa kita semua boleh berkongsi bersama di subjek keyakinan dan agama. Teman saya tidak suka berbincang tentang Islam dengan Mohamed.  


Kemudian suatu hari seorang lelaki yang berkongsi bilik dengan rakan saya kelihatan sunyi dan tertekan. Saya pergi kepadanya dan bertanya namanya dan dia mengatakan bahawa tidak ada masalah dan ketika saya bertanya di mana ia berasal dari dia mengatakan bahawa dia dari planet Jupiter. Saya berfikir dan mula tertanya-tanya apakah saya di wad sakit jantung atau wad pesakit mental. 

Sayatahu lelaki itu kesepian dan memerlukan seseorang dalam hidupnya.Jadi, saya mula bercerita kepadanya tentang Tuhan. Saya membacakan untuknya kitab Yunus di dalam perjanjian Lama. Saya berkongsi cerita tentang Nabi Yunus yang telah dihantar Tuhan untuk memanggil umatnya dengan cara yang baik dan melarikan diri ke bandar. Yunus telah meninggalkan umatnya dan melarikan dirinya ke bandar dengan kapal. Ombak kuat datang dan kapal hampir terbalik dan orang-orang atas kapal melemparnya ke laut. Ikan paus datang dan terus menelan Yunus dan terus ke dasar laut. Yunus tinggal selama 3 hari 3 malam dalam perut paus. Namun dengan rahmat Tuhan, Paus naik ke permukaan dan memuntahkan Yunus dipermukaan laut. Yunus pulang ke kotanya, Niniwe. Dan idea itu yang kita tidak boleh lari dari masalah kita kerana kita selalu tahu apa yang telah kita lakukan. Dan apa yang lebih, Allah juga selalu tahu apa yang telah kita lakukan. 

Setelah berkongsi cerita dengan lelaki itu, ia memandang saya dan mohon maaf. Dia menyesal atas perilaku kasar dan bahawa ia telah mengalami beberapa masalah serius yang nyata baru-baru ini. Lalu dia mengatakan bahawa dia ingin membuat pengakuan kepadaku. Dan saya berkata bahawa saya bukan paderi Katolik dan saya tidak menangani pengakuan. Dia menjawab kembali kepada saya bahawa ia tahu itu. Bahkan, dia berkata: 


"Saya seorang paderi Katolik." 

Aku terkejut. Di sini saya telah cuba untuk menkristiankan seorang padei. Malu rasanya. Paderi itu mula berkongsi cerita tentangnya menjadi seorang mubaligh bagi gereja selama lebih dari 12 tahun ke selatan dan Amerika Tengah dan Mexico dan bahkan di New York 'Hell's Kitchen. " 


Selepas keluar dari hospital, Peter memerlukan tempat tinggal untuk memulihkan dan daripada membiarkan dia pergi untuk tinggal dengan sebuah keluarga Katolik, saya mengatakan ayah bahawa kita harus menjemput dia untuk tinggal bersama kami. Kemudian Peter berpindah ke rumah kami. 

Selama perjalanan ke rumah kami, saya bercakap dengan Peter  tentang beberapa konsep kepercayaan dalam Islam dan saya terkejut dia setuju dan kemudian berkongsi lebih lanjut tentang hal ini dengan saya. Aku terkejut ketika dia mengatakan bahawa sebenarnya paderi Katolik mempelajari Islam bahkan mendapat gelaran doktor di bidang ini. Ini semua sangat menarik bagi saya.

Setelah menetap di rumah kami, semua mulai berkumpul di meja dapur selepas makan malam setiap malam untuk membincangkan agama. Ayah saya akan membawa Raja James Version dari Bible, saya akan membawa keluar semakan saya Standard Version dari Bible, isteri saya punya versi lain dari Bible (mungkin sesuatu seperti Jimmy Swaggart's 'Good News For Modern Man) Peter memiliki Bible Katolik yang telah 7 lbuah buku dari Bible Protestan Jadi kami menghabiskan lebih banyak masa bercakap dan mencari Bible yang benar atau yang paling benar dan kami berusaha meyakinkan Mohamed tentang menjadi seorang Kristian. 

Kami menemui jalan buntu. Kemudian saya bertanya Mohamed tentang Quran dan berapa banyak versi Al-Quran. Dia mengatakan kepada saya bahawa hanya ada SATU QURAN. Dan tidak pernah berubah. Namun dia membiarkan saya tahu bahawa Quran telah dihafal oleh ratusan ribu orang, di dalamnya keseluruhan dan tersebar di seluruh bumi di berbagai negara. Selama berabad-abad sejak Quran diturunkan berjuta-juta orang telah menghafal lengkap dan telah mengajarkan kepada orang lain yang telah hafal sepenuhnya, dari kulit ke kulit tanpa ada kesalahan. 

Mustahi! Al-Quran yang sudah berusia beribu tahun masih kekal isinya seperti asal. Sedangkan Bible yang turun lebih awal telah mengalami beberapa perubahan. Bahasa pun telah berubah dari bahasa asal ia diturunkan.


Suatu hari Peter bertanya kepada Muhammad apakah dia boleh menemaninya ke masjid untuk melihat apa yang dilakukan oleh orang Muslim didalamnya. Saya rasa tidak sabar menunggu cerita dari PeterDia mengatakan,


"mereka tidak benar-benar 'melakukan' apa-apa. Mereka hanya datang dan berdoa dan pergi'


Saya bertanya, 


"Mereka meninggalkan Tanpa pidato atau bernyanyi??" 


Dia mengatakan bahawa itu benar. 


Beberapa hari lagi berlalu dan Peter bertanya Mohamed apakah ia boleh menyertai lagi untuk perjalanan ke masjid untuk melihat apa yang mereka lakukan. Tapi kali ini berbeza.Mereka mengambil masa yang sangat lama hingga malam baru pulang. Kami bimbang sesuatu yang mungkin terjadi pada mereka. Akhirnya mereka tiba dan ketika mereka masuk pintu, aku langsung mengenali Mohamed, tapi yang ini bersama dia?Seseorang memakai jubah putih dan topi putih. Tunggu sebentar! Itu adalah Peter. Aku berkata kepadanya: 


"Peter - Adakah anda menjadi Muslim?" 

Dia mengatakan bahawa dia telah masuk Islam hari itu juga. PADERI KATOLIK  MENJADI SEORANG MUSLIM! Apa selanjutnya? 

Jadi, saya naik ke atas untuk memikirkan dan mula berbincang dengan isteri saya. Dia kemudian mengatakan bahawa dia juga berminat dengan Islam, kerana dia tahu itu adalah kebenaran. Saya benar-benar terkejut sekarang. Aku turun dan kejutkan Mohamed dan memintanya untuk bersiar-siar dengan saya untuk perbincangan. Kami berjalan dan berbicara yang sepanjang malam. Bila azan subuh berkumandang, Mohamed meminta kebenaran untk solat. 


Saya tahu bahawa kebenaran datang akhirnya dan sekarang terserah saya untuk melakukannya. Aku pergi ke belakang rumah ayahku dan menemukan sepotong kayu lapis lama yang rebah atas rumput dan di sana aku meletakkan kepalaku di atas tanah menghadap ke arah kiblat yang selalu orang muslim solat lima kali sehari . Sekarang di posisi itu, dengan tubuh saya berbaring di kayu lapis dan kepala saya di tanah, saya berdoa: 


"Ya Allah Jika anda berada di sana, membimbing saya, membimbing saya .." 


Dan kemudian setelah beberapa saat saya mengangkat kepala dan melihat sesuatu. Tidak, saya tidak melihat burung atau datang malaikat dari langit juga tidak saya mendengar suara-suara atau muzik, dan saya tidak melihat lampu terang dan berkelip. Apa yang saya lakukan adalah melihat perubahan dalam diriku.


Saya sedar sekarang lebih dari sebelumnya bahawa sudah sampai waktunya bagi saya untuk berhenti berbohong dan menipu dan melakukan transaksi perniagaan licik. Sudah waktunya saya benar-benar bekerja dan menjadi orang jujur. Saya tahu sekarang apa yang harus saya lakukan. Jadi aku naik ke atas dan mandi dengan supaya dapat bersihkan diri dari berdosa. 


Dan aku sekarang datang ke dalam kehidupan baru yang tenang. Kehidupan yang didasarkan pada kebenaran dan bukti. 

Sekitar 11:00 pagi pagi itu, aku berdiri di depan dua saksi, bekas Paderi, sebelumnya dikenali sebagai Bapa Peter Yaakub, dan Mohamed lain Abdel Rehman dan mengucap 'syahadat' (Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad SAW itu pesuruh Allah). 

Beberapa minit kemudian, isteri saya mengikuti dan memberikan kesaksian yang sama di  hadapan 3 saksi (saya menjadi yang ketiga). 

Ayah saya sedikit lebih pendiam dan menunggu beberapa bulan lagi sebelum ia membuat syahadat nya (kesaksian awam). Tapi akhirnya dia memilih Islam dihadapan saya dan muslim yang lain di masjid tempatan (masjid). 

Anak-anak dibawa keluar dari sekolah Kristian dan ditempatkan di sekolah-sekolah Islam. Dan sekarang sepuluh tahun kemudian, mereka banyak menghafal Quran dan ajaran Islam. 

Isteri ayahku adalah yang terakhir dari semua untuk mengakui bahawa Yesus tidak boleh menjadi anak Tuhan dan bahawa ia pasti seorang nabi Tuhan yang kuat, tetapi bukan Tuhan. 

Sekarang berhenti dan berfikir. Sebuah rumah seluruh seluruh orang dari berbagai latar belakang dan kumpulan etnik yang datang bersama dalam kebenaran untuk belajar bagaimana untuk mengetahui dan menyembah Pencipta dan Pemelihara alam semesta. Fikirkan. Seorang paderi Katolik. Seorang menteri muzik dan mubaligh. Seorang paderi dan pembina sekolah Kristian. Dan mereka semua datang ke dalam Islam! Hanya dengan rahmat-Nya kita semua dibimbing untuk melihat kebenaran sejati Islam tanpa penutup mata pada mata mereka lagi. 

Jika saya berhenti di sini, saya yakin bahawa anda akan harus mengakui bahawa sekurang-kurangnya, ini adalah cerita yang luar biasa, kan? Setelah semua, tiga pemimpin agama dari tiga kumpulan keagamaan yang berasingan semua akan menjadi satu keyakinan yang sangat bertentangan pada masa yang sama. 



Tapi itu tidak semua. Ada lagi! 


Pada tahun yang sama, sementara saya berada di Grand Prairie, Texas (berhampiran Dallas) saya bertemu dengan seorang mahasiswa seminari Baptis dari Tennessee bernama Joe, yang juga datang ke Islam setelah membaca Al-Quran sedangkan di COLLEGE SEMINARI Pembaptis! 



Ada orang lain juga. Saya ingat kes paderi Katolik di sebuah bandar universiti yang berbicara tentang hal-hal yang baik dalam Islam sehingga saya terpaksa bertanya mengapa dia tidak masuk Islam. Dia menjawab: "Apa Dan tugas longgar saya??" - Namanya adalah Bapa Yohanes dan masih ada harapan baginya belum. 



Lagi? Ya. 


Pada tahun berikutnya saya bertemu dengan seorang bekas paderi Katolik yang telah menjadi mubaligh selama 8 tahun di Afrika. Dia belajar tentang Islam ketika ia ada di sana dan masuk Islam. Dia kemudian menukar namanya menjadi Omar dan pindah ke Dallas Texas. 


Lagi? Sekali lagi, ya. 


Dua tahun kemudian, sementara di San Antonio, Texas saya diperkenalkan kepada bekas Arch Uskup Gereja Ortodoks Rusia yang belajar tentang Islam dan menyerahkan kedudukannya untuk masuk Islam.
  
Setelah menerima Islam-Tahun 2000 Dan kerana saya sendiri masuk ke dalam Islam dan menjadi rujukan untuk kaum muslimin di seluruh negeri dan di seluruh dunia, saya jumpai orang lebih banyak orang yang pemimpin, guru dan ulama dalam agama-agama lain yang belajar tentang Islam dan masuk ke dalamnya. Mereka datang dari Hindu, Yahudi, Katolik, Protestan, Saksi-Saksi Yehuwa, Ortodoks Yunani dan Rusia, Kristian Koptik dari Mesir, gereja-gereja non-denominasi dan bahkan para saintis yang telah ateis. 



Mengapa? Soalan bagus. 



Mungkin saya menyarankan kepada para pencari kebenaran melakukan perkara berikut LANGKAH SEMBILAN untuk pemurnian fikiran: 

1) Bersihkan fikiran mereka, hati dan jiwa mereka baik yang nyata .. 

2.) Padam segala prasangka dan bias 

3.) Membaca terjemahan yang baik tentang makna Al-Quran dalam bahasa yang mereka dapat memahami terbaik. 

4.) Ambil beberapa waktu. 

5.) Baca dan mencerminkan. 

6.) Berpikir dan berdoa. 

7) Terus meminta Dia yang mencipta kamu di tempat pertama, untuk memandu anda ke arah kebenaran. 

8.) Lakukan ini selama beberapa bulan.

9)  Jangan biarkan orang lain yang meracuni dalam pemikiran mereka mempengaruhi anda apabila anda dalam keadaan "kelahiran semula jiwa." 


Indahnya hidup ini dengan kepercayaan yang satu. Selepas 10 tahun menjadi Muslim, saya membuktikan apayang dikatakan oleh Mohamed tentang kebolehan orang Islam menghafal keseluruhan al-Quran. Buktinya, saya telah menghafal al-Quran kulit ke kulit dan mampu mengajarnya kepada orang lain. Kini hidup saya hanya untuk Islam.


Sahabatmu, 
Syeikh Yusuf Estes


Rujukan: Wikipedia , Majalah Al-Islam NOV 2010 dan http://www.famousmuslims.com/Yusuf%20Estes.htm (aku guna google translate. mungkin tak tepat sangat dengan BM Malaysia)


~HANYA ILMU ALLAH YANG SEMPURNA~

Rakan Sejawat Toksik

Ahlan...ahlan Ya Ramadan.  Alhamdulillah masih diberi peluang merasai hidup dalam Islam tetapi umat Islam Palestin masih bergelut dengan kes...