27 Januari 2017

Adakah Perlu Qada' Solat Yang ditinggalkan?

Sila tonton video dibawah.

25 tahun tak solat. Apakah perlu qada' solat yang ditinggalkan itu? Qada' solat ....

Kenyataan beliau penyebabkan timbul banyak persoalan. Oleh itu, ada video dari Syeikh Nuruddin menjawab kenyataan beliau ini. 



Adakah solat yang pernah ditinggalkan dahulu, iaitu sebelum bertaubat, perlu di qada' semula atau memadai dengan solat taubat sahaja? Adakah haram mengerjakan solat sunat kalau sebelum selesai solat qada'?

Sebelum jawab soalan ini, jawab soalan saya dahulu.

Dahulu di Mesir, saya ada terpinjam 100k, 50k, dan 25k, adakah memadai saya cuma meminta maaf sahaja apabila berjumpa di Malaysia?

Maaf maaflah. Hutang tetap dibayar. Tidak kira cara bagaimana.

Jumhur ulama' mengatakan seseorang yang meninggalkan sejumlah apa pun solat fardu, wajib diqada' dan tidak sekadar solat taubat sahaja. Taubat sekadar minta ampun kerana lengahkan solat. Solat tetap wajib diqada'.

*******
Dengar video dahulu.


23 Januari 2017

Program kedua selepas tahun2012

Program kepimpinan 4 tahun yang lalu bakal berulang. Insya Allah.

Program yang sangat berkesan bagiku. Ada juga beberapa bahagian yang kurang dipersetujui dan perlu dibincang semula.

Pengetua ini sangat harap program ini dilaksanakan. Beliau yang ingatkan aku untuk berhubung dengan consultant ini. Lebih kepada kekuatan dalaman.

Bajet juga perlu dibincangkan juga kerana peruntukan kurang dan penajaan tidak dapat dipastikan lagi.

Harap program ini dapat dijalankan. Mohon doa.

22 Januari 2017

1/887

Anda Bijak Jauhi Zina.

Pernah suatu ketika dahulu abjz telah membuat program di sekolah. Ada beberapa slot yang aku kurang setuju. Mungkin ini pendekatan mereka yang slalu berhadapan dengan remaja bermasalah yang dihantar ke Raudhatus Sakinah.

Ada pelajarku menyangka itu rumah anak yatim. Mereka berminat nak masuk. Parah!

Mereka perkenalkan tentang akil baligh. Apa yang berlaku kepada remaja lelaki dan perempuan. Apa perubhan fizikal mereka.

Mereka juga tunjukkan data-data kajian yang telah dilakukn.

Mereka tayangkn akibat berzina. Apa yang akhbar laporkan berkaitan pembuangan bayi akibat 'rogol' a.k.a zina.

Remaja adalah mereka yang berumur 10-19 tahun. 16% dari penduduk dunia/ Malaysia. Usia ini adalah usia paling mencabar. mereka pembina masa depan negara. Mereka pencorak masa depan.

Drama korea menjadi kegilaan. Apabila dihidangkan dengan wajah selebriti korea, secara tidak langsung mereka menjerit 'kegilaa'. Sweet sangat! konon...

1/887 responden lelaki dari salah sebuah universiti di Malaysia, 'bersih'.

'bersih' dari terlibat dengan menonton video lucah, sentuh berlainan jantina,  bercium,  ringan-ringan, merokok,  dadah,  hidu gam,  minum arak,  clubbing dan yang seumpamanya.

Rakan Sejawat Toksik

Ahlan...ahlan Ya Ramadan.  Alhamdulillah masih diberi peluang merasai hidup dalam Islam tetapi umat Islam Palestin masih bergelut dengan kes...