Sebagai contoh kisah sejarah yang berbentuk fakta. Aku anggap ia adalah betul berdasarkan bukti-bukti yang ditemui dan cerita dari mulut ke mulut. Ia terlalu 'skema' menyebabkan aku banyak terlelap daripada menghayatinya apatah lagi mengingati satu persatu rentetan peristiwa. Bila sejarah dijadikan novel, terasa diri ini hidup pada zaman itu. Setakat pembacaanku yang sedikit ini, hanya buku novel karangan Abdul Latip Talib dan Ramlee Awang Murshid yang menjadi santapan aku. Novel 2 penulis ini, yang ada dalam simpanan. Novel cinta layan sekadar mengetahui jalan cerita sudah cukup. Tak perlu disimpan. Jika ada mana-mana penulis, tak perlu berkecil hati. Ramai lagi orang diluar sana membeli buku kalian.
Aku baru sahaja menghabiskan bacaan buku 'Sunan Musafir'. Menurut pemahaman aku, ini buku terakhir berkaitan Laksamana Sunan. Bermula novel Bagaikan Puteri, Cinta Sang Ratu, Hijab Sang Pencinta, Cinta Sufi, Sutera Bidadari dan Sunan Musafir. Semua ini berkaitan dengan pengembaraan Laksamana Sunan.
Laksamana Sunan diceritakan hidup sezaman dengan Laksamana Hang Tuah. Pernah mengislamkan bangsawan Portugis, Catalina atau Maryam. Laksamana Sunan seolah-olah wujud. Sebelum ini aku pernah baca buku novel HM Tuah yang mengisahkan seorang Melayu yang mengelilingi dunia bersama Al-Fonso. Ingat-ingat mengenai kisah itu. Adakah ia adalah orang yang sama?
Laksamana Sunan mendahului cinta Allah berbanding cinta manusia. Beliau mendahului akhirat berbanding dunia. Antara kata-katanya dalam novel 'Sunan Musafir' :
"Andika...mendalami ilmu agama Islam itu amat penting di dunia dan akhirat. Kita mengejar akhirat, dunia akan turut mendekat, tapi memburu dunia semata-mata, akhirat akan menjauh. Maka itu, ilmu agama wajib diperkukuhkan terlebih dahulu sebelum menjadi seorang pendekar, nescaya kita akan terhindar, insya-ALLAH daripada perasaan riak, takbur, sombong...paling dahsyat, berbuat kejam sesama manusia mahupun haiwan. Hati nurani harus runduk pada ALLAH. Andai penghayatan itu dapat dilakukan, maka insya-ALLAH...kita akan menjadi pejuang yang benar-benar tulen,"
"Banyakkan zikir, Andika. Bawa bersabar,"

Kiai Kelana atau Laksamana Sunan atau Saifuddin melazimi mulutnya dengan zikir dan sentiasa bersangka baik. Sepertiga malam dan ibadat sunat tidak ditinggalkan. Terlalu kuat kebergantungan kepada ALLAH atau kita panggil tawakkal. Tahap 'sufi' yang hanya dimiliki oleh wali Allah dan para anbiya' sahaja. Segala akhlak Nabi Muhammad cuba diikuti. Sentiasa sabar dan tenang ketika berhadapan dengan masalah. Walaupun ahli keluarganya bakal dibunuh, beliau akan mendahului ALLAH jika waktu solat telah masuk. Sentiasa merendah diri walaupun mempunyai ilmu pertempuran yang hebat. Semuanya akan dikembalikan kepada ALLAH.
~seterusnya, baca sendiri~
**********
Semalam bertolak dari rumah pukul 9 pagi dan sampai di rumah kawan pukul 9.30 malam. Aku memandu separuh perjalanan kerana 'sakit'. Terpaksa minta kawanku bantu bawa kereta. Alhamdulillah, kereta myvi auto dia pandai pandu. Jika membawa kereta 'gear manual' terpaksa bawa seorang diri walaupun dalam keadaan 'sakit'.
Perjalanan yang meletihkan dan lama apabila kawanku tersilap masuk 'exit'. Itulah penangan laluan 'highway'. Akhirnya aku terpaksa ambil alih pemanduan itu. Bila tiba di kawasan tol, kereta memanjang dan bersusun. Adegan 'cucuk mencucuk' berlaku.
Ada kawanku yang lain bertolak 2 petang dari KT dan sampai ke Port Dickson jam 8.30 pagi. Tak sempat nak beli apa-apa. 10.00 malam semalam baru aku jamah Nasi Goreng Pataya. Bermalam di rumah kawan sambil membawa novel 'Sunan Musafir'. Bila dah masuk sekolah, tak ada masa nak baca novel lagi. Kerja sedang menunggu. Sekolah hanya tinggal 3 minggu sahaja lagi. Pada minggu ini aku hanya berada 1 hari sahaja di sekolah.
Bila la dapat berpindah ke negeri sendiri ni? Moga ada hikmah berkhidmat di tempat orang.
sy x abis lagi baca sutera bidadari..emmmm sunan yg sentiasa abdikan diri hanya pada Penciptanya..balik raya aji mmg jem teruk la..penat di jalan raya je..
BalasPadamSunan mungkin seperti penulisnya, Tuan Ramlee Awang Murshid. sentiasa merendah diri. Buku dia semua best dan tak lari dari pengabdian kepada Allah...Kesabaran diperlukan semasa berada dalam kesesakan walaupun ada AES. hehehe
Padamkoleksi Penulis ni baru sahaja saya beli. Baru mula membaca Bagaikan Puteri. Dulu tak minat penulis lelaki. Tapi disebabkan dah terbaca Sutera Bidadari, rasanya elok mulakan balik dari yg mula2. hihi. semangat nak habiskan weekend dgn Laksamana Sunan. :)
BalasPadamSelamat membaca Nurul ^_^
PadamAnda bakal jatuh cinta dengan peribadi dan tingkahlaku Laksamana Sunan. Semuanya seolah-olah mustahil untuk pemuda dan pemudi zaman sekarang. Buku RAM semua best dan penuh misteri
saya byk membaca novel cinta terutama dr anis ayuni, aisya sofea, dsb.kali pertama penjual buku menunjukan novel dr ramlee awang murshid, sya hanya setakat 'membeli & membaca sahaja', namum semua itu berubah setelah saya terbeli Sunan Musafir, lantas setelah habis membaca novel tersebut saya terfikir untuk mengulang semula kesemua novel Laksamana Sunan bermula dari awal lagi, kini hanya 2 novel lg yg belum saya perolehi iaitu Hijap Sang Pencinta & Sutera Bidadari. terus terang sya katakan, byk kehidupan sya kini terikut2 cara laksamana sunan iaitu mendahului Allah dlm semua perkara. tiada musuh dan masalah yg tidak boleh diselesaikan kecuali dgn izin Allah. kepada sesiapa yg belum memiliki novel ini, cuba la baca & hayati...Islam sentiasa benar...
BalasPadamMoga istiqamah yea. Tak semua orang mampu buat sebagaimana Laksamana Sunan buat. Insya Allah, Allah sentiasa bantu hamba-Nya yang ingin berubah ^_^
PadamSunan buat sy jtuh hti pd sifatnya.. Dan sy msh trtnya btul atw x kwujudan sunan tu?..
BalasPadamSeperti kisah benar. Kebenarannya hanya diketahui oleh penulis sendiri. Allah yang memberi ilham kepada beliau untuk menulis kisah ini. Jadi tak salah untuk kita contohi perbuatan dan sifat baik Laksamana Sunan
Padamharap RAM menceritakan kisah Laksamana Sunan...semasa membesarkan anaknya...sebab masa sunan musafir....anaknya dah remaja....
BalasPadamAndai RAM baca komen ini. hehehe...sangat2 setuju ^_^
Padamsaat sya baca buku bagaikan puteri,hati sya cukup tertawan dgn kepribadian yg ada pada laksamana sunan..sya tringat kata2 nya dlam cinta sang ratu 'cintai allah kmudian cintai diri sendiri slepas itu cintai la kanda'..love laksamana sunan..
BalasPadamAlhamdulillah...ramai yang mendambakan watak laksamana sunan di alam realiti...
PadamSedang membaca Cinta Sang Ratu selepas menghabiskan Bagaikan Puteri. Baru ada kesempatan nak membaca.
Padamteruskan bacaan anda dan ambil yang baik sahaja.
Padamnovel tntang laksamana sunan ni banyak menyedarkan sye.. tentg ape kah maksud cinta yg sebenarnye.. cinta yg harus dikejar, iaitu cinta Ilahi.. cinta yg sebenar2 cinta.. cinta yg membawa ke syurga abadi.. sye syorkan kpada yg blom bace agar anda bace dan ambil pengajaran serta iktibar dari novel-novel RAM ni..
BalasPadamAllahuakbar! moga Allah memberi pahala berpanjangan kepada RAM kerana memberi gambaran cinta kepada Allah melebihi cinta manusia. Sekarang MAGIS dah keluar. Gabungan semua hero termasuk Laksamana Sunan. Mereka berada di dunia yang penuh cabaran sehingga masjid tiada orang hadir kecuali imam sahaja...
PadamSalam sejahtera dan slmat ptg kpd semua peminat RAM...salah satunya saya sendiri...saya sentiasa mengikuti perkembangan laksamana sunan atau nama sbenarnya saifudin jalis...dan saya terus jatuh Cinta dgn sunan melalui peribadinya...setiap novel yg saya baca akan m'buatkan saya utk dekat dgn allah lg dan m'insafkn diri ini....b'tuanya Cinta Sang RaTu-Ratna yg dpt b'suami kn sunan.......yg dpt m'bimbing dia ke jln syurga...amin...
BalasPadamAssalam kembali. Semua orang mengkagumi peribadi Sunan. Moga ada seseorang mencontohinya. Andai ada watak ini di dunia realiti, pasti doa saudari dimakbulkan. Allahumma Amin :)
Padamakak sye pena tnye sorng indon ni yg Sunan ni wujud ke x, org indon 2 ckp wujud..di indon Sunan dgelar Orang Sakti..then bnyk lg dyer cite, cume x ingt sbb dye cite kt akak..but, wtk2 laen 2 x sure lak wujud ke x...
BalasPadamJika Sunan wujud, kisah beliau pasti menarik. Terima kasih kerana menambahkan lagi keterujaan saya untuk mengetahui tentang Sunan. Apa pun keperibadian Sunan memang patut dicontohi oleh generasi anak muda akhir zaman ini. Ilmu agama patut diutamakan untuk hindari fitnah dan penyakit akhir zaman yang lain.
Padamapa koleksi novel ramlee awang mursyid pasal laksamana sunan ni eh? anak saya addicted ngn novel siri nih..banyk pengisian tntg islam..
BalasPadamPak Long,
PadamTerima kasih kerana sudi berkunjung ke blog saya ini. Koleksi novel Tuan Ramli Awang Murshid banyak. Mungkin Pak Long boleh cari dari google. Di sini saya senaraikan tajuk novel yang saya ingat;
1- Bagaikan Puteri
2- Cinta Sang Ratu
3- Sunan Musafir
4- Magis
5- Hijab Sang Ratu
6- Sutera Bidadari
7- Cinta Sufi
8- Hijab Sang Pencinta
Ini sahaja yang saya boleh senaraikan novel berkaitan Sunan. Harap membantu ^_^
saya dah mula minat dngn sunan..
BalasPadamTeruskan membeli dan membaca. Tanda sokongan dan galakan untuk RAM terus menulis. Insya Allah.
Padamsaya membeli koleksi sunan selepas jatuh cinta dengan sunan dalam MAGIS. Alhamdulillah.. byk pengisian ilmu dalam novel2 ini. adakala kita malas membaca buku2 agama sbb byk ayat/istilah yg kita x faham. tp dengan koleksi sunan, kita mudah memahaminya..
BalasPadamSaya setuju sebab saya salah seorang daripadanya. Baca buku 'berat' akan tidur. Baca buku 'ringan' spt novel, mudah difahami dalam bentuk penceritaan...
PadamAda novel tajuk SUNAN... Rentetan dari kisah sebelumnya
BalasPadamSecara detail, saya tak pasti. Tuan boleh rujuk buku yang saya senaraikan pada komen di atas. Harap maklum.
PadamRumusan yg menarik..
BalasPadamRumusan yg menarik..
BalasPadamboleh bg turutan sbnr kisah sunan ini tk
BalasPadammaaf pinkrose. saudari boleh miliki buku-buku RAM sendiri. Harap maklum ;)
PadamAlangkah baik ia benar dalam bentuk sejarah. Pelik 8 tahun seakan2 sye masih xdpt lupekn sunan. Dlu bdx skola, tapi mlihat novel ni buat sye trujaa nk bce. Seakan tarikan. Saye rase kemungkinan x mustahil klau cerita ini benar dan RAM sekadar menyampaikan apa yang ada dalam pikirannya. Takkan mustahil seadainya ada manusia seperti Sunan dalam dunia ni. Hebat dalam iman tetapi masih ingin bertatih mencari kehausan iman kepada ilahi. Rendah diri . Ish ! Hahaa, Sumpahh jatuhh cintaa.. Hahaa, Teringin sangat dibuat movie or drama. Mcm cite korea psal cinta kat pulau jeju tu. Teringinn ><
BalasPadamTersenyum sambil baca komen awak, Nur Shuhada. Rupanya ramai tangkap cintan dengan watak Sunan. Moga ada yang sudi mengikut akhlak Sunan. Insya Allah.
PadamTerima kasih kerana sudi jenguk entri lama.
assalamualaikum.. sy baru je habis baca hijab sang pencinta.. sy mula baca hujung bulan lepas bagaikan puteri, seterusnya cinta sang ratu dan semalam hijab sang pencinta telah hbs di baca.. lepas baca RAM ada tulis kat depan sekali yang novel hijab sang pencinta ni merupakan novel terakhir untuk cerita bagaikan puteri.. so lepas baca semalam jadi sedih pulak sebab akan berpisah dengan laksamana sunan.. hehehe.. tapi bila pagi ni sy cuba cara kat google mengenai Saifudin ni, sy terbaca blog awak dan satu kebahagian mula menyerap masuk dlm diri bila dpt tahu ada sambungan cerita mengenai laksamana sunan lagi.. (ayat terikut dlm novel) nampaknya sy mmg terlambat mengikuti cerita pasal Saifudin ni.. terima kasih atas pekongsian.. happy sgt2 dapat tahu ada sambungan cerita seterusnya.. dah jatuh cinta dgn keperibadian laksamana sunan.. :)
BalasPadamwaalaikumussalam wbt. Terima kasih kerana sudi singgah ke teratak lama ini. Teruskan membaca ^^'
Padamassalammualaikum...novel mengenai laksamana sunan kemungkinan akan diterbit kn tidak lama lg... SUNAN CINTA NAN SAKTI...inn syaa allah...
BalasPadamwaalaikumussalam. Sunan Cinta Nan Sakti dah diterbitkan. Saya dah baca. Ringkasan saya ada buat pada enri baru http://jaulahsufi.blogspot.my/2015/11/penangan-sakti.html
PadamAssalamualaikum. Tumpang iklan sekejap ye admin. Saya ada menjual kelapan-lapan siri LAKSAMANA SUNAN;
BalasPadam1. Bagaikan Puteri, RM 19.90
2. Cinta Sang ratu, RM 19.90
3. Hijab Sang Pencinta, RM 19.90
4. Cinta Sufi, RM 19.90
5. Sutera Bidadari, RM 22.00
6. Sunan Musafir, RM 22.00
7. Sunan, Nanggroe Sang Kembara, RM 23.00
8. Sunan Cinta Nan Sakti, RM 30.00
Boleh survey di saya punya pages https://www.facebook.com/KC.ReadOn/photos/?tab=album&album_id=986101984820572
Jangan malu, Jangan segan. Hanya perlu pm/whatsapp saya di 017-2256654 utk pembelian.
Terima kasih :)
SCENE TERAKHIR FILEM TOMBIRUO.... CATATAN LAKSMANA SUNAN TERBANG KEPADA EJIM.. MUNGKINKAH MAGIS SELEPAS INI...
BalasPadamSEBAGAI MANUSIA, AKU SAYANG PADAMU..
tiada yg mustahil bagi Allah dan sesuatu yg berlaku itu bagaikan bukanlah suatu kebetulan sebaliknya ia telah diRancang.. insyaallah teruskan bersngka baik dgn stiap ketentuan takdir itulah tanda kita mendalami rukun iman.. hanya yg mendalami akan mendpat pengertian..insyallah.....mohonlah hnya pd Allah.
BalasPadam