Mutiara Kata Untuk Murabbi.

"JIKA MURID DIAJAR DENGAN PUJIAN, DIA BELAJAR MENGHARGAI"

"JIKA MURID DIAJAR DENGAN CELAAN, DIA BELAJAR MEMAKI"

"JIKA MURID DIAJAR CEMUHAN, DIA BELAJAR RENDAH DIRI"

"JIKA MURID DIAJAR DENGAN PERSAHABATAN, DIA BELAJAR MENYAYANGI"

"JIKA MURID DIAJAR PERMUSUHAN, DIA BELAJAR BERKELAHI"

"JIKA MURID DIAJAR JAMINAN, DIA BELAJAR MEMPERCAYAI"

"JIKA MURID DIAJAR DENGAN PENGHINAAN, DIA BELAJAR MENYESALI"

"JIKA MURID DIAJAR DENGAN KEADILAN, DIA BELAJAR KESAKSAMAAN"

"JIKA MURID DIAJAR DENGAN DISKRIMINASI, DIA BELAJAR MEMENTINGKAN DIRI"

30 April 2015

Urus Stress

Stress. Perkara biasa kepada manusia. Stress penyebab kejayaan. Stress juga penyebab kejatuhan. Stress luar kawalan paling bahaya sehingga hilang nyawa. Yang pasti stress perlu dikawal dan diurus dengan sebaik-baiknya.

Apabila melihat pelajar tingkatan 2 ini, aku teringat sesuatu. Tangisan. Lontaran. Amukan. Semua bersatu dalam jiwa insan ini. Aku tidak dapat membaca pemikiran anak ini. Adakah dia seorang yang murung? Adakah dia seorang anti sosial?

Dalam suatu kelas. Aku minta dia ke depan. Dia mengadap papan putih. Aku panggil namanya. Dia menjeling. Aku minta dia mengadap kawan sekelas. Dia pusing. Mengadap rakan-rakannya. Muka menunduk ke bawah. Tiba-tiba dia menangis. Aku sedikit terkejut. Menangis???! Dia seorang lelaki. Bukan perempuan. Aku tidak pukul. Cuma minta dia buat ayat. Haru betul. Perkara inilah yang aku cuba elakkan selama ini.

Pernah suatu hari, aku melihat rakan sekelasnya berdarah pada bahu. Ada kesan darah pada baju putih. Dia yang lukakan kawan dengan pembaris! Aku terfikir,  apa masalah pelajar ini. Alasan yang dibuat adalah kerana diejek. Luar biasa sensitif.

Hari ini, sekali lagi aku menyaksikan si dia. Menangis di hadapan kelas. Dalam program berkaitan stress. Doktor minta lukis lukisan hati. Apa yang paling diingati sekarang.Apa yang dilukis? Orang yang pegang bendera atas bukit. Katanya,  teringat pejuang kemerdekaan. Lucu dan tidak logik. Ini hanya andaianku. Menipu memang bukan kepakarannya. Hairan dengan penjelasan dalam gambar itu. Ada sesuatu yang disembunyikan. Ada rahsia disebalik lukisan itu. Alasan tidak munasabah. Terpulang kepada diri sendiri.

Aku minta maaf jika entri kali ini menganggu pembaca sekalian. Coretan hatiku berhenti setakat ini.

18 April 2015

Kem Pemimpin Bestari.

17 &18 April 2015. Para pemimpin pelajar di sekolah menyertai Kem Kepimpinan Bestari di Agro Park Rantau. Tempat yang cantik. Masa sangat-sangat cemburu terhadap pemimpin pelajar ini. Slot bersama Abang Farid dan Abang Noh pasti memberi kesan yang mendalam dalam diri.

Aktiviti untuk mengenali pemimpin atau cara kerja pemimpin yang disukai atau tidak. Charlie,  Beta dan Alfa. Watak yang diprogramkan kepada wakil kumpulan.

Watak Carlie:Pemimpin yang hanya mengarah tanpa memberi arahan yang jelas.

Watak Beta: Pemimpin yang memberi tekanan kepada orang bawahan. Kritik,  komen yang menjatuhkan dan menyusahkan orang bawahan.

Watak Alfa: Pemimpin yang memberi arahan yang jelas, bekerjasama dan memberi cadangan yang membina.

Watak-watak ini yang membolehkan sesuatu kerja dapat dilaksanakan sebaik mungkin atau sebaliknya.

Aktiviti ini membentuk satu pokok 'ajaib ' simbol kepada hasil kerja. Ada yang kukuh dan teguh berdiri tegak. Ada yang cantik bentuknya tetapi tumbang ditiup angin sepoi-sepaoi bahasa. Ujian pasti datang samada dalam bentuk yang mudah atau rumit. Itulah pengalaman yang paling berharga

12 April 2015

Pulau Seychelles

Tahun ini kali pertama aku mendengar nama pulau ini. Ia terletak dilautan Hindi. Pulau ini adalah antara 106 pulau di Republik Seychelles.

Pulau ini merupakan gugusan beberapa buah pulau seperti Pulau Mahe,  Pulau Praslin,  La Deque dan beratus-ratus pulau kecil. Republik Seychelles juga bekas jajahan Inggeris dan tergolong sebagai negara-negara Komanwel. Republik ini terletak berhampiran negara-negara seperti Pulau Mauritius,  Maldives,  Madagascar dan selatan Benua Afrika seperti Somalia,  Tanzania,  Kenya dan sebagainya. Jarak 8000km jika perjalanan dari Malaysia.

Dalam buku sejarah, Pulau Seychelles disebut dalam beberapa baris ayat sahaja.

20 Julai 1877.
Sultan Abdullah,  Tengku Menteri Ngah Ibrahim,  Laksamana Muhammad Amin,  Syahbandar Uda Maamor,  Aliyah,  Auliyah,  Suvana dan lebih 40 orang Perak yang lain. Mereka ini dibuang ke Pulau Seychelles. Mereka dituduh terlibat dalam pembunuhan Residen British pertama,  J.W.W Birch di Pasir Salak,  Kampung Gajah, Perak pada 2 November 1875.

Antara kesan peninggalan dan bukti masyarakat Melayu Perak pernah tinggak disana adalah kubur Aliyah dan Auliyah. Mereka meninggal dunia akibat demam Malaria.

Sumber: Travelog Seychelles,  Syurga yang Hilang bagi Sultan Abdullah dan Tengku Menteri Ngah Ibrahim. Penulis: Talib Samat. Terbitan Pekan Ilmu Publications Sdn Bhd tahun 2012

04 April 2015

Hari Gerhana.

4 April 2015. Gerhana bulan bakal muncul dengan kuasa Allah. Sama-samalah kita solat sunat gerhana pada malam ini. Ini merupakan fenomena luar biasa. Sebagai tanda syukur, dengan solat sunat gerhana. Dilaksanakan secara berjemaah. Gerhana ini terjadi apabila bulan melalui sebahagian bayang-bayang bumi. Bumi, bulan dan matahari berada pada garisan yang sama.

Adab dan doanya.

رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَٰذَا بَاطِلًا سُبْحَانَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ       - سورة ال عمران 191
"Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci 
Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.


Cuti persekolahan baru-baru ini. Banyak perkara yang telah berlaku. Peristiwa pelanggaran kecil kereta myvi dan lori. Tanpa disangka. Sekelip mata. Hilang fokus. RM450 melayang dan menjadi rezeki orang lain. Itulah ayat pujukan ibuku. Terima kasih mak!

April. GST menjadi hangat. Bayaran loan kena gst. Beli barang bertanda 'S' kena GST. Tanda 'Z' tiada GST. Teringat kisah di fb berkenaan seorang pak cik yang ingin pampers untuk isteri beliau. Ambil pampers bawa ke kaunter bayaran.

"RM10.60 pakcik," kata jurujual.

"Sebelum ini pak cik beli RM10 sahaja. Kenapa naik 60 sen?". tanya pak cik sambil minta penjelasan.

"60 sen itu GST, pak cik," jawab jurujual.

"Pak cik ada RM10 sahaja. RM2 lagi, pakcik nak tambang teksi," kata pak cik.

Pakcik serahkan semula pampers dan keluar dari kedai. Kesian orang susahkan. Bila ada orang nak tolong bayar, pak cik itu dah berlalu pergi. Entah ke mana.

Siapa zalim sekarang?

Kos sara hidup semakin tinggi. Orang miskin semakin miskin. Orang kaya semakin kaya. Jurang semakin banyak antara miskin dan kaya. Di mana zakat disalurkan? Di mana cukai disalurkan? Tiada jawapan. Hanya pihak yang bertanggungjawab yang berhak menjawb persoalan ini. Sama ada dihadapan Allah dan rakyat yang lain. Aduhai pemimpin. Dimana pimpinanmu yang cekap itu? Dimana rakyat didahulukan???!

********************
Lambakan kerja di sekolah bertambah. Tidak cukup dengan kerja sedia ada, bertambah lagi kerja yang lain. Jika tiada kerjasama dan perbincangan yang baik, ada pihak yang akan abaikan kerja itu. Amanah Allah begitu berat terutama untuk program berunsurkan Islam. Dakwah bukan terletak pada para agamawan sahaja, malah sesiapa sahaja yang mengucapkan kalimah syahadah "لا اله إلا الله". Cuma cara nya berbeza mengikut kemampuan.

Jika tidak mampu membawa ayat Al-Quran atau Hadis, cukuplah bercerita kisah tauladan, Kisah yang memberi pengajaran. Mengajar adab dan memberi tunjuk ajar yang mana mampu. Tidak terikat kepada modul kecuali kepada guru yang berkemampuan. Rujuk kepada yang tahu lebih afdal.

Penerangan yang tidak jelas dari pihak pelaksana juga memberi tamparan hebat. Jika tidak difahami orang pendengar, menyebabkan pelaksanaan sebenar akan dipandang sepi, Inilah ujian terbesar bagi pihak pelaksana.

"Kerja orang lain kita boleh buat, kerja para ustaz dan ustazah hanya ustaz dan ustazah yang mampu buat"

Besarnya tanggungjawab para daie akhir zaman. Salah sikit dipandang salah yang besar. Sedangkan kita semua tahu, tiada manusia tidak pernah buat dosa. Kita semua pendosa. Seperti tajuk buku keluaran langiilahi.com.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...