30 Julai 2013

Usul 20 Hasan Al-Banna.

1. Islam adalah satu sistem menyeluruh yang mengandungi semua aspek kehidupan. Ia adalah daulah atau negara atau kerajaan dan umat. Ia adalah akhlak dan kekuatan atau pun kasih sayang dan keadilan. Ia adalah undang-undang atau keilmuan dan hukum-hukum. Ia  juga dalah material dan harta  benda ataupun kerja dan kekayaan. Ia adalah jihad dan dakawah ataupun ketenteraan dan fikrah. Begitu juga ia adalah akidah yang benar dan ibadat yang sahih.

2. Al-Quran yang mulia dan sunnah yang suci adalah rujukan kepada setiap muslim dalam mengetahui hukum-hukum Islam. Al-Quran difahami dengan mengikut kaedah Bahasa Arab dan tidak memberatkan dan menyempitkan. Kefahaman kepada sunnah yang suci adalah dengan mengembalikan kepada perawi-perawi hadis yang Thiqah (utamakan hadis bertaraf sahih dan hasan)

3. Iman yang benar, ibadat yang betul dan usaha yang membawa cahaya dan kemanisan yang diberikan oleh Allah kepada hati-hati hamba yang dikehendaki-Nya. Manakala ilham, lintasan hati, tlikan dan tenungan bukan dari dalil hukum syariat yang tidak memberi manfaat kecuali yang tidak bercanggah dengan syariat.

4. Setiap tangkal, pelindung, azimat, tilikan, jampi serapah dan pengakuan mengetahui perkara ghaib adalah termasuk dalam perkara mungkar yang wajib diperangi kecuali menggunakan ayat Al-Quran yang betul.

5. Pandangan Imam dan pembantunya pada masalah yang tiada nas Agama dan perkara yang mempunyai arah pandangan yang pelbagai, hendaklah dipakai selagi tidak bertentangan dengan kaedah syara'. Padangan ini juga akan berubah mengikut perubahan keadaan,situasi, uruf dan adat.

6. Setiap orang boleh dipakai pandangannya atau ditolak kata-katanya kecuali daripada orang yang dihindar daripada dosa seperti Rasulullah saw. Setiap perkara yang datang dari salafussoleh yang bertepatan dengan Al-Quran dan As-Sunnah, kita perlu menerimanya. Sekiranya tidak bertepatan dengan nas, maka Al-Quran dan sunnah Rasulullah lebih diutamakan untuk diikuti. Tetapi kita tidak boleh memburukkan dan mengutuk pandangan mereka walaupun kita sependapat dengannya. Kita serahkan semuanya kepada niat masing-masing kerana mereka bergantung kepada apa yang mereka kerjakan.

7. Setipa muslim yang sampai martabat ijtihad dalam mencari dalil hukum Islam yang furu' (cabang) hendaklah mengikut salah seorang imam mazhab Islam. Adalah lebih baik sekiranya seseorang muslim itu mengetahui dalil-dalilnya. Seseorang itu hendaklah menerima segala petunjuk yang disertakan dalil, diyakini sahih dan kebolehan orang yang memberi petunjuk itu. Seseorang itu hendaklah menyempurnakan kekurangan ilmu yang ada pada diri dan sekiranya dia dikalangan ahli ilmu, perlu belajar sampai ke peringkat An-Nazae (ijtihad hukum)

8. Perselisihan faham dalam perkara furu' tidak boleh menjadi sebab berlakunya pepecahan dalam agama dan membawa kepada perbalahan serta  kemarahan antara satu sama lain. Setiap mujtahid ada pahalanya Tidak ada halangan sekiranya dilakukan pengkajian ilmiah yang adil dalam masalah yang berselisih ini. Ia perlu dilakukan dalam naungan kasih sayang Allah, bantu membantu untuk sampai kepada hakikat yang sebenar. Ia tidak membawa kepada perbahasan yang dikeji dan perasaan taasub.

9. Melarutkan diri dalam masalah yang tidak membawa kepada amal adalah antara takhalluf (memberatkan) yang dilarang oleh syara'. Antara masalah ini adalah seperti banyaknya cabang dalam hukum-hukum yang tidak mungkin berlaku, larut dalam perbahasan makna ayat Al-Quran yang masih tidak diketahui oleh akal pengetahuan dan perbincangan bagi melebihkan antara sahabat-sahabar r.a dan pertentangan yang berlaku dikalangan mereka. Perbincangan dalam perkara ini dapat membawa kepada perselisihan yang buruk akibatnya.

10. Makrifatulllah (kenal Allah) , tauhid kepada Allah. mengesakan Allah adalah akidah Islam yang paling mulia. Kita beriman dengan ayat dan hadis sahih yang menceritakan sifat Allah dan apa perumpamaan yang layak dengan-Nya. Kita beriman dengan-Nya sepertimana datangnya ayat Al-Quran tanpa ta'wil dan mencuaikannya. Kita juga tidak mencampurkan diri kita kepada perkara yang diperselisihkan dikalangan ulama' mengenai perkara ini. Kita hanya mengikut apa yang diredhai oleh Rasulullah dan para sahabat baginda.

11. Setiapa perkara bid'ah dalam agama Islam yang ada asalnya walaupun diperelokkan oleh manusia dengan nafsu mereka sama ada mereka menambaha atau mengurangkannya. Ia merupakan perkara kesesatan yang wajib diperangi dan dihapuskan dengan cara yang terbaik yang tidak membawa kepada merebaknya perkara yang lebih buruk dari itu.

12. Perkara bid'ah tambahan dan kekurangan serta iltizam dengan ibadat yang mutlak adalah antara masalah yang masih diperselisihkan. Setiap ulama' mempunyai pandangan masing-masing. Tidak menjadi halangan sekiranya kita mencari dengan dalil dan bukti.

13. Mencintai, menghormati dan memuji orang soleh dengan  amalan kebaikan mereka adalah satu pendekatan bagi mendekatkan diri kepada Allah. Wali-wali Allah inilah yang dimaksudkan Allah sebagai orang yang beriman dan bertakwa kepada-Nya. Perkara keramat yang berlaku kepada mereka dengan syarat yang syar'ie dengan menganggap mereka sudah diredhai oleh Allah dan mereka tidak mempunyai kuasa memudharatkan dan memberi manfaat diri mereka sendiri dikala hidup dan mati.
'gambar hiasan': Masjid Muhammad Ali, Kaherah, Mesir.

14. Menziarahi mana-mana kubur adalah perkara yang disyariatkan tetapi dengan caranya yang muktabar. Namun begitu, meminta pertolongan, memanggil orang mati, meninta tunaikan hajatnya dengannya secara dekat ataupun jauh, bernazar kepada mereka, menghiaskan dan menerangkan kubur mereka, menyapu, bersumpah dengannya selain daripada Allah dan sebagainya dari perkara bidaah. Semua itu adalah perkara bidaah yang membawa kepada dosa besar yang wajib diperangi.

15. Doa kepada Allah yang disertai dengan tawassul dengan orang lain adalah masalah khilaf furu' dalam masalah cara berdoa dan ia bukannya dari masalah akidah.

16. Uruf yang salah tidak menukarkan hakikat lafaz syariat bahkan kita wajib pastikan dari sudut makna yang dimaksudkan dan berhenti di situ. Begitu juga kita wajib bebsakan diri dari ditipu dengan kata-kata dalam setiap aspek  kehidupan dan juga agama. Pengajaran diambil daripada apa yang dinamakan dan bukan pada nama itu sendiri.

17. Akidah adalah asas kepada amalan dan amalan hati adalah lebih utama daripada amalan anggota lain. Mencari kesempurnaan dalam amalan kedua-duanya adalah dianjurkan oleh syara' walaupun terdapat perbezaan darjat anjuran ini.

18. Islam membebaskan akal dan memberi galakan supaya memerhatikan bumi ini. Islam juga mengangkat taraf ilmu dan ulama', dan mengalu-alukan apa yang baik dan berfaedah dalam setiap perkara. Hikmah itu adalah perkara yang hilang dari mukminin dan sekiranya dia menjumpainya, dialah yang paling berhak dengannya.

19. Kadangkala setiap pandangan syara' dan pandangan akal menyusup ke dalam perkara yang tidak ada pada pandangan kedua, tetapi kedua-duannya itu tidak berselisih dalam perkara yang Qat'i. Hakikat ilmiah yang sahih tidak bertembung dnegan kaedah syara' yang ditetapkan. Perkara yang dzan(diragui) daripadanya akan ditakwilkan supaya bertepatan dengan perkara yang Qat'ei. Sekiranya kedua-duanya adalah perkara dzan, maka pandangan syara' lebih utama dipakai dan pandangan akal ketika itu hanya bagi memastikannya ataupun dihapuskan terus.

20. Kita tidak mengkufurkan orang muslim yang mengucap kalimah syahadah, beramal dengan tuntutan dengannya dan mengerjakan fardu-fardunya, semata-mata kerana pandangan ataupun maksiat yang dilakukan. Kecuali sekiranya dia akui dengan mengucapkan kata kufur, mengingkari perkara maklum dari asas yang diperlukan dalam agama, ataupun mendustakan Al-Quran yang jelas, ataupun mentafsirkannya dengan tafsiran yang ditafsirkan kufur oleh gaya bahasa Arab ataupun beramala dengan amalan yang tidak boleh ditakwilkan lagi selain kufur.

10 Wasiat Hasan Al-Banna.

Wasiat ini adalah secara ringkas dari buku novel sejarah Imam Hasan Al-Banna. Ingatan bersama.

  1. Apabila dengar azan, bangunlah solat walau apa keadaan sekalipun.
  2. Bacalah Al-Quran. Tatapilah buku-buku ilmu. Pergilah ke majlis-majlis ilmu. Amalkan zikrullah. Tidak membuang masa dengan perkara yang tidak membawa faedah.
  3. Berusahalah bertutur dalam Bahasa Arab Fushah kerana Bahasa Arab yang betul itu adalah syiar Islam.
  4. Jauhi pertengkaran dalam semua perkara. Hal ini kerana pertengkaran kosong tidak membawa kepada kebaikan.
  5. Jangan banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang dan tenteram
  6. Jangan banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang akan bersungguh-sungguh dalam semua perkara.
  7. Jangan bercakap dengan nyaring melebihi kadar yang dikehendaki oleh pendengar. Percakapan yang nyaring itu adalah sesuatu yang sia-sia, malah menyakitkan hati orang lain.
  8. Jauhi daripada mengumpat peribadi orang, mengecam pertubuhan dan bercakap tentang perkara yang membawa kebajikan.
  9. Berkenalan dengan setiap muslim yang ditemui kerana asas gerakan dakwah adalah berkenal-kenalan dan berkasih sayang.
  10. Kewajipan kita lebih banyak daripada  masa yang ada. Oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskan pelaksanaannya.

28 Julai 2013

Perancangan Allah.

Rancangan menunaikan umrah bersama ibu bapaku tidak kesampaian. Inilah perancangan Allah yang mempunyai banyak hikmah yang tidak terhitung.

Sejak awal lagi, aku sudah memohon cuti. Cuti tanpa gaji lagi kerana Cuti Rehat Khas (CRK) hanya diluluskan 4 hari sahaja. Surat kelulusan sudah sampai ke tanganku. Vaksin telah dicucuk dan bertahan sehingga 3 tahun. Aku hanya menunggu kelulusan visa masuk ke Arab Saudi.

Bukan mudah untuk menjadi tetamu Allah di Tanah Suci. Hanya yang terpilih akan dapat ke sana. Walaupun pada asalnya, aku diberitahu bahawa visa sudah lulus. Mungkin salah maklumat. Rupanya diterima untuk proses mendapat visa. Itu juga berita yang mengembirakan.

Proses membuat passport baru juga ada dugaan. Apatah lagi untuk mendapat visa. Sekarang Kerajaan Arab Saudi dalam proses menaiktaraf kawasan sekeliling Kaabah dan juga memperbesarkan kawasan Masjidil Haram. Jadi tak hairanlah, penerimaan tetamu dihadkan. Ada juga syarikat yang mengendalikan umrah ditutup. Subhanallah. Dugaan.

Harapan tetap harapan. Akan datang, aku akan terus mencuba lagi. Pesanan sahabatku...terus doa, sentiasa sebut labbaikallahummalabbaik...dan sentiasa solat hajat, solat taubat...moga dijemput menjadi tetamunya.
Kali ini 10 malam terakhir Ramadhan bukan di Tanah Suci tapi di tanah kelahiran. Semoga aku akan bertemu Ramadhan akan datang...sedih tinggalkan ramadhan. Moga Allah menerima ibadahku dan ibadah umat muslim seluruhnya.

Paling utama doakan kesejahteraan dan keamanan penduduk Islam Mesir, Syria, Palestin serta selatan Thailand. Semoga Dr Morsi kembali menerajui kepimpinan Mesir di bawah naungan Ikhwanul Muslimin. Inilah harapan Al-Imam Hasan Al-Banna rahimahullah. Aminnn :)

25 Julai 2013

Sekitar Bengkel Khat Arabi 2013

Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) memerlukan penulisan khat yang betul pada BAND 4, BAND 5 & BAND 6.

Pembahagiannya seperti berikut:

Tingkatan 1 : KHAT NASAKH

'contoh dari pak google'

Tingkatan 2 : KHAT RIQAAH

'contoh dari pak google'

Tingkatan 3 : KHAT THULUTH (PBS PMR)




13 Julai 2013

Ujian Puasa 2013

'pengalaman yang tak dapat dilupakan sepanjang menjadi guru'

Apa yang anda terfikir dengan penyataan di atas?<---- macam soalan peperiksaan.huhu

Aku tak akan jawab persoalan ini. Karektor seseorang yang mengundang salah faham dan terus bergaduh. Perangai. Personaliti.Depan lain. Belakang lain. Talam dua muka. Apa lagi perkataan yang seumpama ini boleh disenaraikan.

Bulan tarbiah. Bulan mendidik roh. Bulan Ramadhan. Bulan yang mempunyai malam lailatul qadar. Bulan pada awalnya rahmah. Bulan pertengahannya keampunan. Bulan yang berakhir dengan dijauhi dari azab neraka. Indahnya bulan ini.


Hari ini dah masuk fasa kedua bulan Ramadhan. Fasa memohon keampunan. Oleh itu, buatlah kebaikan di bulan ramadhan. Pasti bulan lain atau bulan kita terbiasa membuat kebaikan.

Andai tak mampu, jauhilah perbuatan yanf membawa keburukan dan maksiat.

"Sesiapa yang tidak menyayangi, dia pasti tidak disayangi" hadis.

"Sesiapa yang menjaga hak Allah, Allah pasti menjaganya" hadis

07 Julai 2013

Dr Mursi Bebas Kuasa Barat.

Biodata Mursi dicari. Siapa Mursi sebenarnya. Nak tahu siapa gerangan Presiden Mesir yang dipilih oleh rakyat melalui sistem Demokrasi. Boleh baca di SINI

Mursi adalah pemimpin Mesir yang bebas dari pengaruh kuasa Barat terutama Amerika dan Israel sejak era Republik pada tahun 1952.

Muhammad Naguid yang menggulingkan Raja Farouk sebenarnya disokong oleh kuasa Barat. Jamal Abdul Naser yang dianggap lagenda kepimpinan Mesir, skrip ucapannya ditulis dan diapi-apikan oleh CIA. Zaman Jamal Andul Naser inilah yang memusuhi Ikhwanul Muslimin sehingga terbunuhnya Al-Imam Syeikh Hassan Al-Banna. Ramai anak muda generasi sekarang tidak mengenali beliau. Beliau merupakan penyusun Zikir Yang Ma'thur dalam Buku Al-Ma'thurat di Malaysia. Di Mesir, ketika aku berada di sana adalah diharamkan berada di Rumah. Semua buku yang berkaitan dengan Hassan Al-Banna adalah diHARAMkan.

Anuar Sadat yang dianggap hero yang mengejutkan Israel pada tahun 1973 turut melutut kepada Amerika di saat Mesir hampir menang. Husni Mubarak hampir 3 dekat atau 32 tahun pemerintahannya tidak dapat menyembunyikan keterlibatan kuasa Barat dalam pemerintahannya.

Mursi sangat jelas tidak dipengaruhi oleh kuasa Barat. Ketika beliau diangkat menjadi pemimpin Mesir, ucapan tahniah dari Israel ditolak mentah-mentah. Laluan ke Gaza, Palestin dibuka untuk tujuan penghantaran barang keperluan ke Palestin. Kemarahan kuasa Barat semakin meningkat dengan sokongan rakyat Mesir sendiri. Beliau dipilih oleh rakyat. Beliau telah kekal selama setahun. Jalan untuk menegakkan hukum Islam disana masih dalam bentuk draf dan bakal dipersetujui.

Camput tangan kuasa Barat yang tidak menyenangi kepimpinan Mursi menyebabkan 'PENGKHIANATAN BESAR' berlaku. Penggulingan secara paksaan oleh Tentera dan anti-Mursi pada tanggal 3 JULAI 2013.

Anti-Mursi adalah golongan minoriti. Mereka adalah golongan Pro-Mubarak. Paling menyedihkan tv di  Malaysia turut mengatakan Mursi seorang diktaktor. Setahun pemerintahan sudah dipanggil 'diktaktor'? Pelik! Husni Mubarak yang menjadikan rakyat 'kaya semakin kaya dan miskin semakin miskin' selama 32 tahun pemerintahannya memang patut dianggap diktaktor.

Mereka mampu bersabar dengan kezaliman Mubarak selama 3 dekat tapi tak mampu bersabar dengan pemerintahan Mursi selama setahun. Mana-mana pemimpin tidak akan mampu mencuci kekotoran 32 tahun selama menjadi pemimpin 1 tahun. Sungguh besar dugaan dalam zaman fitnah. Yang jahat dianggap baik. Yang baik dianggap jahat. Moga kita semua dijauhi dari fitnah dajal

03 Julai 2013

Kegigihan luar biasa

kenapa dapat kekal no. 1 ,2 & 3?
Bagaimana pergi sekolah?
jauh sekolah ke rumah 1/4 batu. Mak dukung sampai sekerat jln. kakak dukung sekerat jln sampai ke kelas. bekal baju. kl basah tukar bju kt sekolah. Ayah bawa naik motor letak dalam bakul motor. Ayah bawa ke kedai roti canai. Sekarang mereka telah tiada.

lari 100m dalam masa 18saat. dapat 3 mata untuk rumah sukan. Cuba dan mencuba. tak pernah puas hati.

matlamat hidup?Boleh pergi ke mana sahaja dgn kekalkan jati diri. AGAMA=ISLAM+AMAL+

Setiap kali ke pejabat 6.30 pg. Buat 2 panggilan kpd mak. lepas tanya khabar. letak telefon n telefon semula cakap dgn ayah. Sekarang tak pernah telefon lagi.

Mak bekal sambal goreng atau lempeng. letak dalam bekas ketat2 sebab takut tumpah.

Sama dengan manusia lain. mandi sungai. panjat gunung ledang. nak seribu daya, tak nak seribu dalih.

Dalam hidup, tiada rasa keluh kesah. Saat sedih bila abah dan mak meninggal dunia. Tak pernah mengeluh berkaitan kekurangan diri.

Buku Sivik dulu ada cerita berkaitan saya. Sebenarnya anda semua lebih beruntung dari saya. Paling penting tamat dengan jayanya. Tamatkan perlumbaan walaupun perlahan.

setia kawan dan kerjasama penting. 48 orang duk bilik banjir. bangun kul 4 pg. Mengaji waktu pagi. minda cerdas dan tajam bila dalam kelas. Sampai sekarang bangun 4 pagi.

Allahumma barik fi bukuriha!...Doa nabi untuk seseorang yang bekerja di awal pagi.

Rakan Sejawat Toksik

Ahlan...ahlan Ya Ramadan.  Alhamdulillah masih diberi peluang merasai hidup dalam Islam tetapi umat Islam Palestin masih bergelut dengan kes...