28 Mei 2016

Tunggu.

Tunggu. Terus tunggu. Tunggu dengan sabar. 'Orang Sabah' tak kunjung tiba.


Kenderaan beratur panjang di bahu jalan. Menanti pesawat yang masih belum sampai ke terminal klia2. Ramai yang elakkan diri dari menggunakan parking berbayar. 
...........
Akhirnya panggilan yang ditunggu sudah tiba. Rupanya'delay' sebab pesawat isi perut dulu. haha

21 Mei 2016

Taraddud

Susah nak percaya. Itulah yang menganggu diri ini.

Betul ke? Adakah kerana dia kelihatan menjaga solat? Adakah dia berpewatakan seperti perempuan ? Segala kemungkinan ada.

Kita semua pendosa. Jika orang memuji kita baik,  ingatlah sesungguhnya Allah sedang menyembunyikan keaiban kita.

Subhallah. Banyak sangat nasihat malalui lisan Nabi Muhammad,  para sahabat dan ulama'.

Husnu Dzan. Dia sedang memperbaiki diri dengan mendekatkan diri kepada Allah. Dia sedang sibukkan diri dengan banyak aktiviti bersama kawan-kawan. Dia sedang kawal diri dengan tabiat yang lama. Cba beri ruang kepadanya muhasabah diri. Hanya diri sndir yan tahu.

Ya Allah. Aku hambaMu pendosa. Ampuni diri ini kerana tidak mampu memberi tarbiyah kepada rakan2 dan pelajar. Berilah hidayah kepadanya  dan diri ini.

Kembalilah diri kepada Allah. Moga kita selamat dunia akhirat.

19 Mei 2016

Tidur

"sesiapa yang tidur, saya akan ketuk kepala dia, " pesanan penaja merangkap pengawas peperiksaan.

30 minit kemudian.

"Woi! bangunlah. Cikgu pandang, " kejut seorang kawan.

Mengantuk tetapi cuba buka mata. Letak kepala atas meja sekejap. Kemudian kepala kembali tegak. Ada yang sandar kepala ke dinding, sambil mata terpejam.

Guru masih tahan ketawa.

"bangunnnn," ada lagi suara menegur kawan yang tidur.

Toing!

Bingkas bangun dan terus tulis jawapan.

"Hebat kawan kita. Bangun terus jawab soalam, " antara ketawa atau tidak. Tahan diri. Senyum.

#AKUTAKSUKAORANGTIDURKETIKAJAWABSOALANPEPERIKSAAN.

18 Mei 2016

Minggu peperiksaan penuh saspen.

Guru jelaskan. Murid cuba fahamkan. Guru salah faham. Murid-murid salah sangka.

Manusia akan faham sesuatu berdasarkan pengalaman,  persekitaran dan orang sekeliling mereka.

Pengalaman orang ramai adik-beradik dan pengalaman anak tunggal berbeza.

Pengalaman adik-beradik ramai lelaki dan pengalaman adik-beradik ramai perempuan berbeza.

Ada yang menganggap sentuhan itu sebagai gangguan seksual. Ada yang menganggap itu adalah situasi normal dan sebagai gurauan. Tidak semua orang bole terima gurauan itu. Berpada-pada dengan sentuhan walau sesama lelaki dan sesama perempuan.

Jadi raikan kefahaman berbeza ini dengan sikap tolak ansur,  saling berbincang,  saling memahami dan elakkan buat tuduhan tanpa siasatan yang jelas.

Ada yang merasakan dirinya lebih teruk terkena dengan seseorang berbanding orang lain. Hanya orang yang melalui pengalaman itu,  akan merasainya.

Pengalaman adalah guru terbaik untuk bekerjasama pada suatu hari nanti.

Maafkan diri ini kerana sentiasa berbeza pendapat dengan orang lain. Yang pasti diri ini sentiasa cuba berbaik sangka dengan orang lain. Kadang-kadang terlepas diluar kawalan.

#Jika dapat suatu berita,  siasat dahulu.

#Bincang dengan orang yang berpengalaman luas.

15 Mei 2016

Tudung Cantik.

Sebut pasal tudung,  pasti ada kaitan dengan wanita.

Tudung salji
Tudung bawal
Tudung halfmoon
Tudung siti
Tudung fareeda
Tudung haji
Tudung bulat
Tudung curve
Tudung nuur

Sebenarnya banyak lagi jenis tudung boleh disenaraikan.

Dalam Islam,  Al-Quran menyuruh para wanita melabuhkan kain kerudung dari kepala hingga menutupi dada. Dlam Surah Annur,  ayat 31:

(وَقُلْ لِلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا ۖ وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَىٰ جُيُوبِهِنَّ ۖ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا لِبُعُولَتِهِنَّ أَوْ آبَائِهِنَّ أَوْ آبَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ أَبْنَائِهِنَّ أَوْ أَبْنَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي أَخَوَاتِهِنَّ أَوْ نِسَائِهِنَّ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُنَّ أَوِ التَّابِعِينَ غَيْرِ أُولِي الْإِرْبَةِ مِنَ الرِّجَالِ أَوِ الطِّفْلِ الَّذِينَ لَمْ يَظْهَرُوا عَلَىٰ عَوْرَاتِ النِّسَاءِ ۖ وَلَا يَضْرِبْنَ بِأَرْجُلِهِنَّ لِيُعْلَمَ مَا يُخْفِينَ مِنْ زِينَتِهِنَّ ۚ وَتُوبُوا إِلَى اللَّهِ جَمِيعًا أَيُّهَ الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ)

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya."
[Surat An-Nur 31]

(يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ قُلْ لِأَزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاءِ الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِنْ جَلَابِيبِهِنَّ ۚ ذَٰلِكَ أَدْنَىٰ أَنْ يُعْرَفْنَ فَلَا يُؤْذَيْنَ ۗ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَحِيمًا)
[Surat Al-Ahzab 59]

Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."

Usahakan supaya dapat tudung yang tutup dada,  tidak jarang, tidak terlalu terang dan longgar.

Walau apa pun nama jenis tudung yang wujud,  aku masih dengan tudung bulat dalam bentuk curve. Bahagian tepi labuh ke siku sahaja. Bahagian belakang labuh supaya senang untuk terus solat tanpa pakai telekung putih.

Sekarang, sukar untuk mencari tudung yang aku pakai sekarang. Paling mudah,  beli kain yang senang dibentuk pada muka,  tidak panas dan bidang 60. Kain koshibo tidak dalam senarai sebab mudah jatuh bila solat.

Ada sesiapa yang jual kain yang memenuhi ciri-ciri ini? Nanti boleh bagi link pada ruangan komen. Terima kasih.

Lagi mudah dapat jahit sendiri menggunakan ukuran badan sendiri. Itulah keselesaan diriku walaupun dipandang konservatif,  makcik-makcik,  tak 'up tu date', susah dapat jodoh dan macam khemah.   Terpulang kepada persepsi masing-masing.

"Kalau kau pakai tudung ni(merujuk kepada tudung 2 muka yang warna cerah) , pasti ada orang meminang kau, " kata seorang kakak kepada diriku.

Tiada balasan dariku kecuali senyum. Bimbang perkataan yang menyakitkan hati terkeluar dari mulutku.

Aku sentiasa doakan kakak ini serta rakan-rakan muslimah memahami kenapa perlu pakai tudung walaupun dengan menggunakan baldi. Ini istilah yang diberikan oleh UAI.

Tenang hatiku bila melihat anak muridku masih memakai tudung yang mengikut syariat. Masih tahu batas aurat. Tahu matlamat tidak menghalalkan cara.

Bagi anak muridku yang masih terumbang- ambing dengan pengaruh rakan yang 'tidak beragama', aku doakan suatu hari nanti mereka pasti diberi kesedaran oleh Allah untuk terus istiqamah dengan pemakaian ikut syariat. Bukan sekadar nak pergi umrah. Bukan sebab nak ke masjid. Bukan sekadar malu jumpa guru. Berubahlah kerana Allah.

Coretan sempena hari guru. Hadiah untuk guru adalah cemerlang akademik dan akhlak serta pemakaian ikut syariat Islam. Bukan ikutan. Selamat berjuang.

06 Mei 2016

Heli 'missing'

Kematian orang yang baik ditangisi,  kematian orang yang jahat disyukuri.

Dunia akhir zaman,  orang yang baik mudah meninggalkan kita kerana disayangi Allah. Manakala orang yang menyusahkan orang ramai, nyawanya terlalu liat untuk dihabisi.

Berusahalah menjadi orang baik yang beriman. Sentiasa memudahkan urusan orang lain. Kelak kita bertemu dengan Allah dalam keadaan bersedia.

Maafkan diriku. Andai para pembaca terasa sentap.

Maaf jika komen tidak terjawab. Mungkin aku tiada jawapan. Mungkin anda perlu bertanya kepada 'ahlinya'.

Ilmuku hanya pada buku. Aku masih lagi perlu membuat rujukan dan bertanya pakar. Kadang-kadang hukum tidak boleh diletakkan sesuka hati seperti serbuk perasa. Jika tidak tahu,  aku tetap tidak tahu.

Moga yang hilang ditemui. Moga yang tersesat,  kembali ke jalan yang benar. Moga dapat hidayahNya.

Teruskan doa untuk Aleppo dan umat Islam yang lain.

05 Mei 2016

Pesta Buku & Mall

Cuti1 Mei. Cuti hari pekerja. Jatuh hari ahad. Kebetulan hari itu tiada elektrik di rumah. Daripada berpanas dalam rumah,  ada baiknya pergi ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur PBAKL. Kemudian ke IOI Mall. Solat maghrib di Masjid UPM. 8 malam sampai rumah. Kaki sakit. Perjalanan kami berlima.

Sempat sambar beberapa buah buku. 3 keping buacer buku adik digunakan. Buku beli sendiri juga ada. Buku yang paling aku kehendaki Imaginasi. Karangan Ramli Awang Murshid. Terbitan alaf21. Novel ke-26 bagi penulis ini. Sebelum ni koleksi buku Sunan. Imaginasi ada kelainan tetapi tetap bentuk thriller.

Aku mula baca buku Api Tauhid,  oleh Habiburrahman El Shirazy. Banyak kali tertidur. Kemungkinan bahasa Indonesia kurang difahami. Unsur suspen lagi diminati. Ambil buku Imaginasi. Kadang tergelak seorang diri. Gila. Gila cerita dalam buku ini.

Cuti Isra' Mikraj. Hanya di rumah. Layan Novel Imaginasi. terus sambungan. Rancang nak mula potong baju. Baju raya. Entah sempat atau tidak. Hari bekerja,  aku langsung tiada mood nak menjahit. Bila mood nak datang ni?!

Pengetua baru? pelbagai versi yang didengari. Jadi tunggu dan lihat pada minggu peperiksaan. Pengetua lama ke mana? beliau sudah pencen. Mulakan hidup baru dalam dunia pencen. Selamat berpencen cikgu.

Bila aku nak pencen ni? pejam celik dah 7 tahun aku di sinj. Masih seperti dulu tetapi usia semakin tua dan matang.

Rumah sebelah dari penuh lalang,  dah tukar jadi rumah baharu. Alhamdulillah ada jiran baru.

اللهم بارك لنا في رجب وشعبان وبلغنا رمضان.
Jom latih puasa.

Rakan Sejawat Toksik

Ahlan...ahlan Ya Ramadan.  Alhamdulillah masih diberi peluang merasai hidup dalam Islam tetapi umat Islam Palestin masih bergelut dengan kes...