15 Mac 2015

Ingatan Dari Allah.

15 Mac 2015

Kereta Myvi tercium belakang lori. Kemek bahagian atas sahaja. Tidak melibatkan lampu, bumper, no. plat. Alhamdulillah tiada nyawa yang terlibat. Slow dan smooth sahaja perjalanan. Hanya leka memerhati sesuatu, mata terlambat melihat lampu brek di hadapan. Terus meluncur ke depan. Terkena besi bahagian belakang lori. Pemandu lori mungkin tidak perasan. Hanya keretaku perlu repair. Bonet oh bonet. Apa pun  aku tetap bersalah. Minor excident.

14 Mac 2015

Bahan Terlarang.

Bahan yang merbahaya dalam penggunaan kosmetik

 PROPYLENE GLYCOL
Ini adalah gliserin sayur-sayuran yang dicampur dengan alkohol yang diperbuat dari gandum. Propylene Glycol ditemui pada beberapa produk kosmetik dan pembersihan wajah. Zat ini boleh menyebabkan kemerahan pada kulit dan radang kulit. Walaupun kajian terkini menunjukkan bahawa zat ini juga boleh merosakkan buah pinggang dan hati.
SODIUM LAURYL SULFATE (SLS)
Zat sintetik ini biasanya digunakan pada produk syampu untuk membersihkan dan mencipta banyak buih. Kesan yang ditimbulkan zat ini adalah iritasi pada mata, ruam kulit, rambut gugur, kelemumur pada kulit kepala dan alahan.
produk kecantikan
bahan terlarang pada kosmetik
Menurut Pegawai penyelidik Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), Hatijah Hashim, bahan kimia yang terdapat di dalam bahan perawatan wajah yang dijual di jalanan sebenarnya amat menakutkan kita.
“Kajian CAP mendapati kandungan raksa di dalam produk tertentu melebihi dua peratus manakala hidrokuinin yang digunakan sebagai agen pemutih wajah melebihi 0.5 peratus daripada bahagian persejuta,” katanya.
Hidrokuinin ialah sejenis peluntur turut berperanan menghakis kulit.
Senarai kosmetik yang mempunyai bahan terlarang boleh rujuk di SINI. Kemaskini 24 feb 2015.
1. ATIKA BEAUTY RENEWAL CREAM
2.  BEAUTY LINE BEAUTITUDE MULTIPURPOSE CREAM
3. CHANTIQUE WHITENING NIGHT CREAM
4. DE PUTIH NIGHT CREAM
5. DERMACEUTIC SPOT CREAM
6. DERMACEUTIC SPOT PEEL CREAM
7. ERIESYA SPA BEAUTY CREAM 
8. HANS BEAUTY TREATMENT TONER
9. KRIM MALAM MISHA
10. NATASYA KRIM HERBA
11. NATASYA KRIM HERBA
12. NURIZ DAY & NIGHT CREAM 
13. R&Z WHITENING NIGHT CREAM 
14. RZAC WHITE PEARL CREAM
15. TEMULAWAK WHITENING PEARL CREAM PAPAYA 
16. TIA AMELIA KRIM JERAGAT
17. YELLOW CREAM (KRIM KU-NENG)
18. ZARA REJUVENATION CREAM
19. PIGMENTATION RECOVERY COMPLEX
20. RATNA SARI WHITENING NIGHT CREAM 
SUMBER:
1.  wanista
2. kosmo
3. pharmacy

Rakan Sejawat Toksik

Ahlan...ahlan Ya Ramadan.  Alhamdulillah masih diberi peluang merasai hidup dalam Islam tetapi umat Islam Palestin masih bergelut dengan kes...