12 September 2021

Muhamad Abu Zahrah.

 Percaya tak apabila kita sambung belajar ke peringkat lebih tinggi, kita akan rasakan banyaknya aku tak tahu. Kemudian aku dah banyak terdedah dengan banyak buku-buku, adakah aku dipengaruhi oleh buku itu dan aku bakal dipanggil wahabi? Itulah yang aku rasa apabila ramai tokoh hebat di Malaysia ini dipanggil wahabi. Aku semakin tidak faham kenapa orang kurang belajar agama sifatkan tokoh ilmuan Islam jadi wahabi? Adakah mereka yang mendakwa itu faham atau tahu ciri-ciri wahabi. Aku sendiri tak jumpa secara khusus. Jika tengok kepada semua tokoh yang diwahabikan masih lagi berpegang kepada al-Quran dan al-Sunnah melalui tokoh ahli sunnah wa al-jamaah kerana tokoh mazhab 4 ini paling hampir dengan para tabiin, sahabat dan Rasulullah. Perbandingan dengan diri kita amat jauh sekali.

Oleh kerana aku baru kenal tokoh ini melalui pembacaan kitab Usul Fiqh, aku datangkan cerita tentang Imam Muhamad Abu Zahrah.

Imam Muhamad Abu Zahrah digelar sebagai 'imam' bukan sahaja kerana kealiman dan keinteletualan beliau, bukan juga kerana gelaran itu diberikan oleh kerajaan dan masyarakat, malah kerana pendirian dan keberanian beliau dalam menyatakan kebenaran dalam isu-isu kemasyarakatan dan Islam walaupun terpaksa berdiri dan berhadapan dengan para pemerintah (Abu Bakar al-Razzaq 1985: 25). Dalam kalangan ulama' al-Azhar, beliau terserlah dalam bidang undang-undang Islam. Seheikh Abdul Halim Mahmud iaitu Mantan Sheikh al-Azhar menyifatkan bahawa jika terdapat permasalahan dalam lajnah fatwa, maka kami akan merujuk kepada Muhamad Abu Zahrah kerana beliau mepunyai pendirian yang tegas dalam isu pengharaman riba dan berpendapat pengharaman ini adalah kerana menjaga kebajikan umat Islam. Inilah cerita yang menjadi satu gambaran siapakah tokoh ini? Hebat! MasyaAllah!

Kita cerita biodata beliau sedikit.

Nama sebenar: Muhamad bin Ahmad bin Mustafa bin Ahmad bin Abdullah.

Lahir: tahun 1316 H bersamaan 129 Mac 1898 Masihi di Mahallah al-Kubra, Mesir.

Keluarga: mempunyai kedudukan dan dihormati

Pendidikan awal bermula dengan belajar baca, menulis dan menghafaz al-Quran. Kemudian melanjutkan pelajaran dengan belajar matematik, geografi dan lain-lain mata pelajaran Bahasa Arab. Umur 9 tahun dah hafal al-Quran. Luar biasa.

Pada tahun 1913, ketika berumur 15tahun, beliau masuk al-Jami' al-Ahmadi di Tanta, iaitu al-Azhar kedua selepas al-Azhar di Kaherah dan menggunakan sistem yang sama dengan al-Azhar di Kaherah. Kerana kepintaran beliau memperolehi biasiswa khusus berbanding rakan-rakan yang lain.

Setelah 3 tahun tahun di al-Jami' al-Ahmadi, beliau dijemput gurunya, Sheikh al-Fadl al-Ahmadi untuk bersamanya di al-Azhar Kaherah. Pada tahun 1916, beliaumenyertai Madrasah al-Qada' al-Shar'i yang merupakan cetusan al-Sheikh Muhamad Abduh ( tokoh yang mula bawa kitab Muwafaqat ke Mesir) yang disediakan dan dikhususkan untuk pelajar cemerlang dari kalangan lepasan al-Azhar. Institut ini ditubuhkan sewakti Saad Zaghlul menjadi ketua di Kementerian Pendidikan. Pengetua ini sejak mula penubuhannya ialah Muhamad 'Atif Barkat iaitu graduan Dar al-ulum dan murid kepada Muhamad Abduh. Muhamad 'Atif telah memilih guru-guru kementerian yang terbaik seperti Muhamad al-Mahdi, Muhamad al-Hadari, Ahmad Ibrahim dan lain-lain.

Di institut ini, pelajar mengikuti pengajian Bahasa Arab dan Sastera, Fiqh, Tauhid, Tfsir, Hadis dan Akhlak. Sistem di sini sangat ketat dan sukar kerana semua pelajar mesti lulus 60% bagi setiap mata pelajaran. Para pelajar yang gagal akan diberhentikan bantuan kewangan dan tidak akan dipindahkan ke tahap yang lebih tinggi. Sistem ini terbaik seperti zaman awal pendidikan di Malaysia. Tak lulus UPSR, tak boleh naik tingkatan 1. Tak lulus BM dalam SRP yang ganti PMR kemudian PT3 tak boleh naik tingkatan 4. Baru betul pendidikan. Selingan sekejap ^^

Institut ini mempunyai keunikan dari sudut hubungan guru dan murid yang diibaratkan seprti hubungan bapa dengan anak sehinggakan guru-guru akan memerikasa kertas-kerta ujian dihadapan murid bagi memperlihatkan kesalahan masing-masing (yang ini aku suka sebab boleh belajar face to face). Antara tokoh yang menjadi graduan terawal ialah Dr Ahmad Amin dan yang terakhir adalah al-Imam Muhamad Abu Zahrah. Eh, kenapa terakhir? institut ini dah tutup ke?

Imam Muhamad Abu Zahrah ini hebat kerana pernah menegur Presiden, body guard anak presiden tanpa ada batasan. Hebat tokoh ini. Banyak lagi aku nak tulis tapi ini sahaja kemampuanku. 


SUMBER:

1.  Wan Haslan Khairuddin. 2008. Jurnal Penyelidikan Islam Bil: 30. ISNN: 1394-4428. Hlm: 102-115

Rakan Sejawat Toksik

Ahlan...ahlan Ya Ramadan.  Alhamdulillah masih diberi peluang merasai hidup dalam Islam tetapi umat Islam Palestin masih bergelut dengan kes...