31 Disember 2010

Sebelum masuk 2011 Masihi.


Alhamdulillah...

Akhirnya aku berjaya habiskan buku travelog haji mengubah sempadan iman. Sesiapa nak pergi haji wajib (bagi aku) baca dulu buku ni. Boleh menginsafkan diri. Bukan senang untuk melaksanakan semua yang kita tahu kecuali yang istiqamah dan berserah diri kepada Allah. Kalau ikut bacaan prof Muhd Kamil boleh menitiskan air mata. Banyak pengajaran berguna untuk kita semua. Semuanya dengan rahmat dan kasih sayang Allah melalui doa-doa pada 1/3 malam. Insya Allah ^_^

Azam tahun baru?
1 Muharam 1432 hari tu dah ada azam baru. 2011 kira tahun Masihi. Nak perbaharui azam apa salahnya. Biarlah ke arah yang positif. Esok 26 Muharram 1432. Sempat puasa sunat bulan Muharam lagi.

Moga PMR 2011 berjaya dengan cemerlang terutama bawah Panitia aku. Baru siap RPT untuk tingkatan 3. Bila nak dapat sekolah besar dan baru yea???

Tahun Masihi bermula 12 malam. Itu permulaan hari baru bagi tahun kelahiran Nabi Isa Alaihissalam. Manakala tahun hijri bermula maghrib ke maghrib.

Adakah 9 bulan akan datang muncul bayi tanpa bapa???

~SELAMAT BERCUTI AWAL TAHUN 2011~

30 Disember 2010

Giant Baru!



Entah apa aku nak cerita hari ini. Keluar pagi balik petang. Mmm...

Aku mula dengan pendaftaran budak tingkatan satu ke sekolah. Semua berjalan seperti biasa walaupun ada pemantauan dibuat. Lambat betul aku tahu cerita ni. Entah apa yang dibincangkan sehingga aku nampak seseorang cemas. Biarlah dia halnya. Aku peduli apa. Kerja aku ni tak pernah siap bila pusat sumber/ perpustakaan aku dipindahkan. Aku harap ada guru baru yang boleh meringankan bebanku.huhuhu

Baru hari ini aku tahu buku ringkasan mengajar diorang dah ada. Mana aku punya? Esok cuti satu Malaysia sempena kemenangan Malaysia vs Indon. Hari sabtu cuti tahun baru. Hari isnin terus masuk sekolah dan kena mengajar. Tapi buku ringkasan aku tak ada. Aku bagitau orang yang sepatutnya. Mula dia mengelabah. Terus dia cari kunci almari besi biliknya. Tapi tak ada. Tak boleh buka. Aku tunggu. Sabar...Last sekali aku kata nak balik.

Jadual mengajar aku baru dapat. Dua matapelajaran aku ajar. Harap aku mampu buat yang terbaik walaupun baru setahun pengalaman. Aku akan cuba. Insya Allah :)

Aku pergi ke PPD teman seorang kawan. Guru juga la. Jumpa dengan seorang ustazah ni. Kawan aku ni tegur la.

"Ustazah dari mana?" Sambil2 kami salam.

"Pejabat saya kat sini," aku senyum. Tak nak sombong dengan senior ni.

"Owh, saya tau. Ustazah nampak gelisah je,"

"Tak de la. Saya dari ...dot dot dot,"

"Ni siapa? anak ke?" Ustazah ni tuju kat aku. Nampak sangat aku ni budak. Hahaha...Dalam hati aku nak ketawa je. Aku senyum. Kelu lidahku.

"Tak. Nie kawan saya. Mengajar tempat sama," Dia dah pandang aku atas bawah atas bawah. Rimas betul la.

"Betul la ustazah. Saya mengajar sama dengan kak.....dot dot dot,"

Lepas tu ada orang tegur ustazah tu. Kami minta diri untuk buat urusan. Kawan aku ni kata la...

"Nampak sangat aku ni tua. Akak nak mengaku je ko ni anak sulung akak. Tapi nanti jumpa ko pula tembelang akak pecah,"

"Ko ingat dulu kat UPM? Budak tu tanya akak. Anak akak ke?Akak jawab a'aaa anak sulung akak tapi dah kerja," Sambung kawan aku ni.

Aku malas nak layan perasaan orang sensitif ni. Kami terus jalan2 kat bandar kecil ni. Destinasi terakhir aku adalah Giant baru. Wah! penuh kereta. Susah nak dapat tempat parking ni. Aku jalan lagi. Ada polis berjaga.

Excited betul warga bandar kecil ni. Maklum la Giant baru dirasmikan. Banyak barang2 murah. Sempat aku beli tv 21 inci dengan harga RM338. Lama betul aku tak tengok tv. Asyik mengadap laptop untuk tahu perkembangan terkini.




Ok..SELAMAT BERCUTI SEMUA!

28 Disember 2010

Hampir gugur jantungku...

Aku baca blog En Mazidul. Pasal gay. (aku tak nak link) 
Aku search blog milik jururawat lelaki. 
Mula-mula ok lagi. Lepas tu. Glup! 
Aku terus tekan 'close'. Jijik sangat2. Lebih teruk dari binatang!


Apa nak jadi korang ni?
Korang tak ambil pengajaran dari kisah kaum Nabi Lut? SINI
Korang tak ambil ikhtibar dari kemusnahan bandar Pompei yang dimusnahkan dengan cara yang sama????
Nak tau klik di SINI

Dah lupa pasal Tsunami?
Bising sekejap, kemudian terus lupa.
Itu la manusia . Nasia (lupa)

27 Disember 2010

Aku Tertipu?

"Tipah tertipu! Tipah tertipu!Tipah tertipu!," Sedutan dari cerita Anakku Sazali.



 Dalam dunia moden ni sudah ramai tertipu terutama golongan senasib dengan 'Tipah'? .


Ni versi Indonesia. Aku punya 'Edisi kedua'

Golongan Tertipu


Imam Ghazali membahagikan golongan ini kepada empat iaitu, ulama, ahli ibadah, golongan sufi dan hartawan.


1. Ahli Ilmu / ulama'. Ini adalah tipu daya yang menimpa sebahagian ahli-ahli ilmu.

Kata Imam Ghazali:
"Antara golongan yang terpedaya adalah ahli fikah yang menguasai ilmu ketaatan tetapi tidak mengamalkannya. Sebahagian daripada mereka menguasai ilmu sehingga mereka mengenali perkara yang maksiat, tetapi mereka tidak menjauhinya. Sebahagian yang lain mengetahui kepentingan akhlak, tetapi tidak menghiasi diri mereka dengannya,"
 Hadis riwayat Tabrani dan al-Baihaqi: kata Nabi SAW yang bermaksud:
"Manusia yang mendapat azab yang paling keras pada Hari Kiamat adalah orang alim yang tidak dapat manfaat dari ilmunya.
Kata Imam Ghazali lagi:
"Sebahagian daripada mereka asyik memberi tumpuan pada aspek pengeluaran fatwa. Mereka mengeluarkan fatwa mewakili pemerintah disamping menghuraikan masalah yang berlaku sesama manusia. Mereka banyak memberi tumpuan dalam bidang fikah dan mazhab  serta sering kali mengabaikan tuntutan-tuntutan agama yang jelas. 
Sebagai contoh, mereka tidak menjaga lidah, perut, anggota badan dari perbuatan yang haram dan pada masa yang sama hati-hati mereka dipenuhi perasaan sombong, dengki, riyak dan seumpamanya.Ilmu yang menjadi tumpuan mereka adalah berkaitan fikah ranting. Golongan ini boleh diumpamakan seperti binatang buas kerana mereka gemar berdebat dan bertengkar. Semasa mereka berhujah mereka menyakitkan hati orang lain dan membodohkan lawan-lawan mereka. 
Demikian juga golongan ilmu kalam. Mereka ghairah berdebat dan bertengkar tentang ilmu ketuhanan. Pada anggapan mereka, tidak ada seorang pun yang lebih mengenali Allah selain daripada mereka sedangkan sebahagian daripada mereka merupakan golongan yang sesat kerana berpegang dengan konsep ketuhanan tidak berdasarkan sunnah. 
Adapun golongan yang berpegang kepada akidah ahli sunnah, mereka boleh terbabas kerana tenggelam dalam gelombang pertengkaran dan debat yang dibenci Nabi. 
Sebahagian ahli ilmu ini meminati ilmu tasawuf. Mereka merasa puas apabila berjaya menghafaz dan menyampaikan kata-kata hikmah golongan yang zuhud dalam ceramah dan khutbah mereka. Golongan ini beranggapan mereka sudah mencapai makam yang tinggi sedangkan mereka sebenarnya tidak memahami apa yang mereka sampaikan disamping tidak memelihara diri dari dosa-dosa zahir dan batin dalam kehidupan mereka,"
2. Ahli Ibadah.
"Adapun ahli-ahli ibadah, nereka boleh tertipu dengan pelbagai cara. Sebahagiannya tertipu sehingga bertindak berlebih-lebihan semasa beribadah seperti berlebih-lebihan dalam menggunakan air semasa berwuduk kerama penyakit was-was. Mereka sepatutnya mengambil ikhtibar daripada perbuatan sahabat Umar al-Khattab yang pernah berwuduk daripada belas air milik seorang Nasrani tanpa perasaan was-was. 
Sebahagian yang lain dipengaruhi oleh bisikan syaitan sehingga bertindak berlebih-lebihan ketika berniat, bertakbiratul ihram serta semasa membetulkan makhraj huruf apabila membaca surah al-Fatihah sehingga mereka mengulangi perbuatan mereka beberapa kali. Mereka ini boleh diumpamakan seperti golongan yang berada di majlis sultan. 
Di majlis itu, mereka mengambil lembaran surat, membacanya dengan sebutan makhraj yang berlebihan serta mengulangi kalimah-kalimah itu. Mereka lupa bahawa tugas utama yang perlu mereka laksanakan adalah menyampaikan isi surat disamping menjaga protokol majlis. 
Segolongan yang lain tertipu dengan bacaan al-Quran. Mereka bergegas mengkhatamkannya sehingga tidak mempunyai masa memikirkan maksud ayat-ayatnya, sekaligus tidak mendapat peringatan serta pengajaran dari pembacaan itu. Kadangkala mereka membaca al-Quran dengan merdu dan mereka berasa tenang dengan kemerduan itu. Mereka terpedaya kerana menyangka al-Quran diturunkan untuk itu sahaja.  
3. Ahli Sufi.
" Adapun ahli-ahli sufi, sebahagian mereka terpedaya dengan pakaian-pakaian dan amalan-amalan zahir golongan tasawuf sedangkan dalam kehidupan harian, mereka mengambil harta yang haram dan syubhah, bergelumang dengan hasad dengki sesama manusia dan asyik merobek perasaan orang lain. Mereka mencaci dan menghina ahli-ahli fikah, ulama' tafsir serta serta hadis. Mereka mengatakan golongan ini dihijab oleh ilmu mereka daripada Allah sedangkan yang sebenarnya merekalah golongan yang zalim lagi munafik..."
4. Hartawan.
 "Sebahagian daripada mereka berbangga kerana dapat membangunkan masjid-masjid, madrasah, jambatan dan seumpamanya sambil mengukir nama mereka pada bangunan-bangunan itu. Mereka menyangka dengan melakukan demikian, mereka berhak mendapat keampunan daripada Allah sedangkan sebahagian daripada harta-harta itu mereka peroleh daripada sumber yang haram. Mereka terpedaya kerana yang diwajibkan ke atas mereka sebenarnya bukan membina bangunan-bangunan itu. sebaliknya menjauhi harta yang haram. Justeru perbuatan mereka dianggap sebagai maksiat..."
p/s: ingatan bersama . Ini adalah sebahagian kandungan buku 7 FORMULA Individu Cemerlang (Bestseller) oleh Dr. Danial Zainal Abidin

Sumber :

1. 7 FORMULA Individu Cemerlang
2. Salafus sholih

26 Disember 2010

Akrimie Naufal dan Pengantin 2010

Gambar yang sempat aku edit dan klon ^_*




Anak saudara dan adik2.

Koleksi gambar pengantin yang ada denganku.
Moga berbahagia hingga ke syurga ^_^

25 Disember 2010

Skodeng?



Jom Tutup Aurat dan jaga akhlakAda kisah seorang wanita yang suka memakai baju-baju seksi 'gila' di luar dan di dalam rumah. Satu ketika, wanita ini dikatakan terkena penyakit buatan orang. 


Puas berubat sana-sini, akhirnya bertemu dengan seorang imam yang pandai mengubat penyakit berkaitan sihir dan saka.

Imam itu memberi satu sahaja pesanan pada wanita itu - tutup aurat dan jaga solat 5 waktu, Insya Allah sihir akan mampu dibenteng. Sambil itu, wanita tadi terus berubat dengan imam tersebut.


Setelah dia cuba mematuhi kata-kata imam, lama-kelamaan dia dapatmerasakan ketenangan dalam diri dan terhindar dari gangguan 'penyakit' yang dirasakan sebelum itu. 

Dia rasa seronok bertudung,walaupun sebelum ini rasa panas dan rimas dengan sehelai selendang nipis.

Solat pun sudah tidak pernah culas lagi. Sebelum ini telekung berlipat kemas dalam almari. Suaminya turut terkesan dengan perubahan isterinya, dan dia pun terdorong untuk berubah.

Sudah tidak belengging dengan seluar pendek. Dia tidak halang isterinya menutup aurat. Cuma pesannya, kalau hendak tutup aurat, buat betul-betul. Jangan ikut trend dan belajarlah agama. 

Pasangan ini mencari guru yang dapat menerangkan hukum syariat supaya tidak bosan beramal.

Di sinilah hikmah Allah mewajibkan semua wanita dan juga lelaki supaya menutup aurat seperti mana yang telah ditetapkan oleh syarak. 

Kerana apabila menutup aurat dan menjaga amal ibadah, kita akan didampingi oleh malaikat, dilindungi dari gangguan iblis, syaitan dan jin yang sentiasa mengintai peluang mengacau kita dalam apa jua keadaan.

Walau bersendirian, kita tetap perlu menjaga aurat di antara pusat dan lutut. Kita jangan 'perasan' kita seorang sahaja yang ada di bilik air, tandas, atau dalam bilik tidur, sebab ada makhluk lain yang lebih ramai. Kita tak nampak dengan mata kasar mengelilingi kita iaitu malaikat, jin, syaitan dan iblis.

Malaikat tidak akan mendekati kita apabila kita membuka aurat kerana malaikat sangat pemalu, seperti terbukti dalam satu kisah Nabi SAW didatangi Malaikat Jibril sewaktu baginda sedang bersama dengan Khadijah. 

Apabila Nabi SAW memberitahu Khadijah mengenai kedatangan Jibril, Khadijah meminta Nabi masuk ke dalam jubahnya (jubah Khadijah).
Kemudian dia bertanya Nabi SAW sama ada masih melihat Jibril, Nabi SAW menjawab 'Tidak'. Maka, Khadijah pun yakin yang datang itu malaikat, bukan syaitan, kerana malaikat tidak akan melihat aurat manusia.

Kepada para wanita, bagi melindungi diri dari gangguan iblis, syaitan dan jin dalam apa jua bentuk termasuk sihir, saka dan pelalau, kuatkanlah jiwa dengan iman, jaga amal ibadah yang telah Allah tetapkan, serta perbanyakkanlah amalan sunat dan zikrullah.

Suburkan peribadi dengan sifat-sifat mahmudah (sifat-sifat baik) seperti selalu bersangka baik dengan apa jua yang berlaku. Jangan mudah hasad dengki, jaga mulut jangan celupar, mata jangan menjeling dan menjegil ketika memandang orang. Akal pula perlu disuburkan dengan pemikiran yang baik-baik kerana semua ini akan mendorong jiwa jadi kuat.

Hati kena benar-benar tulus dan ikhlas, niatkan apa jua kerja kerana Allah dan dimulakan dengan basmalah di samping doa-doa lain. Sesungguhnya jin sangat susah mendekati orang yang ikhlas.

Tegasnya, langkah keselamatan untuk melindungi diri dari gangguan jin dan syaitan ialah dengan beramal bersungguh-sungguh dengan setiap perintah Allah. Tinggalkan sungguh-sungguh apa yang Allah larang. 

Sibukkan hati dengan zikrullah dalam aktiviti harian supaya ruang tenang itu tidak dapat dicelah oleh makhluk durjana.

semoga anda dapat mengambil iktibar.....cerita ini utk menyedarkan kpd lelaki dan wanita....betapa pentingnya menjaga aurat...sekian....

22 Disember 2010

Rayyan Fantasi-RAM




Buku yang ditulis oleh Ramli Awang Mursyid (RAM) memang lain dari yang lain.
Hidup dalam fantasi. hehehe
Siapa pernah baca komik Dragon Ball atau tengok citer kartun Dragon Ball?
Lebih kurang sama tapi lebih islamik. Tak boleh berhenti baca hingga tahu penghujung.

Watak Ibrahim dan Aiddin memang susah nak digambarkan kalau baca lompat-lompat. Mereka hidup dikalangan manusia dan menganut agama tauhid, Islam. Menjadi seorang yang luar biasa. Makhluk Allah yang dapat anugerah yang luar biasa. Berlaku peperangan kerana rebutan kuasa untuk menguasai pemerintahan. Di sini berlaku di dunia fantasi bukan realiti...

Nak tahu lebih lanjut...boleh beli dan baca sendiri. Baru syok!

Jodoh dan takdir (lagu)


Album : Nasyeed Underground - Vol.1
Munsyid : MISK
http://liriknasyid.com


Selalu aku berdoa kepada Yang Maha Esa
Moga dikurnia seorang ratu di jiwa
Tempat untuk kuluahkan segala rasa
Perasaan yg tersimpan seribu satu makna

Di kala aku keseorangan
dia penghibur dan jua peneman
hati yg sayu tidak kesepian
duka dan lara tiada keresahan

Ya Allah tidak ku pinta yg menawan
tidak kuharap yg hartawan
bukan jua kerna kedudukan
cuma kudamba insan yang sepadan

Kasihnya sejati bukannya kerna paksaan
biarpun derita yg menjadi rintangan
ketulusannya yg tiada bandingan
tercipta ayu indahnya peribadi insan



Terima kasih Kak Eisya.
Kali pertama dengar dah terpikat.hehehe
Ada makna ke? 
Cuba la hayati...

Sumber: SINI

21 Disember 2010

Pemuda dan al-Quran.

Aku capai sebuah buku. Terjemahan dari kitab arab. Lupa tajuknya. huhuhu. Aku cuma nak kongsi satu cerita...


Di tepi pantai Iskandariah yang cantik dan lautnya membiru. Ombak menghempas pantai dengan perlahan. Tak pernah jemu. Itulah perintah Allah atau sunnatullah.

Kelihatan seorang pemuda arab Mesirberjalan perlahan-lahan dan menundukkan kepala. Dia menuju ke arah satu kumpulan. Tiada siapa mempedulikannya. Mereka membuat hal sendiri. Bergelak ketawa seolah-olah ini dunianya. Inilah syurgaku!

Pemuda ini terus berjalan tanpa memandang kiri atau kanan. Dia duduk di tengah-tengah kumpulan tadi. Semua orang memandang pelik. Gila ke?kawan ke?kenalan baru ke? semua memandang dan bertanya menggunakan mata sebagai isyarat. Dia tetap tidak mempedulikan keadaan di sekelilingnya. Dia duduk dengan menundukkan kepala.

Kemudian dia mengeluarkan sesuatu dari poketnya. Al-Quran kecil. Dia terus membuka dan membaca. Lama. Khusyuk. Dan berterusan. Dia hanya memandang al-quran dan laut. Suara disekelilingnya semakin tidak kedengan.

Perlahan-lahan tangan yang bertaut dileraikan. Mereka saling berjauhan. Mereka duduk sesama jantina. Akhirnya pemuda yang pendiam ini dapat berdakwah secara diam. Maknanya sungguh mendalam. Masih ada pemuda sepertinya? Insya Allah, masih ada.

Inilah yang dikatakan berdakwah secara berhikmah. Tanpa ceramah yan g panjang. Moga kisah menjadi ikhtibar. Ini pengalaman penulis buku yang sempat aku baca tadi. Aku olah menggunakan pemahamanku sendiri.

Cuba hayati video ni...link

18 Disember 2010

Travelog Haji-Terunggul ^_^

Buku ini dah dibeli untuk koleksi sekolah aku sebelum cuti panjang. Yang sempat aku lakukan hanya melabelkan supaya tak hilang. Ramai sangat yang panjang tangan. Aku sempat bawa pulang VCD Travelog Haji yang terselit dalam buku ni. Kira bonus la....

VCD dah aku tengok. Hampir berlinang air mata bila Prof Muhd Kamil ceritakan pengalamannya. Kuasa Allah mengatasi segala-galanya. Lagi terharu bila disebut....

"semata-mata kerana Allah!"

"semata-mata kerana Allah!"

"semata-mata kerana Allah!"

Diulang tiga kali...ikhlas bila menyebutnya. Terasa menusuk dalam jiwa...

Ada diceritakan keadaannya sebelum menunaikan haji...selepas menunaikan haji dan selepas..hingga sekarang.

Boleh lawat blognya http://muhdkamil.org

VCD yang dah di 'cut' guna movie maker...nak beli di SINI


17 Disember 2010

Keputusan PMR???


KUALA LUMPUR: Keputusan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2010 akan
diumumkan pada 23 Disember ini.

Kementerian Pelajaran dalam satu kenyataan di sini semalam berkata analisis keputusan
PMR akan diumumkan pada hari itu di pejabat kementerian di Putrajaya.

Keputusan akan dikeluarkan di sekolah masing-masing pada hari yang sama mulai jam 10
pagi manakala calon persendirian pula akan mendapat keputusan mereka melalui pos yang
akan dihantar oleh Jabatan Pelajaran Negeri.

Sejumlah 479,675 orang calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan tersebut pada
tahun ini dan daripada jumlah itu, seramai 446,896 orang calon adalah daripada sekolah
kerajaan. - Bernama

Sumber: Metro

......aku akan kembali ke sekolah bersama debaran keputusan PMR tahun ni. Macam mana
keputusan pelajar2ku ?


15 Disember 2010

Hidup Menderita Barah Paru-paru.

Innalillahhi Wainna ilahi Raji'un...

Inilah kalimah terbaik bila ditimpa musibah. Kebanyakan kita sebut bila ada kematian.

Kali ni aku nak tulis tentang orang yang dekat dengan keluargaku. Aku baru sahaja menziarahinya bersama ibu.

Hidupnya menderita.

Beberapa hari yang lalu, doktor mengesahkan bahawa dia menghidap kanser paru-paru tahap ke-4. Semakin hari, suaranya tidak keluar. Hanya batuk yang menyakitkan dadanya dan tubuhnya yang cengkung dan kurus melidi. Terlalu kurus sehingga kepala lebih besar dari tubuhnya. Umurnya awal 40-an. Lebih muda dari usia ibuku.

Berkomunikasi dengan cara menulis.

Berdasarkan tulisannya, doktor mengatakan dia dapat hidup dalam tempoh 4 minggu lagi. Hidupnya seolah-oleh menunggu saat kematian. Ajal ditangan Tuhan. Doktor menganggarkan berdasarkan pemerhatiannya. Doktor bukan tuhan. Allah lah yang menentukan kita hidup atau mati dalam tempoh tertentu.

"Tolong ikhtiar untuk aku duduk di rumah orang tua," Beritahunya dalam bentuk tulisan kepada seorang kakaknya. Menulis adalah cara interaksinya dengan orang sekeliling.

"Anak-anak tak hiraukan aku. Diorang tak jenguk pun aku," Sambungnya lagi.

Luluhnya hati seorang ibu. Anak-anak mengadap komputer. Ada yang tengok tv saluran astro. Pasang volume kuat-kuat. Ibunya ditinggalkan. Dulu tangannya masih kuat untuk mengetuk dinding apabila ingin sesuatu terutama nak makan atau minum. Sekarang???Tangan tak boleh nak angkat. Cuma jarinya boleh bergerak. Suara tak keluar. Hanya batuk berpanjangan.

Ibuku panggil anak-anaknya. Tiada seorang pun menyahut panggilan. Hatiku jadi geram. Aku bangun dan cuba panggil sambil kakiku melangkah  naik ke tingkat atas. Tiada seorang pun. Ikutkan hatiku...nak masuk  ke dalam bilik diorang ni. Cari tempat persembunyian diorang. Kakiku hampir menjejak tangga terakhir, seorang anaknya muncul.

"Cik De panggil. Panggil kakak sorang lagi,"

Aku terus turun. Lama aku menunggu. Tak turun lagi! Kalau adik aku...nahas kau!

Hanya seorang sahaja yang muncul. Aku tukar tempat dudukku. Atas katil ibunya. Dia atas kerusi. Dia yang jadi tamu aku pulak!

Ibuku mula bersoaljawab dengannya. Aku hanya mendengar. Malas nak menyampuk.

" Pernah tak masuk bilik ni?"

"Pernah kot,"

"Pernah urut mak tak?"

"mmm...pernah,"

"ok...kelmarin, ada tak 'k' masuk bilik mak? jawab dengan jujur. Cik De nak tau dari kau,"

"mmm...tak masuk"

"kakak kau?"

"mmm...tak tau,"

"kau tak tau la sebab ko tak turun pun kan,"

Ibuku terus membebel pasal bermacam2. Antara yang aku ingat...

Mak kau ni mesti ada orang menjaga. Gilir-gilir la. Kalau dia nak minta apa-apa senang. Kau duduk kat sebelah pun tak apa. Ada kerja sekolah buat kat sebelah dia. Biar dia rasa anak masih menghargainya. Urut kakinya. Sekurang-kurangnya sentuh. Tangan orang sihat ada auranya. Mungkin kaki yang kaku ni masih ada harapan untuk berjalan.

Masa kami  ziarah, adikmu kata "mak minum segelas sehari,"...Korang minum berapa gelas sehari? tu orang sihat. Kalau orang sakit dia perlukan air. Apatah lagi...mak ko banyak batuk. Suap. Bukan letak air dan makanan kat tepi dia. Kemudian ko tinggal macam tu je.

Sepanjang kami ziarah korang adik beradik tak turun pun. Tak raikan tetamu. Bukan kami nak suruh kamu hidang nasi  atau air. Cukup korang duduk bersama ibumu. Bersalam. Mungkin korang akan dengar rintihannya.

Bukankah tetamu datang membawa rahmah? Membawa keluar dosa-dosa kita. Sebab tu Nabi kita suruh memuliakan tetamu. Banyak lagi mak aku nasihat terutama pasal anak derhaka. Hidup tak selamat. rezeki susah dapat. Macam-macam la. Aku harap anak2nya 7 orang tu menjaga ibunya semasa hayat masih ada. Jika ibunya tiada, menyesal tiada guna lagi. Balasan kat dunia jika derhaka ibu bapa. Di akhirat tak terlepas lagi. Ibu kandung tak sama dengan ibu tiri atau ibu angkat atau ibu saudara. Dia tiada ganti. Berbaktilah kepada kedua ibu bapa selagi kita mampu.

Betul lah kata orang-orang tua dulu.

Seorang ibu boleh menjaga sepuluh orang anak. Tapi anak yang sepuluh orang ini tidak mampu menjaga seorang ibu.

~HANYA ILMU ALLAH YANG SEMPURNA~

12 Disember 2010

Tip Mudah Bersalin.

Dalam surah Maryam ada menceritakan beberapa perkara sebelum kelahiran puteranya, Isa ibnu Maryam Alaihissalam.


Dengan izin Allah apabila Maryam mengandung, beliau berasa risau dan menyisihkan diri daripada masyarakat kerana tidak sanggup berhadapan dengan mereka apabila sudah melahirkan anak tanpa suami.

Apabila tiba di Bethlehem (Baitu Laham) selatan Jurusalem, beliau mula berasa sakit untuk melahirkan anak. Beliau bersandar di bawah sebatang pokok kurma.

Firman Allah SWT yang bermaksud:
"Maka rasa sakit melahirkan anak memaksa dia (bersandar) pada pangkal pokok kurma. Dia berkata: Aduhai, alangkah baiknya aku mati sebelum ini dan aku menjadi barang yang tidak bererti lagi dilupakan. Maka Jibrail menyerunya dari tempat yang rendah: Janganlah kamu bersedih hati. Sesungguhnya Tuhanmu telah menjadikan anak sungai di bawahmu. Dan goncanglah pangkal pohon kurma itu kearahmu, nescaya pohon itu akan menggugurkan buah kurma yang masak kepadamu" ( Surah Maryam ayat 23-25)
Maha Suci Allah yang  telah mengajar kaum ibu tentang kaedah-kaedah tertentu untuk mengurangkan penderitaan dan mempercepatkan proses bersalin. Bahkan kaedah-kaedah ini telah lama diaplikasikan di wad-wad bersalin.

**********
Menarik Pohon Kurma


Kajian perubatan menunjukkan bahawa dengan menarik atau meramas objek tertentu juga akan memudahkan proses melahirkan anak. Tindakan tersebut akan mempercepatkan pergerakan bayi keluar melalui salur peranakan.

Hal ini telah dipraktikkan di wad-wad bersalin sejak dahulu lagi. Pelbagai cara digunakan untuk mengaplikasikan kaedah ini seperti menarik tali yang digantung pada syiling, memagang besi yang dilekatkan pada katil, menggunkan kekuda dan juga meramas tangan seseorang contohnya suami.

Di sesetengah hospital, terdapat satu alat berbentuk U yang dilekatkan pada katil pesakit yang dikenali sebagai 'squat bar'. Dengan menarika alat ini, ia akan memudahkan proses memudahkan proses melahirkan bayi dengan memendekkan salur peranakan dan melebarkan bukaan rahim. Alat ini membantu ibu untuk berada dalam kedudukan bercangkung apabila dia menarik badannya ke atas dan menekan kakinya ke bawah. Dalam kedudukan ini, otot-otot rahim akan mengembang meskipun dengan menggunakan tenaga yang minimum. Kedudukan ini juga menyebabkan tulang pelvis mengembang sebanyak 30% daripada asal dan menyebabkan bayi dengan mudahnya dikeluarkan.

Menggoncang pohon kurma juga merupakan salah satu senaman. Senaman ringan digalakkan untuk melegakan kesakitan dan juga memudahkan proses bersalin seperti berjalan-jalan di sekitar wad bersalin. Maka sebab itulah ibu-ibu pada peringkat awal kelahiran disarankan untuk melakukan sedikit senaman untuk mengurangkna tekanan pada badan dan mengurangkan komplikasi semasa bersalin.

Makan Buah Kurma



Mengugurkan buah kurma seperti yang disebutkan dalam ayat tadi tentu ada kaitan dengan orang bersalin. Pasti ada khasiat tertentu.

Khasiat umum buah kurma sememangnya sudah diketahui umum. Buah yang dikenali 'Bread of Desert' ini mengandungi gula semulajadi yang membentuk kira-kira 2/3 daripada beratnya.

Gula semulajadi ialah sejenis gula yang mudah diserap, dicerna dan ia mampu membekalkan tenaga dengan pantas kepada badan. Gula ini ialah jenis fruktosa dan berbeza dengan gula jenis glukosa yang terdapat dalam menu masakan harian kita.

Kajian perubatan moden menunjukkan salah satu khasiat kurma adalah dapat mempercepatkan proses kelahiran bayi. Pakar-pakar perubatan menggalakkan ibu-iibu pada fasa awal kelahiran untuk makan makanan yang mengandungi fruktosa yang tinggi.

Sumber yang paling baik untuk membekalkan fruktosa tidak lain dan tidak bukan iaitu KURMA. Tenaga yang dihasilkan oleh gula fruktosa begitu hebat sehingga menguatkan semula badan-badan yang lemah dan tidak bertenaga dalam masa yang cepat.Kurma dapat meransang otot-otot rahim dengan mengawal dan menguatkan pengecutannya untuk memudahkan proses bersalin.

Semasa mengandung, otot-otot rahim mengembang dan membesar serta ia bekerja keras untuk menolak bayi keluar selama berjam-jam lamanya tanpa henti. Maka rahim memerlukan bekalan gula fruktosa yang mencukupi semasa proses kritikal tersebut. Gula fruktosa ialah gula yang paling sesuai dalam keadaan ini. Gula glukosa dianggap kurang sesuai kerana ia mengambil masa yang lama untuk menjana tenaga.

Allah menciptakan sungai untuk Maryam


Allah SWT juga menjelaskan peranan air dalam membantu kaum ibu. seperti kurma, air juga dapat mengurangkan kesakitan semasa bersalin dan mengawal pengecutan otot-otot rahim.

Semasa proses bersalin, berbotol-botol air akan dialirkan ke dalam darah ibu untuk mengelakkan penghidratan dan memudahkan proses bersalin. Ibu yang mengalami penghidratan akan berada dalam keadaan yang lemah dan tentu sekali menyukarkan proses bersalin.

Di negara-negara barat, melahirkan anak dalam kolam air adalah perkara biasa dan ia sememangnya terbukti boleh memudahkan proses bersalin.

Air merupakan bahan yang sangat penting semasa proses mengandung dan bersalin atas beberapa sebab. Sepanjang tempoh kehamilan, isipadu darah dalam badan wanita bertambah untuk keperluan janin. Pada hujung tempoh kehamilan, isipadu darah dan bendalir di dalam badan wanita meningkat sehingga 150%

Sumber: Majalah Solusi oleh Dr Farhan Hadi Mohd. Taib.

p/s : Tadi aku baru masuk sungai. Suka sangat masuk dalam air ni.hehehe. Teringat pasal artikel ni. Pernah Hafsah sebut kakaknya yang cepat dan mudah bersalin selepas berenang dlm kolam / sungai.

Untuk kawanku, Kak Mas yang baru keluar wad kerana uri bawah rahim. Semoga sihat dan jadi tip untuk kak mas. Moga dipermudahkan semua urusannya terutama pertukaran dari Sarawak ke Semenanjung. Aminnn ^_^

~HANYA ILMU ALLAH YANG SEMPURNA~

11 Disember 2010

Kata Sahabat Tentang Lidah.

"Wahai lidahku, berkatalah yang baik, nescaya kamu beruntung. Atau diam dan dengarlah, nescaya kamu selamat sebelum kamu menyesal"
  Al-Ashma'i:
"Perkataan ialah tawanan yang diikat pada seseorang. Apabila dia berbicara, maka dia menjadi tawanan ucapannya"
Umar Bin Abdul Aziz:
 "Orang yang terjaga dan bertaqwa ialah orang yang selalu mendera lidahnya"
Abu Darda':
"Dahulukan kedua-dua telingamu daripada mulutmu. Sesungguhnya diciptakan dua telinga dan satu mulut agar engkau lebih banyak mendengar dari berbicara"
Al-Hassan:
"Orang yang tidak mengerti tentang agama, tidak menjaga lisannya" 
Sumber: Isham bin Muhammad Al-Syarif, al-Jami' al-Sahih min Ahadith al-Nisa' (copy/paste: majalah Solusi)

~HANYA ILMU ALLAH YANG SEMPURNA~

Dakwah2 tapi gejala sosial sekarang?

Kata Saidina Ali Karramallahuwajhah :
"Kebenaran yang tidak tersusun (terancang) akan kalah kepada kebatilan yang tersusun"
Rasulullah SAW pernah berpesan berdasarkan hadis riwayat Al-Dailami:
"Bercakaplah mengikut kadar akal manusia yang kamu hadapi"
Dan hadis riwayat Musliam no.1733:
"Permudahkan, jangan kamu menyusahkan"

**********

 Cuba kita tengok gejala sosial sekarang semakin menjadi-jadi. 
Salah siapa? Bagi aku...salah kita semua!

Pendakwah2 dah masuk dalam tv.
Rancangan Halaqah. Rancangan al-Kuliyyah. Rancangan Semanis kurma. 
Dah masuk melalui ceramah2.

Hari jumaat berbuih2 bercakap atas mimbar tapi pendengar tidur.
Keluar masjid terus wat mende jahat.

Cikgu2 dan ustaz ustazah macam2 buat contoh dan pelbagaikan cara mengajar.
Masuk kursus tu. Masuk kursus ni.
Buat JQaf. Buat program ibadat.
Pelajar still biadap dan tak ikut apa yang diorang ajar.

Kursus kahwin dah buat.
Tapi masih ada yang bercerai berai.
Bertambah2.
Artis pun sama.
Cerai sana lepas gosip sini.
Ramai yang jadikan artis contoh. 
 Mak ayah sibuk cari duit nak bagi makan kat anak-anak.  
Anak2 terabai. Biarkan bibik didik anak. 
Biar pengasuh yang ajar anak.
Biarkan guru ajar anak.
Kat rumah biar je anak tak solat
Tak buat kerja sekolah.
Anak kena pukul, terus cari peguam.

Pemimpin?
Ikut cara barat tangani masalah berat.
Sikit demi sedikit naikkan kemarahan anak buah.
Cari peluang kaut untung anak beranak.
Agama letak kat kepala lutut.

Apa pendapat korang??? 

Sumber:
Majalah Solusi dan kepala otak sendiri


07 Disember 2010

Surat Rayuan Mengerjakan Haji.



Nama Pemohon I & No Akaun Tabung Haji
Nama Pemohon II & No Akaun Tabung Haji
Alamat

Tel:
_____________________________________

Tarikh :


Bahagian Operasi Domestik
Lembaga Tabung Haji,
Lantai 30, Bangunan Ibu Pejabat TH

201, Jalan Tun Razak,
50732 Kuala Lumpur.


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Tuan/Puan,
RAYUAN BAGI MENUNAIKAN IBADAH HAJI PADA TAHUN 143x HIJRAH

Dengan hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.


Kami dengan ini, pemegang akaun Tabung Haji seperti di atas ingin memohon agar kami suami isteri dipertimbangkan bagi menunaikan haji pada tahun 143x Hijrah (Tahun Masihi 20xx) atas sebab-sebab seperti berikut:-

1) Kami diberikan pelepasan oleh majikan untuk mengerjakan haji pada tahun ini. Kebiasaannya, tugasan kerjaya membataskan peluang kami bercuti panjang;

2) Masalah penjagaan anak-anak dapat dielakkan sekiranya kami menunaikan haji pada tahun ini. Pada tahun-tahun yang akan datang, kami mempunyai komitmen yang lebih besar terhadap keluarga. Antaranya, anak kami akan mula bersekolah dan kami menghadapi kesulitan untuk mencari penjaganya sekiranya kami menunaikan haji;

3) Keadaan kewangan dan kesihatan mengizinkan kami untuk mengerjakan haji pada tahun ini, InsyaAllah.

Pertimbangan sewajarnya dari pihak tuan/puan amatlah kami hargai. Besarlah harapan kami sekiranya impian kami menunaikan ibadah haji pada tahun ini tercapai, dengan izin Allah.

Sekian, terima kasih.


Wassalam.

Yang Benar,



(ABU HAZMY)
No. IC:
Tel. No.: 


p/s: Moga segala urusanku dipermudahkan ^_^

Sumber: Abu Hazmy

06 Disember 2010

Salam Maal Hijrah 1432H


Hari ni aku sambut tahun baru Islam atas jalan raya. 
Tak sempat nak baca doa akhir tahun hijri.

Pergi ziarah kawan lama. 
Dah lama pergi belajar tapi bumi anbiya' melambai2 dirinya untuk kembali.
Masih berbaki setahun lagi.
Moga kawanku ini mendapat kejayaan dan ilmu penuh di dada.

Tadi...
Kami sempat bermandi manda di Lata Belatan, Setiu.

Terima kasih buat pemandu pelancong yang tak bertauliah & keluarga.
Nanti boleh jalan2 kat Melaka wpun sesat. hehehe
Siap bawa bekalan makanan untuk kami.
Terharunya.
isk...isk...isk


01 Disember 2010

Puja Syaitan?

Kalau nak baca artikel ni. Klik untuk besarkan atau klik



18 Jan 2009- Tarikh artikel ni dikeluarkan.

Sekarang memang jelas lagi bersuluh. Tengok apa yang dipaparkan dalam TV. Tak ada penapisan ke? Nak suruh 1Malaysia jadi pemuja2 hantu atau buat amalan sihir?

Kalau tak silap aku Ahad malam di TV9 aku tertengok cerita seram.  Cerita Thailand. Moralnya " jangan terjebak dengan sihir..." tapi ceritanya nak tunjuk cara buat sihir! Tajuknya aku dah lupa.

Aku punya cari intisari rancangan tu...tapi jumpa tajuk "Hang Jebat"..pelik betul...tak kan cerita thailand ada kisah hang jebat. Lu pikir sendiri!!!

~HANYA ILMU ALLAH YANG SEMPURNA~

Remaja oh Remaja


Tingkatan 1.
Tingkatan 2.
Tingkatan 3.

Mereka sudah mengenal cinta. Mencari cinta di alam cyber. FB? YM? Friendster? Twitter? My Space?
Mereka merasakan itulah pengarang jantungnya. Boleh mengubah dunia menjadi syurga. Berkhayal...

"Muka Bi nampak ganazzz tapi dalam hati ada taman,"

"Jom kita couple,"

"Saya rasa awak lain dari yang lain...bla...bla.."

Ayat budak2. hehehe

Seorang pelajar yang boleh dikatakan pelajar terbaik sekolah mengadu dipulau oleh kawan2. Sedih. Menyendiri. Termenung.

Memanggilku untuk mengadu masalah.

Eh, kenapa aku yang dipilih? Cikgu lain ramai lagi. Guru kaunseling ada. Guru kelasnya ada. Aku juga tempat aduannya. Aku tak kisah jika aku tak ada kerja. Sekarang kerjaku berlonggok2 sebelum aku ambil cuti.

Aku pandang muka budak perempuan ni.

"Sekejap je. Saya tak boleh tahan lagi ni. Nak cerita kat ustazah juga,"

"Ok..ok..kamu masuk dalam library dulu. Saya siapkan kerja ni dulu. Nanti saya menyusul yea,"

**********

Aku masuk library tempat biasa aku lepak buat kerja PSS atau berkaitan buku2. Pelajar ni tengah baca buku.  Aku duduk berhadapan dengannya. Aku pandang mukanya yang berkerut seolah-olah memendam banyak masalah.

"Mana kawan2 lagi," Aku cuba memulakan perbualan.

"Entah la," jawabnya acuh tak acuh.

"ermmm, apa masalah yang kamu nak cerita tadi?"

"Sebelum tu, ustazah kena janji tak cerita kat sesiapa pun. Termasuk cikgu2 lain," letak syarat pulak.

"I'allah kecuali untuk selesaikan apa yang patut,"

"Sebenarnya...kawan2 pulaukan saya. Diorang tak nak kawan dengan saya. Ustazah perasan tak saya jalan dengan cikgu2 masa kita pergi lawatan hari tu?" aku angguk je kepala ni. Biarkan dia teruskan cerita. Kalau aku potong cerita dia...jadi lain pulak ayatnya. hehehe

"H tuduh saya rampas kekasihnya. Dia kata saya kawan yang 'Tikam dari belakang'.  Musuh dalam selimut. Padahal  'pak we' dia mesej ...ajak couple," fuh lamak...budak kecik ni dah ada peminat rupanya. Hati aku je kata. Biar dia teruskan lagi...

"Saya balas mesej dia tapi saya tak kata setuju nak couple," (emmm...kenapa la ko balas kalau ko tak nak dia. ko lagi layan...huhuhu)

"Kat sekolah, saya cerita kat A pasal mamat ni. Lepas tu A cerita kat H dan kawan2 yang lain. H mengamuk dan terus marah2. A dan kawan2 yang lain pun sama. Terus diorang nak buat apa2 tak bagitau saya. Saya sedih sangat,"

"Kamu tak bagi penjelasan semula kat kawan2?" aku menduga. Aku memang tak tau nak memujuk budak mentah ni. Biar dia layan perasan sedih dulu.

"Saya nak cuba jelaskan tapi diorang tak nak dengar,"

"Apa kata saya panggil diorang ke sini. Biar saya jadi orang tengah. Macam mana?"

"Tak boleh...Nanti diorang kata saya mengada-ngada cerita kat Ustazah,"

"Habis...masalah kamu tak akan selesai. Kalau bertambah parah saya tak akan campur tangan. Atau saya cerita kat guru kaunseling atau cikgu lain," ugut aku.

"Tak payah la...saya nak Ustazah dengar je," rasa kelakar pulak. Suruh aku jadi pendengar je. Aku tak boleh jadi pendamai la yea. Lantak ko laaa...Semua cadangan aku di tolak mentah2. Tak ada bakat kot...

"Saya nak tanya soalan kat kamu ni. Kenapa pilih saya untuk jadi pendengar masalah kamu? Cikgu lain ramai lagi. Lagi pun saya tak mengajar kamu," Persoalan tadi akhirnya pecah di mulutku.

"Saya percaya kat Ustazah la,"

"Kalau saya pecahkan cerita ni macam mana?"

"Terpulang la. Tapi saya tau ustazah tak akan cerita dengan kwn saya dan cikgu2 lain buat masa terdekat ni,"

Percayanya dia padaku. Aku terima amanah ni sehingga aku jumpa jawapan kepada masalah dia ni...

**********

Aku rasa blurr lah pulak masuk bab 'couple' budak-budak nie.'Couple' je lebih,ikut hati nak mencuba..esok lusa merana.Kalau dah rindu sangat kenapa tak terus kahwin je.

'Mana boleh ustazah,kalau dah kahwin ada kouta tak boleh nak lebih-lebih.Empat je...bla  bla bla', munkin itu ayat yang aku terima.

Kepada golongan remaja kat luar sana tuu..janganlah buat sesuatu atas kehendak nafsu.Bukan ke kita boleh bezakan yang mana keperluan dan yang mana kehendak.Tak usah fikir pasal lelaki mahupun jantina berlawanan dengannya.Itu bukan keperluan seorang remaja.Penuhi dulu dada kita dengan ilmu..Faham murid-murid.

~HANYA ILMU ALLAH YANG SEMPURNA~

26 November 2010

Menantu dan Ibu Mertua.


Apabila datang tidak dilayan? Tetapi kenapa membisu seribu bahasa. Aku tidak faham dengan situasi ini. Seorang ibu melihat anak dan menantu berjalan dihadapannya dengan harapan menantu akan menegurnya tapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Matanya langsung tidak berpaling ke arah muka ibu. Ibu tidak pernah melenting atau marah dengan tindakan menantu.

Sekarang dia mengatakan ibu dan semua adik iparnya memulaukannya. Siapa mulakan dahulu? Bila kami mulakan. Sepatah dijawab. Tetiba sahaja duduk di tepiku tanpa sapaan salam atau senyuman. Harapanku untuk menegur terbantut. Bila kami bersembang dia lari jauh. Menyendiri. Melayan perasaan. Menganggap diri dipulau.

Kenduri atau majlis yang dilaksanakan oleh keluarga. Pernah dia datang atau bantu? Pernah sekali. Sekarang?Dengan alasan yang tak masuk dek akal. Dengan pelbagai alasan supaya tidak dikaitkan dengan keluarga ini.

Bila dia memberi cadangan...harapannya supaya semua orang bersetuju dengan tindakannya. Pernah sekali, pendapatnya tidak dipersetujui oleh ibu. Bermula dengan saat itu, dia pasif. Diam seribu bahasa. Tiada suara yang keluar dari mulutnya.

Pernah disebut mengenai majlis perkahwinannya tidak semeriah majlis perkahwinannya dahulu. Mungkin harapannya sebagai anak bongsu, majlisnya meriah seperti artis atau orang kenamaan. Oh tidak! Aku menganggap dia tidak mengukur baju pada diri sendiri. Dengan bajet yang rendah...apa yang boleh dibuat? nak guna istilah 'biar papa asalkan bergaya'?

Takkan nak 'jeles' tidak bertempat pada adik2 iparnya yang bakal berkahwin pada masa akan datang? Bila kami sibuk membuat persiapan, di mana dia berada???Bila dah ada anak sekarang, apa yang boleh ditolong?
Adakah menantu boleh diharapkan?Adakah anak yang sudah berumahtangga mampu bersusah payah bersama adik beradik lain untuk menyempurnakan sesuatu majlis?

Biarlah Allah menentukan keadaan akan datang.

Esok adalah pernikahan abangku yang ke-3. Semoga majlis berjalan lancar.

Dan juga hari kelahiranku mengikut tarikh masihi. Semoga pertambahan umurku ini menjadikan aku semakin matang dengan dunia yang penuh fantasi dan dugaan. Semoga dipermudahkan segala urusanku. Rabbi Yassir Wala Tuassir, Ya Karimmm ^_^

~HANYA ILMU ALLAH YANG SEMPURNA~

22 November 2010

Mahram...Muhrim?

Facebook menjadi perantaraan atau perhubungan yang mudah. Dulu aku antara orang yang pernah memboikot laman fb ini. Pernah 'delete' secara 'total'. Kemudian aku buka semula dengan azam yang baru. Untuk tujuan 'baik' sahaja. Setakat ini, semua pelajar yang masih belajar denganku tidak akan dijadikan 'friend' kerana sebab tertentu. Maaf. itu sahaja yang mampu aku sebut dan tulis.

Semalam aku dapat 'message' dari pelajarku dari Fb. Bertanya tentang perbezaan mahram dan muhrim. Aku 'blurr' sekejap. Mungkin pelajarku pernah mendengar perkataan ni dari mulutku atau pembacaan. Pelajar pintar. Apa yang ditulis dalam buku teks tidak diingati tapi apa yang keluar dari mulutku semua diingati. Kadang-kadang ditulis dalam kertas peperiksaan.


Kembali kepada persoalan Muhrim. Dalam masyarakat melayu, ia dikenali sebagai orang yang haram berkahwin dengan anda, saya atau seseorang yang digelar orang Islam. Aku tak tahu kenapa perkataan ini tersalah pinjam dalam bahasa melayu. Mungkin tersilap baris? Tok guru tersilap sebut? Tetapi dalam bahasa arab 'muhrim' dimaksudkan 'orang yang melakukan ihram haji atau umrah.

Mahram pula dalam bahasa arab dimaksudkan 'orang yang haram dikahwini'. Apabila bersentuhan kulit antara mahram tidak terbatal wudu'. Mereka boleh bersalaman. Begitu juga perbezaan aurat perempuan dihadapan mahramnya.

Siapakah mahram perempuan bagi seorang lelaki? Jadi lelaki tidak boleh berkahwin dengan perempuan yang aku senaraikan dibawah ini. Perempuan-perempuan yang haram dikahwini dalam Islam dibahagikan kepada dua kategori:

1. Haram Mu'abbad / haram selama-lamanya. 

2. Haram Mu'aqqat / Haram sementara.

**********

Bagi kategori pertama.

Perempuan yang haram dikahwini selamanya terbahagi kepada tiga pula iaitu:

1. Yang ada keturunan / nasab.

2. Ada hubungan susuan / rada'.

3. Ada hubungan Musaharah / persemendaan (sebab kahwin. contohnya ibu mertua)

**********

Kumpulan yang ada hubungan nasab atau kekeluargaan atau keturunan:

1. Ibu kandung.

2. Anak perempuan.

3. Saudara perempuan kandung (seibu sebapa). Termasuk saudara perempuan sebapa dan saudara perempuan seibu.

4. Anak perempuan dari saudara lelaki. Termasuk  anak perempuan  dari saudara lelaki sebapa dan seibu.

5. Anak perempuan dari saudara perempuan.

6. Ibu saudara sebelah ibu.

7. Ibu saudara sebelah bapa

cari dalil dlm surah An-Nisa' ayat 23.

**********

Kumpulan dari hubungan penyusuan.

1. Ibu susuan.

2. Saudara perempuan susuan.

3. Anak perempuan dari saudara lelaki susuan.

4. Anak perempuan dari saudara perempuan susuan.

5. Ibu saudara perempuan susuan sebelah ibu.

6. Ibu saudara perempuan susuan sebelah bapa.

7. Anak perempuan susuan.

Firman Allah SWT:
Diharamkan atas kamu berkahwin dengan ibu susuan kamu dan saudara-saudara perempuan susuan kamu
Sabda Rasulullah SAW:
يُحرمُ من الرَّضاعةِ ما يُحرمُ من النَّسبِ
Maksudnya:
Haram dengan sebab susuan (sebagaimana) sesuatu yang haram dengan sebab keturunan 
**********
Kumpulan dari hubungan persemendaan.


1. Ibu mertua.


2. Anak tirinya.


3. Ibu tirinya.


4. Menantunya 

**********
Kategori kedua.


Haram kahwin sementara waktu:


1. Saudara perempuan isterinya.


Sabda Rasulullah SAW:
 مَلعُونٌ من جَمَعَ ماءه فى رَحمِ أخْتَينِ
Maksudnya:
Dilaknat orang yang mengumpul airnya ke dalam rahim dua orang perempuan bersaudara
Firman Allah SWT:
وأن تجمعوا بين الأختين إلا ما قد سلف
Ertinya:
Dan diharamkan ke atas kamu mengumpul dua beradik sekali (untuk dijadikan isteri-isteri kamu) kecuali yang telah berlaku pada yang lalu
2. Saudara perempuan bapa mertua dan saudara perempuan ibu mertua.


Sabda Rasulullah SAW:
لا يُجمَعُ المراءةُ و عمَّتُها ولا بينِ المراءةِ وخالتِها
Maksudnya: 
Tidak boleh dikumpulkan antara seorang perempuan dengan ibu saudaranya sebelah bapa dan ibu saudara sebelah ibu.
3. Berlainan agama. Dia hanya harus dikahwini setelah memeluk Islam.


Firman Allah SWT (al-Baqarah ayat 221):
ولا تنكحوا المشركــت حتى يؤمن ولأمة مؤمنة خير من مشركةٍ ولو أعجبتكم
Maksudnya :
Janganlah kamu berkahwin dengan perempuan-perempuan kafir musyrik sebelum mereka beriman (iaitu memeluk agama Islam) dan sesungguhnya seorang hamba perempuan yang beriman itu lebih baik daripada perempuan musyrik, sekalipun keadaannya menarik hati kamu.
4. Berkahwin lebih daripada empat orang isteri kecuali setelah diceraikan salah seorang daripadanya dan 'iddahnya sudah tamat atau sudah meninggal dunia. Apabila ia telah meninggal dunia atau diceraikan oleh suaminya, halal lah kepada suami berkahwin dengan isteri kelima (ini yang mengatakan suami juga ada 'iddah)


5. Perempuan yang masih isteri orang.


6. Perempuan yang masih dalam 'iddah suaminya.


7. Perempuan yang dicerai dengan talaq tiga. Suaminya tidak boleh mengahwininya melainkan setelah berkahwin dengan suami baru, melakukan persetubuhan dan diceraikan oleh suaminya itu serta telah tamat tempoh 'iddahnya. 

Rujukan :
1. Dirasat fil Fiqhu Syafie.
2. Pemantapan Sistem kekeluargaan oleh Dr Basri Ibrahim.

P/s: ini kira aku copy paste dari buku. Sebab diri ini masih belajar dan bukan alim ulama'. Jika silap terjemah bagitau yea.

~HANYA ILMU ALLAH YANG SEMPURNA~

21 November 2010

Di mana keluar...?

Diri seusia 6 tahun. Pelbagai pertanyaan bermain dalam fikiran. Proses kematangan lebih cepat daripada jangkaan. Meniti usia setahun jagung, banyak perkara dicuba supaya setaraf dengan abang-abang yang sudah dewasa.

Melihat perubahan diri sendiri. Perubahan disekeliling. Melihat perubahan orang disekeliling. Adakah aku sudah cukup dewasa?Kenapa aku disuruh solat? Tak boleh qada' ke?Adik letih la...

"Kenapa kakak tidak solat?" si kecil bertanya apabila melihat 'kakak' masih tidak solat lagi.

"Kakak ABC la," ujar 'kakak' dengan jawapan yang hambar.

"ABC tu ape?" tanya si kecil sambil menongkat dagu dan mat di angkat ke atas.

"mmm...ABC tu ALLAH BAGI CUTI,"

"Kenapa adik ALLAH tak bagi cuti?"

"Adik kan lelaki. Lelaki kan kuat. Jadi tak boleh tinggal solat. Kalau tinggal solat itu tanda lemah,"

"Oh, jadi kakak lemah la yea,"

"Sekarang Allah bagi cuti. Kalau kakak solat... Allah marah,"

"Aik, pelik nyer. Adik pun Allah bagi cuti juga la. Nanti adik ganti balik,"

"Ayoyo...susahnyer nak bagitau budak ni," rungut 'kakak'.

"Adik...Kalau lelaki sampai umur macam mana?"

"Ada misai. Ada janggut la,"

"ye ke? kalau orang perempuan sampai umur?" uji 'kakak lagi.

"ntah...tak tau," jawapan yang lurus. 'Kakak' senyum.

"Kalau lelaki sampai umur dengan mimpi. Bila terkejut dari mimpi, dia tengok tilam nyer basah,"

"Tu kencing la. Adik pernah kencing juga. Maknanyer adik dah sampai umur la," Ketawa 'kakak' akhirnyer pecah berderai.

"Kalau perempuan sampai umur...keluar darah kotor atau dipanggil darah haid.Sekarang kakak tengah haid. Jadi tak boleh solat. Allah tak bagi solat kalau keluar darah," sambung 'kakak'.

"Adik tak nampak darah pun,"

"Bukan darah tu keluar ikut mata, telinga atau hidung,"

Adik terus ketawa. Hahahahaaha!!!

"mesti keluar ikut situ,"

'Kakak' terkejut. Hah????

p/s: susah nak terangkan perkara ni kepada budak seusia 6 tahun. Habis macam mana dengan Pendidikan Seksual yang akan dilaksanakan untuk pelajar tahun 1/ 2011? Guru bertambah beban. Kenapa tak tambah masa Pendidikan Islam???Bab Munakahat di perbanyakkan...Lain orang, lain fikirannya.

~HANYA ILMU ALLAH YANG SEMPURNA~

19 November 2010

Drama Jepun.

Aku tahu pasal drama ni ketika aku masih belajar.
Pelajar perubatan yang cadangkan.
Kebanyakan pelajar perubatan akan tengok drama ni.

Sesiapa yang berminat boleh masuk link kat bawah:

Iryu Team Medical Dragon

Team Medical Dragon 1

Iryu Team Medical Dragon 2

Team Medical Dragon 2

~HANYA ILMU ALLAH YANG SEMPURNA~

17 November 2010

Salam Aidil Adha 1431 H

Cuti macam tak cuti : (

Hari isnin aku berusaha mendapat cuti dari 'bos' dengan syarat kerja aku semua sudah beres. Hari Rabu cuti Hari Aidil Adha. Hari khamis cuti peristiwa. Hari Jumaat sekolah seperti biasa. Sehari sahaja. Jika negeri di pantai timur dah cuti persekolahan sepenuhnya.

Sejak hari isnin kerjaku bertambah-tambah. Stok buku baru sampai. Aku terpaksa kerahkan tenaga pelajar-pelajarku untuk mengambil rekod buku, label, cop hak milik dan banyak lagi. Ada pelajar baru yang terpaksa ditemuduga untuk masuk ke tingkatan 1. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.

Aku tetap pulang ke kampung pada malam hari raya. Bas dari Kajang ke Kuala Terengganu. Kereta myviku dalam jagaan adikku di Bangi. Harap dia jaga betul-betul memandangkan cermin kereta tu dah ada dua retakan. Yang penting jangan letak bawah cahaya matahari yang lama.huhuhu

Duduk bersebelahan dengan lelaki dari Kajang ke Terengganu memang menakutkan aku. Pada awalnya, aku minta bertukar dengan 'kakak' tapi tidak dipedulikan. Aku terus duduk sehingga sampai ke hentian Putra. Aku dan beberapa orang penumpang lain diminta turun pertukaran bas. Seolah-olah dipermainkan, kami diminta naik semula. Aku minta tolong lelaki yang duduk disebelahku untuk bertukar ke kerusi depan. Dia bersetuju. Akhirnya aku dapat duduk dengan tenang sesama wanita. Terima kasih ya ^_^

Aku terkilan dengan 'kakak' ni. Dia sanggup duduk bersama lelaki. Tak pernah dia terfikir...Apa yang akan terjadi dalam tempoh perjalanan 8 jam. Huh! aku tidak sanggup. Takut tertidur atas bahu orang sebelah. Moga 'kakak' akan beri peluang kepada orang lain seperti permintaanku.

Aku sampai ke MBKT jam 6.30 pagi. Terimalah kad raya dariku kepada pembaca ...



~HANYA ILMU ALLAH YANG SEMPURNA~

15 November 2010

Mata Lelaki...


Malam pasangannya siang,

Jaga pasangannya tidur,
Rajin pasangannya malas,
Dan lelaki pasangannya perempuan.



Kerana perempuan adalah
pasangan kepada lelaki,
maka Allah telah menciptakan bentuk badan wanita
itu dapat memikat hati lelaki.



Bila berkata tentang terpikat,
maka ia ada hubung kait dengan nafsu.
Jika ia ada hubungkait dengan nafsu,
ianya ada hubungan pula dengan bisikan syaitan.



Jadi untuk mengawal nafsu, mestilah dikawal dengan iman.
Untuk mendapatkan iman mesti menurut perintah
Allah dan RasulNya dan menjauhi laranganNya.



Pada mata lelaki, perempuan ini adalah simbol.
Simbol apa, semua orang tahu.
Orang lelaki mempunyai imaginasi yang nakal jika
tidak dikawal dengan iman.
Maka mata lelaki ini selalu menjalar
apabila terlihat seorang perempuan.



Setiap bentuk badan seorang
perempuan boleh dihayati oleh seorang lelaki
dengan berbagai-bagai tafsiran nakal nafsu.
Apabila seorang lelaki terlihat seorang
perempuan, maka perkara pertama yang akan
dilihatnya ialah rambut wanita berkenaan.
Maka akan ditafsirlah berbagai2 cara oleh
seorang lelaki akan rambut wanita berkenaan.



Oleh kerana itulah wanita wajib menutup rambutnya.
Apabila rambut wanita itu telah ditutup, maka
mata lelaki itu akan turun ke bawah melihat
bentuk lehernya,
maka wajiblah wanita itu menutup lehernya.
Maka mata lelaki itu akan turun lagi
melihat bentuk payu daranya,
maka wanita itu berkewajipanlah menutup bentuk
payu daranya dengan melabuhkan tudungnya.



Setelah itu mata lelaki akan
turun lagi melihat
bentuk ramping pinggangnya,
maka labuhkanlah pakaian supaya tidak ternampak
bentuk pinggangnya,
maka mata lelaki itu akan melihat pula akan
bentuk punggungnya,
maka wajiblah wanita itu membesarkan pakaiannya
agar bentuk punggung tidak kelihatan, dan
lelaki itu akan pula melihat bentuk pehanya,
maka janganlah sesekali wanita itu memakai kain
yang agak ketat sehingga terlihat bentuk
pehanya walau sedikit,
maka akan dilihat lagi oleh lelaki itu akan
bentuk kakinya pula,
maka janganlah wanita itu berseluar, kerana
terus-terang pihak lelaki bercakap, walau
muslimah itu bertudung labuh, berbaju labuh,
jika beliau memakai seluar,walau nampak besar
sedikit, nafsu kami lelaki akan terusik secara
sepontan, entah tak tahu Kenapa?



Mata lelaki ini nakal, setelah tidak ternampak
akan bentuk kakinya,
maka akan dilihatlah pula akan mata lelaki itu kepada kakinya,
maka wajiblah wanita itu untuk menolong lelaki
itu tidak berdosa, menutup kakinya dengan
melabuhkan kain, atau memakai stokinyg warnanya
jangan sesekali berwarna kulit perempuan,
maka mata lelaki ini akan kembali ke atas,
akan melihat pula bentuk tangan wanita itu,
maka tolonglah wahai muslimah, agar melabuhkan
tudung menutupi bentuk tangannya yang indah pada pandangan lelaki.



Maka wahai lelaki,
janganlah pula kamu melihat mukanya,
kerana ia akan menimbulkan fitnah, kecuali jika
kamu wahai lelaki, ingin meminangnya.
Jika wanita itu cukup soleh, takut mukanya yang
cantik akan menimbulkan fitnah,
maka berpurdahlah kamu,
jika itu lebih baik untuk kamu.



Tetapi mata lelaki ini ada satu lagi jenis
penyakit,iaitu mata
lelaki itu akan tertangkap dengan sepontan jika
ia terlihat warna yang menyerlah atau terang
jika ianya berada pada perempuan.



Maka oleh itu wahai perempuan, tolonglah jangan
memakai pakaian yang warnanya terang-terangan sangat.
Jika hendak pakai pun, pakailah untuk suami.
Itulah wahai muslimah, jika anda semua ingin tahu
apakah dia mata lelaki itu, dan perlu
diingatkan, jika semua aurat telah ditutup,
jangan anggap tugas kita telah selesai, perlulah
pula kita menjaga kehormatan diri masing2,
jangan keluar seorang2,keluarlah dengan
mahram, atau keluarlah sekurang2nya 3 wanita agar
tidak diganggu gangguan luar, mata lelaki pula
janganlah menjalar langsung kepada muslimah,
walau muslimah itu telah menutup aurat,
insyaAllah selamat dunia akhirat.



Seperti firman Allah,"Dan tundukkanlah pandanganmu
dan jagalah kemaluanmu".
Dunia sekarang telah banyak yang cacat celanya,
sehingga ketaraf seseorang yang memakai tudung
masih beliau tidak menutup aurat, dan pada kaum
lelaki, mata kamu itu wajib untuk tidak
mencuri2 melihat wanita muslimah, kerana ia
dilarangi oleh Allah SWT.



Ingat-ingatkanlah wahai muslimin muslimat.
Sekilau-kilau berlian paling menarik untuk dicuri..
Seindah-indah ciptaan adalah yang paling sukar untuk dijaga…


p/s: Bagi aku, setiap kali perempuan berjalan...mata lelaki akan melihat. Itulah PANAHAN SYAITAN!
Nampak hujung jari pun tak apa...

Berapa ramai wanita sanggup memakai tudung labuh yang dicadangkan? Berapa ramai???Yang dah pakai pun masih mudah terpengaruh dengan keadaan keliling. Susah nak dapatkan  tudung yang dimaksudkan. Susah nak bersukan. Susah nak ber'sosial. Nak masuk kolam mandi tak dibenarkan. Hahaha...Akhirnya berkurung dalam rumah.

Lelaki bila sebelum kahwin boleh kata, " nanti aku boleh bimbing isteri aku,"..."Nak jadikan isteriku isteri solehah,"...realitinya, sekarang! apa yang berlaku???!

Waktu kecil bertudung labuh...Semakin meningkat usia, semakin hilang cebisan pakaian sedikit demi sedikit. Akhirnya, tudung hilang. Baju semakin ketat. Seluar semakin singkat dan ketat macam balut nangka. 

Lelaki, semakin berjawatan, semakin memakai pakai berlapis2. Baju kemeja. Baju kot. Seluar semakin labuh berbeza dengan wanita. Lelaki semakin pemalu. Wanita semakin berani. Menonjolkan diri. hah! korang boleh tengok sendiri perbandingan ini disekeliling kita. 

Cukuplah setakat ni. Boleh ditambah dalam ruangan komen dibawah ^_^


~HANYA ILMU ALLAH YANG SEMPURNA~

Sumber: iluvislam

Rakan Sejawat Toksik

Ahlan...ahlan Ya Ramadan.  Alhamdulillah masih diberi peluang merasai hidup dalam Islam tetapi umat Islam Palestin masih bergelut dengan kes...