31 Mei 2011

Selamat Bercuti - Pertengahan Penggal 1/ 2011

Sejak balik ke kampung 27/5/2011...susah aku nak online. 'line internet' terlalu 'low'. Susah nak update blog. huhuhu...

Sebelum aku 'membebel'...aku nak ucapkan selamat bercuti kepada semua pelajar dan guru2 serta rakan seperjuangan. Moga cuti ini mendapat berkat menuju ilahi ^_^

Pertama sekali pasal handset aku. Handset tu dah ditelan 'lubang tandas' semasa singgah di sebuah masjid di Kemaman untuk solat maghrib dan isya' secara jama' dan qasar...Maaf buat kawan2 yang cuba contact tp tak dapat. 

Sempat juga kami sekeluarga pergi buat BBQ di salah sebuah tempat perkelahan. Alhamdulillah semua program berjalan seperti biasa. Geng2 lelaki membakar ayam yang sudah diperap dengan rempah. Tapi bukan senang nak hidupkan api. hehehe... 

Mandi...Berenang...jadi hobi kami sekeluarga bila ke sana. Airnya sejuk hingga ke tulang.hehehe...Maklum la air bukit. Adik2 yang susah nak berenang di sungai pun dah dapat berenang dengan baik.  Kalau ada anak buaya mesti terus pandai. hihihi

'kejar2'

'waaa...nak hujan ke?'

Sejak cuti ni aku masih menanda kertas peperiksaan BA untuk Sanah Thalithah (Tingkatan 3). 1/3 yang tak lulus. Apa lagi ikhtiar aku selepas ni. Aku ni tak pandai ajar ke? huhuhu... usaha lagiiiii!

La Taiasu Mirrahmatillah....

25 Mei 2011

Kerana Arak?

Kita negara pengeluar arak top 10 dunia? sila baca blog Ustaz Shauqi.

Adakah kita lupa kisah Barsiso? Seorang ahli ibadah yang kuat beribadat selama 70 tahun. Dia mempunyai anak murid yang ramai dan ada di antaranya boleh berjalan di atas air. Ibadatnya sangat digeruni oleh si syaitan laknatullah!

Mungkin ada di antara kita lupa atau tidak pernah dengar kisah ini.

Kisahnya bermula dengan syaitan yang menyerupai manusia dan meminta Barsiso menerimanya sebagai murid. Pada awalnya niat si syaitan ini tidak diterima oleh Barsiso. Selama beberapa tahun beribadat bersama Barsiso dan kelihatan bersungguh-sungguh ingin menuntut ilmu...akhirnya si syaitan ini diterima sebagai murid Barsiso.

Selama menjadi murid kepada Barsiso...si syaitan ini menjadi seorang yang paling kuat beribadat mengalahkan Barsiso. Barsiso kagum dan mengorek rahsia si syaitan ini.

Menurut cerita si syaitan ini, dahulu dia pernah membuat dosa besar kemudian dia menyesal dan bertaubat.

"Jika kamu ingin beribadat seperti aku, kau perlu buat satu dosa dahulu kemudian bertaubat,"

Hebat betul ayat si syaitan ini. Tok Syeikh seperti Barsiso ini termakan pujukan. Begitu juga ayat si cantik manis yang mulut seperti ular berbisa. Menjadi racun....huhuhu (selingan je.hehehe)

"Dosa apa yang perlu aku buat? Aku tak mahu dosa terlalu besar....," Kata Barsiso.

Gembira Si Syaitan mendengar kata-kata ini. Ini bermakna perangkapnya sudah mengena. Woha!

"Engkau bunuh sahaja seseorang,"

Cadangan ini ditolak oleh Barsiso kerana dosa besar.

"Engkau berzina. Dosa kurang sikit dari membunuh,"

Cadangan ini juga ditolak mentah-mentah oleh Barsiso.

"Kau buat dosa ringan saja. Apakata kau minum arak?!"

Termenung sekejap Barsiso ini. Akhirnya dia bersetuju dengan cadangan ini.

Apa yang berlaku seterusnya???

Mereka pergi ke pusat hiburan...pusat maksiat laaa....

Di sana Barsiso minum arak sampai mabuk. Bila dah mabuk...apa lagi! Si Syaitan ni bagi hidangan pelacur. Barsiso berzina sedangkan dia mabuk.

Bila tersedar kesalahannya, dia terasa malu. Atas nasihat Si Syaitan ini, Barsiso membunuh si pelacur ni.

Tidak lama kemudian rahsianya terbongkar dan dibawa ke muka pengadilan...sebagai ringkasannya dia dihukum mati. Sebelum mati, Si Syaitan ini minta Barsiso menyembahnya kerana dia yang mampu melepaskan Barsiso dari siksaan atau kematian. Barsiso mengaku Si Syaitan ini sebagai Tuhan.

Matinya ahli Ibadat atau di panggil 'Abid dalam Bahasa Arab ini dalam keadaan K.A.F.I.R.


Moralnya....

~ARAK ADALAH HARAM DI SISI ISLAM~

&

~IBU KEPADA SEGALA KEJAHATAN~

21 Mei 2011

'Budak Hingusan'



Pada permulaan ayat mengatakan 'Jika ada yang nak buat'...Jadi apa yang aku faham adalah terpulang kepada individu untuk membuat atau tidak...Adakah aku salah faham???

Jika aku salah tolong betulkan.

Nada suara seseorang menunjukkan siapakah dia?

Aku tidak faham ' pilihan' seolah jadi 'wajib'. Tak jadi 'sunat' ke? Jika tidak buat perlukan sebab ke?

Kenapa orang lain ambil alih kerja orang lain? Adakah dia tidak tahu bidang tugas?

Jika seseorang memikirkan aku adalah seorang 'budak hingusan'...terpulanglah. Aku masih belajar. Psikologi seseorang mungkin aku faham dan ada yang aku tidak faham. Tapi pengalaman jarang menipu kan...

Jika ada yang tak puas hati dengan aku...cakap depan-depan. Kata orang putih 'face to face'...

Jangan biar aku buat andaian. Kalau nak putar belit percakapan, biar la bertempat. Allah tetap akan membantu hambanya yang teraniaya. Yang salah akan dihapuskan dengan kebenaran.

Moga dia mendapat hidayah Allah sebelum terlambat ^_*

**********

Semalam ke Hospital Putrajaya. Melawat ayah kepada guru kaunseling sekolah. Banyak ujian ke atasnya. Dah la diri sendiri sakit kanser tahap 2 kemudian ayah pulak sakit dan di syaki ada kuman dalam paru-paru. Moga Allah memberi ketabahan kepadanya dan keluarga. Moga mereka cepat sembuh. Aminn ^_^

Aku menumpang kereta salah seorang guru di sekolah yang biasa dengan jalan Putrajaya ni. Jika aku masuk ke Putrajaya dah sesat dengan 'signboard' yang memeningkan. Sempat solat asar di Masjid Sultan Mizan atau 'masjid besi'. Kemudian solat maghrib di Masjid Putra. Terima kasih 'kakak-kakakku'. hehehe

'suasana dalam Masjid Besi'

 
'Masjid Besi' dari pak google.
'sempat ambil semasa melalui jambatan ni'

'Kak Zu ambil sambil memandu..mantopp!'


Tahun lepas aku pernah masuk ke Putrajaya dua kali. Adik aku yang 'drive' itu pun susah nak cari jalan keluar. Pusing tempat sama je. Hajat nak solat di 'masjid besi' tapi jalan ke sana tak jumpa. Akhirnya kami balik. Alhamdulillah

17 Mei 2011

Ashabul Ukhdud.

'terjemahan Melayu & belajar Arab yea'

Belajar ..berkesan.

Aku dah buntu bagaimana nak galakkan pelajar ni baca buku. Ada seorang berbangsa cina ni datang ke sekolah aku. Dia pembekal buku yang aku pesan. Maklum la..memang dah kerja aku 'order' buku ni. Paling aku tak suka bila buku ni dijadikan hiasan je dalam perpustakaan ni. Aku yang perasan sibuk ni pun sempat curi-curi masa.


Berbalik pada cerita pembekal tadi. Dia tunjuk katalog buku. Semua tajuk macam tak best sebab aku rasa bebudak ni memang tak minat. Terkeluar dari mulutku," budak melayu tak suka membaca la...," Opss maafkan aku. Bukan nak malukan kaum melayu tapi itu hakikatnya di sekolah. Dia menyampuk," Orang cina pun sama...you ingat pelaja cina suka baca ke?"

Kadang-kadang aku cerita dalam kelas masa P & P. Ada la proses pinjaman sekejap. Berebut nak baca buku yang aku rekomen tu. Ada yang sampai koyak. Aku tak boleh terima bila buku tu dah hilang satu muka surat. Mula aku jadi skema. Muka tak puas hati.hehehe

Bila aku baca buku DR HM TUAH ni...baru ada idea nak tlis dalam entri ni. Menurut HM Tuan, nak dapat ilmu zaman sekarang tidak lain hanyalah membaca dan belajar. Kalau masih di alam pembelajaran, belajarlah menjawabnya sebab belajar dalam proses pembelajaran tu meliputi membaca, mendengar dan melihat . Tapi kalau anda dah habis belajar dan dah kerja, kaedah belajarnya tak ada yag lain kecuali membaca.

Apabila aku tanya pelajar...wahyu pertama yang diturunkan kepada Rasulullah di Gua Hira' apa dia? Ada yang jawab surah al-Fatihah. Ada yang jawab surah Al-Alaq. Tapi bila disoal permulaan ayatnya? "Kul 'Auzubirabbil falak"...
قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ الْفَلَقِ
Katakanlah (wahai Muhammad); "Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk.
Ish ish ishhh...kesiannya kalau kita Islam pada IC sahaja. Itu surah al-Falak...Kalau Surah Al-Alaq bermula dengan "Iqra' Bismi rabbikallazi Khalaq"
اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَقَ 
Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk)
Surah pertama pun dah bagitau tentang membaca. Itulah sumber ilmu kepada kita. Tetapi kita baca tapi tak tau sebab turun ayat dan maksud ayat pun tak tau. Sebab tu ada sumpah laknat selain 'lian' tu. Sebab tu ada yang solat sunat tahiyyatul masjid satu rakaat.

Jika dulu aku pernah ditunjukkan cara bagaimana bangsa Israel atau musuh islam nak musnahkan orang Islam. Nak musnahkan al-Quran tak boleh. Analogi yang dibuat adalah Al-Quran diletakkan di tengah karpet atau tikar. Bagaimana nak ambil Al-Quran dengan cara tidak memijak tikar atau karpet tadi?

?

?

?

?

?

?

?

Ada yang kata guna pancing.

Ada yang kata guna galah.

Ada yang kata guna tali untuk lompat ambil Quran tadi.

Banyak la idea yang di utarakan...

Bagi aku jawapan yang paling sesuai adalah gulung karpet atau potong karpet tu perlahan-lahan tanpa disedari oleh panjaganya.

Itu laa realiti sekarang...

Kita dihidangkan dengan makanan segera yang tak tau halal haramya...

Kita dihidangkan dengan hiburan melampau...sehingga solat maghrib pun tertinggal..

Kita dihidangkan dengan semangat nasionalisme. Negara Islam dipecah-pecahkan yang dulu dibawah Khilafah Islam.

Belajar sejarah 'teori Darwin' kita bermula jadi beruk dengan gambar dalam gua sedangkan kita bermula dari Adam Alaihissalam...

Pakaian yang dijual adalah trend dari Barat. 'Berpakaian tapi telanjang'...

Akhirnya sedikit demi sedikit kita meninggalkan Al-Quran dan Hadis.


SUMBER: Buku Biar Betul-betul oleh DR. HM TUAH & zekr (perisian al-Quran)

Impian mula kejayaan dan ego menghasilkan 'bom'


 

Selepas tengok cerita 'JUVANA' di TV3...sempat juga aku baca buku Dr 'Hang Tuah'( Dr jangan marah yea). Terus baca di bahagian tengah dan terhenti pada kisah 'Abang Tuah & Tun Teja'. Penceritaan yang bersahaja dan berdasarkan pengalaman penulis.

"Apa yang kita impikan, apa yang kita usahakan, apa yang kita imaginasikan kita akan perolehnya walaupun kita hanya berdiri atas hasrat, kehendak, kemahuan , azam, target dan cita-cita"
Kisah gadis yang bernama JUN. Asalnya seorang pekerja biasa di syarikat penerbitan. Pernah mengatakan dia nak belajar lagi. Bila Dr Tuah ni mengadakan motivasi di salah sebuah Universiti dan berjumpa JUN di situ sebagai seorang Pensyarah. Bukan pensyarah biasa tapi pensyarah Bahasa Perancis. Bermakna dia telah mencapai cita-citanya. Tapi yang lebih dia bangga dengan kejayaan Dr Tuah ....
"Ramai orang bersedia nak jatuhkan orang yang dah naik, tapi tak ada orang yang sedia nak naikkan orang yang dah jatuh"
Kisah Pensyarah yang tidak bertegur sapa walaupun duduk share office. Bila dalam sesuatu program di satukan mereka dalam satu chalet. Tapi mereka mohon ditukarkan. Apa nasihat 'Hang Tuah'?
SELESAIKAN MASALAH ANDA BERDUA
ATAU
PERGI DARI SITU
 Selagi mereka tidak berubah selagi itulah pejabat bukan tempat membina kecemerlangan kerjaya sebaliknya membina perangkap dan bom jangka.

SUMBER: Buku 'Biar Betul-betul oleh DR HM. TUAH ISKANDAR AL-HAJ. Terbitan Karya Bestari. Cetakan 3/4 tahun 2008.

14 Mei 2011

Selamat Hari Guru 2011.

Guru ada hari juga kan. Banyak jasa guru terhadap kita semua. Jika tiada guru, tiadalah orang yang berilmu.

Siapakah guru kita?

'gambar yang masih ada...lecturer KUSZA/UDM/UNISZA'

1. Rasulullah adalah guru yang paling baik dan boleh dijadikan contoh tauladan.

2. Ibu dan bapa. Sejak dalam kandungan lagi kita dididik. Kita diperdengarkan dengan azan dan iqamat sebaik sahaja keluar dari alam rahim. Kita belajar bercakap, bergerak, berjalan berlari dan sebagainya.

3. Guru di sekolah rendah & menengah.

4. Guru di kolej.

5. Guru / lecturer/ Dr2/ Puan/Tuan di Universiti.

6. Kawan-kawan.

7. Abang2 & kakak2....Adik2

p/s: Sempena Hari Guru ini, aku nak ucapkan "SELAMAT HARI GURU buat guru-guruku di PASTI, SKTP, SMAKH, KUSZA, Jamiah Al-Azhar & UNISZA serta di mana-mana tempat! Moga ilmu kalian akan menjadi sedekah jariah hingga ke akhirat nanti. Aminnn," ^_*

11 Mei 2011

Sebab Apa Kena Lukis?

Selepas bacaan ma'thurat, aku masuk kelas dan minta pelajar lukis gambar lelaki dan perempuan. Mereka yang berminat dalam lukisan seolah-olah disorong bantal. Bersungguh-sungguh mereka buat lukisan. Seperti kelas pendidikan seni pulak. hehehe...

Gambar-gambar yang dilukis kadang-kadang mengundang ketawa tapi ditahan. Hukhukhuk...Nanti diorang malu. Ramai yang berbakat dalam seni lukisan ini. Kalau tak ada aktiviti ini, mesti ada yang tidur. Badan dah obes...mata pun mengantuk. Ntah siapa yang salah.

Masa yang diambil terlalu lama bagiku. Aku bukan mengajar kelas pendidikan seni. Seterusnya mereka dikehendaki menulis kesalahan dalam berpakaian bagi gambar lelaki dan perempuan yang telah dilukis. Ada yang lukis secara perfect seolah-olah tiada kesalahan langsung pada gambar itu.

Sepatutnya aku ada slide power point untuk ditunjukkan kepada pelajar tapi masa melukis terlalu lama. Jadi aku masukkan gambar slide dalam blog ini. Cuba tengok, baca dan nilai.



















































07 Mei 2011

Ibu...

Tiada ibu yang aku kenali kecuali ibuku sendiri...

Dialah yang mengandungkan aku selama 9 bulan kemudian melahirkanku hampir kehilangan nyawa.

Dialah yang membesarkanku dan mendidikku sehingga terhasil aku yang sekarang.

Dialah mendidikku...mendorongku untuk terus belajar...

Dia tidak mengharapkan sesuatu yang lain kecuali menjadi seorang yang berguna.

Mulia hatinya kerana sentiasa mendoakan aku walau di mana aku berada.

Jika aku sedang menghadapi peperiksaan, dia sedang solat hajat dan membaca surah Al-Anfal hingga aku selesai menjawab soalan peperiksaan.

Walaupun ibu pernah menjadi penjawat awam tetapi kerana sayangkan anaknya dari terus dijaga oleh pengasuh, ibu sanggup melepaskan jawatan yang menjadi idaman penganggur. Anak dijaga dan diasuh sendiri mengikut lunas-lunas Islam.

'Ya Allah, Ampunilah dosaku, ampunilah dosa kedua ibu bapaku dan rahmatilah mereka sebagaimana mereka menjaga semasa kecil...'

p/s: lama tak balik kampung. Adik-adik diperantauan macam mana? Tatap gambar mak cukup la yea ^_^

Dugaan vs prasangka.



"AIDS?" Aku mengulang kata Kak Long. Hati bagai tidak percaya. Tidak mungkin orang sebaik Ain menghidap penyakit itu. Namun, takdir Allah siapa yang tahu?
"Ya. Dia menghidap penyakit tu dah lama dah. Ni kira tunggu masa malaikat maut nak jemput dia masuk kubur je!" Suara sinis Kak Long menyapa gegendang telinga. Ku kerutkan dahi. Serasa ada sesuatu dalam nada suara Kak Long. Wajah Kak Long kurenung dari ekor mata.
"Kak Long kenal Ain di mana?" Tenang kulontarkan persoalan. Kak Long menghela nafas panjang.
"Dia datang jumpa Bang Long kamu beberapa tahun lepas. Cerita pasal masalah dia. Keluarga dia dah buang dia. Dia tu anak orang berada. Ayah dia berpangkat Tan Sri. Tapi tu lah kan, duit, harta, pangkat kalau dah banyak sangat mulalah lupa akhirat. Tu yang kena AIDS tu. Memang sahlah sosial sangat. Habis semua tergadai. Memang perempuan yang tak elok. Buat malu keluarga je. Lepas tu datang ke sini. Hish. Habis budak-budak yayasan ni nanti terpengaruh pula dengan dia!" Kak Long mencebirkan bibir.
Kulihat wajah Kak Long. Apakah itu hanya serkap jarang? Tidak mungkin Ain orang yang sebegitu. Walaupun tidak pernah berbicara dengan gadis itu, tapi aku yakin Ain tidak sejahil itu. Bimbang Kak Long hanya mengagak, aku meringankan mulut untuk bertanya.
"Mana Kak Long tahu Ain tu macam tu? Kak Long pernah tanya dia ke?"
Kuali besar yang usai dibasuh dihempas Kak Long. Aku mendiamkan diri. Amarah Kak Long seperti tidak bersebab! Namun, andai dilawan hanya membawa kepada musim kemarau nan panjang. Mungkin saja hubungan aku dan Kak Long pula yang renggang. Suara tegas Kak Long mula kedengaran.
"Yang kamu ni nak back up dia kenapa? Pernah ke kamu bercakap dengan dia? Pernah? Org yang dapat AIDS ni, tak lain tak bukan sebab buat benda-benda yang haram tau tak? Yang bukan-bukan. Si Ain tu ingat.. datang yayasan ni.. elok tudung labuh semua, orang nak pandang dia dah insaflah? Tolonglah. Abang Long kamu bolehlah tertipu dengan tipu helah dia. Kalau Kak Long, sorry!" Lantangnya suara Kak Long mengisi segenap penjuru. Mulut ku terkunci rapat. Keberanian untuk mempertahankan Ain datang sekejap cuma. Wajah ku ditundukkan. Tekun aku menyusun pinggan mangkuk di rak susunan. Walhal, hatiku bersimpang siur memikirkannya.
"Kak Long tak nak tengok kamu berkawan dengan dia. Bercakap pun jangan,"ujar Kak Long sambil mengatur langkahnya ke halaman rumah. Aku membisu. Mengiya tidak. Menidakkan jauh sekali. Lima tahun mengenali Kak Long, amarah Kak Long jangan dipandang remeh. Hanya saja kali ini, aku rasakan pandangan Kak Long kurang tepat.
Aku yakin Kak Long tidak membuat pertimbangan yang wajar. Tidak pernah kulihat Kak Long melayan Ain sebagaimana dia melayan anak-anak yayasan yang lain. Dengan Ain, sering dia bermasam muka. Lagi-lagi andai Bang Long cuba membantu Ain dalam apa-apa jua urusan. Lagilah menjadi-jadi sikap Kak Long. Aku tahu. Sebetulnya Kak Long cemburu dengan kemesraan Bang Long. Walau berkali-kali Bang Long menjelaskan, saudara seagama perlu ditolong, bukan dicaci, dihina. Kalau bukan kita yang menolong, siapa lagi?
Sejenak aku teringat kisah benar yang dibaca dari sebuah blog milik rakan usrah. Dia menulis, ketika dia kecil dia pernah bersekolah pondok. Suatu hari, seorang pelacur datang ke pondok itu. Meminta pertolongan. Namun, tidak ada seorang pun yang menolong. Pelacur itu dicaci, dihina malah dibaling batu. Kononnya dialah manusia paling berdosa dalam kampung itu. Sedangkan, yang menentukan dosa pahala seorang muslim bukanlah seorang muslim yang lain tetapi Allah s.w.t. Sayang, tidak ramai yang menyedari hakikat ini. Dan pelacur itu? Dia berputus asa. Terasa tidak ada lagi yang mahu menolongnya. Mujurlah seorang ustaz keluar, dan mempelawanya masuk. Syukur, masih ada yang mahu menolong. Dan akhirnya? Anda sendiri tahu kesudahannya.
Sambil fikiranku melewati memori sepi itu sendirian, perlahan telingaku menangkap gemersik suara seorang perempuan. Ku toleh ke tepi. Ya Allah! Ain! Apa yang harus ku buat? Baru sahaja tadi amaran Kak Long ku terima, baru sahaja beberapa minit aku terus diuji. Ku jawab salam itu perlahan. Wajah Ain ku tatap. Benarkah dia pernah membuat onar? Tersedar wajahnya direnung ku, dia menoleh. Bibirnya tersenyum. "Manis!" desis hati kecilku.
"Adik angkat Abang Rahman dan Kak Salwa kan?" perlahan Ain menuturkan bicara.
"Ya." Aku menjawab ringkas. Kerja kuteruskan. Aku bingung. Berbicara atau tidak?
Ku lihat Ain sedang mengambil bakul. Kunci pintu belakang yayasan diambil. Dan langkahnya diatur ke taman. Dan hati kecil ku berbicara.
+Bukankah ini peluang baik? Taman dan halaman rumah sangat jauh. Aku bebas untuk berbicara dengan Ain tanpa pengetahuan Kak Long.
- Jangan! Andai Kak Long tahu, nahas!
+Tidak! Aku harus tahu hal sebenar. Dan ini juga untuk kebaikan Kak Long. Lagipun, aku tidak mahu bersangka buruk.
-Risikonya tinggi!
+Aku harus pergi!
-Jangan!!
Aku berperang dengan diriku sendiri!
Akal sedarku melarangku pergi. Namun rasa hatiku tidak. Lantas ku atur langkah ke arah Ain. Dia sedang memetik bunga-bungaan. Aku berdehem. Untuk memaklumkan kedatanganku. Ain menoleh. Aku dapat rasakan mataku merenung setiap inci wajah Ain. Di sini, di bawah terik mentari nan suci, ciptaan Yang Maha Agung, baru aku mengerti maksud Kak Long.
Wajah Ain pucat. Dan serinya juga sudah hilang. Di dalam yayasan, lampu tidak dipasang. Mungkin, itulah punca utama aku tidak menyedari perubahan wajah Ain. Lama kami berpandangan, sebelum Ain menghela nafas panjang. Wajahnya dilanda kegusaran.
"Lebih baik awak masuk. Kak Salwa tak suka sesiapa pun rapat dengan saya." Perlahan Ain berbicara. Dan dia memalingkan badannya kembali. Tekun dia memetik bunga-bungaan. Dan langkahnya ku ekori rapat. Menyedari aku masih mengekorinya, Ain kembali menghadapku.
"Saya pesakit AIDS". Nadanya serius. Dan aku faham, dia mahu aku menjauhinya. Namun ku tegarkan diri. Persoalan itu harus dijawab hari ini.
"Jadi?" Pernyataan dilontarkan persoalan. Kerut seribu muncul di dahi Ain.
"Lebih baik awak masuk." Ain bersuara. Lemah.
"Saya pun nak petik bunga jugak!" Aku membalas. Bakul di tangan Ain ku ambil. Bunga ros merah ku petik. Di belakangku Ain tersenyum.
"Terima Kasih".
Aku diam. Tidak tahu respons apa harus ku berikan.
"Awak orang pertama."
Oh! Aku mengerti ucapan terima kasih tadi untuk apa. Dan Ain kembali memetik bunga ros lalu dimasukkan ke dalam bakul. 5,10 dan hampir 15 minit, kami diam. Hanya riuh rendah yayasan memenuhi ruang sepi kami. Aku tidak tahu bagaimana harus ku mulakan bicara. Kerana soalan yang akan ditanya mungkin juga menoreh kembali luka lama.
"Apa soalan awak?" Ringkas Ain bertanya. Riak wajahnya sedikit pun tidak berubah. Namun jelas ku lihat ada kesediaan di situ. Kesediaanya untuk menjawab semua persoalan. Namun tegarkah aku?
"Awak nak tahu samada saya buat perkara terkutuk atau tidak? Dalam erti kata lain, macam mana saya dapat AIDS?" Tenang Ain berbicara.
"Macam mana..." Ayat itu tak mampu aku habiskan. Bagaimana mungkin? Ku lihat Ain merenung jauh. Dan penyesalan mula bertapak di sudut hati. Arghh! Bodohnya aku! Bukankah ini isu sensitif?
"Kerana setiap orang akan bertanya soalan itu. Dan usai bertanya, mereka mula menjauhkan diri. Tapi saya lega, sekurang-kurangnya ada yang bertanya. Daripada mereka hidup dengan spekulasi mereka sendiri."
Pantas. Wajah Kak Long menerpa fikiran.
Sepi menyelubungi diri. Kaku. Ain terus menyusun jambangan bunga ros ke dalam bakul. Dan aku. Masih menunggu.
"Islam jatuh kerana sikap penganutnya sendiri,"ujar Ain. Aku memandang Ain. Pandangan kami bertaut. Dan untuk seketika kurasakan bagai sudah lama aku kenali dia. Dan jauh di sudut hati, aku iyakan bicaranya sebentar tadi.
"AIDS yang saya hidapi, bukan disebabkan pergaulan saya, mahupun seks bebas,"kata Ain tegas.
Aku terpana. Sah! Kak Long salah faham.
"Saya dibesarkan dalam keluarga yang berada. Segala kemahuan saya mampu ibu bapa saya penuhi. Sayangnya, saya tidak pernah disayangi sebagaimana adik-beradik saya yang lain. Hanya kerana abang meninggal sejurus selepas kelahiran saya. Jadi, saya dianggap pembawa sial." Perlahan lipatan sejarah hidup Ain dibuka. Satu demi persatu. Hairan, walau sebesar itu dugaan, Ain masih mampu menceritakannya dengan tabah. Sudahnya, kami beriringan menuju ke kerusi kayu di tengah taman. Di situ, baru aku mengerti, siapakah Ain yang sebenar.
"Dahulu, saya tidak tahu apa-apa tentang Islam. Ibu dan ayah saya tidak pernah ambil berat akan ilmu agama. Saya membesar dalam keadaan jahil. Malah, fikiran saya bercelaru. Saya sering memberontak. Saya sering bertanya pada mama. Untuk apa saya pakai tudung? Bukankah kecantikan wanita layaknya dipandang oleh sang teruna? Bukankah Islam menghalang hak  wanita? Jadi untuk apa saya memeluk agama ini? Agama Islam yang menghalang kebebasan penganutnya untuk mengamalkan apa yang mereka suka? Itu tak boleh, ini tak boleh. Malah, untuk bercinta sekalipun dilarang. Bagi saya, Islam hanya mempertaruhkan nasib penganutnya sendiri. Layakkah agama itu kita agung-agungkan?"
Aku mendengar setiap patah bicara Ain. Buntu. Fikiranku kelam.
"Saya kerap membahaskan isu ini bersama rakan-rakan. Sasaran saya ialah mereka yang kuat dengan pegangan Islam. Saya beritahu pendapat saya. Saya terangkan pendirian saya. Dan awak tahu apa yang berlaku?" Mata Ain diarahkan padaku. Meminta jawapan. Aku menjengketkan bahu. Sungguh. Tidak aku sangka seteruk itu Ain pada waktu dahulu.
"Mereka mencaci saya. Ada yang mengatakan saya akan murtad selama-lamanya. Malah ada yang mengatakan jalan pulang untuk saya tiada lagi. Ada yang menyimbah saya dengan air longkang. Alasannya, demi Agama Islam. Mereka menghukum saya. Ini meningkatkan kebencian saya terhadap Islam. Semakin hari, sinar itu makin jauh. Kebencian yang saya bina semakin memuncak. Di kolej, rakan-rakan seagama mula menjauhi saya. Namun, saya masih dengan pendirian saya. Sehinggalah pada suatu hari, Allah mempertemukan saya dengan Aisyah." Mata Ain mula digenangi air mata. Seolah-olah, perkara itu membuatkannya terharu amat.
"Ketika saya nekad dengan pendirian saya, Aisyah hanya tersenyum. Buat pertama kalinya, tidak ada yang mencebir bibir, tiada pandangan sinis, hanya senyuman. Dan Aisyah menerangkan pada saya sesuatu. Andai tidak kenal masakan kita boleh mencintai sesuatu? Dan sejak itu, Aisyah memberi saya beberapa buku agama. Namun tidak pernah saya sentuh, Tafsir al-Quran yang diberinya saya letakkan di bawah katil. Bukankah ia hanya buku biasa? Untuk apa kita menghormatinya?" Dan Ain tersenyum. Ah! Manis sungguh senyumanmu Ain. Walau wajahmu pucat lesi.
"Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud, "Allah s.w.t berfirman, 'Aku sesuai dengan prasangka hamba-Ku kepada diri-Ku".
"Selama ini, kesilapan saya ialah berburuk sangka dengan Allah. Saya tidak mengenalinya. Saya tidak selidiki siapa Dia Maha Pencipta saya, dan terus sahaja saya bina konklusi. Dan akhirnya, saya terjumpa firman Allah. Walau hidayah itu milik Allah, namun ia takkan datang kalau tidak dicari. Kerana hidayah-Nya ialah sesuatu yang sangat bernilai. Mampu menjadi pelita dalam kegelapan. Menukarkan kelemahan menjadi kekuatan. Paling penting, memberikan kegembiraan tatkala hati menangis kesedihan!" Tegas Ain menuturkan bingkisan ayatnya. Aku tersenyum. Tapi, masih ada dua persoalan yang masih belum dijawab. Apakah aku harus bertanya padanya sekarang juga?
"Ain.." Aku memberanikan diri. Sekilas, kulihat wajah Ain bertentangan dengan wajahku.
"Awak masih belum jawab soalan saya." Wajah Ain tidak berani ku tatap. Aku mnguis-nguis pasir di kaki.
"Saya dijangkiti AIDS kerana dendam kesumat sahabat ayah."
Sepi. Apakah itu benar?
"Sahabat ayah seorang doktor. Ketika itu, saya kemalangan yang menyebabkan kehilangan darah yang amat banyak. Doktor tersebut tanpa disedari telah melakukan blood transfusionkepada saya. Dia telah memberikan darah pesakit AIDS. Tatkala saya disahkan menghidap penyakit itu, ayah tidak mengaku saya anaknya lagi.
Baginya, saya mencemarkan nama baik dan reputasi keluarga seorang Tan Sri. Dia menuduh saya dengan bermacam-macam tuduhan yang tidak sepatutnya keluar daripada bibir seorang ayah. Mama menangis. Seluruh ahli keluarga menuduh imej baik saya hanya satu topeng untuk saya melindungi perbuatan jahat saya. Akhirnya, saya dihalau sehelai sepinggang. Aisyah yang mencadangkan saya untuk ke sini."
"Awak tak pernah menyesal?"
Dia tersenyum lagi. "Untuk apa? Mereka yang melakukan kesalahan kepada saya telah saya maafkan. Mereka masih jahil. Mungkin juga kesalahan mereka pada saya yang akan membuka pintu hati mereka untuk bertaubat. Siapa tahu? Bukankah masa lalu itu amat mustahil untuk digapai? Masa hadapan pula sesuatu yang misteri. Saya bersyukur dengan apa yang terjadi. Ada hikmah di sebalik kejadian. Di ceruk lain di dunia, masih ada insan yang lebih hebat ujiannya dari saya. Husnu Zan (sangka baik) kepada Allah. Mungkin, ini ialah balasan Allah terhadap dosa saya pada masa lalu. Saya tahu, saya yakin, Allah sangat-sangat sayangkan saya.. kerana itu, sabar saya, pasti akan dapat saya tuai hasilnya!"
Aku berfikir sendiri. Cinta Ain pada-Nya besar amat! Benarlah, sesuatu yang susah dimiliki, akan lebih kita hargai. Ain menempuh ranjau yang berduri, demi kasih-Nya pada Illahi. Kini, bukankah dia bahagia? Walau pada pandangan manusia, dialah yang paling terhina. Cinta pada Allah, mampu menukar yang hina menjadi mulia. Ain, sungguh aku kagum denganmu.
"Cuma apa yang saya sesalkan ialah sikap saudara seagama kita,"Perlahan suara Ain kembali memenuhi ruang sepi.
"Tatkala melihat saudara seagama yang lalai, yang mempermudahkan Agama Islam, sering sahaja pandangan sinis dilontarkan. Menghujani mereka dengan cacian. Sedangkan kebanyakan daripada mereka ini tidak tahu. Masih jahil. Dan tugas kita, sebagai khalifah untuk membimbing mereka ke jalan yang benar. Sepertimana saya, andai Aisyah tidak membimbing saya, tidak sabar dalam melayani karenah saya, sudah tentu saya masih lagi seperti dahulu. Dan saudara seagama yang mencaci saya, tidakkah mereka sedar, Islam ialah agama yang menidakkan kekerasan. Islam ialah agama yang sarat dengan kasih sayang dan cinta. Andai mereka kenal semua ini, sudah tentu Islam tidak kecundang. Kes penzinaan tidak akan menular. Malangnya, hanya segelintir yang mahu memenuhi tanggungjawab sebagai seorang khalifah. Sayang. Allah s.w.t pasti kecewa dengan kita.."
Aku dapat rasakan bening mataku kian panas. Dan air jernih mula mengalir dari sudut mata. Benar. Aku juga seperti golongan itu. Melihat saudara seagama kian melupakan hijab, aku pandang sinis. Terasa diri sudah terlalu baik, sedangkan tugas sebagai khalifah aku abaikan. Ghibah juga sering kulakukan. Ya Allah. Aku benar-benar diberi pengajaran. Seketika aku dan Ain melayan perasaan masing-masing. Sesekali Ain terbatuk. Dan sedang aku berkira-kira mahu mengajaknya masuk ke yayasan, suara keras Kak Long mengejutkan aku dari lamunan yang panjang.
"Amira!" Getar suara Kak Long sarat dengan ketegasan, bercampur dengan kemarahan yang amat.
Ain memandangku dengan riak risau yang ketara. Aku tersenyum.
"Benarkan saya lakukan tugas khalifah saya yang pertama untuk hari ini." Aku berbicara tenang.
Ain mengerutkan dahi. Tidak mengerti.
Aku berpaling. Langkahku atur ke arah Kak Long.
Kak Long bagai singa betina. Kemarahannya kerana aku melanggar larangan. Aneh. Tidak ada perasaan takut dalam benakku. Sekilas terngiang-ngiang suara Ain.
Ya! Aku harus ubah sikap Kak Long. Husnu Zan, kan Ain?
Dalam hati aku berdoa, "Ain semoga pertemuan hari ini mampu membina ukhuwah yang menemukan kita di syurga-Nya yang abadi!"

SUMBER: iluvislam

06 Mei 2011

Sutera Bidadari.

Novel ini lanjutan dari kisah Laksamana Sunan atau Saifuddin rakan kepada Hang Tuah.

Fuh! bukan senang nak habiskan cerita ni.

Waktu malam sahaja sempat baca.

Terima kasih kak Mira kerana sudi beli buku ini di Pesta Buku Antarabangsa 2011.

Laksamana Sunan alaf 21 muncul dengan nama Saifullah

Siapa Saifullah yea??

Ada catatan Maryam dan keris Nanggroe...

Ada watak Drakul...

Tak rugi kalau baca.

Nak tau lebih lanjut boleh beli dan baca yea ^_*

05 Mei 2011

Kemenjadian Anak.

Selepas 'bengkel' tadi, sempat aku bersembang dengan guru yang senior...hampir 20 tahun berkhidmat. Banyak nasihat dan petua yang diperturunkan kepada aku. Macam petua awek muda lak.hehehe...

Apa yang diucapkan kebanyakan susah diaplikasikan tetapi usaha mesti lebih.


Pandanglah cabaran itu adalah peluang kerana kita dituntut belajar hingga ke negara China.

Belajar dari atas buaian hingga  ke liang lahad.

Selagi kita hidup...selagi itu kita akan berusaha untuk belajar.

Apa yang kita kerjakan mesti ikhlas. Kita mesti kerja sesuai dengan gaji yang kita dapat. Jika tidak, keberkatan tiada dan anak yang makan hasil gaji kita juga tidak akan 'menjadi'. Percayalah...

"Akak dah tengok depan mata bagaimana anak ini hidup...bila dia dewasa diorang tak jadi 'orang',"

Banyak contoh yang diberi...bagi aku, itulah nasihat yang berguna.

Lagi lama kita hidup, kita akan belajar melalui pengalaman.

Setiap suapan makanan daripada hasil yang baik akan menumbuhkan daging yang baik. Jika tidak, daging daripada hasil tidak baik akan dibakar oleh api neraka. Perangai anak ini juga susah dididik.

Anda boleh baca link ini Hulagu Khan 1, Hulagu Khan 2, dan makanan hasil haram

04 Mei 2011

Sumpah Laknat???

Apa nak jadi dengan dunia sekarang. Sumpah laknat yang aku belajar hanya dalam bab Li'an. Aku bukan orang yang pandai dalam baba agama. Aku dah lama terfikir pasal sumpah laknat yang dibuat di masjid tempoh hari...adakah mengikut kehendak Islam atau nafsu semata-mata atau ikut agama lain???

'sekadar gambar hiasan'

Apa maksud Li'an?

Li'an ni membawa maksud suami yang menuduh isterinya berbuat zina.

Atau dia mengucapkan," Aku telah melihatnya melakukan perzinaan,"

atau ia menafikan (mengingkari) kehamilan isterinya bukan oleh dia.

Masalahnya kemudian dilaporkan kepada hakim, dan hakim meminta suami mendatangkan empat orang saksi, yang semuanya menyaksikan perbuatan zina.

Apabila saksi tiada, maka hakim menetapkan li'an di antara mereka berdua.

1. suami bersaksi (mengucapkan dua kalimah syahadat) dengan empat kali saksi, sambil berkata: "Aku bersaksi kepada Allah, sungguh aku telah melihat isteriku berzina" atau  "Sesungguhnya hamilnya ini bukan olehku"

2. Kemudian dia berkata: " Laknat Allah bagiku (suami) jika berdusta".

Jika si isteri mengaku berbuat zina, maka hukuman (had) harus dilaksanakan baginya.

Jika ia menyangkal, maka si isteri harus:

1. Menampilkan empat orang saksi, sambil berkata," Aku bersaksi kepada Allah, bahawa aku tidak melakukan zina" atau "Sesungguhnya hamil ini adalah hasil perbuatan dia (suami)".

2. Kemudian ia berkata: "Kemurkaan Allah bagiku (isteri) jika ia (suami) benar di dalam tuduhannya".

Kemudian hakim menceraikan mereka, dan tidak dapat bersatu kembali sebagai suami isteri.

Pensyariatannya


Li'an disyariatkan dalam ajaran Islam.

Firman Allah dalam surah An-Nur ayat 6-9:
"Dan orang-orang yang menuduh isterinya (berzina), padahal mereka tidak mempunyai saksi-saksi lain selain diri mereka sendiri, maka persaksian orang itu ialah empat kali bersumpah dengan nama Allah, sesungguhnya dia adalah orang-orang yang benar. Dan (sumpah) yang ke lima, bahawa laknat Allah atasnya, jika termasuk orang-orang yang berdusta. Isterinya itu dihindarkan dari hukuman oleh sumpahnya empat kali atas nama Allah, sesungguhnya suaminya itu benar-benar termasuk orang-orang yang berdusta. Dan (sumpah) yang kelima, bahawa laknat Allah atasnya jika suaminya itu termasuk orang-orang yang benar".
Demikian pula, Rasulullah SAW pernah meli'ankan antara U'waimir al-'Ajlani dengan isterinya, dan antara Hilal bin Umayyah dengan isterinya, sebagaimana dikemukakan di dalam hadis sahih dan juga sabdanya:
"Dua orang suami isteri yang saling melaknat, apabila telah bercerai, maka tidak bisa disatukan kembali selamanya." (Hadis Sahih)
Hikmahnya

Di antara hikmah disyariatkannya li'an adalah sebagai berikut:

1. Memelihara kehormatan suami isteri dan menjaga kemuliaan seorang Muslim.

2. Menghindarkan had (hukuman) menuduh zina dari suami dan menghindarkan had (hukuman) zina dari isteri.

3. Dimungkinkannya mengingkari anak yang terkadang lahir dari orang yang bukan memiliki tempat tidur (bukan  dari suami).

Syarat-syaratnya


1. Suami isteri tersebut dewasa dan berakal, kerana tidak ada taklif (pertanggungjawab) bagi orang gila dan anak kecil, selari dnegan hadis Nabi (diangkat kalam taklif dari tiga kelompok: dari anak hingga dewasa, dari orang yang sedang tidur hingga bangun, dan dari orang yang gila hingga sembuh).

2. Adanya pengakuan dari suami bahawa ia benar-benar melihat isterinya berbuat zina. Dn dalam mengingkari hamil isterinya, hendaklah ia mengakui bahawanya ia sama sekali tidak bersetubuh dengan isterinya atau tidak bersetubuh dalam suatu tenggang waktu yang memungkinkan adanya kehamilan, seperti ia berlaku bahawa isterinya digauli terakhir kali lebih dari enam bulan yang lalu. Jika tidak, maka tidak ada li'an, sebab li'an tidak disyariatkan hanya semat-mata berdasarkan andaian atau prasangka semata-mata.

Firman Allah dalam surah Al-Hujurat ayat 12:
"Wahai sekalian orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu menggunjing sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya..."
Juga berdasarkan sabda Rasulullah:
(اِيَّاكُم والظَّنَّ. (متفق عليه 
"Hendaklah kamu sekalian menjauhi prasangka"
Dan adalah jauh lebih baik daripada meli'ankan isteri pada keadaan terjadinya tuduhan dengan jalan menceraikannya dan menjauhi dari keraguan hati, serta sakitnya cercaan hati.

3. Hakim yang melaksanakan li'an itu, harus melaksanakannya di hadapan sekelompok orang Mukmin, dengan sighah (kata-kata li'an tadi) yang terdapat dalam Al-Quran.

4. Hakim hendaklah menasihati suaminya.

Rasulullah bersabda:
"ايُّمَا رجلٍ جحدَ ولده وهو ينظر اليه احتجب الله منه وفضّحه على رؤوسِ الاولين والآخرين"
(ابو داود والنسائ وابن ماجه وصححه ابن حبان)
"Apabila seseorang mengingkari anaknya, padahal ia mengetahuinya (bahawa itu adalah anaknya), maka Allah tidak akan melihatnya dan menghinanya dihadapan orang-orang terdahulu dan orang-orang yang datang kemudian."
Dan hendaklah hakim menasihati ister dengan menasihatkan seperti hadis Rasulullah ini:
" ايما امرأة أدخلت على قوم من ليس منهم ،فليست من الله في شئٍ، ولن يدخلها الجنة"
"Apabila seseorang wanita memasukkan seorang laki-laki yang bukan dari mereka (bukan suami atau keluarga) maka Allah tidak akan memperhatikannya sedikitpun juga dan tidak akan pernah memasukkannya ke dalam syurga". (hadis sahih)
5. Hakim memisahkan (menceraikannya) di antara mereka berdua dan tidak akan pernah bertemu (nikah) lahi setelah itu selamanya.

Sabda Rasulullah:
"(المتلاعنان اذا تفرقا لا يجتمعان أبداً (هو شطر من حديث الذي قبله"
" Dua orang suami isteri yang saling melaknat, apabila telah berpisah (bercerai), maka tidak akan pernah bertemu lagi selamanya" hadis sahih.
6. Menjadi terputus atau hilang anak yang dinafikan dengan li'an dari suami (bapa) yang meli'annya, sehinggan tidak boleh saling mewarisi dan saling memberi nafkah. Hanya dalam kehati-hatian dalam muamalah sehari-hari dianggap bermuamalah seperti dengan anak. Sehingga zakat tidak boleh diberikan kepadanya, tetap mahram (haram dinikahi) anatara dia dengan anak-anaknya, tidak ada qisas di antara keduanya, dan tidak boleh pula saling memberikan kesaksian yang satu terhadap yang lainnya.

Anak tersebut dinisbahkan kepada ibunya, sehingga mereka berdua saling mewarisi. Hal ini sejalan dengan penetapan hukum dari Rasulullah terhadap anak dari orangtua yang saling meli'an, bahwasanya ia dan ibunya saling mewarisi.

7. Jika suami mendustakan dirinya sendiri setelah itu, maka anak tersebut dinisbahkan kepadanya.

p/s: ayat buku ini tidak diubah supaya tidak lari dari maksud asal. Wallahua'lam.

SUMBER: Pedoman Hidup Muslim (Manhaj Muslim) oleh Abu Bakr Jabir Al-Jazairi. Ditrjemakan oleh Drs. Hasanuddin & Didin Hafidhuddin. Cetakan pertama 1996. Penerbit: Victory Agence, KL.

Rakan Sejawat Toksik

Ahlan...ahlan Ya Ramadan.  Alhamdulillah masih diberi peluang merasai hidup dalam Islam tetapi umat Islam Palestin masih bergelut dengan kes...