24 September 2016

Masa Itu Pedang.

Perjalanan ke klia. Ada sekatan polis. Kena tahan dan minta lesen.

" saya ke?" tanyaku konfius. Tak pernah kena tahan.

"Ya la. Takkan lesen penumpang," kata polis.

Aku serahkan lesenku.

"Nak ke mana?" tanya si polis.

"Klia," jawapan ringkas dan padat.

"Belajar mana?" adus. Sengaja bersembang.

" Jordan," jawab penumpangku.

" Wah! bukan calang-calang orang, " sambil hulur lesenku kembali.

"ok, boleh jalan."

Kenderaan dibelakang beratur panjang. Pasti ada yang terlepas penerbangan jika semua orang ditahan sepertiku.

Selamat bermusafir Dah. Kami semua mendoakan kejayaanmu dari jauh.
Image result for time

***Datang awal sebab kita tidak tahu apa halangan di jalan raya. Masa seperti pedang. Masa seperti emas. Jaga masa.

Hari ini bengkel pecutan PT3. 3 orang tidak hadir. Moga Allah campakkan kemuliaan kepada penuntut ilmu ini.

19 September 2016

Qarun, Fir'aun dan Hamman.

Tafsiran Surah Al-Ankabut ayat 39:

"Dan(Kami juga telah membinasakan) Qarun,  Fir'aun dan Haman,  dan sesungguhnya Musa telah membawa kepada mereka keterangan-keterangan yang nyata,  lalu mereka bertindak angkuh di bumi dan mereka tidak sekali-kali luput (dari kebinasaan)"

Siapa Qarun?

Qarun adalah dari kaum Nabi Musa. Dia telah melakukan penindasan dan kezaliman terhadap mereka dengan kekayaan dan ilmunya. Dia tidak menghiraukan nasihat-nasihat supaya dia membuat kebaikan,  bersikap sederhana,  tidak melakukan kezaliman dan kerosakan.

Siapakah Fir'aun?

Fir'aun adalah raja yang zalim. Dia melakukan pelbagai jenayah yang amat keji dan berat. Dia memperbudakkan rakyat jelata dan memecahbelahkan merek dengan pelbagai puak. Dia bertindak zalim membunuh bayi-bayi lelaki kaum Israel dan hanya bayi-bayi perempuan sahaja dibenarkan yang dibenarkan hidup.

Siapa Haman ?

Haman pula ialah perdana menterinya yang mentadbir kerajaannya dan mengatur tindakan-tindakan jahatnya dan membantunya dengan segala tindak-tanduknya yang zalim.

Bagaimana kematian mereka?

Qarun mati ditelan bumi

Fir'aun dan Haman mati lemas di dalam lautan.

Seluruh mereka binasa dengan sebab-sebab kezaliman mereka.

SUMBER: Tafsir Fi Zilalil Quran oleh Sayyid Qutb. Diterjemahkan oleh Dato' Yusoff Zaky Hj. Yaacob. Jilid 7. Terbitan Pustaka Darul Iman. Muka surat 383.

06 September 2016

Semua ini hanya dugaan kecil

UPSR telah bermula semalam. Adik paling bongsu menghadapinya. Kami sekeluarga mendoakan kejayaannya dalam UPSR. Bukan sekadar harapan 6A atau 4A, bahkan kami harap adik dapat masuk ke sekolah 'agama'. Sekolah yang berada dalam persekitaran agama. Bukan sekolah yang mempunyai ramai makhluk perosak.

Cabaran soalan UPSR setaraf SPM. Aku sangat setuju. Aku pernah ajar adik. Terkejut dengan soalan mencabar. Zaman aku dahulu tahun1996, soalan lebih senang tetapi aku belum mampu dapat A. Alhamdulillah aku masih berpeluang ke sekolah agama selepas 6 bulan berada di SMK.

Cabaran seterusnya adalah pentaksiran tingkatan 3 atau PT3. Mengajar subjek bukan bidang selama 7 tahun, sangat mencabar. Kebanyakan mengatakan aku mampu mengajar Bahasa Arab sebab pelajarku pernah dapat A. Bagi aku,  itu usaha pelajar sendiri.

Pada usia 15 tahun,  aku juga merupakan pelajar lemah Bahasa Arab. Ketika itu,  tiada kesedaran tentang pentingnya Bahasa Arab. Mak ayah yang terus beri sokongan terhadap pembelajaran di sekolah. Guru di sekolah telah berusaha mengajar mengikut kemampuan mereka. Ada ketika aku tidak tahu apa yang diajar dalam kelas. Itulah situasi pelajarku juga. Aku faham keadaan itu walaupun tidak sepenuhnya.

10 Oktober 2016, hari penentuan calon PT3. Inilah hari atau halatuju kerjaya yang bakal dipilih mereka. Mampukah mereka menghadapinya? Tawakal kepada Allah setelah berusaha dan berusaha.

Sekadar coretan idea yang bakal diteruskan lagi. Doakan

Rakan Sejawat Toksik

Ahlan...ahlan Ya Ramadan.  Alhamdulillah masih diberi peluang merasai hidup dalam Islam tetapi umat Islam Palestin masih bergelut dengan kes...