16 September 2017

Penggunaan Inhaler ketika berpuasa Ramadhan

Soalan:
Saya mengidap penyakit athma. Adakah penggunaan inhaler di siang hari membatalkan puasa saya?

Jawapan:
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad ﷺ, ahli keluarga baginda ﷺ, sahabat baginda ﷺ serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda ﷺ.
Pertamanya, ingin kami tegaskan di sini bahawa isu ini adalah isu khilafiyah yang banyak dibincangkan oleh para ulama’ terutamanya dari golongan mu’assirin (semasa). Ini disebabkan perkembangan teknologi perubatan yang mana tidak dibincangkan pada zaman dahulu secara khusus.
Berbalik kepada persoalan di atas, para ulama’ terbahagi kepada dua pendapat:
PERTAMA: IANYA TIDAK MEMBATALKAN PUASA
  1. Penggunaan inhaler di siang hari Ramadhan tidak membatalkan puasa. Ini adalah pendapat sebahagian besar ulama’ seperti al-Syeikh al-‘Allamah Abdul Aziz bin Baz Rahimahullah, al-Syeikh al-‘Allamah al-Faqeh al-Zaman Muhammad bin Soleh al-‘Uthaymeen Rahimahullah, al-Syeikh Abdullah bin Jibrin, al-Syeikh Dr. Muhammad al-Khayyat, al-Syeikh Dr. Muhammad ‘Uqlah Hafizahullah, al-Syeikh Dr. al-Siddiq al-Darir, al-Syeikh Dr. al-Tantawi, al-Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradawi Hafizahullah. Ianya juga adalah jawapan yang telah diputuskan oleh badan-badan yang berautoriti seperti:
  • Majma’ Fiqh Islami
  • Fatwa Lajnah Daimah
  • Islamic Organization for Medical Science (IOMS)

  1. Perbahasan dalil:
  • Bahan yang terdapat di dalam inhaler yang masuk ke dalam kerongkong dan seterusnya ke dalam perut adalah terlalu sedikit, kerana itu, hukumnya tidak membatalkan puasa, sebagai qiyaskepada berkumur dan istinsyaq (memasukkan air ke dalam hidung ketika berwudhu’).

Penjelasan mengenainya adalah seperti berikut:
“Satu alat inhaler mengandungi 10 milimeter cecair, yang mengandungi bahan ubat-ubatan. Kuantiti ini cukup untuk digunakan sebnyak 200 kali semburan. Setiap kali semburan, ianya mengeluarkan jumlah yang sangat sedikit iaitu tidak sampai 1 milimeter yang mana ianya juga tidak sampai setitis. Satu titis ini terbahagi kepada beberapa bahagian dan bahagian yang paling besar memasuki bahagian pernafasan. Satu bahagian memasuki kerongkong, manakala bakinya jatuh ke dalam perut. Kuantiti yang jatuh ke dalam perut ini dimaafkan, sebagai qiyas kepada air yang terlekat pada tekak hasil berkumur dan istinsyaq. Malah sisa air yang terlekat pada bahagian tekak lebih banyak daripada kuantiti semburan inhaler yang memasukinya. Dengan ini, jika seseorang berkumur dengan air yang diperkaya dengan bahan-bahan tertentu (seperti mineral atau vitamin, yang hanya boleh dilihat dibawah sinar-x), sudah tentu bahan tersebut dapat ditemui tidak berapa lama selepas itu di dalam perut, yang sekaligus membuktikan kewujudan bahan tersebut di dalam perut, tetapi di dalam kuantiti yang sedikit adalah dimaafkan. Kuantiti sisa air dari berkumur dan istinsyaq tersebut dari segi keyakinannya, sudah tentu melebihi kuantiti semburan inhaler yang memasuki kerongkong, jika diandaikan ia memasuki kerongkong[1].”
  • Masuknya sesuatu ke dalam perut daripada inhaler itu bukanlah sesuatu yang qat’ie (pasti) bahkan ianya diragui. Boleh jadi ianya masuk ke dalam perut dan ianya tidak. Maka yang asalnya adalah tidak batal puasanya dan tidak pula puasanya itu rosak dan yakin itu tidak akan hilang dengan adanya syak.
  • Semburan inhaler itu bukanlah seperti makanan atau minuman. Bahkan ianya seperti pengambilan darah untuk ujian klinikal dan suntikan yang tidak mengandungi bahan bergizi (nutritive).[2]
  • Adapun inhaler, bahan semburan tersebut akan keluar dalam bentuk wap dan tidak sampai ke perut sebaliknya hanya sampai ke ruang di dalam paru-paru sahaja.[3]
  • Pakar-pakar perubatan memperakui penggunaan siwak (kayu sugi) mengandungi lapan jenis bahan kimia, yang dapat mengawal gigi dan gusi dari serangan penyakit. Bahan kimia ini sudah tentu meresap pada lidah dan memasuki tekak, apabila seseorang bersiwak. Di dalam Sahih al-Bukhari ada menyebutkan daripada ‘Amir bin Rabi’ah: “Aku telah melihat Rasulullah  bersiwak dan beliau sedang berpuasa dengan bilangan yang tidak dapat dihitung[4].
Sekiranya, bahan-bahan kimia yang termasuk ke dalam  tekak ini (melalui bersiwak) dimaafkan, kerana kuantitinya yang sedikit dan tidak disengajakan begitulah juganya keadaan penggunaan inhaler yang mana memasuki tekak, maka ianya juga dimaafkan.

KEDUA: IANYA MEMBATALKAN PUASA
  1. Penggunaan inhaler membatalkan puasa. Maka tidak boleh mengambilnya di siang hari Ramadhan kecuali sekiranya sakit dan berhajat kepadanya. Oleh itu, dia boleh berbuka dan menggantikannya pada waktu yang lain. Ianya adalah pendapat dari al-Syeikh Dr. Fadhl Hasan ‘Abbas, al-Syeikh Muhammad al-Mukhtar al-Sulami, Dr. Muhammad Alfai, al-Syeikh Taqiyuddin al-‘Uthmani dan al-Syeikh Dr. Wahbah al-Zuhayli.

  1. Perbahasan dalil:

  • Bahan-bahan yang terdapat di dalam inhaler akan sampai ke dalam perut melalui mulut. Oleh itu, ianya dianggap membatalkan puasa.
Namun alasan ini boleh dijawab berdasarkan jawapan pertama bagi pendapat yang mengatakan tidak batal puasa menggunakan inhaler pada siang hari di bulan Ramadhan.
Tidak ada (setakat pengetahuan kami) dalil yang lain melainkan alasan ini. Wallahu a’lam.

Tarjih
Setelah melihat kepada kedua-dua pendapat, kami lebih cenderung mengatakan bahawa penggunaan inhaler di siang hari bulan Ramadhan tidak membatalkan puasa.
Begitu juga kami mendapati bahawa penyakit athma ini berlaku pada waktu tertentu sedangkan pada waktu-waktu yang lain keadaannya sihat. Alangkah samahahnya agama Islam kita ini dalam memberikan pengecualian bagi pengunaan inhaler kepada golongan ini (tidak batal puasa mereka jika menggunakan inhaler ketika berpuasa) sedangkan mereka juga ingin meraih fadhilat berpuasa sepertimana yang lain.
Pendapat ini amat sesuai dan ianya juga logik. Qiyas yang digunakan, iaitu berkumur, istinsyak dan siwak adalah qiyas yang betul. Ini juga selaras dengan pendapat tokoh-tokoh yang terkemuka pada masa kini dan juga keputusan dari badan-badan yang berautoriti dalam mengeluarkan hukum.
Wallahu a’lam.


Akhukum fillah,
S.S Datuk Dr. Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan

6 Jun 2016 bersamaan 1 Ramadhan 1437H


[1] Lihat Mufattirat al-Siyam al-Mu’asirah oleh Prof. Madya Dr. Ahmad bin Muhammad al-Khalil, pensyarah bahagian Syariah di Universiti al-Qasim, Arab Saudi. Beliau memetiknya dari Majalah al-Majma’.
[2] Ini sepertimana fatwa Syeikh Ibn Baz Rahimahullah (15/265).
[3] Ini sepertimana fatwa Syeikh Ibn ‘Uthaymeen Rahimahullah (19/211).
[4] Dikeluarkan oleh al-Bukhari secara mu’allaq. Lihat juga Fath al-Bari (4/158).

14 September 2017

Tadlis/ Penipuan dalam Urusniaga.

Bab tadlis sangat sukar dicari dalam ceramah dalam youtube. Sumber arab ini boleh digunakan buat sementara.






Takrif tadlis.
·       
         Dari segi Bahasa: berasal dari kalimah ‘dallasa’, dikatakan penipuan dalam urusniaga: Apabila tidak menjelaskan sesuatu keaiban (kecacatan) pada barang kepada pembeli.
·         Dari segi istilah syara’: Menyembunyikan keaiban barang jualan dari pembeli.
*transaksi yang mengandungi hal yang tidak diketahui oleh salah satu pihak.

Dalil pengharaman Tadlis.
*     
Al-Quran, surah Al-Baqarah ayat 188:
“Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya)”
Tadlis ialah jenis dari cara mengambil harta orang lain secara batil yang diharamkan oleh Allah.
*    
  Surah Al-Mutaffifin ayat 1-3:
Kecelakaan besar bagi orang-orang yang curang (dalam timbangan dan sukatan),
Iaitu mereka yang apabila menerima sukatan (gantang cupak) dari orang lain mereka mengambilnya dengan cukup,
Dan (sebaliknya) apabila mereka menyukat atau menimbang untuk orang lain, mereka kurangi.

Al-Mutaffinfin adalah mereka yang mengurangkan hak manusia dalam timbangan dan sukatan dan ini lah perbuatan orang yang tadlis.
*      

    Hadis riwayat muslim:
“ Dari Abi Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w telah lalu satu tempat longgokan (gerai longgokan buah) dan memasukkan tangan dalam longgokan itu dan didapati tangan baginda basah, maka baginda berkata,”apakah ini wahai pemilik makanan? Katanya: buah ini terkena hujan, wahai Rasulullah. Baginda berkata, “Adakah kamu tidak meletakkan makanan (buah) ini diatas supaya dapat dilihat oleh orang lain.  Barangsiapa yang menipu, maka dia tidak termasuk dalam golongan kami”.

Jenis-jenis tadlis

1. Penipuan dalam kualiti.
Penjual menyerahkan barang yang tidak berkualiti seperti menjual jam tiruan dengan harga yang mahal dan mengatakan ia adalah jam original.


2. Penipuan dalam kadar sukatan
Penjual mengurangkan timbangan dan sukatannya seperti menggunakan timbangan yang tidak tepat untuk menimbang barang jualan.

3. Penipuan dalam kuantiti
Unta atau lembu atau kambing yang ditinggalkan kantung susunya( tidak diperah) semalaman dengan sengaja supaya susunya berkumpul (banyak) dalam kantungnya, maka pembeli akan menyangka binatang ini sentiasa mempunyai susu yang banyak, maka dia akan berminat untuk membelinya, dan mungkin boleh menambahkan harganya (jual mahal). Apabila berlaku dalam pembelian ini, akad ini sah tetapi bercampur dengan perkara haram, kerana didalam urusniaga ini ada penipuan dan tadlis. Apabila pembeli sedar akan hal ini, dia boleh memilih untuk serahkan semula dengan serta merta. Apabila dia serahkan dan susu telah digunakan, maka penyerahan ini mesti bersama satu sha’ (2.7 kg)tamar/kurma  mengantikan susu yang telah diambilnya.

4. Provokasi
Dalam jualan lelong, jika seseorang sengaja membida dengan harga yangb tinggi, sedangkan dia tidak bermaksud untuk membelinya, cuma nak pastikan barang lelong dijual pada harga tinggi. Apabila berjaya dibeli, urusniaga ini sah. Apabila ada bukti bahawa ia ada persepakatan antara penjual dan orang yang provoke, maka haram(berdosa) kedua-dua mereka. Penjual menipu pembeli dan penipuan keatas pembeli ini, kerana pembeli berhak memilih.

Kesan terhadap perbuatan penipuan.

ü  Jualan sah tetapi tertangguh
ü  Dosa terhadap penipu
ü  Hak pemilihan atas pembeli antara redha jual dan batalkan jualan.

SSUMBER: BUKU TEKS KBD-SYARIAH T3


Rakan Sejawat Toksik

Ahlan...ahlan Ya Ramadan.  Alhamdulillah masih diberi peluang merasai hidup dalam Islam tetapi umat Islam Palestin masih bergelut dengan kes...