Mutiara Kata Untuk Murabbi.

"JIKA MURID DIAJAR DENGAN PUJIAN, DIA BELAJAR MENGHARGAI"

"JIKA MURID DIAJAR DENGAN CELAAN, DIA BELAJAR MEMAKI"

"JIKA MURID DIAJAR CEMUHAN, DIA BELAJAR RENDAH DIRI"

"JIKA MURID DIAJAR DENGAN PERSAHABATAN, DIA BELAJAR MENYAYANGI"

"JIKA MURID DIAJAR PERMUSUHAN, DIA BELAJAR BERKELAHI"

"JIKA MURID DIAJAR JAMINAN, DIA BELAJAR MEMPERCAYAI"

"JIKA MURID DIAJAR DENGAN PENGHINAAN, DIA BELAJAR MENYESALI"

"JIKA MURID DIAJAR DENGAN KEADILAN, DIA BELAJAR KESAKSAMAAN"

"JIKA MURID DIAJAR DENGAN DISKRIMINASI, DIA BELAJAR MEMENTINGKAN DIRI"

25 September 2012

Kaedah Pengajaran Bahasa.

Kaedah yang sesuai untuk penagajaran Bahasa Arab ialah:

1. Kaedah Tematik (Tariqah Mauduiyyah)

Ia berasaskan satu idea besar sebelum dikembangkan kepada beberapa langkah kecil. Contohnya tema Keluarga. Ia boleh dipelbagaikan seperi nama keluarga, aktiviti keluarga, perbualan bersama keluarga dan sebagainya. Kemudian cabang Bahasa Arab boleh dipraktikkan dalam nahu/ tatabahasa. maqal / penulisan atau muthola'ah.Ia juga boleh dikaitkan dengan kaedah lain seperti  perbualan dalam situasi keluarga atau rakan sebaya di sekolah.

2. Kaedah Mengeja (Tariqah Al-Imlaiyyah)

Ia berdasarkan sejarah penmyebaran ilmu sesudah kertas dan tulisan dihasilkan. Ia adalah kaedah kedua selepas hafalan yang diamalkan di awal perkembangan Ilmu dalam sejarah Islam. Murid akan menulis kalimah yang diungkapkan oleh guru.

Dalam sejarah Islam, kaedah ini berkait rapat dengan ijtihad para ulama'. Para ulama' menyampaikan pandangan kemudian akan disalin oleh murid masing-masing. Proses ini merosot menjelang abad ke-4 hijrah. Abad ke-9 hijrah, Imam Ibnu Hajar kembali mengembangkan kaedaha ini dengan mengadakan muhadharah atau kuliah dalam hampir 1000 majlis. Kemudian diikuti oleh Imam As-Sayutu dan Syeikh Murtadha Al-Zubaidy.

3. Soal Jawab (Tariqah Al-Munazharah)

Kaedah ini sesuai dan praktikal dalam pengajaran bahasa. Bermula dengan penyediaan teks perbualan yang mudah seperti ucapan aluan, terima kasih, bertanya nama atau betanya khabar. Walau bagaimanapun pelajar perlu memahami maksud setiap frasa ayat ini.

4. Kaedah Latih Tubi (Tariqah Al-Mulazamah)

Proses mengulangi apa yang dipelajari, disebut dan ditulis amat sesuai untuk kemahiran berbahasa. Dalam Islam kaedah ini antara pengajaran bentuk awal. Contoh yang terbaik adalah Malaikat Jibril datang menyampaikan wahyu kepada Nabi Muhammad dengan mengulangi klaimah iqra' beberapa kali sehingga Nabi Muhammad SAW dapat menyebutnya.

membaca berulang kali merupakan prinsip utama dalam pengajaran berbentuk latih tubi terutama untuk memperkemaskan kemahiran lisan dan membaca. Ia amat berkesan untuk jangkamasa yang panjang.


5. Kaedah Perbandingan (Al-Qiyasiyyah)

Kaedah dimulai dengan prinsip asas dan umum sebelum dihuraikan dengan contoh-contoh serta perincian yang mendalam. Sesuai untuk mengajar Nahu/ tatabahasa seperti jama' taksir. Selepas memberi penjelasan sifat jama' taksir dan bagaimana mengenalinya, guru memberi beberapa contoh.

6. Kaedah Induktif.

Kaedah ini berlawanan dengan kaedah bandingan. Dengan kaedah ini, pelajar didedahkan dengan pelbagai contoh dan situasi serta huraian sebelum membuat kesimpulan.

Kaedah ini mengalakkan pelajar membuat kesimpulan sendiri sebelum memberi kesimpulan umum. Kaedah ini membantu pelajar berfikir, merenung, menganalisa dan berlatih membina kesimpulan dan prinsip. Cobtoh pengajaran Nahu, pelajar diberi contoh yang banyak dan murud membuat kesimpulan sendiri berdasarkan kefahaman daripada contoh yang diberikan.

(hanya ringkasan dari diriku yang masih belajar^^)

SUMBER: Kaedah Pengajaran Bahasa Arab Oleh Kamaruddin Bin Jaffar.

21 September 2012

Hina Nabi

Pada suatu ketika, seorang ulama' mencemuh Khalifah Sulaiman kerana beliau suka kepada hiburan. Selain nyanyian dan tarian, beliau juga suka kepada wanita-wanita yang cantik.

"Alangkah buruknya pekerti Khalifah Sulaiman kerana suka kepada nyanyian, tarian, wanita cantik dan arak," cemuh ulama' itu.

Perkara itu sampai kepada Khalifah Sulaiman. Beliau berasa marah lalu menyuruh pengawalnya menangkap pegawai itu bagi menghukumnya. Kemudian beliau bermesyuarat dengan orang terdekat dan para penasihatnya termasuk Umar bin Abdul Aziz.

"Apakah hukuman yang patut dikenakan pada orang itu?" tanya Khalifah Sulaiman meminta pendapat semua yang hadir.

"Penggal sahaja lehernya," cadang seorang menterinya.

"Saya setuju," sokong ketua pengawalnya.

Tetapi Umar Abdul Aziz cuma berdiam diri. Khalifah berpaling ke arahnya lalu bertanya," Mengapa berdiam diri, wahai Umar?"

"Selain cemuhan kepada nabi, saya tidak tahu adakah cemuhan selain daripada itu dapat menghalakan darah seorang muslim bagi dibunuh," kata Umar Abdul Aziz.

Khalifah Sulaiman tidak jadi menjatuhi hukuman bunuh ke atas ulama' itu sebagai tanda penghormatan pada pendapat Umar Abdul Aziz.

Kemudian Umar berkata,"Wahai Khalifah Sulaiman, apakah menjadi kesalahan sekiranya seseorang itu mencaci orang Islam?"

"Ia memang satu kesalahan," jawab Khalifah Sulaiman.

"Bukankah Saidina Ali juga orang Islam? Tetapi mengapa dibenarkan orang mencacinya?" tanya Umar Abdul Aziz.

Khalifah Sulaiman terdiam. Dia tidak dapat memberikan jawapan kerana cacian pada Saidina Ali dan keluarganya dilakukan sejak zaman Khalifah Muawiyyah. Hingga ke hari itu, cacian itu masih dilakukan di atas mimbar masjid.

*Khalifah Sulaiman bin Abdul Malik adalah Khalifah Bani Umaiyah(97H-99H/715M-717M). Beliau mewasiatkan supaya Umar Abdul Aziz menggantikannya sebagai khalifah.

~Buku Novel Sejarah Islam: Umar Abdul Aziz, Bayangan Khalifah Al-Rasyidin. Oleh:Abdul Latip Talib~

20 September 2012

Resipi Ibadah Melahirkan Pelajar Cemerlang


PMR hampir tiba. Kepanasan global telah berlaku dalam diri setiap pelajar yang inginkan kejayaan dalam peperiksaan. Harus diingatkan jika tiada niat belajar kerana Allah, maka kita sama dengan orang bukan Islam. Dalam Islam, setiap umat Islam perlu memulai sesuatu perbuatan bermula daripada niat.

Dikesempatan yang ada ini, aku ingin kongsi kejayaan rakan-rakan atau adik-adik yang telah mencapai kejayaan cemerlang. Bahkan mereka kuat beribadat menjelang hari peperiksaan. Peperiksaan ini tidak mengira UPSR, PMR, SPM atau peperiksaan di Universiti. Kita kongsi resipi kejayaan mereka.
Seorang pelajar lelaki yang pernah menyertai program motivasi anjuran Dr Tengku Hasmadi di Kuantan yang mendapat 10A1 dalam SPM berkongsi cerita.

Dia merupakan pelajar yang  malas dan leka. Baginya berada di tingkatan 4 adalah masa untuk bersuka ria. Semasa berada di tingkatan 5, dia merasakan dirinya sudah terlambat dan tidak mempunyai peluang kerana terlalu banyak ketinggalan dalam pelajaran.

Dalam tempoh 3 bulan sebelum menjelang peperiksaan SPM, baru dia terfikir akan kepentingan peperiksaan ini. Dalam tempoh itu, dia sentiasa berjaga malam jam 3 pagi. Dia bangun solat tahajut dan solat hajat serta berdoa memhon kejayaan daripada Allah. Kemudian dia mula menelaah pelajaran. Malangnya, apa yang di baca, tidak faham. Namun dia memaksa diri untuk membaca. Begitulah rutinnya selama sebulan.

Pada bulan kedua, keajaiban berlaku. Otaknya selama ini susah nak faham dan sentiasa lupa, terus  jadi mudah dan ingatannya bertambah kuat. Apa yang dibacanya terus difahami dan terus ingat apa yang dibaca. Hatinya tenang, yakin dan terus bersemangat untuk terus belajar. Dia terus istiqamah mengerjakan solat malam dan mengulangkaji pelajaran.

Masuk bulan ketiga, keajaiban terus berlaku. Setiap kali dia membuka buku, hatinya terdetik sendiri. "Bab ini keluar dalam peperiksaan. Kau hafal formula ini, formula ini masuk peperiksaan. Kau ingat rajah ini, rajah ini masuk peperiksaan,"


Dia terus ikut gerak hatinya terhadap fakta-fakta yang dirasakan penting. Apa yang berlaku, sebahagian besar jangkaannya keluar dalam peperiksaan SPM. Hal ini memudahkan dia menjawab peperiksaan. Dia berjaya mendapat keputusan yang memeranjatkan iaitu 10A1.

Ia bermula dengan kesedaran 3 bulan terakhir sebelum menjelang peperiksaan. Qiamullail di isi dengan solat tahajut, solat hajat dan doa. Tidak dilupakan juga mengulangkaji pelajaran selepas berdoa.
Apa yang menyedihkan, hampir 80% pelajar tidak cukup solat  lima waktu sehari semalam. Jika kita tidak ikut suruhan Allah, bagaimana Allah akan menolong kita. Fikir2kanlah.

SUMBER: Majalah Anis edisi Julai 2012 oleh Dr Tengku Hasmadi Tengku Mohamad.

17 September 2012

Akhir Syawal.

"Jemput datang rumah akak 16 September  ni yea," pesan seorang rakan dalam facebook. Aku tak sempat balas apa-apa. Dalam hati 'Insya Allah'. Walaupun pada asalnya berjanji dengan kawan sekerja, aku tetap cuba memenuhi undangan rakan ini. Tapi agak mustahil untuk aku pergi seorang diri.

Adikku datang pada pagi Sabtu. Aku nak ajak dia ke rumah terbuka ini. Tapi dia berpuasa sabtu dan ahad. Cukup 6 hari puasa di bulan syawal. Dalam fikiranku, tak mungkin aku dapat penuhi undangan itu.

Hari ahad 'seseorang' datang ke rumah. Tiada pemberitahuan melalui sms atau call. Tetiba muncul dipuntu pagar rumah. Rupanya Allah datangkan peneman untuk pergi ke rumah rakanku. Alhamdulillah. syukur padaMu Ya Allah.

Aku ke rumah rakannya. Kemudian terus ke rumah terbuka 4 in 1 ibu saudara si ayu ni. 5.30 petang baru bertolak ke rumah rakanku lebih kurang 45 minit perjalanan. Jalan jem. Terus aku buat keputusan melalui highway. 6.30 petang aku baru sampai ke rumah rakanku. Terus aku minta izin untuk solat. Lewatnya aku solat kali ini. Alhamdulillah, sampa juga aku ke sini dengan ditemani si ayu dan si manis.  (jangan marah dengan nama korang yea. hehehe).

Plan last minit. 7.15 malam bertolak ke Shah Alam. Rumah ex-housemate aku. Waaah, lama tak jumpa. Nak berjalan raya dan melihat i-city yang diwar-warkan. Apa la yang hebat sangat dengan i-city ini?

Perjalanan ikut highway mengambil masa lebih kurang 1 jam setengah ke sana. Nak masuk ke Seksyen 9 pun, kami sesat. Si manis yang memandu ala-ala brutal ni memudahkan kerja. Aku hanya berada disebelah melihat petunjuk sign board. Tak sangka sign board ke Shah Alam hilang. Di simpang empat, kami tak tahu ingin tuju ke arah mana. Jadi kami ambil jalan ke KL. Di trafik light, aku telefon kak  mira. Berdasarkan GPS telefon dan arahan suara kak mira, kami u-turn dan mengambil trafik light ke kanan menuju Klang. Haru betul la kami ni. Kak Mira suruh kami tunggu di 'bus stop' dan dia akan bawa kami ke rumahnya. Alhamdulillah, kami sampai ke  rumah kak mira.

9.30 malam kami bertolak ke i-city. Jemmm...si manis masih sudi memandu kereta manualku. Cluch memang keras. Macam bawa apa yea. Jalan sesak sangat. Semua kenderaan menuju ke i-city. Malam minggu. Kami ni nak cuci mata. Nak tau apa yang ada di i-city. 20 minit lepas tu, kami sampai ke i-city selepas dapat parking secara brutal. hahaha...Siap jerit-jerit si manis dan si ayu dapatkan parking. Si Ayu jaga parking merangkap 'mak guard'. Si Manis masukkan kereta dalam petak parking. Aku dah blurr sekejap. Lantak laaa. Asal dapat parking. Cara pemanduan si manis ni memang mantap. Terima kasih si manis. hehehe

Di I-City, dari tempat parking B1a...kena la naik ke tingkat G. Kalau naik lif, cari G yea. Apa yang aku nampak pokok bertiang besi dan plastik penuh dengan lampu-lampu berwarna warni. Replika bangau penuh lampu. Replika Kuda putih. Ada kereta labu Cinderella. Ada replika Dinasor. Zirafah. Banyak lagi. Penuh dengan lampu-lampu. Panas sangat (tempat tak berkat. itu kataku). Cantik dalam gambar. Kena stand-by kamera yang best sikit (cadangan aku). Kalau nak guna telefon aku, memang out la.

'seperti pokok Krismas. huhuhu...'

Sempat kami berempat merasa naik 'Pirate Ship' ala Malaysia. Setiap orang kena bayar tiket RM10. Kami berempat naik. Tak sangka pula, hanya kami berempat naik. Kami duduk berdua secara mengadap. Gayat juga bila kelajuan ditingkatkan. Seriau. huhuhu....Muka ku tetap selamber. Tiada perasaan. hahaha...Tak tau la apa respon pengunjung lain tengok kami berempat ni. Harap gambar kami tidak di candid. Tak suka!

1 Pagi kami pulang ke Shah Alam, rumah kak Mira. Keputusan untuk pulang terus ke rumah tidak kesampaian. Letih. Kami bermalam di rumah Kak Mira Cute. 10 pagi hari ini baru kami bertolak balik. Letih tapi gembira. Plan last minit katakan.

Selamat Menyambut 1 Zulkaedah. Tak lama lagi ramai saudara kita akan buat haji tahun ini. Harap kita semua akan dapat menjejakkan kaki sebagai tetamu Allah di Baitullah. Itu lebih baik. Ya Allah, terimalah kami sebagai tetamuMu. Aminnn ^^

14 September 2012

Omar Mokhtar.

Dulu ada dengar nama Omar Mokhtar dari sahabat aku. Aku tercari-cari kisah Omar Mokhtar ini. Sekejap tadi terdengar dalam Al-Kuliyyah. Omar Mokhtar menempertahankan negara libya dari kerajaan Itali.

Omar Mokhtar mengatakan aku mempertahankan negara ia sebahagian daripada iman. Kata-kata ini membangkitkan semangat orang Islam di Libya ketika itu.

Melangkah sejenak ke tahun 1892, kita menyingkap sejarah tentang kelahiran seorang bayi serba daif di sebuah kampung pada zaman pemerintahan Khilafah Uthmaniyyah. Selepas ayahnya meninggal dunia pada usianya 16 tahun, anak muda ini diletakkan di bawah asuhan dan perhatian seorang syeikh (guru) di antara syeikh-syeikh yang ada di kampung beliau.

Berkat didikan Syeikh tersebut, lama kelamaan beliau mula mengamalkan cara hidup Islamiyyah di mana beliau hanya tidur selama 3 jam setiap malam agar mudah bagi beliau untuk bangun bersembahyang pada sepertiga malam. Tidak cukup sekadar itu, beliau juga gemar membaca ayat-ayat suci Al-Quran hingga fajar menyinsing. Walaupun menghadapi pelbagai kesukaran sepanjang hidupnya, beliau berjaya menghafaz Al-Quran, dan mengulanginya dengan lengkap setiap tujuh hari.

Keberanian dan kebijaksaan beliau memang dikenali di setiap pelusuk daerah. Malah, beliau menjadi ikutan dan contoh kepada orang ramai pada ketika itu. Bukti keistimewaan beliau terserlah pada ketika beliau berkafilah (berdagang) ke Sudan semasa beliau masih muda. Ditakdirkan Tuhan, seekor singa telah menghalang kumpulan kafilah-kafilah ini daripada memasuki satu laluan sehingga mereka terpaksa mengubah hala mereka kerana takut akan si singa tadi. Untuk menyelamatkan diri, ada yang terpaksa mengorbankan unta mereka sebagai percubaan terakhir untuk melepaskan diri, walaupun unta pada ketika itu merupakan salah satu harta yang berharga buat mereka.

Beliau yang mengetahui tentang ancaman singa berkenaan, lantas tampil untuk cuba meleraikan kekecohan. Tidak seperti kafilah-kafilah lain yang buntu mencari jalan penyelesaian, beliau tangkas menunggang kudanya bersama senapang beliau dan memburu singa tersebut. Sejurus kemudian, beliau mengejutkan kumpulan-kumpulan kafilah tadi apabila pulang dengan membawa kepala singa berkenaan. Mereka sangat bersyukur akan pengorbanan yang dilakukan beliau dan sejak dari itu lah beliau digelar ”Singa Cyrenaica”

Dibesarkan dengan ajaran agama dan diserapkan dengan nilai-nilai keberanian seorang pahlawan, telah memberi impak yang hebat buat beliau. Akhlak dan karisma yang dimiliki bukan hanya memberi kesan pada kaum, negara dan bangsanya, malah kepada umat Islam sedunia selepas zaman penjajahan.

Apabila umur beliau menjangkau lingkungan 20-an, beliau semakin dikenali berikutan kematangan dan kehandalan beliau dalam menyelesaikan sesuatu masalah yang ditimbulkan suku bangsa beliau pada ketika itu. Pandangan serta nasihat beliau didengari oleh setiap penduduk kampung tidak kira di mana beliau berada. Kesopanan dan tata tertib yang dipamerkan dalam sikapnya yang disenangi ramai, memang cukup disegani. Kepetahan beliau tatkala berbicara, susunan ayat yang teratur, membuatkan orang ramai tertarik untuk mendengar ucapan mahupun ceramah yang disampaikan beliau. Keunikan inilah yang menjadi aset untuk beliau menyatukan puak-puak pada ketika itu di samping memudahkan usaha beliau untuk mengumpul kumpulan perang bagi melawan penjajah-penjajah yang datang untuk mengambil alih pemerintahan pada ketika itu.

Pada usia beliau 30an, bermulalah zaman penjajahan yang mula berkembang ke seluruh pelusuk dunia. Fenomena ini telah membayangi kehidupan beliau untul tampil bertindak. Pada ketika dunia dirosakkan oleh anasir-anasir Eropah, beliau bangkit mempertahankan kedaulatan Islam dengan semangat kentalnya. Beliau bersama-sama dengan satu kumpulan bernama Banu Sanus, yang selepas itu dikenali dgn nama Sanusi, menentang penjajahan Perancis tanpa rasa takut walau sedikit pun. Mereka juga pernah menentang penjajah-penjajah Inggeris yang diselubungi rasa tamak dan haloba untuk menakluki tanah air mereka.

Apabila Itali bersekongkol dengan negara-negara Eropah yang lain dalam membuat kacau-bilau di hemisfera selatan dengan menjajah Afrika Utara, beliau yang ketika itu sudah pun menjangkau usia 50-an, mula mengumpulkan pejuang-pejuang bagi menentang penjajahan di tanah air mereka, Libya.

Itali yang mula resah akan tindakan berani beliau dan pengikut-pengikutnya, mula mengatur strategi dengan cuba untuk merasuah beliau agar menyerah diri, dan menerima tawaran mereka untuk mentadbir dengan jawatan tinggi dalam kerajaan, selain menjanjikan harta kekayaan buat beliau. Taktik kotor mereka ditolak mentah-mentah. Kata-kata beliau terhadap mereka ketika itu yang amat terkenal berbunyi..”Saya bukannya orang yang mudah dipengaruhi. Betapa kuat cabaran dan desakan mereka untuk mengubah pendapat dan kepercayaan saya, Allah tidak akan mengizinkannya.”

Gagal dengan strategi pertama, Itali mula menggunakan taktir kotor kedua mereka dengan menggesa beliau supaya meninggalkan bandar kediamannya, dan berpindah ke bandar yang lain, berhampiran dengan pusat pemerintahan kerajaan. Tidak cukup dengan itu, mereka juga cuba menawan hati beliau dengan menawarkan gaji bulanan yang tinggi supaya beliau akur dengan kehendak mereka. Walaubagaimanapun, sekali lagi usaha mereka gagal apabila beliau menolak dengan berkata, ”Tidak! Aku sesekali tidak akan meninggalkan tanah airku sehinggalah tiba waktunya aku bertemu Tuhanku. Ajal adalah perkara yang paling hampir denganku berbanding yang lain. Aku menunggunya setiap waktu.”

Keazaman dan kesungguhan beliau untuk menentang penjajahan walaupun pada usia 70-an telah berjaya membakar semangat bangsa dan kaum beliau untuk terus berjuang walaupun menderita. Beliau berikan mereka harapan dan keyakinan bagi menentang bala tentera penjajah yang jauh lebih ramai daripada pejuang-pejuang mereka sendiri. Di kala pihak penjajah dilengkapi alat-alat kelengkapan perang serba moden dan canggih, pejuang-pejuang ini tabah menahan lapar dan dahaga berbekalkan hanya senjata dan kuda-kuda mereka. Selepas kedudukannya kukuh, golongan Ummah mula mengelilinginya. Beliau berjaya menyerang bangsa Itali pada tempat kelemahan mereka. Beliau menyerang balas dengan tegas dan pantas terhadap golongan penjajah yang menyangka menguasai tanah orang Islam dan menindas mereka merupakan suatu kerja yang mudah.

Seorang pejuang yang berusia 90-an dari oasis Jalu, Abu Karayyim, merupakan salah seorang sahabat yang setia berjuang bersama beliau di selatan pedalaman. Walaubagaimanapun, kesukaran mendapatkan bekalan makanan menyebabkan kebanyakan daripada mereka kelaparan dan diserang penyakit. Ekoran itu, semakin berkuranglah bilangan pejuang-pejuang mereka bagi menentang Itali. Mengetahui situasi ini, askar-askar Itali telah mengambil kesempatan dengan membakar dan merompak kampung-kampung. Kaum wanita, warga tua, dan kanak-kanak tidak terkecuali dalam perbuatan jijik mereka. Atas desakan hidup, mereka terpaksa ditempatkan di kem-kem tahanan kerana tiada pilihan lain.

Muhammad az-Zaway, seorang pahlawan yang dulunya pernah bersama beliau memerangi tentera Perancis, cuba memujuk beliau untuk berundur ke Mesir dengan pejuang-pejuang yang lain. Tetapi beliau enggan untuk menyerah kalah walaupun mengetahui bahawa peluang beliau semakin tipis untuk mengalahkan musuh yang boleh menghapuskan beliau dalam sekelip mata dek kerana bilangan mereka yang semakin bertambah dari semasa ke semasa.

Bila ditanya, mengapa beliau masih setia berjuang, beliau menyatakan yang beliau berjuang kerana agama dan beliau tidak sanggup untuk melihat pihak musuh menduduki tanah airnya. Beliau akan terus menentang dan menentang kezaliman, tidak kira sama ada menang atau kalah. Yang pasti, kejayaan datang hanya dari Allah swt. Beliau juga menolak untuk mengadakan perundingan damai dengan pihak penjajah dengan menyatakan bahawa ’mereka tidak mempunyai apa-apa melainkan untuk melawan musuh-musuh Allah.’

Selepas mengharungi beberapa peperangan yang tidak terkira banyaknya, akhirnya beliau tewas juga di tangan musuh. Di akhir peperangan tersebut, tinggal hanya beliau serta salah seorang pengikut setianya yang masih teguh berdiri di medan perang. Tangan dan kaki mereka dirantai dan dibawa ke bandar yang bernama Suluq di mana kubu tentera Italy berpusat.

Pejuang yang dihormati ini percaya bahawa Jihad adalah disyariatkan pada setiap umat Islam sekiranya tanah air mereka dikuasai penjajah. Dengan semangat yang berkobar di dalam jiwanya, di samping keberanian dan sifat kesungguhan yang tinggi, menyebabkan beliau dihormati dan disegani oleh sesiapa saja termasuklah musuh-musuh beliau sendiri.

Pegawai tentera yang menyoal siasat beliau berkata, “Apabila beliau tiba sampai ke pejabat saya, beliau kelihatan seperti seorang daripada beribu murabiteen yang saya lihat di medan perang padang pasir. Tangan beliau dirantai. Tulangnya patah akibat perang tetapi beliau memaksa dirinya berjalan dalam keadaan derita kesakitan. Beliau tidak seperti tawanan lain yang biasa ditangkap sebelum ini. Beliau berdiri di dalam pejabat saya dan menjawab segala soalan yang kami kemukakan dengan suara yang tenang dan jelas. Apabila beliau mahu mula beredar, tampak mukanya yang kelihatan bercahaya membuat saya terpegun dan terkejut. Terketar bicara saya di akhir perbualan kami semasa saya mengarah beliau kembali ke sel penjaranya sebelum upacara pengadilan di mahkamah pada sebelah petangnya.”

`Umar Al-Mukhtâr, ditahan oleh tentera Itali

Beliau adalah seorang lagenda yang tetap teguh pada agamanya walaupun teruk ditentang. Bilamana menteri-menteri dan ketua-ketua negara beliau yang lain menyerah diri begitu saja kepada Itali serta menyelamatkan diri sendiri dengan berpindah ke negara lain, beliau tanpa ragu-ragu tetap berjuang mempertahankan Islam dan tanah air daripada terus dijajah. Salah seorang ulama dari kalangan Sanusi, yang pernah bertarung bersama beliau menentang Perancis dan British, gagal menghantar bantuan kepada beliau tepat pada masanya. Malah, ramai di kalangan ulama-ulama ini sanggup berpaling tadah dengan menggadaikan tanah orang Islam bagi memperoleh belas simpati, gaji bulanan, serta bebas dari cukai pendapatan. Sikap seumpama inilah yang sering kita lihat pada sesetengah umat Islam yang belot pada hari ini.

Berlawanan dengan tindakan kebanyakan orang Islam pada waktu itu, beliau mengeluarkan sebuah Al-Qur’an, dan bersumpah dengan nama Allah s.w.t. bahawa beliau akan terus menentang golongan penjajah, biarpun secara berseorangan mahupun sehingga syahid. Dalam 20 tahun terakhir hidupnya, beliau telah memimpin dan berjuang dalam 1000 peperangan.

`Umar Al-Mukhtâr bersedia untuk syahid

Apabila Ketua Panglima perang Itali menawarkannya peluang terakhir untuk hidup di bawah pemerintahannya, dengan syarat beliau mesti mematuhi segala arahannya, beliau menjawab, “Aku tidak akan berhenti menentang kamu, sehinggalah kamu meninggalkan tanah airku, atau sehinggalah aku mati. Dan aku bersumpah kepada Allah Yang Maha Mengetahui sesuatu di dalam hati manusia, jikalau bukan kerana tanganku diikat sebegini, nescaya aku akan tetap melawanmu dengan tangan kosong, biarpun dalam keadaan yang tua dan cedar sebegini.”

Pada waktu itulah, Ketua Panglima perang itu ketawa, sambil mengarahkan supaya beliau digantung, selepas mengadakan sebuah perbicaraan ‘olok-olok’ yang direka untuk menjaga maruah kerajaan Itali. Walaupun perbicaraan untuk beliau masih belum bermula, tali gantung telah pun disediakan untuk beliau di luar mahkamah.

Penggantungan beliau telah disaksikan oleh ratusan puak pada tahun 1931. Namun demikian, kerjaan Itali tidak berjaya dalam usaha mereka untuk menakutkan golongan orang Islam. Bahkan, yang sebaliknya pula yang terjadi. Kematian beliau telah menggoncang jiwa umat Islam seluruh dunia, dan dari situlah pelbagai penentangan bermula, terutamanya di Utara Afrika.

Semoga Allah meninggikan darjatnya di syurga.

Orang-orang Itali yang berjiwa kotor telah mengambil gambar mayat beliau yang diikat, sambil dikelilingi oleh panglima-panglima perang yang tersenyum puas bersama mereka-mereka yang riang gembira dengan kematian beliau. Tanpa disedari mereka, kematian di tangan musuh demi memperjuangkan hak Allah inilah yang sebenarnya menjadi idaman setiap orang Islam sejati.

Syahid di tali gantungan

Pejuang unggul ini, tidak lain dan tidak bukan, adalah Omar Al Mukhtar, dan cerita tentang keperwiraannya akan kekal sehinggalah ke hari kiamat, insyaAllah. Dengan darahnya, beliau telah membawa cerita kejayaan, beliau telah menjadi lagenda di kalangan lagenda, dan beliau telah menjadi teladan untuk mereka yang ingin hidup dengan maruah Islam yang dihormati, walaupun pada saat-saat ditindas.

Golongan yang menyerah kalah dan para ilmuan yang telah berpihak kepada kerajaan Itali tidak dibunuh ataupun dipenjarakan. Mereka mati dalam keadaan biasa’ dan mugkin di dalam keadaan mewah dan selesa, di bawah perlindungan golongan penjajah Itali. Naumn demikian, kematian mereka tidak membawa sebarang erti. Dan, Neraka Jahanam adalah tempat bagi mereka yang bersekongkol dengan golongan penjajah yang kafir. Omar Al Mukhtar hidup dan berjuang demi Islam sepanjang hayatnya. Beliau diikat, dipenjarakan, dan dihukum gantung. Namun, cerita keperwiraannya kekal berterusan, dan insyaAllah, Syurga adalah tempat bagi mereka yang syahid.

Omar Al Mukhtar terikat kepada Allah s.w.t, bergantung hidup padaNya, dan sentiasa menerima takdir Ilahi. Beliau telah meminta daripada Allah s.w.t. untuk mati syahid, dan itulah yang telah beliau capai, InsyaAllah.


(Di petik daripada tulisan Ramli bin Abd Rahim)

SUMBER: abubasyer

07 September 2012

Bersin.

Hathchum!

"Alhamdulillah," Muaz memuji Allah selepas bersin.

"Yarhamkallah," perlahan dan sejuk hati Muaz mendengar ada seseorang mendoakannya. Ternyata dia adalah seorang muslimah yang menjaga auratnya.

"Yahdina Yahdikumullah," jawab Muaz sambil tersenyum. Berbunga hati menatap muslimah itu. Bibirnya menguntum sebuah kebahagiaan.

Dia terpandang cincin yang dipakai oleh muslimah itu. Oh, sudah berpunya rupanya. Bisik hatinya. Muaz terus menyelesaikan tugasnya di kaunter bank untuk pelanggannya itu. Sebaik mungkin tugasannya diselesaikan.

Muslimah itu kelihatan gelisah. Seolah-olah ada debaran memandang jejaka yang berurusan dengannya. Sebaik mungkin dia berusaha menenangkan diri melihat catatan pada dinding di belakang kaunter bank itu.

Tiba-tiba rasa nak buat cerpen. Kena ambil mood dulu. hehehe
**********

Apa kesudahan cerita ini? lupakan. Apa yang nak diberitahu adalah doa untuk orang yang bersin.

Tahukah kita bahawa apabila seseorang bersin, dia mengeluarkan penyakit dalam tubuhnya. Semasa bersin juga semua organ-organ penafasan, sistem penghadaman tubuh, kencing dan jantung akan terhenti.

Apabila jantung berfungsi semula, kita sebagai orang Islam disunatkan mengucap tanda syukur "Alhamdulillah". Bagi yang mendengar disunatkan mendoakannya dengan menyebut "yarhamkallah" (bagi lelaki) dan "yarhankillah" (bagi perempuan). Jika seseorang itu mendengar doa orang lain untuknya..jawablah dengan kalimah "Yahdina yahdikumullah"

"Bersin merupakan kegiatan yang positif karena memiliki fungsi membersihkan faring (rongga antara hidung, mulut dan tenggorakan) dan ini adalah hal yang baik, sedangkan menahan bersih justru berbahaya karena bisa menimbulkan beberapa risiko,' ujar Dr Michael Roizen, kepala Wellness Officer Clevelend Clinics, seperti dikutip dari Doctoroz.com.


Roizen mengungkapkan ada beberapa bahaya yang boleh ditimbulkan jika seseorang menahan bersin oaitu:

   1. Menyebabkan patah tulang di tulang rawan hidung
   2. Mimisan
   3. Pecah gendang telinga
   4. Gangguan pendengaran
   5. Vertigo
   6. Retina yang terlepas atau mengalami emfisema.

Hal ini karena tubuh berusaha menahan kecepatan dari bersin yang tinggi. Cedera yang timbul umumnya mempengaruhi struktur bagian dalam kepala.

Emfisema adalah suatu kondisi yang bisa menyerang anak-anak ataupun orang dewasa. Situasi ini sangat berbahaya dan berpotensi mematikan karena dapat membatasi kemasukan udara. Tanda-tanda yang muncul biasanya wajah atau leher yang membengkak dan timbul rasa ketidaknyamanan.

"Untuk membantu seseorang agar mudah bersin bisa dengan cara melihat cahaya terang, hal ini dapat merangsang saraf optik yang melintasi jalur pusat bersin. Selain itu iritasi yang terjadi di saraf dekat pusat bersin juga bisa memicu seseorang untuk bersin," tambahnya.

Saat seseorang bersin biasanya diikuti oleh keluarnya bakteri atau kuman dari dalam tubuh. Hal ini berguna untuk menjaga hidung agar tetap bersih, karenanya seringkali bersin terjadi secara berulang-ulang.

Jadi jangan menahan bersin untuk menghindari beberapa risiko tersebut. Tapi jangan lupa untuk menutup mulut dan hidung dengan tangan, tisu, sapu tangan atau lekukan lengan saat bersin, agar bakteri dan kuman yang keluar tidak membahayakan orang lain.


Sumber :
ver/ir - health.detik.com

06 September 2012

Detik Kelahiran Rasulullah.

Rabi'ah bin Nashr, Raja Yaman didatangi mimpi yang menakutkan. Dihadapan para pembesarnya , dia meminta kepastian da mengatakan hanya orang yang sudah mengetahuinya yang akan dapat menyebut tentang mimpinya. Salah seorang daripada pembesar itu mencadangkan supaya dipanggil Syiqq dan Sathih kerana mereka lebih tahu tentang hal ini menurut orang-orang Yaman.

Seorang utusan diutus untuk memanggil Syiqq dan Sathih ini. Sathih paling awal sampai mengadap raja Yaman itu. Raja meminta Sathih memberitahu apa yang dimimpikan oleh beliau. Jika tidak tafsir mimpi Sathih dianggap tidak tepat. Sathih mengatakan Rabi'ah bin Nashr telah bermimpi melihat benda hitam yang keluar dari tempat gelap. Kemudian benda hitam itu jatuh ke tananh yang rata. Akhirnya semua makhluk yang hidup dapat memakannya.

Raja Yaman mengangguk dan meminta tafsir dari mimpi ini. Sathi berkata ," Aku bersumpah dengan malam dan siang bahawa orang-orang Habsyi akan memasuki negeri kamu dan mereka akan menguasai daerah anatar Abyan hingga Juras."

"Kejadian ini berlaku bukan pada zaman tuanku, bahkan 60 atau 70 tahun akan datang," kata Sathih lagi. 

"Apakah daerah-daerah ini akan terus berada dibawah kekuasaan mereka?" tanya Raja Yaman dengan nada kebimbangan.

"Sementara sahaja. Daerah-daerah ini akan berada ditangan mereka selama 70 tahun atau lebih kerana mereka akan akan dibunuh dan dihalau keluar dari tempat itu dalam keadaan tergesa-gesa," jelas Sathih.

"Siapa yang membunuh dan menghalau mereka?"tanya Rabi'ah bin Nashr.

"Orang yang dimaksudkan itu  adalah Iram bin Dzi Yazan. Dia memerangi orang-orang Habsyi ini dari arah Aden dan membunuh semua yang ditemui sebelum sempat mereka lari keluar dari Yaman," kata Sathih.

"Apakah daerah-daerah ini akan berterusan dibawah kekuasaan mereka?" Rabi'ah bin Nashr meminta kepastian.

"Tidak selama-lamanya. Seorang nabi akan muncul. Baginda mendapat wahyu dari Zat Yang Maha Tinggi," kata Sathih.

"Nabi  ini berasal dari mana?" persoalan yang perlu dirungkaikan oleh Rabi'ah bin Nashr.

Menurut Sathih, nabi ini dari keturunan Bani Ghalib bin Fihr bin Malik bin An-Nadr. Kekuasaan berada dalam genggaman kaumnya hingga akhir zaman. Akhir zaman ini berakhir dengan manusia dikumpulkan. Pada hari tersebut, orang yang mekaukan kebaikan mendapat kebahagiaan dan orang yang jahat akan mendapat kecelakaan.

Apabila Syiqq datang mengadap, Rabi'ah bin Nashr ini merahsiakan apa yang didengari dari Sathil. Dia bertanya sebagimana dia bertanya kepada Sathih. Ada beberapa tafisran yang membezakan kata-katanya dengan Sathih.

Syiqq menyatakan bahawa akan datang kaum dari Sudan singgah ke Yaman, mereka merampas gadis-gadis remaja dan berkuasa antara Abyan hingga Najran. Perkara ini terjadi selepas pemerintahan Rabi'ah bin Nashr. Kemudian akan diselamatkan oleh orang yang hebat. Orang tersebut mendatangkan kehinaan kepada mereka. Orang hebat ini adalah anak muda yang merendah diri. Dia akan keluar menemui orang-orang Sudan ini dan tidak membiarkan kekuasaan mereka di Yaman.

"Kezaliman akan dihentikan oleh rasul yang diutuskan kebenaran dan keadilan diantara orang yang beragama dan orang-orang mulia. Kekuasaannya akan berda pada genggamannya hingga Hari Pengadilan." kata Syiqq.

"Hari Pengadilan adalah hari para penguasa mendapat balasan atas perbuatannya dan satu seruan akan didengari dari langit. Suara itu dapat didengari oleh semua manusia sama ada yang hidup atau yang telah mati. Pada hari tersebut akan dikumpulkan semua manusia. Pada hari itulah keuntungan dan kebaikan menjadi milik orang-orang yang bertaqwa," jelas Syiqq apabila Raja Yaman ini bertanya tentang Hari Pengadilan.

Penjelasan tafsir dari Sathih dan Syiqq memberi kesan kepada Raja Yaman ini. Kemudian Rabi'ah bin Nashr berhijrah ke Iraq. Rabi'ah bin Nashr ini menyerahkan anak-anakanya untuk dijaga oleh Raja Parsi. Selepas dia meninggal dunia, tempatnya digantikan oleh Hassan bin Tuban As'ad Abu Karib.

Raja Hassan menjadi Raja Yaman baru. Dalam perjalanan di sekitar negara-negara Arab,Raja Hassan dikhianati oleh saudaranya sendiri. Amr ingin merebut takhta Raja Hassan kerana hasutan dari orang-orang Himyar. Amr membunuh Raja Hassan. Sampai di Yaman, Amr bin Tubba' As'ad tidak dapat tidur. Para tabib dan doktor dipanggil untuk merawatnya. Dia tetap tidak dapat tidur. Selepas kematiannya, perpaduan orang-orang Himyar berpecah-belah.

Kemudian orang-orang Himyar melantik Dzu Nuwas sebagai Raja Yaman dan raja terakhir bagi orang-orang Himyar. Berlakulah pemerintahan zalim di Yaman. Dialah yang melakukan kezaliman dalam peristiwa pembakaran rakyat dalam parit besar atau dinamakan Ashabul Ukhdud. Ramai rakyat ini menyatakan keimanan kepada Tuhan Abdullah bin Ats-Tsamir. Seorang budak yang belajar ilmu sihir dan ilmu agama dengan Faimiyyun.

Daus Dzu Tha'labah terselamat dari pembunuhan beramai-ramai ini. Dia meminta bantuan Kaisar Raja Rom untuk memerangi Dzu Nuwas. Kaisar menulis surat kepada Najasyi, Raja Habsyah yang beriman kepada agama Nabi Isa. Najasyi dan kekuatan pasukan 70 ribu orang berangkat ke Yaman  diketuai oleh Aryath dan Abrahah bin Asyram berangkat ke Yaman. Dzu Nuwas dan pasukannya tidak dapat bertahan lama dan meminta pasukannya berundur ke dalam laut. Akhirnya mereka tenggelam. Itulah kesudahan Dzu Nuwas.

**********

PERISTIWA TENTERA GAJAH ABRAHAH 

( setelah Tuan Abdul Latip Talib edit)

Mengenai peristiwa tersebut Allah berfirman dalam al Quran surah al Fil ayat 1 – 5 bermaksud.

“Tidakkah engkau tahu bagaimana Tuhanmu melakukannya terhadap tentera bergajah?. Tidakkah ia menjadikan tipu daya mereka itu sia-sia. Dan mengirim kepada mereka burung-burung yang melempar mereka dengan batu dari tanah yang keras. Lalu Allah menjadikan mereka seperti daun yang dimakan ulat.”

Di bahagian selatan Semenanjung Tanah Arab terdapat kerajaan Habsyi yang diperintah oleh Najasyi. Baginda melantik Abrahah bin Arsam  sebagai Gabenor di Yaman dengan menjadikan Kristian sebagai agama rasmi.

Setelah berkuasa di Yaman, Abrahah berasa amat cemburu dan sakit hati apabila melihat orang-orang Arab dari pelbagai pelusuk semenanjung tanah Arab pergi ke Mekah mengunjungi Kaabah. Justeru itu, dia bercita-cita membina sebuah bangunan yang lebih cantik dari Kaabah di Mekah. Abrahah ingin menjadikan negeri Yaman menjadi tumpuan orang-orang Arab. Dia  yakin hanya dengan membina sebuah bangunan yang lebih cantik dari Kaabah  orang ramai akan datang ke Yaman.

Abrahah segera memerintahkan rakyatnya  membina sebuah bangunan yang besar dan  cantik  di Shan’a. Segala nilai seni dan keindahan  digunakan bagi menghiasi tempat ibadat yang  dikenal dengan nama Qullais. Kemegahan dan kecantikannya tiada tandingannya. Kemudian Abrahah menulis surat kepada raja Najasyi.

“Wahai, Tuanku. Aku telah membangun sebuah gereja yang belum pernah dibangunkan orang  sebelum Tuanku.  Rakyat Yaman berasa kagum dan ramai mengunjunginya.  Namun aku belum puas sehingga mampu memalingkan  bangsa Arab  melaksanakan haji kepadanya. Aku mahu Yaman menggantikan Kota Mekah.”

Raja Najasyi bersetuju lalu menyatakan puji-pujiannya terhadap Abrahah.  Kemudian dia memaksa rakyat Yaman dan negeri-negeri di bawah nanungan Raja Najasyi  mengunjungi Qulais. Namun masih tidak dapat mengajak bangsa Arab kerana mereka tetap juga pergi ke Mekah mengunjungi Kaabah.  Hatinya semakin sakit dan menunggu masa yang sesuai untuk bertindak.

Niat Abrahah membina Qulais bagi menandingi Kaabah itu  sampai ke pengetahuan  seorang ketua Bani Kinanah. Dia mengajak orang-orangnya pergi ke Yaman lalu  menceroboh masuk ke dalam Qullais pada waktu malam. Mereka mengambil  perhiasan yang berharga kemudian melumurkan rumah ibadat itu dengan najis.

Abrahah berasa sangat marah dan terhina lalu bersumpah akan pergi ke Mekah menghancurkan Ka’bah. Dia segera mempersiapkan tenteranya yang dikenali sebagai tentera bergajah Abrahah.

Berita  tentera bergajah Abrahah mahu menyerang Kota Mekah mengemparkan  seluruh kabilah Arab. Pada mulanya mereka merasakan  wajib mempertahankan Ka'bah lalu bertekad mahu berperang.

Salah seorang pemuka Arab bernama Dzu Nafar  mengajak  kabilahnya  berjihad mengagalkan usaha itu bagi melindungi Baitullah Al-Haram. Dia mahu menunjukkan kabilahnya mampu menyelamatkan Kaabah.  Ternyata kekuatan mereka  tidak seimbang bagi menghadapi tentera bergajah Abrahah.  Dzu Nafar dan pasukan tenteranya dengan mudah dapat dikalahkan lalu menjadi  tawanan. Abrahah ingin membunuh tawanan itu namun Dzu Nafar segera  datang menyembah.

"Tuan jangan  bunuh saya. Barangkali ada faedahnya tuan biarkan saya hidup. Saya sanggup melakukan apa sahaja untuk tuan," rayu  Dzu Nafar. 

Abrahah tidak jadi membunuhnya kerana boleh digunakan bagi membantu menghancurkan Kaabah. Dzu Nafar dan semua pengikutnya bergabung dengan tentera gajah Abrahah.  
Kemudian tampil pula  seorang lagi pemimpin Arab bernama Nufail bin Habib al-Khats'amiy. Dia memimpin dua kabilah iaitu Syahran dan Nahis bagi menyekat kemaraan tentera gajah Abrahah. Mereka disokong beberapa kabilah Arab lagi.

Mereka berperang menentang tentera bergajah  Abrahah tetapi Nufail juga kalah dan menjadi tawanan. Sebelum Nufail dihukum bunuh, dia datang menyembah Abrahah.

"Jika  tuan bebaskan saya maka  saya boleh menjadi penunjuk jalan ke negeri Mekah. Pengikut saya dari kabilah Syarhan dan Nahis akan berada di bawah perintah tuan," rayu Nufail dengan bersungguh-sungguh lalu dibebaskan  oleh Abrahah. Nufail  menjadi  penunjuk jalan sehingga sampai ke Thaif.

Sampai di Thaif, pemimpin Thaqif (nama sebuah negeri di Thaif) yang bernama Mas'ud bin Muattib bersama-sama para pemimpin-pemimpin yang lain datang ke hadapan Abrahah lalu pura-pura menyatakan sokongan kepadanya.

"Tuan, kami ini adalah hamba sahaya tuan. Kami tunduk dan patuh mengikut arahan tuan. Kami tidak akan sekali-kali melawan perintah tuan," kata Mas'ud.  Dia terpaksa berbuat begitu kerana yakin tidak mampu menentang Abrahah dan pasukan tentera gajahnya.

Abrahah bersetuju tidak menyerang penduduk Thaqif dan sebagai balasannya  Mas’ud bin Muattib menyuruh orang kepercayaannya menjadi penunjuk jalan menuju ke Mekah.  Penunjuk jalan sengaja membawa  tentera Gajah Abrahah ke a rah yang salah supaya sesat di padasng pasir.

Namun seorang penduduk Taif  bernama Abu Raghal yang menyertai pasukan gajah Abrahah telah berpaling tadah lalu menunjukan jalan yang sebenar.  Mereka berhenti  rehat di Mughammis yang  terletak tidak jauh dari Kota Mekah.

Tiba-tiba Abu Raghal, si penghianat  itu mati secara mengejut lalu ditanam di Mughammis. Kuburnya ditanda oleh orang Arab sebagai penghianat. Setiap orang Arab yang melalui kawasan itu akan melontar batu ke arah kubur  pengkhianat itu.

Di Mughammis, Abrahah mengutuskan seorang utusan dari bangsa Habsyi ke negeri Mekah. Nama utusan itu adalah Aswad bin Maqfud. Aswad terus menunggang kuda menuju ke Mekah. Setelah sampai di wilayah Mekah, dia merampas hartabenda penduduk Tihamah dari puak Quraisy dan Arab yang lain. Harta ini termasuklah 200 ekor unta kepunyaan Abdul Mutalib bin Hasyim. Ketika itu, Abdul Mutalib pemimpin yang disegani di kalangan puak Quraisy.

Perbuatan utusan Abrahah itu menimbulkan kemarahan penduduk Mekah.  Aswad bin Maqfud pemimpin kabilah Kinannah dan kabilah Huzail  menyatakan kesanggupan mereka untuk berperang melawan tentera Abrahah.  Namun dapat ditenangkan oleh Abdul Mutalib dengan mengatakan  kekuatan mereka tidak setanding dengan jumlah tentera bergajah Abrahah.

Kemudian  Abrahah mengirim lagi utusan  dibawah pimpinan Hunathah al-Himyariy ke Mekah. Tujuannya bagi menjalin  hubungan baik dengan pemimpin Arab dan pemimpin kabilah-kabilah yang berpengaruh.

Hunathah datang ke Mekah menemui  Abdul Mutalib bagi menyampaikan pesanan Abrahah itu.
"Demi Allah, katakan kepada ketua kamu bahawa kami tidak bermaksud hendak  berperang. Rumah ini adalah Rumah Allah. Kalau Allah hendak mempertahankan rumahNya dari diruntuhkan, itu urusan Allah. Kalau dibiarkan rumahNya diruntuhkan orang, apalah daya kami. Kami tidak mampu mempertahankannya," kata Abdul Mutalib sebaik sahaja mendengar pesanan Abrahah melalui Hunathah.

"Kalau begitu, tuan harus datang sendiri menghadap beliau. Saya diarahkan untuk mengiringi Tuan," kata Hunathah.

"Baiklah," kata Abdul Mutalib.

Abdul Mutalib pergi mengadap Abrahah  dengan diiringi beberapa orang puteranya.  Sepanjang perjalanan itu Hunathah turut mengiringinya  hingga sampai ke perkhemahan Abrahah.

Abdul Mutalib seorang yang rupawan, berwajah menarik dan berwibawa. Sebaik sahaja beliau masuk, ada sesuatu yang memaksa Abrahah bangun menghormatinya dan menjemputnya masuk ke dalam  khemah. Abrahah merasakan orang itu tidak layak duduk lebih rendah darinya.  Oleh itu dia duduk bersama Abdul Mutalib diatas hamparan yang disediakan.

"Apakah hajat  kedatangan kamu ke sini. Katakanlah nescaya aku perkenankan," Abrahah memulakan bicara.

"Tujuan kedatanganku hanya untuk meminta supaya Tuan memulangkan kembali 200 ekor untaku yang dirampas oleh utusan tuan," kata Abdul Mutalib dengan tenang.

"Tadi aku terpesona melihat sikap dan rupamu yang hebat, selayaknya menjadi  pemimpin suatu kaum. Tetapi kini hairan kerana kamu hanya mengemukakan soal unta kamu yang berjumlah  200 ekor dan dia tidak membicarakan tentang Kaabah yang menjadi pusat keagamaan dan keagungan nenek moyangmu. Aku datang semat-mata mahu meruntuhkannya. Tapi kamu anggap hal ini kecil sahaja," kata Abrahah dengan suara yang tinggi.

“Saya adalah pemilik unta-unta itu. Adapun rumah itu (Ka’bah) mempunyai pemilik yang akan memeliharanya”. jawab Abdul Mutalib dengan tenang dan penuh tertib.

"Apabila aku mahu meruntuhkan Kaabah maka Tuhan  itu sendiri tidak dapat menahan  kemahuanku," kata Abrahah dengan sombong.

"Terserah kepada tuan. Saya datang ke mari hanya menguruskan unta-unta-unta kepunyaanku," kata Abdul Mutalib lagi.

Abrahah memulangkan  semula 200 ekor unta itu kepada Abdul Mutalib. Setelah pulang ke Mekah beliau menasihatkan supaya penduduk Mekah segera meninggalkan rumah mereka menuju ke  bukit-bukit yang berada di sekeliling Mekah supaya tidak menjadi mangsa amukan tentera bergajah Abrahah.

Kemudian Abdul Mutalib membuka pintu Ka’bah lalu masuk ke dalamnya. Beliau memanjatkan do’a kepada Allah supaya memelihara Kaabah daripada pasukan tentera bergajah Abrahah. Setelah itu, Abdul Mutalib bersama orang-orangnya  bergegas menuju ke bukit-bukit  di sekitar Ka’bah untuk bersembunyi serta melihat apa yang akan dilakukan Abrahah dan pasukannya terhadap Ka’bah.

Tidak lama kemudian Abrahah dan pasukan tentera bergajahnya mara bagi memasuki Kota Mekah.  Tetapi apabila melalui  daerah Shifah , tiba-tiba gajah-gajah  itu duduk dan tidak mahu berjalan. Apa yang peliknya gajah-gajah itu  hanya berhenti apabila  dihadapkan ke arah Baitullah. Apabila diarahkan  menuju  ke belakang atau ke arah lain dengan pantas gajah-gajah itu bangun dan berlari-lari. Namun Abrahah tetap memerintahkan pasukan tenteranya menuju ke kaabah.

Allah yang Maha Berkuasa mengagalkan niat jahat Abrahan untuk meruntuhkan kaabah dengan menghantar burung-burung yang datang  berpasuk-pasukan. Burung-burung itu  membawa batu yang dilontarkan kepada Abrahah dan para tenteranya seumpama kapal terbang yang menggugurkan bom-bom ke atas sasaran musuh. Mereka yang terkena batu itu akan mati serta merta.  Ada yang berlubang kepalanya dan ada yang putus anggota badannya akibat ditimpa batu itu.  Mereka gugur bagaikan daun-daun kering yang dimakan ulat.

Tahun terjadinya peristiwa ini dinamakan  Tahun Gajah. Dan pada tahun itu juga Nabi Muhamad SAW dilahirkan.

(Aku tak layak menulis tentang sirah ini. Harap Pak Latip tak marah. huhuhu)

**********

12 Rabiul Awal Tahun Gajah, jatuh pada hari isnin. Satu kelahiran yang ditunggu-tunggu oleh semua makhluk Allah. Kelahiran yang memberi sinar baru bagi ummat akhir zaman. Inilah kelahiran manusia agung yang diberu nama Muhammad bin Abdullah. Muhammad SAW dilahir yatim piatu. Bapanya Abdullah meninggal dunia ketika berusia 2 bulan dalam kandungan ibunya Aminah. Abdullah dikebumikan di Abwa' dalam perjalanan ke Syam selepas demam.

Nama Muhammad tidak pernah digunakan dalam mana-mana umat sebelum ini. Golongan Arab tidak mempedulikan kemunculan nabi akhir zaman sehingga hari kelahiran agung ini. Sedangkan penganut agama lain sudah lama membincangkan tentang kemunculan rasul akhir zaman sebagaimana di sebut dalam kitab Injil dan Zabur.

Sejak awal lagi makhluk Allah membicarakan tentang kelahiran agung ini. Semua ahli kitab menunggu saat ini. Kelahiran yang digembar-gemburkan sebagai penutup para nabi dan rasul serta membwa rakmat ke seluruh alam.

Ketika Nur Muhammad dimasukkan dalam rahim Aminah, Allah menyuruh malaikat membuka pintu firdaus dan memberitahu semua makhluk langit dan bumi tentang Muhammad. Segala makhluk yang ada di bumi berbincang tentang kedatangan nabi akhir zaman sebagaimana diceritakan dalam kitab Injil dan Zabur. Pendeta-pendeta yang alim juga menunggu kedatangan kekasih Allah ini.


Tanah disekitar Mekah yang kering tandus kelihatan subur. Jika dahulu, daun kelihatan jarang dan menanti gugur kini berdaun rimbun dan berbuah lebat. Semua ini terjadi sempena menyambut kelahiran Nabi Muhammad.

Kegembiraan terpancar pada wajah-wajah yang menunggu saat kelahiran Muhammad. Abu Lahab yang dicela Allah dalam Al-Quran adalah orang yang paling gembira sehingga membebaskan hambanya, Thuwaibah sebaik sahaja mendengar kelahiran manusia agung ini. Kerana kegembiraan ini menyebabkan Abu Lahab diringankan azab neraka setiap hari isnin. Pengasihnya Allah terhadap hambanya ini.

Lorong sempit di kawasan perkampungan Quraisy ini kelam dan malap terus berubah menjadi bercahaya. Jiran tetangga yang datang menziarahi bukan sekali bahkan berulang kali kerana daya tarikan dari wajah bayi yang mulia ini. Rumah ini terus disinari keberkatan dengan kunjungan yang bertali arus.

Aminah menceritakan bahawa cahaya pada wajah Abdullah hilang disaat dia mengandungkan bayinya ini. Cahaya itu seolah-olah masuk ke dalam perut sedangkan dia tidak mengetahui bahawa dia sedang mengandung. Itulah cahaya kenabian yang pernah dilihat oleh Nabi Adam ketika berada di syurga.

Aminah juga pernah bermimpi dalam keadaan dia menadah tangan ke langit. Kemudian dia melihat sendiri malaikat turun seumpama kapas yang terapung di udara. Malaikat berdiri di hadapan Aminah.
Kemudian berkata," Berita gembira untuk mu wahai ibu kepada seorang nabi. Puteramu akan menjadi menolong membebaskan manusia. Namakan dia Ahmad."

Begitu juga dia merasakan seolah-olah cahaya yang terang keluar dari farajnya dan menyinari semenanjung Arab sehingga boleh menampakkan Istana Busra di Yaman. Cahaya itu menyebab Istana Kisra retak dan 14 tiang serinya runtuh. Kejatuhan kerajaan Rom menjadi kenyataan apabila dalam tempoh 10 tahun empat orang Maharaja Rom telah memerintah dan berlaku perebutan kuasa dikalangan mereka sendiri.

Ketika malam kelahiran Muhammad, Aminah bermimpi bahawa dia diiringi Maryam ibu Nabi Isa dan Asiah ibu angkat Nabi Musa serta para bidadari mengiringinya. Selepas itu dia berasa sakit untuk bersalin. Ini menunjukkan Muhammad lebih mulia daripada Nabi Musa dan Nabi Musa.

Saat kelahiran itu, terbit cahaya yang menerangi rumah gelap itu. Muhammad keluar dari perut ibunya dalam keadaan sujud seperti sujudnya dalam solat sambil mengangkat jari telunjuk yang menunjukkan Allah itu satu. Kemudian memandang ke langit seperti sedang berdoa memohon sesuatu dengan bersungguh-sungguh. Keadaan ini disaksikan oleh As-Syifa' iaitu ibu kepada Abdul Rahman bin Auf dan penyambut kelahiran Muhammad SAW ini yang penuh keberkatan. As-Syifa' sendiri merasa hairan dengan kelahiran tanpa tangisan dari bayi ini. Tidak bagi seperti bayi-bayi lain. As-Syifa' dapat merasakan  kelahiran ini seolah-olah memberi sinar baru kepada dunia keseluruhannya.





Masih dalam proses editing.... 

02 September 2012

Pelik.

"Aku tak faham ape yang kau fikirkan,"

"Ya...memang aka tak faham. Tapi aku nak tulis juga. Lepas ni aku tak rasa  bersalah sebab tak bagi ayat 'geram' aku ni,"

"hahaha...kau memang buat tekanan dengan apa yang berlaku terhadap aku sekarang ini. Apa yang kau tahu tentang keluarga aku?"

" Aku tak tahu apa masalah keluarga kau. Yang pasti jika kau ada masalah, kau mesti ada masalah dengan ibu bapa. Tak pun dengan Allah,"

Setiap orang berbeza pemikiran termasuk aku. Aku tetap aku. Kau tetap kau. Jika kau nak buktikan ayat aku memang salah, cuba buktikan dengan keputusan exam yang telah kau lalui. Lepas tu aku tak akan provok dan bagi tekanan lagi. Think +ve wahai kawan.

'rasa2 muka aku macam ni tak?'

Tembakan aku menyebabkan ramai terasa hati. Direct to the point. Aku tak suka cakap berbelit-belit. Puji melambung-lambung. Itu bukan aku. Aku 'tembak' bukan bermakna aku baik seperti malaikat. Aku tak nak buat ayat
 'biar berkawan dengan syaitan yang dikenali daripada berkawan dengan malaikat yang tidak dikenali'
 Maaf. Aku memang bukan kawan terbaik. Tapi aku nak kawan aku buat terbaik untuk exam dia. Jangan putus asa dengan keputusan yang telah tertulis. Muhasabah diri. Apa yang menyebabkan ke'gagal'an belaku? Muhasabah diri untuk aku juga.

Jika kau rasa aku pelik, betul lah pada memikiran kau. Aku tetap aku. hehehe
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...