Mutiara Kata Untuk Murabbi.

"JIKA MURID DIAJAR DENGAN PUJIAN, DIA BELAJAR MENGHARGAI"

"JIKA MURID DIAJAR DENGAN CELAAN, DIA BELAJAR MEMAKI"

"JIKA MURID DIAJAR CEMUHAN, DIA BELAJAR RENDAH DIRI"

"JIKA MURID DIAJAR DENGAN PERSAHABATAN, DIA BELAJAR MENYAYANGI"

"JIKA MURID DIAJAR PERMUSUHAN, DIA BELAJAR BERKELAHI"

"JIKA MURID DIAJAR JAMINAN, DIA BELAJAR MEMPERCAYAI"

"JIKA MURID DIAJAR DENGAN PENGHINAAN, DIA BELAJAR MENYESALI"

"JIKA MURID DIAJAR DENGAN KEADILAN, DIA BELAJAR KESAKSAMAAN"

"JIKA MURID DIAJAR DENGAN DISKRIMINASI, DIA BELAJAR MEMENTINGKAN DIRI"

18 Februari 2017

Perkongsian Bengkel Hafazan

Alhamdulillah.

Telah selesai menghadiri bengkel hafazan. Membawa 2 orang pelajar dan seorang adik salah seorang dari mereka. Membawa mereka dengan kebenaran ibu mereka. Sangat bekerjasama. Aku tidak stres. Tiada tekanan. Yuran pendaftaran RM50 setiap orang.

Ada beberapa teknik yang dilaksanakan oleh mereka untuk ingatanku sendiri.

1. Minta pelajar baca taawuz dan basmah. Guru baca dan pelajar ikut.

2. Guru baca ayat pertama sebanyak 3 kali dan pelajar lihat Al-Quran sambil tunjuk apa yang sedang dibaca. Scan. Rekod guna mata.

3. Pelajar baca 3x. Guru dengar.

4. Guru beri 'key-word' supay pelajar mudah ingat sempena apa. Guru beri komen jika bacaan salah. Guru perbetulkan bacaan.

5. Ulang bacaan sebanyak 3x. Secara beramai-ramai.

6. Perdengarkan bacaan kepada kawan sebelah 3x. Mendengar bacaan kawan 3x.

7. Pelajar scan bacaan dan tutup buku. Pelajar ulang hafazan 3x secara ramai2 kemudian perdengarkan kepada kawan sebelah.

13 Februari 2017

Antara Guru Alim dan Guru Sihir.

Kali ini aku nak cerita tentang cerita yang pernah aku baca dan aku dengar. Cerita ini boleh dikatakan israiliyat. Ada yang kata ini cerita dongeng. Terpulang kepada ilmu masing-masing. Sejak kecil aku dibekalkan dengan buku-buku cerita yang nipis. Ayah yang belikan. Kadang-kadang aku baca buku tebal, kisah-kisah dahulu. Ada kisah 25 Nabi. Ada kisah para sahabat. Ada cerita orang soleh. Ada cerita pelik tapi benar. Insya Allah, aku cuba sampaikan pengetahuan aku ini secara coretan dalam entri kali ini. Terasa nak tulis panjang-panjang. Tetapi tengok kemampuan dan masa juga.

Kisah ini mungkin berlaku sebelum kelahiran Nabi Muhammad s.a.w.

Kisah ini bermula dengan seorang ahli sihir terkenal telah tua. Dia berkhidmat untuk mendapatkan kepercayaan rakyat. Raja tidak mahu rakyatnya memberontak dan membantah arahannya. Oleh itu, setiap raja akan ada ahli sihirnya untuk membuat kerja yang tidak mampu dilakukan oleh orang biasa.

Hasil temuduga ahli sihir ini, dia telah memilih seorang budak lelaki. Kira budak lelaki ini bijak dan senang diajar dan mudah faham. Budak lelaki ini memenuhi ciri-ciri yang dikehendaki oleh ahli sihir ini.

Dalam perjalanan ke istana, budak lelaki ini akan melalui sebuah gua. Sebelah gua ini ada sebatang anak sungai. Suasana sekeliling gua ini sangat nyaman dan tenteram. Budak lelaki ini selalu melihat seorang tua yang sangat jernih air mukanya. Bersih wajahnya. Bahasa mudah, apabila tengok terasa ada tarikan. Bukan jatuh cinta. Terasa ingin mendekati dan mengetahui rahsia lelaki ini.

Aku gelarkan dengan nama 'Syeikh' (Orang tua). Kalau Shah (kambing). Maaf yea bagi yang nama Shah. Teringat seorang pensyarahku memanggil anak muridnya Shah. Semuanya dipanggil Shah. Rupanya ustaz teringat kambing peliharaannya. haha

Secara rahsia, budak lelaki ini berguru dengan Syeikh ini. Syeikh ini pernah berpesan supaya apa yang dipelajari ini dirahsiakan dari pengetahuan ahli sihir ini. Jika tidak, dia akan dibunuh.

Suatu hari, dalam perjalanan ke istana, melalui jalan ditepi bukit, terdapat seekor lembu besar. Aku tak pasti lembu zaman dulu macam kerbau atau macam dinasor. Tak dapat nak 'imagine'. Disebabkan dia seekor, jalan tertutup. Mungkin jalan itu sangat sempit. Semua orang tidak dapat melalui jalan itu kerana halangan binatang ini. Kemudian budak lelaki ini berfikir, apakah tindakan yang boleh dilakukan olehnya untuk memudahkan laluan orang lain. Dia dapat satu idea.

"Aku ada dua orang guru. Inilah masanya untuk aku buktikan ilmu yang mana betul dan yang mana salah. Apa salahnya aku gunakan ilmu Syeikh," kata budak ini bersendirian.

Dia mengambil seketul batu dan berhajat melontarkan batu ke arah binatang ini.

"Ya Allah, jika ilmu Syeikh benar, kau hapuskan binatang ini," kemudian budak lelaki ini melontar batu ini ke arah binatang itu. Sekali lontaran itu, binatang itu mati. Dia berjanji akan menggunakan ilmu Syeikh itu bukan ilmu ahli sihir istana.

Berlalulah kisah ini beberapa tahun. Ada seorang pembesar istana telah buta. Dia datang kepada budak lelaki ini. Dia mendengar cerita budak ini sangat hebat dan dapat mneyembuhkan segala penyakit. Budak ini hanya minta dia menyembah Allah yang satu. Apabila telah bersaksi  bahawa Allah yang Esa, budak berdoa kepada Allah supaya pembesar buta ini sembuh. Dengan izin Allah, pembesar buta ini dapat melihat kembali.

Kisah pembesar ini sampai ke pengetahuan ahli sihir ini. Ahli sihir ini melaporkan kepada Raja. Raja ketika itu seolah-olah seperti Tuhan. Semua orang perlu menyembahnya. Jika tidak, orang itu akan dibunuh.

Apabila disoal siasat, pembesar ini memberitahu siapa yang menyembuhkan. Bukan budak itu, tetapi Allah. Pembesar ini dibunuh. Ada yang aku baca, kena gergaji tubuh pembesar ini.

Kemudian budak lelaki ini telah dipanggil. Apabila disoal siasat, maka tahulah ahli sihir bahawa ilmu yang ada pada budak lelaki ini bukan yang dia ajar. Dia meminta budak lelaki ini menyembah Raja. Budak ini enggan. Kemudian ahli sihir ini bawa Syeikh yang alim ini. Dibunuh dengan kejam. Ada yang dikatakan dibelah dua. Budak ini masih enggan mengikut arahan ahli sihir ini. Aku kira budak ini memang kuat ilmu akidahnya.

Kemudian, Raja minta budak ini dibunuh. Mereka sangat takut rakyat akan memberontak kerana budak lelaki ini dikenali oleh rakyat kerana terkenal dengan ilmu perubatannya. Kira budak lelaki ini ramai pengikut. Oleh itu, budak ini perlu dibunuh secara rahsia. Macam kisah Hang Nadim. Penyelamat Singapura atau nama Temasik dari serangan ikan todak. Budak bijak kena bunuh sebab takut budak ini akan rebut takhta. Boleh baca entri dari Ustaz Pahrol di SINI. Aku suka baca tulisan ustaz Pahrol Mohamad Juoi.

Kita sambung lagi...

Raja arahkan askar-askarnya bawa budak lelaki ini ke tengah lautan. Mereka diarahkan untuk bunuh dan kuburkan budak lelaki ini dilautan. Apa yang mengejutkan, budak lelaki ini pulang ke istana bersendirian tanpa pengawal. Raja sangat marah dan terkejut.

Kemudian Raja ini arahkan, budak lelaki ini dibunuh atas puncak bukit. Budak ini pulang ke istana bersendirian. Budak ini memberi idea kepada Raja.

"Jika kalian mahu membunuhku, aku akan mati dengan syarat. Pertama perlu lakukan dihadapan orang ramai. Kedua, perlu tutup mukaku dan gunakan panah dengan sebut 'Bismillahi Rabbil Ghulam' (Dengan nama Tuhan budak ini)," kata budak ini.

Disebabkan amarah dan nafsu ingin membunuh budak ini, Raja mengikut syarat itu.

Semua rakyat dikumpulkan. Budak ini diletakkan di atas tenpat tinggi. Di ikat pada tiang. Mukanya ditutup dengan kain hitam. Kemudian pemanah menjerit menyebut 'Bismilahi Rabbil Ghaulam!!!' lalu panah dilepaskan dari busurnya. Panah ini terkena badan budak ini dan budak ini telah mati.

"Aku beriman kepada tuhan budak ini!" Jerit semua rakyat itu. Raja itu sangat terkejut dan sangat marah. Raja ini tidak sangka dengan kematian seorang budak, menghidupkan ribuan rakyat yang beriman kepada Allah.
Image result for ashabul ukhdud

Raja arahkan pengawal-pengawal istana membuat parit yang besar. Dalam parit ini dihidupkan api yang marak. Sesiapa yang beriman kepada Allah, akan dihumban ke dalam parit ini. Maka terjadilah pembunuhan beramai-ramai pada zaman ini.

Ketika ini juga ada kisah bayi bercakap kepada ibunya supaya ibunya terjun dalam kawah ini kerana mereka orang yang benar. Ada yang mengatakan anak Masyitah, penyisir rambut firaun zaman Nabi Musa. Wallahu a'lam.

**** Kisah ini sesuai dengan Surah Al-Buruj dan Kisah Ashabul Ukhdud yang diceritakan dalam surah ini. Nanti aku kupas tentang surah ini berdasarkan Tafsir Fi Dzilalil Quran****


05 Februari 2017

Cabaran tahun ke-8

Setiap tahun. Setiap masa. Setiap kerja. Semua aktiviti kita ada cabaran. Hanya cara kita menentukan penyelesaian bagaimana menghadapi cabaran itu.

Aktiviti atau program terdahulu ada yang berulang. Ada yang baharu. Yang paling penting,  program yang dilaksanakan, ada kesan dalam jiwa peserta.

Ketua dahulu dan ketua sekarang pasti ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Hanya yang baik, terus diikuti. Yang buruk dan negatif, perlu dilontarkan jauh. Umur juga semakin meningkat.

2017 menyaksikan satu fenomena yang berlainan. Ikut 'flow'. Selesaikan hutang semampu yang boleh walaupun ekonomi negara tidak stabil. Hal ini dapat disaksikan dengan kenaikan harga minyak petrol. Kesan yang ketara adalah pada harga barang. Siapa mampu kawal?

Kawal perbelanjaan. Ini lah yang terbaik.

Sejak tahun 2010, aku mula kerja sebagai guru. Sejak itu,  aku sentiasa pegang matapelajaran 'killer' dalam PMR dan PT3.

Tahun 2016, menyaksikan peningkatan mendadak hasil usaha pelajar tahun lepas.  Tahniah!

Terlalu banyak kekurangan tumpuanku kepada mereka. Ada guru bertukar dan tidak diganti. Ada guru bersalin. Ada guru nak pencen. Semua pada tahun lepas. Hampir serentak. Tanggungjawab dan kerjaku berganda.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Allah sentiasa membantu diri ini untuk terus bangun dan terus berusaha. Aku sentiasa doa supaya aku sabar dan tabah hadapi cabaran yang mendatang.

Doakan supaya program kepimpinan kali ini dapat dilaksanakan. Program ini juga pernah dilaksanakan pada tahun 2012. Satu-satunya program yang sangat beri kesan terhadap diriku dan juga pelajar-pelajar pada tahun itu. Terkejut. Hampir semua guru dan pelajar menangis.

Moga semua perancanga tahun ni berjalan lancar. Aminn

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...