03 Jun 2017

Ramadhan 1438H Kembali Lagi.

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah. Sekian lama blog ini kaku tanpa catatan kerana penulis telah hilang kata-kata. Tulis dan padam semula. Rutin yang selalu berlaku. Apatah lagi pelbagai tanggungjawab baharu yang perlu dipegang. Usia semakin tua dan kematian akan muncul bila-bila masa sahaja. Adakah aku bersedia?

Alhamdulillah. Ramadhan kali ini aku masih dianugerahkan Allah kesempatan hidup selepas beberapa dugaan yang hampir meragut nyawa. Lumrah hidup pasti akan menemui kematian. Kematian yang baik menjadi dambaan setiap hamba-Nya. Aku tidak terkecuali. Ya Allah! Matilah diriku ini dalam sebaik-baik kematian.

Setiap kali aku ingin menulis, terfikir apakah aku patut menulis kata-kata begini dan begitu. Pernah juga penulisan lama terpaksa aku padamkan kerana aku menulis dengan penuh emosi. Emosi yang 'ammarah'. Hal ini kerana aku masih belajar dan masih terus belajar. Aku harapkan setiap pembaca yang melawat blog ini mendapat manfaat daripaa penulisanku. Ada juga entri yang menjuruskan kepada luahan hati dan coretan hati yang berduka.

Dalam proses belajar dan mengajar, kali ini calon PT3 paling ramai. Aku gagal menarik perhatian mereka untuk minat subjek yang aku ajar. Kelemahan yang paling ketara. Hampir seluruh kelas gagal dalam peperiksaan pertengahan tahun. Walaupun tahun lalu, 3 orang sahaja yang gagal. Cabaran setiap tahun berlainan. Setiap tahun , aku berhadapan dengan pelajar yang berbeza. Aku cuba bersabar untuk mengawal suaraku daripada marah mereka. Aku cuba mencari punca kegagalan. Aku juga akui soalan yang diberikan adalah mencabar.

Setiap tahun, pendekatan yang dilaksanakan pasti berbeza mengikut keadaaan pelajar. Harapanku supaya aku masih terus mencurah bakti kepada mereka hingga saat mereka masuk ujian bertulis Pentaksiran Tingkatan 3. Tahun ini adalah tahun terakhir untuk subjek ini. Tahun depan, sekolah akan berhadapan dengan batch pertama Kurikulum Bersepadu Dini.

مرحبا يا رمضان!
رمضان كريم!
الله أكرم!

Rakan Sejawat Toksik

Ahlan...ahlan Ya Ramadan.  Alhamdulillah masih diberi peluang merasai hidup dalam Islam tetapi umat Islam Palestin masih bergelut dengan kes...