30 Julai 2011

Adakah kerana mulut..badan binasa?

Aku teringat kisah seorang remaja perempuan yang tinggal di Mesir. Berwajah menarik dan cantik. Berpakaian ketat dan menjolok mata. Senang cerita tidak menutup aurat. Dia menaiki tranco (van penambang). Dalam tu ada la beberapa orang yang asyik memandangnya. Tiada siapa yang tahu apa yang dipandang oleh penumpang lain terhadap perempuan ni.

Seorang pak cik ni tegur tentang pakaiannya. Tapi dia marah semula kat pak cik ni. Terus dia cabar pak cik ni...

"Pak cik ambil telefon ni dan minta Allah tempah bilikku di neraka,"

Subahanallah...terkejut semua penumpang dalam van tu. Tak sangka budak ni sanggup mencabar dan memperlekehkan hukum agama...

Dalam tempoh perjalanan itu, gadis ini tertidur. Apabila sampai ke destinasi, pak cik ni mengejutkan nya kerana dia duduk di bahagian tepi dekat dengan pintu. Hampir semua penumpang dan pemandu cuba kejutkan gadis tapi dia masih kaku. Pak cik ni chek nadi dia dan memang sah dia dah meninggal dunia.

Disebabkan dia duduk di muka pintu van...dia terjatuh atas jalan raya. Orang ramai cuba membantu tapi alangkah terkejutnya mereka kerana seluruh badan gadis seolah-olah kena bakar. Rentung! Orang yang cuba mengangkatnya terasa kepanasan pada tangan mereka. Akhirnya jenazah ini disempurnakan oleh pihak berwajib.

**********
Aku pernah terbaca luahan hati Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz yang membuat permohonan tukar nama. Dan ibunya pernah sebut ...

"Jika kematian adalah penyelesaiannya, ambillah nyawanya...," kata ibunya.

Adakah ini doa seorang ibu terhadap anaknya?


Selepas 12 hari...hari ini 30/7/2011...Allah menarik nyawanya. Ajal maut di tangan Allah.

Moga Mohd Ashraf sudah bertaubat dengan taubat nasuha.

Aku harap peristiwa ini menjadi iktibar kepada semua umat Islam terutama yang berniat mengubah jantina dan   yang telah mengubah. Bertaubatlah sebelum terlambat. Keampunan Allah lebih luas dari langi dan bumi.

Wallahua'lammmm...

Denyutan Kasih...

Novel islamic menjadi bahan bacaan bestseller. Begitu juga drama tv selepas 'Ayat-ayat cinta'. Terlalu ramai remaja yang mendambakan cinta islamic. Tapi ada ke cinta sebelum kahwin? Ada juga pelajarku tanya kalau tak couple macam mana nak kawin? hahaha...memang pelajar2ku dah gatal nak kawin ni.

Apatah lagi dah terkantoi seorang pelajar yang dah 'gila' buat zina dengan orang yang tidak halal baginya. Walaupun atas kerelaan...ia tetap telah berzina. Jika ikut undang2 Malaysia (sivil) ia dikira kes rogol sebab masih dibawah umur.

Ada ke orang nak kahwin dengan penzina? Kalau tidak mau berkahwin dengan penzina...perlu ke mereka bercouple. Adakah mereka akan terselamat daripada zina?Mereka tidak akan terlepas dari zina mata...zina tangan...zina kaki... zina hati...???


Novel ini aku beli di MPH Alamanda, Putrajaya. Rupanya penulis adalah seorang doktor. Belum pernah aku jumpa doktor menulis novel. Novel ini menggabungkan fiqh perubatan, fiqh wanita dan fiqh cinta. Fiqh cinta pun aku baru tau ada. Mungkin ini dalam bab munakahat (perkahwinan). Doktor ini juga adalah suami kepada penulis novel islamic yang berasal dari Terengganu, Fatimah Syarha bt Nordin.

Bagi seseorang yang kurang pengetahuan agama dan novel islamic adalah alternatif terbaik untuk belajar. Novel ini banyak menyentuh tentang pengalaman seorang doktor dalam menangani pesakit2 dan para doktor yang kurang didikan agama atau mereka tahu tapi tidak melaksanakannya. Apatah lagi dalam bab solat ketika sakit. Doktor yang membuat pembedahan sehingga terlepas waktu solat (boleh solat jama'). Jika ada kecemasan, perkara apa yang perlu didahulukan...pesakit atau menyembah Allah? Keutamaan memilih doktor perempuan atau lelaki dan Muslim atau non- Muslim.

Dalam novel ini padat dengan pengalaman doktor pelatih. Mereka yang 'fresh' dan pengalaman pertama ketika di hospital dan berhadapan dengan pelbagai perangai dan latar belakang buruk. Berhadapan dengan pesakit HIV dan trauma seorang doktor bila terluka semasa mengambil darah pesakit HIV dan sebagainya.
Walaupun berhadapan dengan 'on call' tanggungjawab dengan Allah tidak diabaikan.

Dalam novel ini ada diselitkan dengan cinta doktor2 yang boleh diambil ikhtibar. Cinta seorang doktor islamic selepas kahwin dengan mahar yang paling murah walaupun berkahwin dengan seorang wanita lulusan master. Jika dunia material sekarang, pelajar lulusan SPM pun dah mendapat hantaran 10K. Jika lulusan degree...master...pHD..berapa yea???

Jika hantaran atau maskahwin tinggi...bukankah ini dikira menjual anak? Bakal menantu akan membuat pinjaman. Sampai beranak pinak masih membayar hutang keliling pinggang. Jika ada pinjaman PTPTN lagi...Adakah rumahtangga ini bahagia???

Cuba dapatkan buku novel ini...Denyut Kasih Medik...tak rugi jika dimiliki dan dibaca ^_^

28 Julai 2011

Allahumma Balighna ila Ramadhan...

Waaa...Cuba dengar dan tengok. Memang best tengok iklan ni




Selamat menyambut bulan keberkatan. Tak lama lagi. Berlatih untuk menghadapi bulan keberkatan ni.
Cepat2222  ^_*

23 Julai 2011

Ku Cinta Dia.

Aku baru sahaja habis novel cinta islamic. Lain daripada novel lain. Penuh dengan cinta terhadap Pencipta. Tidak mengharapkan cinta seorang insan tetapi naluri seorang manusia tidak dapat menghilangkan perasaan untuk dicintai oleh seseorang. Penuh kata-kata hikmah yang terkesan di hati pembaca sepertiku.

Yang paling aku kagum dengan penulisnya. Bukan seorang yang berlatarbelakang pendidikan agama di universiti bahkan penulis ini merupakan graduan Quantity Surveyor dari Uitm Shah Alam. Menurut housemate aku, biasanya pelajar fakulti macam ni lasak tapi penulis ni berwajah lembut. Tenang mata memandang.hehehe...

Buku novel ini adalah cadangan kawanku semasa aku berjumpanya di Putrajaya baru-baru ini. Macam promosi bunyinya. Dia paling minat novel islamic ini. Tajuk buku ini juga telah di adaptasi ke drama bersiri di TV3, 'Stanza Cinta'.



Aku lagi suka baca novel daripada drama kerana banyak kata-kata hikmah tidak dapat di adaptasi dalam bentuk kata-kata atau lakonan. Nama watak masih sama. Jalan cerita sedikit berbeza.

Antara kata-katanya yang boleh aku kongsikan...harap penulis benarkan aku tulis sedikit kata2nya yea;
"Jika kamu letakkan hatimu di akhirat pasti kamu akan bahagia di dunia dalam redhaNya. Tetapi jika kamu letakkan jiwamu hanya pada dunia, maka kamu akan merasai pahit maungnya hati yang tiada kesudahan"
"Biar hidup sendiri dan selesa membina pahala daripada hidup berdua tetapi menjadi pencetus dosa ke neraka. Biar hidup sendiri dan masih kekal serinya daripada dikelilingi lelaki yang mencemarkan maruah diri"
"Menilai diri sendiri adalah lebih susah daripada menilai seribu orang lain. Sedangkan manusia yang paling bijaksana itu ialah mereka yang menghakimi dan menilai diri mereka sendiri"
"Orang yang kurang ditimpa kesulitan, jiwanya akan lemah, sebagaimana orang yang kurang bekerja, badannya lemah. Bersyukurlah apabila diuji dengan kesulitan, kerana dengan itu kita mempunyai jiwa yang kuat dan tabah"
"Kesusahan dan kesulitan laksana musim dingin yang basah, lembab serta tidak disukai insan. Tetapi...sesudah musim sejuk itulah tumbuhnya bunga-bunga yang harum dan buah-buahan yang subur"
Ini adalah kata-kata daripada buku yang dihadiahkan oleh si Taufik:

Bersihkan jiwamu Dahulu,
Pasti Tuhan akan membantu!


Orang yang bersih hatinya
Sentiasa rendah diri dengan Allah,
Sering sahaja bersangka baik dengan Tuhannya.


Jika mendapat ujian kesusahan, hatinya berkata
"Kerana dosakulah ujian ini datang."
"Moga-moga aku terlepas daripada hukuman akhirat yang amat dahsyat".


Tatkala dirinya mendapat nikmat
dia berasa malu dengan Tuhannya 
Kerana bersa dirinya tidak layak
Menerima nikmat itu.


Hatinya gelisah
"Apa maksud Tuhan memberi aku nikmat ini?
Apakah untuk aku bersyukur ataupun kufur?"


Cemas jiwanya, gembiranya tidak begitu ketara
kerana nikmat itu masih menjadi tanda tanya.


Hajat-hajatnya yang tidak didapatkannya, dia redha.
Sentiasa berbaik sangka dengan Tuhannya
Sedikit pun tidak cacat hatinya dengan Allah
Kerana dia tahu Tuhan lebih bijaksana
mentakdirkan segala sesuatu.


Apabila disusahkan orang,
Terus terungat akan dosanya.
"Kerana dosa akulah, aku disusahkan".
Dia tidak berdendam bahkan mendoakan orang itu
dengan kebaikan.


Nikmat Tuhan disyukuri, pemberian dan pertolongan
orang diingati dan dibalasinya.
Hatinya sentiasa cemas dan kematian terasa begitu 
hampir dengannya,
Bila-bila waktu sahaja akan menjemput.


Dia gelisah dengan dosa, amal ibadahnya terus
dilupakan sahaja
kerana dia tidak tahu
apakah diterima atau sebaliknya.


Doanya semasa 1/3 malam....

Ya Allah, jika aku jatuh cinta,
Cintakanlah akau kepada seseorang
yang melabuhkan cintanya pada-Mu,
Agar bertambah kekuatanku
untuk mencintai-Mu.


Ya Muhaimin, jika aku jatuh hati,
Izinkan aku menyentuh hati seseorang
yang hatinya tertaut pada-Mu,
Agar tidak terjatuh aku dalam
jurang cinta nafsu.


Ya Rabbi, jika aku jatuh hati,
Jagalah hatiku padanya
agar tidak berpaling daripada-Mu.


Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu,
Rindukanlah aku pada seseorang 
yang merindui syahid di jalan-Mu.


Ya Allah, jika aku menikmati 
cinta kekasih-Mu,
Janganlah kenikmatan itu melebihi
kenikmatan indahnya bermunajat
di sepertiga malam terakhir-Mu.


Ya Allah, jika aku jatuh hati
pada kekasih-Mu,
Jangan biarkan aku bertatih dan terjatuh
dalam perjalanan panjang
menyeru manusia kepada-Mu.


Ya Allah, jika Kau halalkan
aku merindui kekasih-Mu,
Jangan biarkan aku melampaui
bats sehingga melupai-Mu.
Kakinya di dunia, namun hatinya
sentiasa bersama Allah
Perasaannya sentiasa memikirkan akhirat...
Dan sering rindu akan pertemuan dengan Tuhannya


Begitulah hati orang yang bersih dengan Tuhannya.


Sungguh puitis kata-kata ini....terasa aku yang melalui perjalanan hidupnya. Moga aku adalah salah seorang yang menitiskan air mata cinta pada-Nya.

Cukup lah setakat hari ini...
Jom pi solat dulu ^_^

Banner + Puasa + Rindu.

Aku nak buat header untuk blog guna photoshop tapi...
tak cantik la...huhuhu

Rindunyer nak puasa di Ardu Kinanah.
Kenangan yang tak dapat dilupakan.
Adakah aku berpeluang ke sana lagi???

Hakimmm...
Jeleznyer aku bila ko pergi ke Mekah.
Puasa kat sana pulak.

Doakan untuk aku yea ^_^

"header untuk blog tak jadi..."


22 Julai 2011

Mendidik Anak-anak.

Bukan senang mendidik anak-anak di zaman 'dunia tanpa batasan'. Dunia yang penuh dengan dugaan dan kemaksiatan. Perbuatan zina boleh dilihat dengan petikan hujung hari. Tanpa rasa bersalah malah bertambah ketagih untuk terus melihat.

Kerana 'gian' ke cybe cafe seorang anak sanggup menjadi penderhaka. Mencuri duit ibu bapa. Sanggup memukul ibu yang mencari duit ibarat 'kais pagi makan pagim, kais petang makan petang'. Jika terhadapa ibu bapa mereka sanggup derhaka, guru apatah lagi. Tiada rasa hormat. Tidak menghargai ilmu yang diberi malah sanggup  berkata sesuatu yang hina dihadapan guru.

Jika dihadapan berwajah polos tapi dibelakang mereka sudah ada 'buah hati'. Umur belasan tahun menumbuhkan rasa 'bahagia'. Yang paling tidak masuk dek akal, mereka sanggup membuat onar di semak samun, di rumah kosong malah di atas motor.

Salah siapa jika anak-anak menjadi Iblis?Adakah ini balasan terhadap dosa ibu bapa mereka yang lalu? Atau kelekaan ibu bapa mencari harta duniawi?



Al-Hakim berkata:
"Aku amat hairan kepada ibu bapa yang mengajara anaknya tentang peperangan, kekerasan, balas dendam dan sebagainya. Sedangkan dia sama sekali tidak mengajarnya tentang kasih sayang, ramah mesra, lemah lembut, dan segala kebaikan. Ketahuilah bahawa seseorang itu tidak mampu hidup bahagia tanpa kasih sayang sekalipun ia memiliki apa yang diinginkan di dunia ini daripada harta dan sebagainya," [Jawami' Fi al-Adab Fi Akhlak al-Anjabi:47]
Terdapat beberapa adab yang patut dipatuhi dalam mendidik mengikut ajaran Islam yang sebenar.

1. Memilih isteri yang solehah.

Suami atau isteri yang baik akan melahirkan generasi yang baik. Pilihlah isteri yang beriman kepada Allah, berakhlak mulia dan sopan santun, daripada keluarga yang baik. Pilihan yang baik dan tepat amat dituntut bagi setiap individu muslim supaya kehidupan anak cucunya juga baik.

2. Mengharapkan pahala

Memberi nafkah mesti dari sumber yang halal lagi baik. Luangkan masa dan mengorbankan usaha mendidik anak-anak dengan penuh ikhlas kerana Allah. Semoga segalanya akan mendapat ganjaran pahala oleh Allah berdasarkan hadis Rasulullah yang berbunyi:
عن أبي مسعود رضى الله عنه: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: إذا أنفق الرجل على أهله نفقة يحتسبها كانت له  صدقة (رواه البخارى ومسلم
"Daripada Abi Mas'ud r.a. berkata, Rasulullah SAW bersabda: Apabila seorang lelaki membelanjakan (memberi nafkah) kepada ahli keluarganya nafkah dengan mengharapkan pahala, maka ia merupakan sedekah baginya"
Hendaklah membelanjakan nafkah kepada anak-anak dengan cara memadai tanpa membazir atau boros. Boros atau terlebih akan melahirkan anak-anak yang akan melahirkan insan yang sombong dan membazir. Manakala terlalu sedikit akan melahirkan insan yang meminta-minta kepada orang lain. Berbelanjalah sekadar kemampuan.

 3. Perintahkan anak-anak untuk solat

Ajarkan anak-anak untuk solat pada usia 7 tahun dan memukulnya dengan pukulan yang dapat mendidik pada usia 10 tahun. Hadis Rasulullah SAW bermaksud:
Daripada Abdullah bin Amru, Rasulullah SAW bersabda:"Ajarkalah anak-anak kamu supaya solat pada usia 7 tahun dan pukullah mereka pada usia 10 tahun dan asingkan tempat tidur dikalangan mereka (antara perempuan dan lelaki)"                                                         [Riwayat Ahmad, Abu Daud, al-Hakim dan al-Baihaqi] 
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ عَلَيْهَا مَلَائِكَةٌ غِلَاظٌ شِدَادٌ لَّا يَعْصُونَ اللَّهَ مَا أَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ 
[Surah al-Tahrim ayat 6]
"Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan"
Ajarkanlah anak-anak cara untuk solat dengan sempurna dan memerintahkan mereka solat sejak kecil. Janganlah ibu bapa cuba mereka-reka alasan mengatakan anak-anak masih kecil lagi atau mudah-mudahan ia akan solat bila sudah besar nanti tanpa menyuruh mereka semasa kecil.

Ajarkanlah dan suruhlah mereka solat sejak kecil lagi semoga perkara demikian memudahkan dan membiasakan diri mereka solat apabila dewasa kelak.

Adaklanya ibu bapa kasihan mengejutkan anak-anak untuk solat tapi sifat kjasihan tidak timbul bila mengejutkan mereka dari tidur untuk makan.

4. Mendidik mereka dengan akidah yang betul

Memastikan anak-anak dididik atau disemai dengan akidah yang benar bertepatan dengan ajaran Islam sebenar. Pastikan mereka berpegang teguh dengan akidah yang kukuh berpandukan al-Quran dan as-Sunnah sebagaimana yang disampaikan oleh Rasulullah SAW. Hiasi diri mereka dengan dengan hubungan kukuh dengan Allah dalam semua perkara daripada sekecil-kecil perkara hinggalah sebesar-besar perkara.

Setiap perkara dirujuk kepada Allah dan sentiasa memohon pertolongan kepadaNya, memohon penjagaan dan sebagaimana hadis Rasulullah SAW yang berbunyi:
Daripada Ibnu Abbas r.a. berkata: Rasulullah SAW bersabda: Wahai ghulam (budak), Aku ingin mengajarkan kamu beberapa perkara:" berpegang teguhlah kepada Allah, nescaya Allah akan menjaga kamu. Apbila memohon sesuatu, maka pohonlah kepada Allah. Apabila meminta pertolongan, maka mintalah pertolongan daripada Allah. Ketahuilah sekiranya umat manusia berkumpul untuk memberi kebaikan kepadamu dengan sesuatu, tidak dapat memberi faedah kepada kamu kecuali dengan apa yang telah ditetapkan oleh Allah. Dan sekiranya mereka berkumpul untuk memberi mudharat kepadamu dengan sesuatu, maka tidak dapat memudharatkanmu kecuali dengan sesuatu yang telah ditetapkan oleh Allah ke atas kamu. Sesungguhnya segala telah ditetapkan dan ia tidak boleh diubah lagi"   [diriwayatkan oleh Ahmad, Tarmizi dan Hakim]
Demikianlah Rasulullah SAW berusaha untuk menanam akidah yang betul kepada kanak-kanak supaya ia hanya menyembah Allah dan meminta pertolongan hanya kepadaNya. Allah sahajalah yang sepatutnya disembah dan tiada Tuhan selain Allah. Baginda juga mengajarkannya tentang beriman kepada Qada' dan Qadar.

Ajaran sedemikianlah yang sepatutnya diajarkan kepada anak-anak semenjak kecil supaya apabila , besar nanti mereka benar-benar berpegang teguh dengan akidah yang benar.

5. Didik mereka dengan akhlak terpuji

Akhlak mulia adalah bekalan bagi setiap manusia. Dengannya mereka akan dipandang mulia dan dihormati. Dengannya segala amalan akan diterima oleh Allah. Tanpanya kita akan mendapat kesengsaraan kepada manusia sama ada di dunia atau di akhirat.

Rasulullah berusaha membentuk kanak-kanak dengan akhlak yang mulia sebagaimana pada suatu ketika baginda SAW melihat Umar bin Abi Salamah (masa kecil) menggerakkan tangannya dengan tidak beradab ketika makan lalu Rasulullah bersabda:
Daripada Rasulullah SAW bersabda kepadanya: "wahai budak, bacalah bismillah, makanlah dengan tangan kanan dan makanlah makanan yang paling hampir denganmu"  [riwayat Bukhari dan Muslim]
Demikianlahcontoh yang ditunjukkan oleh baginda SAW dengan mendidik kanak-kanak semenjak kecil lagi dan menanamkan kepada mereka akhlak yang mulia. Kebanyakan ibu bapa sekarang tidak mengambil berat terhadap akhlak anak-anak mereka yang mulia. Mereka membiarkan anak-anak mereka mempelajari sendiri dengan kata-kata "Mudah-mudahan ia akan mempelajarinya apabila ia dewasa nanti". Kata-kata ini amat bertentangan dengan ajaran Islam yang mulia.

Didikan semasa kecil dapat memberikan faedah yang amat besar kepada anak-anak. Ini kerana mereka akan merasa malu untuk mempelajari ilmu agama apabila mereka dewasa nanti. Usia muda juga dapat membentuk diri seseorang itu dengan berbaik berbanding dengan usia yang tua.

 6. Memisahkan tempat tidur

Berusaha sedaya upaya untuk memisahkan tempat tidur antara anak lelaki dan anak perempuan apabila mereka menjangkau usia 10 tahun. Kebanyakan manusia meremehkan adab ini sedangkan ia adalah perintah daripada agama Islam yang mulia. Memisahkan tempat tidur antara lelaki dan perempuan dapat menghindari daripada berlaku perkara-perkara yang tidak diingini di antara mereka semasa tidur.

Pastikan mereka tidur dalam keadaan yang  sempurna dalam segenap segi sama ada dari sudut pakaian, kedudukan dan sebagainya. Tidak membiarkan mereka tidur dalam satu selimut antara sesama lelaki. Hadis Rasulullah berbunyi:
Rasulullah SAW bersabda: "Asingkan diantara mereka daripada tempat tidur"  [riwayat Ahmad, Abu Daud, Al-Hakim dan al-Baihaqi]
Anak-anak akan membesar dan segalanya akan berubah berbanding semasa mereka masih kecil. Kemahuan mereka, perasaan mereka, perasaan, hubungan dan sebagainya akan berubah bila mereka dewasa. Oleh yang demikian, Islam telah memerintahkan umat Islam khususnya kepada kedua-dua ibu bapa supaya mengasingkan antara lelaki dan perempuan apabila mereka dewasa.

7. Adil terhadap anak-anak

Sentiasa berlaku adil terhadapa anak-anak sama ada berkaitan dengan pemberian, nafkah, muamalah, didikan dan sebagainya. Tidak melebihkan di antara mereka dalam memberikan kasih sayang, pemberian dan sebagainya. Dengan membezakan antara mereka akan melahirkan dengki dan permusuhan dikalangan mereka. Hubungan di antara mereka akan renggang dan akan melahirkan rasa tida puas hati terhadap kedua ibu bapa mereka.

Cara demikian adalah termasuk dalam kategori melakukan kezaliman terhadap anak-anak. Hindarilah daripada melakukan perkara demikian demi kebaikan bersama bagi mencapai keredhaan Allah dalam segala perkara. Rasulullah bersabda dalam hadis yang bermaksud:
Daripada An-Nukman bin Basyir r.a. berkata: Rasulullah SAW bersabda: Berlaku adillah kepada anak-anak kamu"  [riwayat Bukhari dan Muslim]
Anak-anak diperintahkan supaya menghormati kedua-dua ibu bapa bagi setiap suruhan mereka yang tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Oleh yang demikian, ibu bapa diperintahkan supaya adil terhadap anak-anak mereka tanpa melebihkan di antara mereka. Membezakan di antara mereka akan mendatangkan kecelakaan dan permusuhan sebagaimana yang berlaku kepada Nabi Yusuf a.s. dengan adik beradiknya seperti yang diceritakan oleh Allah dalam al-Quran.

 8. Berlemah lembut dengan anak-anak

Muamalah dengan anak-anak dengan penuh kasih sayang dan berlemah lembut dengan mereka. Bergurau senda, menghampiri mereka, mengucup mereka dan sebagainya. Bagaimana Qudawah yang telah ditinjukkan oleh Rasulullah SAW kepada kita semua dengan memanggil kanak-kanak dengan sabdanya:
!قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: يا غلام 
Rasulullah SAW bersabda: Wahai kanak-kanak! 
Ia menunjukkan kepada kita betapa kasihnya baginda terhadap kanak-kanak. Baginda SAW meriba kanak-kanak, memberi mereka gelaran tertentu, memberi salam, mengucup dahi mereka, dan sebagainya. Baginda mendukung anak-anaknya, menciumnya dengan ciuman kasih sayang dan belas kasihan, mengucup anaknya Ibrahim.

Demikianlah qudawah yang telahditunjukkan oleh Rasulullah SAW kepada umatnya. Qudwah ini hendaklah diambil berat supaya tali ikatan antara ibu bapa dengan anak-anak mereka dalam keadaan yang terbaik. Dengan itu, sebuah keluarga yang penyayang bakal terbina.

9. Tegas dalam membaiki kesalahan mereka

Ketegasan dalam mendidik anak-anak amat diperlukan supaya segala teguran dan didikan akan diterima oleh mereka dengan baik. Tegas terhadap anak-anak ketika diperlukan dan jangan keterlaluan tanpa hajat. Perhatikan Hadis Rasulullah yang berbunyi"
(قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: واضربوهم عليها وهم أبناء عشر سنين (رواه أحمد وأبو داود والحاكم والبيهقي 
 Rasulullah SAW bersabda: Pukullah anak kamu ketika usianya sepuluh tahun (sekiranya mereka meninggalkan solat)
Hendaklah membiasakan dengan didikan yang sederhana (tidak terlalu tegas dan tidak terlalu lembut). Ketegasan yang tepat amat diperlukan bagi menjauhkan anak-anak daripada kemudharatan dan perkara yang membahayakan mereka. Contohnya melarang mereka bermain-main di jalan semasa azan maghrib kerana pada waktu tersebut boleh membahayakan mereka kerana gangguan syaitan. Tahanlah mereka daripada bermain-main pada waktu tersebut sebagaimana hadis Rasulullah yang berbunyi:
عن جابر رضى الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: احسبوا صبيانكم حتى تذهب فوعة العشاء ،فإنها     ساعة تخترق فيها الشياطين (رواه أحمد والحاكم
Daripada Jabir r.a. berkata, Rasulullah SAW bersabda:"Tahanlah anak-anak kamu ketika waktu maghrib (waktu masuk awal malam) maka sesungguhnya pada waktu tersebut syaitan sedang berkeliaran". 
10. Ajarlah kepada anak mereka ilmu yang bermanfaat

Ilmu yang bermanfaat adalah sebaik-baik bekalan buat manusia. Ilmu yang bermanfaat amat penting buat diri seseorang itu, keluarganya dan masyarakat keseluruhannya adalah sebagai penyelamat buat mereka daripada tipu daya dunia yang sementara.

Oleh yang demikian, ajarkanlah anak-anak dengan ilmu yang bermanfaat sebagai bekalan kepada mereka apabila dewasa nanti dan semasa mereka berkeluarga. Pastikan juga mereka mengambil berat terhadap ilmu yag telah diajarkan kepada mereka dengan dengan mengamalkannya dalam kehidupan seharian. Pastikan mereka benar-benar ikhlas dalam mengamalkan semua ajaran yang bermanfaat kepada mereka supaya lahirnya masyarakat yang aman dan selamat.
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ عَلَيْهَا مَلَائِكَةٌ غِلَاظٌ شِدَادٌ لَّا يَعْصُونَ اللَّهَ مَا أَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ 
[Surah al-Tahrim ayat 6]
"Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan"
11. Sabar dalam mendidik anak perempuan

Sabar adalah penyelamat bagi manusia ketika mereka ditimpa perkara yang tidak disukai olehnya. Islam telah mengajarkan kepada umatnya supaya bersabar jika mendapat anak perempuan. Kerana kebanyakan manusia tidak suka jika mendapat anak perempuan sebagaimana firman Allah yang berbunyi:
وَإِذَا بُشِّرَ أَحَدُهُم بِالْأُنثَىٰ ظَلَّ وَجْهُهُ مُسْوَدًّا وَهُوَ كَظِيمٌ [١٦:٥٨ 
Dan apabila dikhabarkan kepada seseorang dari mereka bahawa ia beroleh anak perempuan, muramlah mukanya sepanjang hari (kerana menanggung dukacita), sedang ia menahan perasaan marahnya dalam hati.  [Surah An-Nahl ayat 58]
Bersabarlah jika mendapat anak perempuan kerana dengan mengajarkan mereka ajaran yang baik, berbuat baik kepadanya dan sebagainya adalah sebagai penegah daipada bakaran api neraka sebagaimana hadis Rasulullah SAW yang berbunyi:
عن عائشة رضى الله عنها قالت : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: من ابتلى من هذه البنات شئ، فأحسن عليهن، كن   له سترا من النار (رواه البخاري و مسلم
 Daripada Aisyah r.a berkata, Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa yang dikurniakan anak perempuan, maka berbuat baiklah kepadanya, jadilah ia sebagai penegah api neraka".
عن عقبة رضى الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : من كان له ثلاث بنات، فصبر عليهن ، وأطعمهن، وسقاهن ، وكساهن من جدته، كن له حجابا من النار يوم القيامة  (رواه البخاري وأحمد وإبن ماجة  
Daripada Uqbah r.a. berkata, Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa yang mempunyai tiga orang anak perempuan, maka ia sabar terhadapnya, memberi mereka makan, memberi minum, memberi pakaian yang elok, jadilah mereka sebagai penegah daripada api neraka pada hari kiamat". 
12. Memerintahkan anak perempuan memakai tudung

Allah telah memerintahkan kaum wanita supaya mamakai tudung dan menutup aurat dengan sempurna sebagaimana firman Allah dalam surah al-Ahzan ayat 59:
يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ قُل لِّأَزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاءِ الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِن جَلَابِيبِهِنَّ ۚ ذَٰلِكَ أَدْنَىٰ أَن يُعْرَفْنَ فَلَا يُؤْذَيْنَ ۗ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَّحِيمًا [٣٣:٥٩]
Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Didiklah anak-anak perempuan dengan hijab semoga ia menjadi pakaian mereka bila dewasa nanti. Dengan berhijab, seseorang itu mendapat menjaga agama, kemuliaan, keelokan dan dapat menjauhkan diri dari fitnah. Hijab amat penting lebih-lebih lagi pada zaman sekarang. Betapa banyak wanita sekarang mendedahkan aurat mereka dihadapan orang yang tidak dikenali. Dengan itu berlakulah perkara yang tidak diingini.

Berusaha sedaya upaya untuk menjaga cara berpakaian dengan baik sebagaimana yang telah dijelaskan oleh agama Islam. Perkara ini akan melahirkan kehidupan masyarakat yang aman dan selesa. Kehidupan harian dihiasi dengan ketaatan kepada Allah dan menjauhi segala larangannya.

Sesetengah ibu bapa mengajrakan kepada anak-anak mereka dengan pakaian yang menjolok mata semenjak kecil lagi dan menyuruh mereka supaya membiasakan diri dengan pakaian tersebut apabila mereka dewasa kelak. Dengan demikian, masyarakat tidak akan aman daripada fitnah dan maksiat. Hindarilah daripada perkara ini demi mencapai kebahagiaan dunia dan akhirat.

13. Melatih mereka dengan akhlak mulia

Berusaha sedaya upaya untuk melatih mereka ke arah kebaikan dan amal soleh. Didikan semasa kecil akan membuahkan hasil yang baik apabila mereka dewasa nanti. Ibu bapa yang dipertanggungjawabkan untuk mendidik anak-anak kerana mereka akan menerima segala didikan sama ada baik atau sebaliknya semasa kecil. Pada ketika itu ( masa kecil) mereka tidak tahu untuk membantah dan melakukan perkara yang sebaliknya. Bahkan mereka akan mengikut segala apa yang diajarkan kepada mereka.

Oleh itu, anak-anak menjadi baik sekiranya mereka membesar dalam didikan yang baik (daripada keluarga yang mengamalkan adab-adab yang baik) dan sebaliknya jika mereka membesar dalam keadaan yang tidak baik (dalam keluarga yang mengabaikan adab-adab yang baik dalam pergaulan seharian). Antara adab-adab yang sepatutnya diajar kepada anak-anak adalah seperti berikut:

  • Melatih mereka menghormati orang tua
  • mendidik mereka supaya bercakap benar dan menjauhi dusta
  • mendidik mereka dengan adab-adab yang baik
  • mengajar mereka adab-adab makan
  • mengajar mereka cara untuk tidur ikut sunnah
  • melarang mereka daripada bercakap kotor
  • mengajar mereka cara bermuamalah dengan baik
  • mendidik mereka supaya menghormati kedua ibu bapa
  • mengajar mereka dengan betul cara melakukan ibadat dengan betul seperti solat, puasa, sedekah dan sebagainya.
  • melatih mereka supaya beradab ketika berada di jalanan.
  • memberitahu mereka cara menziarahi orang sakit
  • melatih mereka cara bermuamalah dengan jiran dan sebagainya.

14. Ibu bapa sebagai qudwah (role-model)

Disa besar bagi mereka yang menyuruh orang lain membuat kebaikan sedangkan mereka sendiri tidak melakukan kebaikan tersebut. Firman Allah dalam surah as-soof ayat 2, 3 dan surah al-Baqarah ayat 44:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لِمَ تَقُولُونَ مَا لَا تَفْعَلُونَ [٦١:٢]
Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya!
 كَبُرَ مَقْتًا عِندَ اللَّهِ أَن تَقُولُوا مَا لَا تَفْعَلُونَ [٦١:٣]
Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya. 
 أَتَأْمُرُونَ النَّاسَ بِالْبِرِّ وَتَنسَوْنَ أَنفُسَكُمْ وَأَنتُمْ تَتْلُونَ الْكِتَابَ ۚ أَفَلَا تَعْقِلُونَ [٢:٤٤]
Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca Kitab Allah, tidakkah kamu berakal? 
Oleh yang demikian, ibu bapa adalah qudawan atau contoh buat anak-anak mereka dalam setiap arahan yang telah diperintahkan oehnya. Contohnya, ibu bpa memerintahkan anak mereka supaya mendirikan solat, maka ibu bapa yang lebih utama untuk mendirikan solat sebagai mentaati perintah Allah dan sebagai qudwah buat anak-anak. Demikian juga dengan perkara lain. Ibu bapa sebagai orang pertama dalam melakukan ketaatan kepada Allah.

Ibu bapa sebagai qudwah buat anak-anak dalam semua perkara sama ada adab-adab, bercakap benar, bertakwa, amanah, murah hati, berbuat baik, menghubungkan silaturrahim dan sebagainya. Dengan demikian, perkara tersebut lebih mudah bagi anak-anak untuk mengamalkannya kerana perkara tersebut telah diamalkan oleh kedua-dua ibu bapa mereka.

Bagaimankah anak-anak ingin mengikut apa yang diarahkan oleh kedua ibu bapa sedangkan kelakuan mereka bercanggah dengan apa yang disuruhnya???

Contohnya, ibu bapa malarang anaknya supaya tidak menghisap rokok, sedangkan bapanya menghisap rokok dan sebagainya. Begitu juga dalam perkara lain. Ibu bapa merupakan orang pertama yag melakukan perkara yang baik dan meninggalkan perkara yang jahat sebelum memerintah anak mereka.

15. Tidak mendoakan anak-anak dengan kejahatan

Anak yang soleh adalah permata buat kedua ibu bapa. Manakala anak yang derkala adalah kaca yang melukakan. Janganlah sesekali mendoakan buat anak-anak yang melakukan keburukan, berbuat bising dan sebagainya dengan doa-doa yang boleh membahayakan mereka. Hal ini kerana terdapat dikalangan ibu bapa yang segera mendoakan mereka dengan kejahatan dan kesengsaraan.

Rasulullah SAW menegah umat Islam daripada mendoakan anak mereka seperti di atas:
عن جابر رضى الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: لا تدعوا على أنفسكم ، ولا تدعوا على أولادكم، ولا     تدعوا على أموالكم، لا توافقوا من الله ساعة يسأل فيها عطاء فيستجب لكم (رواه مسلم  
Daripada Jabir r.a. berkata: Rasulullah SAW bersabda: "Janganlah kamu berdoa kepada diri kamu (dengan doa yang tidak baik) dan janganlah berdoa kepada anak kamu, jangan doa kepada harta kamu, janganlah kamu mohon muafakat Allah pada satu masa dengan meminyta kepadaNYa dengan permintaan ( yang tidak baik), maka dimakbulkan kepada kamu".
Doakanlah buat anak-anak yang derhaka dan berbuat bising dengan doa yang baik semoga ia berubah daripada perkara demikian. Doakanlah semoga Allah memberi hidayah buat mereka dan semoga Allah mengampuni dosa mereka

SUMBER: Adab- adab Islam Dalam Kehidupan Seharian. JILID 2. Oleh: Mohamad Zulkifli Abd Ghani. Cetakan pertama November 2006. Izin terbit oleh PMRAM, Egypt.

21 Julai 2011

Ubah Ciptaan Allah.

Pertukaran jantina dari lelaki kepada perempuan atau sebaliknya, melalui pembedahan, adalah haram di segi syara' berdasarkan Al-Quran dan dipandukan Hadis.

Allah berfirman yang bermaksud: "Dan demi sesungguhnya aku akan sesatkan mereka dan ku perdayakan mereka dengan angan-angannya serta ku suruh mereka memotong telinga ternak (untuk berhala) dan ku suruh mereka supaya mengubah makhluk Allah. Dan barang siapa mengambil syaitan menjadi wali, selain Allah sesungguhnya dia telah rugi dengan kerugian yang nyata." (Surah an-Nisaa’ ayat 119).

Allah mencipta manusia dengan sebaik-baik kejadian berbanding dengan makhluk yang lain. Firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya Kami ciptakan manusia dengan sebaik-baik bentuk". (Surah at-Tiin ayat 4)

Daripada Ibnu Abbas r.a. bahawa (maksudnya): "Rasulullah melaknat kaum lelaki yang menyerupai atau berlagak seperti wanita dan kaum wanita yang menyerupai atau berlagak seperti lelaki." (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Daripada Abu Hurairah r.a, beliau berkata (maksudnya): "Rasulullah melaknat lelaki yang memakai pakaian wanita dan wanita yang memakai pakaian lelaki". (Hadis Riwayat Abu Daud).

Jika ada tindakan nekad segelintir lelaki yang merubah jantina ataupun berperawakan seperti wanita, maka perbuatan mereka itu adalah melanggar ketentuan Allah.

Jika individu dilahirkan sebagai seorang lelaki, hukumnya tetap lelaki walaupun ia berjaya ditukar jantinanya melalui pembedahan, begitu juga jika sebaliknya.



**********
Ya Allah...Adakah dunia ini sudah terbalik? Sanggup seorang Islam mengubah ciptaan Allah. Allah melaknat sesiapa yang mengubah ciptaannya apatah lagi menukar jantina.


Rakyat Malaysia kelahiran dari negeriku sendiri. Mohd Ashraf Hafiz Abd Aziz yang ingin menukar nama kepada Aleesha Farhana. Bukankah dia memang lelaki sejak lahir? Dia bukan Khunsa' yang mempunyai dua alat kelamin. Melalui pembedahan dia bertukar menjadi seorang perempuan. Cuma ic sahaja yang tak berjaya ditukarkan kepada nama perempuan.




Ada pula peguam yang sanggup bela. Percuma. Aku tak tau apa agendanya jika membela tanpa dibayar upah. Adakah ingin memurtadkan orang Muslim ini?Aku tak pasti peguam ini Islam atau sebaliknya kerana namanya seolah-olah bukan nama Islam.


Aku tak dapat bayangkan jika 'housemate' atau 'roomate' aku adalah lelaki yang berwajah perempuan. Lain la jika aku lihat icnya sebelum membenarkan dia tinggal denganku sebagai HM atau RM.


Moga Allah memberi hidayah kepada Mohd Ashraf Hafiz untuk kekal sebagai lelaki dan orang Islam. Jangan melihat padangan manusia tapi lihatlah diri pada pandangan Allah. Kita hanya kembali kepadaNya pada hari yang dijanjikan.

19 Julai 2011

Gembira Jumpa ...

Sebelum ni, kami dah rancang nak berjumpa.
Tapi pelbagai halangan kami rintangi.

Kami berchatting dalam fb.
Free esok?
Memang aku free.

Keputusan diambil.
Kami jumpa di Putrajaya Sentral.
Walaupun terlambat sikit.
Rela ku tunggu.

Lama dah tak jumpa.
6 tahun lebih kurang.

Sekarang dah jadi peguam syarie.
Wah..memang mahir bab cerai n faraid ni.
Tapi diri masih 'single'.

Aku tak dapat bayangkan macam mana kawanku ini menghadapi klien2 yang dah kawin ni.
Kalau dah kerja mesti profesional kan.

Aku awal-awalnya takut nak masuk putrajaya.
Takut sesat dan pusing jalan yang sama.

Selama ni pun bukan aku yang memandu bila masuk putrajaya yang penuh dengan 'trafik light'
Masuk Shah Alam penuh dengan 'round about'. Betul ke ejaan aku ni.hehehe

Alhamdulillah...
Semuanya aku dah berjaya harungi dengan lancar.

Masa mencemburui kami.
Tak dapat bersembang lama.
Hari ahad pun, kawanku kena jumpa klien.
Bukan ada 'over time' pun.

Bak katanya...
"Saya la peguam paling kaya kalau ada overtime".hahaha
Kami masing-masing zahmah dengan kerjaya masing-masing.
Bersyukur sangat bila dapat bersua muka.

Teringat masa sekolah dulu.
Di asrama...masa belajar sama-sama.
Buat addmath sama-sama...
Subjek lain???

Matematik..addmath duduk dihatiku masa di sekolah.
Bukan subjek lain tak penting...
Tapi rasa tercabar sebab kebanyakan pelajar atau guru mengatakan addmath susah.
Aku pulak nak buang perkataan 'susah' dalam subjek ni.
Cikgu pulak...kira best tapi tegas.
Semua soalan aku dapat dijawab.
Memag tabik la.



Salam Syaaban dan selamat datang Ya Shahrul Ramadhan!

16 Julai 2011

Iwan...?

Petang tadi aku jalan-jalan kat Giant. 
Apabila masuk ke kawasan parking dengar bunyi muzik dipasang kuat.
Siapa la menyanyi masa ni. Penyanyi la kot. Itu dalam fikiran aku.
Aku ni bukan kenal sangat artis Malaysia ni.

Lepas dapat tempat parking...
Aku terus masuk ke Bangunan Giant.
Malas nak berhadapan dengan promoter. 
Aku berjalan jauh sikit dari promoter tu.
Mungkin nak promote lagu atau nak bagi poster.
Aku tak peduli sangat.


Masa tu ada la orang tengah nyanyi.
Aku tengok dia pakai pakaian ala-ala orang tabligh.
Siap ada mafla kat leher atau serban mungkin.
Aku bukan nak intai sangat pakaian dia.

Pada fikiran aku myb artis baru.
Orang tak kenal sangat.
Sebab orang lalu sahaja. 
Macam tak ada penonton pun.

Lepas masuk Giant...pusing2...
Masa turun...aku terpaksa guna tangga bergerak...
Lalu betul2 belakang si penyanyi ni.

Pembantu dia dah pandang aku.
Aku pandang la tangannya. 
Ada gelang. Cincin pakai tak ikut sunnah.
Aku terfikir...Tak kan pakai kopiah tapi pakai gelang.

Aku ambil la poster atau kertas yang dihulurkan tu.
Terus sahaja aku masuk kereta.
Baru la baca kertas tadi.

Iwan dangdut?
Penyanyi Indon ke?

'Segalanya Allah'

Lagu hit:

1. Segalanya Allah....
2. Shalat Dulu....
3. Fadhillah Shalawat...
4. Semua Allah Punya.

Mungkin dulu dia ni penyanyi dangdut...pas2 dah dapat hidayah. Moga berkekalan. Maaf...aku tak berminat dengan cara nyanyian dia. Entah laaa...ke aku belum dapat hidayah?

14 Julai 2011

Gred nak terbaik???

Aku tak fikir nak dapat gred baik.
Lain la kalau dapat sekolah baru yang lebih besar.
Buat apa pun tak guna bila dibuat penggredan, tempat tak ada.
Sekarang pun dah jadi 'bilik sumbat'.

Kriteria yang dikehendaki tak akan dapat dipenuhi.
Bermula dengan bilik yang 'zero'.
Seterusnya memang 'fail'.

Apa pun...
Aku hanya tumpukan kepada buku.
Semakin lama, semakin banyak.
Buku yang sampai tahun lepas pun...
Masih tidak ada rekod.

Masa kerja...
Aku masih tidak ada rehat.
Asyik curi masa untuk makan.

Lama-lama...
Makan hati je laaaa

Ramai yang masih tak fahammmm
Atau buat-buat tak faham?

Cuba tengok bidang tugas masing2.
Adakah kita mampu buat semua?


'tiada kaitan dengan gambar'...hehehe

Kita hanya manusia biasa.
Bukan mesin yang tiada rehat.

Buat la setakat yang termampu.
Moga Allah meredhai segala tugas yang dibuat.
Jika Allah murka...Tiada makhluk Allah yang mampu menyelamatkan.

Rabbuna Yasahhil ^_*

**********
Semalam hantar pelajar ke bengkel teknik jawab soalan Bahasa Arab PMR. Juga sebagai fasilitator. Banyak tips yang dapat untuk dapat A dengan mudah. Jika berkesempatan aku cuba kongsi bersama. Apa pun mulakan dengan 'mindset' BA mudah dan belajar mendapat pahala. Itu juga rahsia khusyuk dalam solat. Wallahua'lammmm...

12 Julai 2011

Tidak Ku Sangka...

Setiap kali bersua aku selalu marahkannya.
Sentiasa bertikam lidah.
Geram tak terkata.

Tapi kini.
Aku dikejutkan dengan dirinya.
Koma...

Mempunyai seorang isteri.
Yang sentiasa menjaganya.
Moga dia cepat sembuh.

Tadi aku dapat panggilan telefon. Mula-mula aku tak cam suaranya kerana hanya nombor telefon sahaja yang tertera di skrin telefon. Kebanyakan nombor kawan-kawan tak ada dengan aku kerana telefon lama telah menjadi habuan tandas.huhuhu...

Tak sangka Kak Anis telefon membawa khabar yang mengejutkan. Zurudi...si kepala licin lagi berkilat telah koma. Selepas habis DPLI selepas sidang refleksi, aku tak pernah berjumpa dengannya lagi.

Menurut sumber yang thiqah mengatakan dia hanya jatuh dari motor. Tidak melibatkan kenderaan lain atau langgar lari atau sebagainya. Mungkin itu hanya sebab musababnya.

Kita juga tidak tahu apa yang akan berlaku ke atas kita selepas hari ini. Semuanya dalam pengetahuan Allah. Kita tidak mampu menolak atau mempercepatkannya.

Aku telah lama maafkannya kerana menganggap dia hanya bergurau  dan ingin menceriakan suasana. Moga isterinya sabar menjaga si suami dengan baik.

Shafakahu Allah Syifa'an a'jila...

10 Julai 2011

Berita Al-Jazeera tentang BERSIH.







BERSIH...adakah betul2 bersih?

Aku bukannya peserta BERSIH 2.0 tapi aku nak komen jugak pasal ni. Sambil baca pengalaman blogger yang menyertai BERSIH.



Aku tak sangka kerajaan sendiri yang mempromosikan BERSIH. Menakut-nakutkan peniaga tentang perhimpunan HARAM kononnya. Ada yang kena ugut. Ada yang wajib buka sekolah untuk elakkan pelajar atau guru menyertai perhimpunan ni. Ini semua seolah-olah takut kepada bayangan sendiri. Adakah ini di panggil negara demokrasi? Patut la rakyat tak suka sejarah Malaysia.

Yang aku peliknya Yang Dipertuan Agung benarkan berhimpun di Stadium. Kemudian dipersoalkan kenapa tak serahkan memorandum masa perjumpaan dengan Sultan Mizan tu. Kemudian mengatakan tidak akan beri permit kepada pertubuhan yang tidak berdaftar. Pelbagai cara untuk menghalang BERSIH. Ini bukan pasal politik. Ada ke diorang bawa bendera PAS atau bendera PKR atau bendera DAP?

Tuntutan bersih tu bukannya susah. Antaranya bersih senarai pengundi. Jangan bagi ada 'pengundi hantu'. Bayangkan 60 orang guna alamat rumah yang sama. Kalau yang dah mati pergi mengundi...bukan ke di panggil pengundi hantu? orang lain guna ic orang mati untuk mengundi  tak adil kan. Kemudian gunakan dakwat kekal masa mengundi sedangkan dakwat tu dah beli. Tapi tak guna. Harap-harap akan datang boleh la guna dakwat. Tak ada la orang yang sama pergi mengundi.

Pasal  Ambiga tu...Aku sangat tak setuju dengan dia ni. Mungkin ramai yang dah lupa pasal LINA JOY yang murtad tu. Tuntut nak buat IFC...konon2 nak satukan agama. Mana boleh. Islam tetap Islam. Korang cari la sendiri pasal IFC dan Lina Joy tu...kadang-kadang aku rasa orang Islam dipergunakan oleh orang lain. Aku rasa orang yang sokong bersih sebab tuntutannya...bukan sebab Ambiga ketua. Untuk pemikir...baca link SINI

Pernah baca tentang kegelisahan seorang pemimpin yang memikirkan kenapa rakyatnya lemah dan tak dapat mengalahkan musuh? Negara yang kuat adalah mempunyai pemimpin yang bersih dan rakyat yang bersih. Baca kisah  & kisah 2

Korang boleh baca pengalaman BERSIH.

http://kenjii88.blogspot.com/2011/07/bersih-20.html
http://duniacacamarba.blogspot.com/2011/07/wajib-baca-pengalaman-jurublog-di.html

09 Julai 2011

Ihtifal tamat...

Ini adalah ihtifal pertama bagi aku dan pelajar2ku. Walaupun tidak dapat nombor, pengalaman sudah cukup untuk kita muhasabah diri.

Berhadapan dengan sekolah hebat dan berasrama penuh dengan sekolahku adalah bandingan langit dan bumi. Pelajar yang berdisiplin. Pelajar menunjukkan adab dan akhlak mulia dihadapan tetamu. Tidak lokek dengan senyuman dan ucapan salam. Semua itu mustahil bagi sekolahku lakukan kecuali guru-guru yang memulakan. Sebab itu, yang 'atas' perlu tunjuk tauladan yang baik dahulu. Susah ke?


Jika disebut pertama kali, banyak kekurangan sepanjang latihan hingga tamat ihtifal ni. Kenapa dia pergi sedangkan dia dah bertanding semalam? Banyak persoalan kan. Aku dah tak mampu nak menjawab. Semua itu salahku. Maaf...aku tak bermaksud untuk mengabaikan salah seorang pelajarku. Ini sahaja yang mampu aku berikan. Hanya Allah Maha Adil.

Jika ini yang dibangkitkan...aku akan cuba jawab. Insya Allah =)


06 Julai 2011

Ihtifal tak lama lagi...

Pening kepala nak siapkan 'assigment' untuk pelajar2 ni. 12 orang pelajar dihantar untuk mempersembahkan 'assigment'. Jika ihtifal itu untuk kami, guru-guru...tak adalah kami pilih kamu 12 orang. Biar kami berdua sahaja yang masuk.hehehe

Persiapan untuk ihtifal tinggal sehari lagi. Aku yang berdebar pulak. Rasa macam tak cukup persiapan nak hadapi ihtifal yang mungkin pertama kali bagi kami semua.


Bagi peserta hiwar, kalimah sobah dan hafazan...anda akan bertanding pada hari jumaat bermula 8.00 pagi.

Peserta kuiz ilmu wahyu, kuiz bahasa arab dan qiraat sab'ah...anda akan bertanding pada hari sabtu bermula 8.00 pagi.

Pada awal perancangan, pelajar dikehendaki tidur di tempat pertandingan. Pertandingan diadakan selama 2 hari berturut-turut...

Mungkin  BERSIH nak buat perhimpunan, kami diwajibkan hadir ke sekolah pada 9 Julai 2011. Kenapa diorang ni nak menyusahkan kami. Ingat kami berminat sangat nak turun ke perhimpunan BERSIH ke?

Tiap-tiap sabtu kena datang sekolah. Sekolah 6 hari seminggu. Pelajar pun dah buat perangai. Ponteng sekolah. Alasan letih. Macam-macam lagi la...

Masuk balik bab ihtifal niii....

Semangat peserta ihtifal ni nak rasa pengalaman duduk di asrama...tapi sekarang mereka dah hampa. Ya ke???

Tuan rumah bagi ihtifal ni adalah sekolah berasrama penuh. Disebabkan hari sabtu itu wajib ke sekolah, mereka tak boleh balik kampung atau ke rumah. Jadi peserta2 ihtifal yang jauh ni terpaksa berulang alik tanpa diberi duit minyak. Ingat kereta aku boleh tuang air ke?...hahaha!

Sabar je la...mungkin ada hikmah disebalik ujian ni kan?

'Assukut alamtur redha'

Aku diam ke ni? Tapi aku tulis juga kat sini.

Lega sikit lepas tulis kat blog ni...

'Pengalaman lebih bermakna daripada kemenangan'

Rakan Sejawat Toksik

Ahlan...ahlan Ya Ramadan.  Alhamdulillah masih diberi peluang merasai hidup dalam Islam tetapi umat Islam Palestin masih bergelut dengan kes...