Mutiara Kata Untuk Murabbi.

"JIKA MURID DIAJAR DENGAN PUJIAN, DIA BELAJAR MENGHARGAI"

"JIKA MURID DIAJAR DENGAN CELAAN, DIA BELAJAR MEMAKI"

"JIKA MURID DIAJAR CEMUHAN, DIA BELAJAR RENDAH DIRI"

"JIKA MURID DIAJAR DENGAN PERSAHABATAN, DIA BELAJAR MENYAYANGI"

"JIKA MURID DIAJAR PERMUSUHAN, DIA BELAJAR BERKELAHI"

"JIKA MURID DIAJAR JAMINAN, DIA BELAJAR MEMPERCAYAI"

"JIKA MURID DIAJAR DENGAN PENGHINAAN, DIA BELAJAR MENYESALI"

"JIKA MURID DIAJAR DENGAN KEADILAN, DIA BELAJAR KESAKSAMAAN"

"JIKA MURID DIAJAR DENGAN DISKRIMINASI, DIA BELAJAR MEMENTINGKAN DIRI"

29 Oktober 2012

Sunan Realiti Atau Fantasi?

Novel atau dipanggil fiksyen kadang-kadang membuatkan aku terfikir. Adakah kisah yang diceritakan itu benar? Adakah ia sekadar rekaan sebagai bahan tambah dalam sesebuah kisah? Semua itu menjadi tanya buat aku sebagai pembaca.

Sebagai contoh kisah sejarah yang berbentuk fakta. Aku anggap ia adalah betul berdasarkan bukti-bukti yang ditemui dan cerita dari mulut ke mulut. Ia terlalu 'skema' menyebabkan aku banyak terlelap daripada menghayatinya apatah lagi mengingati satu persatu rentetan peristiwa. Bila sejarah dijadikan novel, terasa diri ini hidup pada zaman itu. Setakat pembacaanku yang sedikit ini, hanya buku novel karangan Abdul Latip Talib dan Ramlee Awang Murshid yang menjadi santapan aku. Novel 2 penulis ini, yang ada dalam simpanan. Novel cinta layan sekadar mengetahui jalan cerita sudah cukup. Tak perlu disimpan. Jika ada mana-mana penulis, tak perlu berkecil hati. Ramai lagi orang diluar sana membeli buku kalian.

Aku baru sahaja menghabiskan bacaan buku 'Sunan Musafir'. Menurut pemahaman aku, ini buku terakhir berkaitan Laksamana Sunan. Bermula novel Bagaikan Puteri, Cinta Sang Ratu, Hijab Sang Pencinta, Cinta Sufi, Sutera Bidadari dan Sunan Musafir. Semua ini berkaitan dengan pengembaraan Laksamana Sunan.

Laksamana Sunan diceritakan hidup sezaman dengan Laksamana Hang Tuah. Pernah mengislamkan bangsawan Portugis, Catalina atau Maryam. Laksamana Sunan seolah-olah wujud. Sebelum ini aku pernah baca buku novel HM Tuah yang mengisahkan seorang Melayu yang mengelilingi dunia bersama Al-Fonso. Ingat-ingat mengenai kisah itu. Adakah ia adalah orang yang sama?

Laksamana Sunan mendahului cinta Allah berbanding cinta manusia. Beliau mendahului akhirat berbanding dunia. Antara kata-katanya dalam novel 'Sunan Musafir' :

"Andika...mendalami ilmu agama Islam itu amat penting di dunia dan akhirat. Kita mengejar akhirat, dunia akan turut mendekat, tapi memburu dunia semata-mata, akhirat akan menjauh. Maka itu, ilmu agama wajib diperkukuhkan terlebih dahulu sebelum menjadi seorang pendekar, nescaya kita akan terhindar, insya-ALLAH daripada perasaan riak, takbur, sombong...paling dahsyat, berbuat kejam sesama manusia mahupun haiwan. Hati nurani harus runduk pada ALLAH. Andai penghayatan itu dapat dilakukan, maka insya-ALLAH...kita akan menjadi pejuang yang benar-benar tulen,"

"Banyakkan zikir, Andika. Bawa bersabar,"


Kiai Kelana atau Laksamana Sunan atau Saifuddin melazimi mulutnya dengan zikir dan sentiasa bersangka baik. Sepertiga malam dan ibadat sunat tidak ditinggalkan. Terlalu kuat kebergantungan kepada ALLAH atau kita panggil tawakkal. Tahap 'sufi' yang hanya dimiliki oleh wali Allah dan para anbiya' sahaja. Segala akhlak Nabi Muhammad cuba diikuti. Sentiasa sabar dan tenang ketika berhadapan dengan masalah. Walaupun ahli keluarganya bakal dibunuh, beliau akan mendahului ALLAH jika waktu solat telah masuk. Sentiasa merendah diri walaupun mempunyai ilmu pertempuran yang hebat. Semuanya akan dikembalikan kepada ALLAH.

~seterusnya, baca sendiri~

**********

Semalam bertolak dari rumah pukul 9 pagi dan sampai di rumah kawan pukul 9.30 malam.   Aku memandu separuh perjalanan kerana 'sakit'. Terpaksa minta kawanku bantu bawa kereta. Alhamdulillah, kereta myvi auto dia pandai pandu. Jika membawa kereta 'gear manual' terpaksa bawa seorang diri walaupun dalam keadaan 'sakit'.

Perjalanan yang meletihkan dan lama apabila kawanku tersilap masuk 'exit'. Itulah penangan laluan 'highway'. Akhirnya aku terpaksa ambil alih pemanduan itu. Bila tiba di kawasan tol, kereta memanjang dan bersusun. Adegan 'cucuk mencucuk' berlaku.

Ada kawanku yang lain bertolak 2 petang dari KT dan sampai ke Port Dickson jam 8.30 pagi. Tak sempat nak beli apa-apa. 10.00 malam semalam baru aku jamah Nasi Goreng Pataya. Bermalam di rumah kawan sambil membawa novel 'Sunan Musafir'. Bila dah masuk sekolah, tak ada masa nak baca novel lagi. Kerja sedang menunggu. Sekolah hanya tinggal 3 minggu sahaja lagi. Pada minggu ini aku hanya berada 1 hari sahaja di sekolah.

Bila la dapat berpindah ke negeri sendiri ni? Moga ada hikmah berkhidmat di tempat orang.

23 Oktober 2012

Bulan Depan Tahun Baru 1434H

Bulan Zulhijjah sinonim dengan pemergian umat Muhammad membanjiri Baitul Haram dengan melaksanakan ibadat haji. Teras sekejap sangat masa berlalu. Ini dah masuk bulan Zulhijjah 1433H. Seterusnya Muharam 1434H. Sekejap sangat-sangat. Bulan depan masuk bulan baru. Tanpa disedari kita semakin hampir dengan kematian.

Insya Allah tahun ini sempena Hari Raya Korban, aku akan turut sama membuat ibadat korban. Sejak memegang duit sendiri, aku tak pernah membuat korban pada Aid Adha. Boleh merasai bagaimana pengorbanan Nabi Ismail apabila Nabi Ibrahim hampir mengorbankan anaknya kerana mengikut perintah Allah. Disebabkan ketaatan Nabi Ibrahim, Allah gantikan Nabi Ismail dengan seekor Kibas.

Tak terbayang rasanya apabila 'ayah nak sembelih aku'. Adakah aku sanggup meletakkan leherku untuk disembelih. Terlalu mustahil. Jika tahu, cepat-cepat cabut lari. Tak balik kampung. Pedulikan ! Itu andaian sahaja. Jangan doa yea.

Antara Aidil Fitri dan Aidil Adha, yang mana lebih besar manfaatnya?

Cuba teka?

Di Malaysia, secara lahiriah Aidil Fitri lebih meriah berbanding Aidil Adha. Cuti Aidil Fitri lebih lama dari cuti Aidil Adha. Malasnya aku nak senaraikan semuanya. Fikir sendiri yea :)

Kalau tengok dari sudut lain, kenapa takbir hari raya untuk Aidil Fitri habis sampai habis khutbah hari raya sahaja? Sedangkan takbir hari raya untuk Hari Raya Aidil Adha selama 3 hari? Habis, yang mana satu banyak kelebihan yea. Cuba buka minda. Cuba tengok apa yang Islam suruh. Bukan mak ayah suruh? Bukan guru-guru suruh?

Bermula 10 Zulhijjah selepas maghrib 25/10/2012, umat Islam disunatkan bertakbir sehingga 13 Zulhijjah. 10 Zulhijjah bertakbir dan seterusnya melakukan ibadat korban sampai 13 Zulhijjah. Jadi 11, 12 dan 13 Zulhijjah dipanggil hari Tasyrik. Haram berpuasa pada hari tersebut.

Ingat!

Ibadat korban hanya boleh dilaksanakan selepas khatib (Imam yang membaca khutbah hari raya aidil adha) membaca khutbah. Ibadat korban ini akan berterusan sehingga EMPAT hari  iaitu 10, 11, 12, 13 Zulhijjah.

Aku pernah bertanya pelajarku. Bila hari raya aidil adha mengikut bulan Islam. Ada yang menjawab 26/10/2012. Jawapan mereka betul. Tetapi adakah setiap tahun 26/10 itu akan jatuh hari raya haji? Semua  senyap. Aku tak salahkan mereka. Mereka kurang pendedahan tentang bulan Islam kerana 'agung' kalendar masihi.

'9 Zulhijjah sehari sebelum hari raya korban'

Pada Kalendar kebanyakan yang tertera bermula JAN 2012. Bukan MUHARAM 1434 H. Habis siapa yang perlu dipersalahkan? Sejak pemerintahan Saidina Umar atau Khalifah Kedua umat Islam memperkenalkan bulan Hijri ini. Adakah masih ada negara 'Islam' yang menggunakan kalendar ini? Atau kita mengikut peredaran negara-negara bukan Islam? Jawab sendiri  yea sebab aku tiada jawapan buat masa sekarang.

Ini Hadis yang berkaitan dengan Hari RAYA ini.

Diriwayatkan oleh Abu Daud daripada Anas r.a, yang bermaksud: "Rasulullah SAW datang ke Madinah, sedangkan mereka sedang sibuk bergembira selama dua hari. Maka Rasulullah SAW bertanya: Hari apakah yang dua hari ini? Mereka menjawab: Kami biasa bergembira selama dua hari pada zaman Jahiliah: Kemudian Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya Allah SWT telah menggantikannya dengan hari yang lebih baik daripada dua hari itu bagi kamu iaitu Aidilfitri dan Aidiladha." (Diriwayatkan Imam Abu Daud dan an-Nasai daripada Anas)

 “Tiada amal anak Adam yang lebih disukai Allah pada hari Aidiladha melainkan ibadat korban. Sesungguhnya binatang yang dikorbankan itu akan datang pada hari kiamat lengkap dengan tanduk, bulu dan kukunya. Sesungguhnya ibadat korban ini diredhai Allah sebelum darah binatang itu jatuh ke bumi. Maka hendaklah kamu berasa lapang dada dan reda akan ibadat korban yang kamu lakukan.” (Hadis riwayat At-Tirmizi)

Berdasarkan sebuah hadis (terjemahan) yang telah diriwayatkan oleh Imam Tirmizi dan Al-Hakim yang bermaksud: "Tiada dibuat oleh anak Adam pada Hari Raya Adha akan sesuatu amal yang lebih disukai Allah daripada menumpahkan darah (menyembelih korban). Bahawa korban itu datang pada hari kiamat dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya. Sesungguhnya darah korban itu mengambil tempat yang mulia di sisi Allah sebelum darah itu tumpah ke bumi, maka hendaklah kamu buat korban itu dengan hati yang bersih."

 Ibnu Abbas dan Jabir bin Abdullah Al-Ansariy r.a: Diriwayatkan daripada Ibnu Juraij katanya: Aku telah diberitahu oleh Ata' daripada Ibnu Abbas dan Jabir bin Abdullah Al-Ansariy r.a kedua-duanya berkata: Tidak ada azan bagi sembahyang Hari Raya Fitrah (Aidilfitri) dan sembahyang Hari Raya Korban (Aidiladha). Selepas beberapa ketika aku bertanya Ata' tentang perkara tersebut: Lantas dia menjawab dengan berkata: Aku telah diberitahu oleh Jabir bin Abdullah Al-Ansariy r.a bahawa: Tidak ada azan bagi sembahyang Hari Raya Fitrah (Aidilfitri), baik ketika imam keluar atau sesudahnya. Juga tiada iqamat atau apa-apa pun.

Bagaimana pula dengan ibadat haji mereka yang mengerjakan haji?

Susah bagi aku untuk menerangkan keadaan sebenar. Hal ini kerana aku masih belum melaksanakan ibadat haji atau umrah. Teringin sangat pergi ke sana. Kebanyakan kawan-kawan atau orang yang telah pergi haji mengatakan, Allah akan menghantar 'kad jemputan' ke sana. Bagaimana 'kad jemputan' itu? Oh! Aku tak tahu. Wallahua'alam

Jika aku banyak tentang ibadat haji ini aku akan cuba kongsi di sini. Cukuplah setakat ini dahulu. MAAF andai aku tersilap berbahasa di sini. Aku hanya insan yang kerdil yang cuba belajar dan terus belajar.

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA!

SELAMAT BERCUTI!

~ كل عام وأنتم بخير ~

18 Oktober 2012

Doa tanpa Solat.

Dalam Tafsir HAMKA, pernah diceritakan kisah semasa beliau menjadi tahanan.

Seorang polis datang meminta doa dari beliau. Beliau menulis doa dalam huruf rumi kerana polis itu tidak tahu tulisan jawi atau arab. "Allahumma Aslamtu Nafsi ilaika".

Kemudian beliau menyerahkan kertas doa itu. Dia mengucapkan terima kasih dan terus berlalu. Sebelum sempat dia keluar dari bilik tahanan, beliau memegang tangan polis itu.

"Apakah sudara mengerjakan  solat lima waktu?" tanya Hamka.

"Selama ini belum," katanya berterus terang.

"Doa ini ajaran Nabi Muhammad dan bacaan Nabi Muhammad sendiri. Padahal baginda tetap solat. Dia tidak membawa kesan kalau saudara tidak solat terlebih dahulu," kata Hamka.

*****************
'Doa seorang ulama'. Moga dipelihara Allah'

Adakah umat akhir zaman ini mampu menyempurnakan solat 5 waktu yang menyamai 50 waktu solat sebagimana diperintahkan Allah dalam kisah Isra' Mikraj. Ketika inilah disyariatkan solat. Benarlah kata Nabi Musa kepada Nabi Muhammad SAW: "Umatmu tidak mampu mengerjakan 50 kali solat fardu,".

Rasulullah naik berjumpa Allah dan minta diskaun. Selepas beberapa kali, akhirnya dapat kurang 5 waktu sehari semalam. Tapi Nabi Musa mengatakan lagi," Umatmu tidak mampu,".

Benarlah telahan Nabi Musa kerana beliau melihat umatnya (Bani Israel) tidak mampu melaksanakan perintah Allah.

Ya Allah, Peliharalah ibadat kami iaitu umat akhir zaman yang berusaha menyempurnakan solat yang Engkau fardukan ke atas kami. Jauhilah kami dari memandang remeh urusan solat ini. Bantulah kami walaupun banyak godaan yang berada disekeliling kami. Aminnn Ya Rabba Aaalamin.

11 Oktober 2012

Wajib @ Sunnah?

"Korang semua ni Islam kan?" tanyaku untuk kepastian memandangkan salah seorang lelaki ini memakai rantai. Aku tak pasti rantai emas atau rantai besi.

"Ya kak. Kami Islam," balas seorang daripada mereka.

Sambil memandangnya aku kata," Di sana ada surau. Kamu semua boleh di sana,"

"Tak ape kak. Tak lama kereta akak dah nak siap," balasnya sambil senyum subing ke arahku. Kedengaran ditelingaku kata-kata lembut. Bagi pendapat aku, jika tak lengkap solat memang tak guna dia usik kereta aku. Fuh! Kena sabar betul. Takkan aku nak halau dia.

Sementara itu,  aku berjalan ke arah adikku.

"Teruk sangat bacaan imam tu. Berat nanang (teruk sangat),"kata si adik.

"Teruk lagi kalau ada orang tak pergi solat," balasku merujuk kepada 3 lelaki tadi.

"hahaha...biasa la orang sekarang,"kata-kata untuk menyejukkan hati.

Sebenarnya aku tak puas hati dengan pemasangan yang dibuat. Apatah lagi mereka meninggalkan solat maghrib semata-mata untuk siapkan pemasangan di keretaku. Galau hatiku memikirkan keadaan ini.

*************************

Aku nak kongsi info ini sikit. Harap bermanfaat ^^

Sahabat, saya nak bercerita tentang SUNNAH MUDAH. Selamat membacanya dengan ceria & amalkan ya ツ.
◆ 1. Bersalaman dengan mencium tangan seseorang.

✔ Dibolehkan jika mencium tangan orang itu disebabkan keilmuannya, kezuhudannya, kemuliaannya dll mengikut perspektif agamanya, bahkan ia digalakkan.

•••► Zari' رضي الله عنه menceritakan bahawa beliau & ahli rombongannya -Abdul Qais- berlumba² turun dari kenderaan kami lalu mencium tangan & kaki Nabi صلى الله عليه وسلم.
~ Riwayat Imam Abu Daud رحمه الله.

✖ Makruh ; boleh membawa kepada haram jika mencium tangan orang itu disebabkan kekayaannya, dunianya, kekuasaannya serta kedudukannya pada pandangan ahli dunia.

✉ Pesan saya, jangan jadikan cium tangan ini sebagai trend semata. Habis semua tangan diciumnya, haish 【ツ】

✔ Sunat mencium pipi budak² kecil dengan perasaan belas, kasih & rahmat. (Tapi jangan sampai budak tu lemas dengan ciuman anda & pastikan anda tidak berbau busuk) <--= kata tambahan daripada saya mewakili kanak² yang dicium. Peace no war ◕‿◕.

◆ 2. Berjabat tangan.

✔ Sunat yang disepakati di kalangan para ulama' setiap kali bertemu muka.

•••► Rasulullah صلى الله عليه وسلم berkata: "Tiada 2 orang muslim yang bertemu lalu saling berjabat tangan melainkan akan diampunkan (dosa) keduanya sebelum masing² berpisah.
~ Riwayat Imam Tirmidzi, Abu Daud & Ibnu Majah رحمهم الله.

✔ Dan dianjurkan juga berjabat tangan dengan memaniskan wajah & mendoakan dengan doa yang baik².

* Rujukan no 1 & 2: Kitab Al-Azkar Imam Nawawi رحمه الله. Sangat best kitab ini. Saya sangat syorkan sahabat memilikinya.

◆ 3. Bersalaman secara pelukcium.

✔ Saya copy paste mesej daripada zaujah Habib Ali Al-Hamid setelah saya meminta kepastian tentang hukum ini kepadanya.

✿ Kata beliau: "Menurut Imam Baijuri memang makruh kecuali bagi orang yang baru balik safar (pulang dari perjalanan yang jauh)."

✔ Saya menyatakan bahawa saya akan jelaskan hal ini kepada orang lain juga.

✿ Beliau membalas: "Penjelasan secara berhemah sangat diperlukan kerana ia menyentuh tentang kebiasaan. Tapi selagi adat kebiasaan itu tidak bercanggah pada agama, maka boleh aje."

So, insyaAllah saya akan berpegang kepada hukum MAKRUH kerana saya mahu pahala sunat apabila tinggalkan hal yang makruh, kan. Jom sahabat... ツ.

Cukup dengan berjabat tangan sahaja tanpa peluk cium  mata bertemu mata & diiringi senyuman manis & doa & salawat. Allahu Allah, indahnya ◕ ‿ ◕.

Dari fb : Ustazah Syarifah.

08 Oktober 2012

Semangat Tidak Cukup Kecuali Redha Allah.

Menjelang peperiksaan PMR esok, aku terasa debarannya. Seolah-olah aku yang menghadapi peperiksaan ini. Walaupun lebih 10 tahun yang lalu aku pernah laluinya, kali ini aku tetap terasa bahangnya. 

Aku pernah membaca menggunakan lampu kalimantan yang berada di koridor asrama. Ya. Ketika itu aku berada di asrama. Masih aku ingat katilku menghadap pintu masuk ke bilikku. Melalui celah-celah jaring itu, aku cuba membaca. Semua ahlibait(ahli bilik) tidur. Inilah peluang aku untuk membaca dan menghadam fakta dari buku sejarah. Hakikatnya aku tidak minat sejarah.

Aku susun jadual pembelajaran. Subjek paling aku lemah adalah subjek yang paling kerap aku ulangkaji kecuali Bahasa Inggeris. Entah kenapa aku tidak dapat cari jalan cara untuk belajar Bahasa Inggeris. Ditambah dengan cara pengajaran guru yang cukup menghampakan. Tidak perlu aku jelaskan sesuatu negatif tentang guru ini. Dia tetap guruku.

Sekarang aku mengajar. Dalam masa yang sama aku turut belajar berdasarkan tingkah laku pelajar aku sendiri. Tidak terlepas pada pemerhatianku berkaitan dengan pengajaran rakan sejawatan. Cara mereka mengajar dan sebagainya. Pelbagai karenah mereka setiap tahun. Mereka tetap berbeza. Aku cuba belajar dari mereka.

Tahun ini ada kelainan dalam diri pelajar tingkatan tiga. Aku tidak melihat semangat mereka terutama lelaki. Merekalah bakal mentadbir negara dan generasi pelapis untuk generasi masa kini. Adakah aku tidak nampak semangat mereka? Adakah aku terlalu marah kepada mereka sehingga aku tidak nampak kegigihan mereka?


Yang masih gigih bertanya soalan adalah pelajar perempuan. Terutama matematik. Subjek aku? Mungkin bagai mereka Bahasa Arab tidak penting. Tidak penting untuk masa depan mereka. Apa kerjaya masa depan untuk subjek aku. Semuanya materialistik. Semua nampak duit. Semua nampak dunia. Ya! Dunia penuh dengan syurga. Di mana akhirat mereka? Terutama bacaan dalam solat. Semuanya dalam Bahasa Arab. Jika bacaan tidak betul, maksud lain..adakah doa mereka diterima? jika solat tidak cuba disempurnakan sampai bila mereka akan ikut sebutan yang salah? Mungkin anggapan aku salah. Mungkin anggapan mereka betul.

Bagi aku Bahasa Syurga ini telah di anak tirikan. Sebab tiada MBA. Sedangkan MBI & MBM diperkenalkan. Sebut sahaja sekolah agama. Tapi apa yang mereka pentingkan? Guru agama berapa orang di sekolah itu? Seorang guru mengajar satu subjek untuk semua tingkatan. Guru agama wajib terlibat dalam semua program. Tetapi guru biasa tidak boleh terlibat dalam subjek Pendidikan Islam atau Bahasa Arab. Perlu tauliah? Cuba fikir dengan fikiran yang waras. Di mana kedudukan agamawan sekarang? Aku tidak tahu di mana puncanya. Adakah dasar pendidikan kita tidak berlandaskan Al-Quran dan Sunnah? Adakah kita masih menggunakan sistem pengajaran penjajah?

Aku hanya perlu meninggalkan persoalan di sini tanpa huraian. Semoga Calon PMR akan terus berusaha dengan doa sebagai senjata terakhir. Buatlah semuanya kerana Allah. Jika kerana manusia, kita akan rugi. Mulakan sebarang pekerjaan dengan Basmalah ( Bismillahirahmanirrahim)

~SELAMAT BERJUANG CALON PMR 2012~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...