Mutiara Kata Untuk Murabbi.

"JIKA MURID DIAJAR DENGAN PUJIAN, DIA BELAJAR MENGHARGAI"

"JIKA MURID DIAJAR DENGAN CELAAN, DIA BELAJAR MEMAKI"

"JIKA MURID DIAJAR CEMUHAN, DIA BELAJAR RENDAH DIRI"

"JIKA MURID DIAJAR DENGAN PERSAHABATAN, DIA BELAJAR MENYAYANGI"

"JIKA MURID DIAJAR PERMUSUHAN, DIA BELAJAR BERKELAHI"

"JIKA MURID DIAJAR JAMINAN, DIA BELAJAR MEMPERCAYAI"

"JIKA MURID DIAJAR DENGAN PENGHINAAN, DIA BELAJAR MENYESALI"

"JIKA MURID DIAJAR DENGAN KEADILAN, DIA BELAJAR KESAKSAMAAN"

"JIKA MURID DIAJAR DENGAN DISKRIMINASI, DIA BELAJAR MEMENTINGKAN DIRI"

29 Januari 2011

Sarung tangan jadi isu???

Adakah ini gambaran penduduk negara Islam?

Jika aku nak beli ikan, aku takkan nak bersalam dengan penjual ikan. 
Tak logik la. 

Korang ingat aku tak nak salam sebab tangan korang kotor ke? 
Adakah kita terlalu jauh dengan ajaran Islam?

Memang pernah dihulurkan salam.
Jika terpaksa, aku akan lapikkan dengan tudungku.
Salahkah aku buat begitu?

Jika pelajar lelaki, aku elakkan.
Bukan kerana tangan korang kotor ye.
"Kamu bukan mahramku,"

Walaupun cikgu2 perempuan korang menyambut salam itu.
Dan lagakan pipi umpama mama Mas Idayu dan anak murinya Black.

YA ALLAH, KEMBALILAH PEMAHAMAN AJARAN ISLAM KEPADA UMATMU INI...>_<

***********
Gejala Ikhtilath (percampuran di antara kaum lelaki dengan wanita) semakin dianggap perkara biasa. Mereka saling bersentuhan kulit, bersalaman tangan, bertepuk-tampar, bersenda-gurau, sehingga ada yang berpelukan sesama sendiri tanpa timbul sebarang rasa bersalah. Lebih merisaukan apabila ada yang menganggap bahawa ia tidak termasuk kesalahan di sisi agama. Di antara sebab-sebab perkara ini terus berleluasa mungkin adalah kerana faktor lemahnya iman, budaya persekitaran yang penuh syubhat, terkesan dengan pelbagai adegan filem dan drama, dan ketidak-tahuan mereka terhadap dalil-dalil berkaitan yang menjelaskan persoalan tersebut secara jelas.

Di samping adanya beberapa fatwa meragukan dari tokoh-tokoh tertentu masakini yang mengharuskan bersalaman di antara lelaki dan wanita ajnabiyah (bukan mahram) dalam keadaan tertentu. Ini adalah sebagaimana yang diutarakan dan ditunjukkan antaranya oleh Dr. Yusuf al-Qaradhawi berpandukan beberapa tafsiran dan takwilan yang dikemukakannya. Apa pun, fatwa beliau tersebut wajar ditinggalkan dengan mendahulukan apa yang telah jelas dan bebas dari syubhat sebagaimana ditunjukkan oleh akhlak Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dan para sahabatnya sebagaimana dalil-dalil yang bakal dikemukakan.

Dalil pertama

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda,
لأن يطعن في رأس رجل بمخيط من حديد خير من أن يمس امرأة لا تحل له
“Sekiranya kepala salah seorang daripada kamu ditusuk dengan jarum besi, itu adalah lebih baik bagi kamu daripada kamu menyentuh wanita yang tidak halal bagi kamu.” (Hadis Riwayat ath-Thabrani. Dinilai sahih oleh al-Mundziri, al-Haitsami, dan al-Albani)

Syaikh al-Albani rahimahullah berkata, 
“Pada hadis ini terdapat ancaman yang keras (tegas) kepada sesiapa sahaja yang menyentuh wanita ajnabiyah (yang bukan mahram). Padanya juga terdapat dalil atas haramnya bersalaman (mushofahah) dengan wanita. Sebab itu, tidak diragukan bahawa bersalaman itu mengandungi unsur bersentuhan. Pada masa ini, umat Islam banyak diuji dengan situasi ini, dan di antara mereka adalah dari kalangan ahli ilmu. Sekiranya mereka mengingkari perkara tersebut dengan hati mereka, tentu ada sedikit kemudahan untuk menasihati mereka. Tetapi sayangnya, mereka menghalalkan perkara tersebut dengan pelbagai cara (jalan) dan takwilan (penafsiran).” (Rujuk: al-Albani, as-Silsilah ash-Shahihah, 1/225)

Dalil Kedua

Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda,

كُتِبَ عَلَى ابْنِ آدَمَ نَصِيبُهُ مِنْ الزِّنَا مُدْرِكٌ ذَلِكَ لَا مَحَالَةَ فَالْعَيْنَانِ زِنَاهُمَا النَّظَرُ وَالْأُذُنَانِ زِنَاهُمَا الِاسْتِمَاعُ وَاللِّسَانُ زِنَاهُ الْكَلَامُ وَالْيَدُ زِنَاهَا الْبَطْشُ وَالرِّجْلُ زِنَاهَا الْخُطَا وَالْقَلْبُ يَهْوَى وَيَتَمَنَّى وَيُصَدِّقُ ذَلِكَ الْفَرْجُ وَيُكَذِّبُهُ

“Persoalan anak Adam berkaitan zina telah ditentukan. Tidak mustahil ia pasti melakukannya. Dua mata berzina dengan melihat, dua telinga berzina dengan mendengar, lidah berzina dengan berkata-kata, tangan berzina dengan menyentuh, kaki berzina dengan melangkah, hati berzina dengan angan-angan (kehendak), dan kemaluanlah yang akan membenarkan (merealisasikan) atau mendustakan semua itu.” (Sahih: Hadis Riwayat Muslim)

Kaedah pengambilan dalil dari hadis ini adalah berdasarkan sabda Rasulullah,
وَالْيَدُ زِنَاهَا الْبَطْشُ
“... dan tangan berzina dengan menyentuh.” (Dari hadis di atas)
Dalam riwayat Ahmad disebutkan,
وَالْيَدُ زِنَاهَا اللَّمْسُ
“... dan tangan berzina dengan menyentuh.”

Dalam riwayat Ibnu Hibban juga disebutkan,
وَالْيَدُ زِنَاؤُهَا اللَّمْسُ
“... dan tangan berzina dengan menyentuh.”
Imam an-Nawawi rahimahullah menjelaskan, 
“Makna hadis di atas adalah bahawa setiap anak Adam itu mungkin ada yang ditakdirkan untuk melakukan perbuatan zina. Di antara mereka ada yang melakukan zina dengan sebenar-benarnya, iaitu dengan memasukkan kemaluannya ke dalam kemaluan wanita secara haram. Di antara mereka ada yang zinanya secara majaz (kiasan), iaitu dengan melihat perkara-perkara yang haram, atau dengan mendengar sesuatu yang mengajak kepada perzinaan dan usaha-usaha untuk melakukan kepada zina, atau dengan sentuhan tangan, atau menyentuh wanita ajnabiyah (yang bukan mahram) dengan tangannya, atau menciumnya. Atau dengan melangkah kaki menuju tempat perzinaan, melihat, menyentuh, atau berkata-kata dengan cara yang haram bersama dengan wanita ajnabiyah (yang bukan mahram), atau berangan-angan (imaginasi atau berniat) dengan hatinya. (an-Nawawi, Syarah Shahih Muslim, 16/206)

Dalil ketiga

Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam tidak pernah bersalaman dengan wanita yang bukan mahram baginya walaupun dalam perlaksanaan proses bai’at. Secara umumnya tuntutan proses ini berlaku dengan cara bersalaman, iaitu apabila dilakukan di antara Nabi dengan para sahabat lelaki yang lain.

Umaimah Binti Ruqaiqah menyatakan,
أتيت رسول الله صلى الله عليه وسلم في نساء لنبايعه، فأخذ علينا ما في القرآن: { أَنْ لا يُشْرِكْنَ بِاللَّهِ شَيْئًا } الآية، وقال: "فيما استطعتن وأطقتن"، قلنا: الله ورسوله أرحم بنا من أنفسنا، قلنا: يا رسول الله، ألا تصافحنا؟ قال "إني لا أصافح النساء، إنما قولي لامرأة واحدة كقولي لمائة امرأة
“Aku pernah pergi menemui Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersama beberapa orang wanita untuk melakukan bai’at (perjanjian taat setia) kepada beliau. Maka beliau pun membai’at kami dengan apa yang terdapat dalam al-Qur’an, iaitu kami tidak boleh mensyirikkan Allah dengan segala sesuatu. Lalu beliau bersabda, “Iaitu berkenaan dengan apa yang kamu mampu dan sanggupi.”
Maka kami pun berkata, “Allah dan Rasul-Nya yang lebih menyayangi kami daripada diri kami sendiri.” Seterusnya kami bertanya, “Wahai Rasulullah, tidakkah kita perlu bersalaman?”

Beliau menjawab, “Sesungguhnya aku tidak bersalaman dengan wanita. Ucapanku kepada seorang wanita bersamaan dengan untuk seratus orang wanita.” (Sahih: Hadis Riwayat Ahmad)

Syaikh Muhammad al-Amin asy-Syanqithi rahimahullah berkata, 
“Bahawasanya telah tsabit daripada Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam beliau bersabda, “Sesungguhnya aku tidak pernah bersalaman dengan kaum wanita.” Dan Allah telah berfirman, “Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah itu contoh tauladan yang baik.” Dengan itu, demi untuk mencontohi (mengikuti) beliau Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, maka kita tidak bersalaman tangan dengan wanita ajnabiyah... dan sikap beliau Shallallahu ‘alaihi wa Sallam yang tidak bersalaman tangan dengan wanita di ketika melakukan bai’ah adalah merupakan dalil yang sangat jelas bahawa seseorang lelaki tidak boleh bersalaman tangan dengan wanita yang bukan mahramnya dan tidak dibenarkan sama sekali dari anggota badannya menyentuhnya. Ini adalah kerana bentuk sentuhan yang paling ringan adalah dengan bersalaman. Apabila Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam sendiri enggan untuk bersalaman dengan wanita ajnabiyah di ketika waktu-waktu yang sangat diperlukan untuk bersalaman iaitu di ketika waktu berbai’ah, maka ini menunjukkan bahawa bersalaman tangan dengan kaum wanita ajnabiyah adalah tidak dibenarkan. Sesiapa pun tidak wajar untuk menyelisihi beliau. Kerana beliau adalah yang menetapkan syari’at untuk umat beliau sama ada dengan ucapan, perbuatan, ataupun pembenaran (taqrir).” (al-Amin asy-Syanqitihi, Adhwa’ul Bayan fii Idhahal Qur’an bil Qur’an, 6/256)
Imam an-Nawawi rahimahullah berkata, 
“Perkataan (suara) wanita ajnabiyah boleh kita dengari apabila ada keperluan, dan suaranya tidak termasuk aurat (apabila tidak berlebih-lebihan – pent.). Menyentuh kulit wanita ajnabiyah tidak dibolehkan tanpa adanya alasan darurat seperti sebab perubatan, pendarahan, bekam, mencabut gigi, dan seumpamanya, di mana apabila tiada wanita yang boleh melakukannya. Maka pada ketika itu lelaki yang bukan mahram dibenarkan melakukannya atas faktor keterpaksaan tertentu.” (Imam an-Nawawi, Syarah Shahih Muslim, 13/10)
Beliau juga berkata, 
“Disebabkan melihat wanita yang bukan mahram itu diharamkan (terdapat perintah menundukkan pandangan – pent.), sudah tentu menyentuh kulitnya lebih diharamkan lagi. Ini adalah kerana menyentuh lebih mudah membangkitkan syahwat.” (Imam an-Nawawi, Raudhatut Thalibin wa ‘Umdatul Muftiin, 7/27)
Demikianlah antara dalil-dalil utama dan penegasan para ulama ahlus Sunnah wal-jama’ah dalam persoalan hukum bersentuhan kulit (termasuk bersalaman) di antara lelaki dengan wanita bukan mahram yang disengajakan. Sama ada berlapik atau bersarung tangan, maka ia tetap terlarang. Tidak pernah pula dilakukan oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. 

Walau bagaimanapun, bersalaman atau bersentuhan di antara suami dengan isteri adalah dibenarkan walaupun dalam keadaan berwudhu’ dan tidak terbatal wudhu’ mereka. Semoga kita selaku umat Islam diberikan kemudahan untuk memahami persoalan ini dengan baik. Sekiranya bersalaman dan bersentuhan pun termasuk perkara yang terlarang, fikirkanlah yang melampau dari itu! 

Wallahu ‘alam...

SUMBER: an-nawawi

Filem tentang Mavi Marmara.

Kapal Mavi Marmara.

Filem terbaru 2011 yang dikeluarkan dari Turki.








Rusuhan di Mesir.


POLIS antirusuhan menggunakan penyembur air bagi menyuraikan penunjuk perasaan di Kaherah, Mesir semalam.



KAHERAH - Pemerintah Mesir semalam memutuskan talian telefon bimbit dan perkhidmatan Internet selain menghantar puluhan trak polis antirusuhan sebagai percubaan untuk menyekat beribu-ribu aktivis daripada menyertai protes antipemerintah yang diadakan selepas solat Jumaat.
Bekas Ketua Agensi Tenaga Atom Antarabangsa, Mohamed Elbaradei dan Persaudaraan Muslim turut menyertai protes tersebut walaupun terdapat amaran bahawa pihak berkuasa akan mengambil tindakan tegas untuk mematahkan gelombang kebangkitan itu.
Ketiadaan perkhidmatan Internet menghalang akses ke laman rangkaian sosial seperti Facebook dan Twitter yang menjadi alat komunikasi utama para penganjur protes.
Polis Mesir mengalami kesukaran untuk berdepan dengan penunjuk perasaan yang telah bertempur selama tiga hari. Mereka menuntut supaya Presiden Hosni Mubarak meletak jawatan selepas memerintah selama 30 tahun.
Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama memberi amaran bahawa keganasan bukan penyelesaian di Mesir.
Obama turut meminta kedua-dua belah pihak mengawal perasaan dan menggesa Hosni agar melakukan perubahan politik.
"Ini adalah waktu kritikal dalam hidup rakyat Mesir. Keinginan untuk berubah mesti dihormati. Rejim tidak boleh menggunakan kekerasan ke atas peserta demonstrasi," kata Elbaradei yang lantang mengkritik Hosni dan menyatakan kesediaannya untuk mengetuai perubahan di Mesir jika diminta berbuat demikian.
Demonstrasi itu mendapat ilham daripada Revolusi Jasmin yang berlaku di Tunisia baru-baru ini sehingga mengakibatkan Presiden Zine El Abidine Ben Ali meletakkan jawatan.
Setakat ini, lima penunjuk perasaan dan dua anggota polis terbunuh di Mesir manakala 100 yang lain cedera.
Seorang pegawai keselamatan memberitahu kira-kira 1,000 orang telah ditahan sejak tunjuk perasaan bermula pada Selasa lalu.
Para aktivis menyebarkan khidmat pesanan ringkas (SMS) bagi menuntut hak untuk hidup dengan penuh kebebasan dan bermaruah.
Hosni dianggap sebagai presiden yang tidak membawa pembaharuan ekonomi.
Hampir separuh daripada 80 juta penduduk Mesir hidup di bawah paras kemiskinan berdasarkan kadar pendapatan yang ditetapkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) iaitu AS$2 (RM6.11) sehari.
Negara itu mempunyai pendidikan yang berkualiti rendah, kadar pengangguran tinggi telah menyebabkan penduduk gagal memperoleh keperluan hidup yang sempurna. - Agensi
**********
Era kebangkitan sudah bermula. Moga keadilan menyelubungi dunia Islam. ^_^
Sabar adalah penawar yang terbaik. Kawan-kawan, adik2 dan saudara seislam di Mesir. Moga anda dapat menghadapi dugaan ini dengan tenang =)
SUMBER:metro

Ketaqwaan Seorang Syeikh.

"Hendaklah kamu bercakap benar," pesan seorang ibu terhadap anaknya.

Anak yang ingin menuntut ilmu jauh dari kampung halaman sentiasa mengingati pesanan ibu. Baginya mentaati ibu  sama mentaati perintah Allah. Rahsia keberkatan dalam menuntut ilmu.

Anak ini meneruskan perjalanannya. Di pertengahan jalan....

"Apa yang kamu bawa?"

"Wang 40 dinar,"

Mereka saling berpandangan. Terkejut dan terdiam. Kebiasaannya musafir yang melalui jalan ini akan mengatakan mereka tidak membawa harta mahupun wang. Mereka adalah perompak padang pasir yang kejam.

Datang ketua perompak. Apabila ditanya, jawapan yang sama diberikan. Dia berasa terlalu hairan. Akhirnya ketua perompak berkata,"Mengapa kamu bercakap benar dan tidak menipu kami?"

Kata Syeikh, "Ibuku berpesan supaya aku sentiasa bercakap benar dan aku tidak mahu mengkhianati janjiku kepada ibuku,"

Secara tiba-tiba, ketua perompak menjerit-jerit dan mengoyak-ngoyakkan pakaiannya dan berkata," Ya Allah, kamu takut mengkhianati janjimu kepada ibumu sedangkan aku tidak takut mengkhianati janjiku kepada Tuhan,"

Dia terus mengarahkan harta-harta pencurian dikembalikan kepada pemilik-pemiliknya dan selepas itu beliau berkata kepada Syeikh," Sekarang aku bertaubat dihadapanmu,"

Perubahan yang berlaku kepada ketua perompak memberi kesan positif kepada perompak-perompak lain. mereka terus berkata," Kamu adalah ketua kami pada masa kita sama-sama merompak. Pada hari ini, kamu adalah ketua kami ketika kita sama-sama bertaubat."

Siapa sebenarnya Syeikh ini???

Beliau adalah Syeikh Abdul Kadir Jailani-Tokoh tasawwuf terkenal. Beliau dilahirkan pada tahun 470H di kota Gilan di Iran dalam keluarga yang mementingkan ketakwaan dan ilmu.

Antara guru yang sempat mendidik beliau adalah Syeikh Abul Wafa bin Aqeel, Muhammad bin Hassan al-Baqillani dan Abu Zakariya Tebrezi. Dalam bidang tasawwuf, beliau dibimbing oleh Syeikh Abul Khair Hammad bin Muslim al-Dabbas dan Qadi Abu Said Makhrami.

Sejak kecil, beliau dididik untuk bercakap benar. Peristiwa di atas berlaku dalam perjalanannya ke Kota Baghdad bagi menuntut ilmu.

Beliau meninggal dunia pada tahun 561 Hijrah semasa berumur 90 tahun.

Gambar dari pak google ^_*

*******
Mengikut satu riwayat, Syeikh Abdul Kadir Jailani menceritakan syaitan pernah mendatangi beliau dalam bentuk cahaya yang terang benderang.

Syaitan berkata,"Wahai Abdul Kadir, aku adlah Tuhanmu dan bermula hari ini aku halalkan kepadamu apa yang aku haramkan sebelum ini."

Beliau terus berkata,"Aku berlindung dengan Allah. Nyahlah kau Wahai Iblis."

Tiba-tiba suasana menjadi gelap dan cahaya yang terang benderang di lanit bertukar menjadi gumpalan asap. Pada masa itu, Syeikh Abdul Kadir Jailani terdengar suara," Wahai Abdul Kadir, aku sudah menyesatkan 70 orang ahli sufi dengan cara ini tetapi kamu terselamat kerana ilmu dan ketaqwaanmu,"

As-Syeikh terus menjawab,"Tidak, aku terselamat kerana rahmat Allah,"

Selepas beliau menceritakan kisah ini, seseirang bertanya kepadanya.

"Bagaimana tuan Syeikh mengetahui suara itu suara iblis?"

"Apabila dia mengatakan dia menghalalkan segala yang diharamkan. Sebab itu aku tahu dengan jelas, ini kerja Iblis laknatullah."

*******
Kisah ini menunjukkan pembinaan awal pendidikan adalah di rumah oleh kedua ibubapa. Begitu juga contoh terbaik yang ditunjukka oleh ibubapa sendiri.

Taqwa yang hakiki akan terus berlaku walau dimana sahaja. Bukan di masjid atau di surau. Taqwa yang terbit dari hati umpama percikan minyak kasturi. Berkat percikan tadi, berlaku perubahan yang luar biasa terhadap perompak-perompak. Apabila manusia yang jahat berubah kepada lebih baik, taqwa dan kegemilangan akan terserlah.

Taqwa sahaja tidak cukup kecuali digabungkan dengan ilmu. Jadi kita harus berusaha mencari ilmu agama sebanyak yang mungkin untuk mencapai kegemilangan dunia dan akhirat. Biar 'Seiring sejalan' ^_^

Rujukan: 7 Formula Individu Cemerlang oleh Dr Danial Zainal Abidin, Tarbiyatul Aulad oleh Abdullah Nasih Ulwan.

28 Januari 2011

Pembentangan tokoh ilmuan islam.

"Perbentangan dalam kertas kajang???!!!"

Jika dibuat dalam bentuk peta minda dalam kertas mahjong, boleh dikira perbentangan lagi. Tapi jika dalam kertas kajang macam mana? Tiada kertas edaran. Tiada gambaran yang boleh dibuat. Hanya suara didengari. Adakah ini dinamakan perbentangan???

**********

Tahniah!

Bagi kumpulan yang berjaya menyiapkan kerja yang diberikan.

Tiada AWARD yang boleh diberikan.

Ini dari kumpulan lelaki yang diketuai oleh Aiman. 
Satu-satunya kumpulan lelaki yang menggunakan power point.


Kumpulan yang diketuai oleh Saidatul Nabila.


Kumpulan yang diketuai oleh Syazwani.

Kumpulan yang diketuai oleh Aqillah.

Kumpulan Aqillah dan Syazwani adalah paling lengkap berdasarkan usia mereka. Umpama perbentangan tesis di mana-mana universiti. Walau kekurangan dari segi animasi dan kelajuan hasil perbentangan kerana kekangan masa.

Jazakallahu Khairan Kathira.

Moga anda bakal menjadi para ilmuan Islam pada masa akan datang.

27 Januari 2011

Lupa... ingat...lupa...ingat.

"Masuk telinga kanan keluar telinga kira,"

"Bagai mencurah air atas daun keladi,"

Sebab itu kita sebagai manusia selalu saling mengingati. Mungkin kita tahu tapi lupa. Ada sesetengah daripada kita kerana kesusahan, dia mudah ingat dan berhati-hati dalam tindakan.

"Pisang takkan berbuah dua kali," hahaha...sekarang ada pisang yang dah dua kali berbuah. Mungkin tak sesuai dengan keadaan sekarang. Mungkin ada di antara kita mengulang kesalahan yang sama. Mungkin sejarah akan berulang?

Roda terus bergerak. Terus bergerak. Masa terus berlalu. Tidak pandang ke belakang. Betul dengan kata Imam Al-Ghazali bahawa perkara yang paling jauh adalah MASA. Masa muda tidak akan berulang. Tapi masa depan yang menunggu kita. Jika kita tidak rebut peluang yang ada sekarang...bila lagi???

Diri kita sendiri yang mampu mengubahnya. Sebab itu ALLAH tidak akan megubah keadaan sesuatu kaum itu kecuali ia mengubahnya sendiri.

Kita tidak cuba belajar dari kesilapan. Tiada pengajaran. Jika ingin kita pegang. Jika tidak mahu, kita buang. Mungkin ini yang kita hadapi sekarang.

~YA MUQALLIBAL QULUB...THABBIT QULUBANA ALA DINIK WA ALA THA'ATIK~

26 Januari 2011

Al-Fatihah...

Moga roh allahyarhamah dicucuri rahmat.
Moga dia ditempatkan di syurga bersama para solihin..

Ibu saudaraku, Madiana Muda...
Meninggal dunia 10.30 mlm tadi.
Masih di hospital.

Hanya al-Fatihah mengiringinya....

AL-FATIHAH....

Hala tuju pembelajaran...


"GPMP kita perlu ditingkatkan. Ini target kita pada tahun ini,"

"Pengarah kita tak suka ada orang menjawab,"

"Kita telah membunuh semangat pelajar untuk belajar bahasa arab!"

"Penumpuan kita supaya pelajar dapat 'A' dalam semua matapelajaran. Walau apa pun cara sekalipun,"

"Budak tak minat...nak buat macam mana lagi. Kereta buruk kalau 'start' juga tapi tak hidup nak buat macam mana? tukar kereta baru la,"

"Pedulikan budak yang tak minat ni,"

"Tumpu kepada pelajar minat sahaja,"

"Pelajar saya dapat 9A tapi tak dapat ke sekolah SMKA. Adik-adik mereka dah tak minat nak belajar. Sebab naik tingkatan 4 kena pergi sekolah teknik. Tak guna belajar bahasa arab katanya,"

Inilah luahan dan cadangan guru-guru dalam mesyuarat kali ini. Pertama kali aku masuk. Memang tak kenal ramai orang. Sekurang-kurangnya aku jumpa orang yang aku kenal. Dah 2 tahun tak jumpa.

Apa pendapat korang tentang luahan di atas? Ada cabaran? Ada perubahan dalam diri korang sebagai seorang pelajar. Jangan jadikan kesusahan penghalang untuk mengejar ilmu dunia dan akhirat. Biar susah sekarang..asalkan Allah redha dengan ilmu dan akhlak kita. Biar apa pun kata guru-guru...kuatkan semangat untuk belajar dan ubah diri daripada jahil kepada tahu ^_^

Selamat menjalan ujian bulanan pertama esok =)

25 Januari 2011

Tangan Anugerah Tuhan.

Mereka berkata: Tangan anugerah Tuhan,
Mengajar manusia tentang peradaban,
Mendidik anak bangsa yang kehausan.

Tangan yang menadah doa memohon keberkatan,
Tangan yang menulis undang-undang dan peradaban,
Tangan juga memahat sejarah kehidupan,
Buat tatapan dan panduan.

Tangan yang membinasakan,
Menulis surat layang dan tohmahan,
Tangan yang menghancurkan.

Kehidupan dan peradaban,
Tangan yang merasuah, lupa halal haram,
Tangan yang terlupa mengambil haknya.

Tangan yang memberi lebih baik daripada yang menerima,
Tangan yang menghulurkan salam,
Menyambunbg silaturrahim sesama insan,
Tangan yang menghayun buaian juga bisa menggoncang dunia,

Dan...
Tangan yang mengamit, memamnggil aku ke sini,
Dan tangan yang menegah,
Isyarat...
"Saya perlu berhenti!"

SUMBER: Strategi Pengajaran Guru Cemerlang bab 1 oleh: Azizul Rahman Abdul Rahman.

23 Januari 2011

Kisah cucu dan atuk.


Seorang petani tua tinggal bersama cucunya di sebuah kawasan pedalaman. Rutin sesudah subuh sebelum bertani, Si Atuk akan membaca al-Quran di pangkin. Amad, cucu Si Atuk sentiasa memerhatikan gelagat atuknya, dan berusaha untuk merutinkan bacaannya seperti atuk.
Suatu hari Amad bertanya,
"Atuk, Amad cuba untuk baca al-Quran setiap hari macam Atuk, tapi Amad selalu tidak faham. Bila faham sekali pun, Amad tetap akan lupa bila Amad tutup al-Quran. Apa ya kebaikan baca al-Quran, Atuk?"
Si Atuk menutup al-Quran dan tersenyum, faham benar dengan pertanyaan cucu tunggalnya itu. Tidak menjawab soalan Amad, sebaliknya Atuk menyuruh Amad berbuat sesuatu,
"Amad ambil bakul arang di dapur. Pergi ke sungai dan bawa balik sebakul air untuk Atuk."
Amad hanya menurut, pergi ke sungai, mengisi air ke dalam bakul, dan berjalan balik ke rumah. Sebelum sampai ke rumah, air terkeluar melalui lubang-lubang bakul yang dibuat daripada rotan. Amad berpatah balik ke sungai sekali lagi.

Dari jauh  Si Atuk memerhatikan gelagat Amad sambil tertawa, lalu berteriak,
"Amad perlu bergerak lebih laju, supaya sempat sampai di rumah!"

Kali ini Amad berlari lebih laju, tetapi hasilnya tetap sama, bakul tetap kosong sebelum sampai ke rumah. Tercungap-cungap keletihan, Amad fikir terlalu mustahil untuk membawa air menggunakan bakul, lalu dia mencapai baldi.
"Atuk tidak mahu air dari baldi, Atuk hanya mahu air dari bakul. Amad belum berusaha dengan bersungguh, Atuk tahu." 

Lalu Amad mencapai bakul tadi dan segera ke sungai, dia ingin membuktikan kepada Atuknya yang dia telah berusaha bersungguh-sungguh. Malah semakin cepat Amad berlari, semakin cepat air keluar daripada bakul tersebut.
"Tengok Atuk, tidak berguna bukan? Bakul ini tetap kosong," kata Amad kepada Atuknya, menelan rasa kecewa.
Betulkah tidak berguna?
"Tidak berguna kata Amad? Cuba Amad lihat bakul itu."
Amad melihat bakul di tangannya, dan Amad baru perasan satu perkara, iaitu bakul itu tidak lagi comot dengan kesan arang dan tanah, malah jauh lebih bersih, luar dan dalam.
"Amad, itulah yang berlaku bila kita selalu membaca al-Quran. Kita mungkin tidak faham, atau tidak ingat apa-apa, tetapi yakinlah  bila kita membacanya, kita akan berubah, luar dan dalam". 
Amad tersenyum lebar dan penuh bahagia, persoalannya kini terjawab.

Usaha atau Hasil?

Seringkali kita terfokus pada hasil, sehingga kita terlupa usaha itu yang lebih utama. Tanpa usaha tiada hasil. Mulai sekarang ubahlah apa yang kita lihat. Lihat dan hargailah usaha, walau hasilnya tidak seberapa.

Jika kita berupaya sekuat tenaga menemukan sesuatu, dan pada titik akhir upaya itu hasilnya masih kosong, maka sebenarnya kita telah menemukan apa yang kita cari dalam diri kita sendiri, yakni kenyataan, kenyataan yang harus dihadapi, sepahit apa pun keadaannya.

SUMBER:iluvislam

Huruf ج dan خ .

Melayu Islam tidak dapat bezakan huruf Hijaiyyah. 

Adakah anda tidak malu? 

Walaupun anda mendapat 5A dalam UPSR.
 9A dalam PMR. 
11A dalam SPM. 

Masih tak dapat bezakan huruf JIM (ج) dan KHA (خ).

Masih tak dapat mengenal pasti huruf hijaiiyah bermula dengan ALIF(ا) dan berakhir dengan huruf  YA(ي).

Jika darjah satu boleh dimaafkan. 

Tapi jika di tingkatan satu, dua dan tiga masih tidak kenal huruf-huruf ini. 

Apa yang perlu dibuat?

Ibu bapa hanya pentingkan A sahaja.

Adakah diorang ajar anak-anak mengenal huruf2 hijaiyyah ini?

Adakah diorang juga tidak tahu?

Kalau tak kenal huruf2 ini bagaimana anda membaca al-Quran?

Bagaimana nak belajar Bahasa Arab?

Jika anda bersungguh untuk belajar daftar ke Ejawi online dan daftar sebagai ahli.

SELAMAT MENCUBA KERANA ALLAH ^_^

22 Januari 2011

Analisa Tarikh Lahir Tahu Masa depan



ramal.jpg
 SOALAN
Assalamualaikum, ustaz...... apakah hukum amalan menggunakan nombor-nombor pada tarikh lahir untuk tujuan mentafsir dan menganalisis kehidupan seseorg individu contohnya dapat mengetahui status kewangan, keharmonian keluarga, masalah bakal dihadapi dalam tahun-tahun yang dianalisis. Harap sangat dapat sertakan nas-nas naqli utk menangani isu ini. Wassalam terima kasih.
JAWAPAN
Perlu difahami bahawa, isu yang berkaitan dengan perkara ghaib seperti mengetahui perihal sejarah silam, ramalan bala, ramalan perkara yang akan datang seperti yang disebut dalam soalan di atas, mengetahui sesuatu tentang makhlus halus dan yang seumpama dengannya adalah satu keyakinan yang mesti di sumberkan kepada tiga sumber sahaja. Iaitu :-
a) Al-Quran       
b) Hadith Sohih dan Hasan      
c) Fitrah kejadian alam (sunnatullah)
Tanpa ketiga-tiga ini, kepercayaan tadi dengan mudah boleh membawa kepada gejala tilikan dan ramalan ghaib yang tidak diizinkan oleh Allah SWT dan RasulNya sebagainya firmanNya di dalam surah al-Naml ayat 65 : ertinya :
قُل لَّا يَعْلَمُ مَن فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ الْغَيْبَ إِلَّا اللَّهُ
Ertinya : " Katakan (wahai Muhammad kepada umatmu) tiada sesiapa di atas muka bumi atau di langit mengetahui perkara ghaib kecuali Allah SWT" .
SUNNATULLAH ( HUKUM ALAM) BOLEH DIPERCAYAI
Maksudnya adalah mempercayai sesuatu yang mempunyai ciri ghaib seperti meyakini esok akan berlaku hujan berdasarkan sunnatullah iaitu dilihat dari satelit maka di dapati kumpulan awan tebal di atas Malaysia. Ia adalah bentuk ramalan yang didasari oleh sunnatullah atau fitrah alam yang diharuskan.
Alah SWT menyatakan : Ertinya : 
"Andaikata kebenaran itu mengikuti hawa nafsu mereka, niscaya akan rusaklah langit dan bumi serta seluruh makhluk yang ada di dalamnya." (al-Mu'minun: 71)
Inilah yang perlu dimaklumi, bahwa alam ini dikendalikan dengan undang-undang dan hukum yang tetap, tidak pernah berubah dan berganti, sebagaimana telah dinyatakan oleh al-Quran dalam beberapa ayat, antara lain sebagai berikut:
Firman Allah ertinya : 
"Kamu tidak akan menjumpai sunnatullah itu berganti." (Fathir: 43)
Hasil dari kepercayaan ghaib tanpa didasari oleh tiga asas tadi, maka ramailah di kalangan umat Islam yang dihinggapi virus kerosakan aqidah.
Idea tilikan dan pengiraan tarikh lahir untuk mnegetahui hal yang akan datang termasuk status kewangan, keharmonian rumah tangga dan sebagai amat bercanggah dengan hukum Islam. Malah jika ingin digunakan hujah ‘sunnatullah' atau tajribah (percubaan dan analisa) pun ia tidak boleh sama sekali. Ini kerana analisa yang boleh diterima hanya analisa yang boleh dibuktikan melalui bukti-bukti saintifik dan fizikal, seperti ramalan cuaca melalui info lengkap dari kedudukan awan dan angin melalui alatan canggih moden dan visual dari satellite.
Begitu juga khasiat kayu-kayu tertentu untuk mengubati penyakit, menghalau binatang tertentu dan sebagainya. Ia juga bersifat fizikal iaitu kepada kayu tersebut dan bauan atau warnanya.
Namun kombinasi tarikh lahir dan kiraan matematik yang didakwa boleh mengetahui kejadian yang akan datang, masalah yang bakal menimpa, jodoh, sakit dan sihat, akan jadi kaya atau terus miskin dan yang sempamanya BUKAN dari sesuatu bersifat fizikal, tidak juga bersamaan dengan contoh yang kayu dan ramalan cuaca tadi. Hal seumpama ini tidak boleh sama sekali diramal menggunakan tarikh lahir.
NABI PUN TIDAK MENGETAHUI YANG GHAIB
Nabi Muhammad s.a.w. datang dan dijumpainya di tengah-tengah masyarakat ada sekelompok manusia tukang dusta yang disebut kuhhan (dukun) dan arraf (tukang ramal). Mereka mengaku dapat mengetahui perkara-perkara ghaib baik untuk masa yang telah lalu mahupun yang akan datang, dengan jalan mengadakan hubungan dengan jin dan sebagainya.
Justeru itu Rasulullah s.a.w. kemudian mengishtiharkan perang dengan sebarang dakwaan dusta yang tidak berlandaskan ilmu, petunjuk mahupun dalil syara'.
Rasulullah membacakan kepada mereka wahyu Allah yang berbunyi:
"Katakanlah! Tidak ada yang dapat mengetahui perkara ghaib di langit dan di bumi melainkan Allah semesta." (an-Naml: 65)
Bukan Malaikat, bukan jin dan bukan manusia yang mengetahui perkara-perkara ghaib. Rasulullah juga menegaskan tentang dirinya dengan perintah Allah s.w.t. sebagai berikut:
"Kalau aku dapat mengetahui perkara ghaib, niscaya aku dapat memperoleh kekayaan yang banyak dan aku tidak akan ditimpa suatu musibah; tidak lain aku hanyalah seorang (Nabi) yang membawa khabar duka dan membawa khabar gembira untuk kaum yang mau beriman." (al-A'raf: 188)
Oleh kerana itu, barangsiapa mengaku dapat mengetahui perkara ghaib, termasuk perkara akan datang dan lain-lain, bererti dia mendustakan Allah, mendustakan kenyataan dan mendustakan manusia banyak.
JANGAN JADI BOMOH SECARA TIDAK RASMI
Sebahagian utusan pernah datang ke tempat Nabi, mereka menganggap bahwa Nabi adalah salah seorang yang mengaku dapat mengetahui perkara ghaib. Kemudian mereka menyembunyikan sesuatu di tangannya dan berkata kepada Nabi: Tahukah tuan apakah ini? Maka Nabi menjawab dengan tegas:
"Aku bukan seorang tukang tenung, sebab sesungguhnya tukang tenung dan pekerjaan tenung serta seluruh tukang tenung di neraka."
Inilah yang dilakukan oleh bomoh-bomoh rasmi dan tidak rasmi hari ini, meramalkan perkara ghaib seperti meramal dimana boleh dijumpakan orang hilang, dan meramal melalui tarikh lahir, jumlah huruf pada nama seseorang malah adakalanya menyalahgunaan nombor surah al-Quran untuk tujuan ramalan mereka.
Memang tabiat bomoh atau dukun akan mendakwa mengetahui perkara ghaib seperti berita tentang perkara-perkara akan datang. Biasanya dakwaan tersebut bersandarkan perkhabaran yang dibisikkan oleh jin yang mencuri dengar ucapan para malaikat. Lalu dicampur-baurkan ucapan itu dengan ratusan kebohongan. Kemudian manusia mempercayai ramalan bomoh tersebut.
Masyarakat awam sepatutnya berwaspada dalam hal ini sebab bomoh kadang-kadang menzahirkan dirinya sebagai tukang ubat, peramal, ustaz, wali yang mampu melakukan beberapa perkara luar biasa seperti kebal dan lain-lain padahal mereka sebenarnya bukan wali Allah tetapi wali syaitan yang hanya akan merosak akidah umat.
Rasulullah s.a.w. bersabda :
مَنْ أَتَى عَرَّافًا فَسَأَلَهُ عَنْ شَيْئٍ فَصَدَّقَهُ بِمَا يَقُولُ ، لَمْ تُقْبَلْ لَهُ صَلاَةٌ أَرْبَعِيْنَ يَوْمًا
Barangsiapa yang mendatangi bomoh untuk bertanya tentang sesuatu perkara lalu dia membinarkan apa yang bomoh itu katakan, maka tidak diterima solatnya selama empat puluh hari. ( Riwayat Muslim )
Rasulullah s.a.w. bersabda lagi :
مَنَ أَتَى كَاهِنًا فَصَدَّقَهُ بِمَا يَقُوْلُ فَقَدْ كَفَرَ بِمَا أُنْزِلَ عَلَى مُحَمَّدٍ (صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ )
Barangsiapa yang mendatangi bomoh lalu ia mempercayai apa yang bomoh itu katakan maka kafirlah ia terhadap apa yang Allah turunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. ( Riwayat Al-Bazzar dengan sanad yang kuat ; berkata al-Haithami perawinya shohih kecuali ‘Uqbah bin Sinan 5/117 ; Muntaqa , 2/791 )
Semoga semua kita terselamat dari kesesatan dan kebahayaan syirik. Perlu diingat, perkara syirik sebegini, sengaja melihat dan menganalisa untuk tujuan ‘suka-suka' juga diharamkan. Ia perlu dijauhi sejauh-jauhnya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...