24 Januari 2010

Avicenna.





IBNU SINA – TOKOH PERUBATAN ISLAM.

Latar Belakang Ibnu Sina


IBNU SINA yang lebih dikenali di Barat dengan nama Avicenna mempunyai nama lengkap Abu Ali al- Huseyn bin Abdullah bin Hassan Ali bin Sina. Beliau merupakan seorang yang berbangsa Parsi. Menurut Ibnu Abi Ushaybi’ah ia lahir pada tahun 375 H, di desa Afshanah dekat kota Kharmaitan Propinzi Bukhara Afghanistan.


Ibnu Sina berasal dari keluarga yang bermazhab Ismailiyyah. Ibnu Sina sudah biasa dengan perbahasan ilmiah yang disampaikan oleh ayahnya sendiri. Kecerdasan yang sangat tinggi ini dapat dilihat oleh seorang guru. Guru ini menasihati ayahnya supaya Ibnu Sina terus belajar dan menimba ilmu tanpa membenarkannya bekerja menyara keluarga.


Bapa kepada Ibnu Sina merupakan seorang gabenor pada masa Kerajaan Samaniyah (819M – 1005M). Selepas bapanya meninggal pada tahun 390 Hijrah bersamaan dengan tahun 390 Hijrah bersamaan dengan 1000 Masihi, Ibnu Sina berpindah ke Khawarizm, Jurjan, Rai, dan Hamadan. 


Pada masa kecilnya, ia dibimbing dan dididik oleh Abu Abdullah Natili (ahli falsafah terkenal pada masa itu dan mengajar mantik), seorang sahabat karib ayahnya, dan ayahnya sendiri. Antara bidang ilmu yang berjaya dikuasainya termasuklah dalam bidang falsafah, kedoktoran, geometriastronomi, muzik, syair, teologi, politik, matematik, fizik, kimia, sastera dan kosmologi.

Pelajaran pertama yang diterimanya pada zaman kanak-kanak adalah Al-Quran dan sastera yang didapati olehnya secara tidak formal. Ia mula belajar pada usia 5 tahun. Sementara itu sewaktu berumur 10 tahun , beliau telah berjaya menghafal Al-Quran. Pada masa umurnya meningkat 18 tahun Ibnu Sina telah menjadi "Doktor Di Raja"


Disamping itu, Ibnu Sina jiga telah menguasai seluruh cabang ilmu pengetahuan yang ada pada waktu itu. Ilmu-ilmu agama seperti tafsir, fiqh, perbandingan agama (usuluddin), tasawuf dan sebagainya sudah dikuasainya ketika baru berusia 10 tahun. 


“Semua buku yang aku inginkan ada di situ. Bahkan aku menemukan banyak buku yang kebanyakan orang bahkan tak pernah mengetahui namanya. Aku sendiri pun belum pernah melihatnya dan tidak akan pernah melihatnya lagi. Karena itu aku dengan giat membaca kitab-kitab itu dan semaksimal mungkin memanfaatkannya... Ketika usiaku menginjak 18 tahun, aku telah berhasil menyelesaikan semua bidang ilmu.” cerita Ibnu Sina.


Dikatakan bahwa Ibnu Sina memiliki karya tulis yang dalam bahasa latin berjudul De Conglutineation Lagibum. Dalam salah bab karya tulis ini, Ibnu Sina membahas tentang asal nama gunung-gunung. Pembahasan ini sungguh menarik.  


“Kemungkinan gunung tercipta karena dua penyebab. Pertama menggelembungnya kulit luar bumi dan ini terjadi lantaran goncangan hebat gempa. Kedua karena proses air yang mencari jalan untuk mengalir. Proses mengakibatkan munculnya lembah-lembah bersama dan melahirkan penggelembungan pada permukaan bumi. Sebab sebagian permukaan bumi keras dan sebagian lagi lunak. Angin juga berperan dengan meniup sebagian dan meninggalkan sebagian pada tempatnya. Ini adalah penyebab munculnya gundukan di kulit luar bumi," jelas Ibnu Sina.


Ibnu Sina mula menjadi doktor ketika berusia 18 tahun. Ibnu Sina mula dikenali ramai setelah berjaya menyembuhkan Nuh bin Mansur, salah seorang pemimpin Dinasti Samaniyah. Pada Dinasti Hamdani, beliau dilantik sebagai menteri sebanyak dua kali. Kerana terlibat dalam persoalan politik, dia dipenjarakan dan dipecat daripada kedudukannya sebagai menteri.


Ensiklopedia Kedoktoran Pertama


Pada usia 21 tahun, ketika berada di Kawarazm, ia mulai menulis karyanya yang pertama yang berjudul "Al-Majmu" yang mengandungi berbagai ilmu pengetahuan yang lengkap.Kemudian ia melanjutkan menulis buku-buku lain.


Nama-nama buku yang pernah dikarang Ibnu Sina, termasuk yang berbentuk risalah ukuran kecil, dimuat dan di himpun dalam satu buku besar yang berjudul "Essai de Bibliographie Avicenna" yang dihasilkan oleh Pater Dominican di Kairo.Antara yang terkandung dalam buku tersebut termasuklah buku karangan yang amat terkenal iaitu Al-Qanun Fit – Tibb.


Teori-Teori Anatomi Dan Fisiologi



Teori-teori anatomi dan fisiologi dalam buku-buku beliau adalah menggambarkan analogi manusia terhadap negara dan mikrokosmos (dunia kecil) terhadap alam semester sebagai makrokosmos (dunia besar).Misalnya digambarkan bahawa syurga kayangan adalah bulat dan bumi adalah persegi dan dengan demikian kepala itu bulat dan kaki itu empat persegi. Terdapat empat musim dan 12 bulan dalam setahun, dengan itu manusia memiliki empat tangkai dan lengan (anggota badan) mempunyai 12 tulang sendi. Hati (heart) adalah ‘pangeran’-nya tubuh manusia, sementera paru-paru adalah ‘menteri’-nya. Leher merupakan ‘jendela’-nya sang badan, manakala kandung empedu sebagai ‘markas pusat’-nya. Limpa dan perut sebagai ‘bumbung’ sedangkan usus merupakan sistem komunikasi dan sistem pembuangan.

Sementara itu "Canon of Medicine" memuatkan pernyataan yang tegas bahawa "darah mengalir secara terus-menerus dalam suatu lingkaran dan tak pernah berhenti" . Namun ini belum dapat dianggap sebagai suatu penemuan tentang srikulasi darah, kerana bangsa cina tidak membezakan antara urat-urat darah halus (Veins) dengan pembuluh nadi (arferies). Analogi tersebut hanyalah analogi yang digambarkan antara gerakan darah dan siklus alam semesta, pergantian musim dan gerakan-gerakan tubuh tanpa peragaan secara empirik pada keadaan yang sebenarnya.


Pengaruh Ibnu Sina (Avicenna)


Pengaruh Ibnu Sina sebagai seorang ahli falsafah dan doktor perubatan dalam kebudayaan Eropah adalah luas. Buku karangannya al-Qanun Fit- Tibb (Peraturan Perubatan) terdiri daripada 14 jilid, telah dianggap sebagai himpunan perbendaharaan ilmu perubatan. Ilmu perubatan moden banyak mendapat pelajaran daripada Ibnu Sina, dari segi pengunaan ubat, diagnosis dan pembedahan.


Terjemahan Dan Bahan Rujukan al-Qanun Fit- Tibb


Pada abad ke 12 M Gerard Cremona yang berpindah ke Toledo, Sepanyol telah menterjemahkan buku Ibnu Sina ke bahasa Latin. Buku ini menjadi buku rujukan utama di universiti-universiti Eropah hingga 1500 M. Bukunya telah disalin (cetak ) sebanyak 16 kali dan 15 edisi dalam bahasa Latin dan sebuah edisi dalam bahasa Yahudi (Hebrew).Disamping itu buku tersebut turut diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris, Perancis , Sepanyol dan Itali . Pada abad ke 16 M , buku ini dicetak 21 kali.

Al-Qanun Fit-Tibb juga digunakan sebagai buku teks kedoktoran di berbagai universiti di Perancis. Misalnya di Sekolah Tinggi Kedoktoran Montpellier dan Louvin telah menggunakannya sebagai bahan rujukan pada abad ke 17 M. Sementara itu Prof. Phillip K. Hitpi telah menganggap buku tersebut sebagai "Ensiklopedia Kedoktoran".

Penulis- penulis Barat telah menganggap Ibnu Sina sebagai ‘Bapa Doktor’ kerana Ibnu Sina telah menyatupadukan teori perubatan Yunani Hippocrates dan Galen dan pengalaman dari ahli-ahli perubatan dari India dan Parsi dan pengalaman beliau sendiri.


Perintis Pengenalan Penyakit Saraf


Al- Qanun Fit-Tibb telah membincangkan serta mengenegahkan mengenai penyakit saraf. Buku tersebut juga telah mengajar mengenai cara-cara pembedahan dimana telah menekankan keperluan pembersihan luka. Malahan di dalam buku-buku tersebut juga dinyatakan keterangan –keterangan dengan lebih jelas di samping hiasan gambar-gambar dan sketsa-sketsa yang sekaligus menunjukkan pengetahuan anatomi Ibnu Sina yang luas.


Ibnu Sina- Sebagai Seorang Doktor.

Ibnu Sina pernah di beri gelaran sebagai "Medicorum Principal" atau "Raja Diraja Doktor" oleh kaum Latin Skolastik. Antara gelaran lain yang pernah diberikan kepadanya adalah sebagai "Raja Ubat". Malahan dalam dunia Islam, ia dianggap sebagai "Zenith", puncak tertinggi dalam ilmu kedoktoran . Ibnu Sina menjadi "Doktor Di Raja" iaitu doktor kepada Sultan Nuh 11 bin Mansur di Bukhara pada tahun 378 H/ 997 M iaitu ketika beliau berusia 18 tahun. Pada waktu itu penyakit sultan dalam keadaan parah dan tidak ada doktor lain yang berjaya mengubati baginda. Akan tetapi berkat pertolongan Ibnu Sina baginda kembali pulih.


Penemuan-Penemuan Baru


Ibnu Sina dikenali sebagai seorang saintis yang banyak memberikan saham terhadap dunia ilmu pengetahuan melalui penemuan-penemuan barunya. Antara sumbangan beliau adalah di dalam bidang geografi, geologi, kimia dan kosmologi.


Bidang Geografi


Ibnu Sina merupakan seorang ahli geografi yang mampu menerangkan bagaimana sungai-sungai berhubungan dan berasal dari gunung-ganang dan lembah-lembah. Malahan ia mampu mengemukakan suatu hipotesis atau teori pada waktu itu di mana gagal dilakukan oleh ahli Yunani dan Romani sejak dari Heredotus, Aristoteles sehinggalah Protolemaious. 

Menurut Ibnu Sina 

" gunung-ganang yang memang letaknya tinggi iaitu lingkungan mahupun lapisannya dari kulit bumi, maka apabila ia diterajang lalu berganti rupa dikarenkan oleh sungai-sungai yang meruntuhkan pinggiran-pinggirannya. Akibat proses seperti ini, maka terjadilah apa yang disebut sebagai lembah-lembah."


Bidang Geologi, Kimia Dan Kosmologi


Sumbangan Ibnu Sina dalam bidang geologi , kimia serta kosmologi memang tidak dapat di sangsikan lagi. Menurut A.M.A shushtery, karangan Ibnu Sina mengenai ilmu pertambangan (mineral) menjadi sumber geologi di Eropah. Dalam bidang kimia , ia juga meninggalkan penemuan-penemuan yang bermanafaat . Menurut Reuben Levy, Ibnu Sina telah menerangkan bahawa benda-benda logam sebenarnya berbeza antara satu dengan yang lain. Setiap logam terdiri dari berbagai jenis. Penerangan tersebut telah memperkembangkan ilmu kimia yang telah dirintis sebelumnya oleh Jabbir Ibnu Hayyan , Bapa Kimia Muslim.

 Sebahagian daripada karyanya yang dapat dicatat disini adalah daripada :

1.Bidang logika "Isaguji", "The Isagoge", ilmu logika Isagoge.

2.Fi Aqsam al-Ulum al-Aqliyah (On the Divisions of the Rational Sciences) tentang pembahagian ilmu-ilmu rasional.

3.Bidang metafizika , "Ilahiyyat" (Ilmu ketuhanan)

4.Bidang psikologi , "Kitab an-Nayat" (Book of Deliverence) buku tentang kebahagiaan jiwa.

5. Fiad-Din yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin menjadi "Liber de Mineralibus" yakni tentang pemilikan (mineral).

6.Bidang sastera arab "Risalah fi Asab Huduts al-Huruf" ,risalah tentang sebab-sebab terjadinya huruf.

7.Bidang syair dan prosa "Al-Qasidah al- Aniyyah" syair-syair tentang jiwa manusia.

8.Cerita-cerita roman fiktif , "Risalah ath-Thayr" cerita seekor burung.

9.Bidang politik "Risalah as-Siyasah" (Book on Politics) – Buku tentang politik.


Sumbangan Ibnu Sina


Ibnu Sina telah memperkembangkan ilmu psikologi dalam perubatan dan membuat beberapa perjumpaan dalam ilmu yang dikenali hari ini sebagai ilmu perubatan psikosomatics "psychosomatic medicine". Beliau memperkembangkan ilmu diagnosis melalui denyutan jantung (pulse diagnosis) untuk mengenal pasti dalam masa beberapa detik sahaja ketidak - seimbangan humor yang berkenaan .

Diagnosis melalui denyutan jantung ini masih dipratikkan oleh para hakim (doktor-doktor muslim) di Pakistan, Afghanistan dan Parsi yang menggunakan ilmu perubatan Yunani. Seorang doktor tabii dari Amerika (1981) melapurkan bahawa para hakim di Afghanistan, China, India dan Parsi sanggat berkebolehan dalam denyutan jantung di tempat yang dirasai tetapi mutunya yang pelbagai .Ini merangkumi :
  1. Kuat atau denyutan yang lemah.
  2. Masa antara denyutan.
  3. Kandungannya lembap di paras kulit dekat denyutan itu dan lain-lain lagi.
Dari ukuran-ukuran denyutan jantung seseorang hakim mungkin mengetahui dengan tepat penyakit yang dihinggapi di dalam tubuh si pesakit.

Ibnu Sina menyedari kepentingan emosi dalam pemulihan. Apabila pesakit mempunyai sakit jiwa disebabkan oleh pemisahan daripada kekasihnya , beliau boleh mendapati nama dan alamat kekasihnya itu melalui cara berikut:

Caranya adalah untuk menyebut banyak nama dan mengulanginya dan semasa itu jarinya diletakkan atas denyutan (pulse) apabila denyutan itu terjadi tidak teratur atau hampir-hampir berhenti , seseorang itu hendaklah mengulang proses tersebut. Dengan cara yang sedemikan , nama jalan , rumah dan keluarga disebutkan. Selepas itu , kata Ibnu Sina "Jika anda tidak dapat mengubat penyakitnya maka temukanlah si pesakit dengan kekasihnya , menurut peraturan syariah maka buatlah".(Terjemahan). 

Ibnu Sina adalah doktor perubatan yang pertama mencatatkan bahawa penyakit paru-paru (plumonary tuberculosis) adalah suatu penyakit yang boleh menjangkit (contagious) dan dia menceritakan dengan tepat tanda-tanda penyakit kencing manis dan masalah yang timbul darinya. Beliau sangat berminat dalam bidang mengenai kesan akal (mind) atas jasad dan telah banyak menulis berkenaan gangguan psikologi.

Beliau telah menghasilkan 250 buah karya dan masih kekal hingga ke hari ini dan termasuklah 116 buah karyanya dalam bidang "Ilmu Perubatan. Banyak karyanya ditulis dalam bahasa Arab dan juga beberapa dalam bahasa Parsi. "Qanun Fitt Tibb" adalah karyanya yang termasyur , paling selalu dicetak di Eropah pada zaman "Renaissance". Karya Qanun itu telah mempunyai pengaruh yang asas dalam ilmu perubatan di Eropah pada zaman Renaissance dan telah menjadi buku rujukan yang utama di universiti-universiti Eropah hingga ke abad 17 M.


Penutup


Ibnu Sina meniggal dunia di Hamdan ,dalam usia 58 tahun pada bulan Ramadhan 428 H/1037 M .Ia dimakamkan di sana. Dalam rangka memperingati 1000 tahun hari kelahirannya (Fair Millenium) di Tehran pada tahun 1955 M ia telah dinobatkan sebagai "Father of Doctor" untuk selamanya-selamanya , dan di sana (Tehran) telah dibangunkan sebuah monemun sejarah untuk itu. Makam beliau di Hamdan telah di kelilingi oleh makam-makam doktor islam yang lain. Hal ini menyebabkan ahli-ahli ilmu yang terkemudian merasa megah kalau dimakamkan di tanah perkuburan di mana "zeninth" itu dimakamkan.

RUJUKAN
  1. Baharudin Yatim & Sulaiman Nordin. 1997. Sains Menurut Perspektif Islam: Pusat pengajian umum UKM, Bangi.
  2. Baharudin Yatim & Sulaiman Nordin. 1997. Islam Al-Quran dan Ideologi Masa Kini: Pusat Pengajian Umum UKM, Bangi
  3. H. Zainal Abidin Ahmad. 1974. Ibnu Sina . Bulan Bintang Jakarta.
(ada penambahan berdasarkan pembacaanku)

21 Januari 2010

Lelaki dan perempuan




Fitrah bagi lelaki dan perempuan. Inilah tajuk yang aku ajar kat budak f1 sek agama ni.Aku mulakan dengan lagu 'Muhasabah cinta'. Daripada lagu ni, byk jawapan budak2 yang masih fresh ni bagi. kadang2 nak tergelak jgk.hahaha.Diorg bagi kesimpulan kita kne jauhi maksiat.

Bila ditanya "Apa yang kamu faham tentang maksiat?"
"Maksiat adalah persetubuhan...mmm"
Ada pulak kawan2 yg lain menyampuk...
"bersetubuh dengan orang bukan mahram"

Itulah kefahaman mereka tentang maksiat. Entah berapa kali aku menggeleng222 kepala ni. Patutlah muda mudi sekarang kuat berdating. Bercouple. Berpegangan tangan.Bergayut di telefon hingga tengah malam. Macam2 perkara lah. Bagi mereka, asalkan tidak terlanjur n tidak ada yang bernyawa dalam perut di kira halal. Apa nak jadi generasi akan datang. Haram tetap haram dik oiii!

Bagi aku, generasi sekarang tidak tahu mana yang betul dan salah. Kefahaman mereka setakat dalam buku teks je. Pendidikan Islam di sekolah jadi membosankan. Bagaimana nak tarik minat mereka untuk mendalami agama???

Aku minta pelajar2 ni bincang tentang artikal ni dalam bentuk kumpulan...Aku harap diorang boleh memahami dengan jelas tentang fitrah lelaki n permpuan serta adabnya. Ulasan perlu dibuat selepas perbentangan dibuat oleh mereka...

Ini artikal yang aku ambil dari laman web iluvislam:


Bercouple Bukan Budaya Umat Islam

BERCOUPLE, setiap kali kita mendengarnya akan terlintas di benakkita sepasang insan yang sedang mabuk cinta dan dilanda asmaraSalingmengungkapkan rasa sayang serta rindu, yang kemudiannya memasuki sebuahbiduk pernikahan. Lalu kenapa harus dipermasalahkan? Bukankah cinta itu fitrahsetiap anak adam? Bukankah setiap orang memerlukan masa penyesuaian sebelumpernikahan? CINTA, Fitrah Setiap Manusia, MANUSIA diciptakan oleh ALLAH SWTdengan membawa fitrah (instinct) untuk mencintai lawan jenisnya. Sebagaimanafirman-NYA;
Dijadikan indah pada(pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaituwanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kudapilihan, binatang-binatang ternak dan sawah lading. Itulah kesenangan hidup didunia, dan di sisi ALLAH lah tempat kembali yang baik (Syurga). (Ali Imran: 14).
Berkata Imam Qurthubi: ALLAH SWT memulai dengan wanita keranakebanyakan manusia menginginkannya, juga kerana mereka merupakan jerat-jeratsyaitan yang menjadi fitnah bagi kaum lelaki, sebagaimana sabda Rasulullah SAW;
Tiadalah aku tinggalkansetelahku selain fitnah yang lebih berbahaya bagi lelaki daripada wanita. (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim, Tirmidzi, Ibnu Majah)
Oleh kerana cinta merupakan fitrah manusia, maka ALLAH SWTmenjadikan wanita sebagai perhiasan dunia dan nikmat yang dijanjikan bagiorang-orang beriman di syurga dengan bidadarinya.
Dari Abdullah bin Amr binAsh r.a. berkata; Rasulullah SAW bersabda; Dunia ini adalah perhiasan dansebaik-baik perhiasan adalah wanita yang solehah. (Hadis Riwayat Muslim, NasaI, Ibnu Majah, Ahmad, Baihaqi)
ALLAH berfirman;
Di dalam syurga-syurga ituada bidadari-bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik. (ar-Rahman: 70)
Namun, Islam tidak membiarkan fitnah itu mengembara tanpabatasannya. Islam telah mengatur dengan tegas bagaimana menyalurkan cinta, jugabagaimana batasan pergaulan antara dua insan berlawanan jenis sebelum nikah,agar semuanya tetap berada pada landasan etika dan norma yang sesuai dengansyariat.


ETIKA PERGAULAN DAN BATASPERGAULAN DI ANTARA LELAKI DAN WANITA MENURUT ISLAM.
1.Menundukkan pandangan: ALLAH memerintahkan kaum lelaki untukmenundukkan pandangannya, sebagaimana firman- NYA;
Katakanlah kepada laki-laki yang beriman:Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya. (an- Nuur: 30)

Sebagaimana hal ini juga diperintahkan kepada kaum wanita beriman, ALLAHberfirman;

Dan katakanlah kepada wanita yang beriman:Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya. (an- Nuur: 31)

2.Menutup Aurat; ALLAHberfirman;
dan jangan lah mereka mennampakkan perhiasannya,kecuali yang biasa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka melabuhkan kaintudung ke dadanya. (an-Nuur:31)

Juga Firman-NYA;
Hai nabi,katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri- isteriorang mukmin: Hendaklah mereka melabuhkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka.Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah dikenali, kerana itu mereka tidakdiganggu. Dan ALLAH adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (an-Nuur:59).

Perintah menutup aurat juga berlaku bagi semua jenis. Dari Abu Daud Saidal-Khudri r.a. berkata: Rasulullah SAW bersabda:
Janganlahseseorang lelaki memandang aurat lelaki, begitu juga dengan wanita janganmelihat aurat wanita.

3.Adanya pembatas antaralelaki dengan wanita; Kalau ada sebuah keperluan terhadap kaum yang berbezajenis, harus disampaikan dari balik tabir pembatas. Sebagaimana firman-NYA;
Dan apabila kalian meminta sesuatu kepada mereka(para wanita) maka mintalah dari balik hijab. (al-Ahzaab:53)

4.Tidak berdua-duaan DiAntara Lelaki Dan Perempuan; Dari Ibnu Abbas r.a. berkata: Saya mendengarRasulullah SAW bersabda: Janganlah seoranglelaki berdua-duaan (khalwat) dengan wanita kecuali bersama mahramnya. (HadisRiwayat Bukhari & Muslim) Dari Jabir bin Samurah berkata; Rasulullah SAWbersabda: Janganlah salahseorang dari kalian berdua-duan dengan seorang wanita, kerana syaitan akanmenjadi ketiganya. (Hadis Riwayat Ahmad & Tirmidzi dengan sanadyang sahih)

5.Tidak Melunakkan Ucapan(Percakapan): Seorang wanita dilarang melunakkan ucapannya ketika berbicaraselain kepada suaminya. Firman ALLAH SWT;
Hai isteri-isteri Nabi,kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kamu bertakwa. Makajanganlah kamu tunduk dalam berbicara (berkata-kata yang menggoda) sehinggaberkeinginan orang yang ada penyakit di dalam hatinya tetapi ucapkanlahperkataan-perkataan yang baik. (al-Ahzaab:32)

Berkata Imam Ibnu Kathir; Ini adalah beberapa etika yang diperintahkan olehALLAH kepada para isteri Rasulullah SAW serta kepada para wanita mukminahlainnya, iaitu hendaklah dia kalau berbicara dengan orang lain tanpa suaramerdu, dalam pengertian janganlah seorang wanita berbicara dengan orang lainsebagaimana dia berbicara dengan suaminya. (
Tafsir Ibnu Kathir 3/350)


6.Tidak Menyentuh KaumBerlawanan Jenis; Dari Maqil bin Yasar r.a. berkata;Seandainya kepala seseorang ditusuk dengan jarum besi itu masihlebih baik daripada menyentuh kaum wanita yang tidak halal baginnya. (Hadis Hasan Riwayat Thabrani dalam Mujam Kabir) Berkata Syaikhal-Abani Rahimahullah; Dalam hadis ini terdapat ancaman keras terhadap orang-orang yang menyentuh wanita yang tidak halal baginya. (Ash-Shohihah 1/448) Rasulullah SAW tidak pernah menyentuh wanita meskipun dalamsaat-saat penting seperti membaiat dan lain- lainnya. Dari Aishah berkata; Demi ALLAH, tangan Rasulullah tidak pernah menyentuhtangan wanita sama sekali meskipun saat membaiat. (HadisRiwayat Bukhari)

Inilah sebahagian etika pergaulan lelaki dan wanita selain mahram, yang manaapabila seseorang melanggar semuanya atau sebahagiannya saja akan menjadi dosazina baginya, sebagaimana sabda Rasulullah SAW; Dari Abu Hurairah r.a. dariRasulullah SAW bersabda:
Sesungguhnya ALLAHmenetapkan untuk anak adam bahagiannya dari zina, yang pasti akan mengenainya.Zina mata dengan memandang, zina lisan dengan berbicara, sedangkan jiwaberkeinginan serta berangan- angan, lalu farji yang akan membenarkan ataumendustakan semuanya. (HadisRiwayat Bukhari, Muslim & Abu Daud) Padahal ALLAH SWT telah melarangperbuatan zina dan segala sesuatu yang boleh mendekati kepada perbuatan zina.Sebagaimana Firman- NYA;
Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnyazina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan jalan yang buruk. (al-Isra: 32)



Hukum Bercouple SETELAH memerhatikan ayat dan hadis tadi, maka tidak diragukanlagi bahawa bercouple itu haram, kerana beberapa sebab berikut:

1.Orang yang bercouple tidak mungkin menundukkan pandangannyaterhadap kekasihnya.
2.Orang yang bercouple tidak akan boleh menjaga hijab.
3.Orang yang bercouple biasanya sering berdua-duaan denganpasangan kekasihnya, baik di dalam rumah atau di luar rumah.
4.Wanita akan bersikap manja dan mendayukan suaranya saat bersamakekasihnya.
5.Bercouple identik dengan saling menyentuh antara lelaki danwanita, meskipun itu hanya berjabat tangan.
6.Orang yang bercouple, boleh dipastikan selalu membayangkan orangyang dicintainya.

Dalam kamus bercouple, hal-hal tersebut adalah lumrah dilakukan, padahal satuhal saja cukup untuk mengharamkannya, lalu apatah lagi kesemuanya atau yanglain-lainnya lagi?



Fatwa Ulama Syaikh Muhammad bin Shaleh al-Utsaimin ditanya tentang hubungancinta sebelum nikah. Jawab beliau;

"Jika hubungan itu sebelum nikah, baik sudah lamaran atau belum, makahukumnya adalah haram, kerana tidak boleh seseorang untuk bersenang-senangdengan wanita asing (bukan mahramnya) baik melalui ucapan, memandang, atauberdua-duaan. Sebagaimana Rasulullah SAW bersabda:
Janganlah seorang lelaki bedua-duaan dengan seorangwanita kecuali ada bersama- sama mahramnya, dan janganlah seseorang wanitaberpergian kecuali bersama mahramnya."

Syaikh Abdullah bin abdur Rahman al-Jibrin ditanya; Jika ada seseorang lelakiyang berkoresponden dengan seorang wanita yang bukan mahramnya, yang padaakhirnya mereka saling mencintai, apakah perbuatan itu haram? Jawab beliau;

"Perbuatan itu tidak diperbolehkan, kerana boleh menimbulkan syahwat diantara keduanya, serta mendorongnya untuk bertemu dan berhubungan, yang manakoresponden semacam itu banyak menimbulkan fitnah dan menanamkan dalam hatiseseorang untuk mencintai penzinaan yang akan menjerumuskan seseorang padaperbuatan yang keji, maka dinasihati kepada setiap orang yang menginginkankebaikan bagi dirinya untuk menghindari surat-suratan, pembicaraan melaluitelefon, serta perbuatan semacamnya demi menjaga agama dan kehormatandirinya."


Syaikh Jibrin juga ditanya; Apa hukumnya kalau ada seorang pemuda yang belummenikah menelefon gadis yang juga belum menikah? Jawab beliau;

"Tidak boleh berbicara dengan wanita asing (bukan mahram) denganpembicaraan yang boleh menimbulkan syahwat, seperti rayuan, atau mendayukansuara (baik melalui telefon atau lainnya). Sebagaimana firman ALLAH SWT;
Dan janganlah kalian melembutkan suara, sehinggaberkeinginan orang-orang yang berpenyakit di dalam hatinya. (al-Ahzaab:32). Adapun kalau pembicaraan itu untuk sebuah keperluan, maka hal itu tidakmengapa apabila selamat daripada fitnah, akan tetapi hanya sekadarkeperluan."

Syubhat Dan Jawapan Yang Sebenarnya Keharaman bercouple lebih jelas darimatahari di siang hari. Namun begitu masih ada yang berusaha menolaknyawalaupun dengan dalil yang sangat rapuh, antaranya: Tidak Boleh dikatakan semuacara bercouple itu haram, kerana mungkin ada orang yang bercouple mengikutlandasan Islam, tanpa melanggar syariat Jawabnya: Istilah bercoupleberlandaskan Islam itu Cuma ada dalam khayalan, dan tidak pernah ada wujudnya.Anggap sajalah mereka boleh menghindari khalwat, menyentuh serta menutup aurat.Tetapi tetap tidak akan boleh menghindari dari saling memandang, atau salingmembayangkan kekasihnya dari masa ke semasa. Yang mana hal itu jelas haramberdasarkan dalil yang kukuh.



Biasanya sebelum memasuki alam perkahwinan, perlu untuk mengenal terlebihdahulu calon pasangan hidupnya, fizikal, karaktor, yang mana hal itu tidak akanboleh dilakukan tanpa bercouple, kerana bagaimanapun juga kegagalan sebelummenikah akan jauh lebih ringan daripada kalau terjadi setelah menikah.Jawabnya: Memang, mengenal fizikal dan karaktor calon isteri mahupun suamimerupakan satu hal yang diperlukan sebelum memasuki alam pernikahan, agar tidakada penyesalan di kemudian hari. Namun, tujuan ini tidak boleh digunakan untukmenghalalkan sesuatu yang telah sedia haramnya. Ditambah lagi, bahawa orangyang sedang jatuh cinta akan berusaha bertanyakan segala yang baik denganmenutupi kekurangannya di hadapan kekasihnya. Juga orang yang sedang jatuhcinta akan menjadi buta dan tuli terhadap perbuatan kekasihnya, sehingga akanmelihat semua yang dilakukannya adalah kebaikan tanpa cacat. Sebagaimanadiriwayatkan dari Abu Darda; Cintamu pada sesuatu membuatmu buta dan tuli.


Fenomena Couple Dalam situasi terkini, fenomena pergaulan bebas dan pengabaianterhadap nilai-nilai murni Islam berlaku pada tahap yang amat membimbangkan.Kebanyakan umat Islam kini tidak lagi menitik beratkan nilai-nilai danadab-adab sopan yang dianjurkan oleh Islam melalui al-Quran dan sunnah rasul-NYA.Mereka bukan setakat mengabaikannya dan menganggap perkara itu tidak penting,bahkan mereka menganggapkannya sebagai satu perkara yang menyusahkan aktivitimereka yang menurutkan nafsu dan perasaan semata-mata itu. Nauzubillah Marilahkita sama-sama menjauhi perkara yang seumpama itu dan mejauhi hal-hal yangtelah dilarang (haram). Tegakkanlah yang benar dan katakanlah salah kepada yangbatil. Janganlah berhujah untuk membenarkan perkara yang telah terang haramnyadi sisi ALLAH.



Ini artikal kedua (aku lupa ambil dari laman web mana):


Sewaktu di salah sebuah Sekolah Teknik baru-baru ini.
Dalamprogram Keindahan Bersama Mu (KBM). Tika supper time, dua adiklaki-laki bertanya padaku: “Abang setelah slot tadi yang berkata tentanghubungan lelaki & perempuan, fikir saya jika mahu belajar bersama pelajarperempuan itu boleh saja”.
Jawabku:
“Ya…boleh dan tidak boleh!” benakku terkejut. Tapi tenang.

“Boleh seperti dalam kelas bersama guru yang mengajar, memantau,membimbing. Yang libatkan studi group pula, bukanlah berdua laki dan wanita,tapi beramai itupun dengan adab mencapai maksud belajar.”
“Buatapa membuang masa atas nama belajar tapi niat di hati ingin memuaskan mata dannafsu berahi menghampiri wanita, yang ini tidaklah”. jawabku panjang.
“ooo ..” respon tercengang mereka seperti jahil memahami hakikatitu.
“Tapi kan bang, misalan saya mahu sms dengan pelajar perempuandan mahu berkawan, boleh kan?”.
“La, kita semua di sekolah ini, baik saya, baik awak, semuapelajar lelaki dan semua pelajar perempuan adalah kawan. Jikapun tidak pernahbicara sesama tetap kawan. Namun jika intim itu sehingga dibawa dalam sms yangperibadi itu menyalahi perbuatan hati yang murni. Jika abang di universiti ataudi mana sahaja, perlu sahaja terkadang untuk sms sesama kawan perempuan tetapimelihat kepada kepentingan yang mendesak. Seperti urusan berjual beli, itupunabang kira masih boleh dibuat secara khalayak bukan sms ditengah malam hinggamengganggu tidur malam.”
“Tapi bang kan, saya ni cenderung sangat pada perempuan ni.Macamana tu bang? Ye la, saya fikir tak salah jika saya punyai teman wanitauntuk diri saya”. Tanya salah seorang.
“Apa kau fikir abang tidak punya perasaan yang sama seperti kamuberdua, abang bukan malaikat! Semua lelaki dan perempuan punya perasaan yangsama terhadap lain jantina. Jika tiada, ada masalah lain pula yang timbul.”
“Hahaha”. Mereka ketawa.
“Hm, namun jika kita lelaki atau wanita sebelum nikahnya sudahmenikmati rasa
berkasih sayang dari yang bukan muhrimnya, seperti couple, pacarandan sebagainya, berpegang-pegangan, berlagak sudah bernikah, pastinya dihariselepas pernikahannya akan hambar dan tawar suasana suami isteri nanti!”
“Kenapa pula bang?” sedikit berkerut wajah mereka.
“Kernaitulah fitrah psikologi manusia dan itu seerahmanusia. Allah jadikan status suami isteri untuk mencapaikebahagiaan.Selainnya, Allah berpesan adalah dalam lingkunganmurkaNya. Abang berasa begitu dalam hati ni. Cuba kau tanyakan pada mereka yangbercinta selepas nikah. Pasti mereka katakan pada kau, nikmat sekali berianAllah ini. Cuba!”
“Perbuatanselain bernikah adalah perbuatan yang mengundang murka Allah, jika sebelumnikah sudah pandai langgar peraturan , apa jaminan pasangan tadi setelahbernikah akan menjadi baik?”
“Yetak ye juga, logiknya begitu“.Setuju mereka.
“Manusiaini banyak kehendaknya, tak terbatas, Allah jadikan AlQuran itu sebagai checklist kitasewaktu hidup.”
Apa kau orang tak erti, bila lihatramai dari kalangan yang berkasih-kasihan ini, banyaknya merosak di hari kelakhingga susahkan keluarga dan ramai lagi.”
“Tapi tak semua kan!” bangkang mereka padaku.
Apa kau lihat semua yang lahir dalamkeluarga Islam bapa dan ibunya akan masuk syurga?” cantaskupula.
Apa kau fikir mereka yang lahirdalam keluarga bukan Muslim semuanya masuk neraka? Berapa ramai sahabat nabiyang sebelum Islamnya mereka itu, di kehidupan lampaunya musyrik paling bencidengan Islam. Akhirnya mereka dijanji Allah ke syurga!
Dan berapa ramai pula yang mulanyalahir dalam keluarga Islam, di dalam meniti usianya, dia memberitahu ibunya danseluruh negara dia ingin keluar Islam secara terangan. Apakah tindakan inibijak untuk meraih kebahagiaan?!”. Logikku sungguh tinggi kufikir. Aku ingin juga bicara dewasa dengan mereka kerna ku fikir mereka sudahmula erti tentang persoalan seks dan semacamnya.
Tapi ku lihat mereka mula berpandangan sesama sendiri.
“Ya saya erti itu! terima kasih abang! Moga kita berjumpa lagibang.”
Itulah kali pertama dan kali terakhir aku duduk dengan mereka.Moga faham mereka itu membawa kepada tindakan.


Ini lah artikal yang aku bg bebudak ni bincang dan tentukan sendiri mana yang betul n salah.

09 Januari 2010

Video ayam KFC.



Sebelum makan ayam KFC, cuba lihat video ni. Selepas ni ko nak makan, makanlah!

03 Januari 2010

Selamat Tahun Baru 2010 Masihi!


 gambar hiasan(afzaiafandi.com)

Jika awal tahun bagi bulan Islam ada doa awal dan akhir tahun. Tapi akhir tahun masihi dan awal tahun masihi seolah tiada makna bagiku. Ujian untuk ku yang baru posting ni. sesuai dengan ayat Quran ni...

Surah al-Baqarah ayat 286 (xreti nak masukkan ayat quran lagi).Allah berfirman:

"Allah tidak membebani seseorang melainkan dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjaknnya. (Mereka berdoa): "Ya Tuhan kami, janganlah kau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, jangan kau bebankan kepada  kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak sanggup kami pikulnya. Beri maaflah kepada kami; ampunkan kami; dan rahmatilah akmi. Engkau penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir"

Sebelum dapat surat posting, pelbagai negeri yang aku fikirkan. Dan aku bakal dicampakkan ke seberang laut.Sabah atau Sarawak. Kebanyakan kwn2 yang dah berkeluarga ditempatkan ke Johor tapi aku???Ada yang dapat Perak, Pahang, Melaka, n9, Penang, Sabah n Sarawak...Kebanyakan kwn2 yang dah tau, mereka perlu lapor diri 28/12....Tiba hari Isnin selepas zohor, surat sampai. Aku kne lapor diri  pada 28/12 ke JPNS, BPI untuk mendapatkan surat lapor diri. Aku minta bantuan kawan yang berada di n9 utk dapatkan no tel JPNS. Bila sampai di JPNS pada keesokkan harinya,aku dapat tau di mana sekolah yang ditugaskan.huhuhu. Memang mendebarkan. Alhamdulillah, akhirnya aku dipostingkan.

Aku perlu melalui ladang kelapa sawit dan perkampungan cina. Entah dimana sekolah tu diletakkan. Bila diberi petunjuk, rupanya sekolah ni terlalu kecil dibandingkan dengan sekolah yang pernah aku belajar dahulu. Pelajarnya sekitar 100 orang, bermula tingkatan 1-3. Setiap tingkatan ada satu kelas sahaja. Guru xsampai 15 orang. pengetua dan guru2 lain memberi sambutan yang baik dengan kedatanganku sebagai guru baru disini. Myb ini permulaan yang baik  bagiku yang masih baru dalam bidang perguruan ini. semoga semua urusanku dipermudahkan oleh Allah!

P/S: TERIMA KASIH MAK AYAH N KELUARGAKU, KERANA KALIAN MENJADI PENDORONG DAN PEMBERI SEMANGAT YANG BERGUNA KEPADA DIRIKU :p

SELAMAT MENJALANKAN TUGAS KEPADA KAWAN2 DPLIUDM GEN2. SEMOGA BERBAHAGA DENGAN TUGAS BARU.

DAH BOLEH DAFTAR SPP SECARA ONLINE UTK SAH JAWATAN (DG 41). SELAMAT MENCUBA!





Rakan Sejawat Toksik

Ahlan...ahlan Ya Ramadan.  Alhamdulillah masih diberi peluang merasai hidup dalam Islam tetapi umat Islam Palestin masih bergelut dengan kes...