28 November 2012

Kenduri Sambut Orang Baru 2012.

Semalam taaruf dengan warga baru bagi keluargaku. Semua ada kecuali abang ke-2 sekeluarga, adik yang berada jauh di perantauan dan adik di KKB. Sekadar taaruf ringkas. Secara mendalam boleh sembang semula.

Selamat datang ke teratak kami yang berkeluarga besar ini. Moga Kak Lin dapat menyesuaikan diri dalam keluarga kami. Walaupun ini perkahwinan ke-2 bagi abang sulongku, majlis tetap seperti biasa. Bak kata salah seorang adikku," Yang lain...kahwin sekali sahaja sudaaaa. Aku ni sekali tak buat lagi." Apapun moga bahagia hingga ke syurga. Pengalaman lalu  jadikan ikhtibar.

Boleh pula aku tulis panjang tapi sessi taaruf. huhuhu...

Sehari sebelum majlis, jiran-jiran banyak membantu dari segi penyediaan bahan makanan untuk tetamu.  Juga tak dilupakan, ibu-ibu dan bapa-bapa saudaraku yang hadir datang membantu penyediaan ini. Teruma kasih atas bantuan kalian.

Majlis ini agak besar jika dibandingkan dengan majlis sebelum ini. mengejutkan. Perancangan asal hanya bacaan yasin dan doa selamat memandangkan ini perkahwinan kedua. Perancangan bertukar bila jemputan dari ayahku terlalu ramai. Aku sendiri takut untuk mengundang sahabat dan kawan-kawan. Maaf yea. Last minit. Kenalan ibu bapaku terlalu ramai. Oleh kerana ibubapaku yang support kenduri ini, terpulang kepada mereka untuk menjemput sesiapa sahaja.














Maaf. Ini sahaja aku boleh kongsi. Yang lain jadi koleksi peribadi. Doakan mereka berdua kekal hingga ke syurga. Aminnn ^^


26 November 2012

Disebalik Oppa Gangnam


KISAH BENAR: SECEBIS CERITA DUKA DARI GANGNAM (Kisah disebalik lagu Oppa Gangnam Style terbongkar

Malam tadi setelah keluar dari masjid seusai selesai solat Isyak di masjid berdekatan dengan rumah, saya berjalan kaki seorang diri pergi ke sebuah kedai makan untuk makan malam. Pengunjung di kedai makan yang saya tuju itu agak ramai dan boleh dikatakan hampir kebanyakan meja di kedai tersebut sudah
penuh. Saya memilih untuk duduk di salah sebuah meja di bahagian paling hujung seorang diri yang ketika itu tiada orang di meja tersebut. Apabila pelayan datang saya pun memesan makanan yang saya mahu. Selepas beberapa ketika pelayan tersebut pergi datanglah pula seorang gadis muda berkulit cerah berjubah dan bertudung hitam gaya wanita Arab ke meja saya seraya bertanya,

"Tuan, boleh saya duduk di sini..? Kamu lihat, tempat-tempat di meja lain semua sudah penuh.."

"Oh, ok.. tak mengapa. Silakan duduk.." jawab saya agak terkejut dengan sapaan gadis itu. Perbualan kami dalam bahasa Inggeris.

Kemudian pelayan datang kepadanya dan dia hanya memesan 'fresh orange' untuk minuman. Apabila pelayan pergi saya memberanikan diri bertanya kepadanya dengan rasa pelik, "Kamu seorang diri sahaja? Dan kamu kelihatan bukan orang Malaysia, bukan?"

Dia mengangkat wajahnya dari telefon pintarnya ke arah saya lalu menjawab dengan tersenyum, "Oh saya dari Korea Selatan, dan saya ingin ke rumah seorang kawan.."

"Oh Korea Selatan.. sekarang negara itu sedang 'famous' dengan tarian Gangnam Style.." jawab saya spontan bersahaja sambil tersenyum dan menganguk-angguk sendirian tatkala mata gadis itu kembali ke telefon pintarnya sambil menggerak-gerakkan jarinya di atas skrin sesentuh dan kadangkala dia juga tersenyum seorang diri melayan sesuatu dari telefon pintarnya.

"Gangnam Style..? Apa yang kamu tahu tentangnya.. ia tarian yang dilaknat Tuhan. Saya menganggapnya diilhamkan oleh Iblis kepada artis itu." jawabnya dengan nada yang tegas dan berani.

"Oh ok ok, minta maaf..saya tak bermaksud menyinggung perasaan kamu.." jawab saya serta-merta.

Perbualan terhenti seketika beberapa lama. Selepas kira-kira 15-20 minit pelayan kembali datang dengan membawa pesanan saya dan minuman gadis itu.

"Kamu mahu tahu apa yang saya tahu tentang Gangnam?" tanya gadis kembali itu kepada saya.

"Jika kamu berminat untuk bercerita kepada saya, saya akan mendengarnya…" jawab saya dengan tenang sambil mula menghirup jus tembikai susu yang saya pesan.

"Ok sekejap beberapa minit, selepas saya membalas mesej-mesej ini.." jawabnya sambil jari-jemarinya ligat bermain di dada skrin telefon pintarnya.

Saya hanya mengangguk-angguk sambil mengangkat kening dan mula menyuap makanan dengan sudu ke dalam mulut walaupun saya sedar bahawa memakan dengan menggunakan tangan itu lebih menepati Sunnah Rasulullah SAW.

"Baik, sekarang saya akan bercerita tentangnya.. ia sesuatu yang menarik tetapi pelik dan menakutkan." kata gadis itu kembali.

"Ok, seakan-akan ada satu perkara besar yang kamu ingin sampaikan kepada saya." jawab saya kembali sambil mulut mengunyah nasi.

Kemudian dia diam kira-kira sepuluh saat, mengambil nafas lalu memulakan ceritanya kepada saya,

"Di Gangnam ada satu pertandingan pelik yang diadakan untuk gadis-gadis muda untuk menjadi perempuan-perempuan simpanan bagi orang-orang kaya dan para jutawan. Kebanyakan gadis muda yang menyertai pertandingan tersebut adalah mereka yang ingin mencuba nasib apabila gagal mendapat tempat dalam pekerjaan atau terlalu teruja untuk menikmati hidup mewah bersama orang-orang kaya… mereka dijanjikan dengan hadiah yang sangat lumayan, kereta mewah, jet peribadi dan rumah besar seperti istana dengan kolam renang jika memenangi pertandingan tersebut."

Kemudian dia diam lagi... kali ini dia pula meminum minuman 'fresh orange'.. dia diam dengan agak lama tanpa berkata apa-apa.

"Ok, kemudian..?" tukas saya lagi ingin tahu.

"Oh, ia sesuatu yang amat dahsyat dan keji dan saya hampir tidak mahu menceritakannya kepada kamu. Tapi saya akan cuba ceritakannya juga agar kamu dapat tahu apa kisah benar yang berlaku.." sambungnya lagi.

"Iya, sila sambung lagi... saya memang ingin tahu tentangnya." balas saya lagi.

"Ok... Pertandingan itu, untuk sampai ke tempat pertandingan tersebut, para peserta yang terdiri daripada perempuan-perempuan muda yang cantik masing-masing dikehendaki menunggung seekor kuda kira-kira 500 meter dari tempat para peserta berkumpul ke tempat pertandingan yang merupakan sebuah istana besar dan mewah milik seorang jutawan di Gangnam. Kamu bayangkan, mereka semuanya menunggang kuda dengan memakai kasut tumit tinggi, baju jarang dan skirt singkat yang seksi sambil diiringi pihak penganjur pertandingan dengan helikopter.."

"Setelah sampai di sana mereka disambut oleh pihak penganjur di istana itu dan dibahagikan kepada dua kumpulan. Setiap kumpulan akan melalui dua laluan yang berbeza. Pertandingannya ialah laluan berhalangan untuk sampai ke destinasi yang terakhir. Ia seperti pertandingan dalam rancangan ‘Wipe Out’ di dalam TV jika kamu pernah melihatnya. Setelah sampai di destinasi terakhir pula, para peserta yang berjaya dari dua kumpulan itu akan bertarung pula sesama sendiri. Jika pihak lawan tewas maka peserta yang masih bertahan akan dianggap sebagai pemenang dan mendapat wang bernilai jutaan USD. Laluan berhalangan itu sangat berbahaya, namun para peserta hanya melakukannya dengan memakai kasut tumit tinggi dan pakaian seksi mereka sambil disaksikan dan disorak oleh para jutawan yang melihat aksi-aksi mereka tersebut dari sebuah ruang balkoni bilik mewah di istana tersebut. Saya tidak pasti ianya dirakam ataupun tidak."

"Terus-terang, ia adalah pertandingan membunuh diri yang paling gila…"

"Ok, kemudian.. apa yang berlaku?" tanya saya mencelah dengan rasa teruja.

"Satu ketika di salah satu trek, para peserta dikehendaki memanjat palang-palang besi untuk melintasi salah sebuah menara di istana tersebut, palang tersebut sangat tinggi dan di bawahnya ada kolam renang. Di satu sudut yang lain, para jutawan pula menyaksikan aksi-aksi peserta dari dalam sebuah bilik mewah sambil menikmati hidangan dan minuman arak yang mahal bersama gadis-gadis mereka."

"Ramai perserta ketika itu yang terjatuh ke bawah ketika cuba memanjat palang-palang besi tersebut. Ada yang terhempas ke lantai dan kepalanya pecah. Ada yang patah tangan dan kaki. Ada yang pecah badannya. Kolam renang tersebut penuh dengan darah dan ada yang mati lemas ketika jatuh ke dalamnya setelah gagal untuk berenang keluar dari kolam renang yang dalam tersebut. Mereka semua para gadis yang tidak berupaya dan mereka sangat kasihan."

"Yang lebih keji daripada itu, mereka yang tercedera ketika itu langsung tidak dibantu.. malah dibiarkan sahaja untuk disorak dan ditertawakan oleh para jutawan yang melihat mereka sepanjang pertandingan. Akhirnya apa yang saya tahu, hanya dua orang gadis sahaja yang berjaya melepasi laluan itu daripada keseluruhan 30 orang gadis yang menyertainya... saya dikhabarkan walaupun dua gadis itu akhirnya berjaya, mereka kini hidup dengan trauma dan penuh ketakutan di sisi para jutawan gila tersebut. Mereka kini hidup seperti hamba di dalam istana zaman purba. Tiada tamadun dan tiada akhlak... hanya menjadi hamba suruhan lelaki-lelaki kaya yang merantai hidup mereka sahaja. Lebih malang lagi gadis-gadis yang sudah terjerumus ke sana tidak boleh lari daripada golongan kaya gila itu. Jika cuba untuk lari kemungkinan mereka akan dibunuh."

Sampai di sini tiba-tiba gadis itu sebak... wajahnya berubah dan air matanya serta-merta mengalir laju dan menangis teresak-esak.

Saya sudah tentu sangat terkejut dengan perubahannya secara tiba-tiba itu, dan cuba memujuknya,

"Hey, please don't cry here… people will look to us. Please calm down. I'm sorry so much to make you telling me this story…" kata saya kepadanya perlahan dengan suara hampir berbisik.

Namun saya membiarkannya dengan keadaannya itu untuk beberapa ketika. Kemudian saya berkata kepadanya, "Saya tak tahu apa sebenarnya yang membuatkan kamu menangis, tapi saya minta maaf banyak-banyak kerana disebabkan saya kamu menangis. Sebenarnya saya sangat terkejut mendengar cerita kamu. Ia sesuatu yang sangat dahsyat yang belum pernah saya mendengarnya sebelum ini.."

"Ia ok... ia ok... ia ok... (sambil mengesat air matanya dengan sapu tangan miliknya)... maafkan saya kerana tiba-tiba bersikap pelik tadi. Kamu tahu, salah seorang gadis yang mati kerana pecah badannya ketika jatuh di pinggir lantai kolam renang itu ialah adik perempuan saya sendiri... Ibu saya membunuh diri kerananya dan bapa saya menjadi gila. Setelah ibu saya membunuh diri bapa saya sakit selama berbulan-bulan lalu akhirnya meninggal dunia."

Pada waktu ini dia kembali diam beberapa minit… saya pula tergumam dan tidak terkata apa-apa… setelah itu dia menarik nafasnya dalam-dalam lalu menyambung kembali kisahnya,

"Ibu-bapa saya hanya memiliki dua orang anak perempuan dan adik saya sudah menjadi mangsa kepada nafsu gila orang-orang kaya Korea."

"Sejurus selepas tamat pertandingan tersebut, saya dihubungi seorang wanita yang memberitahu bahawa adik saya telah pengsan dan cedera parah kerana kemalangan dan saya dikehendaki ke hospital untuk melihatnya. Wanita itu menyatakan dia mendapat nombor telefon saya daripada adik saya. Apabila saya dan ibu-bapa saya tiba ke hospital, kami dikhabarkan adik saya telahpun meninggal dunia. Saya memarahi wanita tersebut dan mendesaknya bertubi-tubi untuk menceritakan kisah sebenar kepada saya... dan akhirnya selepas beberapa hari dia menceritakan keseluruhan kisah ini kepada saya. Setelah tahu kisah sebenar, kami sekeluarga meraung dan menangis macam orang gila kerana tidak pernah menyangka adik saya sanggup menyertai pertandingan gila tersebut hanya untuk hidup mewah sebagai gadis simpanan orang-orang kaya. Namun wanita itu berkata ia adalah pilihan adik saya sendiri."

"Beberapa minggu kemudian ibu saya membunuh diri pada satu malam dengan menelan aspirin sebanyak 200 biji. Keesokan harinya ibu saya koma dan apabila saya dan bapa menghantarnya ke hospital, pada malam harinya dia meninggal dunia. Bapa saya pula selepas itu sakit jiwa sebelum mengalami sakit tenat yang membawanya meninggal dunia. Saya pula hidup tidak menentu dan mujurlah masih mempunyai seorang sahabat wanita beragama Islam yang terus berjuang agar saya dapat meneruskan kehidupan dengan tabah. Berulang-ulang kali dia mengingatkan kepada saya bahawa kehidupan ini adalah anugerah Tuhan dan orang yang beriman tidak akan berputus asa."

"Dan kerana itu saya melihat kamu kini sebagai seorang Muslimah..?" saya mencelah ceritanya.

"Alhamdulillah, terima kasih kepada Tuhan. Sahabat saya itu telah membawa saya berjumpa dengan seorang imam di bandar Seoul untuk memulihkan semangat hidup saya. Imam itu mula bercerita kepada saya tentang Allah, Islam dan Nabi Muhammad. Saya menerima segala ajarannya dengan lapang hati seakan-akan ia satu-satunya pilihan yang ada. Benar, Islam adalah satu cahaya yang sangat terang seperti matahari dan mendamaikan seperti bulan purnama yang kembali menyuluh seluruh hidup saya dan saya terus berubah kepada agama ini tanpa ragu-ragu. Dan kamu tahu tak, jiwa saya berasa sangat-sangat tenang dan damai ketika mendengar ayat-ayat Al-Quran yang berkumandang di ibu pejabat markaz Islam di bandar Seoul. Imam itu salah seorang ahli pengurusnya. Saya tidak pernah mendengar muzik-muzik yang sangat indah seperti ayat-ayat Al-Quran sebelum ini dalam hidup saya."

Kini suara gadis itu kembali gagah seraya berkata, "Alhamdulillah, saya bersyukur kerana diselamatkan Tuhan dan kembali dihidupkan semula sebagai seorang Islam setelah saya kehilangan segala-galanya akibat kekeringan jiwa masyarakat dunia terutama masyarakat Korea yang hidup sesat tanpa agama. Mereka semua telah sesat tanpa panduan hidup yang benar daripada Tuhan."

Setelah itu dia diam dan meminum minumannya...

"Kisah kamu amat menarik tetapi menakutkan. Adakah kamu sudah mengambil tindakan undang-undang bagi pihak adik kamu, atau melaporkannya kepada media atau berbuat sesuatu?" ujar saya kembali kepadanya.

"Lupakan sahajalah, saya sudah melaporkannya kepada pihak polis, sudah menceritakannya kepada beberapa orang wartawan dan melaporkannya secara bersumpah kepada beberapa orang peguam. Pihak polis enggan melakukan pendakwaan kerana tiada bukti-bukti yang kukuh mengenainya. Tiada video dan tiada saksi-saksi lain yang mahu tampil kepada pihak berkuasa selain saya. Mungkin ada namun ia tidak memadai. Wanita yang membawa adik saya ke hospital itu juga sudah menghilangkan diri. Saya cuba menghubungi nombor telefon bimbitnya berali-kali namun dia tidak dapat dihubungi. Kali terakhir saya mendengar tentangnya melalui seorang peguam yang mendapat khabarnya daripada seorang detektif polis ialah dia sudah meninggal dunia akibat kemalangan. Para peguam lain dan wartawan yang saya ceritakan kisah ini kepada mereka kesemuanya telah diugut untuk tidak mendedahkannya kepada umum. Mungkin begitu juga yang terjadi kepada mangsa-mangsa yang lain. Laporan polis di sana pula menyatakan gadis-gadis yang meninggal dunia akibat cedera parah itu adalah kerana rabung palang-palang besi di istana itu roboh ke bawah ketika mereka semua sedang berada di atasnya kerana ketika pihak polis sampai di sana palang-palang besi itu sudah pun dirobohkan. Manakala mangsa-mangsa yang masih hidup setelah kecederaan masih mengalami trauma yang dahsyat dan ada yang cacat seumur hidup walaupun mereka mendapat bayaran ganti rugi insurans yang banyak. Apa yang saya tahu mereka semuanya diugut akan dibunuh jika mendedahkan peristiwa sebenar kepada pihak polis. Yang pasti di sana wujud monster-monster besar yang menutupi kes ini termasuk menteri-menteri kerajaan… ia berkaitan dengan wang dan kuasa. Dan sudah tentu kamu tahu apa yang wang dan kuasa boleh buat pada kita." jawabnya lagi dengan panjang lebar yang sarat dengan hujah.

"Oh, ok... ianya sesuatu yang gila pernah saya dengar. Jadi sekarang berapa umur kamu dan mengapa kamu berada di Malaysia? Dan... apa yang kamu sedang buat di Malaysia sekarang? Dan lagi… bilakah peristiwa sedih itu berlaku?" tanya saya bertubi-tubi kepadanya dengan rasa ingin lebih tahu.

"Kamu agak saya berumur berapa…?"

"Saya tidak mahu mengagak dan saya tidak tahu berapa umur kamu."

"Kisah sedih itu hanya berlaku pada tahun lepas, dan saya tidak mahu sebut apa bulan dan harinya. Cukuplah kamu tahu ia berlaku pada tahun lepas. Kini saya berumur 29 tahun dan saya di berada di Malaysia kerana ingin cuba mendaftar kursus bahasa Arab di ******* University dengan sahabat wanita Muslimah saya dari Korea itu. Tadi saya bertemu-janji dengannya untuk bertemu di sini. Kami rakan serumah dan dia tadi menziarahi rakan kami orang Malaysia di kawasan ini. Saya sampai ke sini lewat sedikit dengan teksi.” jawabnya berterus-terang dengan nada jujur.

"Oh, kamu sungguh berani. Di Malaysia tidak ramai wanita yang berani naik teksi seorang diri pada waktu malam. Terima kasih kerana menceritakan kisah ini kepada saya.. saya amat menghargainya dan mudah-mudahan suatu hari Allah akan membalas dendam untuk kamu dan mangsa-mangsa lain yang telah teraniaya..." kata saya lagi kepadanya sambil mengangguk-angguk.

"Sudah tentu...! Suatu hari nanti semua orang dan dunia akan tahu mengenai kejahatan tersembunyi di bandar Gangnam yang dilaknat itu!" tukasnya dengan nada yang keras.

"Kamu ingat artis yang mecipta lagu Gangnam gila itu menyukai cara hidup bandar Gangnam..? Saya rasa dia amat sinis tentangnya dan dia pernah berasa tertekan dengan cara hidup di sana.. namun kini dia sudah menjadi sebahagian daripada mereka. Semoga Tuhan melaknat mereka semua. Saya menyerahkan kepada Tuhan untuk membalas segala kejahatan mereka."

"Whoa... kamu nampaknya sangat marah dengan Gangnam..." balas saya sambil mengangkat kedua-dua kening dan menyedut jus tembikai susu yang masih berbaki menggunakan straw.

"Oh, jangan kamu berpura-pura seperti tiada perasaan dan tidak mempunyai perikemanusiaan.." balasnya pantas kepada saya.

"Tidak, tidak... saya benar-benar terkejut dan simpati dengan kisah kamu. Bahkan di sebalik itu, saya dapat melihat kamu seorang yang tabah, kuat dan berani." balas saya kembali untuk menenangkannya.

Lama juga kami bersembang sejak jam 9.00 malam tadi. Kira-kira jam 10.30 malam rakan gadis itu datang ke kawasan kedai tersebut dan gadis itu meminta izin untuk pergi. Dia membayar segala pesanan makanan saya dan memperkenalkan dirinya sebagai Sofiyyah dan rakannya bernama Nadiah. Katanya nama mereka berdua diberikan oleh imam yang mengislamkan mereka di bandar Seoul merangkap guru murabbi mereka di Korea Selatan. Saya pula beruntung kerana makan malam saya ada orang belanja.

Kedua-dua mereka pernah lahir sebagai manusia yang tidak pernah menganut sebarang agama di Korea namun kini Allah telah memuliakan mereka dengan agama Islam yang suci. Saya tidak tahu sejauh mana kebenaran cerita Sofiyyah tentang kisah yang berlaku kepada adiknya di Gangnam. Kebenaran kisah tersebut saya serahkannya bulat-bulat kepada Allah. Namun saya berminat untuk kongsikan kisah ini kepada para pembaca agar para pembaca dapat membuat penilaian sendiri. Kisah tersebut mungkin benar dan mungkin tidak benar. Namun, di sebalik kisah yang saya pindahkan daripada Sofiyyah ini, dapatlah kita mengetahui sesuatu dan menjadikannya sebagai pengajaran.

Apa yang saya suka kongsi satu iktibarnya ialah, saya melihat betapa Sofiyyah amat bersyukur dan menghargai nikmat Islam yang dikurniakan Allah kepadanya. Dia sanggup meninggalkan negerinya dan menjual segala hartanya demi mempelajari bahasa Arab di bumi Malaysia bagi memahami Al-Quran, malah dia bercita-cita untuk terus mengembara bagi mempelajari ilmu-ilmu Islam dan menjadi seorang pendakwah Muslimah di negara Korea untuk Islamkan lebih ramai penduduk Korea. Dia seorang yang amat berani, tabah dan cekal. Lihat saja, bagaimana dia seorang diri berani menyapa seorang lelaki asing seperti saya di awal kisah tadi. Apa yang saya lihat padanya, tiada sebarang ketakutan di dalam dirinya dan harapan hidupnya telah seratus-peratus diserahkan kepada Allah. Dia telah menjual seluruh jiwa dan raganya hanya kepada Allah semata-mata. Di sebalik kekuatan dirinya sekarang, saya juga yakin di belakangnya ada seorang murabbi mursyid yang hebat, iaitu sang imam yang telah mengislamkannya. Biasanya di sebalik orang-orang yang hebat, di belakang mereka sudah tentu ada para pendidik yang jauh lebih hebat lagi. Di dalam hati saya berkata sudah tentu peribadi sang imam itu lebih hebat lagi kerana berjaya membaiki diri Sofiyyah menjadi lebih kuat sepertimana sekarang. Ia bukanlah sesuatu yang mudah untuk memulihkan, mendidik dan membangunkan jiwa manusia yang sudah rosak teruk seperti Sofiyyah dan menjadikannya seorang srikandi yang gagah perkasa jiwanya.

Sepanjang berjalan kaki pulang ke rumah, saya banyak tertanya-tanya di dalam hati betapa kita ini begitu leka dan tidak bersyukur dengan nikmat beragama Islam yang telah Allah anugerahkan kepada kita sejak kita dilahirkan ke alam dunia.

Di dalam hati saya sepanjang pulang, "Allahu Rabbi.... alhmdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah." Sambil kaki saya sekali-sekala menyepak batu-batu kecil di jalanan dan kedua-dua tangan dimasukkan ke dalam poket jubah putih kiri dan kanan seraya muka menunduk ke arah tanah...

Sehingga saat ini saya masih tetap berfikir sendirian, kisah Sofiyyah ini ialah apa yang saya dengar berlaku di negara Korea yang maju.. bagaimana pula dengan kisah-kisah gelap seperti kisah gadis-gadis Melayu Islam yang menjadi pelacur kelas atasan di negara kita. Sudah tentu banyak juga kisah-kisah gelap yang tidak pernah kita dengar tentang mereka. Sebelum ini saya pernah juga mendengar mengenai kisah-kisah kongsi gelap di negara kita yang dilindungi oleh orang-orang besar.

Allahu Allah, betapa teruknya manusia menjadi hamba wang dan kuasa pada zaman ini. =)
Sumber: Facebook adikku.

25 November 2012

Teringin Pergi Temuduga.

Aku cuba mencari laman web untuk permohonan pengambilan pelajar baru di Pusat Perubatan Darul Syifa'. Pembelajarannya pada hari minggu. Cari punya cari...24 & 25 adalah tempoh temuduga bagi yang sudah memohon.

"Tadi Darul Syifa' telefon, minta mak pergi ke temuduga. Tetapi mak dah masuk ke kelas al-quran di IQT," kata mak.

"Mak dah tanya, boleh tak ganti  dengan anak? Dia kata  boleh tapi kena isi borang semula. Dengan syarat 18 tahun ke atas," sambung mak lagi.

Andai aku bekerja di negeri kelahiranku ini, aku dah offer diri. Tiada rezeki nak belajar perubatan Islam. Dulu aku dah ada peluang. Perasaan 'takut' timbul. Ketika itu, aku masih belajar diploma. Aku juga ragu-ragu dengan  cara ustaz ini. Aku berhati-hati. Takut terpesong akidah. Aku ni dah la tak kuat sangat. Akibat percaya ustaz ini, nanti aku lingkup. Lingkup bagi istilah aku sendiri. Gagal.

Aku tengok laman web darul syifa'. Di Bangi tarikh tutup permohonan 15 nov 2012. Temuduga 25 nov. Hari ini. Peluang aku tertutup. Tahun depan ada lagi. Usaha ke arah matlamat itu kena kuat. Ini bayaran  RM500 setahun. Masalah satu lagi, kena hadir kuliah setiap isnin malam selasa.

Aku sekarang masih mencari sijil untuk pengajian Al-Quran. Kena mantapkan bacaan Al-Quran. Dulu pernah belajar dengan Ustazah Mesir. Walaupun aku selalu juga kena ketuk kepala sebab makhraj huruf kurang, aku tetap nak berguru lagi. Ini dinamakan pembelajaran sepanjang hayat. Ilmu perlu dicari bukan ditunggu.


Kadang-kadang ayat aku ini kena batang hidung sendiri. Sendiri mau ingat la kalau nak berjaya. Takkan nak suruh orang buat kerja kita. Itu namanya mengkhianati ilmu. Orang lain buat, kita dapat nama. Orang lain buat assingment, kita dapat ijazah. Adakah ada KEBERKATAN di sini? Sejahat aku pun, aku masih buat sendiri kerja assignment yang diberi. Kalau tak tahu, cari guru untuk bantu. Bukan suruh guru itu buat kerja kita. Adakah ini cara kita nak dapatka ILMU?

Aku masih dalam dilema. Sambung master atau ambil sijil atau hadir kelas-kelas intensif yang diadakan di IPTA? Aku masih meneruskan tradisi membaca. Teruskan membaca. Membaca kunci kepada ilmu. Insya Allah ada jalan mengenal Allah dan seterusnya memperbaiki diri.

19 November 2012

UPSR 2012.

"Esok UPSR keluar,"

"Ok,"

"Ok je? Tak rasa apa-apa kah?"

"Biasa je,"

Beberapa kali telefon berdering. Mereka bertanya tentang keputusan UPSR ini.

Sebelum masuk ke dewan ,dia terserempak dengan guru besar. Tiba-tiba Guru Besar menarik tangan Man menuju ke suatu sudut yang tersembunyi.

"Awak  dapat 4A man.Sains kamu yang B,'' kata Guru Besar.

Selepas itu,dia memasuki dewan dan duduk di sebelah rakan2. Man berkata kepada rakan-rakannya.

''Aku dapat 4A sahaja,''

''Iye ke kamu dapat 4A? Bagaimana kamu tahu?'' tanya kawan-kawannya.

"Guru besar yang cakap," kata Man.

Jam 10.30 pagi, guru meminta semua murid memasuki dewan untuk mengumumkan keputusan UPSR. Semua pelajar berdebar-debar. Perasaan Man biasa sahaja kerana keputusan UPSRnya sudah diberitahu oleh Guru Besar.

Jam 11.30 pagi, Man  pulang ke rumah bersama adik kesayangan yang sentiasa menemaninya ke mana sahaja. Walaupun kakinya masih sakit, dia masih sudi menemani abang kesayangannya.

"Ni slip UPSR," sambil dihulurkan kepada kakaknya. Dia terus ke rumah kawan untuk bermain.


Tahniah!

4A 1B. B adalah sains. Dalam percubaan BI dapat B. Nampaknya kena buat rayuan untuk masuk ke sekolah ni. Fikirku. Tak mungkin nak hantar ke sekolah biasa. Imtiaz? Hanya 5A layak untuk masuk ke sana. SBP? walaupun syarat minimum 4A 1B, Matematik dan Sains mesti A. Gagal lagi. Saingan terlalu ramai. Hanya 19 orang pelajar sekolahnya mendapat 5A. Seluruh negeri ini? lagi ramai. huhuhu

Aku sempat tengok berita. Pelajar yang dapat 5A ditemuramah. Sepanjang pendengaranku, hanya ucapan terima kasih kepada ibu bapa dan keluarga sahaja. Guru-guru bagaimana? Bagi aku guru tidak minta dihargai. Sebagai seorang pelajar memang tidak patut nama guru-guru ditinggalkan. Inilah pelajar pintar. Di mana akhlak mereka? Memang patut PBS diadakan. Belajar untuk peperiksaan tetapi akhlak gagal. Aku anggap pelajar ini gagal. Maaf.

Sebelum ke sekolah, mak ada pesan,"Kalau dapat keputusan apa pun, usap terima kasih kepada semua cikgu-cikgu. Jangan lupa." Aku dah lupa ayat seterusnya.

Ayah pula cakap," Walau apa pun keputusan, syukur pada Allah. Kalau dapat 5A jangan melompat sampai tak ingat dunia. Jangan ikut orang lain. Kalau gagal, hangan kecewa. Perjalanan masih jauh lagi. Cuba tengok abang Hakim. Tak dapat 5A pun dapat ke Mesir dan bakal jadi doktor nanti. Ada lagi peluang lain."

Hakim...jangan lupa. Ini kata-kata motivasi dari ayah untuk adikmu. Siap sebut namamu. Belajar bersungguh-sungguh. Ini harapan mak ayah. Jangan sedih. Stop je la. Kalau rindu kat mak ayah, telefon la ye. Aku tau perasaan berada jauh ni. huhuhu..

16 November 2012

Ibnu Khaldun

Ibnu bermaksud anak lelaki dalam bahasa Arab. Ibnu Khaldun adalah gelaran. Ia membawa maksud 'anak kepada Khaldun. Aku terjumpa kisah Ibnu Khaldun dalam versi Majalah tahun 1973. Kulit majlah yang lusuh memudahkan sesiapa sahaja untuk men'sampah'kan majalah ini.

Dalam majalah ini, penulis mengenai Ibnu Khaldun adalah Ab. Kadir Bakty. Apa yang aku keliru adalah gelaran kepada Ibnu Khaldun. Dalam bacaan sebelum ini, gelarannya adalah Waliyuddin Abdul Rahman. Dalam majalah ini diberi gelaran Abu Ziyad Abdul Rahman. Aku hanya dapat mengandaikan anak beliau bernama Ziyad.

Mengikut penceritaan terdahulu, Ibnu Khaldun mempunyai isteri dan anak-anak. Malangnya semasa dalam perjalanan ke Mesir, kapal yang mereka naiki karam. Ketika ini Ibnu Khaldun menjawat jawatan Ketua Hakim di Mesir. Gangguan emosi banyak menganggu beliau sehingga diberi cuti rehat yang lama.

Sebagaimana yang diketahui, Ibnu Khaldun adalah orang yang mempelopori ilmu sejarah dunia. Hal ini kerana beliau banyak terlibat dalam urusan pentadbiran beberapa negara. Beliau juga banyak menyantang jawatan penting dalam sesebuah negara dan pemerintahan. Beliau dianggap 'genius' melebihi Plati, Aristotle dan lain-lain ahli falsafah sebelumnya.


"...Berkenaan ilmu sains atau falsafah sejarah kesusasteraan Arab telah dihiasi oleh satu nama yang cemerlang.Tiada seorangpun pada zaman klasik dan 'Medival' Kristian dapat menunjukkan yang sehampir atau yang sama cerdik dengannya," kata Robert Flint dalam bukunya 'History of the Philosophy og History'.

"Beliau seorang genius. Dalam usia lima puluh empat tahun, beliau dapat menjayakan sesuatu kerja dengan bersungguh-sungguh sebuah 'lifa-work' dalam bentuk kesusasteraan Arab dalam tempoh masa yang singkat," kata Arnold J. Toynbee dalam bukunya 'A Study of Histoy'



Kurun ke-13 adalah satu zaman yang amat pahit dan menggemparkan dalam sejarah Afrika Utara. Zaman ini penuh dengan huru-hara dan pergolakan terutama selepas tumbangnya pemerintahan Al-Muwahhidin. Raja-raja dan ketua-ketua kaum berebut mendapat kuasa. Datuk-datuk bandar bertukar ganti dalam tempoh yang singkat. Hasut menghasut, bunuh membunuh dan rusuh merusuh bertambah  parah. Nasib Ibnu Khaldun tidak begitu buruk. Beliau hanya di penjarakan selama 2 tahun kerana tidak disukai oleh sultan. Nasib malang menimpa saudaranya kerana dibunuh oleh Raja Muda Tilmisan.

Tahun 1362M, Ibnu Khaldun berhijrah balik ke Sepanyol dan berhidmat diwah Raja Granada. Beliau dihantar oleh Raja Granada sebagai utusan kerajaan di negara Raja Pedro the Cruel, di Castille. Di Seville, beliau melihat tugu-tugu zaman datuk neneknya berkuasa dahulu.

Kebolehan yang luar biasa pada Ibnu Khaldun menarik minat Raja Kristian itu. Raja itu menawarkan untuk memulangkan kembali tanah ladang kepunyaan nenek moyangnya. Ibnu Khaldun menolak dan beliau hanya mengambil sewa bagi tanah ladang itu.

Di Sepanyol,beliau meramalkan telah membangkitkan kecurigaan Perdana Menteri Sepanyol. Beliau meninggalkan Sepanyol dan kembali ke Afrika Utara. Tidak lama kemudian, beliau dilantik menjadi Ketua Istana atau Perdana Menteri oleh Sultan Bougie di Algeria. Beliau pernah ditugaskan mengepalai beberapa bala tentera menyerang suku Barbar. Dalam tempoh ini  beliau banyak menjawat  jawatan. Jatan yang silih bertukar ganti dalam tempoh yang singkat. Ibnu Khaldun terpaksa menukar taat setia dan tempat kediaman dari satu negeri ke satu negeri yang lain. Beliau menjelajah jauh sehingga ke Moroco. Di sana beliau terpaksa tinggal bersama puak Badwi Algeria dan menjadi ketua dalam beberapa peperangan.

Hayat terpenting dalam hidupnya pada tahun 1375. Selepas bersara dan berehat bersama keluarganya di Istana Abu Salam behampiran Iran. Selama hampir 4 tahun beliau menumpukan perhatian mengarang kitab Muqaddimah dan Sejarah Dunia. Akhir tempoh itu, beliau memerlukan banyak dokumen untuk menambahkan maklumat. Oleh itu, beliau kembali ke Tunisia. Di sana, beliau mengkaji, memberi kuliah dan kursus-kursus. Disebabkan hal ini, terdapat kecurigaan dikalangan pihak pelajar dan pihak istana. Beliau membuat keputusan untuk pergi ke Mekah sebagai langkah keluar dari Tunisia.

Tahun 1382M, beliau belayar ke Mesir. Di sana beliau menerima tawaran sebagai pensyarah dan kemudian menjadi ketua hakim ketika pemerintahan Sultan Memalik di Kaherah.

Tahun 1387M, setelah kematian isteri dan anak-anaknya, beliau menyambung perjalanan ke Mekah bagi menunaikan haji. Kemudian kembali ke Jaherah dan memegang jawatan ketua hakim sehingga meninggal dunia pada tahun 1406M. Ketika ini beliau berusia 74 tahun. Beliau dikebumikan di Kaherah kawasan perkuburan Sufi di luar kampung bab Nasr.

Salam Maal Hijrah 1434. Jom sama-sama cari ilmu untuk baiki diri ^^

08 November 2012

Sejarawan Abad ke-14

Ibnu Khaldun adalah nama yang tidak asing lagi. Banyak teori-teori dan falsafahnya digunakan. Beliau merupakan sejarawan walaupun Ibnu Hajar banyak mengkritik pribadinya. Tidak banyak catatan tentang diri Ibnu Khaldun dapat dirungkaikan.

Nama sebenarnya Wali al-Din Abdul Rahman bin Muhammad bin Muhammad bin Muhammad bin Al-Hassan bin Jabir bin Muhammad bin Ibrahim bin Abdul Rahman Ibni Khaldun. Gelaran Ibnu Khaldun di ambil dari nama datuknya Khaldun atau  Khalid. Beliau dilahirkan di Tunisia pada tahun 732H bersamaan 1332M.

Khalid yang dikenali dengan nama Khaldun bin Uthman bin Hani' bin al-Khattab bin Kurayb bin Ma'adi Karib bin al-Harith bin Wa'il bin Hajar.

Khalid memasuki andalusia bersama tentera Yaman. Khalid mula menetap di bandar Caramona dan memulakan hidup berkeluarga di sini. Keturunan ini kemudiannya berpindah ke Sevilli.

Akhir abad ke-3 semasa pemerintahan Amir Abdullah ibni Muhammad. Amir Abdullah merupakan Bani Umayyah (274-300H). Ketika ini Andalusia sedang bergolak dengan penentangan dan revolusi yang berlanjutan merebak ke beberapa tempat.

Ibnu Khaldun pernah menyandang beberapa jawatan pentinmg negara seperti setiausaha negara di Istana Sultan Abu Ishaq Bin Abi Yahya dan Sultan Abu 'Inan, anggota Majlis Ilmiah dan anggota jabatan setiausaha sulit Sultan Abu Salim bin Abi Hasan di Fez Maghribi, Duta Granada, Hajib atau Perdana Mentari Bougie dan Ketua Hakim Mesir.

Beliau meninggal dunia di Kaherah, Mesir pada tahun 808H bersamaan 1406M ketika berusia 87 tahun.

Keperibadian Ibnu Khaldun

Beliau tekun mencari ilmu sama ada ilmu fardu ain atau ilmu fardu kifayah sejak kecil. Ketika dewasa, kesibukannya tidak menhalang Ibnu Khaldun untuk terus menuntut ilmu. Beliau bijak membahagikan masa untuk masyarakat dan menuntut ilmu.



Ibnu Khaldun pernah menjadi pegawai tertinggi Istana dan ketua Hakim Negara. Jawatan-jawatan ini diserahkan kepada beliau berdasarkan kecekapan dalam pentadbiranb serta keupayaan menyemukakan idea untuk kemajuan negara.

Pemikiran Ibnu Khaldun ada dalam karyanya yang bertajuk "Muqaddimah Ibnu Khaldun". Buku ini lahir dari pengalaman dan kreativiti beliau untuk mengetengahkan sejarah sebagai bidang ilmu yang tersendiri. Buku ini dijadikan bahan kajian oleh sarjana-sarjana Timur dan Barat hingga ke hari ini.

Pendidikan


العلمُ شرفٌ لا قدرَ لَهُ ، والأدبُ مالٌ لا خوفَ عليهِ
"Ilmu adalah kemuliaan yang tiada tolak bandingnya, adab adalah harta yang tidak dibimbangi (kehilangannya)"
Hukama' pernah berkata:
"Tuntutlah ilmu. Ilmu akan mendidikmu semasa kecil, menjadikan kamu pemimpin semasa kamu dewasa, memperbaiki kesilapanmu, menewaskan musuhmu, meluruskan penyelewenganmu serta memperbetulkan niat dan cita-citamu"

Bapa Ibnu Khaldun, Muhammad tidak berminat dalam bidang politik. Muhammad lebih sukakan ilmu terutama bidang perundangan, filologi dan puisi.

Ibnu Khaldun dididik oleh bapanya sejak kecil. Ibnu Khaldun membaca, menghafaz al-Quran dan mengkaji bentuk qiraat serta terjemahannya. Beliau juga belajar tentang hadis dan sistem perundangan. Beliau diajar nahu (tatabahasa arab) dan retorik oleh pujangga Tunisia. Ketika ini Tunisia merupakan pusat pembelajaran di Afrika Utara.

Ibnu Khaldun banyak berguru dan akan menyebut nama gurunya mengikut bidang pembelajarannya. Beliau banyak mengkaji bidang hadis, perundangan Maliki, bidang kajian filologi dan puisi. seterusnya mempelajari ilmu logik dan falsafah dalam kehidupan sehariannya. Kemahirannya terselah dalam bidang logik dan falsafah. Hal ini diakui oleh guru-gurunya dan mengijazahkan kepadanya. Beliau terus menyambung pengajiannya sehingga berumur 18 tahun.

Guru Ibnu Khaldun dalam mempelajari asas agama dan bahasa arab adalah bapanya sendiri. Seterusnya oleh Muhammad bin Abdul Muhaimin Al-Hadrami, Muhammad bin Sa'ad bin Barrall Al-Ansari, Muhammad bin As-SyawasyiynAz-Zarzali dan ramai lagi.

Ibnu Khaldun juga mempelajari ilmu fardu kifayah seperti Mantik, Falsafah, sains dan matematik dari gurunya, Muhammad bin Ibrahim Al-Abily.

Semasa berada di Fez, Ibnu Khaldun mendapat pendidikan tinggi daripada beberapa orang guru yang terkenal seperti Ahmad bin Qusho dan Lisanuddin bin Al-Khatib iaitu pengarang buku Sejarah Granada dan Muhammad bin Abdul Salam.

Ketika umur 18 tahun, Afrika Utara mengalami satu wabak besar iaitu ta'un sehingga meragut nyawa kedua ibubapa Ibnu Khaldun, guru-gurunya dan penduduk Tunisia. Disebabkan hal ini, beliau berhasrat untuk berhijrah ke Mauritania (Maghribi) tetapi dihalang oleh abang sulungnya, Muhammad.

Abu Muhammad Ibni Tafrakin merupakan pemerintah kuku besi di Tunisia. Abu Muhammad Ibni Tafrakin memaksanya menjadi setiausaha kepada Sultan Abu Ishaq. Tugasnya adalah melekatkan nama dan cop simbol sultan atas semua surat menyusat dan arahan diraja. Ketika ini beliau belum mencecah usia 20 tahun.

Pergolakan Politik

إنَّما الأمَمُ الأخلاقُ ما بَقِيَتْ فَإِن هُمُ ذَهَبَتْ أخلاقُهُمْ ذَهَبوا

"Sesuatu umat itu kekal selagi akhlaknya kekal, umat juga akan hancur apabila akhlaknya runtuh"

Afrika Utara penghujung abad ke-7 hijrah. Empayar Elmohade telah runtuh.

Akibatnya muncul beberapa negeri dan kerajaan kecil. Di Tunisia muncul pemerintah di kalangan Bani Hafs. Di Tlemcen dan Barbary Tengah (Algeria) muncul kerajaan Bani Abdul Al-Wad. Di Fez dan Magribi muncul pula kerajaan Bani Marin. Di bawah naungan kerajaan ini, muncul pemerintahan kecil di pelabuhan dan bandar melalui pemberontakan ketua yang yang kuat.

Sebahagian besar warisan Al-Mohamedi jatuh ke tangan Bani Marin. Bani Marin memepunyai kerajaan paling besar dan paling berpengaruh. Pemerintahannya dari Mauritania (Maghribi ), Ceuta dan sebahagian dari Barbary Tengah hingga Gibraltar.

Dinasti Bani Marin diketuai oleh Sultan Abu Yusof Ta'qub Ibni Abdul Haq yang pernah menyerang Andalusia. Sultan Abu Yusof meninggal dunia pada 685H (1286M). Takhtanya diwarisi oleh beberapa raja yang berkuasa selepas itu.

Sultan Abu Hassan berkuasa di Fez. Sultan Abu Hassan mewarisi takhta bapanya, Sultan Abu Sa'id yang meninggal tahun 731H ( 1330M). Sultan Abu Hassan mempunyai cita-cita ynag tinggi.

Pada tahun 733 H, Sultan Abu Hassan telah menyerang Gibraltar dan merampasnya dari orang Nasrani. Kemudian Sultan Abu Hassan mara ke Barbary Tengah dan menawan satu persatu kerajaan dari Bani Abdul Al-Wad. Sultan Abu Hassan mengambil alih pemerintahan Tlemcen pada tahun 737H. Oleh itu Bani Marin menguasai pemerintahan hingga hampir ke sempadan timur Tunisia.

Sultan Abu Hassan merancang untuk merampas Tunisia dari Bani Hafs. Pada awal 748 H, mara ke Tunisia selepas melantik anaknya, Sultan Abu Inan sebagai pemerintah Barbary Tengah. Sultan Abu Hassan telah merampas Tunisia dari rajanya Umar Ibni Abi Yahya. Sultan Abu Hassan mengambil masa 2 tahun untuk menyelesaikan segala urusannya.

Ketika ketiadaannya, berlaku pemberontakan di Maghribi dan pelabuhan. Apabila disiasat, Sultan Abu Hassan mendapati anaknya, Sultan Abu Inan berniat merampas takhtanya. Kemudian Sultan Abu Hassan melantik anaknya, Al-Fadl sebagai pemerintah Tunisia dan berhijrah ke Maghribi pada tahun 750H.

Sementara itu, Bani Hafs bersiapa sedia menawan kembali negara mereka dan dibantu oleh pemberontak yang mengakui kekuasaan mereka.  Sebaik sahaja Sultan Abu Hassan meninggalkan Tunisia, Al-Fadl, anak Sultan Abu Yahya mengambil alih dan mengembalikan kuasa kepada keluarganya.

Tidak lama selepas itu, Wazir Ibnu Tafrakin memberontak dan merampas takhta daripada Al-Fadl dan melantik adiknya Abu Ishaq. Peristiwa ini berlaku pada 751H.

Pergolakan demi pergolakan  politik berlaku pada abad ke-8H. Muncul kerajaan kecil berturutan ditengah-tengah kota dan pelabuhan seperti Bougie, Constantine, Bona dan Tlemcen. Perang saudara sentiasa meletus. Walaubagaimanapun, mereka masih mengekalkan keindahan dan kemewahan yang menarik intelek dan sasterawan ke Tunisia.

Bani Hafs dan Bani Marin adalah pelindung para cendikiawan dan intelek yang bersama mereka  memegang jawatan yang terpengaruh. Pergerakan intelek ini bergerak antara Afrika Utara (tidak termasuk Mesir) dengan Sepanyol (Andalusia).

Granada masih menjadi tempat bermula pergerakan intelektual yang hebat. Manakala Andalusia terlalu sesak dengan para ilmuan Islam. Hal ini berlaku selepas kerajaan Nasrani Castile merampas sebahagian  wilayah, pelabuhan dan pekan taklukan mereka dahulu. Inteltual Islam kebanyakannya berhijrah dari Afrika Utara ke Andalusia yang menawarkan peluang keselamatan dan mudah mencari nafkah.

Dalam keadaan ini Ibnu Khaldun menjalani hidup sebagai orang biasa. Semenjak keturunannya berhijrah ke Afrika pertengahan abad 7H, keturunanya menikmati naungan Bani Hafs serta memegang jawatan yang terpengaruh dalam pemerintahan  ini. Ketika Bani Hafs mengalami keruntuhan, pengaruh keluarga Ibnu Khaldun telah hilang banyak pengaruh. Ibnu Khaldun berhasrat mendapat semula jawatan warisan keluarga dan menghidupkan smeula pengaruhnya yang sedang merosot.

Ibnu Khaldun mengambil peluang apabila Ibnu Tafrakin menawarkannya mengisi jwatan setiausaha kepada tawanannya Abu Ishaq penghujung tahun 751H. Akan tetapi Ibnu Khaldun memahami kelemahan kerajaan Tunisia ketika itu.

Ketika Sultan Abu Hassan berhijrah ke Maghribi, ramai cendikiawan Islam termasuk guru-guru dan sahabat Ibnu Khaldun turut berhijrah ke sana. Mereka lebih rela berada dibawah naungan kerajaan yang kuat. Mereka mengharapkan kehormatan dan kekayaan yang tidak terdapat di Tunisia. Abang Ibnu Khaldun menasihatinya agar tidak melakukan sebagaimana yang dilakukan oleh para cendikiawan lain. Ibnu Khaldun tidak lupa akan cita-citanya untuk berhijrah ke Maghribi.

Pada awal tahun 753H, pemerintah Constantine, Abu Zayed cucunda Sultan Yahya mara bersama tenteranya ke Tunisia. Abu Zayed berhasrat menakluk dan mengambil kembali warisan keluarganya daripada menterinya, Ibnu Tafrakin perampas. Manakala Ibnu Tafrakin diiringi Ibnu Khaldun menuju ke Tunisia. Beberapa pertempuran berlaku dan tentera Tunisia dapat dikalahkan. Secara rahsia, Ibnu Khaldun mengundur diri dari kem untuk menyelamatkan diri.

Ibnu Khaldun tinggal bersama beberapa orang Sheikh Almoravide di Aba. Kemudian ke Ceuta dan seterusnya ke Cafsa. Di sana, Ibnu Khaldun menyertai beberapa orang Faqih Tunisia yang ketika itu dikepung oleh Pemerintah Constantine. Dari situ, Ibnu Khaldun menemani mereka ke Biskra dan menikmati musim salji.

Kehidupan Di Mesir

Ibnu Khaldun meninggalkan Tunisia pada pertengahan Syaaban, 784H (Oktober 1382). Ibnu Khaldun sampai ke pelabihan Iskandariah pada pesta Bairam setelah melalui pelayaran yang sukar. Ibnu Khaldun tiba di Mesir untuk menyertai kafilah para penziarah tanah suci dan mengambil masa sebulan di Iskandariah menbuat persiapan. Disebabkan Ibnu Khaldun tidak dapat mencapai keinginannya, beliau pergi ke Kaherah. Tetapi pelaksanaan ini adalah helahnya untuk meninggalkan Tunisia. Ketika ini beliau berusia 52 tahun.

Kaherah ketika ini menjadi pusat pembelajaran Islam Timur dan Barat. Kaherah terkenal dalam bidang sains dan kesusasteraan. Ibnu Khaldun terpesona dengan pencapaian, keagungan dan keindahannya sebagaimana beliau terpesona dengan orang terdahulu termasuk Ibnu Batuttah setengah abad yang lalu.

Ibnu Khaldun bukanlah orang asing bagi rakyat Mesir. Beliau terkenal dengan karyanya yang berjilid-jilid terutama Prolegomena.

******************

Gelaran KESARJANAAN Ibnu Khaldun;
  1. الصَّدرُ الكَبِيرُ
  2. الفقيهُ الجليلُ
  3. العلاَّمة
  4. إمامُ الأَئمَّةِ
  5. جمالُ الإسلامِ و المُسْلِمِيْنَ
Antara karya yang bermutu;
  1. كتابُ العِبَرِ وديْوانُ المُبْتَدَأ والْخبرِ في أيَّام العربِ والعجمِ والبربرِ ومَن عاصرَهُم     مِن ذوي السلطانِ الأَكبر/ مقدمة إبن الخلدون 
  2. التعريف بإبن الخلدون ورِحلتهُ غَرْباً وشَرقاً

Ibnu Khaldun menggariskan 4 perkara yang patut dilakukan oleh sejarawan dalam penelitian dan analisa laporan sejarah iaitu;
  1. membandingkan antara peristiwa-peristiwa berdasarkan kaedah 'sebab musabab'
  2. Mengkaji peristiwa-peristiwa lalu untuk dijadikan iktibar kepada peristiwa-peristiwa yang sedang berlaku.
  3. Mengambil kira pengaruh iklim dan alam sekitar terhadap apa yang berlaku.
  4. Mengambil kira kedudukan ekonomi dan budaya terhadap peristiwa yang berlaku.
Ibnu Khaldun berpendapat bahawa beberapa perkara asas yang perlu ada untuk membina negara iaitu, AGAMA, EKONOMI dan  AKHLAK pemimpin serta rakyatnya.


SUMBER: Ibnu Khaldun Riwayat Hidup & Karyanya oleh Muhammad Abdullah Enan. Terjemahan oleh Mohd Pizli Usop & Nik Haslina Nik Ibrahim. Terbitan ITNM 2012

03 November 2012

Sembelihan 2012

Tiga hari hadir Kursus Penataran Pentaksiran Sekolah bagi Bahasa Arab tingkatan 2 tahun 2013. Memang tak tau apa yang berlaku di sekolah. Adakah masih 'kalut' atau kelam kabut? Semuanya aku 'peram'. Fokus untuk faham PBS sahaja. Siapa la bagi idea buat PBS ni? Adakah mengikut siapa Menteri Pelajaran? Tak tau nak jawab apa kan. Itu lah istilah 'Aku yang menurut perintah'

Program kali ini adalah program sembelihan + projek khidmat masyarakat anjuran bersama PIBG. Bagi aku ini adalah kali pertama buat program bersama orang kampung. PIBG banyak buat kerja. Daripada awal hingga akhir program. Terima kasih buat semua yang terlibat.

Ini bukan kali pertama aku terlibat dalam program sembelihan. Semuanya tidak memberi peluang kepadaku untuk cuba sembelih. Kali ini terasa yakin diri walaupun tangan kiriku masih kebas. Alhamdulillah kali ini aku dapat mengambil peluang ini untuk mencubanya. Syabas kepada semua yang berjaya melakukan praktikal sembelihan. Ruginya sesiapa yang tak cuba.

Kita belajar sedikit tentang sembelihan ini.


Penyembelihan harus menggunakan objek tajam. Kaedah ini untuk meminimumkan kesakitan haiwan ketika disembelih.

Sabda Nabi saw bermaksud:

“Sesungguhnya Allah mewajibkan untuk berbuat baik kepada sesuatu. Oleh itu jika kamu membunuh, maka perbaikilah cara membunuhnya, dan apabila kamu menyembelih maka perbaikilah cara menyembelihnya dan tajamkanlah pisaunya serta mudahkanlah penyembelihannya itu” (Hadis riwayat Muslim).

Penyembelihan harus dilakukan pada leher haiwan itu, iaitu pada bahagian urat nadi atau kerongkongnya.Setiap penyembelihan perlu dimulakan dengan Bismillah.
Firman Allah bermaksud: “Maka makanlah haiwan (yang halal) yang disebut nama Allah ketika menyembelihnya, jika kamu beriman kepada ayat-ayatnya” (Surah al-An’aam, ayat 118).

Fakta saintifik membuktikan bagi setiap penyembelihan, darah haiwan itu perlu dialir keluar. Ini kerana darah adalah medium terbaik bagi mikro organisma membiak. Bahagian ‘spinal cord’ hendaklah dielakkan daripada terpotong ketika sembelihan dilakukan kerana ia akan menyekat aliran darah keluar akibat daripada saluran darah terganggu kesan daripada jantung haiwan terhenti secara tiba-tiba.

Dr Zakir Naik, seorang doktor dan pendakwah Islam antarabangsa menyenaraikan kepentingan serta kebaikan penyembelihan mengikut hukum syarak. Kaedah penyembelihan Islam adalah terbaik dan bersih.

Ini kerana darah yang menjadi punca pembiakan kuman, bakteria dan toksinyang akan menyebabkan beberapa penyakit dikeluarkan sejurus selepas proses penyembelihan. Selain itu, daging sembelihan kekal segar dalam satu tempoh yang lama.

Kaedah penyembelihan Islam juga tidak menyebabkan kesakitan kepada haiwanIni kerana saluran darah serta saraf yang menghubungkan ke otak yang boleh menyebabkan rasa sakit terputus. Maka keadaan di mana haiwan bertindak balas secara tiba-tiba dalam keadaan agresif bukan kerana kesakitan, tetapi kesan tindak balas otot yang berlaku apabila darah mengalir keluar.

Profesor Schultz dan rakannya Dr Hazim dari Universiti Hanover, Jerman, membuktikan melalui eksperimen dengan menggunakan alatan saintifik seperti Electroencephalograph (EEG) dan Electrocardiogram (ECG) menunjukkan kaedah sembelihan Islam adalah terbaik.Tiga saat pertama selepas kaedah sembelihan cara Islam dilakukan, EEG tidak menunjukkan sebarang perubahan graf. Ini menunjukkan haiwan itu tidak mengalami sebarang kesakitan secara tiba-tiba selepas penyembelihan. Kemudian, selepas tiga saat yang seterusnya, EEG merekodkan keadaan yang dinamakan sebagai‘deep sleep’haiwan mengalami keadaan tidak sedarkan diri kesan daripada darah yang mengalir keluar dari tubuh haiwan itu. Akhir sekali, EEG pada paras 0 menunjukkan tiada tanda-tanda kesakitan selepas enam saat eksperimen dilakukan. Kaedah ujian saintifik hari ini membuktikan kaedah penyembelihan Islam adalah terbaik.

Seterusnya menunjukkan Islam amat mementingkan kebersihan serta kesihatan. Pemilihan pemakanan yang halal penting dalam memastikan tahap kesihatan sentiasa berada di tahap yang memuaskan agar memperoleh tenaga yang secukupnya untuk beribadat. Oleh itu, Muslim perlu menilai dan meneliti sumber pemakanannya agar datang dari sumber yang halal bukan meragukan.



Secara ringkasnya...


MAKSUD SEMBELIHAN = Menghilangkan nyawa binatang yang halal dengan cara memutuskan urat halkum dan urat merih dengan menggunakan alat yang tajam dengan niat kerana Allah

HUKUM SEMBELIHAN = Wajib dengan tujuan dimakan dagingnya

RUKUN SEMBELIHAN

  • Penyembelih : Tidak dalam ihram haji atau umrah


  • Binatang yang disembelih dengan syarat putus urat halkum dan urat merih
  • Alat sembelihan dengan menggunakan benda yang tajam selain dari gigi, tulang, kuku, rambut dan tali


PERKARA SUNAT SEMASA SEMBELIHAN

  • Menyebut nama Allah seperti melalui Bismillah


  • Menyembelih bahagian pangkal leher dengan memutuskan kedua-dua urat yang terletak di kiri dan kanan leher supaya binatang cepat mati


  • Menghadapkan binatang ke arah kiblat dengan membaringkannya ke sebelah rusuk kiri


  • Menggunakan alat sembelihan yang paling tajam


  • Melakukan sembelihan pada waktu siang


PERKARA MAKRUH SEMASA SEMBELIHAN

  • Mematahkan leher binatang sebelum nyawanya hilang


  • Tidak membaca bismillah


  • Tidak menghalakan binatang ke arah kiblat


  • Melakukan sembelihan di hadapan binatang lain yang akan disembelih



SUMBER: UYE , sbh

01 November 2012

Cobaan.

Lagi seminggu persekolahan 2012 bakal melabuhkan tirai. Lagi hampir, lagi banyak kerja yang perlu disiapkan sempena tahun persekolahan 2013. Semua persiapan, masih samar-samar. Apa nak jadi?

Minggu-minggu terakhir ini juga banyak kursus yang perlu dihadiri. Dah pening kepala dengan PBS 2013. PBS 2012 tak lepas lagi. Tak 'key in' lagi. Line macam siput. Orang atas sibuk suruh. Pelaksana masih terkial-kial meng'klik'. Tak dapat..buat semula. Betul-betul cobaaan...Nak ajar aku bersabar....

Masa ini juga aku terjumpa peluang untuk daftarkan diri meyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi. Baru isi separuh. Nak cuba lagi..."database error"...Ada peluang lagi kah? pendaftaran ini untuk kemasukan bulan februari 2013. Bila lagi aku nak ambil peluang ni? Nanti aku cuba lagi. Yang pasti sebelum tarikh tutup 11 November 2012.

SPM 5 November 2012 bermula. Moga adikkku dipermudahkan segala urusannya untuk menjawab semua soalan SPM. Teringat zaman SPM... lebih 10 tahun yang lalu. Semua pengalaman kita berbeza. Aku dengan pengalamanku sendiri. Orang lain dengan pengalamannya yang tersendiri. Uniknya pengaturan yang dibuat oleh ALLAH. Moga kita sentiasa ingat...Ini semua sudah ditentukan Allah. Insya Allah, hati kita semua akan tenang walaupun melalui pengalaman pahit. Semua itu ujian.

Sehingga bertemu lagi dengan coretan yang terbatas.

Rakan Sejawat Toksik

Ahlan...ahlan Ya Ramadan.  Alhamdulillah masih diberi peluang merasai hidup dalam Islam tetapi umat Islam Palestin masih bergelut dengan kes...