Pernah aku terdengar persoalan ini timbul dan bagaimana aku
nak jawab persoalan ini. Semua ini memerlukan penelitian dan kefahaman yang
baik dalam isu ini. Aku bukan lah orang yang arif dalam bidang ini apatah lagi
memberi hukum terhadap sesuatu isu…
Dulu, pernah ustazah kat sekolah aku sebut…jika seseorang
wanita melihat pada seluarnya darah setitik atau darah berwarna coklat, perlu
baginya menunggu sehari semalam. Jika darah tidak keluar lagi, ia tidak
dianggap darah haid. Jika darah keluar lagi dalam tempoh sehari semalam itu,
maka ia dikira haid. Ini adalah tempoh paling minima. Pelbagai jawapan yang
keluar dari ustaz atau ustazah menyebabkan kita bingung dan serba salah.
Kemudian aku merujuk kepada Kitab Ihathah yang ditulis oleh ulama’ Indonesia, Syeikh
Nuruddin Marbu Banjar Al-Makki. Halaman
18, terbitan Darul Aman-Hussein-Qaherah,Mesir. Menurut apa yang ditulis dalam
kitabnya (menurut terjemahan aku yang tak pandai ni):
Persepakatan semua orang muslim, 3 jenis darah yang keluar
dari faraj wanita
1.
Darah haid : darah yang
keluar dari faraj wanita dalam keadaan sihat tubuh badannya
2.
Darah Nifas: darah yang
keluar sebaik sahaja melahirkan anak (wiladah)
3.
Darah Istihadhah: darah yang keluar bukan pada hari-hari haid
dan nifas tapi sebab sakit
Kembali kepada persoalan ‘Adakah haid jika keluar sekejap
tidak sampai sehari semalam?’
Menurut kitab ini lagi:
Kadar haid
1)
Pendapat Asyafieyyah dan
al-Hanabilah: paling sedikit adalah sehari semalam secara berterusan dikira
haid.
2)
Al- Malikiyyah: cukup
sekejap sahaja dah dikira haid
3)
Yang masyhur dari kalangan
ulama’ Hanafiah: 3 hari 3 malam paling sedikit.
Bila seorang perempuan mengadu darahnya keluar sehari
semalam, adakah ia dikira haid atau tidak? Jawab Ibn Hajar Al-Haithami ia tidak
dikira haid berbeza dengan Imam Ramly dan ia mensyaratkan haid paling sedikit
adalah wujudnya darah bila kita letak kapas pada tempat keluarnya darah.
Untuk lebih berhati-hati…aku cadangkan kalau dah tahu semasa
keluar darah itu dalam tempoh haid, ia dikira haid. Kalau puasa pada hari itu,
ganti lah pada hari lainnya. Jika dalam tempoh sehari semalam itu tidak keluar
darah lagi, perlu mandi wajib dan solat seperti biasa.
Wallahua’lam…