Mutiara Kata Untuk Murabbi.

"JIKA MURID DIAJAR DENGAN PUJIAN, DIA BELAJAR MENGHARGAI"

"JIKA MURID DIAJAR DENGAN CELAAN, DIA BELAJAR MEMAKI"

"JIKA MURID DIAJAR CEMUHAN, DIA BELAJAR RENDAH DIRI"

"JIKA MURID DIAJAR DENGAN PERSAHABATAN, DIA BELAJAR MENYAYANGI"

"JIKA MURID DIAJAR PERMUSUHAN, DIA BELAJAR BERKELAHI"

"JIKA MURID DIAJAR JAMINAN, DIA BELAJAR MEMPERCAYAI"

"JIKA MURID DIAJAR DENGAN PENGHINAAN, DIA BELAJAR MENYESALI"

"JIKA MURID DIAJAR DENGAN KEADILAN, DIA BELAJAR KESAKSAMAAN"

"JIKA MURID DIAJAR DENGAN DISKRIMINASI, DIA BELAJAR MEMENTINGKAN DIRI"

27 November 2011

Salam Maal Hijrah 1433H

Sudah bertambah umur kita semua. Adakah amal kita bertambah atau berkurangan? Muhasabah diri sendiri sebab kita yang mengetahui keadaan diri kita. Moga kita berhijrah ke arah kebaikan. Hijrah kerana Allah.


27 Nov 1984 adalah hari kelahiranku mengikut bulan Masihi atau ikut putaran matahari, aku tetap mengingati bahawa aku lahir ikut bulan Hijri iaitu 4 Rabiul Awal 1405H.

Aku nak kongsi sikit cara pengiraan untuk mengetahui bulan hijri. Kita kan orang Islam. Takkan tak tau kelahiran bulan Islam kita. Ilmu ni dah lama aku tak praktik. Jika ada kesilapan, tolong bagitau yea. Ini juga dari guruku. Cikgu Bahar atau En Bahar atau Dr Bahar sekarang.

Aku lahir 27 Nov 1984.

(a) Tahun lompat ..tiada baki.

(b) PH = 13 hari

     1.1. (a) Jumlah Hari  Masihi (JHM) = INT(no. bulat) [(thn-1) x 365.25] + bulan + hb - PH
                                                           =[(1984-1) x 365.25] + 305 +27 - 13
                                                           = 724290.75 + 319
                                                           = 724609.75
                                                           = 724610#

             (b) Hari (ᵡ) = RND FRAC  [(JHM /7) x 7]

                               = RND FRAC (724610/7) x 7
                               = RND (103515.7143) x7
                               = RND (0.7143) (ambil perpuluhan sahaja)x 7
                               = RND 5.0001
                               = RND 5
                               = 5 (hari rabu)#


             (c) Thn (y) = (JHM - 227016) / 354.3666
                              = 724610 - 227016) / 354.3666
                              = 497594 / 354.3666
                              = 1404.178611
                              = INT ( y + 1)
                              = 1404.178611 + 1
                              = 1405.178611
                              = 1405#


            (d) Jum Hari (JH) = RND [FRAC (y) x 354.3666]
                                        = RND (0.178611 x 354.3666)
                                        = RND ( 63.29377279)
                                        = 63 - 59 (Rabiulawal)
                                        = 4 Rabiulawal# 


Oleh itu aku lahir pada hari rabu bersamaan 4 Rabiulawal 1405H. Selamat mencuba. Kat bawah ni aku bagi petunjuk. Jika ada penambahan tolong komen yea. Kongsi2 ilmu. Moga berkat dengan sambutan Maal Hijrah 1433 ni. Rindu nak mengira! hehehe....


*RND*
1 = Sabtu
2 = Ahad
3 = Isnin
4 = Selasa
5 = Rabu
6 = Khamis
7 = Jumaat


*Nama bulan = Bil Hari


Muharram     = 00
Safar             = 30
Rabiulawal     =59
Rabiulakhir    = 89
Jamadilawal   = 118
Jamadilakhir  = 148
Rejab            = 177
Syaaban        = 207
Ramadhan     = 236
Syawal          = 266
Zulkaedah     = 295
Zulhijjah        = 325



Sela abad Miladi berbanding jumlah hari yang digugurkan (PH)
Sela Abad Miladi
Jumlah PH
1 Mac 1800 hingga 28 Feb 1900
12 hari
1 Mac 1900 hingga 28 Feb 2100
13 hari
1 Mac 2100 hingga 28 Feb 2200
14 hari

Bilangan hari dari awal tahun bagi bulan Miladi
Nama Bulan
Bilangan Hari
Tahun Biasa
Tahun Lompat
Januari
00
00
Februari
31
31
Mac
59
60
April
90
91
Mei
120
121
Jun
151
152
Julai
181
182
Ogos
212
213
September
243
244
Oktober
273
274
November
304
305
Disember
334
335

SUMBER: Ilmu Falak Teori, Praktikal dan Hitungan. Baharrudin Zainal 2003. m/s 58

21 November 2011

Darah Muda Alaf 21.

Entri ini untuk ibu bapa dan penulis muda. Aku bukan penulis tetapi berminat menulis. Mencoretkan sesuatu untuk ingatanku dan pembaca sekalian.

Aku terbaca dari blog SINI berkaitan dengan 'novel lucah'. Bagi aku novel jenis ini bukan memberi kebaikan malah keburukan kepada peminat novel yang terdiri daripada remaja. Tidak mustahil anak zina adalah hasil dari minat novel genre jenis ini. Ikuti bicara penulis di bawah ini.

Saya ditanya satu soalan menarik, dan saya tertarik menjawabnya. Berkenaan novel-novel remaja yang mengandungi unsur lucah.

Atau sekarang lebih panas dikenali dengan nama ‘novel cabul’.

Baik. Tuan puan para penulis yang belum mengenali saya. Mari kita berkenalan terlebih dahulu :)

Nama saya Azzah. Saya adalah coach penulisan kreatif. Alhamdulillah, saya sudah menghasilkan tujuh buah buku (termasuk satu ebook), tiga manuskrip sedang disunting, tiga manuskrip sedang ditulis, dan saya menulis artikel bulanan untuk MajalahNiaga.com.

Mazhab penulisan saya ialah Teknik Surah Yusuf (TSY), yang digali daripada Surah Yusuf dalam Quran, tentunya. Teknik ini dikaji dan dikembangkan oleh Puan Ainon Mohd., yang diketahui sebagai pakar dalam bidang bahasa dan penulisan sejak berpuluh tahun lamanya.

Baik, di sini saya perkenalkan TSY secara ringkas.

Mengapa TSY menjadi pilihan saya?
  • Ayat ketiga dalam Surah Yusuf berbunyi, “Kami ceritakan kepadamu, seindah-indah kisah….”
  • Surah Yusuf adalah satu-satunya surah yang mengandungi kisah penuh seorang nabisebagai watak utama. Berbanding nabi-nabi lain, kisah mereka ada dalam surah itu dan surah ini – tidak dikumpulkan dalam satu surah tertentu sahaja.
  • Surah Yusuf diceritakan oleh Allah mengikut kronologi waktu yang tersusun – sejak Nabi Yusuf kecil sehingga dewasa.
  • Surah Yusuf diturunkan oleh Allah, jadi sudah tentu ia patuh syariah. Walaupun ada babak aksi negatif, iaitu Zulaikha menggoda Nabi Yusuf, ia tidak diceritakan dengan terperinci. Babak adik-beradik Nabi Yusuf menganiayai beliau juga tidak diceritakan dengan terperinci.
  • Surah Yusuf, walaupun hanya dalam satu surah sahaja, kisahnya lengkap dengan plot, sub-plot, konflik, watak protagonis dan antagonis dsb – melengkapi ciri-ciri sebuah novel.
Jadi, secara peribadinya, saya menerima dan berpegang kepada teknik menulis novel gaya Surah Yusuf kerana (1) surah ini diceritakan oleh Allah, Tuhan saya, (2) Allah kata ia kisah yang paling indah, dan saya amat percaya itu, dan (3) ia mengandungi panduan menulis yang lengkap. Terbaik! d(^_^)b

Bising-bising.

Tetapi, apa itu novel cabul?

Saya mendefinisikan novel cabul sebagai,
“Novel yang mengandungi aksi-aksi berunsur seks yang ditulis secara terperinci. Sama ada aksi permulaan ataupun semasa hubungan seks dilakukan.” – Azzah AR, 2011.
Novel ini tidak dilabel sebagai novel ‘panas’ di kulitnya, apatah lagi dalam promosinya. Berbeza dengan novel cabul tahun 90-an, di kulitnya sahaja sudah digambarkan kandungannya adalah cabul lagi lucah.

Mereka bertanya, “Novel begini sudah wujud sejak tahun 90-an. Mengapa sekarang baru digembar-gemburkan?”

Saya menjawab, “Novel cabul tahun 90-an tidak dijual di kedai-kedai buku utama. Hanya tersebar di kedai-kedai buku kecil, kedai majalah dan surat khabar. Jadi, novel cabul tahun 90-an tidak tersebar dengan meluas, tidak dijual beribu-ribu naskhah dan tidak dicetak ulang berpuluh kali.”

Mereka berkata, “Novel ini tidak menyalahi hukum agama kerana watak yang melakukan hubungan itu adalah watak suami isteri. Apa yang ditulis adalah realiti dalam hubungan suami isteri. Jadi, realiti tidak perlu diselindungkan daripada umum.”

Saya membalas dengan bertanya semula, “Siapa pembacanya?”

Saya belum mendapat jawapan mereka untuk soalan ini.

Tidak mengapalah, biar saya jawab sendiri.

“Pembacanya adalah remaja. Masih bersekolah, belum berkahwin. Tuan puan ibu bapa yang mempunyai anak remaja yang suka membaca novel. Apa perasaan tuan puan, apabila mendapati koleksi novel yang menimbun di bilik tidur anak-anak tuan puan itu, sebenarnya mengandungi aksi berunsur seks yang terperinci? Begitu terperinci sehinggakan tuan puan yang sudah berkahwin pun, turut terganggu ‘ketenteraman’ apabila membacanya. Saya tidak fikir itu adalah sesuatu yang menggembirakan.”

Baik.

Saya yakin tuan puan yang membaca blog saya ini, adalah ibu bapa yang menapis setiap halaman novel yang dibaca oleh anak-anak. Syabas saya ucapkan.

Mari kita berfikir lebih jauh ke hadapan. Ada kemungkinan, tuan puan akan berbesan dengan ibu bapa yang tidak menapis bahan bacaan anak mereka. Maaf, bukan tidak menapis. Sebenarnya mereka tidak tahu koleksi novel yang anak mereka miliki itu adalah novel cabul. Mereka tidak tahu pun berkenaan kewujudan novel ini. Tetapi anak-anak mereka tahu dan tidak mungkin memberitahu mereka berkenaannya.
Mahukah tuan puan bermenantukan penggemar novel cabul?

Juga, dalam Islam, aksi dalam kain – walaupun pelakunya suami isteri, dilarang dipertontonkan walaupun kepada anak sendiri di dalam rumah. Inikan pula di depan orang lain. Apatah lagi dipertontonkan dengan jelas dalam novel. Walaupun watak itu adalah rekaan, pembacanya tetap manusia yang ada nafsu.

Mereka menempelak, “Kamu CEMBURU kerana novel kamu tidak selaris novel kami – apatah lagi masuk carta buku best seller!”

Ha… yang ini saya jawab dengan ketawa.
(Sebentar, saya masih ketawa.)
Aduhai~ (senak perut).

Tidak mengapalah. Yang berkata begitu, adalah mereka yang tidak mengenali saya. Tidak pernah bertemu saya secara berdepan, jauh sekali melihat aktiviti harian saya dan sudah tentu tidak maklum berkenaan matlamat kehidupan saya yang paling unggul. Mereka juga bukan Facebook Friend saya. Jadi, saya maafkan sahajalah tuduhan itu.

(Menghabiskan sisa ketawa.)

Apapun, tuduhan ini memang sudah dijangka oleh saya dan rakan-rakan penulis yang sepayung dengan saya.
(Masih tersengih. Tarik nafas dalam-dalam, dan berdehem.)


Tanya mereka, "Bukan salah penulis semata-mata. Editor dan penerbit yang sepatutnya dipertanggungjawabkan dalam hal ini. Siapa suruh mereka menerbitkan novel begitu?"


Mereka berkata lagi, “Novel Bahasa Inggeris cabul juga, mengapa tidak dihalang jualannya?”
Tegas mereka, “Penulis hanya berkreatif. Terpulang kepada pembaca mahu menganggap apa. Pandai-pandailah mereka menapisnya.”
"Jawab saya,"Dik, mengapa dari tadi asyik meng-taichi-kan isu ini kepada orang lain pula?"
 Saya sambung sedikit lagi pengenalan diri. Saya berpengalaman sebagai jurulatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) pada tahun 2004 hingga 2007. PLKN memberi saya peluang berkenalan rapat dengan beribu remaja berusia 18 tahun dari pelbagai latar kehidupan. Daripada pelatih yang bijak pandai (keputusan SPM berpuluh A), pelatih sederhana (keputusan SPM biasa-biasa) sehingga pelatih yang langsung tidak pernah bersekolah, rosak akhlak, kehidupan yang hancur dsb.

Selepas PLKN, saya menjalankan training sendiri ke seluruh negara. Maka lebih ramailah remaja dari pelbagai latar yang saya kenali.

Mohon izin saya berpesan kepada tuan puan para ibu bapa yang mempunyai anak remaja yang suka membaca novel.

Pengalaman saya selama dalam bidang kejurulatihan, saya hanya kenal para remaja yang rosak akhlak terdiri daripada remaja yang tidak bersekolah, ponteng sekolah, buta huruf dan jauh sekali kaki buku. Tidak ada mat rempit, penagih dadah, GRO dan bohsia yang suka baca buku.

Melihat kebanjiran novel cabul sekarang, remaja kaki buku pula yang sedang dirosakkan perlahan-lahan.
Timbunan novel cabul memenuhi rak buku mereka di rumah. Ibu bapa tidak mengesyaki apa-apa kerana seronok melihat anak-anak mereka rajin membaca, daripada berpeleseran di luar.

Namun, novel apa yang mereka baca?

Mohon tuan puan, para ibu bapa yang mahu anak-anak melangkah bersama-sama ke syurga kelak. Mohon semak dan tapis bahan bacaan anak-anak tuan puan. Walaupun tuan puan beri mereka wang supaya mereka bebas memilih sendiri buku yang mereka suka, mohon tetaplah ditapis terlebih dahulu. Sungguh saya bimbang berkenaan ini. Walaupun ada babak cabul itu ditulis seperti teaser sahaja, tetap ia dapat mendatangkan rasa ‘tidak tenteram’ kepada pembaca, apatah lagi yang longgar imannya.

Baru-baru ini, seorang rakan penulis prolifik lagi best seller berkongsi satu penyataan yang didengarinya daripada seorang ‘romeo’.

Lebih kurang begini kata ‘romeo’ itu, “Kalau mahu kenal perempuan yang mudah dibawa ke sana ke mari, tengok novel apa yang dibacanya.”
Tuan puan, pengakuan romeo ini sungguh mengerikan saya.

Mohon izin saya berpesan kepada tuan puan rakan penulis yang sama-sama ingin disayang Tuhan dan manusia.

Berdasarkan larangan Allah supaya jangan menghampiri zina.

“Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat.” [Surah al-Israa', ayat 32]

Perkataan ‘jangan’ dalam ayat ini membawa perintah larangan. Perintah larangan yang dilanggar, akan menjadi dosa.

Menghampiri sahaja sudah dilarang, apatah lagi merangsang orang menghampirinya. Aksi panas terperinci yang menjadikan novel cabul layak digelar cabul. Kalau satu pasangan berzina, apabila mereka bertaubat, Allah terus ampunkan mereka. Kalau penulis yang merangsang orang berzina melalui buku, kemudian buku itu dicetak ulang berpuluh kali, yang tidak membeli, meminjam bagi membacanya. Sehingga selepas penulisnya meninggal dunia pun ia masih dibaca beribu orang, masih merangsang nafsu beribu orang, masih menghasilkan beribu penzina… mampukah penulis pergi meminta maaf kepada setiap seorang pembaca novel cabulnya itu? Nauzubillahi min zalik.

Sebagaimana konsep dakwah melalui buku adalah antara ‘ilmu yang ditinggalkan selepas mati’, serupalah dengan merangsang pembaca melakukan zina melalui buku dan kesannya selepas penulis mati. Kita sudah di dalam kubur, sedang sibuk menepis soalan maut daripada malaikat, di atas dunia orang masih berzina kerana terangsang selepas membaca buku kita yang masih terjual di pasaran.

Di akhirat kelak, jika ada seorang perempuan didakwa kerana menggugurkan anak luar nikah, kemudian mata perempuan itu berkata kepada Allah, “Tuan saya ini melakukan zina kerana terangsang selepas membaca apa yang si penulis ABC tulis dalam buku XYZ.” Aduhai… mohon Allah jauhkan!

Tuan puan, dalam Quran, surah al-Qalam ayat pertama,

“Nuun. Demi pen dan apa yang mereka tulis.”
*’Qalam’ dalam bahasa Melayu bermaksud ‘pen’.

Allah bersumpah demi pen dan penulisan. Penulisan adalah bidang yang kita, para penulis, ceburi. Allah siap menyediakan sebaris ayat dalam Quran yang merujuk bidang kita ini, sebagai panduan dan peringatan. Betapa mulia sebenarnya kerjaya penulis yang kita sedang lakukan ini, sehingga Dia menamakan satu surah khas dengan nama ‘pen’. Dia mengangkat kerjaya kita dalam Quran – kitab yang paling agung lagi mulia.

Subhanallah!

Demi pen dan apa yang kita tulis. Kita bertanggungjawab sepenuhnya terhadap setiap apa yang kita tulis. Di akhirat kelak, kita tidak akan ditanya di tangga ke berapa novel kita berada dalam carta best seller kedai-kedai buku gergasi. Kita tidak akan ditanya sudah berapa puluh kali novel kita dicetak ulang. Kita tidak akan ditanya berapa jumlah royalti yang kita perolehi. Kita hanya akan ditanya, apa yang kita tulis dalam novel kita sehingga merangsang pembaca menjadi begitu dan begini. Tanggungjawab kita terhadap kesan yang dialami oleh para pembaca novel kita. Lebih menakutkan, pada waktu itu mulut kita terkunci – langsung tidak dapat memberitahu Allah setiap jawapan yang sudah kita rancangkan. Sebaliknya anggota tubuh yang terlibat dalam proses kita menulis yang akan menjadi jurucakap dengan jujur dan telus.

Dan kematian kita sudah semakin hampir. Mungkin esok atau lusa. Pengadilan di Mahsyar juga sudah tidak lama sahaja lagi.

Bersediakah kita?

Bekalan bagaimana yang akan kita persembahkan kepada-Nya?

Saya yakin, tuan puan yang membaca entri saya ini adalah orang yang bersama-sama mahu memelihara industri buku karya penulis muslim Melayu dengan menghasilkan karya-karya baik lagi patuh syariah. Karya-karya yang dapat membantu membangunkan dunia baru Islam dengan cara santai dan ceria lagi bermanfaat; tanpa perlu melucah, dan juga tanpa perlu berdakwah keras. Karya-karya yang menjadikan umat Islam pintar cemerlang dunia akhirat.

Allah melihat, malaikat mencatat.

Didoakan Allah mengampunkan dosa dan keterlanjuran kita dalam menulis.

Didoakan semua yang membaca entri ini, akan menjadi penulis yang disayang Allah.

Didoakan para pembaca di luar sana dalam keadaan sejahtera disebabkan membaca karya kita yang membanggakan Rasulullah.

Amin.

Azzah AR

http://azzahrahman.com


SUMBER : Azzah AR

18 November 2011

Selamat bercuti 2011.

Jumaat. Sayyidul Ayyam.



Ini la hari terakhirku di sekolah. Semua penat lelah tolak tepi dulu.

Pagi esok...bermula 'jaulahsufi'.

Sebelum ini aku bertolak waktu malam. Tapi kali ini aku bertolak sebelum subuh atau selepas subuh. Perjalanan 7 / 8 jam memang memenatkan. Moga Allah permudahkan segala urusanku.

SELAMAT BERCUTI & SELAMAT BERTUGAS DI TEMPAT BARU. (utk kwn2 & guruku)

Moga anda semua dapat manfaatkan masa bersama keluarga tercinta. Tanpa keluarga siapalah kita. Merekalah anugerah Allah kepada kita.

SELAMAT BERCUTI (utk semua yang bergelar pelajar)

Enjoy la andai ingin gagal. Enjoy la andai anda memang genius. Kerja rumah yang diberi, tolong siapkan. Ulangkaji semula pelajaran yang telah dipelajari. Cuba amalkan. Moga hatimu bersinar kembali yang 'roh ilmu'.

20hb November 2011.

Ibu bapaku akan pulang dari menunaikan haji.

Bestnyer dengar cerita dari orang balik buat haji. Kat sekolah aku ada seorang guru sudah selamat menunaikan haji. Seronok sangat dengar cerita beliau.

Tak sabar nak dengar cerita haji dari mak ayahku.

Apa kisah diorang kali ni yea =)

17 November 2011

UPSR 2011.

Tahniah buat adik-adik yang kecemerlangan dalam UPSR. Terengganu tetap unggul sebagai No.1...Harap dapat dikekalkan termasuk sahsiah pelajar.

Semua orang inginkan cemerlang akademik tapi jangan lupa sahsiah dan akhlak tetap menjadi keutamaan. Berapa ramai yang belajar tinggi tapi ibu bapa dibiarkan di 'rumah orang tua'. Harap semua ini tidak akan terjadi.

Guru sekolah rendah mesti sibuk hari ni kan. Keputusan 'cemerlang' dari pelajar menjadi kebanggaan mereka. Aku, guru sekolah menengah akan menerima kemasukan pelajar-pelajar ini tahun depan. Insya Allah ^_^

Hari ni dengar ceramah 'Transformasi Pendidikan'. Sempat lagi aku terlelap. Entah apa yang dibebelkan.

"Dia tak tau ke kita tengah sibuk kat sekolah...,"

"ermm...ni mesti nak basuh kepala aku ni,"

"Senangnya dia nak guna-gunakan cikgu-cikgu kan,"

Terdengar suara dibelakangku.

Ada juga yang bercerita tentang percutian, pengalaman naik flight...macam-macam suara. Tiada orang nak layan ceramah 'barain wash' ni. Tiada soalan yang diajukan tadi. Semua orang nak balik cepat. Masing-masing dah tengok jam di tangan. Aku pun tak terkecuali...

Bayangkan...di sekolah buat kerja-kerja. Lepas tu berkejar ke tempat 'penyerlahan gagasan 1 Malaysia'. Nama aku ada dalam senarai. Pergi je la tapi hati tetap berat.

Macam-macam orang buat untuk hadapi pilihan raya kan...Bila pilihan raya ni? nanti tukar pulok gagasan...

'wawasan 2020'

'Islam Hadhari'

'1 Malaysia'

...lepas ni apa lagi? kami yang jadi mangsa. Kena ikut sempena gagasan mereka.

Dunia...dunia...memang tak pernah puas. Apa nak jadi...

15 November 2011

Tayar.

Balik kampung sempena Aidil Adha terasa 'kecut'. Pemanduan laju dengan tayar yang hampir tiada bunga. Takut hilang kawalan. Nauzubillah...

Dalam perjalanan yang jauh ini banyak kemungkinan akan berlaku. Moga perjalananku akan datang dipermudahkan. Selamat pergi dan balik.

Hari ini ada majlis anugerah kecemerlangan pelajar. Adakah anda rasa, anda cemerlang? (untuk pelajarku)

Jika sekolah berprestasi tinggi...kecemerlangan mereka adalah full A. 'A' mereka bukan cukup makan, bahkan mereka mendapat markah 90 ke atas. Adakah salah kami guru-guru?

Terima kak siah. Akak dah melatih pelajar2 untuk persembahan tadi cukup baik. Jazakallah!

Tadi pergi kedai tayar. Daripada promote dari kawan-kawan dan servey kat internet, aku buat keputusan ambil jenama Michelin 2211 & 2111 (minggu 21 tahun 2011). Sepasang diorang bagi RM400. Ni Michelin XM2. Terbaru punya.

'gambar yang sempat aku snap'

Ada juga tuan kedai promote sport rim. Tapi aku bukan minat sangat bab 'touch up' kereta. Boleh berjalan baik dah kira syukur alhamdulillah.

Dalam 30 minit dah siap dengan alligment (F.O.C). Bab tayar aku tak tau sangat la. Korang boleh tengok kat SINI.

Nak tau lama atau baru di SINI

Kira ok la lepas test drive tadi. Harap2 leh jimat skit minyak dengan perjalanan jauh ni.

11 November 2011

Koran by Heart



Perlukan kecekalan untuk tengok dokumentari ini.

Dokumentari ini mengisahkan tentang tiga orang penghafaz al-Quran cilik yang berumur 10 tahun.

1. Nabiullah berasal dari Tajikistan.

2. Rifdah berasal dari Maldives.

3. Djamil dari Senegal.

Mereka bertiga tidak memahami bahasa Arab tetapi ingatan tentang bacaan Al-Quran memang menakjubkan. Inilah mukjizat Al-Quran. Alangkah indahnya mereka mampu memahami ayat al-Quran yang dibacanya dengan penuh penghayatan.

Nabiullah semasa membaca Al-Quran semasa pertandingan...seorang hakim mengalirkan air mata. Subhanallah!

Rifdah pula sentiasa mendapat 100% markah dalam peperiksaan Sains dan Matematik.

Djamil mendapat markah terendah. Mungkin kerana dia tak dapat hubungi keluarga semasa berada di Mesir untuk menghadiri pertandingan yang melibatkan 110 negara ini.

Saksikan sendiri keajaiban Al-Quran melalui bacaan mereka ini.

10 November 2011

Adik.

Adik,
Dirimu umpama sinar hidup bagiku,
Kaulah gambaran silamku,
Semasa diriku sebaya denganmu,
Meniti hari melihat dunia.

Adik,
Tidak tergambar kasih sayangku padamu,
Tidak dapat diungkapkan dengan kata-kataku,
Tidak dapat kau bayangkan,
Kerna itu kurnian Allah kepadaku.

Adik,
Waspadalah dengan permainan dunia,
Waspadalah dengan musuh-musuh Islam.
Mereka akan terus mencari kelemahan kita,
Mereka terus mencuba menjatuhkan kita.

Adik,
Kalau kita kejar dunia,
Dunia akan lari,
Jika kita kejar akhirat,
Kedua-duanya kita akan dapat.

Adik,
Berusahalah mengejar akhirat,
Supaya kita tidak gilakan dunia,
Berusahalah menggali ilmu,
Kita dapat menganal Tuhan.

Adik,
Cintakan Allah,
Kita tidak akan sia-sia,
Bila kita cintakan manusia,
Manusia akan mati,
Cinta Allah itulah yang kekal abadi.

Ketahuilah adikku,
Ada dua golongan yang akan tamak,
Penuntut ilmu dan orang kaya,
Jadilah penuntut ilmu yang tamak,
Semakin hari, semakin banyak yang tidak diketahui,
Jangan jadi orang kaya yang tamak,
Kerna semakin hari, semakin kedekut.

Salam Perjuangan Adikku!


p/s: Aku sempat membaca catatanku semasa di perantauan tahun 2007. Jadi aku 'post'kan entri ini untuk tatapan pembaca. Aku dah edit...ini lah hasilnya dari insan yang masih merangkak mencoretkan idea di sini.

08 November 2011

Cintai Ilmu.

"Kau tak sama dengan diorang. Kau cepat sedar," ujar seorang kawanku.

"Yup...tapi mereka boleh masih boleh berubah," jawabku.

Aku bukanlah seorang yang pintar. Aku bukannya seorang yang cepat memahami sesuatu pelajaran. Aku juga seorang yang tidak suka dipaksa ke sekolah. Aku seperti kanak-kanak yang lain. Inginkan keseronokan. Tidak peduli dengan sekolah. Tidak kisah dengan buku-buku yang bertimbun dihadapanku. Tidak kisah mendengar bebelan ibuku.

"Mak dulu...nak pergi sekolah kena kerja tolong orang kat sawah. Dapat seposen dah gembira sangat. Sebab esok dapat pergi sekolah," terdengar cerita ibuku tentang kisah kesusahannya dahulu.

"Tokki (gelaran bagi datuk) tak bagi pergi sekolah sebab katanya perempuan akan duduk di dapur juga nanti," aku setia mendengar cerita ibuku.

"Mak pergi sekolah...nak beli buku tak boleh. Dulu buku teks kena beli sendiri. Mak pinjam dengan kawan. Waktu malam, mak baca guna pelita. Mak kena baca sampai habis sebab esok atau lusa nak kena hantar,"aku sedikit teruja dengan kegigihan ibuku untuk mendapat sesuatu ilmu.

"Balik dari sekolah mak kena tolong moyang kau buat kueh. Tolong jual. Baru dapat upah untuk pergi sekolah ke esokan hari. Kalau tak dapat upah tak boleh  bayar tambah bas dan motor bot," cerita itu terkesan kepadaku hingga kini.

Walaupun aku sudah bekerja, kecintaan kepada ilmu masih ada. Aku masih bergelumang dengan buku-buku yang kaku di perpustakaan. Tugas sebagai guru perpustakaan membuatkan aku berpeluang membaca dan mengenali buku yang menarik atau tidak. Buku ilmiah atau fiksyen. Penulis buku juga aku dapat kenali menerusi gaya penulisannya. Ada yang berfakta. Ada yang berbentuk santai sambil bercerita. Semuanya ada kelebihan tersendiri.

Bila aku membaca, terasa banyak sangat ilmu yang tidak aku ketahui. Terasa aku perlu mencari lagi. Lagi dan lagi. Jika aku tidak faham, aku akan tanya kepada orang yang ahlinya. Kerdilnya diri ini. Luasnya ilmu Allah. Kenapa sejak dahulu aku tidak berusaha mencarinya?

Semasa berada di alam persekolahan. Aku pernah bersekolah di SMK. Selepas ayah bersusah payah berusaha supaya aku masuk ke sekolah agama...akhirnya aku dapat menempatkan diri di kelas pertama di sekolah agama itu. Aku begitu takut. Takut dengan pelajar pintar di kelas itu. Terasa diri ini yang paling bodoh dalam kelas itu.

Aku berusaha untuk kekal di kelas itu. Malangnya aku turun ke kelas ke-3 dari sembilan kelas. Untuk tahun ke seterusnya, aku berusaha lagi. Aku dapat meloloskan diri masuk ke kelas ke-2 dari sembilan kelas. Di tingkatan 4 aku tetap berada di kelas sastera ikhtisas penambahan subjek adalah addmath hingga tingkatan 5.

"Dalam ramai-ramai pelajar sekolah agama, berapa orang yang masih mengambil aliran agama selepas tingkatan 3. Dalam ramai-ramai pelajar dari aliran agama, mengambil bidang agama selepas SPM...,"antara nasihat ibuku bila aku bercadang keluar dari bidang agama.

"Mak dan ayah tak mampu ajar kamu. Cukup kami hantar dan juruskan anak-anak ke bidang agama. Kalau tak mampu beri untuk orang lain...sekurang-kurangnya mampu buat untuk diri sendiri,"

Alhamdulillah...kami masih mencintai ilmu agama.

Sekarang sudah ada adik-adik yang menjadi hafiz dan hafizah walaupun aku tidak termasuk dikalangan mereka. Moga mereka mampu menjaga Al-Quran dengan baik.


Gambar: pelajar kita tidak datang ke sekolah kerana ponteng tetapi bagi anak Palestin ini, mereka tidak hadir kerana syahid. Subhanallah! Palestine will be free!

04 November 2011

Balik Kampung.

Malam ni aku bertolak balik ke kampung. Raya kali ni aku beraya bersama adik beradik. Mak ayah aku dan bertolak ke Arafah untuk wukuf.

Moga semua urusan jemaah haji dipermudahkan dan mendapat kesihatan yang baik serta mendapat haji yang mabrur. Bukan haji 'Marboro' yea.hehehe

Harap-harap pertengahan jalan nanti jalan ok. Tiada jalan ditutup. I'Allahhh =)

Di kesempatan ini...

Aku nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA...



Jangan lupa puasa di hari Arafah...Esok bersamaan 9 Zulhijjah 1432H.

Anda buat korban ke tahun ni?


02 November 2011

Khalid Al-Walid Minum Racun.

Bila namanya disebut, gentar hati musuh. Seorang sahabat Rasulullah yang berjaya memimpin pasukan tentera mengalahkan tentera Parsi dan Rom. Gelaran Pedang Allah / Saifullah tidak membuatkan dirinya sombong. Bahkan beliau mengharapkan keredhaan Allah. Berperang kerana Allah bukan kerana arahan khalifah.

Beliau mendambakan mati syahid tetapi akhirnya beliau menemui Allah di atas katil. Semua ini ketentuan Allah. Hanya Allah yang mengetahui tempat dan waktu ajal kita.

Pernah suatu ketika, Khalid bin Al-Walid memerintahkan tenteranya mengepung benteng-benteng ini. Namun begitu, terdapat juga anggota tenteranya yang tidak sabar mahu menyerbu masuk bagi menamatkan pengepungan itu. Bagi mereka, penantian itu suatu penyeksaan.

"Tentera kita sudah berpengalaman menembusi benteng seperti ini. Mereka hanya menunggu perintah daripada panglima bagi membuat serbuan," kata Yazid.

"Mereka yang berlindung di sebalik benteng itu kebanyakannya terdiri daripada wanita yang suaminya dibunuh dalam peperangan dan kanak-kanak yang kehilangan bapa. Tentera yang mempertahankan benteng itu kurang hebat kerana pahlawan yang terbaik sudah kita bunuh," jelas Khalid bin Al-Walid.

"Cukup sekadar serang dari luar sahaja. Saya yakin tidak lama lagi mereka pasti kalah," sambung Khalid lagi.

Beliau mahu tentera Islam sabar. Kejayaan pasti menjadi milik mereka, cuma kesabaran itu perlu disemai supaya tidak berlaku pertumpahan darah yang banyak, terutama sekali di kalangan wanita dan kanak-kanak. Mereka tidak patut diperangi tetapi perlu dibantu.

Tentera Islam mematuhi arahan itu. Mereka menghujani benteng itu dengan anak panah, api dan batu yang dilontar dengan menggunakan pelantik. Ramai musuh yang terbunuh dan cedera akibat serangan itu. Ada juga sebahagian benteng yang mula pecah akibat hentaman batu yang dilemparkan oleh tentera Islam.

"Musuh yang mempertahankan benteng Benbaqilla mengibarkan bendera putih. Mereka mahu menyerah kalah," kata Muthana bin Harith kepada Khalid bin al-Walid.

"Suruh mereka buka pintu bentang dan berjalan keluar tanpa memegang senjata. Pastikan itu bukan muslihat peperangan," Khalid bin Al-Walid mengingatkan Muthana.

Dalam peperangan apa asahaja boleh berlaku. Mereka perlu bijak dan berwaspada selalu. Tidak lama kemudian, pintu benteng itu dibuka. Mereka yang berkubu di salamnya keluar sambil mengibarkan bendera putih dan mengangkat tangan tanda menyerah kalah. Khalid menyuruh ketua mereka datang menghadap.

"Siapa nama saudara?" tanya Khalid. dia bertanya dengan penuh hormat walaupun dalam ketegasan.

"Nama saya Amru al-Masih, tetapi kaum saya memanggil dengan nama Ibnu Baqilah," jawabnya.

"Berapa tahun umur saudara?" tanya Khalid al-Walid lagi.

Dia tidak faham kenapa insan tua seperti itu boleh terlibat dalam perang. Jawatannya sebagai ketua mendatangkan pertanyaan di mindanya dan menimbulkan rasa hairan di hatinya. Matanya masih tertancap pada insan yang sedang berdiri di hadapannya.

"100 tahun," jawab Ibnu Baqillah.

Khalid tersentak sedikit tetapi dia pandai menyembunyikan rasa terkejutnya.

"Mengapa saudara dilantik menjadi ketua dalam umur begini?" Akhirnya terkeluar juga persoalan yang berlegar-legar di mindanya.

Ibnu Baqillah tersenyum mendengar pertanyaan itu. Memang dia sudah menjangkakan soalan itu pasti terbit dari bibir pahlawan yang digeruni ramai itu.

"Ini kerana saya lebih bijak daripada kaum saya,' jawabnya tanpa ada perasaan megah. Dalam hatinya, dia baru sahaja berniat mahu berdamai dengan tentera Islam.

"Mengapa saudara membuat benteng?" tanya Khalid.

"Saya mengurung orang bodoh supaya dibuka oleh mereka yang cerdik," Khalid tersenyum mendengar jawapan itu.

"Adakah saudara ingin menyerah diri atau berperang?" tanya ketua pahlawan Islam itu lagi.

"saya mahu menyerah diri," katanya dengan yakin.

"Mengapa perlu berperang sekiranya sudah tahu kemenangan pasti menyebelahi pihak musuh? Langkah paling bujak adalah berdamai," tambahnya lagi.

"Saudara mahu memeluk islam atau membayar jizyah?"

"Saya mahu membayar jizyah," jawab Ibnu Baqillah.

"Saudara boleh hidup dengan aman dan berpegang kepada agama asal," balas Khalid bin al-Walid lagi.

Tiba-tiba Khalid ternampak botol kecil trejatuh dari saku baju Ibnu Baqilah. Serentak dengan itu, dahinya berkerut sehingga keningnya hampir bercantum dua.

"Apa yang terkandung dalam botol itu?" tanya Khalid.

"Sejenis racun yang amat bisa. Sesiapa yang meminumya pasti mati serta merta," jawab Ibnu Baqilah.

"Mengapa saudara bawa racun ini?" tanya Khalid al-Walid. Dia benar-benar hairan.

"Sekiranya dipenjarakan, saya mahu minum racun ini kerana saya lebih rela mati daripada dipenjarakan. Sekiranya tindakan saya berunding dengan saudara tidak dipersetujui oleh kaum saya, saya lebih rela mati daripada hidup dibenci oleh kaum sendiri," Ibnu Baqilah memberitahu Khalid dengan jujur tanpa berselindung.

Khalid al-Walid mengambil racun itu lalu berkata dengan penuh yakin,"Racun ini tidak boleh membunuh orang selagi belum sampai ajalnya."

Baginya, seseorang itu tidak akan mati tanpa izin dari Allah.

"Racun itu amat berbisa. Sesiapa sahaja yang meminumya boleh mati serta merta," Ibnu Baqilah membantah kata-kata Khalid bin Al-Walid.

Beliau kelihatan yakin. Penutup botol dibuka. orang lain memandangnya dengan cemas.

"Jangan minum racun itu. Ia akan memudharatkan tuan," Yazib cuba menghalangnya.

"Lebih baik buang sahaj racun itu," kata Muthana.

Namun begitu Khalid tetap bertegas mahu meminumya.

"Saya mahu buktikan racun ini tidak memberi apa-apa kesan kepada diri saya dengan izin Allah," ujar Khalid.

Kemudian Khalid berdoa yang membawa maksud,

"Dengan nama Allah yang sebaik-baik nama, Tuhan penguasa bumi dan langit yang dengan namanya racun ini tidak mendatang mudharat."

Selepas membaca doa itu, Khalid mendekatkan botol beracun itu ke bibirnya.

"Jangan minum!" ada suara yang menjerit dnegan tindakannya.

Khalid terus meneguk racun itu dan menelannya.

Orang ramai terpegun. Masing-masing bingung dengan keberanian pahlawan Islam itu. Ibnu Baqilah adalah orang yang paling terkejut kerana Khalid mampu tersenyum dan berdiri selepas menelan racun itu.

"Mustahil tiada apa-apa berlaku selepas meminum racun itu," bisik hatinya.

Mulutnya melopong kerana kehairanan.

"Saya sudah beritahu saudara yang racun itu tidak boleh memudharat sesiapa dengan izin Allah," Khalid Al-Walid mengulangi kata-katanya.

Hebatnya keyakinan para sahabat. Mungkin kita tidak seyakin Khalid untuk bertindak sedemikian. Dengan tindakannya ini, ramai yang memeluk Islam. Subhanallah!

Khalid al-Walid juga seorang yang pandai mengatur strategi peperangan. Dalam peperangan melawan tentera Rom 240 000 tentera. Manakala tentera Islam seramai 40 000 orang sahaja. Jika dikira secara logik mustahil tentera Rom boleh kalah.

Antara rahsianya yang disebut oleh tentera Rom kepada Maharaja Hercules.

"Tuanku, tentera kita berperang dengan satu kaum yang berpuasa pada siang hari dan beraml ibadat pada waktu malam. Mereka berpegang teguh pada janji, saling berkasih sayang sesama mereka bagaikan saudara sendiri. Mereka sentiasa mengerjakan kebaikan dan tidak melakukan kemungkaran," katanya dengan jujur.

"Tentera kita pula suka minum arak, melakukan zina, selalu mungkir janji, suka berbuat jahat dan melakukan kezaliman. Disebabkan itulah kita kalah," tambahnya lagi walaupun suaranya ketakuta dihadapan maharajanya.

Bagi aku inilah kehebatan yang tolak bandingannya. 

Tapi cuba kita renung apa yang berlaku sekarang. Umat Islam kini tiada identiti yang ditunjukkan oleh pejuang Islam ini. Kelemahan kita menyebabkan kita dipijak-pijak oleh musuh Islam. Mereka hilang rasa takut. Malah mereka memutar belitkan fakta yang mengatakan Islam agama pengganas.

Jom baca kisah para sahabat. Moga menjadi pengajaran kepada kita semua yang masih lalai :'(

Renung-renungkan dan perbaiki diri. Sama-sama muhasabah diri.

SUMBER: Buku Novel sejarah Islam KHALID PEMBURU SYAHID. Oleh Abdul Latip Khalid.

Ya Ukhtana.

Di sana ku nampak saudara perempuanku,


× بحجابها يا إخوتي

dengan hijabnya, wahai saudara-saudaraku.


وأرى هناك أخيتي


Di sana ku nampak saudara perempuanku,


بحجابها يا إخوتي


dengan hijabnya, wahai saudara-saudaraku.


قولي لهم يا درتي: أبغي رضا الرحمن


Katakanlah kepada mereka wahai permataku: “Ku hanya mencari keredhaan Tuhan Yang Maha Merahmati.


إن الحجاب بشرعنا عتق من النيران


Sesungguhnya hijab yang menepati syariat kita adalah pembebas daripada api Neraka.”


يا أختنا! أنت العفيفة المصونة بالحجاب


Wahai saudariku! Engkaulah perempuan yang benar-benar menjaga kehormatan dan terpelihara dengan memakai hijab.


يا أختنا! فيك النزاهة والعفافة والثواب


Wahai saudariku! Pada dirimu (dengan memakai hijab) terdapat kesucian, penjagaan kehormatan dan pahala yang besar.


يا أختنا! هم ساخطون بغيهم مثل الكلاب


Wahai saudariku! (Lantaran kau memakai hijab), mereka marah kepadamu seperti anjing dengan sebab kesesatan mereka.


فالنار مثوى الظالمين لهم عقاب


Oleh itu, Neraka yang merupakan tempat tinggal orang-orang yang zalim akan menjadi balasan buruk mereka.


والله يكشف ظلمهم يوم الحساب


Allah pula akan membongkar kezaliman mereka pada Hari Perhitungan.


والجنة المأوى ويا حسن المآب


Syurga ialah tempat tinggal yang hakiki. Oh, alangkah indahnya tempat kembali itu.


يا أختنا! صبرا تذوب بسحره كل الصعاب


Wahai saudari! Sabarlah dengan sebenar-benar kesabaran yang dengan sihirnya semua kesusahan dan rintangan akan mencair.


يا أختنا! هذا نباح لا يؤثر في السحاب


Wahai saudari! (Tentangan mereka) ini hanyalah seumpama salakan anjing yang tidak akan meninggalkan apa-apa kesan pada awan.


يا أختنا! هذا عواء الحاقدين من الذئاب


Wahai saudari! (Tentangan mereka) ini hanyalah seumpama salakan serigala-serigala yang berdendam.


يا نفس كفي عن العصيان واكتسبي


Wahai diriku! Berhentilah daripada melakukan maksiat, dan lakukanlah bersungguh-sungguh,


فعلا جميلا لعل الله يرحمني


perbuatan yang baik, semoga Allah merahmatiku.







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...