31 Mac 2013

Rezeki.

Teringin nak menulis dalam blog ini. Tapi masa dan teknologi merumitkan penulisanku. Hah! beralasan. Harap-harap kawan-kawan tak bosan baca entri ini. Rasa nak gabung semua cerita. Apakan daya..idea ini sahaja yang terlintas di fikiran ;)

Esok aku akan kembali ke sekolah menjalani rutin harian dalam menjalankan tugas yang diamanahkan. Terasa berat. Semua itu akan aku tempuhi dengan pertolongan Allah. RedhaNya aku mampu berdiri di sini.

Semalam aku beranikan diri bertolak selepas Isya' dari rumah ke pantai barat ini. Berbekalkan keyakinan bahawa Allah yang menentukan segalanya, aku gagahkan diri untuk terus memandu membelah kepekatan waktu malam. Ish...tak pekat...sebab bulan masih menerangi bumi ini selepas berlaku fasa bulan purnama 15 Jamadil Awal 1434H. Semalam baru 18 Jamadil Awal. Bulan masih menjelma dalam bentuk yang sungguh indah :)

Apa yang berlaku dalam perjalanan?

Perkara ini belum terjadi kepadaku sepanjang memandu selama ini. Apabila memandu di LPT, aku suka follow kereta yang laju. Laju setakat mana yea? Cukup sekadar aku mengurangkan geseran angin. Kelajuan juga mesti stabil. Bukan laju sangat dan bukan perlahan sangat. Kalau kelajuan yang tidak statik, lebih baik aku pecut meninggalkan kereta itu. Mungkin ada tersalah faham dengan cara aku ini. Ada juga kereta lain yang mengikut keretaku dari belakang tapi tak lama.

Semalam kereta yang aku ikut masuk ke laluan perlahan dan aku masih di laluan laju. Jadi aku mendahului keretanya. Apa yang pelik, sejurus selepas aku memotong keretanya, kereta memberi satu isyarat yang tidak aku fahami. Lampu keretanya dinaikkan beberapa kali. Aku hanya memandang dari cermin sisi. Apa salah aku? Tak pasang lampukah? Tersilap masuk laluankah? Aku perlahankan kereta dan masuk ke laluan perlahan di sebelah kiri. Dia terus masuk ke laluan kanan dan terus memecut. Aik! apa sebenarnya isyarat itu? Aku terus menjauhi kereta itu mengikut gerak hati sahaja. Aku sangat berharap aku tidak bertembung lagi dengan tuan kereta ini.

Aku ternampak isyarat lampu seperti cotar yang bergerak. Aku perlahankan kenderaan. Dalam fikiranku, adakah mereka sedang memperbaiki jalan pada jam 2 pagi? Daripada dua jalan yang lurus kepada satu jalan yang bengkok. Sambil memandu, aku perhatikan kiri dan kanan jalan itu. Innalillah wainna ilaihirajiunnn! Kemalangan di highway yang tidak mempunyai lampu jalan. Gelap. Suluhan lampu keretaku yang menunjukkan satu kereta wira no plat SA **** remuk dibahagian pemandu. Yang menjaga jalan itu adalah pekerja PLUS 3 orang yang kelihatan. Dalam gelap aku tak tahu. huhuhu

Aku terus memandu dalam keadaan hway yang gelap bertemankan lampu kereta, aku nampak kelibat seseorang melambai seolah-olah isyarat perlahan atau awas! Dia lambai dalam gelap. Mana nampak. Yang pasti mataku tertangkap sebuah pajero dan beberapa orang sedang menukar tayar. Dalam gelap. Moga mereka selamat. Aku suka jalan diterangi lampu. Terfikir juga andai kereta tiba-tiba berhenti ditengah jalan dan kereta lain pecut laju. Apa yang akan berlaku. Pasanglah lampu! Duit tol PLUS banyak. Untung banyak tapi keselamatan kurang. Bila nak PRU 13 ni? hihihi

Jumpa polis buat roadblock. Semua kereta myvi diminta ke tepi. Aku dah letih dan mengantuk. Dalam hati mendoakan supaya aku dilepaskan. Keretaku terus bergerak perlahan dan 2 orang polis memberi isyarat berhenti. Di suluhnya mukaku dan memandang penemanku sedang tidur, beliau suruh aku teruskan perjalanan. Alhamdulillah. Allah mengetahui keadaanku dan membantuku.

Jam 5 pagi. Sampai ke destinasi. Mengantuk sangat tapi cuba menahan kantuk sehingga masuk waktu subuh. Tak berjaya. Alhamdulillah dapat menunaikan kewajipan dalam waktunya. Sambung tidur. Inilah aktivitiku selepas mengharungi pemanduan sekitar 7 atau 8 jam. Dari pantai timur ke pantai barat. Dah jadi rutin bila cuti sekolah. Rancangan awal untuk tidur di salah sebuah rumah abangku dibatalkan. Lain kali ye sebab kami memahami bahawa kami berjalan larut malam.

Siang hari sebelum bertolak. Aku dan adikku pergi ke hypermarket untuk membeli barang-barang merangkap menjamu mata. Telefon sony walkman hilang. Seluruh kereta digeledah. Tak jumpa. Masuk ke hypermarket tak jumpa. Beberapa kali aku menefon. Deringan masih kedengaran. Ini petanda bukan ada yang mencuri. Andai itu masih rezeki, pasti telefon itu dapat dikembalikan. Janji Allah pasti benar.

Pulang ke rumah. Menunaikan solat zohor. Doa. Aku cuba telefon. Akhirnya aku mesej.

"Assalamualaikum. Kepada sesiapa yang menjumpai telefon ini, tolong telefon atau mesej saya. Telefon ini kepunyaan adik. Saya pasti kejujuran tuan/puan akan dibalas dengan kebaikan dan kebahagiaan serta ketenangan oleh Allah. "

Aku cuba telefon. Ada suara perempuan. "Akak...Akak datang ke SABA***. Saya nak pulangkan telefon ini," suara tulus. Aku meminta masa 15 minit untuk sampai ke sana. Alhamdulillah. Telefon itu dapat kembali. Semoga kebaikannya akan dibalas Allah setimpal dengan kejujurannya dan keikhlasannya. Bila diberi hadiah oleh adikku, dia menolak dengan baik. "Saya tolong sahaja," baik budinya dan akhlaknya.

Tersenyum kembali tuan punya telefon.

'ini jenis telefon yang hilang dengan cover putih. siapa tak nak telefon ini?'hehehe

21 Mac 2013

Peperiksaan Awam 2012.

Alhamdulillah atas kurniaan Allah terhadap keluarga kami. Hari khamis 21 Mac 2013. Adikku, Maryam telah mendapat keputusan SPM 2012. 8A1B adalah keputusan dalam jangkaan. Kesimpulan dari peperiksaan awam 2012 adalah kurang satu.

Apa yang aku maksudkan? UPSR 4A1B, PMR 8A 1B dan SPM 8A 1B. Mereka semua adalah hafiz dan hafizah. Hasil menghafaz mukjizat Allah, semuanya menjadi mudah. Itu adalah matlamat ibu bapaku. Aku tak termasuklah. Sempat hafaz beberapa surah tertentu.

Doa mak ayah terus mengiringi perjalanan kehidupan adik beradik kami. Mereka tidak mengharapkan kami kerja mewah, cukuplah dapat mengaplikasikan 'agama' dalam kehidupan. Duit atau kemewahan tidak menjanjikan kebahagiaan. Itu bukan matlamat kami.

18 Mac 2013

Buat Salah, Tak Buat Salah.

Manusia sentiasa dalam keadaan serba salah jika tiada pendirian dan keyakinan. Keadaan di sekeliling membuatkan kita terikut-ikut dengan mereka. Oleh itu Allah turunkan wahyu kepada utusanNya melalui malaikat Jibril. Semua panduan telah diberikan. Apa panduan itu? Tentulah Al-Quran dan As-Sunnah. Andai kita tersasar, jadi kembalilah kepada Quran dan Sunnah. Allahu Akbar!

Seorang guru sama ada cikgu, teacher atau ustaz dan ustazah,  mereka tidak terlepas dari kesalahan. Sabarnya tidak lama. Marah tetap ada. Geram apatah lsgi. Bila dibiar terasa pelajar semakin melampau. Terlalu keras, pelajar terus jauh. Jadi apa piligan
 yang ada? Semuanya kerana sayang kepada pelajar. Takut pelajar jauh dari agama.

Ibu bapa selalu merasakan guru  ingin mendera anaknya. Kesalahan anak dibiarkan. Guru-guru dipersalahkan. Akhlak anak ditunding jari kepada guru yang digelar ustaz dan ustazh. Dimana ajaran mereka sejak didalam kandungan? Mereka lebih dekat drngan anak-anak. Guru di sekolah hanya memberi pendedahan ilmu untuk menghadspi dunia yang penuh dugaan. Guru terbaik adalah ibubapa.

Segala perbuata ibubapa akan diikuti. Andai di sekolah, mereka wajib solat. Adakah mereka juga solat di rumah. Ibu bapa yang memantau. Andai ibu bapa mereka juga tidak solat, apa lagi yang  boleh guru buat? Bak kata orang 'bapa borek anak rintik'. Anak adalah cerminan ibubapanya. Walaupun tidak sepenuhnya.

Melihat kepada perilaku ibubapa yang membela anak, ramai guru terkilan. Guru yang dulu dihormati, sekarang telah dicemuh. Semua kata guru dusta. Semua kata anak betul. Jadi lebih baik ajar anak di rumah.

Maaf andai coretan ini melukakan pembaca. Inilah realiti yang berlaku. Akhlak pelajar semakin merudum.

15 Mac 2013

Kisah Bani Israel.

Nabi Nuh

---- > Ham , Sam, Yufits dan Kusy

----> Nabi Ibrahim & Nabi Lut

----> Nabi Ishak - Anak Nabi Ibrahim

 ----> Nabi Ismail ( tiada nabi dari keturunannya kecuali Nabi Muhammad)-Anak Nabi Ibrahim dari Siti Sarah. Beliau diletakkan di tanah kering dan tiada penduduk. Dari hentakan kaki Ismail keluarnya air zam-zam kekal hingga sekarang.

-----> Nabi Yaakub (Anak Nabi Ishak)

----->Nabi Yusuf ( Bani Israel pindah ke Mesir) lkisahnya di SINI

-----> Nabi Musa , nabi Harun & Nabi Yusha' (Fir'aun berusaha membunuh  Bani Israel & Musa membawa keluar dari Mesir menuju ke Palestin)

 ----> Nabi Daud & Nabi Sulaiman (puncak kemegahan Bani Israel)

----->selepas kemangkatan dua raja mereka ini, mereka mulai melanggar hukum-hukum Taurat. Negeri mereka berpecah kepada dua iaitu Yahudi & Afraim

-----> Nabi Uzair ( Dianggap pembangkit Bani Israel kembali)

----->Nabi Isa

----->Nabi Muhammad SAW (keturunan dari Nabi Ismail)

Bani Israel bermaksud anak atau keturunan Nabi Yaakub. Beliau mempunyai 12 orang anak. Akibat perasaan cemburu dan tidak berpuas hati dengan layansn Nabi Yaakub terhadap Yusuf, mereka berpakat menghalau Yusuf. Perancangan mreka berjaya. Mereka meletaakan Yusuf ke dalam telaga dan dua orang musafir datang untuk mengambil air. Alangkah terkejutnya mereka kerana mendapati pada timba terdapat seorang budak yang elok rupa parasnya.

Setelah Yusuf menjawat jawatan sebagai Menteri Hasil Dalam Negeri Mesir, mereka bertemu Yusuf. Yusuf mengenali saudara-saudaranya. Manakala saudaranya tidak mengenalinya. Yusuf menjemput ibu bapanya datang ke Mesir. 12 saudara lelaki keturunan Yaakub pada awal kedatangannya ke Mesir, mereka dapat hidup dengan baik dan sederhana. Tetapi sesudah  Nabi Yaakub dan Nabi Yusuf meninggal dunia, penduduk Mesir membenci mereka. Semakin lama mereka dipandang membahayakan.

Mereka tidak dihalau melainkan mereka menjadi hamba. Mereka disuruh membuat kerja-kerja berat. Mereka ditindas dengan kejam. Antaranya kekejaman pada zaman Fir'aun. Anak-anak lelaki yang baru lahir diperintah bunuh. Nabi Musa terselamat bahkan tinggal dalam Istana Fir'aun. Anak perempuan dibiarkan hidup. Mereka menyangka Bani Israel akan musnah. Apabila perempuan ramai, mereka jadikan wanita-wanita ini sebagai isteri kedua atau hamba. Anak hasil dari hubungan ini akan menjadi bangsa Qibti sebagaimana Fir'aun.

Bani Israel hidup 400 tahun di Mesir. Mereka hidup dalam kehinaan.Allah mengingatkan mereka bahawa mereka bukan berada dalam kehidupan senang sahaja. 400 tahun mereka dalam keadaan hina. Sudah menjadi sunnatullah apabila sesuatu kaum berada dalam kehinaan, mereka akan bangkit kembali. Allah utuskan Nabi Musa dan dibantu oleh Harun. Rujuk  surah al-Qasas ayat 5.

Nabi Musa membawa mereka keluar dari bumi Mesir tetapi dihalang Fir'aun dan tenteranya. Laut terbentang dihadapan mereka. Allah bantu dengan membelah lautan dan membawa 12 suku kaum ini ke seberang. Allah menenggelamkan Fir'aun dan para tenteranya apabila mereka berada ditengah lautan. Di depan mata kepala mereka sendiri, mereka melihat Fir'aun dan para tenteranya mati kelemasan.

Apa yang patut lakukan atas pertolongan Allah itu? dari bangsa yang diperhambakan kepada bangsa merdeka? Bukankah patut kamu bersyukur selalu bila mengingatkan hal itu? dan tidak patut kamu menyombong, tinggi diri dan tidak patut kamu bersikap angkuh menerima kedatangan utusan Allah (para Nabi).

Allah membelah laut sebagai mukjizat di zaman Musa. Ini bukan kisah dogeng. Bahkan kejadian ini disaksikan oleh 600 ribu orang Bani Israel. Disaksikan oleh penduduk Mesir yang masih berbaki dari kaum Fir'aun dan menjadi kenangan bagi bangsa-bangsa yang berada sekeliling lautan Qulzum (laut merah). Ada yang mengatakan kejadian ini adalah kejadian semula jadi/ air pasang surut. Sehingga sekarang tidak pernah berlaku kekeringan dipertengahan lautan tersebut dan dapat dilalui sebagaimana Bani Israel zaman Nabi Musa menyeberangi lautan. Bukti ilmiah di SINI

Al-Baqarah ayat 51. Setelah mereka selamat menyeberangi lautan, Allah memanggil Nabi Musa beribadat di  lembah Thuwa atas bukit/ gunung Thursina. Selama 40 malam Musa berada di gunung Thursina ini, mereka diminta tunggu dengan sabar dibawah pimpinan Nabi Harun. Apa yang mereka buat sepanjang peninggalan Musa ini? Mereka mengumpul semua perhiasan para wanita dan dileburkan. Mereka membuat patung anak lembu. Mereka sembahnya dan mengatakan inilah Tuhan. Alangkah jahatnya mereka ini. Padahal mereka baru sahaja dibebaskan dari kehinaan di Mesir. Padahal Fir'aun menganggap dirinya Tuhan.

'anak lembu emas sudah tiada. Kesannya masih ada hingga sekarang'

Al-Baqarah ayat 52. Allah beri kemaafan kepada mereka walaupun mereka membuat kesalahan yang besar. Kemaafan ini bukan kerana mereka bangsa istimewa sebagaimana dakwaan mereka. Hal ini tidak lain hanyalah disebabkan kebodohan mereka. Hal ini berlaku sebelum Nabi Musa membawa hukum Taurat. Allah memberi kesempatan kepada mereka untuk memperbaiki diri.

Sepatutnya peringatan yang dibawa oleh Rasulullah menginsafkan mereka. Tetapi mereka sejak awal lagi, telah sombong, keras kepala, bodoh dan merasakan diri mereka istimewa.

Al-Baqarah ayat 53. Setelah 40 hari, Musa membawa Taurat /Al-Furqan (pemisah antara haq dan batil). Peraturan dan perundangan yang disyariatkan kepada mereka sampai disyariatkan puasa, korban dan sebagainya. Hal ini supaya memimpin dan petunjuk yang wajib mereka patuthi sebagaimana Al-Quran yang dipanggil Al-Furqan juga.

bersambung....

SUMBER: Tafsir Al-Azhar Juz 1.


12 Mac 2013

Perjuangan.

Rindu nak coret-coret di blog ini. Tiada idea sebab kurang membaca. Baca kemudian tinggal. Tak habis. Tak faham. Nak coret lagi tak boleh. Hampeh. Kosong. Ini akibat baca tak habis.



Macam-macam perkara berlaku diluar dugaan. Pencerobohan di Lahad Datu. Berita di tv banyak ulangan. Kadang seolah-olah ada udang di sebalik yang berlaku. Hakikatnya pembunuhan ini antara umat Islam. Perpecahan berlaku sebagaimana di Syria di bawah kekuasan Basyar Al-Asad.

Golongan bukan Islam. Golongan antu-Islam pasti gembira dengan apa yang berlaku sekarang. Islam dihina. Islam tidak mengambil Al-Quran dan Sunnah sebagai pegangan. Akhir zaman. Inikah yang sedang berlaku.
Semakin tua dunia, semakin cantik dan kacak manusia. Paling malang akhlak semakin terhakis. Nilai moral dan adab semakin hilang nilainya.

Semakin lama agama Islam dan bahasa yang menjurus kepada mengenal Allah dipandang sepu. Diketepikan. Tiada kepentingan. Tiada gunanya. Semua yang bersifat keduniaan diangkat tinggi. Melebihi martabat sebenar. Perit untuk dipertahankan.

Aku tak dapat bayangkan penderitaan penduduk Palestin. Mereka telah lama mempertahankan tanah yang mulia. Di situlah terletaknya Masjid Al-Aqsa yang terlindung disebalik Masjid Sakhra yang berkubah kuning. Setiap pejuang adalah hafiz Al-Quran. Kita dimana?

Aku terlalu fakir untuk persoalkan itu semua. Terpulang kepada diri masing-masing.
Takziah untuk pejuang-pejuang yang terkorban mempertahankan negara. Moga syahid di sisi Allah. Aminnn :)

06 Mac 2013

Nikmat Allah

Beribadatlah sehingga kita letih untuk melakukan kejahatan - Saidina Ali.

Syurga dipagari dengan kesusahan, manakala neraka dipagari oleh keseronokan - hadis

************


Rakan Sejawat Toksik

Ahlan...ahlan Ya Ramadan.  Alhamdulillah masih diberi peluang merasai hidup dalam Islam tetapi umat Islam Palestin masih bergelut dengan kes...