31 Ogos 2011

Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1432H & Selamat Hari Merdeka.

Waaaaah....

Lama tak balik kampung kan. Bila dah jumpa ramai saudara mara ni, rasa meriah je. Ada yang jumpa masa hari raya sahaja. Jumpa Tok2 sedara. Pak2 sedara. Mak2 sedara. Budak2 baru pun ramai. Tadah tangannnnnn!

Makanan menyelerakan. Semua disumbat dalam perut yang kecil ni. Akhirnya tadaaaa!

Hari kedua nak pi mana pula ni...

Kereta asyik kena kebas je. Jalan pun lebih kurang macam KL. Jem krengggg memanjanggg. Kaki pun jadi jem bila asyik tekan cluch je. Masa ni baru pikir nak tukar kereta autooo...

Balik dari solat Aid...dah ada tetamu tunggu kat rumah. Ramai nyerrr...Tangan pun tak cukup nak angkut gelas2 n pinggan. Makan nasi dagang dan air soya. Air soya ni susah nak ada hari raya nii. Alhamdulillah...Ada yang volumteer nak buat di pagi raya ni. Best222...

Sebelah petang sempat la pi jalan-jalan umah jiran dan rumah saudara mara. Kena paksa makan lagiiiiii...huhuhu....Bila makanan dihulurr, terpaksalah sambut makanan tu. Sumbat lagi....

Sampai kat rumah dah nak pengsan. hahaha...

Itu la penangan selepas berpuasa sebulan dan melantak sehari macam kebulur sangat. Hari ni sesiapa yang berpuasa beruntung laaa...Bukan senang nak lawan makanan depan mata ni. hehehe

Aku pulak sibuk cari soalan Bahasa Arab Percubaan PMR 2011 bagi negeri Terengganu tercinta ni. Susah sangat nak jumpa dalam internet ni. Tak de wakil nak upload ke?huhuhu

Assigment untuk induksi masih tak sentuh lagiii...Insya Allah ada masa lagiii. Bahan study pun aku tak bawa balik.



Buat Hakim di perantauannn,

Jangan sedih-sedih ingat kat keluarga kat Malaysia ni,

Jaga kesihatan perut tuuu,

Nanti balik Malaysia,

Boleh buat treatment kat sini pulak.

Tak sangka bakal doktor dapat ujian ni.

Nanti boleh jadi pakar surgery.

Kalau rindu...balik cepat sikit.hehehehe

~Salam Aidil Fitri dari kami sekeluarga~

26 Ogos 2011

Menanti Hari Raya.

Alhamdulillah...

Allah amat Pemurah kepada hamba2nya. Adakah kita mensyukuri nikmatnya.

Kembali ke kampung halaman dengan pelbagai kejutan. Walaupun aku pulang ke kampung lebih awal, tetap kerja menanti. Waaahh...tak sabar berkumpul bersama-sama adik beradik dan keluarga. Lama tak bersua muka. Masing-masing mempunyai komitmen.

Abang...Apa yang kau dah buat? Jangan libatkan aku dalam hal korang berdua. Aku hanya mendengar luahannya bukan bermakna aku tahu segala-galanya. Setiap yang aku dengar tidak semestinya aku percaya 100%. Dalam semua keadaan, aku akan tetap berhati-hati.

Moga pintu hidayah korang masih terbuka dalam fatrah bulan ramadhan terakhir ini. Bukan senang untuk mendapat kelebihan melalui bulan ramadhan ini. Adakah tahun depan kita masih sempat berjumpa? Siapa boleh jamin dia akan dapat berjumpa dengan Ramadhan akan datang???Hanya Allah yang tahu...

Allah yang memberi cuti rehat kepadaku. Bukan manusia...Aku redha dengan ketentuannya.

Siapa yang lebih tinggi kuasanya selain daripada Allah? Moga keinsafan menjadikan kita lebih tabah menghadapi liku-liku dan onak duri dalam perjalanan ke destinasi pilihan kita.

Ramadhan berbaki 3 hari lagi. Tapi ramai yang masih alpa dengan perayaan Aidil Fitri. Aku suka dengan suasana bumi arab, Mesir. Walaupun sudah 4 tahun aku meninggalkan bumi itu, kenangan tetap kemas dalam lipatan memori. Ada yang mengatakan ini hasil meminum air sungai Nil. Yang pasti sambutan Ramadhan lebih meriah berbanding sambutan Aidil Fitri. Masing merebut 10 malam terakhir. Menangis dalam doa qunut. Aku tenggelam sama dalam suasana syahdu itu.

Adakah aku masih berpeluang ke sana?

Ini aku nak kongsi suasana berterawih di Iskandariah, Mesir.

23 Ogos 2011

Ya Ukhta Harunnn...

Minggu ni semangat mengajarku sudah kurang. Kenapa yea??? Asal nak balik kampung awal tak jadi kerana aku kena hadiri taklimat kursus induksi. Orang lain dah boleh balik kampung tapi aku kena 'study' untuk buat assigment.huhuhu

Keluarga dah tanya bila nak balik...Kawan-kawan dah tulis status di fb yang mengira saat balik kampung. Lagu raya dan balik kampung dah berkumandang. Tiada dibincangkan kelebihan 10 malam terakhir. Yang ada bincang nak buat kueh raya, biskut raya, baju raya, langsir baru dan bla-bla lagi.

Dah lama tak balik kampung ni. Macam duduk diperantauan sahaja. Bukan aku tak pernah rasa tak balik kampung dan beraya diperantauan. Hampir 3tahun aku tak balik kampung dan beraya diperantauan. Itu semasa belajar. Nak balik pun guna kos yang tinggi.

Disebabkan hatiku tidak tenteram, aku membelek tafsir al-Quran yang ditulis oleh Pak HAMKA. Bukan si HAMKA si kereta mayat yea.hehehe...

يَا أُخْتَ هَارُونَ مَا كَانَ أَبُوكِ امْرَأَ سَوْءٍ وَمَا كَانَتْ أُمُّكِ بَغِيًّا [١٩:٢٨]
" Wahai saudara perempuan Harun, bapamu bukanlah seorang yang buruk akhlaknya, dan ibumu pula bukanlah seorang perempuan jahat!" 

Kisah Maryam dalam surah Maryam. Dari dulu aku terfikir tentang ayat al-Quran yang menyebut "Ya Ukhta Harun" kepada Ibu Nabi Isa alaihissalamm...Jika dilihat jarak hidup Nabi Harun saudara Nabi Musa dengan zaman Maryam dan Nabi Isa adalah jauh. Mustahil Maryam adalah saudara kepada Nabi Harun kan...

Ini diceritaka oleh sahabat Nabi Mughirah bin syu'bah. Orang yang beragama apa pun di dunia ini suka menamakan nama-nama Nabi kepada anak mereka. Supaya anak mereka menjadi seorang yang soleh di mata mereka. penyejuk mata senang cerita.

Menurut penafsiran daripada Qatadah...ada seorang abid yang hidup sezaman dengan Maryam. Beliau mengorbankan diri dengan mengabdikan diri di rumah Allah. Namanya adalah Harun. Disebabkan Maryam juga dinazarkan oleh ibunya supaya anak perempuannya mengabdikan diri kepada Allah seperti mana yang dilakukan oleh Harun. jadi dia dipanggil saudara Harunn.

Jadi persoalan aku selama ini sudah terjawab sedikit. Alhamdulillah....

Kemudian perkataan 'Baghiyya' bermaksud perempuan jahat. Menurut Pak HAMKA, 'Baghiyya' ini adalah perempuan yang menjual kehormatan diri. Dan ini menegaskan bahawa ibu kepada Maryam dan isteri kepada Imran adalah seorang perempuan yang soleh. Bukan perempuan yang menjual kehormatan diri dengan melacurkan diri.


Ini adalah ujian besar Maryam dalam mempertahankan kesuciannya apabila dia membawa balik zuriatnya, Isa Ibnu Maryam. Di kepala kaumnya mesti bertanya tentang siapa bapa budak ini dan sebagainya. Sebab itu, Siti Maryam ini bernazar todak akan bercakap dengan mereka sambil menunjukkan kepada Isa. Akhirnya dengan kuasa Allah, Isa boleh bercakap walaupun masih bayiii.

***3 bayi yang boleh bercakap ketika masih dalam buaian (kecil).

  1. Anak kepada penzina yang menuduh Juraij adalah bapa kepada bayi itu. bayi ini membersihkan nama Juraij dan mengatakan pengembala kambing yang meniduri ibunya sehingga dia dia dilahirkan.
  2. Bayi dalam dukungan ibunya semasa ibunya ragu-ragu untuk terjun ke dalam api. Kisah Ashabul Ukhdud.
  3. Nabi Isa a.s sendiri yang membersihkan tuduhan ibunya, Maryam adalah perempuan suci.

Wallahu a'lammm...

Cukup lah setakat ini dulu perkongsianku atau notaku untuk hari ini.

Selamat berpuasa dan selamat meneruskan pencarian malam yang menyamai 1000 bulan. Moga semua permintaan dimakbulkan Allah ^_^

21 Ogos 2011

Hampir tamat...

Dalam 10 malam terakhir ini, banyak betul dugaan. Dugaan nak berhari raya. Super market dan hype market pun dah penuhhh dengan manusia. Mana besar bulan Ramadhan dengan bulan Syawal??? Dah la bulan Ramadhan dah pecah kepada tiga...

10 ramadhan pertama mendapat rahmat.

10 ramadhan ke-2 mendapat pengampunan.

10 malam terakhir mendapat pembebasan dari api neraka.

Bukan senang nak dapat offer macam ni.


Dalam 10 malam terakhir pulak ada lagi offer baik punya...
"Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al Qur'an) pada malam al-Qadar (kemuliaan). Dan tahukah kamu apakah malam al-Qadar itu? Malam al-Qadar itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar". (al-Qadr: 1-5)
Malam lailatul Qadar yang lebih baik dari seribu bulannn. Carilah dalam 10 malam terakhir ini. 1000 bulan ini dikira lebih kurang 83 tahun beribadah laaa. Jika difikir semula...Adakah kita sempat hidup sampai umur 83 tahun ni? Kita beribadah pun mula dalam umur 15 tahun ( kira umur baligh). Nisbah umur umat Muhammad ni dalam lingkungan 63 tahun je. Kalau lebih, kira bonus laaa. Kubur pun  asyik melambai2.hukhukhuk...

Yang aku hairan...

Kenapa la orang tua yang tutup aurat sempurna. Dalam telekung solat tu masih pakai stokin. Padahal dah labuh kainnya. Mereka inginkan kesempurnaan dalam solat. Adakah kita lupa...aurat dalam solat adalah sama dengan aurat luar solat???
وَقُل لِّلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا ۖ وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَىٰ جُيُوبِهِنَّ ۖ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا لِبُعُولَتِهِنَّ أَوْ آبَائِهِنَّ أَوْ آبَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ أَبْنَائِهِنَّ أَوْ أَبْنَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي أَخَوَاتِهِنَّ أَوْ نِسَائِهِنَّ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُنَّ أَوِ التَّابِعِينَ غَيْرِ أُولِي الْإِرْبَةِ مِنَ الرِّجَالِ أَوِ الطِّفْلِ الَّذِينَ لَمْ يَظْهَرُوا عَلَىٰ عَوْرَاتِ النِّسَاءِ ۖ وَلَا يَضْرِبْنَ بِأَرْجُلِهِنَّ لِيُعْلَمَ مَا يُخْفِينَ مِن زِينَتِهِنَّ ۚ وَتُوبُوا إِلَى اللَّهِ جَمِيعًا أَيُّهَ الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ [٢٤:٣١]
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.  (Surah An-Nur ayat 31)
Remaja atau perempuan muslimah...masih suka tayang body. Apa yang ada pada body mereka? Mata galak suka melihat sesuatu yang Allah suruh sembunyikan dengan menutup aurat. Bila 'mata' melihat..korang marahhh...kata 'mata' itu gatal. hahaha...Korang tunjuk tu kenapa???

Bulan puasa ini masih ada yang tidak melatih diri untuk menyempurnakan kewajipan yang telah ditetapkan. Adakah fesyen muslimah sekarang mengikut saranan Rasulullah???
يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ قُل لِّأَزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاءِ الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِن جَلَابِيبِهِنَّ ۚ ذَٰلِكَ أَدْنَىٰ أَن يُعْرَفْنَ فَلَا يُؤْذَيْنَ ۗ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَّحِيمًا [٣٣:٥٩]
Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Surah Al-Ahzab ayat 59) 

Aurat perempuan paling banyak perlu ditutup. Bukan untuk mengongkong. Tapi untuk kemaslahatan. Untuk keselamatan. Untuk menjaga nafsu lelaki yang di sebut dalam al-Quran.".. Hubbu Syahwatu mina nnissa'..."

Berubah la kerana Allah.

Bukan kerana dipaksa atau ikut arahan 'seseorang'. Mereka bukan pencipta kita. Tapi Allah yang Maha Mengetahui apa yang diciptakannya. Bukan pakaian melambangkan kebaikan seseorang...tetapi ketakwaan kepada Allah. Jika disebut takwa mesti takutkan Allah. Ikut semua suruhan Allah melalui perantaraan Rasulullah. Panduan utama kita adalah al-Quran dan As-Sunnah.

Rujukan utama kita adalah Al-Quran dan Hadis. Rasulullah menjamin kita tidak akan sesat selagi berpegang kepada 2 perkara tadi. Tak perlu tunding jari kepada ustaz atau ustazah atau guru-guru yang tidak sempurna aurat. Apa yang kita tahu...kita cuba amalkan. Kubur masing-masing.

Dalam fatrah (tempoh) terakhir ini cuba amalkan amalan sunat dan doa. Moga semua yang dihajati dimakbulkan Allah. Sekurang-kurangnya solat sunat qabliah dan ba'diah, dhuha, terawih, qiamullail dan tadarus al-Quran. Moga kita mendapat rahmat, pengampunan dan pembebasan dari api neraka.

Selamat beramal ^_*

19 Ogos 2011

Separuh Masa Ke-2.

Hari Jumaat. Bos segala hari.

Bulan Ramadhan. Bosss segala bulan.

Beruntunglah orang yang menghidupkan malam jumaat di bulan Ramadhan ini.

Surah Al-Kahfi masih berbaki untuk dibaca. Surah Yasin di baca di sekolah.

Tahniah kepada pelajar2ku yang mendapat A dalam trial PMR dalam matapelajaran BA.

Moga mereka akan kekalkan prestasi hingga PMR sebenar. Alhamdulillah ^_*

Di bulan Ramadhan ini, 3/4 pelajar sekolahku mendapat notebook 1 Malaysia. Tapi adakah tercapai 'celik ICT'? Notebook jenis Black Cube. Made in China. Ada masalah jika bersambung dengan internet. Yang ok pun ada. 

Yang paling men'bengangkan' aku adalah perisian MS2010 hanya ada dalam bentuk 'shortcut'. PPT pun tak ada. Jika tugasan diberi apa yang diorang boleh buka? Jika yang ada internet, kenapa tak download sendiri MS Office 2007.

Mereka hanya pandai masukkan lagu, movie, game dan sesuatu yang tidak berfaedah. Bila tengok semua tu, aku rasa nak hadiahkan mereka dua notebook. Ambil satu dengan mereka. Kemudian patahkan. Serahkan kembali. Kan dah jadi dua tu. hehehe....

Kebanyakan sekolah dah ada wirelesss. Bila aku pergi mesyuarat ICT, mereka  baru tahu sekolahku masih tiada internet. Mereka cadangkan aku buat permohonan TM School broadband. Ini akan dibayar oleh pihak KPM. Kenapa sekolahku jahil sangat ni???huhuhu...Pihak PKG bagi kerjasama maksimum kat aku. Terima kasih ya ^_^

Aku sendiri telefon TM dan minta borang. Isi dan fakskan. Faks kali pertama tak sampai. Tak tau kenapa...Bukan aku fakskan. Pihak TM telefon aku dan mengatakan tiada borang yang sampai. Faks kat siapa?Kalut betul ari tu. Mencari borang bersama Chek Kerani kita. Kemudian aku faks semula ke no yang telah diberi.

Status wireless sekarang...wire dah dipasang. Cuma moderm tak sampai lagi. Moga semua ini dipermudahkan. Banyak sangat urusan melalui online. SSQS...SAPS...Laporan setiap peperiksaan kena hantar melalui e-mel untuk subjek aku la. Guru lain pun banyak kerja juga.

Sejak dua hari ni nak update blog tak boleh. Mungkin broadband sangat-sangat slow macam kura je.hehehe..Alhamdulillah. Sekarang dah seperti biasa.. Ila Liqa'...

15 Ogos 2011

Aku Kagum Dengannya.

Subhanallah...

Tak terucap diri ini apabila membaca blog nurain vivian...


Seorang saudara baru dalam Islam atau dipanggil Muallaf.

Bagaimana perjalanan hidupnya sebagai muslim pada awalnya tiada tentangan bagi pandangan aku.

Daripada berskirt kepada berseluar tapi masih ketat dan memakai tudung.

Kemudian berubah memakai tudung dan baju longgar dan berlengan panjang.

Kemudian berubah lagi kepada tudung lebih labuh iaitu menutup dada.

Kemudian dia berhijrah dan terus berhijrah ke arah lebih baik.

Kemudian bertudung labuh dan berjubah.

Dan sekarang sudah memakai niqab atau purdah.

Daripada sini keluarganya seolah-olah membuangnya dari keluarga. Moga keluarganya mendapat hidayah Allah...

Kagum sangat...

Kerana walaupun aku bertudung labuh tapi aku tak mampu memakai purdah.

Semasa di Mesir dulu, ada yang meminta aku berpurdah tetapi aku tidak peduli kerana aku fikir dengan perangai aku yang sedikit brutal akan memburukkan imej orang berpurdah. Aku juga tidak mampu beristiqamah untuk terus berpurdah jika pulang ke Malaysia.

Aku suka melihat wanita berpurdah atau berniqab ni. Aman dari gangguan dan rasa selamat. Jika aku melihat dua tempat duduk yang mempunyai masing-masing perempuan bertudung tapi singkat dan wanita berpurdah...Aku akan pilih duduk disebelah wanita berpurdah. Selesa.hehehe

Masing-masing boleh fikir sendiri kan.

Syabas buat saudari Nurain Vivian kerana mampu mengikut sunah umahatul Mukminin.

Sukernyer baca blognyerrr....

Moga saudari terus beristiqamah dan teruskan penulisan yang berguna ini.

Satu lagi aku nak sebut...

Aku tak suka drama Tahajud Cinta. Seolah-olah mempermainkan pemakaian purdah. Ustaz yang gatal. Hish...

14 Ogos 2011

Nombor Telefon di FB apa dah jadi.

Bahaya betul fb niii...tak ada privacy langsung.huhuhu

Majoriti rakyat malaysia mempunyai akaun fb tak kira muda atau tua.

Awas!!!

Anda diingatkan tidak mendedahkan sebarang maklumat peribadi pada wall atau profil fb kerana ia tidak lagi privacy.

Sekarang nombor telefon anda sudah terdedah. Jangan hairan dapat panggilan dari seseorang yang anda tidak kenal.

Jika tak percaya...boleh cuba cara ini.

Sila ke bahagian atas kanan skrin...

Klik ACCOUNT.

Klik EDIT FRIENDS.

Klik CONTACTS.

Semua nombor telefon rakan-rakan anda akan terpapar.

Hati-hati sebelum terlambat.


12 Ogos 2011

Trial PMR 2011.

Dup. Dap. Dup. Dap...

Debaran terasa...

Semalam mereka pergi ambil notebook 1Malaysia.

Hari ini subjek aku.

Kenapalah masa ini sibuk dengan notebook tu???

Bila perjumpaan 3 penjuru...ada ibu bapa yang tak hadir dan datang lambat.

Tapi untuk ambil borang notebook ni, mereka sanggup datang awal setengah jam dari biasa.

Mereka sanggup berbuka puasa di jalanan untuk pergi ambil notebook.

Sanggup pelajar ini abaikan study untuk persediaan trial PMR.

Untuk subjek Sains dan Matematik...guru2 mereka sudah keciwaaaaa...

Untuk subjek aku???Tungguuuu...

Pelajar harapan yang menghancurkan harapan guru.

Pelajar sederhana yang meningkat naik.

Ada seorang pelajar sanggup berjanji akan belajar bersungguh-sungguh selepas dapat notebook tapi setakat ini...dalam kelasku masih khayal. Entah apa mimpi dalam sedar tuuu..

Ada pelajar yang masukkan password tapi bila nak buka 'incorrect pw' pulakkk...


Adakah mereka akan celik IT atau celik game???

Jika projek PBL masih tak sempurna...takkan kami guru-guru yang buat semuanya untuk mereka. Bersusah payah guru buat video montaj yang ala-ala hollywood punya, tapi mereka tak bawa bahan PBL yang sudah dicari!

Jika latihan di anggap beban dan menyusahkan mereka, adakah mereka akan menjadi orang yang berilmu dan berjaya dunia akhirat??? Musykilah betul laaa...

Setakat yang aku tanda kertas trial PMR ini dah ada yang tak lulus.

Tajuk Insya' dah diberi latihan. Semua clue atau teknik menjawab dah dicurahkan.

Masih ada yang merenung kertas tanpa menulis satu patah perkataan dalam kertas trial tu.

Adakah melayu sekarang memerlukan bantuan dari orang lain tanpa diri sendiri tiada usaha???

Jika kertas Pendidikan Islam...soalan hanya meminta senaraikan 4 nama rasul. Tapi nama malaikat yang ditulis. Jibril, rakib, atiq dan malik. Soalan yang paling senang.

Tiada apa yang perlu dicoretkan selain kekecewaan. Cukuplah setakat ini perkongsianku.

Jom tanda kertas ^_*

11 Ogos 2011

Murid vs Guru.

Sementara menjaga pelajar-pelajar menjawab trial PMR...sempat lagi aku capai dan baca buku ni. Kalau aku tak buat apa-apa mengantuk. hehehe

Ok...layan kisah ni dulu ^_^

Abu Ishak atau dikenali dengan nama Ibrahim bin Ahmad Khawas adalah seoarang ahli sufi yang hidup pada zaman kerajaan Abbasiyyah. Abu Ishak hidup sezaman dengan Junaid Al-Baghdadi dan Hasan Nuwairi. Beliau adalah seorang pakar dalam bidang ilmu Tasawuf dan perundangan Islam. Di samping itu, beliau mendalami ilmu kesusasteraan dan bahasa Arab demi mendalami ilmu Islam.

Sebagaimana kata Syafie:" Aku mendalami ilmu Bahasa dan Sastera Arab selama 20 tahun semata-mata mahu menguasai ilmu Fekah".

Abu Isham menghabiskan masa hidupnya menuntut ilmu dan beribadat. Beliau tidak menyukai kemewahan, kemegahan, kuasa, pangkat dan kemasyhuran di dunia ini. Matlamat hidupnya hanya mahu bertemu Allah di akhirat kelak.

Kisah hidup dan ilmu pengetahuan Abu Ishak sering terdapat dalam karya-karya kitab Tasawuf seperti Risalah Kusyairi, Minhaj Abidin, Ihya' Ululmuddin, Hikam dan lain-lain lagi.

Semasa Abu Ishak masih remaja, beliau sentiasa dahagakan ilmu pengetahuan. Beliau sanggup merantau jauh semata-mata mencari guru. Beliau terpaksa menghadapi pelbagai dugaan dan halangan dalam perjalanan.

Pada suatu hari, Abu Ishak mahu mengembara lagi bagi melanjutkan pelajarannya. Beliau mencari guru yang dapat mengajarnya di merata-rata tempat. Kebanyakan guru yang ditemuinya enggan menerimanya sebagai murid. Guru-guru itu berasa malu kerana tahap ilmu Abu Isha melebihi mereka.

"Di manakah lagi aku harus mencari guru?" tanya Abu Ishak pada dirinya sendiri.

Abu Ishak berasa sedih memikirkan nasibnya.

Tiba-tiba, beliau ternampak seorang lelaki tua. Hatinya tertarik dengan lelaki tuan itu. Lelaki tua itu memberi nasihat dan ceramah kepada orang di situ. Orang ramai datang berduyun-duyun mendengar ceramah lelaki tua itu. Abu Ishak juga tidak terkecuali mendengar ceramahnya.

Abu Ishak berasa kagum dengan ceramah lelaki tua itu. Ceramahnya penuh penghayatan dan tersirat segala ilmu.

Selesai ceramah, lelaki tua itu pun bergerak pulang ke rumahnya. Abu Ishak mengekori lelaki tua itu secara senyap-senyap. Beliau mahu tahu ke mana hala tuju lelaki tua itu.

Jauh di sudut hati Abu Ishak berkata," Lelaki tua ini tentunya orang yang bijaksana".

Beliau terus mengekori lelaki tua itu. Beliau yakin lelaki tua itu tidak menyedarinya.

Tiba-tiba lelaki tua itu menoleh ke belakang dan melihat Abu Ishak. Abu Ishak terkedu.

"Wahai anak muda, apakah yang kamu mahu?" tanya lelaki tua itu dengan tenang.

"Saya mahu belajar dengan tuan," jawab Abu Ishak dengan gementar.

"Kamu belum cukup bersedia," kata lelaki tua itu dengan selamba.

Abu Ishak tidak dapat menerima kata-kata lelaki tua itu. Hati mudanya memberontak. Beliau teguh dengan keputusannya. Beliau mahu belajar dengan lelaki tua itu.

"Izinkanlah saya belajar dengan tuan. Ajarilah saya," pinta Abu Ishak dengan bersungguh-sungguh.

Abu Ishak berkeras juga. Lelaki tua itu merenung Abu Ishak seolah-olah memikirkan sesuatu.

"Baiklah. Saya sedia mengajar kamu. Tidak lama lagi, saya hendak pergi ke Mekah. Kamu ikut saya pergi ke sana," kata lelaki tua itu memberi peluang kepada Abu Ishak.

Lelaki tua itu menerima Abu Ishak sebagai anak murid. Abu Ishak bersa sungguh gembira.

"Hanya kita berdua akan pergi ke sana. Salah seorang daripada kita harus dipilih sebagai ketua," kata lelaki tua itu dengan tegas.

"Siapakah yang kamu pilih?" tanya lelaki tua itu menduga Abu Ishak.

"Saya memilih tuan sebagai ketua. Saya sebagai pengikut,"jawab Abu Ishak jujur.

"Saya sebagai ketua kamu. Kamu harus tahu adab sebagai pengikut," kata lelaki tua memberi peringatan awal.

Lelaki tua itu mahu menguji akhlak Abu Ishak sebagai anak murid. Lelaki tua itu sebagai guru selayaknya menjadi ketua dan Abu Ishak sebgaai pengikut.

Beberapa hari kemudian, lelaki tua itu dan Abu Ishak bersiap-siap hendak ke Mekah. Selepas menunaikan solat dan berdoa, mereka berdua pun bertolak ke Mekah.

Mereka terpaksa menempuhi padang pasir yang gersang. Perjalanan yang jauh ditempuhi dengan sabar.

Pada suatu malam, mereka berhenti berehat di padang pasir. Hujan turun dengan lebatnya. Abu Ishak sedang nyenyak tidur. Lelaki tua itu bingkas bangun dan mengambil kain melindungi muridnya daripada terkena hujan.

Abu Ishak tersedar daripada tidur. Beliau lihat lelaki tua itu sedang memayungkan kain di atasnya. Beliau terharu dengan tindakan lelaki tua itu.

"Tuan, sepatutnya saya yang melindungi Tuan dengan hujan," kata Abu Ishak mahu mengambil kain itu daripada tangan lelaki tua itu.

"Saya sebagai ketua. Saya perintahkan kamu supaya kamu membenarkan saya melindungi kamu," kata lelaki tua itu memberi arahan.

Abu Ishak terpaksa akur dengan perintah lelaki tua itu. Hatinya sayu melihat lelaki tua itu basah kuyup kerana memayungkannya.

Keesokan harinya, lelaki tua dan Abu Ishak mahu meneruskan perjalanan ke Mekah.

Abu Ishak berkata," Tuan, izinkan saya menjadi ketua pada hari ini. Tuan menjadi pengikut saya pula,"

"Baiklah," jawab lelaki tua itu setuju.

"Saya hendak mencari kayu api," kata Abu Ishak spontan.


Terkejut lelaki tua itu. Tidak sampai beberapa saat menjadi ketua, Abu Ishak sudah membuat keputusan sendiri.

"Tidak boleh! Kamu tidak boleh mencari kayu api. Biar saya yang melakukannya," balas lelaki tua itu melarang Abu Ishak.

"Saya sebagai ketua. Saya perintahkan tuan berehat di sini. Saya hendak mencari kayu api," kata Abu Ishak dengan lembut.

"Tidak boleh! Kamu tidak boleh melakukan kerja itu," kata lelaki tua itu.

"Mengapa pula?" tanya Abu Ishak kehairanan.

" Kerana kamu menyalahi syarat sebagai ketua. Pengikut tidak boleh dilayani oleh ketuanya," jawab lelaki tua itu dengan tegas.

Lelaki tua itu menjelaskan adab antara anak murid dan guru melalui contoh ketua dan pengikut. Adab utama sebagai anak murid harus melayani guru yang bererti berbakti kepada gurunya bukan sebaliknya.

Semasa orang tua itu menjadi ketua, beliau melindungi Abu Ishak daripada hujan. Abui Ishak membiarkan lelaki tua itu basah kuyup kerana lelaki tua itu memberi arahan. Lelaki tua itu sengaja menguji Abu Ishak supaya dapat membezakan arahan itu sama ada betul atau salah. Ternyata arahan itu salah.

Sewajarnya Abu Ishak turut sama melindungi lelaki tua itu daripada terkena hujan.

Begitu juga semasa Abu Ishak menjadi ketua, sewajarnya Abu Ishak meminta lelaki tua itu sama-sama mencari kayu api seperti Nabi Muhammad dan sahabat-sahabatnya bergotong royong mencari kayu api.

Selepas berjalan beberapa hari meredah padang pasir, akhirnya mereka sampai di Mekah. Mereka berpisah buat sementara waktu kerana lelaki tua itu ada urusan.

Sebelum berpisah, lelaki tua itu menasihati Abu Ishak.

"Wahai anak muda, perkara yang kamu tempuhi sepanjang perjalanan dengan saya itu adalah sedikit pelajaran berkaitan adab menjadi murid," kata lelaki tua itu perlahan.

Abu Ishak tertunduk mendengar kata nasihat lelaki tua itu. Pengalaman beliua bersama lelaki tua itu tersemat di hatinya buat selama-lamanya.

SUMBER: 31 Koleksi Kisah Teladan (Ikan Nun dan Surat Tuhan) oleh Ainol Kusyairi. Terbitan PTS Islamika 2009.

05 Ogos 2011

Muslimah Penyejuk Hati.



Oh Muslimah..Allah cinta kepada mu..
Rasullullah kasih kepada mu..

Oh Muslimah.. Berbahagialah..
Kau telah dilahirkanNya dengan mulia..

Subhanallah.. 
Tuhan telah berkati..
Wanita yang cukup ilmu, rendah hati..

Oh Muslimah..
Busana mu menutup rapi,
Aurat mu kau lindungi dengan indahnya....

Oh Muslimah.. Kau rajin memujuk..
Islam kau jadikan ikutan sejati..

Oh Muslimah..
Memandang mu menyejuk hati..
Menundukkan nafsu hati yang goyah,
Keayuan wanita solehah,
indah peribadi tulus hatinya..

Oh Muslimah..
Kecantikan yang sebenar
pada tutur kata penuh berhikmah..

Mempertahan kehormatan diri mu
Dengan pakaian mentaati Allah..

Oh Muslimah..
Kau masuk ke syurga..
Solat lima waktu dan berpuasa..
Menundukkan pandangan mata mu,
Mentaati suami yang tercinta..

Oh Muslimah..
Busana mu menutup rapi,
Aurat mu kau lindungi dengan indahnya....
Oh Muslimah..

Kau rajin mengaji..
Islam kau jadikan ikutan sejati..

**************
T-shirt Muslimah cadanganku...

Buka laman web ini: 
http://www.faeizonline.com/

Selamat Menghadapi Percubaan PMR 2011.

Pejam -_-...Celik @_@...

Aku dah mengajar hampir 2 tahun. Ini kali pertama aku mengajar pelajar tingkatan 3 untuk pelajaran Bahasa Arab. Debaran tetap terasa bila mereka bakal menghadapi percubaan PMR minggu depan. Adakah mereka menghafal perkataan berlawanan (mudaat) atau perkataan seerti (muradif)? Adakah mereka dapat mempraktikkan nahu (tatabahasa) untuk membuat ayat dan karangan?

Kegagalan mereka adalah kegagalan aku. Itulah anggapanku sebagai seorang guru. Aku cuba yang terbaik walaupun ini kali pertama aku mengajar tingkatan 3. Semasa pentaksir datang...dia puji kebolehan pelajarku boleh buat ujian lisan dan menghafal tasrif dengan lancar. Tapi hati aku mengatakan sebaliknya.

Maaf...bukan aku tidak percaya denga kebolehan mereka.

Seorang pelajar yang bijak, bukan dinilai dari segi akademik bahkan agama mereka. Jika mereka dapat 90 markah ke atas dalam pendidikan Islam atau Bahasa Arab tetapi tidak menjaga aurat...tetap aku anggap mereka gagal. itu juga adalah kegagalanku jua untuk menjadi role model bagi mereka.

Walaupun mereka bijak dengan markah yang hampir mendapat 100%...tetapi mereka tidak menjaga hak Allah dan tidak pandai bercakap dengan guru secara beradab...mereka tetap gagal. Akulah yang gagal mendidik mereka.

Jika mereka tidak bijak tapi masih menjaga hak Allah, Rasul, ibu bapa dan guru...merekalah orang yang berjaya. Mereka belajar bukan untuk mendapat biasiswa atau kerja yang bergaji besar...tapi kerana Allah. Insya Allah...hati kami tenang untuk memcurahkan ilmu yang ada sedikit kurnian Allah ini.

Pesananku untuk anak didikku ini...

Gunakanlah bulan Ramadhan ini dengan perkara yang berfaedah. Gunakan waktu sebelum sahur untuk belajar atau menghafaz perkataan arab. Yang paling baik membaca Al-Quran serta terjemahannya kerana Al-Quran itu penuh dengan Bahasa Arab walaupun kesusasteraannya yang tinggi.

Buang perangai atau feel kalian yang buruk dan malas. Jangan tinggalkan solat. Buat solat hajat setiap malam ramdhan ini. Basahi lidah dengan berzikir dan membaca Al-Quran. Jangan derhaka ibu bapa dan guru-guru. Minta halalkan makan minum dan ilmu mereka.

Jangan menyesal dikemudian hari kerana Ibnu Sina pernah sebut:
Jika ditanya kepadaku tentang alam remaja, nescaya aku akan berkata, " tiada kehidupan yang lebih singkat daripada menerima ilmu yang luas"
Ilmuan Islam pada zaman dahulu mencari guru dengan meredah padang pasir. Sanggup menjadi hamba kepada guru kerana inginkan ilmu yang berkat. Mereka ikut segala arahan guru tanpa bantahan tanpa balasan. Ibu bapa sanggup memberi segala harta mereka kepada guru walaupun hanya sehelai kain bulu yang dikait dengan tangan. Bila mereka bersusah payah mendapat ilmu, mereka akan menggunakan dengan sebaik-baiknya. Sehingga boleh melahirkan generasi al-Quran.

Sekarang belajar sangat mudah. Guru yang mencari pelajar. Guru yang menunggu pelajar. Guru yang membuat progran untuk pelajar. Guru yang memberi hadiah kepada pelajar. Tetapi pelajar selalu ponteng. Mereka lari jauh. Sanggup menipu untuk menyelamatkan diri...

Bertanyalah kepada guru selagi khidmat kami masih ada. Kami akan mengajar selagi upaya.

Gunakan segala ilmu kami dan terjemahkan dalam keputusan PMR kalian.

Selamat berjuang menghadapi Trial PMR 2011. Mulakan dengan kalimah mulia Bismillah dan Al-Fatihah.

Ibu bapa...berjuanglah bersama anak-anak dengan solat hajat dan bacaan al-quran semasa mereka menjalankan peperiksaan di dewan peperiksaan.

Rakan Sejawat Toksik

Ahlan...ahlan Ya Ramadan.  Alhamdulillah masih diberi peluang merasai hidup dalam Islam tetapi umat Islam Palestin masih bergelut dengan kes...