13 Mac 2024

Rakan Sejawat Toksik

Ahlan...ahlan Ya Ramadan. 

Alhamdulillah masih diberi peluang merasai hidup dalam Islam tetapi umat Islam Palestin masih bergelut dengan kesengsaraan, kelaparan, kehancuran akibat kekejaman Israel.

Kita di dunia ini tetap di uji untuk melihat kesabaran dan ketabahan berhadapan dengan situasi yang pelbagai.

Aku bukan orang yang sabar. Maka aku diuji dengan orang2 'agama' walaupun aku sendiri orang menggangap mutadayyin. Rupanya aku juga diuji dengan orang 'agama'.

Sekolah yang Allah berikan aku amanah dngan murid tahfiz yang aku inginkan selama ini, Allah makbulkan. 

Aku selalu doakan aku akan jadi mahir BA dengan mengajar anak-anak ini. Allah bagi laluan ini.

Benarlah kata-kata orang lama, kita tetap diuji.

Aku jadi marah. Marah sangat sebab 

1. 'aku buat kerja, kau goyang kaki'

2. Aku ketua, aku buat semua. Kau ajk, kau goyang kaki

3. Aku dah bagi arahan kepada murid2, kau datang bagi arahan baru

4. Aku dah jadi ketua program ini, program keesokan, aku masih ketua lagi.

5. Aku pegang s/u..kau tak pegang jawatan banyak, goyang kaki lagi

Entah sampai bila mereka berada di zon selesa. Kadang-kadang mereka ini melampau. 

Bos dah banyak bagi hint berkaitan kerja hakiki perlu diutamakan. Kau masih abaikan kerja hakiki dengan utamakan kerja luar, ceramaj sana sini. 

Keberkatan dalam kerja dengan menjaga murid tahfiz. Aku boleh buat kerja jika ada kerjasama. Tapi bila tengah sibuk, dia hilang. Bila majlis nak habis, baru tunjuk muka.

Kesabaran aku ada batasnya. 

Moga luahan ini dapat melegakan aku pada bulan puasa ini. 

Dengan harapan, tiada orang baca. Hanya jadi diariku sahaja.

Jika ada yang baca, doakan aku terus kuat meniti hari tua bermula umur 40 tahun

08 Februari 2024

Kursus Kompetensi WS** awal feb 2024

Alhamdulillah. Aku masih diberi peluang dan ruang untuk terus belajar. Itulah rutin aku sepanjang hidupku. 

Setelah aku berjaya harungi sambung belajar peringkat sarjana selama 2+1 dibawah tajaan KPM (hlp) sejak tahun 2020 hingga 2023. Alhamdulillah aku berjaya harungi dengan izin Allah. 

Aku juga hampir putus asa kerana 1 semester SV senyap dan tidak menyemak draf akhir disertasi aku. Setelah memaklumkan hal berkenaan kepada pihak pentadbiran universiti, SV aku telah menjalankan tugasannya dengan baik. Alhamdulillah. Ini juga dengan izin Allah yang menggerakkan dan melembutkan hati-hati insan yang berkenaan. 

Kini tugasan aku sebagai warden kemudian setiausaha warden sangat mencabar. Hal ini kerana tiada satu panduan yang baik boleh membantu aku dalam melaksanakan tugasan aku ini. 

Pada awalnya kehadiran kursus ini tidak diberikan kepada aku kerana bertembung dengan tugasan pembinaan modul spm 2024. Namun dengan paksaan tuan pengetua dan kerelaanku kerana 'Aku yang menurut perintah' aku hadir ke kursus ini dengan hati yang berat. 3 hari. Bukan sehari. 

Apa hasil yang aku perolehi?

Tahu dan faham. Tetapi aku belum laksanakan. Jika peringkat TP masih diperingkat TP2. Mampukah aku laksanakan? Adakah ada rakan-rakan lain membantu? 

Aku tidak suka desakan. Aku senang hati apabila tiada paksaan. Biar aku laksanakan secara sukarela. Insya Allah aku akan laksanakan walaupun bukan semua.

Warden bukan kerja mudah, namun pengorbanannya tiada tolak bandingnya 

Warden boleh buat kerja, tetapi pihak pengurusan perlu berikan sokongan yang padu.

Warden bukan robot, bahkan dia ada perasaan yang perlu dijaga.

Warden bukan tiada komitmen tetapi berkorban untuk anak-anak generasi akan datang menjadi pemimpin dunia yang Islamik.

Warden hanya orang biasa yang perlukan bimbingan dan bantuan dari orang sekeliling.

Ya Allah, lapangkan hati ini menerima tanggungjawab yang tarik diri dari memegangnya. Jadikan hati kami cekal dan tabah menghadapi kerenah ibu bapa dan murid dari pelbagai sudut. Bantulah kami dengan rahmatMu. Amin Ya Rabbal Alamin.

27 Januari 2024

NKI Awal 2024

Alhamdulillah. Aku diberi peluang bertemu dari jauh dengan YB Menteri Pendidikan. Bukan tak nak dekat tapi beliau ramai peminat. Perwatakan yang boleh aku lihat ialah tegas, bijak berkata-kata, sempoi, tak perlu protokol sesangat. Beliau tak sempat makan pun. Memang anak Prof Sidek Fadzil.

NKI kali ini hanya melibatkan semua SBP seluruh negara iaitu 71 buah sekolah. Hebat dan memang hebat peserta dari SBP ini. Tak kurang yang masih 'berlagak' dan kurang 'budaya Islam' dalam diri kami semua.

Satu perubahan yang aku suka adalah lebih banyak melibatkan kemenjadian murid seperti murid jadi emcee, murid jadi pembaca ikrar, murid pembaca doa dan murid yang buat persembahan.

Dahulu aku menjadi guru pengiring di Ulu Yam yang melibatkan JU dari Selangor. Hebat JU2 mereka. Malangnya aku tidak banyak boleh ikut aktiviti mereka sebab aku demam dan hilang suara ketika itu. 

YB menteri sangat menekankan budaya islam dalam kehidupan anak-anak nadwah. Siap buat AMA (Ask Me Anything). Betul kah trending?

YB menteri melayan anak-anak perserta NKI dengan baik. Bagai ibu dan anak. Siap bagi hadiah, peluk anak perempuan dan sangat peramah. 

Apabila YB Menteri memuji ketuanya, aku kurang setuju. Entah kenapa? aku sendiri tidak tahu. Walaupun aku jadikan rujukan tesisku dalam 'Siasah Islam', aku tidak nampak siasah Islam dalam pentadbiran sekarang. Mungkin ada tetapi aku tidak nampak. Jumudkah aku?

20 November 2023

Kembali menduga ibuku

Mak,
Seorang yang tabah. 
Seorang yang cekal.
Seorang yang berhati hiba.
Namun disembunyikan dari kami adik beradik.

Kali ini keluargaku diduga dengan suatu masalah. Masalah dari abang sulungku. Waktu mudanya penuh dengan sifat hero sehingga menjadi kegilaan para gadis gedik yang telah hilang sifat malunya. 

Sejak dia terlibat dalam kemalangan jalan raya yang mengorbankan abang kepada ayahku semuanya terbalik. Abangku tidak aku kenali lagi. Gemar bersendiri di dalam 'gua'. Terperuk seorang diri. Berkahwin dan mempunyai seorang anak. Kemudian bercerai. Sekarang berumahtangga lagi tanpa anak. 

Kata orang lama-lama, anak sulung adalah penawar dan racun kepada mak ayah. Apabila 'sesuatu' berlaku sekarang, ada benarnya kata-kata itu.

Aku harap sangat apa yang berlaku, menjadi pengajaran kepada abangku. 

06 November 2023

Beruntungnya Penduduk Palestin.

Dunia akhir zaman penuh dengan ujian buat mukminin yang cinta Allah dan Rasulullah. Bumi para Anbiya' berlumuran dengan darah tetapi negara-negara Islam tidak mengambil tindakan segera bagi menjaga kebajikan penduduk Palestin.

Aku sendiri mengakui, orang Islam termasuk diri ini umpama buih-buih di lautan. Ramai tetapi tidak memberi apa-apa kesan kepada orang sekeliling. Semua mengambil tindakan neutral walaupun penduduk Palestin di bantai dengan bom Israel buatan US bertali  arus. 

Di mana pemimpin-pemimpin negara Islam? Adakah cukup sekadar mesyuarat dan membuat desakan sekian-sekian?

Lemahnya kita kerana cintakan dunia. Kita hanya mampu lakukan solidariti untuk menzahirkan semangat untuk mereka. Kita hanya mampu berdoa. Tiada apa kekuatan yang ada kecuali senjata doa dna perasaan marah. Di mana kekuatan fizikal dan rohani kita? semuanya menjadi debu dan sia-sia. Apa boleh buat sebagai orang awam?

Pengeboman yang dilakukan oleh Israel menunjukkan mereka cuba menghapuskan penduduk Palestin sepenuhnya dan menjadikan Palestin sebagai negara Israel. Peta dunia telah menunjukkan nama baru Palestin iaitu Israel.

*************************

Saudaraku di Palestin,

Kalian adalah manusia terpilih 

Syahid di sisi Allah.

Beruntunglah kalian.

Rugilah kami,

Masih tidur nyenyak,

Makanan melimpah ruah,


Saudaraku di Palestin,

Kalian sedang lapar dan haus,

Makanan kalian adalah zikir mengingati Allah

Benarlah janji Allah,

Makanan orang mukmin di akhir zaman ini adalah zikrullah


Saudaraku di Palestin,

Maafkan daku yang pengecut ini,

Maafkan saudaramu di sini,

Masih menyokong keberadaan Israel Laknatullah.


Saudaraku di Palestin,

Kalian masuk syurga tanpa dihisap,

Terus ke syurga dan wangian semerbak kasturi menyelubungi bumi Palestin.


Ya Allah,

Bantulah hambaMu di Palestin dengan bantuan 

Sebagaimana burung Ababil melawan tentera Abrahah,

Umpama daun dimakan ulat.


Sungguh mulia kalian di sisi Allah,

Moga Allah campakkan hati kami semua.

Menjaga agama Allah dan mati dalam Islam


SUMBER: 

1. Astro Awani (SINI)

21 Oktober 2023

Budaya Kerja Toksik

Assalamualaikum semua.

Alhamdulillah, genap setahun aku berada di sekolah ini. Reposting selepas cuti belajar selama 2 tahun bersamaan cuti covid. 

Bukan mudah untuk membiasakan diri di sekolah hebat ini. Banyak kejanggalan bagi aku dan sukar diperbaiki kerana menjadi budaya turun temurun. 

Pengalamanku berdasarkan keadaan sekolah ini hampir tiada kecuali berkaitan disiplin. Hal ini kerana sekolah hebat ini adalah berasrama penuh. Semua murid berada di asrama dan aku pula menjadi warden. Bahkan murid2 di sini ada nilai tambah dengan tahfiz. Disiplin tidak menjadi keutamaan, menjadikan 'hebat' dimata orang luar. 

Sekolah ini juga tidak terkecuali dari pengambilan murid melalui 'jalan belakang', bukan melalui temuduga sebagaimana amalan kebiasaan. Amalan ini menjadi salah satu 'rasuah' bagi aku kerana murid2 ini yang akan melemahkan sistem sekolah ini.

Adakah ada idea yang bagus untuk 'memanusiakan' orang di sini?

Entah kenapa aku menjadi hairan budaya tidak sihat berlaku dalam sektor pendidikan. Kecewa. Sakit hati. Namun apakah daya, aku tidak mampu memperbaikinya.

01 Ogos 2023

Kedatangan Nazir kali pertama

Peristiwa lama mengamit memoriku. Setiap detik berada jauh dari keluarga sangat menjentik hati. Setiap perkataan 'balik kampung' menyebabkan jantung berdetak laju. Aku ingin pulang ke kampung.

Pada awal posting ke sebuah negeri ini membuatkan aku hilang keceriaan. Kemurungan mula menyiram sedikit demi sedikit lebih kurang 5 tahun. Selepas 5 tahun aku dah mula banyak keluar dari lingkungan tempat kerja yang sama.

Aku ingin mencoretkan memori lalu berkaitan nazir. Aku begiti santai apabila ada pemantauan ke sekolah. Aku anggap perkara ini biasa kerana aku orang baru. Nama aku selalu naik sebagai guru yang bakal dipantau. Aku tidak pernah ambil serius berkaitan observe ini. Nak masuk ke kelas aku, masuklah.

Aku bersedia dengan laptop dan projector. Alhamdulillah sekolahku kecil tetapi kemudahan ict tetap ada. Malangnya ketika aku nak mulakan pdpc, lcd projector bermasalah. Tak menyalab sedangkab elektrik ada. Panik? Ya aku panik sebab tak sediakan pelan B. 

Tetiba ideaku datang menjengah. Aku ngajar secara talk dan chalk. Dengan konfiden dan tanpa rasa bersalah. Setelah habis pdpc, nazir panggil dalam keadaan muka serius. Sebelum itu, aku terpandang office boy sekolah aku dah muka cuak seperti kena marah. hahaha

"Betul ke konsep awak ajar tadi?" tanya Nazir.

Aku dah blur dan dengan yakin aku cakap betul. "kenapa tuan? ada yang salah ke?" aku mula bertanya sebab rasa ada yang salah. Selepas penjelasan dari nazir, aku akur. Aku tetap salah mengajar dan kurang bersedia kerana terlalu banyak kerja bukan akademik. Apatah lagi pada yang sama aku guru gpm, kp, disiplin termasuk pengawas. Aku juga mengajar 32 waktu. Memang aku bermasalah dengan tugasan melampau. Ia mungkin tidak terjadi pada orang lain dan terjadi pada diriku.

Nazir ni mula bertanya hal ehwal sekolah sehingga tanya "dah pernah balik kampung?"

Aku mula senyap dan mata dah berkaca. Perkataan 'kampung' begitu sensitif pada telingaku. Tuan nazir ini bertalu-talu minta maaf dan bertanya ada apa-apa masalah di sekolah?

Aku mula menangis tanpa sebab yang munasabah. Akhirnya nazir ini tulis no. telefon pada kertas tisu dab serahkan kepadaku sambul berkata "Jika ada apa-apa nak bagitau boleh call saya pada bila-bila masa sahaja". Tanpa aku sedar, tisu itu alu campak dalam tong sampah. 

Memang ada masalah besar aku dengan bos. Tetapi takkan aku nak cerita. Perkara itu dipendam dalam hati yang dalam. Cuma jika ada pertanyaan dari kawan-kawan, aku akan jawab " biarlah Allah yang membalas perbuatannya melalui anak-anaknya". Aku rasa aku begitu jahat kerana mendoakan perkara ini. Lama-kelamaan, doaku bertukar. Semoga Allah memberi hidayah kepadanya.

Rakan Sejawat Toksik

Ahlan...ahlan Ya Ramadan.  Alhamdulillah masih diberi peluang merasai hidup dalam Islam tetapi umat Islam Palestin masih bergelut dengan kes...