29 Julai 2016

Hadis Palsu 1

1. Abdul Rahman Bin'Auf merangkak masuk syurga. Menurut Imam Az-Zahabi,  hadis ini munkar

2. Saidina Umar r.a. membunuh anak perempuan beliau.

3. Payung emas buat wanita untuk membenarkan suami berpoligami.

4. Cerita palsu bubur Asyura. Kisah hari Asyura sering dikaitkan dengan fahaman Syiah.

5. Kisah Nabi Adam dan Hawa makan buah khuldi. Tersekat dikerongkong jad halkum dan jadi buah dada. Kisah karut dan palsu. Ada yang mengatakan Hawa yang hasut Adam makan pohon larangan adalah palsu. Yang hasut adalah Iblis.

6. Kayu kokka dan bahtera Nabi Nuh a.s.

7. Air Zam-zam keluar bukan dari hentakan kaki Ismail tetapi dari sayap malaikat yang mengais tanah itu.

8. Melihat kemaluan pasangan menjadi buta.

9. Rejab bulan Allah,  Syaaban bulanku, Ramadhan bulan umatku. Ada ulama' mengatakan dhaif dan ramai ulama' mengatakan palsu.

10. Bahasa penduduk syurga adalah Bahasa Arab. Hadis ini dusta dan tidak boleh dijadikan hujah. ( dalam buku teks ba ada disebut tapi tidak disebut dari hadis ). Aku juga tertipu.

SUMBER: 40 Kisah Palsu Tetapi Masyhur Yang Disandarkan Pada Agama. Oleh: Mustafar Mohd Suki. Terbitan PTS Publishing House Sendirian Berhad. Cetakan pertama 2015

07 Julai 2016

Perancangan Allah.

Setiap tahun,  aku sentiasa mengisi permohonan pertukaran ke negeri sendiri.

7 tahun.

Setiap tahun 2 kali.

Alasan tidak kuat.

Aku pasti perancangan Allah adalah sempurna.

'bos' bertukar. Aku hanya berserah jika 'bos baharu' lebih baik atau lebih teruk.

Aku percaya,  manusia sentiasa silap percaturan.

Aku tetap harap sesuatu kebaikan bakal muncul.

Seorang GPI bertukar ke sekolah smk.

Pengganti yang masuk bukan gpi.

Daripada kurang seorang gpi, menjadi kurang 2 orang gpi.

Seorang gpi bakal bersalin.

Siapa bakal ganti beliau
aku tidak tahu.

Aku tetap percaya perancangan Allah adalah yang sempurna. 

Aku mohon supaya aku diberikan ketenangan,  kesabaran, kekuatan mental dan fizikal untuk menghadapi semua rintangan yang bakal aku hadapi.

اللهم اجعلني صبورا،

اللهم اجعلني شكورا،

اللهم اجعل في عيني صغيرا،

وفي اعين الناس كبيرا.

********************

كل عام وانتم بخير

تقبل الله منا !

Rutin Raya

Untung mereka dikurniakan rezeki anak2 yang ramai,  soleh dan solehah.

Untung mereka dikurniakan Allah kesihtan yang baik.

Untung mereka yang dapat menjaga tutur kata dikala ziarah menziarahi.

Untung mereka yang dikurniakan pasangan yang menjaga solat,  jaga hati keluarga dan tidak merokok.

Untung mereka yang meringankan beban orang lain.

Untung mereka dikurniakan akal yang waras.

Untung mereka yang belajar tinggi dan menggunakan ilmu itu.

Untung mereka dikurniakan keluarga yang bahagia.

Untung mereka yang sentiasa merasa cukup dengan apa yang ada 'qanaah'.

Untung mereka yang mati mendapat pengampunan Allah.

Untung mereka yang dikurniakan syurga oleh Allah.

Rakan Sejawat Toksik

Ahlan...ahlan Ya Ramadan.  Alhamdulillah masih diberi peluang merasai hidup dalam Islam tetapi umat Islam Palestin masih bergelut dengan kes...