Mutiara Kata Untuk Murabbi.

"JIKA MURID DIAJAR DENGAN PUJIAN, DIA BELAJAR MENGHARGAI"

"JIKA MURID DIAJAR DENGAN CELAAN, DIA BELAJAR MEMAKI"

"JIKA MURID DIAJAR CEMUHAN, DIA BELAJAR RENDAH DIRI"

"JIKA MURID DIAJAR DENGAN PERSAHABATAN, DIA BELAJAR MENYAYANGI"

"JIKA MURID DIAJAR PERMUSUHAN, DIA BELAJAR BERKELAHI"

"JIKA MURID DIAJAR JAMINAN, DIA BELAJAR MEMPERCAYAI"

"JIKA MURID DIAJAR DENGAN PENGHINAAN, DIA BELAJAR MENYESALI"

"JIKA MURID DIAJAR DENGAN KEADILAN, DIA BELAJAR KESAKSAMAAN"

"JIKA MURID DIAJAR DENGAN DISKRIMINASI, DIA BELAJAR MEMENTINGKAN DIRI"

31 Mac 2011

Main... jangan tak mainnnnn!

Permainan bola tampar. Ini untuk latihan sahaja. Tampar!!!!

Pelajar yang mengaku jadi 'kuli'.hehehe...Ikhlas buat kerja yea. 

Penat menunggu sampai petang. Aku bawa pelajar perempuan untuk acara 4x100m. Mereka dapat masuk final dah cukup. Pelajar lelaki tak boleh nak lawan sekolah yang hebat-hebat. Masa ni aku jumpa surau yang pelik. Ruang solat lelaki tertutup dan ruag solat perempuan terbuka. Jenis apa la surau ni. Cian kat kami ni. huhuhu

Semalam aku pergi mesyuarat Guru Perpustakaan Media. Dah lari betul dari bidang aku. Tapi aku akan cuba belajar. Best juga dapat masuk bengkel ICT ni. Yang paling aku tak sangka ada sekolah cina 4 orang guru dan 2 orang pelajar je. Dapat banyak bantuan. Tapi sekolah agama bagi orang Islam ni macam mana???Apalah nasib kami di 'negara Islam' ni?

30 Mac 2011

Pengumpulan Mutiara Hikmah 1

 
"JIKA MURID DIAJAR DENGAN PUJIAN, DIA BELAJAR MENGHARGAI"
"JIKA MURID DIAJAR DENGAN CELAAN, DIA BELAJAR MEMAKI"
"JIKA MURID DIAJAR CEMUHAN, DIA BELAJAR RENDAH DIRI" 
"JIKA MURID DIAJAR DENGAN PERSAHABATAN, DIA BELAJAR MENYAYANGI"
"JIKA MURID DIAJAR PERMUSUHAN, DIA BELAJAR BERKELAHI"
"JIKA MURID DIAJAR JAMINAN, DIA BELAJAR MEMPERCAYAI"
"JIKA MURID DIAJAR DENGAN PENGHINAAN, DIA BELAJAR MENYESALI"
"JIKA MURID DIAJAR DENGAN KEADILAN, DIA BELAJAR KESAKSAMAAN"
"JIKA MURID DIAJAR DENGAN DISKRIMINASI, DIA BELAJAR MEMENTINGKAN DIRI"
SUMBER: Buku panduan guru. Pendidikan Islam tingkatan 2.KBSM.

27 Mac 2011

Perkahwinan cuti sekolah bulan 3.

Dah lama gambar ni ada dalam hp aku. 
Aku masukkan gambar mak sepupu merangkap rakan sekelas dan rakan sekuliah...
Mereka selamat diijab kabulkan pada 17/3/2011.
Gambar kecil cukup dah kan.

Selamat pengantin baru buat Hafsah & suami.

Selamat pengantin baru buat Ja (sepupuku) & Pok Chek/Mizan (14/3/2011)

Moga mereka mendapat payungan rahmat Allah dan kekal hingga syurga.

Barakallahulakuma wa jamaa bainakuma bilkhair ^_^

26 Mac 2011

Analisa : Kumpulan Shoutul Amal.

Get this widget | Track details | eSnips Social DNA

Analisa, analisa analisa siapa kita

Adakah mengucap kalimah syahadah
Solat lima waktu puasa zakat
Pergi ke Mekah tunaikan haji
Telah dikira Muslim sejati

Sedangkan sembahyang tiada kekhusyukan
Puasa dikerja banyak kekurangannya
tunaikan zakat kerana terpaksa
Tunai Haji untuk pangkat dan nama
Analisa, analisa, adakah Islam sempurna

Kita mengaku adanya Tuhan
Namun larangan tetap dilakukan
Ada malaikat kiri dan kanan
Tidak diendah akan kehadiran
http://www.free-lyrics.org

Percaya Rasul dan para nabi
Sunnah mereka tidak dituruti
Quran dibaca tiada penghayatan
Intipatinya tidak diamalkan

Hidup akhirat engkau yakini
masih mengejar nikmat duniawi
Qadha dan Qadar telah ditentukan
Ditimpa musibah
hilang redha dan kesabaran

Analisa, analisa,
adakah Iman sempurna

Makhluk termulia di mayapada
Kerana tinggi akhlak dan taqwa
Tapi sekiranya ia tiada
Renungkanlah diri cari jawapannya

Analisa...Setinggi manakah taqwa
Analisa...Semulia manakah kita
Analisa...Adakah kita hamba kepada-Nya
tanyalah diri kita

MTAQ 2011 Peringkat Daerah...

Alhamdulillah...

Hanya Allah mengetahui keadaan aku bila terpaksa berjalan ke 7 tempat pertandingan. Acara yang pelajar aku ambil bahagian adalah Tilawah Al-Quran (P/L), Hafazan (P/L), Syarahan Spontan (P/L), dan Khat (P/L). Jumlah pelajar yang mengambil bahagian adalah 8 orang.

Guru pengiring 2 orang termasuk aku. Seorang lagi ditugaskan sebagai hakim hafazan sekolah rendah. Semua pelajar tiada masalah disiplin walaupun ada yang memakai selipar. Sepatutnya memakai kasut yang tertutup. Mungkin ini akan mengurang markah penampilan.

Hanya dua tempat yang aku sempat pergi tengok iaitu Pertandingan Tilawah Al-Quran bagi perempuan dan lelaki....

'Syazwani di Bilik APD'

'Aiman di Pusat Sumber Sekolah'

Tahniah Syazwani & Aiman mendapat tempat ke-3 walaupun saingan hebat ^_*

'Saidatul, Aqillah dan Ili Amira'

Terima kasih Aqillah kerana datang walaupun tidak masuk bertanding ^_^

Bahagian Syarahan spontan ini...kami tidak diberitahu tentang 50 tajuk yang diberikan. Ili Amira dan Alif Amirul...jangan sedih. Ini adalah pengalaman yang mungkin susah dimiliki oleh orang lain. Syabas!

Bahagian Khat (Saifol Rafiq & Siti Hajar) dan Hafazan (Saidatul Nabila & Nazirul Mubin)...jangan berputus asa. Teruskan hafalan al-Quran supaya menjadi sebati dengan diri anda. Tahun depan masih ada. Insya Allah...

25 Mac 2011

Luqmanul Hakim & anaknya.

Tadi semasa pelajarku membuat perbentangan...ada sesuatu yang menyebabkan aku tersenyum. Dia buat lawak ke? Dia jadi badut ke? Dia tersilap sebut ke? Itulah kebiasaan yang menyebabkan kita ketawa hingga menitiskan air mata.hihihi


"Duk tepi la...aku tak nampak,"


"Duk tengah sikit...aku nak tulis ni,"


"Duk tepi sana la...aku nak tengok ni,"


Semuanya tak memuaskan hati kawan-kawannya. Kesian pulak aku tengok. Sekejap dia ke tepi. Sekejap ke tengah. Sekejap dia ke tepi semula.


Aku pegang dagu. Teringat satu kisah....mula imagine>>>> 



Suatu hari Luqman al-Hakim, memasuki sebuah pasar dengan menaiki seekor keldai (lebih kecil dari kuda). Kemudian diikuti oleh anaknya yang berjalan kaki. Melihat tingkahlaku Luqman itu, ada seseorang di jalanan bercakap sesama mereka.


"Lihat orang tua itu, senang-senang dia duduk atas keldai tapi anaknya dibiarkan berjalan kaki,"


Setelah mendengar desas-desus dari orang ramai, maka Luqman turun dari keldainya atau dipanggil himar. Lalu diletakkan anaknya di atas keldai itu.


Melihat keadaan itu, orang dipasar itu berkata lagi.


"Lihat orang tuanya berjalan kaki sedangkan anaknya sedap-sedap naik keldai itu. Sungguh kurang adab anak itu,"


Sebaik sahaja mendengar kata-kata itu, Luqman pun terus naik ke belakanh keldai itu bersama-sama dengan anaknya. Kemudian dia meneruskan perjalanannya. Kemudian ada lain bercakap-cakap.


"Lihat dua orang menaiki keldai itu. Sungguh menyeksakan binatang itu,"


Oleh kerana Luqman tidak menyenangi percakapan itu, dia dan anaknya turun dari keldai. Dia meneruskan perjalanan. Berjumpa beberapa orang dijalanan. 


"Dua orang berjalan kaki, sedangkan keldai itu tidak dinaiki,"


Dalam perjalanan pulang ke rumah, Luqman al-Hakim menasihati anaknya.


"Sesungguhnya kita tidak akan terlepas dari percakapan manusia. Maka orang yang berakal tidak akan mengambil pertimbangan kecuali kepada Allah sahaja. Barangsiapa mengenal kebenaran, itulah yang menjadi pertimbangannya dalam tiap-tiap sesuatu."


Kemudian Luqman Al-Hakim berpesan lagi.


"Wahai anakku, tuntutlah rezeki yang halal supaya kamu tidak menjadi fakir. Sesungguhnya tiadalah orang kafir itu melainkan tertimpa ke atasnya tiga perkara; iaitu tipi keyakinannya (iman) tentang agamanya, lemah akalnya (mudah tertipu dan diperdayai orang) dan hilang kemuliaan hatinya (keperibadiannya), dan lebih celaka dari perkara itu ialah orang-orang yang suka merendah-rendahkan dan meringan-ringankannya."


**********

"Wahai sekalian manusia, bertaqwalah kepada Tuhan kamu, dan takutilah akan hari (akhirat) yang padanya seseorang ibu atau bapa tidak dapat melepaskan anaknya dari azab dosanya, dan seorang anak pula tidak dapat melepaskan ibu atau bapanya dari azab dosa masing-masing sedikit pun. Sesungguhnya janji Allah itu adalah benar, maka janganlah kamu diperdayakan oleh kehidupan dunia, dan jangan pula kamu diperdayakan oleh bisikan dan ajakan Syaitan yang menyebabkan kamu berani melanggar perintah Allah." (Luqman: 33)
Sekarang sudah jelas, bahwa lakukanlah apa yang kau putuskan dan semua itu punya risiko, jangan terlalu takut dengan kritikan orang, sebab apapun yang anda putuskan tetap saja orang lain akan mengkritik bahkan anda diam pun akan dikritik, lakukanlah yang terbaik dengan risiko yang paling kecil. Cukuplah dengan pandangan Allah s.w.t atas kita. Pandangan Tuhanlah yang berfaedah . Penglihatan manusia atas kita, seperti menghormati kita, memuliakan kita, membesarkan kita dan lain-lain lagi. Cukupkan saja dengan pandangan hati, keyakinan hati bahawasanya Allah s.w.t melihat kita, memelihara kita dan menjaga kita.
Apa gunanya mengharapkan amal bakti dan taat dengan balasan wang ringgit atau keselesaan hidup di dunia ini sedangkan diri berada dalam kemurkaan Allah. Dan tidaklah bererti ketinggian ilmu yang dimiliki di samping kedudukan yang mulia di sisi makhluk sekiranya diri berada dalam pandangan kemurkaan dari Allah.
Pendek kata buatlah apa sahaja kebaikan dan ketaatan dan milikilah apa sahaja kesenangan dan keselesaan hidup, tetapi jika ianya tidak mendapat keredhaan dari Allah Taala atau mencari kemuliaan supaya dihormati orang, maka tidaklah berbaloi segala usaha dan pemilikan yang diterima.
Dengan demikian fahamilah wahai diri,
Biarlah amal sedikit, atau ilmu yang sedikit asalkan Allah sentiasa meredhai hal diri kita;
Biarlah tidak termasyhur, hina dan keji pada pandangan manusia asalkan Allah meredhai hal kita;
Biarlah hidup sederhana atau melarat dan terpenjara di dunia ini, asalkan hal diri kita sentiasa dalam keredhaan Allah.
Cukuplah.....dan memadailah dengan keredhaan Allah itu kerana tidak ada apa lagi yang lebih baik selain daripada mendapat keredhaan Allah
Dari Ibnu Abbas radhiAllahu `anhu, katanya: 
Pada suatu hari aku berada dibelakang Rasulullah sollallahu `alaihi wasallam (boncengan), lalu baginda bersabda: 
"Wahai anak, peliharalah Allah nescaya (Dia) akan memelihara kamu, peliharalah Allah nescaya (Dia) akan berada dihadapan kamu, dan jika engkau memohon maka memohonlah kepada Allah, dan jika engkau meminta pertolongan maka mintalah pertolongan kepada Allah, dan ketahuilah bahawa sekiranya umat berkumpul (bersepakat) untuk memberikan suatu manfaat kepadamu, nescaya mereka tidak akan mampu berbuat demikian melainkan dengan sesuatu yang telah ditetapkan (ditakdirkan) oleh Allah, dan sekiranya umat berkumpul (bersepakat) untuk mendatangkan bencana ke atas kamu, nescaya mereka tidak akan mampu berbuat demikian melainkan dengan sesuatu yang telah ditetapkan (ditakdirkan) oleh Allah. Dan telah diangkat segala pena dan telah kering segala buku." (Hadis Hasan Sahih Riwayat Iman Tarmidzi)
Kandungan nasihat ini mengandungi dua pengajaran:
1) Mengingatkan umat manusia bahawa mereka adalah makhluk yang lemah, kuasa mereka sangat terbatas, mereka tidak akan dapat mencapai apa yang mereka hajatkan tanpa bantuan pihak yang lain.
2) Mengingatkan umat manusia betapa kuasa Allah yang tiada tara dan batasannya. Segala penghuni langit dan bumi tunduk kepada ketentuan-Nya. Jadi atas dasar inilah maka manusia mestilah memohon sesuatu hanya kepada Allah. Kecuali dalam hal-hal biasa yang termampu dikerjakan oleh manusia, seperti mengangkat suatu barang, meminjam sesuatu dan lain-lain. Namun demikian kita juga mesti memohon kepada Allah agar dipermudah jalan untuk mendapatkannya. Selain itu juga wajib diketahui bahawa memohon pertolongan kepada Allah atau berdoa kepada-Nya mestilah secara langsung secara terus menerus kepada-Nya.
Tidak ada orang yang dapat memberi manfaat dan mudarat tanpa izin Allah:
Rasul sollallahu `alaihi wasallam menerangkan kepada Ibnu Abbas radhiAllahu `anhu bahawa sekiranya sekalian umat atau makhluk berkumpulan dan bersatu untuk memberi manfaat kepadanya ataupun sebaliknya mereka bersatu dan berkumpul untuk mendatangkan mudarat kepadanya, namun semua itu tidak mungkin akan terjadi kecuali apa yang telah dituliskan untuknya di Luh Mahfudz sejak azali.
Oleh sebab itu kita tidak seharusnya terlalu gembira atau berduka terhadap sesuatu yang dilakukan oleh orang lain terhadap diri kita. Kerana kita yakin bahawa segala-galanya adalah di dalam ketentuan Allah. Kalau di dalam ketentuannya tidak ada keputusan untuk memberikan sesuatu kepadanya, nescaya dia pasti tidak akan dapat memperolehinya walaupun seluruh makhluk bersatu berusaha untuk menolongnya. Demikian sebaliknya kalau ditentukan bahawa ia akan mendapatkannya, walaupun seribu halangan, pasti ia akan memperolehinya juga.
Allah berfirman: 
"Dan jika Allah kenakan bahaya kepada engkau maka tidak ada yang dapat melepaskannya melainkan Dia. Dan jika dia mahukan kebaikan kepada engkau maka tidak ada yang dapat menolak kurnianya itu." (Yunus: 107)
p/s: aku dah lupa sumbernya maaf...hari ini aku seperti badut yang bernyawa. Insya Allah kisah di atas membuatkan aku tabah dengan apa yang berlaku. Pedulikan perasaanku.hehehe....
Selamat membaca ^_^

22 Mac 2011

Syabas Adik-adikku Sayang 2011 !









Tahniah Adik Munir, Adik Siha, Adik Zaid dan semua peserta adik-adikku sayang 2011 sehingga menyentuh hati penonton. Ada juga sehingga menitiskan air mata (persembahan Adik Zaid semasa separuh akhir). Semua dapat hadiah kan. Syukur...

Adik Siha, jangan mengalah. Jika anda menang, anda hendaklah menunaikan janji anda. hehehe

'Sekolah Tadika'

Entah apa yang terbuku dihati aku. 
Entah apa yang terkeluar dimulut sehingga ada yang terasa. 
Aku bukan malaikat. 
Aku bukan Nabi Muhammad SAW yang maksum.
Hari ini antara hari aku mungkin sibuk ke hulu dan ke hilir.
Jangan kacau, jika aku tengah buat kerja.
huhuhu...

Ramai juga tenaga kerja aku ni.
PSS yang kecil tapi kelihatan seperti 'tadika'.hehehe
Itu kata seseorang. 
Ya ke?

Biarlah PSS ini tempatku tenang dengan buku-buku dan segala yang disumbat di sini.
Buat masa sekarang jangan buat pemantauan PSS lagi.
Harapanku...Jika nak buat tinjauan...silakan ^_^

Syukran...
Buat pelajar-pelajar yang berusaha menjadikan sekolah atau PSS ni jadi 'tadika'
Kamu semua adalah 'pelajar tadika' la ye.hehehe

'Duk atas lantai je...'

'serius buat kerja...orang kuat sekolah.hehehe'

Jazakumullahu Khairan Kathira...

20 Mac 2011

Sensitif ke?

Entah apa yag berlaku disekelilingku. Berita benar atau palsu? Utama atau lebih utama?

Sibuk dengan meminta DNA seseorang tetapi Bible Melayu telah tersebar ke seluruh negara. Tiada paparan diceritakan. Adakah DNA atau barang peribadi seseorang diangkut masuk ke mahkamah lebih utama? Tetapi akidah bangsa Melayu Islam tergadai tanpa bantuan dan sokongan negara yang mengaku negara Islam.

   
'gambar: bible versi melayu'

'Gambar: Al-Quran penambah ilmu pengetahuan'

Sekarang Libya telah diserang oleh 'penyembah syaitan'. Dengan alasan Gaddafi membunuh rakyat sendiri. Itu alasan untuk campur tangan dalam urusan sesebuah negara. 48 orang terbunuh dan kebanyakan wanita dan kanak-kanak. Kita tidak belajar dari sejarah kejatuhan kerajaan Uthmaniyyah dulu. Kita tidak belajar tetang kejatuhan Kerajaan Melaka akibat campur tangan Inggeris sehingga undang-undang negara masih terikat dengan undang-undang negara mereka. Adakah Libya akan mengikut jejak Iraq dan Afghanistan selepas ini?

'Gambar: Presiden Libya'

Israel menyerang penduduk Palestin dibiarkan sepi. Tiada campur tangan 'penyembah syaitan' ini. Negara yang ingin menolong tidak diberi sokongan. NGO yang pergi ke sana ditahan bagaikan anjing kurap. Dunia senyap dengan memberi alasan rakyat palestin adalah pengganas mempertahankan tanah sendiri.

'gambar: kanak-kanak dilatih mempertahankan diri'

Bencana alam di Jepun masih menjadi sindiran kononnya 'Ultraman dikejar ombak Tsunami'. Ia tersiar dalam CNN. Memalukan negara sendiri. Kita tidak mengambil pengajaran. Walaupun Jepun maju, tetapi kuasa Allah tiada teknologi dapat mengatasinya. Tsunami di Acheh, Jepun mendapat amaran yang paling awal. Tetapi Tsunami di negara sendiri,  tiada teknologi yang dapat amaran awal. Begitu juga hari kiamat. Adakah kita bersedia?


SUMBER: palestininfo, satuhala , abimonline & thenews

18 Mac 2011

Gangguan dan Wudu'

Sepanjang cuti ini, aku sempat berkunjung ke Darul Syifa'. Sempat mengutip mutiara ilmu dari Ustaz yang bertugas. Aku sakit? hahaha...tak semestinya pergi ke sana kerana sakit kan...

Antara tip yang aku perolehi adalah cara mandi. Kita perlu mengetahui cara mandi yang betul. Jika tidak badan akan terasa lesu dan mudah pening kepala. Mandi mestilah bermula dari bawah. Bermula dari kaki hingga ke atas supaya wap dapat keluar melalui ubun-ubun kepala sedikit demi sedikit.

Sebelum tidur...apa yang biasa kita lakukan? Adakah terus pejam mata dan terlena?

'gambar: tidur gaya bebas geng syaitan'

Manusia berasal dari  tanah dan air. Apabila kita tidur roh akan keluar dari jasad dan terbang ke mana-mana sahaja. Sebab itu Rasulullah mengajar kita sebelum tidur, kita hendaklah berwudu'. Wudu' dan jasad akan bersatu semasa kita tidur dan roh masih melekat pada badan. Faham tak?huhuhu...susahnya nak terangkan..

Kemudian tidur atas rusuk kanan untuk mengelakkan sebarang gangguan dari makhluk yang tidak dapat dilihat. Jika kita tidur mengadap ke atas kita mudah 'ditindih'. Tidur meniarap, tidur gaya kuak syaitan. hihihi
Tidur meniarap ni mudah sakit jantung atau lemah jantung.

Mereka akan masuk melalui lubang besar iaitu ubun-ubun kepala, dan dua tapak kaki. Lubang kecil pula adalah dua lubang telinga dan lubang hidung.

Selepas berwudu' dan sebelum tidur kita perlu baca ayat kursi dan tiga qul (surah al-ikhlas, surah al-alaq dan surah an-Nas) bukan baca qul qul qul  yea.hehehe...baca semua itu sebanyak 3 kali dan hembus ke atas tapak tangan dan sapu seluruh badan termasuk melalukan tangan di bawah tapak kaki.

Hadis dari Barra’ Bin ‘Azib bahawasanya Rasulullah bersabda: 
“Apabila kamu hendak ke tempat tidur, maka berwuduklah seperti wuduk kamu untuk menghadiri solat…” 
(Riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim)


Tidur awal supaya bangun awal. Mudah nak buat ibadat ni ^_^

Haaa...satu lagi.

Jika kita bermimpi buruk jangan diceritakan kepada orang lain kecuali untuk perubatan. Hal ini kerana dibimbangi akan berlaku sebagaimana dalam mimpi.

Jika mimpi buruk, kita bangun dan ludah (isyarat je...jangan ludah betul2) ke kiri  dan baca أعوذ بالله من الشيطان الرجيم. Bangun solat tahajut dan solat hajat supaya terhindar dari mimpi itu. Kemudian alihkan tempat tidur dan baca sebagaimana yang telah di sebut tadi.

Diriwayatkan Abdullah bin Abu Qotadah bahawasanya Rasulullah bersabda: 
“Mimpi yang baik daripada Allah, sedangkan mimpi yang buruk daripada syaitan, maka apabila salah seorang di antara kamu bermimpi buruk hendaklah ia meludah ke arah kiri dan mohonlah perlindungan kepada Allah dari keburukannya, sesungguhnya hal itu tidak akan memudaratkannya”. 
(Riwayat Bukhari Muslim)


SUMBER: Perubatan Darul Syifa' & hadis

17 Mac 2011

Saat Tsunami Melanda...& Rahsia Allah.

Malam Jumaat. Hari Jumaat 12/3/2011. Jepun dilanda gegaran 8.9 skala ritcher dan mencetuskan tsunami. Bangunan berliut-liut seperti pohon buluh ditiup angin. Kereta api bawah tanah lenyap begitu sahaja tanpa pesanan atau sms. Mangsa korban terus bertambah. Apa perasaan kita jika berada di sana?



Jika saat dikir barat dilaksanakan tsunami melanda dan menenggelamkanku...siapa yang dapat menolongku?

Jika malam itu aku lena dibuai mimpi indah dalam bilik penghawa dingin dan pelajar-pelajarku sibuk menunaikan qiamulail dengan kerelaan hati ...tiba-tiba tsunami menghempas pantai berhampirku, apa yang akan aku jawab dihadapan Allah tentang keadaanku malam kejadian?

Malam itulah terjadinya tsunami di Jepun. Walaupun mereka mempunyai teknologi yang moden, kuasa Allah tiada tandingannya. Kita tidak mampu melawan kehendak Allah. Letupan di logi nuklear, siapa yang mampu menahannya?Subhanallah!

Bagi aku tak perlulah buat statement pasal 'tidak mengambil pemuliharaan rumah hijau' (alaihai Datin) jika Allah kata tsunami itu berlaku di Malaysia...ia tetap akan berlaku. Ia bukan sebab pembinaan logi nuklear atau sebaliknya. Jangan jadi orang 'kurang akal'. Gunakan ilmu yang Allah anugerahkan dengan sebaiknya.

'Gambar: jadi bahan lawak salah satu akbar tempatan'

Sekarang salji meliputi Jepun. Mereka memerlukan bahan bakar untuk memanaskan diri. Tetapi kita berlebihan menggunakan bahan bakar. Kita golongan pembazir. Tidak menggunakan segala kemudahan yang ada. Sengaja mengada-adakan sesuatu yang kita tidak mampu kita capai.

Aku nak kongsi sedikit ilmu dari usrah yang dibuat oleh Ustaz Ridzuan Hashim berkaitan kitab tafsir surah as-sajadah.  Ada 5 perkara yang menjadi rahsia Allah.

1. علم الساعة : tentang berlakunya hari kiamat. Hatta Nabi Muhammad SAW pun tidak tahu.

2. Bila hujan nak turun. Walaupun ada ramalan cuaca mengenai banjir di pantai timur. Rupa-rupanya banjir teruk di Johor. (mungkin kerana mempersendakan perempuan bersalam menggunakan sarung tangan. Wallahua'lam). Begitu juga dengan tsunami atau gempa bumi.

3. يعلم ما في الأرحام : Janin dalam rahim ibu. Ini bukan bermakna menidakkan teknologi moden mengenai keadaan janin normal atau tidak. Perempuan atau lelaki. Tetapi yang dimaksudkan di sini adalah bila lahirnya, bila ajalnya, bila rezekinya dan bila jodohnya. Selepas tempoh 4 bulan, malaikat akan catat semua itu mengikut arahan Allah.

4. ماذا تكسب غدا : ِ Apa yang berlaku pada keesokan hari. Sebab itu Allah tidak suka orang yang menangguhkan kerja.

5. وما تدري نفس بأي ارض تموت: Tempat mana kita akan mati kita tak tahu walaupun liang lahad atau kubur telah ditempah awal-awal. Mungkin mati dalam perjalanan. mungkin mati di Mekah atau Madinah. Atau mati dalam keadaan sujud di masjid. Hanya Allah yang tahu. Malaikat tunggu arahan sahaja.

Hadis riwayat Ibnu Abi Hatim :
"ما من بيته فيه أحد من أهل الدنيا إلا وملك الموت يقوم على بابه كل يوم سبع مرات ينظر هل فيه أحد أمر أن يتوفاه"
Maksudnya lebih kurang macam ni la:
"tidak ada seseorang pun dalam rumah bagi ahli dunia ni akan terlepas dari malaikat maut. Malaikat maut (izrail) akan berdiri di pintu rumahnya sebanyak 7 kali untuk melihat adakah dalam rumah ni ada seseorang yang perlu dicabut nyawa pada hari itu"
Aku harap penduduk Jepun bersabar dan tabah menghadapinya. Takziah buat mereka yang kehilangan anggota keluarga dalam bencana ini.

Moga kita istiqamah dalam membuat amal kerana ajal kita hanya Allah sahaja yang tahu. wallahua'lam ...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...