08 Februari 2024

Kursus Kompetensi WS** awal feb 2024

Alhamdulillah. Aku masih diberi peluang dan ruang untuk terus belajar. Itulah rutin aku sepanjang hidupku. 

Setelah aku berjaya harungi sambung belajar peringkat sarjana selama 2+1 dibawah tajaan KPM (hlp) sejak tahun 2020 hingga 2023. Alhamdulillah aku berjaya harungi dengan izin Allah. 

Aku juga hampir putus asa kerana 1 semester SV senyap dan tidak menyemak draf akhir disertasi aku. Setelah memaklumkan hal berkenaan kepada pihak pentadbiran universiti, SV aku telah menjalankan tugasannya dengan baik. Alhamdulillah. Ini juga dengan izin Allah yang menggerakkan dan melembutkan hati-hati insan yang berkenaan. 

Kini tugasan aku sebagai warden kemudian setiausaha warden sangat mencabar. Hal ini kerana tiada satu panduan yang baik boleh membantu aku dalam melaksanakan tugasan aku ini. 

Pada awalnya kehadiran kursus ini tidak diberikan kepada aku kerana bertembung dengan tugasan pembinaan modul spm 2024. Namun dengan paksaan tuan pengetua dan kerelaanku kerana 'Aku yang menurut perintah' aku hadir ke kursus ini dengan hati yang berat. 3 hari. Bukan sehari. 

Apa hasil yang aku perolehi?

Tahu dan faham. Tetapi aku belum laksanakan. Jika peringkat TP masih diperingkat TP2. Mampukah aku laksanakan? Adakah ada rakan-rakan lain membantu? 

Aku tidak suka desakan. Aku senang hati apabila tiada paksaan. Biar aku laksanakan secara sukarela. Insya Allah aku akan laksanakan walaupun bukan semua.

Warden bukan kerja mudah, namun pengorbanannya tiada tolak bandingnya 

Warden boleh buat kerja, tetapi pihak pengurusan perlu berikan sokongan yang padu.

Warden bukan robot, bahkan dia ada perasaan yang perlu dijaga.

Warden bukan tiada komitmen tetapi berkorban untuk anak-anak generasi akan datang menjadi pemimpin dunia yang Islamik.

Warden hanya orang biasa yang perlukan bimbingan dan bantuan dari orang sekeliling.

Ya Allah, lapangkan hati ini menerima tanggungjawab yang tarik diri dari memegangnya. Jadikan hati kami cekal dan tabah menghadapi kerenah ibu bapa dan murid dari pelbagai sudut. Bantulah kami dengan rahmatMu. Amin Ya Rabbal Alamin.

Rakan Sejawat Toksik

Ahlan...ahlan Ya Ramadan.  Alhamdulillah masih diberi peluang merasai hidup dalam Islam tetapi umat Islam Palestin masih bergelut dengan kes...