30 November 2016

Ujian akhir 2016

Memandu lebih 500km seorang diri menguji fizikal dan mental. Bertemankan mak dan adik,  alhamdulillah aku sampai ke destinasi. Singgah di rumah abang sebelum sambung perjalanan.

Setelah hari kedua di kampung,  aku sakit perut,  pening dan muntah. Hingga mulut terasa pahit. Minum dan keluar semula. Adik panjat pokok kelapa muda dan diserahkan kepadaku. Minum dan tetap keluar semula.

Disebabkan perut terasa kosong,  aku minum satu sudu madu tanpa air untuk beberapa ketika. Alhamdulillah,  khasiat madu tiada tandingan.  Kemudian makan kurma, kismis dan aprikot.

********
Isi kuliah maghrib.

ربنا خلقت هذا باطل. سبحانك فقنا عذاب النار.

Tiada apa yang ALLAH jadikan sia-sia. Ada rahsia disebaliknya. Ada hikmah.

ما اصابكمن حسن  فمن الله وما اصابك  من سيئة فمن نفسك.

Allah Maha Sempurna.

ان الله جميل يحب الجمال

Kasih Allah banyak. Tanda kasih adalah ikut suruhan Allah. Tak ikut nafsu. Tidak menangguhkan kebaikan bahkan segerakan suruhan Allah. Mendahulukan suruhan Allah.

21 November 2016

Pelabuhan.

Aku masih dalam dilema. Esok, nak ponteng atau pulang ke rumah. Lantikan tetap lantikan. Aku perlukan maklumat. Aku dahagakan maklumat itu.

Letih memang letih. Aku nak habiskan tugasan aku disini. Biar aku faham habis. Tidak tertanya-tanya lagi.

Peruntukan 3 hari 2 malam perlu dihabiskan di sini. Aku rasa tak puas hati. Biar aku dengar dari mulut mereka bukan dari orang lain.

Aku nak cuba datang lagi setelah drive ke klia dan berpatah balik ke tempat itu.

Aku dah mulakan dan aku perlu habiskan walaupun tahun depan orang lain yang perlu bagi taklimat itu.

Peluang ini tidak selalu hadir. Jadi gunakan peluang ini. Bukan aku tak pernah drive jauh. Lebih 500km juga aku pernah pandu seorang. Apatah lagi perjalanan tak sampai 100km sehala ini.

Moga Allah terus pelihara diriku ini.

**********
Malam itu,  aku sampai pukul 12 malam. Keesokan hari, bangun 4.30 pagi untuk pergi ke klia. Mengantuk sangat. Singgah di Masjid klia dan terus pulang ke rumah.

Badan keletihan dan memaksa aku berehat di rumah.

20 November 2016

Oh! UPSR.

'Lembaga' memang lembaga. Aku sangka dapat pindah. Bila buka surat itu, rasa nak nangis.

Siapa sangka, mereka pilihku. Apakan daya diluah mati datuk,  diludah mati nenek. Terpaksalah menyusahkan 'housemateku'.

Kenapa aku terpilih? Kenapa tak ambil peluang yang ada ini? Kenapa banyak alasan? Konvo dan flight. Dua tempat yang sepatut aku hadir. Salah satunya,  aku perlu 'ghaib'.

********
UPSR adik telah keluar. Tabahlah. Inilah hasil sistem ciptaan manusia. Buktikan dengan kemampuan kita walau dimana sahaja kita berada. Itulah rezek kita yang tertulis.

Kakakmu ini, dahulunya tiada A dalam keputusan UPSR. Setelah melihat usaha ayah untuk masukkan aku ke sekolah agama,  aku ubah diri untuk belajar bersungguh-sungguh. Diri ini tidak sepintar kawan yang lain. Belajar dan terus faham. Oh! tidak.

Tanpa suruhan dan paksaan mak ayah, aku tidak seperti hari ini.

Tanpa ulangkaji selepas belajar,  aku seperti tidak pernah belajar. Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.

Tanpa latihan yang banyak sambil dengar radio,  aku akan terus tidur. Nikmat sekejap.

Tanpa bertanya guru, aku akan terus membuat perkara yang salah.

Tanpa ajaran guru,  aku tidak seperti sekarang.

Tanpa mereka,  siapalah aku.

Teruskan belajar dik. Walau dimana kita berada.

08 November 2016

Adab mengatasi illmu

Adab dengan guru. Adab yang sangat dituntut kepada semua penuntut ilmu. Penuntut tidak kira muda atau tua.

Adab ini merangkumi adab ketika bercakap,  adab ketika bertemu,  adab ketika menolong dan banyak lagi.

Semua ini dapat dibuktikan dalam pentaksiran sebenar seperti pt3 yang ganti pmr,  spm,  stam,  stpm,  dan apa sahaja peperiksaan akhir dalam bentuk penilaian.

Dahulu,  aku sangat percaya semua ini berlaku di bumi Anbiya' seperti di Mesir. Tempat yang pernah aku tuntut ilmu. Mulut,  perasaan,  tindakan sangat dijaga. Ada juga yang pulang lambat disebabkan suka belajar di sana. Hal ini tidak dapat dinafikan.

Bagi kami pelajar perempuan dan juga tajaan sendiri, sangat perlu tamat belajar cepat. Tempoh 2 tahun di sana memang tidak cukup. Apatah lagi aku adalah pelajar muadalah dari KUSZA. Batch terakhir kusza sebelum tukar nama kepada udm dan unisza

'over confident' sangat membunuh keputusan pelajar. Ketika aku belajar di sekolah menengah,  aku mula usaha sendiri sehabis yang mampu. Aku tidak meletakkan keyakinan menjawab banyak membawa markah yang tinggi. Aku akan cuba faham kehendak soalan dan membina ayat sendiri.

Apabila menjadi seorang guru,  aku sentiasa berjumpa pelajar yang beradab dan tidak menyakiti hati guru mendapat markah yang luar biasa. Sedangkan beliau sebelum pt3 mendapat F. Apabila pt3, mendapat markah D atau C. Ada juga yang mendapat B. Sangat menakjubkan. Ibu bapa beliau juga sangat hormatkan guru.

Cukuplah coretan ketika menanda kertas pt3 2016.

01 November 2016

SYMP

Keterpaksaan. 2 orang tapi datang seorang. Jika bidang berlainan,  bagaimana nak bahagi badan kepada dua?

Aku akan ke bahagianku. Terpaksa pilih.

*************
Alhamdulillah. 3 hari pergi dan balik lebih kurang 65km sehala. Banyak ilmu yang dipelajari. Rasa hilang kerja yang tiada kesudahan di sekolah. Bila sekolah,  tak tahu kerja mana yang perlu diutamakan. 

Hari terakhir pulang,  terus teringat tv. Beli tv led jenama LG. Waranty 2 tahun. 24 inci. RM500 +RM30 gst. Murah atau tidak, aku tidak tahu. Jika servey di Lazada RM505. Rezeki bulan ini.

Rakan Sejawat Toksik

Ahlan...ahlan Ya Ramadan.  Alhamdulillah masih diberi peluang merasai hidup dalam Islam tetapi umat Islam Palestin masih bergelut dengan kes...