Mutiara Kata Untuk Murabbi.

"JIKA MURID DIAJAR DENGAN PUJIAN, DIA BELAJAR MENGHARGAI"

"JIKA MURID DIAJAR DENGAN CELAAN, DIA BELAJAR MEMAKI"

"JIKA MURID DIAJAR CEMUHAN, DIA BELAJAR RENDAH DIRI"

"JIKA MURID DIAJAR DENGAN PERSAHABATAN, DIA BELAJAR MENYAYANGI"

"JIKA MURID DIAJAR PERMUSUHAN, DIA BELAJAR BERKELAHI"

"JIKA MURID DIAJAR JAMINAN, DIA BELAJAR MEMPERCAYAI"

"JIKA MURID DIAJAR DENGAN PENGHINAAN, DIA BELAJAR MENYESALI"

"JIKA MURID DIAJAR DENGAN KEADILAN, DIA BELAJAR KESAKSAMAAN"

"JIKA MURID DIAJAR DENGAN DISKRIMINASI, DIA BELAJAR MEMENTINGKAN DIRI"

24 Oktober 2013

Hikmah Tersembunyi.

Kembali bertugas. Hari Aidil Adha yang kedua, kereta meluncur laju melalui Lebuh Raya Pantai Timur. Itulah laluanku untuk pulang ke kampung halaman. Apabila pulang ke kampung, hati berbunga-bunga. Sebaliknya berlaku apabila kembali bertugas. Aku pasti semua orang merasainya.

13 Zulhijjah 1434H, dalam keterpaksaan aku melangkah dari sekolah ke satu program kesedaran pengajaran alaf baru. Frog VLE.

Di sana, baru aku tahu itu adalah kursus profesionalisme pengetua dan guru besar. Aku ni sebagai orang kecil di sana. Kursus pengetua tapi diheretnya guru lain termasuk aku. Hairan bin Ajaib, orang sepatutnya masuk bengkel tidak kelihatan hingga akhir program.

Banyak yang aku belajar di sana. Ini peluang aku belajar secara tak langsung. Terbuka luas. Sayang bagi sesiapa yang ponteng. Jika pelajat ponteng dimarahi, tapi andai diri selalu ponteng apa yang buatnya???!

Guna Cloud. Simpan dalam google drive. Log in dalam www.frogasia.com. Cara guna Chrome Book. Alhamdulillah, aku suka gajet. Jadi aku godek-godek chrome book depanku. Laju. Tak berat. Bila sekolahku nak dapat ict bergerak ini?

Tak cukup pergi kursus ini, aku terus dihujani surat. Sikit tapi cukup memenatkan otak untuk diselesaikan. Dalam kepala masih banyak kerja terbengkalai. Umpama banglo tak siap. Tak sempurna. Berlubang. Kerja Adhoc. Terus fikir positif walaupun ada rasa cuak apabila ada seseorang menyuruh buat kerja lain. Cara pentingkan diri. Mudahkan kerjanya. Tiba-tiba aku jadi baran. Sabarrr...Sobrun jamilll!

Terus ke tugasan seterusnya. Sebelum itu, aku dah telefon ketua aku. Orang sekampung. Teruja. Boleh tambah kenalan. Tambah ilmu.

Pada awalnya aku sesat jalan. Tak tahu jalan ke sekolah hebat ini. Lebih tiga kali pusing. Akhirnya terpaksa guna navigation. Susah nak cam jalan. Tugasan selesai jam 12 tengah hari. Aku ronda-ronda masuk bank islam. Buat pay off. Pergi klinik gigi untuk tampal gigi. Doktor tak jumpa gigi berlubang. Besar lubang jarum. Susah sikit. Jadi cuci gigi sahaja.

Banyak tugasan dan kerja selesai walaupun asalnya berat atau malas nak bertugas. Itu lumrah manusia. Rupanya Allah nak bagi kemudahan. Pernah terfikir untuk ambil cuti rehat khas semata-mata nak jumpa doktor gigi. Cantik perancangan Allah.

Jumaat dan sabtu bertugas lagi. Sebagai fasilitator. Insya Allah dipermudahkan segala urusan.

15 Oktober 2013

Aidil Adha 1434H

Aku sangat menghargai keprihatinan orang sekeliling. Biar pun aku tiada jawapan. Bukan aku tidak sudi menjawab, tetapi tiada kebaikan bagi menjawab persoalan itu. Apabila menjawab pasti menyinggung perasaan orang yang mendengar atau membaca. Itu realiti yang sentiasa terjadi kepadaku.

Diam. Diam. Diam. Menjawab juga akhirnya. Hal ini berlaku akibat desakan. Kawalan emosi kian mengendur. Aku cuba untuk memahami. Aku cuba bersabar. Aku hanya manusia biasa. Bukan Nabi atau Waliyullah. Bahkan bukan Laksamana Sunan.

Ketika dalam perjalanan ke klia, aku singgah di Petronas untuk solat jama' taqdim maghrib isya'. Terpandang seorang mak cik pakai singlet dan kain telekung solat. Berkemban.

Selesai solat, sempat bercakap dengan mak cik ini. Kata mak cik, " Tunggu masuk solat isya' dulu". Kelihatan dirinya baru sudah mandi dan pakai bedak di muka.

Sentap sekejap bila tahu mak cik ni tinggal di KL. Bawa teksi Eksekutif warna biru. Tunggu solat isya' baru kerja semula atau pulang ke KL. Umur anggaran 50-an. Badan sihat. Jaga solat. Alhamdulillah :)

Alhamdulillah. Kali ke-2 aku berjaya melaksanakan ibadah korban. Moga Allah menerima segala korban yang dipersembahkan melalui ibadah korban pada 10 Zulhijjah 1434H. Sempat melihat proses penukaran kiswah /kelambu Kaabah. Sedangkan orang Muslim yang melaksanakan ibadah haji berkumpul di Arafah. Tentu mereka terpegun apabila kembali ke Masjidil Haram.

Teringin sangat pergi ke Baitullah. Menjadi tetamuNya. Ibu bapaku sudah DUA kali menunaikan ibadah haji. Walaupun mereka bukan orang senang, Allah tetap menjemput mereka sebagai tetamuNya. Moga aku sempat menjadi tetamu Allah di Baitullah.

Aku cuba ikhlaskan diri dalam melaksanakan sesuatu urusan. Hanya Allah yang tahu. Kadang-kadang bisikan jahat cuba lebih kuat untuk merosakkan niatku.

Bak kisah dalam buku Magis oleh RAM, Dajal mungkin menggunakan nama Amerika untuk menguasai dunia. Jika dilawan, pasti dimusnahkan. Jika jadi sahabat, pasti ditolong dengan kemewahan diluar jangkaan. Allahu akbar! terasa terlalu jauh persediaanku menghadapi dunia akhir zaman yang penuh dusta. Yang benar dianggap bohong. Yang dusta dianggap benar dan hero.

Ta'jub dengan kekuatan akidah yang ditunjukkan oleh Laksamana Sunan berhadapan dengan syaitan yang bertopeng manusia. Hijab dan firasat yang baik mengatasi segalanya. Solat sunat tahajut, taubat & hajat menghiasi malamnya walaupun sedang bermusafir atau terpenjara. Hanya kekuatan Allah membantunya dalam menempuh dugaan. Tahniah RAM. Menghidupkan watak umpama wali.

10 Oktober 2013

Tulisan jawi dari Window 7

Tulisan arab dan jawi memerlukan cara untuk dimasukkan dalam komputer PC dan laptop individu. Semua guru dan pelajar yang perlu membuat tugasan dan menyemak tugasan memerlukan satu cara atau tutorial berkaitan dengan tulisan jawi ini.

Aku hanya mampu menulis dan membuat tutorial secara ringkas sahaja.

1. Click Control Panel

2. Keluar paparan ini dan klik dalam petak

3. Klik paparan seterusnya

4. Klik paparan seterusnya.


5. Pada paparan seterusnya, klik no 1: Arabic (Saudi Arabia). Kemudian klik button Arabic (101) dan klik ok untuk menerima tulisan arab.

6. Klik apply dan ok.
7. Klik apply dan ok.

8. Download daripada www.4share.com SINI. Register dahulu. Anda boleh cari dan download dari laman web ini SINI. Font jawi download.

9. Buka folder atau zip. Copy semua tulisan. Buka Drive C. Klik window. Cari font dan buka folder itu. Paste dalam folder font itu.

10. Pastikan di bahagian bawah destop ada paparan ini. Klik EN. Kemudian klik button AR. Sebelum itu, pastikan bukan Microsoft Office Word.

11. Anda boleh cuba menulis dalam Microsoft Office Word.

Selamat mencuba.






07 Oktober 2013

Kekurangan.

Seorang ketua. Tapi aku lihat sebaliknya. Hampir semua yang ditanya tidak dapat dijawab dengan jelas. Sesuatu perkara mesti dijawab dengan jelas. Teliti dan berhati-hati. Salahkah aku meneliti sesuatu yang berada disekelilingku?

Bercakap dan terus bercakap atau bercakap bila perlu sahaja. Bercakap dalam hati dengan menulis. Tulisan juga menjadi lebih tajam dan berbisa dari perkataan yang keluar dari mulut. Semuanya akan dinilai oleh Allah di hari pembalasan. Itu perlu aku ingatkan untuk diriku sendiri. Allahu akbar.

Aku tak mampu nak berkata. Nak berdebat apatah lagi. Jadi aku teruskan kerja yang masih berbaki mengikut kemampuan. Mood menurun sejak pmr bermula. Takut dengan pencapaian pengajaranku terhadap mereka. Gagal mereka, gagal lah aku. Kenyataan yang perlu aku telan walaupun pahit.

Ya Allah...aku tak berjaya mengawal emosiku. Apa yang patut aku buat?

Banyak perkara telah berlaku. Aku kurang menulis. Aku kurang membaca. Semuanya kurang. Maaf atas kekuranganku.

04 Oktober 2013

Manna Dan Salwa.

وَظَلَّلْنَا عَلَيْكُمُ الْغَمَامَ وَأَنزَلْنَا عَلَيْكُمُ الْمَنَّ وَالسَّلْوَىٰ ۖ كُلُوا مِن طَيِّبَاتِ مَا رَزَقْنَاكُمْ ۖ وَمَا ظَلَمُونَا وَلَٰكِن كَانُوا أَنفُسَهُمْ يَظْلِمُونَ [البقرة:٥٧]

Maksudnya:
Dan Kami telah menaungi kamu dengan awan (dari panas matahari di padang pasir) dan Kami turunkan kepada kamu "Mann" dan "Salwa", (serta Kami berfirman): "Makanlah dari makanan-makanan yang baik yang Kami telah kurniakan kepada kamu". Dan tidaklah mereka menganiaya Kami (sebab mereka kufurkan nikmat itu), tetapi sebenarnya mereka adalah menganiaya diri sendiri. (Surah Al-Baqarah :57)

Kemudian diperingatkan Allah nikmat lain yang dikurniakan kepada Kaum Nabi Musa, Bani Israel.

"Dan kami telah teduhi kamu dengan awan dan kami telah turunkan kepada kamu, Manna dan Salwa."

40 tahun lamanya mereka tertahan di Padang Tih, sebagai hukuman kerana mereka tidak mahu masuk ke negeri yang dijanjikan itu. Sepanjang berada di Padang Tih yang kering kontang itu, mereka diteduhi awan. Andai tidak diteduhi, mereka akan mati kerana teriknya panas matahari di padang pasir. Inilah suatu rahmat daripada Allah yang mereka terima walaupun mereka sedang dihukum. Mereka patut mensyukurinya.

Kemudian, mereka dikurniakan makanan Manna dan Salwa. Manna mengikut kamus 'kurnia' dan Salwa dimaksudkan 'penawar hati'. Tetapi yang dimaksudkan ialah dua makanan enak yang dianugerahkan Allah kepada mereka. 

Menurut riwayat Ibnu Munzir dan Ibnu Abi Hatim dari Ibnu Abbas, berkata bahawa 'manna' adalah suatu makanan manis, berwarna putih yang mereka dapati pada tiap-tiap pagi melekat pada batu-batu dan daun-daun kayu. Rasanya manis dan enak, semanis madu sehingga ada penafsir yang membawa masuk madu. Apabila mereka makan makanan itu, mereka akan kenyang. Mereka boleh membawa bakul setiap pagi bagi memungutnya. Adapun 'salwa' ialah burung putih sebesar burung puyuh. Terbang berbondong-bondong dan mudah mereka tangkap. Dagingnya gurih dan empuk. Sewaktu burung itu datang berbondong-bondong sehingga mereka tidak kekurangan daging.

Manna?

Manna?
Salwa?

"Makanlah dari yang baik-baik yang telah Kita anugerahkan kepada kamu". Ertinya semuanya itu dianugerahkan Allah dengan rasa rahmat, sebab itu memakan pun haruslah yang baik. "Dan tidaklah mereka yang menganiaya diri mereka sendiri" hujung ayat 57. Tegaasnya, jika Allah Taala mendatangkan sesuatu perintah dan menurunkan Agama, bukanlah Tuhan mensia-siakan jaminan hidup bagi manusia, bahkan diberiNya perlindungan  dan makanan  cukup. Maka sebagai tanda syukur kepada Ilahi, patutlah mereka beribadat kepadaNya. Kalau nikmat Tuhan tidak disyukuri, sengsaralah yang akan menimpa. Maka kalau sengsara menimpa, janganlah Tuhan disesali, tetapi sesalilah diri sendiri. Dan Tuhan tidaklah akan teraniaya oleh perbuatan manusia. Misalnya, walaupun manusia mendurhaka kepada Allah, tidaklah Allah akan mencelakakannya dengan perbuatan manusia itu, melainkan manusialah yang mencelakakan dirinya.

"Dan (ingatlah) seketika Kami berkata: masuklah kamu ke dalam negeri ini, maka makanlah daripadanya sebagaimana yang kamu kehendaki dengan sepuasnya, dan masukilah pintu itu dengan merendah diri dan ucapkanlah kata memohon ampun, mescaya akan Kami ampuni kesalahan-kesalahan kamu dan akan kami tambah (nikmat) kepada orang-orang yang berbuat baik" (ayat 58)

Setelah mereka dikeluarkan dari tempat perhambaan di Mesir itu dan dijanjikan kepada mereka tanah-tanah pusaka nenek moyang mereka, iaitu bumi Kanaan atau tanah-tanah Mesopotamia (Palestin dan sekeliling Sungai Yordania)

Sumber:

1. Perisian Zekr
2. Tafsir Al-Azhar (Juzu' 1) m/s 202. Penerbitan Pustaka Pajimas, Jakarta, 1982.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...