27 November 2013

Kekeliruan.

Dugaan. Dugaan. Dugaan. Muka semakin serius apabila memikirkan sesuatu yang tiada penyelesaian. Senyap. Senyap mencari jalan. Ya. Itu lah aku. Semua suara disekeliling aku terasa 'kelu'.

Nama pada ic dan surat beranak lain. Bukan nama aku tapi nama ayah. Beliau mahramku. Oleh itu, permohonan visa memerlukan mahram. Bukan pengesahan di mulut tetapi berdokumen. Tertulis nama bapa sama dalam ic dan surat beranak serta ic ayah.

Sudah lama aku sedar nama ayah pada ic aku salah. Aku biarkan. Ketika itu di sekolah menengah. Sijil PMR dah guna nama pada ic. Urusan bank juga sama. Jadi dibiarkan kerana menganggap itu masalah kecil. Rupanya kecil masalah pada mataku tetapi besar masalah ini pada zaman moden.

Terfikir juga 'Adakah aku kena buat ujian DNA?'. Rumit tu. Itu lah penangan tengok filem sains dan fiksyen sangat. Senyuman terbentuk pada wajah. Berangan.

Pihak travel minta ambil pasport dan minta endorsment dari imigresen mengatakan nama dalam ic dan surat beranak adalah orang yang sama. Arahan diterima. Roger.

Berdebar hati ini. Adakah Allah mahu menerima aku sebagai tetamuNya? Adakah aku banyak dosa? Hampir setiap malam aku lakukan solat taubah. Adakah doaku tidak cukup? Semakin banyak aku berfikir.

Aku berkejar ke imigresen. Kaunter 10 tanpa mengambil nombor giliran.  "kami hanya membuat nama seperti dalam passport. Kami tak berhak mengesahkan nama dalam ic dan passport atau ic. Jpn sahaja boleh buat pengesahan ini". Selepas ucapan terima kasih aku terus ke tingkat 2 bahagian pendaftaran di jpn.

"Banyak lagi urusan awak tersangkut jika nama bapa tak sama ni. Surat sumpah tak cukup," wajah kecewa terpapar secara drastik.

"Maaf dik. Pengawai tinggi yang boleh buat pengesahan tiada. Hadiri meeting di Port Dickson," kata pegawai yang mengendalikan kaunter pertanyaan.

" Esok datang awal yea. Kalau urgent sangat bagitau pegawai tu nanti," kata pegawai itu sambil bagi harapan.

Tadi surat pengesahan dapat visa diluluskan untuk ayah dan adik perempuanku. Aku ? Terpaksa buat kerja overtime berurusan dengan pihak tertentu. Tak sampai sebulan lagi. Doakan untukku dijemput Allah ke rumahNya sebagai tetamu yang istimewa. Teringat kisah prof kamil.

Esok.

Aku terlambat datang. Tuan pegawai masuk pejabat 8.30 pagi sekejap. Selepas itu ada 'meeting'. Masa seperti emas. Masa itu seperti pedang. Kalau kamu tak potong dia, dia akan potong kamu. Tepat betul kata pepatah arab ini. Akibatnya, aku terpaksa tunggu hingga pukul 12 tengahari atau tunggu panggilan dari JPN. Nombor 'hatif yadayya' ditinggalkan untuk dihubungi.

Pegawai yang sangat prihatin. Nampak muka aku, beliau dah senyum. Senang ingat wajahku ini? jiwa yang resah kembali bersemangat. Penangan senyum tak perlu kata apa-apa.

Pasal senyum ni, aku pernah disalah anggap. Jadi aku sedikit kedekut dalam bab senyum. Biasa orang lain perlu mulakan. Menyingkap nostalgia tersilap senyum kepada pelanduk dua serupa. Rupanya orang lain. Itu ketika isi minyak kereta di Shell.

Kembali kepada pengesahan nama aku. Sementara menunggu surat di'endos'kan, aku ke tempat adikku belajar. Angkut barang dari asrama. Penuh Myviku. Sempat lagi 'safari' makanan untuk disantap di 'shathii bahri'.

Belum jam 12 mesej dah sampai. Berkejar ke JPN. Memang 'zahmah' kali ni. Parking penuh. Jadi tinggalkan kereta di tepi bersama adik-adikku. "Terima kasih puan". Sepatutnya aku sambung lagi. 'Semoga Allah permudahkan kerja puan kerana mempermudahkan kerja saya'. Ayat itu tak keluar. "Semoga semuanya selamat," itulah kata keramat dari puan pagawai.

Aku teruskan ke Shathii Bahri. Makan. Solat. Ada temujanji dengan klinik jam 2 petang. Rasa sesak. Sesak dengan kenderaan. Hujan lebat. Parking penuh. Allah permudahkan. Parking kosong. Tak sampai setengah jam, semua dah siap. Jumpa doktor gigi. Mandi hujan lagi.

23 November 2013

Semangat Ammar.

Bismillah...

Semangat menulis datang kembali. Kembali seperti semangat Ammar. Aku tak kenal siapa Ammar. Ada video tetapi internet sangat perlahan. Jadi dibiarkan dahulu video itu. Semakin banyak kisah di fb dan blog tentang Ammar. Keterujaan ingin tahu semakin melonjak. Siapa dia ni???!

Sementara video tak dapat ditonton, aku cuba baca entri dari Ustaz Hasrizal tapi server down. Mungkin ramai sangat masuk ke laman web ustaz. Aku semakin sibuk dan terlupa tentang Ammar. Pulang ke kampung, line streamyx ok dari android. Terperasan lama tak update guna laptop.



Aku mula ingin tahu tentang remaja ini adalah 'berjiran dengan Maqam Abu Ayub Al-Ansori'. Hatiku terus terdetik, "Apa kehebatan remaja ini sehingga mendapat kebenaran dikuburkan bersebelahan dengan dengan sahabat Rasulullah?". Video di atas telah menjawab persoalanku ini.
"Andai aku syahid, kebumikan aku di pinggir Constantinople. Agar pada suatu hari nanti, apabila aku mendengar tapak kaki kuda tentera Islam di atas kuburku, tahulah aku bahawa janji Nabi, telah tertunai!” – Abu Ayyub al-Ansari r.a. 44H 

Beliau juga mempunyai semangat Sultan Muhammad Al-Fateh yang membebaskan Kota Konstantinople. Kisah Sultan Muhammad AL-Fateh dileh di baca pada entri yang lalu. Tahun 2010 (SINI). Tahun 2011 (SINI). Tahun 2012 (SINI). Adakah ini ada kaitan dengan Ammar? Wallahua'lam.

Beliau meninggal dunia berjumpa dengan Allah dalam keadaan Husnul Khatimah (pengakhiran yang baik) walaupun dalam usia 20 tahun. Wajahnya masih berpeluh selepas dimandikan dan dikafankan. Wajahnya seperti orang sedang tidur. Wajahku bagaimana? Ya Allah, matilah aku dalam 'husnul khatimah'. Aminn.

Jasa beliau terlalu banyak jika dibandingkan dengan remaja seusianya. Perkara ini juga banyak dikongsi oleh rakan beliau sendiri dalam fan page ini (https://www.facebook.com/letsfollowammar?ref=profile) serta ahli keluarga. Perkongsian oleh Ustaz Hasrizal di SINI

'kisah yang dikongsi oleh Ustaz Hasrizal bersama Ammar'

Banyak perkara yang dilalui oleh Ammar. Kebanyakannya disebalik tabir. Kebaikannya disebut-sebut selepas syahid. Ada yang menganggap beliau seorang syahid yang tertangguh kerana keinginannya syahid di Syiria. 4 November 2013 ini adalah tarikh kesyahidan beliau setelah kemalangan jalan raya akibat dilanggar oleh sebuah ambulan.

'dari fb'

Visi dan misi beliau: 

“1) Akan menziarah serta mengkaji ketamadunan & kekayaan Sejarah Bangsa, Negara Turki & kerajaan-kerajaan yang pernah diasaskan oleh mereka."...ingin menjadi SEJARAWAN PERANTAU.

2) Meskipun tumpuan 100% kpd penguasaan akademik, tumpuan kpd ilmu rohani & agama tidak boleh diabaikan. Sehubungan dengan itu, bagi memastikan ketenangan jiwa, hubungan dengan Sang Pencipta dikekalkan, Risalah An-Nur tulisan Ustaz Badiuzzaman Said Nursi adalah penawar terbaik untuk semua ini.

Maka, jika aku berjaya memahami dan menguasai kitab RISALAH AN-NUR, aku akan cuba menyebarkannya ke setiap negara yg akan aku pergi di samping melakukan kajian sejarah.”

“Ya, sesungguhnya untuk mencapai kedua-dua matlamat ini, aku sudah tiada masa utk berlengah-lengah & berehat, sebaliknya berusaha bersungguh-sungguh dengan mengaplikasikan gerak-kerja harian aku kepada tindakan tanpa gagal.”


Perkongsian daripada Sdr. Abu Akhyar Al-Qudsi
Nampaknya saya masih lagi gagal menahan perasaan drpd berhenti menulis mengenai Ammar.

Ramai sekali yang masih hairan dengan fenomena Ammar. Saat selepas kematiannya sangat luar biasa sehinggalah saat akhir pemakaman jenazahnya. Luar biasa bagi seorang yang berumur 20 tahun, yang belum habis mengenali dunia dan di saat dunia juga tidak mengenalinya.

Kali ini saya menulis mengenai pembentukan Ammar di Madrasah Hayrat Vakfı, kerana kami di Turki sama2 di bawah penjagaan Hayrat. Pelajar Madrasah Hayrat ada trademark tersendiri. Kalian boleh lihat di dalam video, mereka memakai kopiah hijau, dan berserban putih.

Ada dua kunci yang boleh di ambil iktibar untuk kita semua, agar turut disayangi penduduk langit dan bumi, iaitu:

1) Menjaga hubungan dengan Allah
2) Menjaga hubungan dengan manusia.

Pelajar2 Malaysia di Turki di bawah penjagaan Hayrat tidak tinggal di asrama2 kerajaan, walaupun pelajar tersebut mendapat biasiswa kerajaan Turki. Namun ramai juga memilih tinggal di asrama kerajaan atas alasan kebebasan. Kami di Hayrat tinggal di madrasah-madrasah mereka. Oleh itu penjagaan di bawah Hayrat lebih rapi dan sempurna daripada aspek pengisian ruhani, jasmani dan aqli, di samping persediaan akademik di Universiti.

Di Madrasah, kami pelajar Malaysia dan İndonesia lebih disayangi dan dihormati berbanding pelajar dari negara lain, mungkin faktor kelembutan watak ketimuran, dan kami tidak banyak melawan atau memberontak. Ammar lebih disayangi kerana dia yang paling tidak melawan. Seburuk2 perangai orang Arab tetap menghormati Ammar. Pernah ada seorang Arab yang kasar dan kurang disukai, kaki gaduh yang keperibadiannya baru hendak dibentuk oleh Hayrat, satu-satunya orang yg dia senang ialah Ammar. Menakjubkan. Vakif2 drpd Hayrat kalau nak cari pelajar Malaysia pun mereka tetap cari Ammar, dan jarang sekali mencari pelajar2 lain terlebih dahulu.

Di Madrasah, ada rutin-rutin yang tidak didapati di asrama2 kerajaan. Waktu siang semua sibuk di Universiti masing2 dan aktiviti2 lain. Waktu malam akan ada pengajian risalah an-Nur, solat berjamaah, dan rutin2 lain ialah menulis Risalah an-Nur di dalam tulisan Uthmaniah. Antara rutin2 yang baik lagi ialah solat sunat qobliah dan ba'diah sudah seperti menjadi rutin tetap seperti solat fardhu. Begitu juga solat2 tahajjud seperti sudah menjadi seperti solat fardu. Di madrasah ini hubungan dengan Allah dititikberatkan lebih daripada segalanya. Alangkah bahagia saat akhir kematian di dalam suasana ini.

Semua ciri2 pembentukan al-Fateh ada di sini, dan Ammar adalah batch pertama yang melalui proses pembentukan ini. Ammar dihantar di sini bukan secara kebetulan tetapi penuh perancangan rapi bagi mempersiapkan dirinya untuk ummat. Namun Allah lebih mengetahui hikmah di sebaliknya.

Terdapat dua watak pada dirinya, iaitu watak al-Fateh dan watak Abu Ayyub. Barangkali Ammarlah Al-Fateh (pembuka) yang akan membuka dan menghidupkan jiwa2 yang lain, dan watak Abu Ayyub sebagai perintis kepada laluan tersebut.

Adindaku Ahmad Ammar .. berbahagialah engkau di sana bersama bidadari Syurga.

Jauh sangat kerja aku dibandingkan dengan beliau. Terasa kerdil diri ini walaupun hidup lebih lama dari Ammar. Semoga perkongsian di blog ini menjadi sahamku di sana. Aminn.

09 November 2013

Tahun Baru Hijrah 1435H

Assalamualaikum. Salam maal hijrah 1435H. Semakin lama, jarang aku update blog. Terasa banyak halangan. Yang sebenarnya tanggungjawab lebih banyak dari masa yang ada. Betul kan?

Banyak sangat aku lupa buat coretan di sini. Tertangguh. Akhirnya lupa. Biasanya, aku akan buat terus kerja tertangguh jika teringat. Jika tidak, memang aku tak akan sentuh kerja itu.


Minggu lepas sempat pergi picc, kuis dan percint 9. 
Di picc ada program avail. Macam pusat karaoke. 
Orang lama seperti ayahku mana tahan dengan semua ini. Pening kepala. 
Bawa pergi kuis. Nak keluar dari putrajaya 2 kali pusing tempat sama. 
Dah banyak kali pergi putrajaya, aku masih tak kenal jalan sana. Hampir seharian juga berjalan-jalan. 

**
**
**
**

Laptop ecer yang aku gunakan sejak 2009 bermasalah. Keluar' start up repair'. Buka sekejap tiba-tiba mati sendiri.  Baru 4 tahun guna dah rosak. Lasak dan banyak buat eksperimen. Belajar format. Godek sana. Godek sini. Sekarang dah bertukar dengan toshiba.

Terkejut juga kalau toshiba murah tak sampai rm1,500. Memang murah jika guna processor lama intel pentium. Sekarang dah dah guna processor i7. Kira ok la. Aku up 6GB RAM. Banyak lagi aku tak tahu. Yang paling penting, kerja tertangguh dapat diteruskan. Jadi tak boleh banyak rehat.

Seperti tahun-tahun sebelum ini, aku banyak tugasan luar. Terasa lagi banyak tahun ini. Adakah lagi lama bekerja, lagi banyak keluar? Jika diperhatikan, mereka tak banyak keluar.
Dahulu dah banyak kerja luar sebab itu sekarang mereka banyak kerja dalam. Otak aku sentiasa kena fikir positif supaya tekanan tidak terasa. Aura positif kena pahat dalam diri. Ambil peluang untuk terus belajar.

Terasa juga dipergunakan. Iblis sudah datang hasut. Pedulikan. Belajar dari pengalaman. Paling mengecewakan apabila pencapaian kita dinilai mengikut emosi. Tidak profesional. Apa pun keadilan Allah itu yang utama. Mungkin Allah uji kita dengan kegembiraan seseorang yang berhati 'syaitan'. Moga Allah memberi hidayah dan membalas setimpal dengan perbuatannya.

Hidayah! jangan terperasan nama ada tertulis di sini.

Jika dimurahkan rezeki, kami berlima akan mengerjakan umrah. Hanya menunggu kelulusan visa dari Arab Saudi. Sebelum ini, rancangan mengerjakan umrah pada bulan ramadhan tertangguh. Ada hikmahnya. Ditakdirkan pada tarikh yang dirancang, aku dalam keadaan ma'zurah. Allah Maha Mengetahui. Harap sangat kali ini dijemput menjadi tetamu Allah.

Ya Allah, jemputlah kami sebagai tetamu yang istimewa. Berilah kesihatan yang baik. Permudahkanlah semua urusan kami. Permurahkanlah rezeki kami. Hanya Engkau yang kami mohon pertolongan.Aminn..

Rakan Sejawat Toksik

Ahlan...ahlan Ya Ramadan.  Alhamdulillah masih diberi peluang merasai hidup dalam Islam tetapi umat Islam Palestin masih bergelut dengan kes...