Mutiara Kata Untuk Murabbi.

"JIKA MURID DIAJAR DENGAN PUJIAN, DIA BELAJAR MENGHARGAI"

"JIKA MURID DIAJAR DENGAN CELAAN, DIA BELAJAR MEMAKI"

"JIKA MURID DIAJAR CEMUHAN, DIA BELAJAR RENDAH DIRI"

"JIKA MURID DIAJAR DENGAN PERSAHABATAN, DIA BELAJAR MENYAYANGI"

"JIKA MURID DIAJAR PERMUSUHAN, DIA BELAJAR BERKELAHI"

"JIKA MURID DIAJAR JAMINAN, DIA BELAJAR MEMPERCAYAI"

"JIKA MURID DIAJAR DENGAN PENGHINAAN, DIA BELAJAR MENYESALI"

"JIKA MURID DIAJAR DENGAN KEADILAN, DIA BELAJAR KESAKSAMAAN"

"JIKA MURID DIAJAR DENGAN DISKRIMINASI, DIA BELAJAR MEMENTINGKAN DIRI"

31 Mac 2012

Tahniah Peserta MTAQ 2012

Alhamdulillah...

Selesai sudah Majlis Tadarus Al-Quran Peringkat Daerah 2012. Semuanya akan berulang semula tahun depan sama ada orang yang sama atau peserta berlainan. Semuanya ketentuan Allah. Jika tahun ini masih kurang persediaan, tahun depan pastikan ada persediaan. Persediaan bermula tahun ini.

Bagi sesetengah peserta, sepanjang program dijalankan terasa perit. Penuh debaran. Penuh dengan ketidaktahuan (istilah baru ke?) Tahun lepas peserta syarahan spontan, kelu lidah untuk bercakap kerana tiada isi berkaitan tajuk. Tak pernah tahu tajuk itu wujud. Bila dirungkai2..tajuk syarahan spontan ada 50 tajuk tetapi kami tidak tahu langsung. Tahun ini diberi 30 tajuk. Bila dibuat undian, tiada dalam teks syarahan yang disediakan. Riba dan ekonomi (aku tak sempat nak cari isi untuk tajuk itu...huhuhu).

Tahun ini aku menyaksikan sendiri perjalanan pertandingan syarahan spontan bahagian perempuan, hafazan dan tilawah. Aku ingin tahu bagaimana pertandingan itu dijalankan. Belajar sedikit demi sedikit. Tahun lepas aku hadir menyaksikan peserta tilawah lelaki dan perempuan. Seperti tahun lepas, dua guru pengiring termasuk aku. Guru pengiring seorang lagi menjadi hakim. Tinggallah aku seorang berkejar ke sana dan ke mari untuk menyaksikan pertandingan mereka.

Tahniah buat 2 pelajar yang berjaya mendapat tempat ke-3 kategori sekolah menengah, tilawah bahagian perempuan dan tulisan khat bahagian perempuan. Tahniah SYAMILAH DAN DAYANGKU SITI NORMARIAM.

Buat peserta lain...Maaf andai aku tidak dapat membantu kalian. Kehadiran anda bagi menyertai MTAQ kali ini amat dihargai. Semuanya mengajarkanku 'sesuatu' melalui pengalaman. Tanpa pengalaman aku tidak dapat belajar walaupun bertatih. Terima Kasih. Anda sudah membuat yang terbaik. Redhalah dengan apa yang berlaku. Semuanya adat pertandingan (=,=)


p/s: SMATKEM, Tahniah kerana memenangi johan keseluruhan bagi daerah ini. Ada juga wakil sekolah agama. Moga berterusan ke tahun depan.

30 Mac 2012

Limau .

"Macam mana nak tau limau ni masam ke tak?" aku terpandang limau di satu hyper market. Warnanya nampak menarik dimata. Ada tarikan disitu. Teringin nak makan. Terasa rugi andai rasanya masam.


"Ambil yang cantik-cantik untuk nenek" kata 'untie' yang berbangsa cina.


"Nenek suka ke?" balas seorang kawanku.


"Dah empat tahun nenek pergi...sekali setahun kami akan pergi sembahyang," sambung untie tanpa mempedulikan soalan kawanku.


"Limau ini memang kena ada semasa sembahyang...mmm...," kelihatan susah bagi untie ingin menjelaskan lebih lanjut.


Aku senyum. Bukan untuk memperlekehkan kata-kata untie tadi. Tapi senyum dengan pertanyaan kawanku dan jawapan untie ini. Dalam kepalaku...kepercayaan masing-masing. Mungkin baginya untuk membuang sial.


Aku nak beli limau untuk makan bukan untuk sembahyang. Tapi bagi kepercayaan lain limau sebagai upacara sembahyang. Itulah masyakat majmuk membuatkan kita saling menhormati pendiriannya selagi tidak berkaitan dengan syariat agama Islam.



"Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya. Siapa yang melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum. 

Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu. 

Lalu mereka bertanya. Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan "Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya." 

Begitulah akhlak Rasulullah SAW. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang bukan Islam pula. Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa. Mengapa? Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya. Rancangannya di'tewas'kan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW.

Kita hendaklah menghargai pemberian orang lain walaupun pemberian tersebut bukan kesukaan kita. Ucaplah terima kasih dan terimalah dengan hati yang ikhlas dan terbuka kerana setiap pemberian adalah rezeki daripada Allah.


Kalau ada sesiapa tahu tentang limau ini...bolehlah kongsi sama ^_^


SUMBER:zharifalimin

28 Mac 2012

Hafalan Solat.

Bukan senang seorang kanak-kanak ingin menghafaz kata-kata dalam solat jika tidak disogokkan dengan hadiah atau ganjaran. Bagi mereka, semua tindakan yang perlu dibuat mesti ada pembalasan. Tidak terkecuali juga si anak kecil ini.

Sebuah novel yang ditulis oleh penulis best seller ayat2 cinta, Habiburrahman El Shirazy amat menarik. Kejadian tsunami 2004 juga digabungkan dalam novel ini. Gambaran kejadian tsunami menyebabkan mutiara jernih gugur seolah merasai penderitaan anak kecil ini.

Delisa, anak kecil yang cekal. Kisahnya bermula dengan hafalan kalimah dalam solat begitu susah dihafaz. Dek kerana kalung emas 'D' dia berusaha menghafaz. Niatnya kelihatan tidak ikhlas tetapi mempunyai makna tersendiri. Dalam usaha membuktikan dia telah hafaz dan membayangkan kalung akan menjadi miliknya, dia berusaha mengingati kata-kata Ustaz Rahman. Sahabat Rasulullah tetap khusyuk walaupun selepas solat dia akan dipancung. Ada juga sahabat nabi tidak bergerak sewaktu terkena segat kala jengking ketika solat.


Ketika ingin membuktikan dia sudah selesai hafalan solatnya, dia dibawa gelombang air yang amat dahsyat atau kita kenal sebagai tsunami. Kakinya terlanggar pagar besi sekolah. Kepalanya hampir terhantuk ke dinding konkrit sekolah, dinding itu hancur sebelum kepala Delisa menyentuhnya. Subhanallah. Dia adalah anak terpilih.

Selama 7 hari dia terdampar didalam selut dan tergantung disemak...Allah mendatang rezki iaitu 5 biji epal berdekatan dengannya. Minumannya adalah air hujan yang turun. Dia selalu berdoa untuk menyelesaikan hafalan solatnya. Ketika inilah Smith, askar Amerika melihat suatu cahaya terbit dari tubuh Delisa. Terduduk seketika sebelum memanggil anggota tentera lain. AllahuAkbar! Mungkin ini punca dia masuk Islam.

Muka dan tubuh Delisa tercalar teruk dan kakinya dipotong serta kepalanya dibotakkan. banyak jahitan luka pada tubuhnya. Dia tetap tidak merungut bahkan memberi inspirasi kepada orang sekelilingnya mendatang rasa terharu kepada sesiapa yang membacanya. Dia dikenali anak ajaib di seluruh dunia. Mukanya terpampang di akbar dan tv2 seluruh dunia. Dunia ingin melihat siapa anak kecil yang kuat ini.

Ummi, Kak Fatimah, Kak Zahra, dan Kak Aisya meninggalkannya. Dia dilayan dengan baik oleh Smith atau Salam (nama Islam) dan Kak Sofi (sukarelawan Amerika). Abi yang pulang mencari anak-anak serta isteri merasa putus asa. Hasil maklumat yang ditulis oleh Delisa membuatkan semangatnya kembali berkobar-kobar. Abi juga menjadi sukarelawan di situ.

Ikhlas yang dicari2..akhirnya dijumpai. Ikhlas yang difahami oleh Delisa adalah tidak mengharapkan ganjaran orang tetapi keredhaan Allah.  Hafalan solat selesai apabila keikhlasan merajai dirinya.

Baca bukunya lebih 'feel' dari filemnya =D

25 Mac 2012

Wanita Berjaya.

Tokoh wanita terbilang Malaysia dikumpulkan dalam satu konvensyen. Projek mega iluvislam.com memang lain dari yang lain. Syabas untuk Jutawan iluvislam.com, Imran Koyube. Umur 25 tahun dah jadi jutawan? memang usaha gigihnya tidak sia-sia. Dia juga adalah perasmi konvensyen ini.

Kehadiran hampir 3 ribu peserta wanita 'the making bidadari syurga' memenuhi dewan di PICC, Putrajaya. Kali ini tiga jalan untuk pergi ke putrajaya dari rumahku. Hampir satu jam untuk sampai ke sana. Walaupun pulang dari Putrajaya aku masuk terminal KLIA. Memang haru betul la. Terima kasih kawan2 kerana sabar. Lain kali kita buat lawatan ke sana yea. hehehe...

 
'PICC bentuk mata?'

Slot pertama dimulai oleh penulis novel islami, Fatimah Syarha bt Nordin. Lembut suaranya. Sejuk mata melihatnya tanpa mekap. Ni video induksinya.

'Alahai Cik Beah.hehehe...'

Bidadari Dunia:

1. Asiah bt Muzahim

2. Maryam bt Imran

3. Siti Khadijah bt Khuwailid

4. Fatimah bt Muhammad.

Apa yang dapat dipelajari dari kisah Asiah:

Asiah merupakan isteri Fir'aun.

Ibu angkat kepada Nabi Musa alaihussalam. Disebabkan kuatnya hubungannya dengan Allah dia bersabar dengan seksaan Fir'aun. "Kau boleh seksa tubuhku tetapi bukan aqidahku", kata Asiah. Dia ada EHSAN dalam diri iaitu merasakan Allah melihat kita dan Kita melihat Allah. Dia juga tidak terpegaruh dengan suasana di sekeliling. Dia tetap berpegang dengan ajaran nabi Musa. Di bina mahligai di syurga.

'Ratu Syahadah: Asiah'

Maryam bt Imran.

Namanya tercatat dalam Al-Quran. Dia terlalu cintakan Allah dan rasul. Nabi Zakaria selalu menceritakan tentang kedatangan rasul dan dia ternanti-nanti kedatangan rasul itu. Rupa-rupanya dia yang melahirkan Isa a.s. Dia juga cintakan ilmu wahyu dan menghafaznya.

Walaupun dia membuat kerja di Ma'bad (tempat Ibadah), dia tetap mendengar ilmu yang diajar oleh Pendeta di situ. Semasa dia menyapu, dia sempat mendengar ajaran rahib/pendeta kepada pelajarnya. Dia turut menghafaz kata-kata pendeta. Pelajar2 di situ memperlekehkan Maryam kerana menjadi tukang sapu. Mereka ingin menguji minda Maryam dan meminta Maryam mengulang hafalan mereka. Terpaku semua yang mendengarnya kerana Maryam hafaz dan menjelaskannya lebih baik dari orang yang pernah belajar secara formal.

Dia seorang yang kuat ibadat sehingga mendapat rezeki dari langit. Dia terlalu menjaga kehormatan diri. Dia diuji dengan kelahiran Isa tanpa bapa. Kejadian Isa adalah sama dengan Adam. Cuma yang membezakan Isa mempunyai ibu.

Lepas ni JANGAN sape2 yang mengandung luar nikah menganggapnya seperti Maryam. Maryam sangat menjaga pergaulannya dengan lelaki. Tak pernah disentuh oleh lelaki.


قَالَتْ رَبِّ أَنَّىٰ يَكُونُ لِي وَلَدٌ وَلَمْ يَمْسَسْنِي بَشَرٌ قَالَ كَذَٰلِكِ اللَّهُ يَخْلُقُ مَا يَشَاءُ إِذَا قَضَىٰ أَمْرًا فَإِنَّمَا يَقُولُ لَهُ كُن فَيَكُونُ ﴿آل‌عمران: ٤٧﴾

Maryam berkata:" Wahai Tuhanku! Bagaimanakah aku akan beroleh seorang anak, padahal aku tidak pernah disentuh oleh seorang lelaki pun?" Allah berfirman; "Demikianlah keadaannya, Allah menjadikan apa yang dikehendakiNya; apabila Ia berkehendak melaksanakan sesuatu perkara, maka Ia hanyalah berfirman kepadanya: ` Jadilah engkau ', lalu menjadilah ia."


قَالَتْ أَنَّىٰ يَكُونُ لِي غُلَامٌ وَلَمْ يَمْسَسْنِي بَشَرٌ وَلَمْ أَكُ بَغِيًّا ﴿مريم: ٢٠﴾

Maryam bertanya (dengan cemas): Bagaimanakah aku akan beroleh seorang anak lelaki, padahal aku tidak pernah disentuh oleh seorang lelaki pun, dan aku pula bukan perempuan jahat?"

Khadijah bt Khuwailid. 

Menyusu Fatimah sepenuhnya. Jika masyarakat dahulu, mereka akan mengupah seseorang untuk menyusukan anak-anak. Dia juga memuliakn mertua. Walaupun ibu dan bapa Rasulullah sudah meninggal dunia, dia memuliakan Ummu Aiman (Ibu susuan Nabi Muhammad).

Fatimah Az-Zahrah.

Puteri Rasulullah. Juga digelar 'Ibu ayahnya'. Merupakan ketua bidadari syurga.

Slot bersama Ustazah Zawiah Hassan. Mengenai cahaya kemanisan Iman.

Bersama Dato' Ustazah Nor Baiyah Mahmood. 15 Tips Wanita Penyejuk Jiwa.

1. Nur keimanan yang memancar di wajah.

2. Akhlak terpuji. JANGAN buat 4P (Pandang lebih2 , Pegang, Peluk dan Penzina)

3. Ilmu pengetahuan untuk wanita yang bijaksana.

4. Isteri idaman suami. ENAM sebab perlu taat suami: perintah Allah, kedudukan sebagai pemimpin, kewajipan isteri, dapat pahala, memburu keredhaan Allah dan menjauhi azab neraka.

5. Senyuman manis buat suami tercinta.

6. Berhias dan berdandan untuk suami.

7. Meluangkan masa untuk merawat diri.

8. Hati yang penuh dengan sifat2 mahmudah.

9. Penampilan mengikut syariat.

10. Segera minta maaf dan sedia memaafkan

11. Bersabar menempuh dugaan hidup.

12. Sentiasa menderma.

13. Sifat penyayang kepada anak2 dan didik mereka menjadi anak soleh dan solehah.

14. Punya perasaan takut kepada Allah.

15. Mendapat redha ibu bapa.

Slot bersama Dr Nikki...Aku tak sempat dengar dari mula. Kami cari makanan dan solat di Percint 9. Apa yang aku dapat adalah perlu buat jadual untuk bersama keluarga. Dahulukan keluarga walaupun berkerjaya. Masukkan dalam diari.

LIMA tabiat wanita yang berjaya:

1. Fikir positif

2. Pilih kawan betul

3. Mula baca buku

4. Hadiri seminar

5. Melawat tempat2 hebat.

 
'Aku tak sempat hadir sebab waktu malam'

Slot Prof. Dr Mujaya Pn Jamelah memang rasa sekejap sangat. Rasa nak dan nak lagi dengar pengalaman dan ilmu beliau berdua. Banyak soalan yang tak terjawab. Memang kita perlu kedekut dengan masa. Betul Prof! 

Bila fikiran kita positif, emosi kita akan positif dan hasil tindak balas juga positif. Sentiasa senyum walaupun banyak masalah. Waaa..susah tu.  Buat sesuatu adalah untuk mendapat keredhaan Allah. Tak perlukan penghargaan daripada manusia. Tak perlu tengok pandangan manusia.

Pn Jamelah...memang boleh jadi ibu contoh. Cerita tentang Uwais Al-Qarni. Kisah Ibu bapa Imam Abu Hanifah. Kisah mashmallow. Semua itu mudah dihadam tanpa sebut fakta.

Kisah Marshmallow.

Ada satu kajian yang dibuat di barat tentang effect kanak-kanak yang bersabar. Ada sekumpulan kanak-kanak yang diberi Marshmalow seorang 1. Mereka ditinggalkan oleh orang yang memberi mereka Marshmallow itu di dalam sebuah bilik dengan janji, jika mereka berjaya bersabar dengan tidak makan Marshmallow yang diberi, mereka akan diberi 1 lagi Marshmallow. 1+1=2.






Apabila kanak-kanak ini remaja, mereka ditinjau sekali lagi. Respons ibubapa mereka mengatakan kanak-kanak yang dapat 2 Marshmallow menjadi seorang yang hebat. Manakala kanak-kanak yang mendapat 1 Marshmallow mengalami banyak masalah. Untuk mengukuhkan kajian, remaja-remaja ini diuji lagi dengan satu test iaitu Scholastic Aptitude Test. Keputusannya mengejutkan apabila average markah remaja dengan 2 Marshmallow adalah 210 markah lebih banyak dari remaja dengan 1 Marshmallow.

Bersama Ummi pengarah urusan Raudhatus Sakinah. Dr Rubiah Kulop....Malam ini ada lagi...

Setakat ini sahaja. Wallahua'lam.

Sedikit video untuk dikongsi bersama.




21 Mac 2012

Tahniah Buat Calon SPM 2011.

Macam man natijah (result) SPM  2011?
Banyak dapat A?
Nak sambung ke mana lepas ni?
Di luar negara atau dalam negara?

Ni soalan yang aku nak tanya kepada adik aku, Dah. Semalam aku telefon ke rumah tapi tak dapat. Lepas itu aku dapat miscall dari no telefon rumah. Pagi tadi, baru aku lihat HP aku. Sempat juga aku telefon ke rumah pagi tadi. Tapi tak ada jawapan. Pelik!

Terus aku buat panggilan HP ayah. Masa tu Dah masih di rumah. Tak ambil natijah SPM lagi. Rupanya diorang dah buat sambungan streymx semula. Sekarang dah boleh sambung internet.

Memang dia tak mau bercakap dengan aku. Takut ke dik? hahaha...

Lepas zohor tadi aku telefon lagi. Dia angkat tapi terus bagi ke mak. Kenapa ni?

Walau apa pun TAHNIAH atas kejayaanmu mendapat 8A 3B+ ...Hafazan jangan lupa.hehehe

Satu lagi berita...Adikku A.Rahman dapat Johan tilawah Al-Quran peringkat zon. Tok guru dia hanya pelajar tingkatan 1. Memang gembira betul tok guru tu.hehehe...Tahniah Man dan Syed (Tok Guru)!

***********
Tadi aku sempat tengok fb cikgu Add Math aku. Calon 100 orang tapi 1 orang sahaja gagal. Tapi kecewa dengan calon tu dari kelas sains. Aku bukan kelas sains yea.hehehe...

Teringat kenangan SPM 2001 dulu. Rasa nak pergi mengajar kat sana je. Kalau ada kosong di SMAKH, boleh aku masuk. Bila la aku dapat peluang tu.huhuhu

Tahniah juga buat semua calon SPM 2011. Kejayaan ini bukan tiket untuk berbangga. Ia adalah tiket untuk terus sambung belajar ke peringkat lebih tinggi.

Jangan berhenti setakat SPM sahaja. Pembelajaran adalah sepanjang hayat. Dari atas buaian hingga ke liang lahad. Teruskan belajar!

20 Mac 2012

Semangat!

Banyak kerja.
Banyak lagi tak siap.
Tak prepare apa lagi.
Minggu ni penuh dengan aktiviti.

Semua keluhan ini akan berterusan. Terpulang kepada diri individu untuk mengaturkannya. Kerja kita. Tugas kita tidak akan selesai hinggalah kita dijemput Ilahi.

Jika kita ditanya adakah kita bersedia untuk mati? Ramai yang akan mengatakan tidak bersedia. Termasuklah aku. semua itu tidak akan menunggu kita untuk bersedia. Semuanya telah tertulis. Di mana? Sudah tentu di Loh Mahfuz.

Jadi, kurangkan mengeluh dan teruskan kerja kita. Allah akan membuka jalan penyelesaian kepada hambanya yang berusaha.

Tadi seorang cikgu minta alamat surat menyurat untuk lawatan ke Balai Cerap Unisza. Dulu dikenali dengan Balai Cerap Kusza. Aku dah lupa di mana letaknya alamat itu. Alamat dan nombor faksnya sudah diberi kepada guru itu. Aku tebalkan muka untuk minta alamat itu dari ketua unit falak. Segan juga la. Sebab seorang DR nak layan orang biasa macam aku ni melalui SMS. Nasib baik dilayan.hehehe

Bila ditanya adakah aku sudah berbincang dengan pegawai sains unit falak? terkejut juga. Aku ingat melaluinya sudah cukup untuk urusan lawatan ke sana. Alhamdulillah...dengan pertolongannya..Dr telah beri nombor telefon pegawai sains tu. Harap-harap ada jawapan positif.

Aku teruja juga nak pergi balai cerap. Sejak 2005 aku tinggalkan kursus falak syarie di KUSZA. Aku suka pandang langit. Cantik bila dipenuhi bintang-bintang. Zuhal...Marikh...cantiknya bila pertama kali aku tengok melalui teropong(aku dah lupa nama alat tu) di balai cerap dulu.

Lawatan ke Terengganu ni ... insya allah akan dibuat semasa cuti sekolah nanti. Hanya pelajar yang mendapat markah terbaik sahaja terpilih. Kertas kerja masih dalam proses. Aku bantu mana yang terdaya. Atas meja aku dah sesak dengan kerja yang bertimbun. Dah jadi semak. hehehe...Bila nak kemas meja ni?

Minggu ni banyak juga kejutan. Dengan kelas tambahan tingkatan 3 lagi. Apa pun aku dah mula petang tadi. Walaupun terasa kepala dah 'jem kreng'...ada juga idea nak mahirkan pelajar buat ayat bentuk iklan atau maklumat.

Skrip syarahan spontan yang dibuat (tak sempat cari semua) telah diserahkan kepada pelajar. Maklumat/ isu semasa boleh ditambah sendiri. Terasa diri ini yang bertanding.

 

17 Mac 2012

Batik Sekitar Terengganu 2012

Entri kali ni untuk tatapan Kak Anis. Dua hari berturut-turut, aku dan Kak Anis meninjau2 kain batik sutera untuk sekolahnya di P.Pinang.

Sempena Cuti sekolah bulan mac selama seminggu berada di kampung.

Gambar yang aku masukkan ini tidak 'real' sangat berbanding kita tengok sendiri dengan mata kepala. Di tempat batik ni, aku dah pening sebab semuanya cantik. Tak tau nak pilih mana satu terbaik.

BATIK HUNGGA
No. 15, Pusat Niaga Paya Keladi,
20100 Kuala Terengganu,
Terengganu, Malaysia.

Ahmad Fadzli (pengurus)
Tel/Fax: 09-630 9281
H/P: 013-937 6466

Paling murah sutera batik ni RM 190. Kalau nak RM 150 cari kat Kelantan. Kualiti kain tiada jaminan la. Nak murah tapi kain berkualiti...buat sendiri la. hahaha...jangan terasa yea. Ni dari pemerhatianku.

Agak2 pengurus ni bagi komisen kat aku tak? hehehe...

Ini sahaja kad niaga yang sempatku simpan. Mungkin nampak kesungguhan pengurus ni jugak. Siap panggil aku 'adik'. Rasanya dia pun tak sempat baca entri aku ni. hahaha

Batik Hungga:'Lebih cantik diluar gambar'

'Nuha beraksi..hehehe'

Batik Hungga: 'Pilihanku?'

Batik Hungga: 'Ni cantik jugak'

Batik Hungga: 'Lebih mahal, lebih cantik'

'Berbakat sejak kecil untuk jadi penjual batik sutera.hahaha...'

Batik Hungga: 'Corak bunga matahari'

Batik Anees: 'Di ampaian. kain kaftan'

Batik Anees: 'masih tak siap diwarna. Atas kain create cantik kan'

Batik Anees: ' 4 meter'

Batik Anees

Batik Anees

Batik Anees

Batik Anees

Batik Anees

Batik Anees

Batik Anees

Batik Anees

Batik Anees: 'garam kasar untuk proses membuat corak background batik'

Batik Anees: 'proses lukisan yang sudah ditekap dengan lilin'

Batik Anees: 'dilukis atas kain jakel'

video
Batik Anees: 'Kak Aya buat demo'

Batik Anees ni tak ada kedai. Jual dari rumah. Design dia cantik2. Orangnya mudah berkira. Kilang / tempat buat batik di sebelah rumahnya sendiri. Banyak dapat tempahan dari Felda2 termasuk felda N9. Jauh tu...

Baju batik untuk pelajar asrama pun ada. Lebih kurang RM 45 (perempuan) dan RM 35 (lelaki).

Tempatnya di Cendering selepas Kuala Ibai. Ada sign board di tepi jalan. 

p/s: kak anis, ini sahaja gambar yang sempat 'snap'. Syukran, sebab bagi kepercayaan bawa kereta Honda. Guna gear auto. Memang mudah memandu Honda walaupun kak anis kadang2 keluar nama penuhku. hihihi...

14 Mac 2012

Zakat Dan Sedekah.

Ustaz Don cakap dalam solat ada rukun Islam. Biar aku sandar ayat aku dengan kata-kata ustaz Don. Kalau salah harap maaf la yea.hehehe...

1. Mengucap kalimah syahadah: Masa kita tahiyyat mesti ada perkataan 'Ashadu Alla Ilaha Illallah wa ashadu anna Muhammadar Rasulullah'

2. Solat: Solat  bermaksud doakan. Semua perkataan dalam solat adalah dikira doa.

3. Puasa: Dalam solat tak sah kalau makan minum kan.

4. Zakat / sedekah: menyucikan diri dari perkara keduniaan dan juga mendoakan untuk orang lain.

5. Haji: iaitu mengadap kiblat tempat orang menunaikan haji.

 

عن طلحة بن عبِيْد الله يقول جاء  رجُلٌ إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم من أهل نجْدٍ ثائرُ الرَّأسِ يسْمَعُ دويُّ صَوْتِه وَلاَ يُفْقَهُ ما يقُوْلُ حتى دنىَ فاذا هو يسألَ عن الاسلامِ فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم خمس صلــوات في اليومِ والليلةِ فقال هل عليَّ غيرها قال لا الاَّ أن تطوَّعَ. قال رسول الله صلى الله عليه وسلم وصيامُ رمضَانَ قال هل عليَّ غيرهُ قال لاَالاَّ أن تطوع قال وذكر له رسول الله صلى الله عليه وسلم الزكاةَ قال هل  عليَّ غيرها قال لا الا ان تطوّعَ. قال فأدبر الرَّجلُ وهو يقول والله لا أزِيْدُ على هذا ولا أنقصُ. قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: افلح إن صدقَ.  

Dari Thalhah bin Ubaidillah katanya: Ada seorang lelaki datang kepada Rasulullah SAW iaitu orang dari penduduk Najat. Rambutnya kusut masai dan suaranya tidak jelas didengari sehingga tidak dapat diketahui apa yang dikatakannya sehingga Rasulullah mendekatkan dirinya kepada orang itu. Tiba-tiba penduduk Najt itu bertanya mengenai Islam. Rasulullah menjawab: Islam ialah mengerjakan solat 5 waktu sehari semalam. Orang itu bertanya lagi: Apakah ada kewajipan lagi yang mestiku kerjakan. Baginda menjawab: tidak ada kecuali  jikalau kamu hendak mengerjakan yang sunnah maksudnya solat-solat yang hukumnya sunnah. Rasulullah SAW meneruskan sabdanya lagi: Juga anda wajib mengerjakan puasa ramadhan. Orang itu bertanya lagi: Apakah ada lagi yang wajibku lakukan? Baginda SAW menjawab: tidak ada lagi kecuali jikka kamu ingin mengerjakan yang sunnah. Selanjutnya Rasulullah SAW menunjukkan perihal  kewajipan zakat kepada orang tadi. Lalu ia bertanya lagi: Apakah tidak ada lagi kewajipan lagi selain yang disebutkan itu? Baginda SAW menjawab: Tidak ada kecuali kamu ingin mengerjakan yang sunnah iaitu bersedekah.

Orang yang meriwayatkan hadis ini berkata: Orang tersebut kemudiannya berlalu yakni kembali ke tempat asalnya sambil berkata: Demi Allah aku tidak akan menambah atau mengurangi apa-apa yang diwajibkan itu. Maksudnya dia tidak akan mengerjakan yang sunnah dan melakukan yang wajib sahaja. Rasulullah mendengar kata-katanya itu lalu bersabda: Orang itu pasti bahagia baik di dunia mahupun di akhirat jikalau apa-apa yang dikatakannya tadi benar-benar dilaksanakan dengan sebaik-baiknya sekalipun hanya yang wajib2 sahaja. (Sahih Bukhari, jilid 1,2,3 &4)

الزكاة: لغة :  النماء ، الريع ، الزيادة ، من زكا يزكو زكاة وزكاء، وزكا الزرع :إذا نما ،وسميت الصدقة زكاة لأنها سبب النماء والبركة.
 وقيل :  أصلها الطهارة من قوله تعالى :  ...أَقَتَلْتَ نَفْساً زَكِيَّةً... سورة الكهف ، الآية 74 : أى طاهرة.
وقوله تعالى : ...لأهب لكِ غُلاما زكيَّا... سورة المريم الآية 19 : أى طاهراً. 

وللزكاة أسماء هى: 
الزكاة : من قوله تعالى: ... وآتوا الزكاةَ... سورل البقرة الآيات 43، 83 ، 110 ، 277. 
والصدقة : من قوله تعالى: ...خذ من أموالهم صدقةً... سورة التوبة الآية 103. 
والحق : من قوله تعالى : ... وآتوا حقَّه يوم حصاده... سورة الأنعام الآية 141. 
والنفقة : من قوله تعالى : .... والذين يكنزون الذهب والفضة ولا ينفقونها فى سبيل اللهِ... سورة التوبة الآية 34.
والعرف : من قوله تعالى : خذِ العفوَ وَأمر بالعُرْفِ... سورة الأعراف الآية 199. 

الصدقة : تطلق بمعنيين:
 الأول : ما أعطيته من المال قاصدا به وجه الله تعالى ، فيشمل ما كان واجبا ، وهو الزكاة وما كان تطوعا. 
الثانى : أن تكون بمعنى الزكاة : أى في الحق الواجب خاصة ، ومنه الحديث: "ليس فيما دون خمس زودٍ صدقة
قال ابن قدامة : الهبة ، والصدقة ، والهدية ، والعطية معانيها متقاربة وكلها تمليك فى الحياة بغير عوض ، واسم العطية شامل لجميعها.

الفرق بين الرشوة والصدقة : أن الصدقة تدفع طلبا لوجه الله تعالى ، فى حين أن الرشوة لنيل غرض دنيوى عاجل. والإعطاء للفقراء صدقة  وإن كان بغير لفظ الصدقة على رواية "الجامع الصغير" حيث جعل كل واحد من الصدقة والهبة مجازا عن الآخر ،  حيث جعل الهبة للفقراء صدقة ، والصدقة على الغنى هبة ، لأنها تحتمل التودد والتحبب و العوض فلا تتمحض صدقة 

الرجوع: معجم المصطلحات الالفاظ الفقهية . د/ محمود عبد الرحمن عبد المنعم. الجزء الثانى  .دار الفضيلة . صفحة :203 & 362

p/s: ni untuk rujukan aku. nak tau lebih lanjut tanya ustaz di tempat anda yea. aku ni tak pandai bahasa arab. nak terjemah pun merangkak. huhuhu

Untuk menjawab persoalan tentang solat itu zakat iaitu menyucikan diri, hati dan minda atau solat itu sedekah iaitu dalam doa. Mana satu yang betul? Ini jawapan daripada diri aku yang dhoif...

Berdasarkan rujukanku yang terhad dari  'Mukjam Mustolah Alfaz Fiqhiyyah' di atas...

Zakat mempunyai nama lain termasuklah sedekah berdasarkan surah At-taubah ayat 103. Begitu juga dengan maksud sedekah. Ia mempunyai 2 maksud iaitu 

1. memberi sesuatu lebihan harta dengan qasad atau niat kerana Allah. Ada yang wajib dan ada juga yang tatoqqu' (sunat). 

2.  bermaksud zakat iaitu diberikan kepada orang yang berhak dan wajib ditunaikan secara khusus.

Kesimpulannya: zakat dan sedekah mempunyai matlamat yang sama iaitu menyucikan diri, hati dan minda daripada segala kekotoran.

11 Mac 2012

Dongeng atau Lagenda.

Baca dan terus membaca.

Kisah dogeng. Kisah lagenda. Semua itu adalah kisah yang tidak mempunyai sumber yang kuat. Ia diceritakan melalui lisan oleh orang-orang tua. Jika kita anggap sebagai kisah biasa, maka ia adalah biasa. Jika kita mengambil tauladan dari kisah itu, kita akan dapat manfaatnya.

Kisah kura-kura dan arnab. 

Teladan dari Si Arnab: Berkaki panjang dan mempunyai tenaga yang banyak membuktikan dia mampu memenangi perlumbaan itu tetapi sikapnya sendiri menyebabkan dia gagal. Sikap sambil leawa, over confident, sikap bertangguh, cepat puas hati dan memandang rendah kebolehan orang lain. Walaupun bakatnya tinggi, tenaganya banyak, mungkin lebih pandai dari kura-kura, akhirnya arnab kalah dalam perlumbaan ini.

Teladan dari Si Kura-Kura: Kaki pendek dan kurang kekuatan berbanding si arnab. Sikapnya berlawanan dengan sikap arnab tadi. Kura-kura nampak matlamatnya. Walaupun jauh ketinggalan, tapi dia terus berusaha hingga ke garisan penamat. Itulah istiqamah/ konsisten si kura-kura. Harga dirinya yang tinggi menyebabkan dia sahut cabaran si arnab. Dia terus sabar unuk meraih kejayaan. Dia tidak mahu dihina. Itu juga tahap kita semua yang berbeza-beza. Begitu juga IQ pelajar-pelajar. Ada yang cepat belajar dan ada yang lambat sedikit. Kesabaran adalah kunci utama dalam kehidupan seharian kita.

Unsur utama dalam membentuk sikap seseorang adalah keyakinan atau iman dalam dadanya. Iman seseorang itu membentuk sistem nilai. Dan apabila iman mantap, sistem nilai kita juga mantap. Kita tahu yang baik dan yang mana buruk mengikut ukuran kita. Ini dorongan yang kuat untuk kita terdorong melakukan sesuatu perkara mengikut nilainya. Jika sesuatu yang dibuat terasa baik dan menguntungkan, dia akan melakukannya. Tetapi jika dia rasa perkara itu membahayakan dan merugikan, dia tinggalkan. Oleh itu, jika kita boleh ubah iman kita daripada goyah kepada mantap, keyakinan diri kita juga akan mantap. Ini menjadikan sistem nilai kita menjadi kuat.

Kisah batu belah batu bertangkup. Ibu tidak boleh merajuk. 

Fokus kepada dua subjek: pendidikan dan komunikasi. Ibu perlu melihat si anak yang masih belum baligh. Si kakak kasihan terhadap si adik yang mungkin rasa masakan best berlauk telur ikan. Si ibu pulang dan merajuk kerana telur ikan sudah habis dimakan. Dalam Islam, dosa pahala dilkira bila seseorang itu sudah baligh. Bahkan tidak boleh melayan budak yang belum mumayyiz dengan cara orang dewasa. Mereka masih belum boleh berfikir, menilai dan bertindak dengan betul.

Rasulullah telah berpesan agar menyuruh anak-anak mendirikan solat pada umur 7 tahun dan disuruh pukul apabila anak masih tidak tidak mahu solat apabila mencapai pada umur 10 tahun. Menurut Saidina Ali, umur 7 tahun ke bawah hendaklah diberi kasih sayang secara banyak bermain dengan mereka. Supaya mereka yakin ibu bapa sayang kepada mereka. Setelah umur 10 ahun ke atas, baru mereka boleh berdisiplin dengan adab-adab dan peraturan. Tapi kisah ibu ini tidak mengikut pendidikan cara Islam. Ibu ini hanya mementingkan diri dan merajuk kerana idak dapat makan telur ikan tembakul. Si iu harus sedar...Tuhan pun tidak menghukum anak yang masih kecil.

Kita tengok lipaan sejarah. Beberap teguran Allah terhadap para rasul yang 'berasa hati' dengan umatnya. Allah mengingatkan para rasulNya agar tidak berasa kecewa apalagi kecewa dengan keadaan umanya. Sebab itu Nabi Yunus ditelan ikan nun. Nabi Muhammad sahaja paling pemaaf. Walaupun malaikat ingin membalas apa yang dibuat oleh penduduk Taif ke atas Rasulullah SAW, Nabi maafkan bahkan mendoakan mereka mendapat hidayah.

Kisah Si Tanggang. Kesalahan si anak dan kesilapan si ibu.

Mungkin kita boleh belajar tentang ibu bapa yang gagal mendidik anak-anak. Mungkin mereka mempunyai masalah kemiskinan iman dalam ilmu keibubapaan. Ibu bapa si Tanggang dianggap pencorak dan si tanggang adalah hasil didikan mereka.

Ada hadis Rasulullah mengatakan anak dilahirkan suci. ibu bapanyalah yang menjadikan dia Yahudi, Nasrani, atau Majusi. Sejajr dengan itu, kesalahan tidak boleh ditunding jari kepada Si Tanggang sahaja. Ibu bapanya juga bersalah. Dimana asas iman yang kukuh di dalam diri Si tanggang ini? Kita akan tertanya2...anak kampung yang rajin, gigih dan pandai berniaga akhirnya menjadi penderhaka?


Menurut Ustaz Pahrol...pakar perang China, Sun Tzu mengatakan, " Jika Soldadu sering melakukan kesalahan, makan hukumlah jeneralnya!"...

Aku pula teringat kes denda/ ganjaran yang dikenakan oleh pak ketua dan mak keua dalam kem kepimpinan baru-baru ini.

Ini membawa maksud, kesalahan ibu bapa si tanggang boleh jadi lebih besar daripada kesalahan si tanggang sendiri.

Ada pula kes seorang ayah mengadu kepada Saidina Umar tentang kejahatan anak lelakinya. Anehnya Saidina Umar memanggil anak lelaki ini.

"Ayahmu mengadu tentang haknya yang tidak ditunaikan olehmu tetapi sekarang aku ingin bertanya tentang hakmu...adakah ayahmu telah menunaikannya?" tanya Saidina Umar kepada anak lelaki itu.

Rupa-rupanya bapa tadi tidak menunaikan hak anak ke atas dirinya yakni bapa itu tidak mencari ibu yang baik untuk anaknya itu (isterinya).

Raja Tanpa Baju: Iktibar Untuk Pemimpin Gila Ampu.

Kisah ini akan suka sangat dipuji oleh orang bawahannya. Dia terlalu gembira bila menteri dan rakyatnya suka memuji baju yang baru dipakainya. Bila berita tentang raja yang inginkan tukang jahit yang paling menarik minat si penipu. Akibat ditipu, raja memakai pakaian yang disangka paling cantik. Rupa-rupanya seorang budak yang jujur mengatakan raja berbogel. Oleh kerana malu, budak ini dihukum bunuh. Kisah ini lebih kurang dengan kisah Hang Nadim yang menyelamatkan Singapura dari diserang todak. Kepintaran budak ini ditakuti oleh para menteri sehingga Hang Nadim dibuang ke laut.

Pengajaran Negatif Dari Lalang

Ada satu ayat best daripada kata hukama'.

Jika kita tidak mampu menjadi garam yang memasinkan ikan, jangan pula menjadi lalat yang membusukkannya. Pandai-pandailah mencari jalan dan cara untuk berbakti dan berkhidmat untuk orang lain dan persekitaran kita. Dengan kata lain, setiap orang perlu sentiasa mencari jalan untuk menjadikan dirinya bermanfaat kepada orang lain.

Banyak lagi kisahnya...Anda boleh baca sendiri buku di bawah ini.

SUMBER: Nota Fikir Untuk Zikir. Oleh Ustaz Pahrol Mohd Juoi. Terbitan Galeri Ilmu.

09 Mac 2012

Tajuk Syarahan Spontan MTQ Daerah 2012

Entri kali ni untuk pelajar yang bertanding syarahan spontan MTQ 2012. Jika ada sesiapa nak bantu boleh masukkan bahagian komen yea. Jazakallah =)
'gambar hiasan dari pak google'

1. AQIDAH BENTENG KEKUATAN UMMAH

2. MANTAP IMAN UMMAH GEMILANG

3. IMAN MENJANA PELAJAR GEMILANG

4. IMAN DAN TAQWA ASAS KEJAYAAN

5. AJARAN SESAT MENGHANCURKAN UMMAH

6. AL-QURAN BENTENG GEJALA SOSIAL

7. SOLAT PENANDA ARAS KEKUATAN AKHLAK

8. SOLAT MEMBENTUK PELAJAR BERDISIPLIN

9. HALALAN TAYYIBA ASAS KEUTUHAN UMAT

10. ZAKAT MEMBENTUK PERIBADI MULIA

11. KETEGUHAN EKONOMI MENJANA KETEGUHAN UMMAH

12. KEPENTINGAN EKONOMI DALAM ISLAM

13. RIBA MERUNTUHKAN PEMBANGUNAN UMMAH

14. AMALAN ZIARAH SEMARAK UKHUWAH

15. IBU BAPA PENJANA PENDIDIKAN ANAK-ANAK

16. KELUARGA BAHAGIA NEGARA SEJAHTERA

17. PENDIDIKAN AGAMA MEMBENTUK KELUARGA SEJAHTERA

18. SABAR MEMBENTUK PELAJAR CEMERLANG

19. KEBERSIHAN ASAS KEIMANAN

20. AMALAN KEBERSIHAN BUDAYA KITA

21. JIRAN SEBAGAI HARTA BERNILAI TINGGI

22. MASJID MEMBENTUK PERPADUAN UMMAH

23. RASULULLAH S.A.W  PEMIMPIN TERBILANG

24. KEUNGGULAN KEPIMPINAN RASULULLAH

25. HIJRAH MEMBINA MASA DEPAN UMMAH

26. BERJIMAT CERMAT AMALAN MULIA

27. BELIA PEMANGKIN TRANSFORMASI NEGARA

28. PERSEFAHAMAN ASAS PERPADUAN UMMAH

29 INTEGRITI TERAS KEKUATAN UMMAH

30. BERSYUKUR AMALAN MULIA.


Penerangan Peraturan syarahan  agama spontan MTQSS 2012
Peraturan :
1 )
1.       Masa 7 minit
2.       2 minit ( persediaan isi setelah cabut tajuk di atas meja ketua hakim )
3.       5 minit bersyarah
1.       5 minit dibahagikan seperti berikut
2.       Mukadimah syarahan ( 1 minit )
3.       Kemukakan 3 isi ( 3 minit )
4.       Penutup syarahan ( 1 minit )

2 )   Mukaddimah
1.       Membina teks syarahan spontan yang baik :
2.       Mukadimah : mesti di mulai dengan Bismilahirahnirahim ,selawat ,doa dan salam
3.       Memperkenalkan ucap pada pengacara , hakim, hadirin dan hadirat
4.       Beritahu tajuk yang dapat

2 )    Isi syarahan

1.       Mesti utama 3 isi dan setiap isi di olah seperti berikut
2.       Mesti ada isi – 1 markah
3.       Huraian isi – 1 markah
4.       Contoh pada isi – 1 markah
5.       Isi dikaitkan dengan isu semasa – 1markah
6.       Peneguhan isi dengan tajuk – 1 markah
7.       Setiap isi ada dalil AL Quran / As sunnah ( setiap dalil – 1 markah )
8.       Markah bonus akan diberi – 2 markah jika peserta dapat utarakan syarahan dengan nas yang fasih dan dilafazkan dalam ayat al quran atau hadis
9.       Peserta yang hanya membaca terjemahan ayat / hadis akan ditandakan ada kelemahan / tidak diberi bonus

2 )    Gaya Persembahan
1.       Bentuk syarahan  bukannya pidato, bahas ,bercerita, membaca berita dll
2.       Nada ada tegas,lembut dalam gaya yang terkawal dan ist
Pesanan

1.       Latih peserta hafal dalil dalil ringkas dari al quran / hadis
2.       Ada watak istimewa / luarbiasa dalam bercakap
3.       Cari isu terkini sekitar tahun 2011 dan terkini  di media massa
4.       Tajuk yang dibekalkan ke sekolah ( 5 tajuk ) hanya sebagai garis panduan untuk latih pelajar kea rah persediaan syarahan spontan


Jika ada nak bagi isi dan dalil boleh komen dibawah yea. syukran ^_^

07 Mac 2012

4 Petua.


BESUT — Seorang daripada pelajar terbaik Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) negeri Terengganu, Siti Aisyah Syahirah Azman dari Sekolah Menengah Agama Maarif di sini sentiasa mengamalkan empat perkara yang beliau anggap telah menentukan kejayaannya.
Anak sulung daripada tiga orang adik beradik ini berkata, amalan yang dilakukan secara ikhlas setiap hari itu mempermudahkan beliau belajar dan mengulang kaji pelajaran sehinggalah mencapai kejayaan dalam semua mata pelajaran yang diambil.
"Saya selalu amalkan sembahyang sunat dhuha, sembahyang hajat, baca Al-Quran dan berpuasa sunat setiap Isnin dan Khamis,” katanya ketika ditemui di sekolahnya selepas menerima keputusan STPM di sini hari ini.
Gadis berusia 19 tahun ini memperolehi ”A” dalam Pengajian Am, Usuluddin, Syariah dan Sejarah serta ”B ” dalam Bahasa Arab.
Siti Aisyah Syahirah, anak seorang ahli perniagaan dan ibunya seorang guru agama berkata, masanya tidak pernah dibiarkan berlalu dengan kosong tanpa kegiatan yang berfaedah yang sekurang-kurangnya dipenuhi dengan membaca Al-Quran.
P/S: Esok bermula pelaksanaan N.I.L.A.M. Minggu pertama dan kedua setiap bulan. Baca Buku dan catat dalam buku nilam bermula selepas bacaan Ma'thurat. 7.40 pagi hingga 8.10 pagi. Patikan buku itu ditandatangani oleh guru/ ibubapa/penjaga. Jangan lupa MEMBACA punca kejayaan :D

04 Mac 2012

Milik Kita?

Semalam baru aku habis satu novel. Kira lain dari yang lain la. Sambil-sambil buat kerja part time aku. Hari minggu ni baru ada masa nak buat kerja tu. hehehe...

Ni kepunyaan housemate aku. Memang hantu novel. Bila dia baca banyak komen positif kat penulisan2u baru dia beli. Kira best la katanya. Aku pun dah terikut sama. Kalau novel jalan cerita yang sama...memang aku tolak awal2 walaupun olahan cerita yang baik.

Semalam juga aku sempat berchatting dengan kawanku yang berada di bumi anbiya'. Lama aku tak bersembang dengan dia. Sembang sambil-sambil bercerita novel ni. Aku selalu teringat kat dia. Ujian yang terpaksa dia tempuhi. Dia seorang yang kuat memotivasikan diri sendiri. Doakan dia berjaya (najah) dalam peperiksaaan tahun ni. Aminnn...

3/4 isi buku tu aku baca. Kemudian bercerita dengan kawanku ni. Excited betul dia nak tau cerita ni. Aku kata dalam cerita ni macam ada kaitan dengan diriku. hahaha...perasan lebih!

Ok laa...Aku cerita sedikit yea. Tajuk novel ni 'Jodoh Itu Milik Kita'. Penulisnya Sara Aisya. Penulis baru terbitan karya seni.


Kisahnya bermula dengan pertunangan dengan orang yang tidak dikenali kemudian semasa wedding day tu...lelaki tu lari ke luar negara. Waaaa...terharu betul. Pernah berlaku ke zaman sekarang? Untuk menjaga maruah keluarga kedua-dua pihak Aariz abang kepada bakal pengantin lelaki menjadi pengganti.

Dahlia memang beruntung kerana ibu mertua memang nak jadikan dia menantu. Walaupun ibunya sendiri  membantah cara perkahwinan itu...selepas dipujuk, ibunya merestui perkahwinan itu. Awal perkahwinan tu macam orang baru bercinta. Ye la...sebelum tu mana kenal. Lepas tu kena jadi lelaki bidan terjun. Tapi bila dah ada ijab dan qabul...sah la jadi suami isteri. Itu ikut hukum Islam la. Penulis ni kira islamik juga sebab faham mahram dengan bukan mahram.

Konfliknya bermula dengan Si Syafiq pulang ke Malaysia. Syafiq tak dapat terima abangnya kahwin dengan tunangnya. Walhal dia tinggalkan Dahlia terkontang kanting dalam majlis perkahwinan mereka. bak kata kawanku...Syafiq ni giler la. Sakit jiwa kot. Tak boleh tengok abgnya bahagia. macam main psikologi juga kisah ni. Lagipun Si Aariz ni ada kisah silamnya sendiri. Jadi dia rasa dirinya tak layak untuk perempuan sebaik Dahlia. Ada ke nak serah bini dia kepada Syafiq kononnya hak Syafiq.

Nak tau cerita ni dengan lebih lanjut...cari buku ni di pasaran. Memang best seller no.1 di Malaysia.

Moralnya...

Walau macam mana halangan pun...kalau dah jodoh, memang akan kahwin juga. Kan semua tu dah tertulis di Lauhun Mahfuz sebelum kita lahir lagi.

Jadi kalau dah kahwin tu, jaga la perkahwinan tu. Jangan nak serah isteri kat lelaki lain. Jadikan diri tu bertanggungjawab. Susah senang bersama. Tapi aku lagi hairan, Sekarang semakin ramai yang bercerai. Adakah penangan couple sebelum kahwin atau dosa di hari perkahwinan? Mungkin aurat tak dijaga. Entah la...semua tu ada sebab musabab kan.

Buat pengantin baru terutama adik housemate aku...SELAMAT PENGANTIN BARU... Moga keberkatan berterusan hingga ke syurga <3

03 Mac 2012

Ujian.

Sukar meluahkan apa yang terbuku dihati. Biarlah Allah menilainya. Penilaian Allah berlainan dengan penilaian manusia yang mempunyai kepentingan. Biarpun diberi kebebasan bersuara tetap menjadi kemarahan. Entah apa yang mengugat perasaan manusia itu sehingga hilang pertimbangan yang selalu diwar-warkan dihadapan orang ramai. Hipokrit! Itulah yang dapat aku rasai.

Pendirian sebelum ini sudah bertukar 360 darjah. Dulu tidak boleh. Sekarang boleh. Sebab? jawapan pada manusia itu sendiri. Ada yang mengawalnya? Oh tidak! manusia mempunyai akal untuk berfikir tanpa dipengaruhi oleh sesiapa pun. kawalan berfikir terletak pada imannya. Jika imannya rapuh, negetif menjelma dan iman yang kuat akan menjadikan dirinya positif.

Jumaat semalam sempat telingaku menyapa Al-Kuliyyah tentang ujian. Oleh Ustaz Halim Din.


أَحَسِبَ النَّاسُ أَن يُتْرَكُوا أَن يَقُولُوا آمَنَّا وَهُمْ لَا يُفْتَنُونَ ﴿العنكبوت: ٢﴾
Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? 

Tidak cukup seorang muslim itu mengatakan ," Aku beriman kepada Mu, Ya Allah!" sedangkan dia tidak diuji. Ujian itu menandakan Allah sayang kepada kita. Tidak kira ujian dalam bentuk kemiskinan atau kekayaan. kekurangan atau kelebihan. Allah ingin melihat sejauh mana hambanya beriman kepadaNya. Ujian itu mengikut kemampuan diri kita. Moga dipermudahkan segala urusan kita.

"...Semakin kuat agama kita, semakin kuat ujian ke atas kita..." sebahagian hadis. Maaf masih tak jumpa matan hadis ini.

Ujian itu dianggap nikmat bagi seorang ulama'. Orang yang beriman itu selalu diuji oleh Allah...Semua ini adalah untuk mengangkat darjat seorang muslim itu sendiri. Ujian utuk pelajar SMK tak sama dengan ujian di SMKA. Begitu juga pelajar sekolah rendah tak sama ujiannya dengan sekolah menengah. Ujian sekolah menengah tak sama dengan ujian di universiti. Cantik perumpamaan ini.


 وَلَقَدْ فَتَنَّا الَّذِينَ مِن قَبْلِهِمْ فَلَيَعْلَمَنَّ اللَّهُ الَّذِينَ صَدَقُوا وَلَيَعْلَمَنَّ الْكَاذِبِينَ ﴿العنكبوت: ٣﴾

Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.
Ujian kenikmatan kepada Fir'aun dibalas dengan kekufuran, Sehingga dia mengaku menjadi tuhan. Jauhkan diri kita daripada mencontohinya. Dia tidak pernah sakit sepanjag hidupnya. Kekayaan yang melimpah ruah. Akhirnya dia tenggelam dalam laut merah. Masa inilah dia baru mengaku adanya Allah. Semua ini sudah terlambat kerana nyawanya berada dihalkum. Inilah pengajaran kepada umat Muhammad yang tertulis dalam Al-Quran.

كاد الفقر أن يكون كفورا
"Hampir2 orang yang fakir itu menjadi kufur"


وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِن شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ وَلَئِن كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ ﴿ابراهيم: ٧﴾
Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras".

الَّذِينَ إِذَا أَصَابَتْهُم مُّصِيبَةٌ قَالُوا إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ ﴿البقرة: ١٥٦﴾
Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali."

Jenis Musibah.

1. Musibatul Bala': Seperti Fir'aun, Qarun, Hamam.

2. Musibatul Jaza' : Bukan Islam atau bukan Islam. Mungkin menganiayai binatang.

3. Musibatul Tarbiah: Orang sakit mesti akan sebut, "Allah! Allah! Allah!". Nak bimbing balik kita kepada keinsafan selepas kita lupa kepada Allah :)

Begitu juga ujian bulanan minggu depan untuk semua pelajar. semua itu adalah untuk menguji tahap pemahaman pelajar dalam pembelajaran sebelum ini.

SELAMAT MENJAWAB!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...